Thursday, August 27, 2009

warkah buat ADAM...



Bingkisan buat ADAM...

ADAM...
maafkan aku jika coretan ini membuat engkau tidak senang duduk...
maafkan aku jika kau tak dapat nak terima apa yang ingin aku titipkan untukmu...
maafkan aku jika kau rasa aku berfikiran kolot dan tak up to date...
maafkan aku jika kau terasa ingin buang dan keronyok kertas kaku ini...
maafkan aku jika teguran ku ini mengundang menyampah dihatimu...

terimalah aku seadanya ADAM...
bimbinglah HAWA mu ini kejalan Nya...
HAWA mu ini merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...

ADAM...
Adakah engkau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?
Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan, kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan kejahilan mereka.
Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita tidak sedar.
Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.
Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...
Naudzubillah...

ADAM...
Kau bertanggungjawab keatas HAWA. Bukankah HAWA itu isterimu?ibumu?
Adik perempuan mu?kakak mu?bahkan saudara-saudara perempuan mu?
Sedarkah kau ADAM, tatkala HAWA diperintahkan untuk terjun ke neraka kerana dosa-dosa didunia, mereka berhak menarik 4 ADAM untuk menemani mereka mengazabkan diri dengan maraknya api panas itu?
4 ADAM itu adalah; suami, ayah, adik lelaki, abang dan saudara lelaki nya.
Mahukah kau menerima azab bersama HAWA?

ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.

ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Samaada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.

ADAM....
Kasihanilah HAWA...
Jangan kau nodakannya dengan sentuhan-sentuhan dan kata-kata romantismu yang kononnya tanda sayang dan cinta sebelum ada akad yang menghalalkan kau berbuat begitu.
Adakah engkau yakin dengan mencintainya sebelum nikah, dia adalah milikmu yang sah pada masa akan datang?
Tahukah engkau, ada 5 perkara yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan kita ADAM...
Jodoh, maut, rezeki, hari kiamat dan malam lailatul qadar.
Alhamdulillah, jika kekasih mu itu menjadi isteri mu nanti.
Jika dia diciptakan untuk ADAM lain, bagaimana ADAM?
Dimana letaknya kesucian seorang wanita?
ADAM yang benar-benar layak untuknya hanya layak menerima yang 2nd hand.
Kau juga ADAM seperti ADAM itu.
Apa perasaan mu jika isteri mu pernah menyerahkan hati nya untuk ADAM lain sebelum mu. Kecewa bukan bila kau terpaksa berkongsi hati itu bersama ADAM yang lain?

ADAM...
Dia telah berjanji...
ADAM yang baik untuk HAWA yang baik.
Mengapa kau menafikan janji Pencipta kita?Dia tidak pernah memungkiri janji.
Dia melarang kau mencintai dan berkasihan dengan HAWA sebelum ada akad yang menghalalkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepadamu dan seluruh hidupmu. Jikalau cinta haram mu itu membuahkan benih-benih yang terlarang, adakah pasti keturunan mu?
Sedangkan dihari perhitungan nanti, kau akan bertanggungjawab keatas keturunanmu.
Jika benih itu adalah seorang HAWA, kau layak berkahwin dengan nya.
Kerana kau tiada hak untuk menjadi wali kepadanya. Bukankah itu satu penghinaan Tuhan?

ADAM...
Tatkala jari-jari ini menari atas keyboard, hati HAWA ku meruntun hiba. Kerana aku lemah...aku perlukan ADAM yang dekat pada Rabb untuk memimpin aku menuju Nya...
Dekatkanlah dirimu pada Pencipta kita ADAM ku...
Supaya aku tidak hilang harapan hidup didunia. Supaya aku tidak menarik engkau menuju siksa neraka, dan kita derita bersama.
Biarlah aku dihias dengan bidadari dan menunggu mu menuju syurga ALLAH...agar kekal bahagia di pengabdian..

-HAWA mu...-

ramadhan kareem....

ASSALAMUALAIKUM….
Ahlan ya ramadhan…ahlan bulan yang didalamnya penuh keberkatan dan pengampuan dari ALLAH…betapa kita beruntung dan bersyukur dan harus memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ALLAH kerana masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati rahmah dalam bulan indah ini.
Mungkin dikala ini ada segelintir dari kita yang masih menangisi pemergian insan tersayang. Baru minggu lepas kita mendengar berita kematian Ustaz Asri Rabbani. Pemergiannya sangat dirasai bagi peminat nasyid.
Sebelum allahyarham join rabbani, beliau sudah terkenal dengan kumpulan nadamurni. Alunan suara-suara pujian dan rayuan kepada Tuhan amat menyentuh hati. Salah satu lagu arwah bersama kumpualn nadamurni yang amat meruntun hati bila menghayati bait2 nya...iaitu munajatku...

Tuhan...
Kubisikkan kerinduan..
Keinsafan....
pengharapan...
Tuhan...
Kusembahkan perngorbanan...
membuktikan kecintaan...
Bisikanku untukMu...
Munajatku pohon restu...
Semoga cintaku bukan palsu...
Pada desiran penuh syahdu,...
Gelombang lautan rinduku...
Munajatku dalam syahdu...
Merindui maghfirah Mu...
Mardhiah Mu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku
Ku rindukan pimpinan Mu
Keagungan Mu dalam doaku
kebesaranMu pada kudratku
Ia membina rohaniku...
Ujian kepahitan
Didalam perjuangan
Padanya ada kemanisan
Ketenangan dan kebahagiaan
Bayangan syurga idaman

Kebelakangan ini, kita diganggu keresahan yang amat berikutan menularnya virus H1N1...amat membimbangkan sehingga kita sentiasa memikirkan bagaimana hendak menahan dari terus tersebarnya virus ini. Tidakkah kita sedar bahawa inilah salah satu bala dan ujian ALLAH yang Dia turunkan kepada kita?
Supaya kita sedar kemana hala tuju hidup kita didunia...
Adakah kita hidup hanya untuk menghirup noda dunia tanpa memikirkan nikmatnya kehidupan di akhirat?
Kita semakin jauh dan songsang dari jalan –Nya. Hingga kita lupa jalan pulang, malah kita seolah-olah merelakan hati kita sesat dan berpaling dari Nya.

Antara purdah dan mask...

