Friday, December 31, 2010

hari terakhir 2010

Assalamualaikum wbt...

hari ini adalah cuti untuk semua rakyat malaysia atas kemenangan malaysia dalam perlawanan bola sepak malam kelmarin dengan mengalahkan indonesia 4-2. dan malam kelmarin adalah pertama kali dalam hidup wa tonton bola sepak sampai habis sebab orang-orang kat rumah tu tak bagi wa alih channel lain.

dan malam tu gak, wa baru tau yang kad kuning bermaksud amaran. dan kad merah bermaksud buang padang. serious! selama ni wa tak tau apa maksud warna kad tersebut. yang wa tau, merah kuning adalah warna bendera selangor.

hari ini juga adalah hari terakhir kita semua dalam tahun 2010 masihi. ataupun hari terakhir antara kita mengakhiri sisa hidup. kerna, esok adalah tahun 2011 masihi.

betapa cepat nya masa berlalu. tapi, bukan sebab putaran bumi yang lebih cepat berbanding dulu. tapi, kita punya masa yang tak dihabiskan dengan perkara berfaedah yang membuat ianya cepat berlalu.

tahun baru, azam baru. tak kira tahun hijri atau masihi masing2 ingin merenewkan azam atau membuat azam baru. dan pasti, semua orang berazam untuk membuat atau menjadi yang lebih baik berbanding tahun-tahun yang sudah.

tetapi, bukan semua yang dapat mencapai azam-azam tersebut. sangat-sangat bersyukur kerna bangun pagi tadi, kita semua masih hidup rupanya.

benarlah kata-kata seseorang yang wa tak kenal muka, mengingati mati akan menawarkan kemanisan dunia.

saban hari berdoa agar dipanjangkan usia. tapi, kita tak tahu adakah usia yang panjang itu akan diisi dengan amalan yang diterima ALLAH. alangkah baiknya jika kita berdoa agar diberkati usia. agar usia ini berkat dengan amalan yang diterima Dia.

sepanjang 2010 ini, sudah tentu banyak kenangan masin, payau, manis dan pahit yang kita semua lalui. hanya ingatan dan kenangan yang sentiasa berlegar diminda kerna pasti tidak dapat diulang semula saat-saat itu.

kepada mereka yang terasa dianiaya oleh mereka yang bersalah...
bersabarlah dan jangan berhenti untuk bersabar. mereka juga manusia yang kadang membuat salah dan dosa tanpa sedar. dan kadang buat-buat tak sedar walaupun mereka tahu mereka bersalah.
maafkanlah mereka...lapangkanlah dada anda. nescaya hidup anda akan lebih enjoyy!

kepada mereka yang terasa menganiaya mereka yang tak bersalah...
pergilah meminta maaf dan meminta halal kepada mereka itu. takut-takut nanti amalan soleh selama ini tak diterima Pencipta kerna kita mencipta sengketa dengan mereka yang tak redha.
dan cubalah menjadi yang terbaik untuk semua orang walaupun kita bukan yang terbaik...

kepada mereka yang aku buat salah, aku minta maaf kepada semua pembaca. mendiam diri dari menjawab komen-komen bukan bermakna aku tak suka. cumanya kadang ingin mengelak diri dari rasa yang ntah apa-apa.

dan aku minta maaf andai coretan antikapelsedunia ada yang melukakan hati kalian.

sungguh, orang yang memberi itu lebih mulia dari yang meminta. dan anda lebih mulia kerna anda memberi maaf kepada saya....

semoga masih punya ruang dan peluang untuk terus beraksi sebagai hamba yang soleh dan solehah ditahun hadapan....


*****hari ni, wa datang office sebelum wa menghabiskan masa sebagai pekerja kepada en bos. lepas ni, dah jadi part timer en bos. memang sepatutnya cuti, tapi wa tak kisah nak datang keja. sebab ada kerja yang pending yang perlu wa buat. en bos pon nak tutup akaun. jadinya, kena settle semua nya. sebab file untuk bill dan bayaran wa yang pegang.

dan hari ni, wa dapat 2 cheque dari en bos. alhamdulillah. terima kasih gila kat en bos. aku harap reward yang ALLAH bagi kat dunia ni, takkan mengurangi reward yang aku akan terima diakhirat nanti.

sungguh, i LOVE my work!

Wednesday, December 29, 2010

orang gila!


Apa rasa bila geram dengan dia?
Rasa macam nak dush laju-laju

Apa rasa bila bengang dengan dia?
Rasa nak lambung jauh-jauh

Aku cakap dia buak derk je
Aku bagitau dia buat selambe
Poyoss gila!
Orang gila pon tak poyoss cam lu!



Monday, December 27, 2010

perasan gila!

keperasanan melanda...
jangan kau membangga...
tersengih tak tentu hala...
perasan gila!

itu semua bukan kau punya
pinjaman semata
jadi diam saja
jangan nak mengeluh saja

sedih memang terasa
tapi nak buat macam mana
biarlah ia menjadi memori luka
ingat sampai bila-bila

****************************************************

tapi hari ini aku suka
gembira tak terkata
rasa nak melonjak ria
terasa di alam maya

kata-kata mu aku suka
berkata lagi ya
kau buat aku happy gila
aku nak dengar selamanya

Sunday, December 26, 2010

take me as i am....

10 tahun dulu,
aku masih tercari siapa aku

9 tahun dulu,
aku jumpa dengan mereka yang sebulu

8 tahun dulu,
aku telah menipu diriku

7 tahun dulu,
aku riang dengan hidupku

6 tahun dulu,
aku seolah tidak tahu

5 tahun dulu,
aku mula menyedari sesuatu

4 tahun dulu,
aku menikmati setiap saat dalam hidupku

3 tahun dulu,
aku mula rasa keliru

2 tahun dulu,
aku rasa itulah yang terbaik untukku

1 tahun dulu,
aku berjumpa ketenangan itu

dan sedari dulu,
aku cuba menjadi yang itu
sentiasa solehah setiap waktu
namun terkadang akal buntu
jiwa celaru
hati tak menentu
sentiasa berjanji sesuatu
tapi, selalu memungkiri janji palsu

sekarang ini
aku masih tak jumpa makna diri
mungkin leka dengan duniawi
tapi kadang menyesali
namun berbuat lagi
dengan rasa yang tidak puas hati

hari ini aku masih sendiri
berharap tarikh ini yang akan ku akhiri
agar esok aku bertemu cinta sejati
cinta yang membawa rasa yang hakiki
bertemu dengan Tuhanku yang Mengasihani
agar tenang di pengabdian nanti



hari ini mengakhiri usia 21 tahun
menginjak ke umur 22 tahun
umur yang semakin tua saban tahun
berharap agar esok aku masih punya santun
kepada Tuhan dan semua makhluk sepanjang tahun
agar aku menambah amal setiap tahun

Oh Tuhan....
Jadikan aku wanita syurga!
Tolong aku...
Bantu aku...
pilihlah aku jadi wanita syurga!
aamin....

Friday, December 24, 2010

jadikan aku wanita syurga....

jagai dan bajai hati agar ruh dihantar ke syurgawi...



didik generasi agar cintakan kalamullah...agar tenang dipengabdian di sana nanti...

indah bukan?


tika surut, tika bah...masih segar mengalun kalimah Tuhan...

OH TUHAN...
JADIKAN AKU WANITA SYURGA....




Wednesday, December 22, 2010

gurauan pagi

minggu ni, hanya aku berdua je dengan kak aku yang study kat uitm puncak perdana kat rumah. sebab kak aku(owner rumah) balik kampung. pagi tadi, masa bersiap pergi kerja, kak aku kata...

"aku mimpi ko kahwin"

"ha'a....aku pon rasa aku macam nak kahwin"

"eh, ko dah ada pakwe ke?"

"couple tak semestinya kahwin, nak kahwin tak semesti kena couple. yea! yea! aku kahwin dulu dari ko"

"dalam mimpi tu, aku dah beranak pinak dah."

"eleh, tipu la tu!"

ok, itu gurauan pagi kami.

Tuesday, December 21, 2010

sangka dan menyangka

Percaya tak?hampir 99.99% sangkaan yang lahir dari hati dan akal kita adalah salah!
Betapa kerana sangkaan yang ditiup oleh syaitan itu sebenarnya merosakkan hati. Dan kesudahannya, hati aku sangat sakit!
Sangat sangat sakit!
Sakit gila!
Gila punya sakit!

Tapi, rupanya sakit itu hanya aku yang rasa. Dia yang ku sangka bukan-bukan tidaklah seteruk itu. Dan adakalanya, aku termalu sendiri.