Wanita itu perhiasan dunia. Kerana wanita, lahirlah keturunan yang akhlak mulia. Kerana wanita jua lahirlah ummah yang rosak binasa. Kenapa?kerana di rahim wanita itu yang memulakan segalanya. Adakah lahirnya manusia itu untuk mentarbiah dunia?atau meranahkan alam?
Memakai mask atau topeng muka sangat lah perlu dikala ini kerana untuk menghindarkan dari terkena virus H1N1 ini. Prevention is better then cure right?.
Sejenak aku terfikir, alangkah mulia dan bahagia wanita-wanita mukmin yang menutup perhiasan dengan sebaik-baik hijab. Didunia lagi ALLAH sudah bagi kemuliaan kepada mereka yang memakai purdah. Dikala orang kita sibuk mencari mask untuk menutup mulut dan hidung, ada pula yang merungut kerana harga mask naik lebih 100%. Tapi, wanita mukmin yang berpurdah tidak risau tentang itu. Hanya sehelai kain yag menutup sebahagian wajah, sudah cukup untuk melindungi mereka dari virus H1N1. Malahan mampu menundukkan pandang kaum adam yang tak halal baginya untuk menunjukkan pesona nya ciptaan Rabb.

Apatah lagi dia di akhirat. Ketika perhitungan dibuat,waktu itu masing-masing sibuk mencari orang-orang yang pernah mereka hutang dan sakiti ketika di dunia untuk menebus dosa-dosa. Kita tukar dengan pahala yang sekelumit untuk mengharapkan kita lepas dari belenggu siksa itu. Malah, jika tidak cukup kita ganti dengan menanggung dosa si polan yang kita aniaya dulu. Bukan kah ketika itu semua diadili?
Tika itu juga kita tertinjau-tinjau . teringin rasanya untuk melihat wajah suci ALLAH. Adakah kita dapat melihat wajah itu?tapi tidak bagi wanita purdah ini, ALLAH sendiri yang akan berjumpa mereka. Tidakkah ini satu kemuliaan yang sangat tinggi? ALLAH berjanji, Dia yang akan berjumpa dengan wanita mukmin yang memberatkan auratnya dengan memakai purdah dan hijab) dikala manusia sibuk mencari Rabb.

Wanita masa kini...

Salahkah kita mewarna rambut?
Sah atau tidak solat kita jika pewarna itu menghalang air dari mebasahi rambut?
Bukankah syarat sah mandi wajib adalah mengalirkan air keseluruh badan tanpa ada satu bulu pon yang terkecuali?

adakah boleh dalam islam memakai cincin di jari kaki?bukan kah ia menyerupai kaum hindu?
tidakkah orang yang menyerupai sesuatu kaum itu maka dia tergolong dalam kaum itu?

Adakah dibenarkan dalam islam menindik hidung?
Bukankan itu menyakitkan?
Benarkah Islam melarang kita melakukan perkara2 yang boleh mendatangkan mudarat dan kesakitan?

Soalan itu sentiasa tergantung2 diminda kerana kita tidak mahu mencari kebenaran yang sudah termaktub dalam quran. Janagn diragui kebenaran al Quran kerana ALLAH sendiri telah berjanji untuk memelihara Quran sehingga hari kiamat.

Dahulukan apa yang utama. Yang paling utama bagi seorang wanita muslim itu adalah menutup aurat. Bukan hanya menutup urat. Aurat bagi perempuan islam yang sudah akil baligh adalah keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Wajib keatas perempuan itu menutup rambutnya. Kan rambut dikepala itu tak termasuk muka dan tapak tangan yang dibenarkan?
Bila ditanaya kepada mereka di uitm, apakah aurat bagi wanita islam?ramai yang sedia maklum. Mereka amat memahami apa itu tutup aurat. Tetapi mereka gagal mengamalkan apa yang mereka ketahui.
Jika wanita-wanita ini menutup mahkotanya, sudah tentu tidak akan wujud kemusykilan sama ada pewarna rambut itu halal atau tidak digunakan?
Adakah memakai cincin di jari kaki dibenarkan atau tidak?
Apatah lagi jika kita memberatkan aurat kita dengan memakai purdah. Sudah tentu tidak timbul keinginan untuk menindik hidung seperti gaya seekor lembu yang dicucuk hidung.
Kerana apa?rambut yang kita hendak warnakn itu untuk tontonan mata-mata nakal dan sasar kaum adam kan?
Kita tutup kaki kita denagn stokin kerana kaki juga aurat kan?
Kerana kita pakai purdah, tiada siapa yang tahu penambahan lubang hidung kita.

Apa itu aurat?
Adakah hanya menutup tubuh tapi masih jelas bentuk tubuh?
Adakah dengan memakai pakaian tetapi hakikatnya boleh dilihat disebalik sehelai kain nipis? Persoalan itu akan saya kupas di entry akan datang...
Sekian,semoga ramadhan adalah tetamu yang kita tunggu-tunggu selama ini dengan penuh pengharapan.. bukan bazar ramadhan yang kita bayang-bayangkan sebelum ini..
Salam....

Sunday, August 16, 2009

cerpen: cinta gwang



Izinkan aku sayang,
Menyentuh perasaanmu,
Biar gelora cinta semalam,
Izinkan aku sayang,
Merinduimu selalu
Biar bergetar nalurimu
Walau berkali kau membenci
Cintaku takkan hilang
Himpunkan semua kemaafan
Dengarkan oh rintihan
Andainya kau pergi
Gugurlah bunga cinta
Terpadam mentari yang menyinar
Pulanglah oh sayang
Kau ku nanti penuh pasti
Rintihan kecundang
Untukmu sayang,


Aku tersenyum bila aku membaca kad oren tue,.lirik lagu 2 amat menyentuh perasaan ku,terasa diri disayangi.hehe,jiwang gak abang sayang aku nie,Nampak cam alim,aku ingat x layan lagu2 jiwang ni.rupenye die pon minat lagu2 jiwang karat ni. Cam same pulak...

Teet,tett,

Lantas aku capai hp kat atas meja.
1 message received,from ëmy abangí.

-salam my honey,wat per?

-xkeja ker?curi tulang eh?
Hehe,saje je aku kenakan abi farhan.

Teet..tett..
-abg nk g meeting jap g..boring,tgh tngu lan. Mane ntah xsmpi lg.

-owh,ade meeting eh?ptg ni blik awl ye.sy nak msak kgmran abg.

Teet,tett,
-owrait my heart.abg ade surprise,tngu abg ptg ni ye.luv u!

-ok abg.luv u 2!

My abang,dialah segalanya bg ku. Alhamdulillah,aku telah dikurniakan seorang suami yg amat sempurna bg ku. Dia lah kekasih awal dan akhir. Ish, mcam lagu jamal abdillah plak,hehe..

***********************

"assalamualaikum mak,."

"waalaikumsalam,kamu sehat?"
Eh mak ni, terbalik plak.aku tepon mak nak tanye khabar mak. Mak plak yg tnye khabar aku,

"saya sehat mak,alhamdulillah. Mak sehat ker?abah wat per? Rindulah kat mak.."

"mak sehat,abah kamu tgh tebas rumput kat belakang. Kalau rindu, balik la rumah,"
Balik?mmg nak balik,tp assignment berlambak,lagi2 dah akhir smstr ni,x dan nak balik.

"mmg sy nak blik mak..tp kerja berlambak mak,x sempat nk balik.sy cube siapkan kerja2 sy cpat2.insya Allah hujung mingu ni sy balik,mak,sy teringin nak makan lauk sardine mak masak,"

"balik taw. Mak ade hal penting nak bincang ngan kamu. Teringin makan sardine?xde lauk lain ker yg kamu teringin?sardin jer,muke pon macam sardine dah,"
Aku dengar suara mak tergelak kecil. Mak ni mcm x paham aku jer. Aku suka sangat lauk sardine. Hari2 makan sardine pon xpe,tp, mak plak yg jemu.

"ala mak ni,.mcm x pham plak.hal penting?pe die?bitaw la skrg. X sabar nak taw."
"ish kamu ni. X sedap cakap dalam telefon.nanti kamu balik mak bitaw ye,"

"ok lah mak..nanti ade pape saya tepon mak ye,kirimsalam ngan abah,sayang mak.assalamualaikum,

Hal penting pe lh yg mak nak bgtaw aku,pening2,ade org nak pinang aku ker?hehe,.

*****************************

"lina, aku nak balik kg sok. Kau berani ker dok sorang2 nie?"
Lina shazrina kawan baik aku kat uitm nie,dah hampir setahun kitorng dok sebilik ngan die kat kolej melati nie,kebetulan plak kelas kitorang pon same,so, kami macam belangkas,

"nape tibe2 nak balik kg?mentang2 dekat,"

"ala,jgn merajuk lina,"

"mane ade merajuk.kau 2 nape nak balik tibe2?kate banyak assignment nak siapkan?"

"sebenarnya mak aku suruh balik. Ade hal penting katenye. X taw la hal pe."

"ntah2, ade orang dtg pinang kau kot.hehe,,,"
Ke situ plak mnah ni fikir.

"ye kot. Kalo betol, ape salahnye,haha"

"amboi2,gatal sgt dah 2,"

"haha,main2 jer,nak ikot aku balik?jom r,dari ari tue mak aku asik tnye ko jer bila nak datang umah aku lg."
Aku pujuk lina ikot aku balik.aku taw, die xkan nak ikot aku balik. Keja tgh berlambak nie.tapi, mane taw die nak ikot. Ade gak member balik nanti.

"ishk ko nie. X maw la. Banyak keja la,mmg nak dtg umah ko lg, tp skrg nie, x bleh. Abes final ni, kalo ko ajak gerenti aku ikot."
Dah agak dah jawapan minah sorang nie. Sgt komited ngan tugas.

"xpe la.aku paham,t aku suh mak aku masak lauk sardine tok ko."

"sardine jer?mentang2 ko suke sardine."

"kali ni spesel tok ko. Dah lame x makan lauk sardine mak aku.ngidam plak tibe2.hehe,"

"yelah2,x kysah pon. Ko nak bawak kan kire ok. Jimat duit nak makan tok 1 ari. Tapi, aku x pernah rase lauk sardine sesedap yg mak ko masak."

"ha,taw pon. Sebab tue aku suke sardine mak aku."
Kembang aku bile ade org puji mak. Mak masak mmg sedap. Masak la pape, gerenti sedap. 2 3 kali kadang2 aku tambh,jgn salah kan aku nape badan aku kembang cam ni. Mak masak sedap sgt. Haha,
Aku?aku pon reti masak gak. Masak air. Haha,

******************************

"mak ngan abah terime ker?"
Aduss, mak ni,suke wat keputusan tanpa tnye aku dulu. Benda ni penentu mase depan aku.

"izzah, mak ngan abah nak yg terbaik tok izzah. Walaupun mak x kenal sangat laki 2, mak yakin die mampu beri kebahagiaan tok izzah dunia akhirat. Percayalah nak,"
Aku lemah betol bile mak dah cakap cam 2,

-syurga di bawah tapak kaki ibu. Dan jgan lah engkau berkata dengan ibu mu walaupun uff.
Terngiang2 ceramah anak soleh yg aku penah join mase skola dulu. Camne ni?aku x nak!tp mak yg suruh. Aku kena taat dengan mak ngan abah slagi dorang tak suruh aku wat dose. Ni bkn dosa,tp,.

"tp mak, saya tak kenal die langsung. Dia kenal sy ker? Boleh ke kami bahagia kalo kami tak kenal satu sama lain?"
Aku memprotes,

"izzah, abah tak kan terima lamran tue kalo abah hanya nak buat kamu derita. Abah taw latar belakang die. Dia anak kawan lame abah. Abah kenal sangat ayah die,lagipon kamu dah nak abes blajar,"

"tp abah. Abah Cuma kenal ayah die. Abah x kenal die."
Ape kaitan ayah die ngan anaknya. Aku nak dikahwinkan ngan anak die.
Argh,.abah x paham aku,!

"izzah, nie no tepon bakal suami izzah. Papehal bincang ngan die. Fikir masak2 sebelum wat keputusan 2. abah ngan mak terima jer keputusan kamu."

Aku dalam dilema. Aku nak jd anak yg solehah. Yg x pernah ingkar ngan setiap arahan dr mak abah. Tp bab kahwin nie, susah sket.

**************************

Aku x boleh tidur,fikiran ku melayang2 teringat perbualan aku ngan abah dan mak, patut la mak beria suruh aku balik. Nie la hal penting yg die kate 2. macam mane ni?
Layak ker aku berkahwin sekarang nie?aku x kenal sape bakal suami aku. Mak kate name die shahrul. Shahrul pe ntah. Malas aku nak taw lebih2 pasal mamat 2.
Mamat nie pon satu, suke suki jer nak pinang anak orang. Kenal pon x. die fikir kahwen ni, tok sehari 2 ker?

Tp, aku penah dengar, mak ngan abah dulu pon x pernah kenal mase dorang kahwen. Tue sume perancangan atok ngan nenek. Buktinye, dorang bahagia skrg nie. Kekal mesra n romantic walaupon dah ade 11 orang anak, 16 cucu,ramai 2,

Aku fobia ngan penceraian,kalo tengok skrg nie, kat akhbar2 slalu melaporkan kes penceraian. Lg2 kalangan artis tempatan. Artis barat xpyah crite. Dorang x de rase kepentingan perkahwinan 2,before kahwen, hidup dah macam org dah kahwen. Langsung xda batasan. Artis tempatan pon pe kurangnya. Kawen bagai nak rak, besar2 an, wat kat tamn, hotel,ramai yg sponsor. Sudahnya, perkahwinan 2 bítahan setahun dua jer. Membazir duet jer sape yg support perkahwinan dorang. Bek derma kat anak yatim ke,kalau x pon, kat mlaysia ni byk yayasan2,kalo sumbang sket, dpat gak pahala,nie, yg kaya bertambah kaya,mmg patut pon dorang cepat cerai,perkahwinan cam 2, xda keberkatan.
Kalo perkahwinan 2 sendiri x berkat, camne nak tahan lame,rasulullah x pernh suruh kite wat majlis kahwin besar,biar sederhana, asalkan yg wajib dah tertunai.