Aku bersangka sesuatu tentang seseorang. Dan sudah tentu sangkaan yang buruk dan tak elok. Cumanya, aku pendam dalam hati dan tidak memberitahu pada sesiapa. Aku malu untuk bercerita tentang itu. Sebab aku juga malu kalau orang lain bercerita sesuatu yang buruk tentang aku.

Tapi, Dia maha mengetahui. Dia tunjukkan aku sesuatu. Aku pasti! Kerna semua yang berlaku hanyalah dari Dia.

Seseorang yang selama ini aku menyimpan sangkaan buruk itu, telah mengimami asar ku di satu hari. Syahdu! Dan teramat malu!

Walaupun aku hanya makmum masbuk. Tapi, sudah cukup untuk menghilangkan segala sangkaan buruk ku pada dia!

Kenapa aku bersangka dengan dia? Sebab aku mengetahui sesuatu tentang dia yang buat aku ingin lari jauh dari dia. Tapi, sebelum itu aku terasa ingin dush dia laju-laju.

Sekarang, aku baru sedar. Betapa tak sempurna nya dia sebagai hamba. Begitu juga dengan aku. Adakalanya dia dan aku juga terlalai dari landasan iman. Walau pun punya ilmu yang sepatutnya cukup kuat untuk mengelak noda.

Mungkin, kesilapan itu hanya sekali dua. Sedang aku? Yang kadang melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

Oh! Betapa aku ingin menguatkan hati dan nafsu ini agar tidak terus terusan bersangka sesuatu tentang seseorang.

Kepada lu! Wa minta maaf banyak-banyak. Wa tak pasti lu ad abaca blog wa atau tak. Sebab wa tak rasa yang lu tau pasla blog wa. Lagipon lu, kita bukan rapat. Kawan biasa je. Jadi, tak semua tentang wa, lu tau. Dan tak semua tentang lu, wa tau.

Sekarang, yang wa tau. Lu memang seorang kawan yang baik! Terima kasih atas semua kebaikan dan pertolongan yang lu hulur.

Wa sayang lu! Semoga lu bahagia dan sentosa dunia akhirat.


hilangkan sangkaan buruk ku Rabb....

sumber gambar


Sunday, December 19, 2010

car boot sale

assalamualaikum....

pergi office lalu depan giant...agak pelik gila...awat banyak pulak kereta parking kat sini?ada pesta ke? biasa aku p office, jalan ni la paling lengang...

oo...baru aku tau...ada car boot sale kat depan stadium ni...dan aku baru teringat...aku datang kerja hari ni adalah hari ahad...sayu pulak hati ni....

dulu, aku tak tau pun kewujudan car boot sale ni. 3-4 tahun yang lepas kot, abang ipar ngan akak aku ajak p sini. aku tanya dia, kenapa dinamakan car boot sale. aku nampak kereta orang parking je. ke orang jual boot kereta.

abang ipaq aku yang sorang ni dulu student itm gak, dia kenal ngan akak aku pon masa dorang sama2 kat itm. masa tu, x de lagi dapat gelaran uitm.

dia suka bercerita kenangan dia kat itm. oleh sebab aku sorang je yang study kat uitm shah alam sekarang, so dia suka bercerita dengan aku. dia kata, masa zaman dia study kat itm dulu, dorang jual barang2 ni semua kat boot kereta. kira, tak de bukak khemah gerai. jual direct dari boot kereta. tu yang dipanggil car boot sale.

dia kata lagi, dulu barang yang dijual murah2 gila. memang syok la kalau nak beli belah kat sini. memang ler bro! lu beli 13 tahun yang lepas kot. memang le murah gila.

dan kat uitm, dah 2 sem aku duduk kat kolej teratai. dia lagi la suka bercerita dengan aku. sebab dulu dia ni palapes. navy kalau tak silap. sebab kolej teratai ni untuk budak-budak palapes je. tapi, aku bukan palapes. tak de makne nye, jadi kuih lopes plak kalau aku masuk palapes ni.

kawad tak sudah-sudah. sebab ade 1 blok yang dia bukak untuk student awam. yang tak ada masuk mana2 unit palapes. errr, aku la tu...

jadi nya dia kalau nak balik kampung, dia suka singgah uitm. nak amek aku sekali ajak balik kampung. then, dia akan pusing2 satu uitm. cerita ngan aku kenangan-kenangan dia kat itm ni. aku dengor je ler...sekurangnya, aku tau gak sejarah itm ni dulu...at least kalau pak guard tanya, dia akan jawab nak amek adik.

****************************************************************************************

kena fikir positif...kerja aku tak banyak, cuma tak sikit je...huhu...hari ni datang office sorang-sorang...nak siapkan kerja....





bila kita mula sayang dan cintakan seseorang, kita sanggup buat apa je. sanggup korbankan harta dan masa. macam tu gak la...bila aku kata, I LOVE MY WORK! means aku kena sanggup korbankan masa tengok tv dan masa terlebih tidur aku dikala hujung minggu.


bunyi macam pekerja yang dedikasi dan baik kan? oh tidak...itu semua sebab aku buat kerja terlembap-lembap....tu yang banyak pending...


aku rasa, hari ni en bos pon datang office gak kot. sebab ada job dari client yang aku kena siapkan tu, dia kena hntar pagi-pagi esok. so, dia akan amek hari ni sebab agak jammed jalan kalau nak singgah office esok amek...


pagi tadi, bangun tidur rasa nak demam...aku baru teringat, yang aku tak pernah MC sepanjang hampir 7 bulan aku kerja kat sini. dan tak pernah mintak cuti. cuma pernah mintak balik awal sejam je sebab esoknya nak raya haji.

tapi, yang pelik...kenapa kalau time kuliah, aku tak pernah tak ponteng.haha...ponteng itu perlu. sebab kalau sakit atau demam even demam sikit je pon, aku tak p kelas. konon tak larat. tapi, tak plak p klinik. sebab aku sangat tak suka makan ubat. demam tu tandanya, bdan kita penat dan perlu rehat. jad, ubatnya adalah berehat dibilik dan tidur.hehe...ok, itu pendapat aku je.


selamat berhujung minggu. semoga dipermudahkan segala urusan.

Thursday, December 16, 2010

serious!

serious!

kepala aku dah tak boleh menafsir kata-kata yang tertancap di kertas putih itu.
serabut semacam rasanya.

EN BOS!
wa tak faham tulisan lu!

kena tinggal

apa rasa kena tinggal? sakit gila dowh! agak merana dalam hati. dan jiwa juga terseksa.

apa rasa serabut? penat gila dowh! agak gabra dan kibut bila semua nak kena settle cepat.

sekarang ni aku tengah rasa kena tinggal dan serabut.

kerja banyak gila! bertimbun-timbun dan buat aku melambung. serious! menyebab kan aku jadi serabut dan kibut. banyak gila kerja pending ni. list kerja yang aku buat untuk hari ni sampai tak cukup satu page.

memang tak sedar gila waktu berlalu. sedar-sedar dah zuhur. nasib gak mamat ni baik hati. kat laptop dia akan ada bunyi azan bila masuk waktu. peringatan buat kami bertiga yang sedang sibuk buat kerja.

dan aku kena tinggal sorang-sorang kat office. bos p jumpa client, mamat p balik. kerja dia pon tengah banyak tu. apa lagi, tengah dok review kerja aku yang aku rasa dia pening gila!huhu

banyak benda nak cerita. tapi,ada satu benda yang buat aku tergelak dan senyum sorang-sorang.
semalam ada sesi bergambar untuk office aku untuk letak kat profile firma en bos.
kelakar gila! sebab partner en bos tak habis-habis buat lawak.

dan aku menjadi sangat pasif dan malu-malu bila bergambar. konon-konon tengah meeting. tak pernah-pernah serius time amek gambar kot.

segan kot nak senyum-senyum macam aku amek gambar ngan member2, aku dah la pompuan sorang-sorang. tak selesa kot nak senyum-senyum. hehe...

whatever is, I LOV my WORK!