Tp, mslhnya,.aku nie kena kahwen ngan sorang mamat yg aku langsung x pernah kenal. Nak ke die trime aku sbgi bini die?dah r aku ni gemuk,gemuk sangat ker?

~ceh, xnak ngaku plak ko tu gemuk,

-gemuk eh?xpe, comel kan?hehe,

~hina sngat ke org gemok?

-x hina. Tp ramai org pandang rendah kat golongan cam aku nie.

~biar gemok asal sehat.

-betul,betul,betul,.nanti nak cari baju kahwen susah plak.

~mmg susah,tp xpyah pakai baju kahwen yg seksi2,pakai jubah jer ,baju kurung ke,kn senang,xseksi,xdosa,

-hmmm,.lagipon aku x nak sanding ,rasulullah x pernah anjurkn sanding2 nie,

~taw pon,sanding nie banyak buruknya dr baik,kan perempuan tue x boleh nak menunjukkan auratnya depan laki yg bukan muhrim. Tp, kalau nak sanding, dibolehkan kalau yg menyaksikan majlis bersanding tu depan ahli keluarga dan saudara mara terdekat yg dibolehkan melihat aurat kiter dan depan kawan2 perempuan.

Mlm tu aku tidur dngan pelbagai persoalan yg bermain2 dikepala otak aku,zzz,.

*******************************

"izzah,ko ni nape?sejak balik kg kelmarin, asyik termenung jer aku tengok. Ade masalah ke?"

Tersentak aku bile lina tegur aku.

"erm,x de pape,biase jer. Letih sangat kot, assignment kan berlamabak"
Aku cuba berselindung dr lina. Malu la kalau die taw aku kena pinang.

"ye ker? Bukan ker assignment ko dah siap awal2 before ko balik kg ari tue?do you have problem? Tell mu if you feel better,"

"sebenarnya,tp, kalau aku cakap ni ko jangan gelak taw,"

Aku malu kalau lina gelakkan aku nanti,

"la,cakap jer la,xkan aku gelakkan kau kalo ko tengah sedih cam nie,"

"sebenarnya,ade sorang mamat sengal nie dtang umah aku last week,die pinang aku,"

"ha?biar betol?"

Aku Nampak lina dah sengih2,minah ni mmg r, org serius..

"lina, aku serius nie,ko jangan la gelakkan aku,"

"ok2,aku x gelak,sengih jer,hehe,masin mulut ko,kan kata2 2 merupakan 1 doa,dah ko asik kater org dtg pinang, kan betol ade,patutnya ko hepy,bukan muncung cam ni,"lina dah mule nak membebel,

"masalahnye, aku x kenal pon mamat sengal 2,ntah sape,tibe2 nak pinang aku."

"betol ko x kenal?cube ingat baik2,xkan mak ayah ko terime pinangan 2 kalo dorang x kenal bakal menantu dorang 2,mane ade mak bapak yg sanggup biarkan anak dorang x bahagia. Aku rase mak ayah ko dah kenal bakal suami ko 2."

" betol gak 2,tp, aku cam sangsi la lina,betol ke dia nak ngan aku?aku nie dah la gemuk,"

"la izzah,jangan cam 2,x elok rendah diri taw. Melemahkan iman,kiter kena bersyukur dengan setiap kurniaan Allah.. sekurang2 nya kiter gemuk pon sebab cukup makan.. drpd orang Somalia yg kurus kering 2, Nampak yg dorang x cukup makan."
Panjang lebar lina berceramah,

"betol,aku ngaku,tp, ntah la,"

"cam ni la izzah,aku rase baik ko wat istikharah,mintak petujuk kat ALLAH,nanti ko xkan nyesal ngan keputusan yg ko wat nanti."
Lina bg cadangan,

"hmm,nanti aku wat,insyaALLAH,"

"pe name bakal suami ko 2?x bitaw aku pon. Org nye camne?misti handsome,"
Lina berseloroh.

"ko ni pon,aku x taw name die.. mak aku kate shahrul,pe ntah name penuh die,muke die pon aku x pernah tengok. Tp mak aku kater ayah ku kenal ayah die. Sebab tu ayah aku trime lamaran tue."

"owh..aku rase mmg tepat la mamat tue jd bakal suami ko. ayah ko pon setuju."

*************************

Tett,tett,
Sape plak yg bg mesej ni,

-salam,

-sape nie?slh numbr k?

Dah la pale akt tgh runsing,ade plak yg kacaw aku,huh!

Teett,tett,

-izzah, sy hrp awk peítmbangkn lmran sy tmpoh hr. sy trime pe je kptsn awk.

Mamat sengal ni rupenye,ni masanya nk bls dendam,haha,

-awk pk sy ni ikn kt psar?suke-suki nk lmar sy. Trus jmpe mk ayh sy?sy xknal awk!cmne nk trime lmrn awk.jgn igt khwen ni tok men2.ilmu pe yg awk gne smpi mk ayh sy stuju?"

Message sent,haha,pdan muke die. Baru die taw sape nurul izzah ahmad yg sebenar!misti die tarik balik lamaran die,

-maaf cz sy x jmpe awk dlu.tp, kptusn sy muktmad nak míperistrikn awk.1 hri t awk akn tw nape.

Eh mamat sengal ni,aku ni lom tntu jd bini die,pandai2 nak wat kputusn,mlas aku nk lyan.trus aku off hp.

*******************************

Aku dah fikir masak2 ttg keputusan nak terima lamaran shahrul. Semua aku dah wat,aku wat istikharah 7 malam berturut2,3 mlm pertama aku wat istikharah aku rase aku semakin jauh dengan shahrul. Walau kami x pernah bertentang mata, tapi aku dapat rasekannya,
Aku kenal die melalui mak,mak ade bg gambar die,tp aku tengok sekilas pandang jer,

Aku rase cam pernah tengok mamt nie,tp, xtaw kat mane dan bile,
Sampai malam ke 7 aku rase aku semakin yakin dengan lamaran tue,

Aku pasrah dengan ape jua yang akan berlaku akan datang..tue sume diluar bidang kuasa aku,hanya Dia yang berhak menentukan kesudahan hidup aku,

**********************

Seminggu sebelum menikah, shahrul sms pada ku alamat butik pengantin yang dia cari,dia suruh aku pilih sendiri baju mane yang mnjadi pilihan ku,die kate biarlah sesuai dengan syariat,
Aku pergi butik tue dengan sepupu aku, ika,aku tertarik dengan jubah modn warna oren lembut,cam lawa,dapatlah cover sket badan aku yg berisi nie,hehe,aku dah try diet. Alhamdulillah. Kurang sikit berat aku. Tapi x la slim amcam ct nurhaliza. Hehe...
Ak order jer,.shahrul yg bayar..
Kalau awal2 aku tau die yang bayar, aku pilih yang mahal2,haha,

Aku x rase sibuk sangat ngan persiapan kahwen ku,semuanya shahrul dah settle kan,kad jemputan pon die dah tempah,bile aku balik kampong, mak dah bagi kad jemputan untukkku edar kat kawan2,.

Bertuahnya badan,x la pening2 nak pikir,.kadang2 aku terpikir gak ttg shahrul,aku x pernah taw dia sape,keja per,tp, mak ngan abah taw ttg die,cume aku malas nak tanye kat dorang,

Lepas sebulan kami bertunang, Shahrul ade bagi aku 1 buku,AKU TERIMA NIKAHNYA,die suruh aku khatamkan buku tue b4 kahwen,mule2 aku rase cam bosan bace buku nie,kalau die bg novel x pe la gak,.

Lagi 2 hari nak nikah, baru aku terkebil2 bace buku nie,tue pon shahrul dah tanye banyak kali aku dah bace lom buku 2,
Nak tipu, x sampai ati plak,terpaksalah aku bersengkang mata nak bace buku tue,
Sangkaan ku meleset sama sekali,penulis buku tue, abi saif sangat pandai mengolah,buku pertama dari abi saif..slame ni dia hanya berkarya dalam majalah ANIS,aku slalu bace ANIS,sangat sesuai untuk wanita,kakak aku langgan,aku tumpang bace jer,hehe,tap aku memang suke bace ruangan abi saif,ayat slumber, tp seronok,

Patut pon shahrul suh aku abeskan bace,buku tue bayak berkisar ttg rumahtangga,sangat seronok..wat aku lebih bersedia menempuh alam rumahtangga,
Tapi paling mengejutkan aku, shahrul ade selit satu kad oren yang tertulis lirik bryan adam,everything I do, I do it for u,

Look into my eyes,
U will see,
What u meant to me,
Search your heart,search your soul,
U fined me there, u search no more,.
Donít tell me, itís not worth trying for...
U canít tell me itís not worth dying for,
U knows its true,
Everything I do, I do it for u,
Look into your heart,
U will find,there is nothing there to hide,
Take me as I am,
Take my life,
I would give it all..
I will sacrifice
Donít tell,
I cant help it,
You know its true,
Everything I do,I do it for u,
There is no love,
Like your love,
And no others can give more love,
There is no way,
Unless you there,
All the time,
All the way,
U knows its true,
Everything I do,I do it for you,


mase 2 aku rase mule memahami bakal suami ku yg sebenar...
kami bertunang 2 bulan...shahrul kater x perlu nak lame2...aku ikot jer...
tp betol gak. sekarang ni pon aku dah abes pengajian. tgh tnggu tawaran kerja.
nasib bek la shahrul support sume perbelanjaan kahwen kami. ade la aku tmbah sket2 gune duet simpanan aku kat ASB.

*********

"aku terima nikah dengan nurul izzah binti ahmad dengan mas kahwinnya 80 ringgit tunai,"

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suami ku,macam mimpi plak,betol ke aku dah jadi bini orang?umur aku baru 23 tahun,mude lg,.huhu..

11.11.11,.tarikh kramat dalam hidup aku,.tarikh ni memang aku idam2kan sejak dulu lg,
Mase org tngah sbok2 nak pilih 08.08.08 jd tarikh brsjarah dorang, aku trpikr tarikh nie,kebetulan, tarikh ni jatuh ari jumaat,sunat menikah,.hehe,

"weh,, imam tengah bace doa,"
Lina membisik ditelinga ku,

Alamak,malunyer,tue la,berangan,

saat ni la yg paling mendebarkan hati aku.
jantung ku berdegup kencang macam kena kejar ngn antu.
dan antunye adelah shahrul.
ops! my husband dah...xleh nak suke suki kutuk die..
hehe....

"izzah, get ready...."

lina mengingatkanku...

shahrul menyarungkan gelang emas ditangan kanan ku...
tangan kami bersentuhan. makin berdegup kencang. 1st time tangan aku yg lembut ni disentuh dengan tngan kasar milik sorang laki...ya!sorang lelaki yg berhak utk aku...

snap!

banyak betol kamera yg merakamkan aksi kami berdua...
malunyer...huhu...lg malu bile shahrul mengucup dahiku...hehe...trase nyaman dihatiku...
hilang sgale gemuruh dihatiku sebentar td...

******

huh...penatnye...
nasib bek kahwen ni skali seumo idop...amat meletihkan...lepas upacara batal wudhu\' td, sesi bergambar. oleh kerana kami x bersanding, after nikah terus sesi bergambar. ramai gak member uitm aku yg datang
yang pasti dorang cam x caye jer aku dah kahwen...x pernah ade gosip, tup2 aku kahwen...
hehe...ni la nikmat sebenar perkahwinan dalam islam...baru rase debaran yg sebenar...sume ni adalah hikmah...thats why islam said making love before married HARAM...

tuk tuk!

"izzah,boleh abang masuk?"

adus...die nk masuk bilik?x boleh! eh, ni blik die gak...boleh...masuk la...
aku terkelu...hnya mampu jwb dlm hati

"la...sayang wat per?ingat kn tdo td...abang tnye x jwb..."
sayang?aku nk pngil die pe?shah?

"err..shah...xprasan awk pngil td..."
gurlp!

"sayang...nape pngil cam 2?now, im yours...please pnggil abang...sjuk ati abang..."
suamiku mengambil tempt disebelah ku.

"maaf shah...eh, abang...xsngajer..."
glabah aku dibuatnye...

"xper2...abg faham...puas abang cr syang td...kat luar xde...kat dapur pon x de...."

"err...abang...maaf...td sy tngok abang tgh borak ngn kawan2 abang. sy masuk le bilik.
lagipon sy blm solat lagi. abang dah solat?"

la...laki aku ni cr aku ker?mane aku taw...

"xpe2...owh, ingat ayang cuti...mlm ni on...hehe"

aku rase baru kna sembur ngn blusher yg pekat gler kt muke aku ni...die ni...nk guraw pon agak2 r...malu aku...huhu....
Publish Post

"malu ker?abang men2 jer la...jom r...kite solat skali..."

leh lak die tnye aku malu ker...of course ler....huhu

*******
"YA ALLAH....aku memohon pada MU...
berkatilah pernikahan kami...
limpahkanlah kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangga kami....
kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah...
kami memohon pada Mu ya ALLAh...
kekalkanlah perkahwinan kami..
supaya kami sama2 mengharungi liku2 hidup didunia..
dan sentiasa berdampingan di akhirat kelak...
aamin....ya rabbal alamin..."

menitis air mataku...syahdu sungguh ketika mengaminkan doa suamiku...