Wednesday, December 15, 2010

happy gila!


malu tapi suka
gemuruh tapi teruja
segan tapi buat selamba


hati berbunga ceria
tercoret kenangan depan mata
terasa lucu gila

apa rasa bila mahu ketawa
tapi kena menahan di jiwa?
rasa nak pecah dada
kerna hati ingin melonjak ria
tapi tangan melekap dimuka

jangan sampai yang lain rasa
lucu dan kelakar dijiwa
ha ha ha

Monday, December 13, 2010

mulia dan hina

kerna dia kau mulia
memberi pada mereka yang tiada

kerna dia kau hina
tanpa malu meminta-minta

kerna dia kau hiba
tak sudah-sudah mengira

kerna dia kau terseksa
masih banyak yang kau tiada

kerna dia kau merana
mereka ada sedang kau tak punya

kerna dia kau gembira
memiliki apa yang dipinta

kerna dia kau teruja
terasa dunia kau yang punya

kerna dia kau selesa
dengan nikmat yang seketika


disaat tiada, mencari dia
dia tiba kau menghabiskannya

ada hati yang sedih dan hiba
kerna pertolongan itu tidak tiba
seolah menyesali takdirNya
tidak yakin dengan kuasa Dia
mengharap tanpa jemu pada manusia

janji ku pada dia
akan ku guna dia semampu yang ada
tanpa lebih tanpa tiada
ada untuk memberi dan merasa
pada mereka yang tak punya

hati berubah bila-bila masa
bolehkah aku tunaikan segala?
semoga aku adalah manusia
yang tahu budi dan jasa
yang ingat saat merana
kerna itu aku berlapang dada
semoga itu semua ada hikmahNya
kerna DIA yang mengetahui segala

Sunday, December 12, 2010

hadis palsu tentang hari asyura

assalamualaikum wbt....

hari ni hari ahad. dan esok adalah isnin. ramai yang mengaku antara kalangan kawan-kawan aku dan adik beradik aku yang isnin adalah satu hari yang buat mereka rasa malas gila!

malas nak masuk kerja. orang jawa kata, monday mood. hehe

bagi aku, biasa je. tak de rasa bosan bila datang hari isnin. cumanya, rasa seronok bila isnin. sebab boleh datang kerja. bunyi macam pekerja yang dedikasi kan?huhu

aku terbaca pasal 10 muharram kat sini tentang hadis palsu hari asyura. yang mengatakan kelebihan-kelebihan hari asyura yang kita tau selama ini adalah hadis palsu.

sebelum ni pasal kelebihan teraweh yang dikatakan hadis itu palsu. la ni, hari asyuraa plak. aku memang bukan penghafal dan pengkaji hadis.

rasa sangat la berdosa sebab selama ni mempercayai hadis-hadis sedemikian. agak2nya berapa banyak lagi hadis yang kita tertipu dengan kesahihannya. terima kasih kepada dia dan mereka yang menyedarkan tentang kepalsuan hadis ini.

Saturday, December 11, 2010

penangan saman


selama seminggu wa dirundung sedih yang teramat! banyak benda sebenarnya. tapi salah satu sebab motor wa. la ni motor tu ada kat bengkel. wa malas nak amek. last week balik kampung naik bus. wa minta tolong kak wa yang kat klang amek wa kat office.

masa tu, memang buntu gila. tak tau nak balik macam mana. kak wa yang wa dok rumah dia kat kampung. member2 semua dah habis training. dah petang-petang, baru wa teringat kat kak wa yang kat klang. terpaksa la menyusahkan dia minta tolong amek wa kat office.

ingat nak tumpang en bos. tapi malu la plak. rumah en bos tak jauh dari rumah kak wa. en bos pon dok puncak alam gak. nak bagitau kat en bos wa tak ada motor pon malu. tapi, wa akan cari pilihan lain, dan untuk tumpang en bos balik adalah pilihan terakhir. bahayo dowh....

wa pernah naik kereta dengan en bos. tapi, bukan berdua. mamat tu ada gak waktu kami nak p jamuan raya kat PKNS. lagipon, wa ni malu gila! seyes...wa pon tak tau sejak bila wa jadi pemalu. pernah nak beli murtabak tapi malu nak p beli sebab yang jual tu semua laki. wa mintak tolong kawan wa p belikan. dia pon pelik sejak bila wa jadi pemalu teramat ni. err, nampak sangat sebelum ni wa ni tak malu!

esok paginya, wa p naik bas balik kampung. ingat nak ngadu kat mak pasal motor tu. seyes dowh! wa nak jual motor tu. nak beli motor baru. tapi tolak kat kedai, dorang tak nak. kan wa kata motor wa tu antik dan unik.

isnin wa balik shah alam naik motor adik wa. nasib dia dah nak abes spm. dan nasib gak ada lagi motor untuk dia keluar mana-mana. kawan wa terkejut bila wa kata naik motor adik wa. dia bajet motor rxz adik wa tu. gilo! mau menjadi perhatian sepanjang perjalanan kalau wa naik motor rxz adik wa tu.

kira dalam minggu ni wa punya kelajuan di tahap yang sangat lembap dan lambat bila naik motor. kriss je kot. mana la laju mana.

dan minggu ni gak wa rasa rimas dan panas dengan perkara-perkara yang menghempap wa. seyes! geram gila dowh. sebab tu entry sebelum ni semua luahan perasaan je.

dalam seminggu wa memang selalu menabung kat alam sentral. sehari kadang lebih sekali wa masukkan syiling 50 sen kat tabung parking motor. masa isnin tu, 2 kali wa p alam sentral nak p ssm. wa ingat nak p kejap je, so wa maleh nak p masuk parking motor. wa pon parking kat tempat pemunggahan barang.

kat situ, memang banyak motor parking kot. lepas abes urusan kat ssm, wa nak p kat motor, tapi pegawai mbsa tengah menyaman motor wa. haru gila dowh!

wa tunggu kat tepi tu sebab cuak. lepas depa semua bla, baru wa p kat motor. wa kena saman. adeh. mesti mak wa bising kalau surat saman tu sampai kat rumah nanti. ingat nak jimat 50 sen, sekali kena bayar rm90. kalau mintak less, dapat la kena bayar rm40. banyak kot.

tu satu yang buat wa hangin pagi isnin tu. pastu, tiba2 motor tu tak leh nak start plak. sampai bengkak kot kaki cuba nak start motor tu. handphone plak wa tertinggal kat opis sebab pagi tu wa charge, lupa nak amek. adeh..

rasa cam nak nangis je. seyes! macam apa je. nak mencarut memang tak leh la. wa pujuk hati. wa baca selawat. wa tahan air mata dari keluar. malu kot kalau orang nampak wa nangis. tempat awam tuu...

wa rilek kejap. dok kat atas motor tu. pandang orang yang lalu lalang depan the store. wa tarik napas, wa selawat. wa ingat DIA. wa cuba start lagi. still tak boleh. masa tu, wa rasa nak marah kat adik wa je. dia kata dah betulkan semua motor tu b4 wa bawak p shah alam. wa cuba dan cuba sampai wa rasa nak tercabut kaki dan stokin wa tu.

alhamdulillah. berjaya. wa terus pecut balik office. sampai office rasa panas gila! aircond rosak lagi. adoaii...memang panas dan berapi gak la. nasib baik kipas tangan wa tak bawak balik lagi. wa ada tinggal kat office.

dan lagi satu saman wa kena. kat PKNS. wa nak tinggal kejap je kot sebab nak amek barang. sampai kat motor, ada saman kat raga motor tu. adeh....minggu ni je dah 2 saman.

mana nak cekau duit ni. boleh tak nak biaq je dulu saman-saman tu. wa nak kumpul duit ni. nak beli motor baru. huhu......

memang menjadi sejarah. seminggu kena 2 saman. sabor je la. redha jelah. tu la...sapa suruh parking kat situ.

terima semua tu atas kesilapan diri.

err, ada diskaun kan untuk saman?huhu

Friday, December 10, 2010

masalah ingatan


en bos tanya kat aku pasal satu company.

"eh, awak ada buat XYZ sdn bhd?"

"buat?maksudnya? accounting atau audit?"

"accounting. awak ada buat UBS dia?"

"err....macam tak ada je. tak berapa nak ingat la"

"awak ingat betul-betul"

tiba-tiba mamat tu pula yana sampuk.

"awak ada buat la fauziah. tahun 2008. cuba cek UBS awak tu"

"err, ada....tapi awal bulan 8 dulu la."

"awak ni ada masalah ingatan eh?baik minum susu kambing. client punya job ni kena sentiasa alert tau"

"err, ok......................."

en bos, wa bukan lupa. tapi tak ingat dowh! wa buat UBS utk XYZ sdn bhd tu masa bulan 8 dulu. la ni dah bulan 12. mana nak ingat.huhu....sorry en bos.....wa aga konpius dengan client yang banyak gila tu!huhu....

dan en bos hanya tersenyum dengan aku....
sabo je la...

tahun depan. kompom! aku keja ngan en bos lagi. tapi, part time la sebab aku kan masih study lagi. tapi, bos ada pesan.

"saya tak kisah awak nak datang office bila. nanti, tak ada kelas awak datang la office. kalau boleh, office ni biarlah sentiasa ada orang. saya bukan selalu kat office, mamat pun sama. nanti ada orang call, tak ada yang jawab plak.nanti bila jadual kelas awak dah keluar, kita bincang macam mana nanti."

"haa....ok je...saya tak kisah"

"kalau awak nak study kat office pon ta apa. nak buat assignment ke. nanti, sibuk kerja ada yang sangkut pulak. no point la macam tu kan."

"en bos jangan la cakap cam tu. jenuh dah ni dok study je."

aish bos ni. doakan la aku lepas ye. aku dah agak jenuh dan penat nak habiskan lagi satu sem ni.
aku dah biasa wat part time. masa sem 3 sampai sem 6 aku buat part time ngaja tusyen. masa tu, agak masyuk gak la. kelas plak malam. jadinya, segala kerja dan assignment aku siapkan waktu siang. sebab memang tak dan aku nak siapkan malam.

walau kadang ada yang tak terbuat. huhu....tapi, masa tu aku rasa aku punya masa lebih tersusun. masa sem 6 aku tak amek kelas banyak sangat sebab masa tu subjek macam susah. dalam seminggu kadang 1 kelas je. masa sem 3, seminggu 3 kelas aku amek.

letih memang letih. tapi seronok! jumpa budak-budak yang kadang aku buat aku gelak.

bila banyak masa terluang sebab kelas tusyen ada sekali je seminggu, makin banyak main. dan makin jatuh lak pointer aku yang sememangnya sikit tu.

aku harap, untuk final sem ni aku punya masa akan lebih tersusun dan jauh dari benda lagha....

kepada en bos, wa bersedia kerja dengan lu! sebab wa tau lu bos yang baik...
untung2 habis belajar nanti, en bos offer kerja dengan dia.hehe...
insyaALLAH...mana lah tau kan. tapi selagi aku bujang, aku akan kerja. kalau dha kahwin nanti kena tengok keadaan....sebab aku nak capai azam aku yang belum tertunai tahun lepas.

kerja kena bersungguh-sungguh dan jangan sampai bertangguh!

Wednesday, December 8, 2010

2 muharram 1432H

hari ni adalah 2 muharram 1432H...

isnin tu aku rasa biasa je. banyak sangat kesakitan yang aku terima. bertubi-tubi. rasanya macam dah tak kuat. tapi, tetap tunjuk kuat dan cuba menjadi kuat. tika ini, mula rasa yang betapa kita perlu menghargai nikmat walau setitis air.

isnin pagi pergi ssm. masa masuk ssm, kena tegur dengan uncle kat kaunter masa aku nak amek nombor giliran.

'how are u? kenapa tak berseri-seri pagi ni?'

'fine...thank you. penat!'

'baru cuti 2 hari, takkan penat cik adik.'

aku hanya senyum sambil berlalu. hakikatnya, aku memang penat. penat berkejar mencari sesuatu. dan penat memikir bagaimana hendak menyelasaikan masalah.

dan semalam adalah cuti. aku rasa bosan gila dok rumah. aku tak balik kampung sebab aku kena jaga anak-anak buah aku. kak aku nak p scan perot.

melayan anak buah aku dan menjadi suri rumah. memasak seawal pukul 11 sebab dah kedengaran suara kuali periuk belanga serta lesung batu berlaga dari kejiranan dan bau yang agak membuat aku pon nak masak.

tapi, agak terganggu dengan suara orang berkaraoke agak kuat gila! dah la lagu semua menjerit-jerit.

terbaca sesuatu kat diari aku. diari tahun 2010. tapi banyak yang kosong sebab aku banyak mencoret kat blog.

ada hadis yang lebih kurang begini maksudnya...

"barang siapa yang ALLAH mengkehendaki menjadi baik, nescaya dia akan diberi ujian"

hati aku terpujuk dari rajuk. DIA maha mengasihani. jiwa aku terubat dengan hadis itu.
rupanya, aku belum lagi baik sebagai hamba. banyak lagi yang aku lalai. itu sebab DIA bagi ujian.

ok, lupakan semua masalah sambil berharap dan mencuba untuk menyelesaikan.

isnin petang sebelum aku balik, aku ucap selamat tahun baru kat mamat tu. sebab bos keluar minum dengan kawan dia. aku tak sempat nak ucap. ucap dari kejauhan je. huhu...

semoga tahun ini akan membawa kita lebih dekat dengan DIA. dan lebih jauh dari murka DIA.

kadang kita tak sedar, dengan senyuman yang kita lemparkan pada seseorang bisa membuat seseorang itu gembira. terima kasih kepada senyuman-senyuman yang aku terima dari mereka yang aku tak kenal. sebab masa tu, rasa nak nangis tapi tak jadi sebab terhibur dengan senyuman itu.


azam tahun baru?
azam yang sama macam tahun lepas. sebab belum lagi tercapai tahun ni.
ingin menjadi suri rumah sepenuh masa!
hehe...

Sunday, December 5, 2010

sakit sangat!

bila tak datang, memanggil...
bila dia datang, menggigil...

bila tak ada, rasa sakit...
bila ada, lagi sakit...

bila ada, mencari yang lain...
bila tak ada, tak mampu nak mencari lain...

bila tak ada rasa rindu...
bila ada rasa jemu...

bila sorang-sorang rasa terasing...
bila ramai-ramai terasa ingin mengasing...

bila ada, tak peduli...
bila tak ada, tercari-cari...

bila cukup, rasa nak lagi..
bila kurang, tetap nak lagi...


hakikatnya, kadang hati tak cukup untuk menghadapi ujian itu! hanya keyakinan bahawa ujian itu mendekatkan diri kepada DIA...hanya kesungguhan mengatakan kehilangan itu untuk mendapatkan rahmat DIA...

benar! sugguh! zahir batin ini sakit. teramat sakit! bila mula menyedari yang tanggungjawab itu berada dipundakku. bukan sewenang untuk aku melepaskan ke orang lain. dan bukan semudah itu untuk aku membiarkan ia.

dan sangat menyakitkan bila sorang-sorang menghadapi itu. bukan tak nak meluahkan kepada orang lain. cumanya belum jumpa sidia untuk menjadi pendamping.

hai hati...kuat lah dikau atas dasar iman yang ada. jangan kau membolak ke arah yang lain cukuplah kesakitan yang kau alami kerna kurang yakin kau pada DIA pada waktu tertentu...

hai jiwa....teguhla dikau dengan ap yang kau ada. yakinlah bahawa ini semua sementara. kelak akan ada sinar bahagia dihujung nanti. kerna DIA yang mengetahui segala.

kuat untuk menjadi hebat! teguh untuk tidak ampuh!

carilah jalan untuk selesaikan masalah. bukan cari jalan untuk menghindarkan masalah!
mintalah pertolongan DIA agar semua dipermudah...
insyaALLAH....
ALLAHU AKBAR!

Thursday, December 2, 2010

sakit dan merana

Kesusahan dan kekurangan mengajar kita erti kesyukuran yang tak terhingga. Kerna ia menginsafkan jiwa yang terleka.

Kesakitan dan kesengsaraan mengajar erti kesyukuran yang meninggi. Kerna ia menyedarkan kita betapa jauhnya diri dari Ilahi.

‘apa yang ada jarang disyukuri. Apa yang tiada sering dirisaukan’

Hati ini tak pernah puas. Nafsu bagaikan air laut. Diminum hanya menambah haus.

Bukan tak nak berjumpa dengan doktor, tetapi hati tak sanggup menerima kenyataan bahawa tubuh ini sakit sebenarnya.

Sebab yang paling ditakuti adalah mati. Penghujung nyawa yang memisahkan segalanya. Serasa amal yang dibawa sepanjang hidup ini belum lagi mencukupi untuk meredakan api neraka dan memagar diri dari siksa kubur.

Sudah lama menyedari itu, tetapi nafsu sentiasa menggamit agar melengahkan taubat dan amal. Sampai satu masa, tiada lagi saat yang ada untuk dilengahkan. Semuanya akan berakhir.

Kadang disangka amal sudah banyak, tetapi ianya terlalu sikit kerna yang banyak itu bukan dilakukan kerana ALLAH. Tapi, hanya untuk pujian dan sanjungan dunia. Agar, seisi dunia tahu yang kitalah paling hebat! Kitalah yang solehah! Kitalah yang berilmu!

Rapuhnya iman, bila ditiup sedikit dengan nafsu ianya hanyut entah kemana. Mujur kalau dapat dikesan, kalau tak? Sia-sialah amal selama ini.

Lidah mula berzikir bila rasa sakit menghunus setiap urat nadi. Sakit yang bisa dan teramat. Mata ini mula menangis mengenangkan dosa.

Ya ALLAH…aku sakit Rabb…zahir dan batin ku sakit. Kerna melupakan Mu dan meninggalkan Mu dalam urusan seharian ku.

Ya ALLAH…ampunkan aku, maafkan aku dan rahmati aku. Izinkan aku menjadi tamu Mu sebelum nadi ini behenti. Sebelum nafas ini mendengus kasar. Sebelum ruh berlalu pergi.