"sayang...naper nangis ni?"
suamiku memandang hairan sambil menyapu air mataku dipipiku..

"sayang...abang sayang n cinta sayang sebab diri sayang...jangan sia2 kan cinta abang ni...bantu abang mengemudi bahtera rumahtangga kita. abang perlukan sayang dalam setiap nafas abang. abang need u..really need u... I already give what i have to you...please always be my side..."

argh...sape laki ni?yang bisa menggetarkan ku dengan kata2 nya...

"abang...im yours...you can do wat u want...im yours...always yours..."

hnya itu yg aku mampu ucapkan...aku terbuai dalam dakapannya...syahdunya saat itu...
betapa bertuahnya aku dengan kurniaan terindah ini...

"sayang...tidor ke?kalau ye pon nak tido ngn abng, bukakla dulu telekong 2..."
ish...malunyer...die ni suke tau kenakan aku...
"saya nak pergi jenguk dapur...abang nak mandi ke?"
Aku cuba menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri...

"erm...boleh gak..."

"baju abang ade kat atas katil...sy keluar dulu...sian dorang kat dapur 2..."
sungguh, tue sume alasan..aku malu nak tengok suamiku tukar baju.

"tunggu la abang...kita keluar same2....ataw sayang malu ngn abang?"

dah mule la die punye gatal...ala...nak tunggu ke x...aku malu...

"pandai jer abang ni...ye la...saya tunggu..."
aku menjawab sambil pura2 mengemas meja solekku...

********

"lamenye pengantin dlam bilik...penat aku tunggu taw..."

kelat muke lina aku tengok.aku taw die bengang ngn aku...

"ala lina...sowi...td nak asar...pastu suami aku ajak solat same2...2 yang lmbt sket...ko dah nak balik ker?"

"ye la...nak balik dah ni..dr td aku tunggu ko...x mo la kacaw pwngantin baru ni...hehe..."

pandai plak si lina ni sakat aku...

"ok izzah..slamat pengantin baru...smoga perkahwinan korang berkekalan..."
terharu aku ngn kata2 izzah...aku menangis sambil peluk die.

"oit izzah, ko nape nangis?xde seri pengantin lak nanti."

"aku sedih ler...pasni susah nk jumpe ko...aku kna ikot laki aku dok kat penang."

"xper2...t ble2 free kiter jumpe k...2 abang sayang ko nk kesini. ko jngn la nangis. malu jer.."

ha?die datang ke sini...baru nk feeling ngn lina...malu2...

"shah, u jaga izzah ni elok2 taw...die ni sensitif..hehe"
sempat si lina ni kna kan aku..

"yes bos!u nak kawen nanti jmput kami ye"
klakar la suamiku ni...

"owrait...dah la...aku nak balik...k, izzah....balik dulu ye"

*******
Penat sungguh rasanya,aku nak tolong kak yani dan kak suri kemas dapur. Tapi dorang tak bagi. Dorang kata pengantin baru kena tido cepat2. mule2 aku tak paham, tapi bila dah semua org gelak2, baru aku pham. Rupenye dorang kenakan aku. Malunya...aku rase hari ni adalah hari sopan aku. Bukan pe, sebenarnya aku segan ngn shah...

Usai mandi, aku mencari baju utk dipakai..penat aku pilih baju mana yang aku harus pakai...biasa aku pakai tshirt ngn kain batik jer, tapi xkan malam ni aku nk pakai cam 2 plak...aku terpandang beg kertas atas katil...terkejut giler bile aku tengk ada baju tidur dalam 2...ni sape lak yg bagi...aku punye ke ni?eh, xkan shah punye...ni gaun malam perempuan...misti ade yg bg aku hadiah baju ni...ok gak kalo pakai baju ni...

"sayang...awak buat ape 2?"
Syah dah masuk bilik...camne ni?malunye...
"sayang dah mandi?xajak abang pon..."
Die ni,suke la camni,aku malu,

"awak nak mandi?nah tuala,"
Syah terus ambil tuala dari ku dan melangkah ke bilik air sambil menyanyi kecil...

"sayang...awak cantik sgt malam ni"

Arghh...malunya...dia puji aku? Entah kenapa, setiap kata2 nya buat aku gemuruh dan malu...
Inikah yang dikata jatuh cinta?aku dah jatuh cinta pada dia....dia yang halal bagiku...aku x perlu nak bataskan perasaan aku...aku bebas buat apa saja dengan dia...
Macam ni ke yg slalu kawan2 aku rase waktu mereka bercouple?tetapi sayangnya, mereka x bebas dalam percintaan. Bahkan mereka x halal...penuh dengan kemurkaan dan dosa...
Alhamdulillah...betapa nikmatnya cinta yg xsebenar...cintaku pada suami yg disulami barkah dari ALLAH...memandangnya dengan rasa cinta mendapat pahala...apatah lagi kalau aku selalu buat hatinya senang dan bahagia.

Tibe2 aku baru teringat yg aku bagi syah tuala yang aku dah pakai tadi. Seumur hidup aku, aku x perna berkongsi barang dengan lelaki. Apatah lagi tuala...camne ni...

"abang, maaf sgt...sy terbagi abang tuala saya..."
Aku menundukkan muka. Mase tue, syah tengah memakai baju...

"apa salahnya...suami isteri yang makan berkongsi pinggan, minum berkongsi cawan akan lebh diberkati ALLAH. Ape lagi kalo mandi berkongsi tuala..."
Malunye...aku ingat di nak marah aku.
Siapa laki ni? Aku seolah pernah mengenalinya...tapi, sungguh aku tak ingat...

"sayang, ape yang awak menungkan?"
Dia memimpinku menuju ke katil...
Dia mengarahkan muka aku memandangnya...

"sayang, abang tau pernikahan kita agak terburu2...tapi, percayalah...sejak pertama kali abang terpandang wajahmu, abang yakin sayang tercipta utk abang"

Aku terdiam..kelu tanpa kata2..hanya mampu memandang wajahnya...hensem gak laki aku ni...berkumis...yang paling penting, berjanggut...sunnah rasulullah...

"mesti awak tertanya2 macam mana abang bleh kenal sayang. Ingat x, mase motor awak rosak. Mase tue, awak ngn kawan awak. Nak perg mane ntah.merempit berdua."

"macam pernah ingat. Mase biler ye?"

Syah mengenggam erat tanganku...terasa nyaman hatiku...

"mase tue, awak baru habis SPM. Awak nak pergi jumpa kawan awak. Motor awak rosak, abang nak tolong. Tapi awak marah2."
Dia mengimbau kenangan lama...

"saya ingat. Memangla saya marah. Awak tuduh saya nak jumpe pakwe. Rase cam nak cekik2 awak jer. Suka hati die jer nk tuduh kita."


"nape ngn motor awak?"tibe2 ade mamat yg tegur kami.