Tak sanggup memiliki dunia, andai ianya membuat aku jauh dari Mu. Tak rela melepaskan iman demi untuk kesenangan yang tak berpanjangan.

Kini, aku menyedari dan mensyukuri. Kesusahan dan kesempitan ruang dan wang yang membawa aku dekat pada Mu.

Mungkin juga aku tidak seperti mereka yang diberi ruang dan wang tanpa perlu bersusah lelah. Yang dimana mereka meenjadi dekat dengan Mu hanya apabila mereka diberi nikmat sebegitu.

Maafkan mazmumahku Ya ALLAH. Kurniakan mahmudah kepada ku. Beri kesembuhan sakit dan perit ini.


(untuk kau ..... Yang baru mengetahui bahawa mereka diuji dengan kesakitan dan penyakit yang kritikal dan bukan kritikal)

Wednesday, December 1, 2010

wa kena beb!

Assalamualaikum wbt….

Pagi yang buat aku kalut+gelabah. Aku bukan bangun lambat. Macam biasa je kot waktu bangun aku. Seperti biasa, setiap pagi aku akan tonton tanyalah ustaz sampai abes sambil2 tengok cerita hi5 dan bersaeapan.. hehe…

Hari ni agak sunyi rumah kakak aku. Kak aku ngan anak2 buah aku balik kampong. Tinggal ler aku sorang kat rumah yang ku rasa besar gila bila berseorangan. Tapi, saiz sebenar tak la besar, kecik je kot. Tapi, sebab sorang2, tu yang jadi besa gila!

Pagi tadi, tengah siap-siap, perut aku sakit. Time nak bersiap ni la mula. Dah tu, contact lense aku tak lekat-lekat. Tiba-tiba, ada satu nombor call aku.

‘hello..boleh bercakap dengan fauziah?’

‘ye..bercakap’

‘saya dari cimb bank. Tentang pembayaran ptptn.’

‘ptptn?’

‘mengikut rekod, cik fauziah tak ada membuat sebarang pembayaran lagi.’

‘eh? Saya dah settle ptptn saya. Lagipun saya ambil untuk 1 sem je. Late penalty pon saya dah bayar.’

‘ye ke? Tapi, dalam rekod tiada pembayaran. Kalau macam tu, cik boleh jumpa siti khadijah?’

‘err…siapa siti khadijah?’

‘gee….ni aku la…didy…’

‘weh…kuang ajaq la tu kenakan aku pagi-pagi’

‘haha…saje je…kelakar giler ko tadi. Gelabah!’

‘mestilah…aku dah abes bayar ptptn kot. Dah tu dr cimb pulak. Pe kaitan?’


Pagi tadi, aku kena panggilan hangit. Gilor kawan aku ni. Wa ke beb! Dan lama giler tak sembang dengan dia. Kawan baik aku masa kat matrik dulu.

Dan pagi tadi, aku keluar rumah pukul 9. seyes! Memang lambat gila! Aku bawak motor dengan kadar kelajuan yang agak laju. Sampai simpang traffic light nak belok kea rah stadium, aku terserempak dengan kereta en bos!

Kantoii! Aku tak tau en bos perasan aku atau tak. First time kantoi masuk office lmbat ni. Jarang lambat, dan tak pernah kantoi. Huhu…

Cuak gila! Aku terus pecut. Tak sampai 5 minit aku sampai office, en bos pon sampai. Dia tak tanya aku apa2. so, aku assume yang dia tak perasan aku.

Huhu…aku pon tunduk je cuba menghadirkan khusyuk dalam jiwa untuk melakukan kerja sebab cuak nak pandang muka en bos.

En bos! Sorry banyak-banyak. Wa datang lambat arini. Arini, wa balik lambat, ok!

Monday, November 29, 2010

detik yang berlalu laju

mengira detik yang berlalu
yang semakin berlari laju
hingga membuat akal buntu
dan jiwa bercelaru
serta hati yang keliru
dan menyesakkan nafasku

boleh tak aku memberhentikan
putaran waktu yang sentiasa berjalan
untuk aku menggamit kenangan
yang buat mimpi tak berkesudahan

tapi ianya mustahil terjadi
kerna melanggar sunnah Ilahi
pasti ada sesuatu yang tersendiri
hanya DIA yang mengerti

bila rasa bosan, terasa begitu lambat
bila rasa seronok, kenapa begitu cepat?

Sebenarnya hati ini yang tak puas
Untuk menikmati rahmat yang maha luas
Hingga tak terkira setiap nafas
Sentiasa mengalir tanpa culas

Oh angin!
Biarkan aku begini
Menikmati hidup sendiri
Dan aku ingin berdiri
Dengan dia disisi

Oh awan!
Teruslah engkau mengintaiku
Dalam gelap mahupun terang
Kerna ku tahu ada dirimu
Walaupun kadang tak Nampak dipandang

Oh Tuhan!
Ku syukuri nikmat Mu
Yang tak terjangkau akalku
Namun kadang aku malu
Dengan sikapku yang selalu terburu
Kadang melupakan Mu dalam bait nafasku

Oh Tuhan!
Kadang aku cemburu
Dengan dia yang disayangimu
Tabah dan sabar dengan mehnahMu
Dan aku bukan begitu

Oh Tuhan!
Aku tau betapa dosanya aku
Bila riak dengan pujian kepadaku
Sedang aku tak menginginkan itu
Maka, hapuskanlah mazmumah itu
Terima kasih Tuhanku!

Saturday, November 27, 2010

aku dah jadi mak!

Aku bertanya kan seorang sahabat masa tengah YM dengan dia. Dia dah kahwin bulan 6 ari tu.

‘uit, bila ko nak jadi mak?’

‘insyaallah…tahun depan….’

‘ye ke? Tahniah….’

‘eh, ko plak? Bila nak jadi mak?Sibuk Tanya aku ni…’

‘aku?Aku dah jadi mak la…ko tak tau ke?’

‘eh?Bila’

‘dah lama…jadi mak sedare…’

‘mak sedara apa barang?’

Hehe….mak jugak kan….umur aku sekarang belum dikira sensitive bila orang Tanya bila nak kahwin. Mungkin 10 tahun akan datang akan menjadi isu yang paling sensitive untuk ditanyakan atau dibincangkan. Err, aku harap masa tu aku yang menanya orang. Dan orang tak akan nak menanya aku.

Teringat seorang cikgu masa kat kolej mara kuala nerang dulu. Umurnya dah menjangkau 30 tahun. Masa aku mengaji dengan dia, dia nak melangsungkan perkahwinan. Kata-kata dia yang buat aku ingat sampai sekarang.

‘kita tak tau jodoh kita sampai bila. Sejak saya sekolah dulu, mak saya ajar saya doa untuk dapatkan jodoh yang baik. Sejak sekolah menengah lepas SPM saya amalkan doa tu tapi, siapa sangka kan yang jodoh kita campai masa umur kita dah 30 tahun. Semua tu kehendak Dia. Awak semua, doalah dari sekarang. Cepat atau lambat tu, bukan urusan kita.’

Aku dan lain-lain menyengih. Dan aku perasan, bila solat masing2 memanjangkan sujud terakhir. Hehe….

Dan aku sangat rindu kat cikgu tu! Sekarang dia dah ngajar kat MRSM. Paling latest aku tau, kat penang ikut laki dia. Dan ada anak perempuan sorang. Tak tau la plak, sekarang dah brapa orang. Dalam 3 tahun lepas, aku ada sms dia bertanya khabar. Cikgu sms kat aku, sampai sekarang aku ingat.

‘cikgu nak anak cikgu macam kamu. Banyak Tanya dan banyak mulut. Tak la malu sangat dengan orang’

Err, cikgu…saya rasa, nanti kalau anak cikgu banyak mulut bukan dia ikut saya. Dia ikut cikgu tu. Hehe…

Friday, November 26, 2010

apa milik kita?semua bukan milik kita!

Kerja banyak gila! Aku terkejar-kejar lagi dan agak berlari-lari.

Penat memang penat. Tapi ada benda lain yang buat kita penat. Walau apa pun, sisa hidup ini kena diteruskan. Agar menjadi sesuatu yang bukan sia-sia.

Pertolongan yang kecil kadangkala ianya sesuatu yang paling berharga bagi yang benar-benar memerlukan. Rasa lega yang teramat bila semuanya selesai dengan cepat dengan bantuan pihak tertentu.

Wa nak ucap terima kasih banyak-banyak kat en din SSM sebab sekali lagi dia tolong wa. Jasa lu en din memang wa akan ingat. Semoga urusan lu juga akan dipermudahkan kelak.

Semua yang ada digenggaman kita bukan lah milik kita sebenarnya. Baik yang digenggam erat atau dipegang hujungnya tetap bukan milik kita. Bukan wa, bukan lu dan bukan sesiapa. Bila-bila masa si DIA akan mengambilnya semula. Sama ada diambil ketika baru kita miliki, atau diambil tika dah lama menjadi milik kita.

Mungkin juga DIA akan mengambilnya dan menyerahkannya kepada yang lain. Samaada ianya kita redha atau ianya dirampas tanpa hak.

Kadang, kita sedih dan sayu bila ianya hilang dipandangan. Mengharap ianya kembali dan menyesali apa yang terjadi. Adakah kita yang tak reti nak menghargainya atau kita terlalu sayang kan ia.

Hari ni sesuatu milik wa diambil orang. Yang pasti ianya diambil secara bukan hak. Sebab wa tak membenarkan seseorang itu mengambilnya.

Tadi, wa pergi SSM sekali lagi, untuk hantar bornag carian nama syarikat. Bila p kat motor, wa punya helmet dah tak da. Helmet tu helmet baru wa. Lepas raya ari tu wa beli.

Sakit hati dowh! Tapi, nak buat macam mana. Benda dah tak ada kan. Wa naik motor slamber tak pakai helmet dari plaza alam sentral ke office wa kat worldwide.

Yang geramnya, time ni la semua traffic light baru nak merah. Lama giler rasanya nak tunggu kat traffic light tu. Bukan apa, malu dowh...orang pandang semacam kat wa. Wa tau tu.

Kalau kat tanjong karang boleh la lalu jalan dalam kalau tak pakai helmet. Ni shah alam kot. Wa buat muka slamber walaupun baru selisih dengan kereta pakcik polis.

Mat rempit pon pakai helmet time nak merempit. Petang ni wa nak balik kampong, helmet tak ada. Berani je kot tak pakai helmet. Cumanya, nanti kalau jatuh elok-elok panjang umur, jadi pendek umur pulak.

Oh tidak! Banyak lagi benda wa nak selesaikan kat dunia ni.

Kepada lu yang ambik helmet KHI hitam wa kat parking motor plaza alam sentral dalam pukul 3.50-4.30 tadi....

Tak pe la derr...lu amik tu, wa halalkan. Lu tak da duit kot. Ala...wa pon tak ada duit gak. Tapi wa akan adakan juga duit untuk belik KHI hitam yang baru.

Lepas ni derr, lu jangan curi lagi. Dosa tau! Tak pasal-pasal lu kena cari orang tu kat padang masyar nanti. Dah tentu lu tak kenal kan orang tu. Nanti jenuh lak nak mencari ramai-ramai tu.

Derr...tadi wa memang bengang gila! Orang gila pon tak bengang macam wa. Tapi la ni, wa dah ok sikit. Mana la tau kan, helmet KHI hilang DIA ganti dengan LC...hehe

dari antikapel untuk semua

kadang hati rasa bosan
dengan apa yang ada di depan

kadang hati rasa jemu
dengan suasana itu

tapi, mungkin itu juga cubaan
untuk menguji kekuatan iman
menilai tahap kematangan
dan mengira butir keikhlasan

bila mengharap sesuatu
jiwa sentiasa menunggu

tapi bila tak menginginkan
ia datang tanpa pamitan

dimanakah keikhlasan ketika itu
mengharap pujian tak jemu
seronok hanya sekejap bertamu
dan kecewa bila tiada itu

kadang juga keseronokan itu
mengorbankan iman yang satu
digoyah sedikit tanpa aku tahu
rupanya dah banyak aku ditipu

kepada semua
yang aku kenal muka
yang aku tak tau siapa
maafkan! aku alpa
datanglah disini lagi ya
walaupun aku buat derk ja
hakikatnya aku ada
memberi respon dari sana
dari antikapel untuk semua!

Thursday, November 25, 2010

berjumpa dengan mak mertua

Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa seperti berjumpa dengan bakal mak mertua yang nak tengok aku ni sesuai ke tak dengan anak dia. Sekufu ke tak dengan anak dia. Dan aku diinterview oleh dia dengan rasa dalam hati yang sangat gabra dan jiwa yang bergelora.

Kecuakan gila yang melanda hati umpama badai yang melanda. Hilang semua sifat-sifat brutal yang ada pada aku. Yang aku tonjolkan hanya sifat keperempuanan yang penuh dengan lemah lembut dan sopan santun.

Bukan hipokrit, tapi rasa hormat yang meninggi untuk mendapat result bahawa practical training aku ni akan lulus.

Dan sekarang aku berdebar-debar menunggu bakal mak mertua aku ni berbincang ngan ‘bapak’ aku tentang proses peminangan. Entah apa yang ‘bapak’ aku akan cakap dengan ‘bakal mak mertua’ aku pasal aku. Aku harap, yang elok-elok.

Ini ke rasa gelora orang bercinta dipinang?

Fuhh....aku harap peminangan ini dan akan datang berjaya!
insyaALLAH....

kalau kat rumah, bapak kite la bos...
tapi, kalau kat office, bos kite la bapak...
hehe...

macam dah tua je kan bos aku ada anak umur 22...
tapi, kalau dia kahwin betul-betul pas SPM, tak mustahil dia dah ada anak yang baya-baya aku.

en bos bagitau kat lecturer yang aku ni cepat lupa. adeh...ni memang betul. sebab company en bos ni banyak giler la client dia. sampai aku pening bila dia sebut tentang sesuatu company ni. bila dia bagi hint baru aku boleh ingat.

en bos kata aku ni independent dan boleh deal dengan third party dengan baik, sebagai contoh SSM.

err, yang ni agak betul gak. sebab banyak kali aku pergi jumpa en din yang kat SSM tu supaya permohonan penubuhan syarikat baru yang aku buat tu diterima setelah beberapa kali dipulangkan balik sebab dokumen tak cukup dan tak lengkap.

hehe...nak tak nak, kena la p jumpa en din pegawai tu walaupun agak malu dan cuak gila!
berani buat, berani tanggung.

dah aku yang salah, so aku gak la yang kena betulkan. nanti hangin pulak en bos tu.
dah la en bos tak pernah marah aku, takkan aku nak ambik kesempatan pulak kan.

tadi, lecturer tanya aku tentang company aku ni. dan aku jawab dengan jujur;

'saya sangat bahagia kerja disini. alhamdulillah. layanan en bos yang sangat baik kepada saya. dan tak pernah membezakan saya dengan en mamat. sebab kami berdua je staff disini. dan en bos tak pernah marah, tapi dia akan menegur salah saya dengan bagus. tanpa ada rasa bengang atau geram'

'en bos ada offer awak kerja lepas graduate nanti?'

'err...tak ada plak dengar dia offer. tak la mengharap, tapi kalau satu hari nanti dia offer, alhamdulillah. saya suka kerja dengan dia.'

'ada tak dia suruh awak buat kerja yang tak relevant dengan kos awak?'

'ada. tapi sangat sikit la. macam bayar bil. tapi, ok la..sekurangnya saya tau semua benda'

'ok la tu. tapi bagus la awak dapat kat sini. kerja semua ok. langsung tak ada masalah.'


nasib baik lecturer aku ni pon baik...hehe
alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik....

Wednesday, November 24, 2010

daging kurban dari en bos!

Bila mengejar sesuatu, selalu hampa...
Tapi bila tak mencari, selalu ada...

Semalam, en bos bagi daging kurban. Agak terkejut bila balik dari SSM semalam, ada bungkusan dalam plastic kat atas meja. Siap berbungkus dengan surat khabar. Aku ingat en bos nak bagi hadiah kat aku. Rupanya daging kurban. Hadiah juga kan. Ada dua, untuk aku dan mamat tu.
En bos buat kurban kot tahun ni. Yang pasti dari kelate. Jauh tu...bos kata, kalau rumah bujang berbualan mau tahan. Tu tok mamat tu la. Kat rumah kak aku gerenti tak berbulan. Cuma berminggu je.

Thanks en bos! Len kali bagi lagi.

Semalam balik malam lagi. Banyak sangat kerja yang nak kena settle. Dan hari ni jugalah nampaknya. Dari tadi aku terkejar-kejar walaupun tak berlari nak settle semua job.
Terima kasih kepada en din SSM sebab mempermudahkan segala urusan pendaftaran syarikat yang aku buat tu. Dan sangat minta maaf kat en bos sebab buat silap lagi.



minta maaf kepada semua pembaca blog antikapelsedunia ini andai aku ada membengangkan kamu.



Aku menulis bukan kerna nama.................