"rosak.. xhidup. Nape ntah. Dah try start, tp x boleh.." aku cuba meraih simpati mamat ni. Dah la panas ni...xde sape pon nak tolong aku. Dah terlewat lak tue nak jumpe hasnah. Aku janji ngn dia pukul 10. tapi sekarang dah pukul 12.

"awak nak pergi mane?"
Banyak tanya nye mamat ni. Nak tolong, tolong jer la...aku dah merimas ni...

"nak jumpe kawan." jawab aku acuh x acuh.

"jumpe kawan ke pakwe?"mamat menyengih sambil dia cuba nak hidupkan enjin moto.
Eh mamat ni...melampaw dah ni. Suke suki je nk tuduh aku.

"eh sedare. Jangan suke2 nak tuduh orang. Kalo nk tolong, tolong jer la. Kalo x nak, xpayah nak menuduh orang. Terima kasih jer la. Saya lagi sanggup jalan kaki dengn motor ni dari minta tolong awak"
Matahari yg menegak di kepala menambah lagi suhu kemarahan aku. Terus aku ajak fizah jalan. Aku lagi sanggup jalan kaki dari menghadap mamat 2.uh!

"awak, saya tnye jer...jangan la marah. Saya x abes tengok lagi motor awak tue."

Ahh..abaikan,aku x perlu pertolongn mamat tue.

"ko ni izzah..die tanye elok2. yang kau nak marah2 ni nape?sudahnya, kite yg kena jalan kaki ni."fizah merungut...sian ko fizah..tapi aku lagi sanggup jalan kaki dr minta pertolongan mamat sengal tue. Dia fikir aku ni ape? Tak main la kapel ni...ustaz aku kate kapel berdosa taw! sebab mengahmpiri zina.

"sori la fizah. Sian ko. Aku sakit ati ko taw x. Emo lak tibe2."

"kenapa dengan motor adik?"
Tibe2 ade sorang lagi mamat yang tanye. Dah taw aku menuntun motor ni, dah sah2 la motor rosak. Takkan aku suke2 nak menuntun motor tgh2 panas ni.uh!

"motor kami rosak. Tak taw nape tak boleh hidup."fizah yang menjawab sambil jeling kat aku.

"oh...meh saya tengok" mamat tue menghulur bantuan..

"izzah, ko jangan cari gaduh ngn mamat ni plak. Aku xsanggup jalan kaki lagi ni."
Fizah membisik sambil duduk atas rumput kat tepi jalan..sian fizah....nampak muke die penat.. Aku hnya mampu menyengih. Sebenarnya aku pon dah tak sanggup jalan kaki. Penat dan panas. Hitamla muke aku nanti. Nasib baik ade gak pokot besar tepi jalan ni yang kitorang boleh teduh kejap. Penat tak terkata.

"dik, plak motor adik ni dah rosak. Tapi, x pe. Saya ade spare part.dah hidup dah."
Lor,plak rosak rupenye. Patut la xhidup. Aku bermonolog sendiri.

"terima kasih bang. Buat susah2 jer. Berapa harga plak tue?saya bayar."eh minah ni...macam motor dia plak.

"xpayah la..sikit jer. Awak berdua dok mana?ni nak g mana?"
Eh mamat ni, nak tolong pon kena tanya macam2 ke?

"kami nak jumpe kawan, kami tinggal kt tg karang. X per la bang. Kami pergi dulu. Dah lewat ni." fizah cepat2 menjawab.

"ok, hati2 bawak motor tue."


"owh...tapi mana awak kenal saya?taw rumah saya?"
Aku musykil. Kami jumpe sekali jer, tapi dia taw macam2 pasal aku.

"awak ingat tak mamat yang tolong awak lepas awak marah2 saya tue? Die kawan saya, man. Lepas awak pergi macam tue jer, saya telefon die suruh die datang bawak plak motor. Man terus datang, kebetulan pulak rumah dia dekat kawasan tue juga. Saya taw, awak dah marah saya. Sebab tue saya suruh man. Pastu man bagi saya purse awak. Dia kata awak tertinggal purse kat bawah pokok"
Panjang lebar syah menerangkan keadaan yg sebenar.

"owh...patutla mase balik tue saya cari purse sy x jumpe. Sy ingat ada org curi. Tapi, saya dapat balik purse tue. Ade org yg pos kat rumah. Mule2 sy heran juga. Tapi pengirim tue xbg taw name. Terinigin nak ucap thanks kat die. Awak rupenye. Thanks abang..."
Segala persoalan aku selama ni terjawab.

"abang la yg pos purse awak. Dari situ abang taw awak ni siapa, duduk mane, sekolah kat mana. Awak taw, lepas abang jumpe awak, abang teringat kat awak jer. Rase macam nak pergi pinang awak mase mase tu gak. Tapi abang tau, awak baru habs sekolah. Ape pulak kate mak ayah awak nanti. Kebetulan pulak adik abang sekolah sama ngn awak. Mase tue die form 1. awak x kenal dia kot. Mase abang belek majalah sekolah die, abang nampak gambar awak dapat anugerah pelajar terbaik spm. Adik kate, awak dapat tawaran matriks kat kedah."
Terkejut aku bila dengar cerita sebenar dari suami ku. Betapa die bersungguh2 nak dengan aku.

"tapi abang sabar. Abang nak bagi peluang kat awak sambung belajar. Mase tue plak, abang baru graduate. So, kewangan pon x kukuh lagi. Dan yang paling pasti, awak bukan jenis layan lelaki. Adik abang pon ada bagitaw yang awak ni garang. Ketua biro dewan makan kat asrama. Tapi, awak selalu bising2 pasal kehadiran kat surau. Sampaikan budak2 junior confius yang awak ni pegang biro ape."

Arghh...malunye. dia taw serba serbi pasla diri aku ni. Tak taw nak jawab ape. Hanya membiarkan die yang bercerita.

"adik selalu puji awak. Awak la yang selalu bagi tazkirah kat surau. Awak selalu nasihatkan budak2 pasal couple. Couple tue haram dan berdosa. ,mase tue, abnag baru teringat nape awak marah2 abang mase abang tanye awak nak jumpe kawan ke pakwe. Rupenye awak xsuke kapel2 ni."

"sampai macam tue sekali. Rupenye ade yang admire saya dari dulu lagi. Rasa cam tak percaya pulak. Saya perasan gak adik awak tue. Macam pernah jumpe, tapi tak ingat. Dah lame sangat tinggalkan sekolah tue."

Aku mengimbau kenangan lame. SAMSED bnyak tinggalkan kenangan padaku. Dari situ aku belajar erti kehidupan dan persahabatan.