Tuesday, November 23, 2010

lempeng pandan

pagi tadi aku cuba buat pankek pandan. tengok resepi kat kak ummi. semalam balik kerja, singgah giant bila barang yang diperlukan.
nak buat pankek, kena ada tepung naik sendiri, susu segar, gula kastor dan lain lain lagi. aku cari gula kastor. yang aku memang tak tau jenis gula apa tu. gula perang aku tau la sebab warna dia perang. last-last aku tak jumpa pon dan aku terfikir untuk guna gula biasa ja yang ada kat rumah kak aku.

sampai rumah, aku tanya kat akak aku. dia kata gula kastor tu gula halus. laaa....gula halus rupenye. punyalah jenuh aku mencari kat giant tu. nasib baik kat rumah kak aku memang ada gula kastor tu. sampai rumah betul-betul azan.huhu...sabar je la. tapi, semalam memang balik agak lambat.
tunggu sorang client nak amek dokumen.

resepi tu pankek strawberi. tapi, aku try nak buat pankek pandan. hehe...sebab rumah kak aku ada tanam pokok daun pandan.

tapi, langsung tak jadi. rasa, ok kot. tapi rupa langsung tak ada macam kak ummi tu buat. seriuos! betul-betul macam lempeng. tak pe, percubaan kali pertama. pankek pon sebenarnya lempeng gak. cuma bentuknya cantik sikit la. lempeng agak nipis. dan pankek agak tebal dan gebu.

apapun, aku bedal je. anak buah aku buat muka pelik je makan lempeng tu pagi tadi. sabo je la. tapi, laju gak dia makan. dan ada ke patut cicah ngan sos dan mayonis. pankek ni cicah dengan madu atau apa2 yang manis. pancake syrup ada jual tapi semalam maleh dah nak cari kat giant tu.

ini email aku.

pankek_pandan@yahoo.com

jangan ditanya kenapa aku buat pankek pandan pagi tadi...:)

Friday, November 19, 2010

situ sini


aku begini, bukan begitu
aku macam ni, bukan macam tu
aku seperti ini, bukan seperti itu
aku disini, bukan disitu

maafkan aku kalau aku bukan yang begitu
ingatkan aku kalau aku bukan macam tu
ajarkan aku kalau aku bukan seperti itu
pimpin aku kalau aku bukan disitu

Thursday, November 18, 2010

bahagia dengan dosa

bahagia itu yang kita impikan....


dulu masa mula-mula kau kenal dia, labuh tudungmu. bajumu lebih besar dari tubuhmu hingga tak menampakkan langsung susuk tubuhmu. kata-kata mu penuh sopan dan lembut.

bukan kau yang hipokrit. kau memang begitu. ingin menjadi wanita yang teragung bukan senang-senang ditonton. dan sidia menyukai kamu kerna dirimu itu. dia menyukai dan ingin memilihmu sebagai pendampingnya kerna dia berasa kau lah paling layak untuk menjadi surinya. kerna penampilan mu yang tak membuat hati lelaki gundah.

dan akhirnya kau dan dia bersatu dengan satu akad yang halal setelah 6 tahun berkenalan. dan kini usia perkahwinan mu dengan dia sudah melangkau 5 tahun. namu makin lama, tudung mu makin singkat. bajumu makin sendat. walaupun tak ketat, tapi ia seolah menampakkan tubuhmu. tudungmu mula dililit kebelakang.

dan dia? ku kira lelaki yang boleh ku katakan beriman akhir zaman. sentiasa mengaji tak kira di mana. masih setia mengunjungi masjid dan surau. dan paling penting masih sabar melayan karenah anak dan isteri.
sehinggalah akhir-akhir ini kau mengadu tentang masalah kau dan dia. dia sudah terlanjur menjalin hubungan dengan isteri orang. tahap ketelanjuran itu tidak pasti sampai mana. yang pasti, dia terlanjur menyintai dan menyayangi perempuan lain selain kau, isterinya.

paling mengejutkan, perempuan itu isteri orang. tidak bertudung. aku tidak menuduh perempuan itu jahat sebab dia tak bertudung. yang aku terkejut, kenapa dia yang tak bertudung yang kau pilih? bukan dulu kau memilih isterimu sebab dia bertudung labuh? dimana letaknya penilaian mu?

dan kau...paling menyedihkan. kau terlalu kecewa dengan sikap dia yang menjalin hubungan dengan perempuan lain. aku tau perasaan kau. kecewa bukan?sedih jangan cakapla..memang sangat sedih. tanpa disangka lelaki yang dicintai menyayangi perempuan lain dibelakang mu.
kau kata, dia tak seperti dulu. sudah mula pandai merokok. pandai menipu dan menyembunyikan banyak eprkara dari mu.

dan kau? bertindak diluar batasan. mengherdik suami mu dengan kata-kata yang agak keterlaluan dek kerna terlalu marah.

ya! memang marah. kalau aku ditempatmu memang aku akan marah gila! satu persatu penipuan itu terbongkar.

kau mula berfikir yang tak masuk akal. kenapa itu yang kau pilih?

kau kata, suami mu mengaku perempuan itu tidak bertudung. dah tentu pakaiannya juga vogue! dan meletup. mengikut standard fesyen.

makin hari aku lihat, tudung mu memang singkat habis. langsung menampakkan dada dan belakang. pakaian mu makin mengecil dan mengetat. kadang memakai tshirt berlengan pendek.
'ini yang dia mahukan! biarkan aku begini.'

ahh...kau main jauh tersasar. ujian ini DIA turunkan padamu untuk menambah imanmu. bukan untuk menambahkan dosamu. kerna ujian yang ditimpa yakni dikurangkan kasih sayang suami pada mu, kau sanggup mengorbankan iman mu?
sepatutnya, kau menginsafkan diri dan muhasabah amal mu. kau patut menambahkan nya dengan lebih melabuhkan tudung mu seperti dulu.

mungkin kasih sayangnya makin singkat sebab tudung mu makin singkat juga.kau juga kata yang dia memilihmu menjadi isterinya kerna tudung dan baju kau yang memenuhi syariat.

kenapa kini kau tinggalkan semuanya. bahagiakah kau dengan dosa?

aku harap, hubungan suami isteri kamu berdua akan bertambah erat dan melimpahkan sakinah dan mawaddah.

kau dan dia, harus muhasabah. kenapa semua ini yang patut kau dan dia terima.

mungkin peringatan dari Dia.

wallahu'alam..

white sand

.... white sand...




hari ni wa rasa ada yang mengintai wa...datang kerja atau tak...mentang-mentang wa sorang kat office...hehe
tak de lah...

pagi-pagi lagi tadi en bos call office bertanya pasal job yang aku kena buat hari ni.
err, bos ni nak usyar aku datang office ke tak ni...hehe

dan baru tadi, kawan bos aku datang office. nak hantar file en bos katanya. en ry namanya. en ry ni memang selalu datang office

'tadi en bos telefon aku. suruh tengok ko datang office ke tak'

'datang la...koje kot. sorang-sorang kat sini. dorang sume cuti'

'tau...tu yang nak tengok ko. kot-kot ko tengah tido ke'

'eleh...mana ada tido.'

'haha...en bos ko tu dah seronok cuti kat white sand'

'erk? white sand? bukan ke dia balik kelantan?'

'ye lah...kat white sand...'

'ow.....pasir putih?'

'ha...tau pon...malam ni aku bertolak nak p kelantan'

'kenapa? balik kampung ke'

'tak la...bercuti....'

hmmm....sabo je le...semua orang nak bercuti...

la ni aku tengah menjulingkan mata untuk menampal beberapa perkataan yang berfont 11 kat satu report ni.

memang agak juling mata aku pas ni..huhu

Wednesday, November 17, 2010

cow itu lembu

bersedia untuk mengagihkan daging cow....


Kat rumah mak ada 4 ekor arnab. Anak buah aku, Ilham bela. Dah tentu mak ayah dia yang belikan. Seekor ibu arnab dan tiga lagi anak arnab. Uteh, abu dan omel. Memang agak comel.

Bila aku balik rumah kak aku, aku pon cerita kat izzah, anak perempuan kak aku.

‘ijah, kat rumah embah ada arnab. Abang iyam punya. Comel sangat….’

‘ada berapa ekor mak fau?’

‘err, ada 3 ekor. Uteh, abu ngan omel’

‘mak fau, arnab tu apa?’

‘erk?. Arnab tu, arnab la..’

**aku terdiam sebab tak tau nak terangkan macam mana kat dia. Sebab aku tak reti pulak bunyi arnab.

‘ala….arnab…ijah tak tau ke?’

‘yela…macam mana arnab tu?’

‘err…rabbit.’

'oooo...rabbit'

Pagi tadi, anak-anak buah aku ikut pakcik dorang pergi surau tengok lembu yang nak dikorbankan. Ikram, anak buah aku darjah 2 cerita pasal lembu tu kat abbas, anak buah aku 5 tahun.