"lepas je saya taw awak nak abes blajar. Abang terus datang jumpe mak dengan ayah. Abang bagitau mereke yang abang nak jadikan awak suri hidup saya. Mule2 mak ayah awak macam terkejut. Macam2 yang ayah awak tanye abang. Paling mengejutkan, rupanya ayah awak kenal arwah ayah abang. Dorang kawan baik dulu mase ayah awak kerja polis bantuan kat kuala selangor. Lepas ayah abang kena tukar kerja kat johor, dorang terputus hubungan. Mase ayah saya dekat nak pencen, kami balik kampung. Ayah abang buat rumah kat tanah peniggalan arwah nenek ngn atuk kat sekinchan. Sampailah ayah meninggal. Rase sedih sangat. Sebab ayah saya tak ada sakit ape2...dah ajal dia. Cuma abang terkilan, sebab sebelum ayah meninggal, dia teringin nak tengok saya berumah tangga. Mase tue, abang baru habis belajar. Tak pernah terfikir pasal kahwin. Ayah ade pesan gak, jaga mak ngan adik2."

Panjang lebar dia menceritakan tentang diri dia. Baru aku mengetahui serba sedikit ttg dirinya. Selama ni aku tak pernah taw nape dan bila ayah dia meninggal. Baru malam ni, dia menceritakan tentang dirinya. Sepanjang pertunangan kami, kami x pernah keluar berdua-duaan. Kami tak ade ikatan yang sah. Syah pon tak pernah ajak keluar. Dia tahu batas seorang muslim. Dia pernh bagitaw aku masa kami bertunang, yang dia tak kan bawa aku keluar selagi kami tak menikah. Alhamdulillah, dia mengotakan janjinya.

"awak tau, lepas jer ayah awak tau saya anak kawan baik dia, terus dia bersetuju. Dia kata, arwah ayah baik orangnye. Jadi dia percaya kat saya. Ayah awak suruh saya tanya empunya badan. Dia bagi nombor telefon awak. Mase tu, saya rasa seronok sangat."

"owh...patutla ayah setuju terus. Saya pon pelik gak macam mana abang boleh kenal saya. Saya tak pernah kenal abang. Mula2 rasa nak marah gak. Tapi saya minta petunjuk supaya dapat buat keputusan yang tepat. Alhamdulillah,ALLAH bagi petunjuk. Sebab tue saya terima."

Semua yang berlaku dah tersurat. Malam berlalu bersama kisah cinta yang baru berkembang. Aku jatuh cinta! Jatuh cinta pada lelaki yang suatu ketika dulu aku x menyenanginya. Semua yang berlaku ada hikmah. Selagi mana kita patuh pada perintahNya, selagi itu Dia bersama kita. Aku menyerhkan cintaku pada yang hak. Tak pernah sekalipun dalam diari hidupku, aku mencintai seorang lelaki asing. Tapi kini tidak lagi.
Cinta itu suci, dan tak sepatutnya dikotori dengan noda dan dosa khayalan manusia.
Ya ALLAH...pimpinlah rumahtangga kami menuju cintaMu yang hakiki.

***************

"abang, saya pening...kepala ni sakit sangat. Xlarat nak pergi kerja..."aku mengadu pada suamiku. Sungguh!terasa berat kepala ku ini.

"awak ok x ni?jom g klinik. Abang ambil MC." kerisauan mula menjalar dihati syah.

"xpe lah bang. Abang pergi jer kerja. Saya ok. Pening sikit jer. Abang kate harini ade meeting. Nanti terlewat pula."

"awak lagi penting dalam hidup saya. Kena buang kerja pon tak pa. Saya rela. Duet boleh dicari, bini abang yang comel ni sapa nak ganti?" syah tersenyum nakal sambil mencuit hidungku.

Terasa kebahagiaan menggamit diriku. Syukur Ya ALLAH....Kau mengurniakan aku seorang suami yang baik.

"Tahniah puan, puan hamil 3 minggu."
Perkhabaran yang ku terima sngat memeranjatkan. Syukur ya ALLAH...Kau melimpahkan rahmah kepadaku...suburkan hati ini dengn sentiasa memuji Mu tnpa melupakan Mu ya ALLAH..........

Friday, August 14, 2009

alfatihah utk ustaz Asri...


salam...
lame x update blog...dah masuk kolej...xda wreless..so, agak jarang utk surf internet...
mlm td roomate beritahu yg ustaz asri dah kembali ke rahmatullah....
sngat sedih dan terkejut bila mendengar berita tu...
perginya dia kerana janjinya dengan Penciptanya sudah sampai...
hnya takat ini dia didunia...
kerana ada yg menanti dihadapan jauh lebih baik dan kekal abadi....

dari kecil dulu, akak saya dah biasakan sy dengan lagu nasyid...
kemunculan awal ustaz asri dalam kumpulan nadamurni....
lagu yg paling minat adalah munajat...
sgt sedey n meruntun jiwa bila dengar lagu ni...
lagu yg memanggil aku kembali kepada Penciptaku...

moga2 usaha dia sebagai pendakwah dalam musik ini menjadi tarbiah buat kita...
x dinafikan, lagu juga memainkan peranan penting dlama usaha dakwah...
name pon manusia...sentiasa inginkan hiburan....asalkan x terlajak dari landasan hidup yg sebenar...

munajat...
Tuhan...
kubisikkan kerinduan...
keinsafan...
pengharapan....
Tuhan....
ku bisikkan kerinduan....
keinsafan...
pengharapan...
Tuhan....
ku sembahkan pengorbanan...
membuktikan kecintaan....
bisikkan ku untuk Mu...
munajat ku mohon restu...
semoga cintaku bukan palsu...
pada desiran penuh syahdu...
gelombang lautan rinduku....

Tuhan....
ku bisikkan kerinduan....
keinsafan...
pengharapan...
Tuhan....
ku sembahkan pengorbanan...
membuktikan kecintaan....

munajatku dalam syahdu...
merindui maghfirah Mu...
mardhiah Mu dalam restu...
harapan tulusnya hatiku...
ku rindukan pimpinan Mu...
keagungan Mu dalam doaku...
kebesaran Mu pada kudratku...
ia membina rohaniku....

Tuhan...
kubisikkan kerinduan...
keinsafan...
pengharapan....
Tuhan....
ku sembahkan pengorbanan...
membuktikan kecintaan....

ujian kepahitan....
didalam perjuangan....
padanya ada kemanisan...
ketenangan dan kebahagiaan...
bayangan syurga idaman....


munajatku dalam syahdu...
merindui maghfirah Mu...
mardhiah Mu dalam restu...
harapan tulusnya hatiku...
ku rindukan pimpinan Mu...
keagungan Mu dalam doaku...
kebesaran Mu pada kudratku...
ia membina rohaniku....

Tuhan...
kubisikkan kerinduan...
keinsafan...
pengharapan....
Tuhan....
ku sembahkan pengorbanan...
membuktikan kecintaan....

http://www.imeem.com/nurnajua/music/Px7iZCtt/nada-murni-munajat/