‘tadi kan, ikram nampak lembu kat surau’

‘lembu tu apa?’

‘lembu…tak tau? Cow la abbas.’

‘ooo….. cow! Mooooooo’

‘haa…tau pon!’

p/s:lepas ni, aku kena buat kursus bahasa jawa kat semua anak-anak buah aku.

hari ni raya, esok kerja

pengorbanan ini sekurangnya berbaloi kan....



salam aidiladha buat semua...
moga-moga hati ini sesuci kasih ibrahim, seikhlas ismail dan sesetia hajar....

cuti sehari je kot. agak sedih la...lagi sedih esok dan jumaat aku p office sorang-sorang.

mamat tu dah minta cuti awal-awal. en bos plak tiba-tiba tukar plan nak balik kampung dia yang kat kelantan tu pagi ni. jadinya dia pon akan cuti hari khamis dan jumaat tu.

dan semalam pagi, en bos dan mamat tu dah discuss ngan aku kerja-kerja yang patut aku buat sepanjang ketiadaan mereka di shah alam. huhu

rasa macam tak nak p kerja esok, tapi memandangkan aku kena pergi banyak tempat esok untuk hanta dan ambil dokumen, memang tetap kena p gak.

kepada en bos dan mamat...
wa tak kisah kerja sorang-sorang kat office ni...
dan semoga lu orang berbahagia denan keluarga lu orang...
hehe...

Sunday, November 14, 2010

bercinta dengan suami orang?

Bercinta dengan suami orang?

Apa respon si isteri bila si suami menyatakan hasrat hati untuk menikah dengan perempuan lain?
Hanya iman di dada yang menentukan tahap jawapan si isteri. Persoalannya, adakah semua wanita bersedia untuk menghadapi semua itu?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sayang….
Abang minta maaf kalau apa yang abang beritahu ni akan melukakan hati sayang
Tapi, sebelum tu abang nak sayang tahu
Abang sayang kan sayang
Abang sayang kan anak-anak kita
Cinta abang tetap sama
Dari dulu sampai sekarang

Sayang…
Izinkan abang kahwin lagi satu
abang dah terlanjur mencintai dia
abang tak sanggup nak berpisah dengan dia
dan abang juga tak sanggup terusan mencintai dia tanpa ikatan yang sah
tapi sayang…
abang tetap sayang kan sayang
walaupun abang sudah ada dia
percayalah…
tiada siapa yang akan gantikan sayang dalam hati abang ini
hanya satu yang abang pinta
abang pinta sebuah pengertian dari sayang
maafkan abang….
Abang masih sayang kan sayang
Dan juga anak-anak kita

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apa lagi yang abang mahukan yang tiada kat saya?
Apa lagi yang kurang kat saya abang?
Kenapa abang beralih arah?
Bagaimana dengan saya abang?
Saya sedar, saya mungkin dah tak secantik dahulu.
Waktu kita mula-mula kahwin.
Sampai hati abang buat saya macam ni.
Saya sangat kecewa dengan abang. Hancur punah hati saya.
Bersepai-sepai dan merata-rata.
Tak mungkin dapat dikutip balik.
Mana kata sayang abang selama ni?
Sumpah janji abang nak bersama saya hingga akhirnya?
Abang tipu!
Abang tipu!
Ceraikan lah saya!
Saya tak sanggup lagi hidup dengan jantan penipu macam abang
Tapi ingat!
Anak-anak tetap bawah jagaan saya
Dan saya akan pergi mahkamah tuntut fasakh
Duit nafkah anak-anak, abang jangan buat-buat lupa
Mentang-mentang nanti dah ada bini baru
Sampai lubang cacing saya cari abang
Biar padan muka abang!
Gatal sangat cari betina lain!
Abang!
Jangan harap dapat jenguk anak-anak lagi
Mereka tak ada bapak yang tak guna macam abang
Laki miang!


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Abang…kenapa tak beritahu saya awal-awal?
Kita patut bincang perkara ini.
Ini melibatkan hati dan perasaan…
Abang…
Kalau dia yang abang mahukan
Saya sendiri akan datang melamar dia
Abang…
Saya sayang abang
Sampai bila pun saya akan sayang abang
Saya takkan minta apa yang abang tak mampu beri
Kalau diikut hati memang sangat sakit
Sakit sangat sampai tak terkata
Umpama sembilu tajam menghiris setiap lapisan hati ini
Tapi, abang…
Sebab sayang saya ini lah
Saya tak sanggup abang bergelumang dosa dengan dia
Sayang saya kerana DIA
Mana mungkin bisa saya menodanya
Abang…
Nikahlah dengan dia
Insyaallah saya redha…
Abang jangan peduli dengan hati saya
Satu hari, ia akan terubat juga
Saya rasa cukup dengan apa yang abang beri selama ini
Saya harap, abang bahagia dengan dia
Kerna bahagia abang yang buat saya gembira
Jangan risau pasal anak-anak
Saya akan terangkan kepada mereka
Saya tak nak mereka membenci ayah mereka sendiri

Abang…
Saya masih ingin bersama abang
Walaupun nanti abang bukan milik saya seorang
Saya masih ingin abang menjadi pendamping saya
Di akhirat nanti
Saya masih ingin berbakti pada abang
Ingin menyayangi abang sampai bila-bila
Kerna sayang saya tak pernah kurang walau sekelumit


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kak…
Maafkan saya…
Saya tak berniat nak lukakan hati akak
Apatah lagi nak merampas hak akak
Tapi, saya dah sayang pada abang
Sayang sangat-sangat kak
Saya tak sanggup lagi nak tanggung perasaan ni
Saya tahu saya salah
Mencintai abang walhal dia dah berkeluarga
Tapi rasa cinta ini tak pernah saya pinta
Ia hadir tanpa disangka-sangka
Saya tak sanggup lagi kak
Mencintai abang tanpa akad yang menghalalkan
Izinkan saya untuk berkongsi dengan akak
Maafkan saya sekali lagi kak…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kurang ajar punya betina!
Berani kau rampas laki aku
Apa punya orang la kau ni
Tergamak kau rampas bapak anak-anak aku
Kau memang gatal
Dah tak ada laki lain ke yang kau nak ngorat?
Laki aku juga yang kau pandang
Apa? Dah terdesak nak berlaki sangat ke kau ni?
Sampai laki orang pon kau nak kebas?
Hey!
Sampai mati pon aku takkan maafkan kau!
Nanti kau rasalah macam mana susah nak layan jantan yang kau tergilakan tu
Mula-mula memang la dia kata cinta kat kau!
Tapi kau tak tau satu benda
Jantan tu banyak songeh
Aku nak tengok sejauh mana kau sabar layan dia
Aku tak heran lah setakat jantan tu
Bersepah-sepah aku boleh cari
Betina miang!
Aku benci kau!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Dik…
Akak faham perasaan awak
Hati dan perasaan memang tak boleh nak paksa
Akan tak da hak nak halang abang
Kalau itu yang dia mahukan
Akak redha..
Akak terima awak dalam hidup akak
Akak sayang abang…
Sayang sangat-sangat
Sebab itu lah akak nak lamar awak
Bagi pihak abang
Biarlah orang nak kata apa dik
Akak harap
Awak jangan lukakan hati abang
Hormat dia sebagai suami kita
Abang layan akak baik sangat
Pasti abang akan layan awak pun baik
Yang akak nak beritahu,
Abang seorang suami yang baik
Bertuah awak dapat jumpa dengan abang
Tak pa dik…
Akak doakan awak bahagia dengan abang

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ingat satu perkara...suami kita hanya pinjaman sahaja.
sama ada dia meninggalkan kita selamanya kerna dijemput Tuhan.
atau dia meninggalkan kita kerna berjumpa yang lebih berkenan.
maka dengan itu, sentiasalah bersedia untuk semua pinjaman kita.
hanya Dia yang mengetahui segalanya....
apa yang berlaku, jangan sampai hilang rasa hormat terhadap suami.
dia lah manusia yang teragung dalam hidup seorang isteri.
redha suamilah yang menentukan hala tuju kita kelak.
sayangi suami walau dia menyayangi selain kita.
cintailah dia apa ada nya dia.
kerna disitulah syurga kita.
syurga cinta.

ku titipkan nasihat ini buat mereka yang sedang mengalami gelora rumah tangga. bersabarlah...
adakalanya, kita rasa jemu dengan apa yang disekeliling kita. tapi, jemu itu hanya sementara. jangan kau tanam kejemuan itu dengan mencari yang lebih sempurna hargailah apa yang ada didepan mata.

hanya kesabaran kunci kebahagiaan. jangan sesekali meragui keikhlasan dia dalam mencintai kita. tapi, raguilah tahap kesabaran kita dalam menempuh ujian perasaan ini.