Saturday, January 30, 2010


gembira hadir tika duka....

apa yang kita tak sangka itulah yang terjadi...

hati ku bersih...
namun tak sesuci hati mereka...

jiwa ku selamat....
namun tak sehebat jiwa mereka...

fikiran ku tenang...
namun tak setenang fikiran mereka...

akalku suci dari dosa....
namun tak sesuci akal mereka....

badanku ringan...
namun tak seringan badan mereka....

nafsu ku melulu....
tapi tak setenang mereka....


fikiranku sentiasa mendahului akal....
nafsuku selalu membelunggu iman....
jiwaku sentiasa resah memburu...

aku sediri..
aku malu sendiri...
aku resah sendiri....
aku gundah sendiri....
segalanya sendiri...
kerana aku yang menjauh diri....

Tuesday, January 26, 2010

ada apa pada AJL?

sangat teruja menonton teruja...namun hanya kritikan yang meniti dibibir tentang gah nya pakaian artis kita...
tentang terujanya mereka dengan dendangan lagu dari alunan zikir dan quran...
tentang lekanya mereka dengan amaran Tuhan....
tentang akhir zaman yang menunjukkan tanda yang nyata...
tentang hadiah yang lumayan bagi mereka yang menaikkan industri seni yang'hampeh' berbanding hadiah untuk para juara akademi quran...
tentang segalanya mengenai kebodohan manusia....

baru-baru ini sangat teruja dan terkejut dengan penemuan tentang AJL yang mampu mebuat aku tercekik leher dan mengucap panjang...
rupanya kita masih dibawah pengaruh barat dan kafor yang ingin memusnahkan umat islam tanpa kita sedari...
pembongkaran cerita disebalik AJL sngat menakutkan dan menggerunkan....
andai ini memang satu perancangan yang diatur, subahnallah...ampuniku ya ALLAH..ampuni semua rakyat malaysia...lindungi iman kami, pelihara jiwa ini dari kesesatan yang nyata....

sila ke blog ini untuk pembacaan seterusnya.....

http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/

Thursday, January 21, 2010

dia....

dia....

pernah kecewa dengan sikap ku

aku hancurkan hatinya

aku pinggirkan dirinya

biarkan dia keseorangan

meniti hari senja dengan sendu

melalui kesukaran tanpa aku peduli


dia....

sentiasa terbeban dengan ku

tak pernah diminta balasan

tak pernah mengeluh dan menyesal

memendam hati yang lara

tanpa ada yang peduli

susah senang hidupnya



dia...

tersilap membuat caturan

atau ini adalah suratan

yang tersirat dengan hikmah

tiada siapa yang sedari



aku...

abaikan dia sendiri

mementingkan hati

tanpa memikirkan dia

mencari kepuasan sendiri

meminggir dia dari jiwa



aku...

berdosa pada dia

meletak silap hanya dibahu dia

menyalahkan takdir kerana khilaf dia

abaikan kasih sayang untuk dia

menjauhkan perhatian dari dia

tak pernah rasa untuk mendekati dia



'dia'...

maafkanlah silapku

ampuni dosa ku

menyalahkan mu atas takdir ini

aku sayang dia

aku perlukan dia

tiada dia tiadalah aku

kerana dia aku hidup disini

mengenal erti hidup sendiri

mengajar diri cekalkan hati

sedia menerima apa jua onak duri



Ya ALLAH....

aku harap ini bukan terakhir

beri ku ruang

beri ku peluang

menebus kesilapan ku pada dia

membahagiakan dia walau hanya seketika

agar tak terseksa hidup dia

agar dia rasa bahagia

agar aku puas jiwa

aku sayang dia

hingga akhir hayat ku

aku ada kerana dia

aku hidup atas semangat dia



Ya Aziz...

ampuni dosa dia

maafkan kesalahan dia

jangan Kau biarkan dia merana sendirian

sedih sendirian

pilu sendirian

panjangkan umur dia

berkati hidupnya

lindungi jiwa dia

kerana dia kesayanganku...

Saturday, January 16, 2010

fikir lah....

Tidakkah engkau terfikir?

Dunia ini menuju kehancuran yang nyata…

Jangan terlalu taksub dengan cinta palsu dia?

Mengapa engkau sanggup korbankan masa dan tenaga mu

Hanya kerana mendengar berita remeh?

Cinta dia hanya ungkapan kata-kata yang penuh penipuan

Selagi ia tak dibuktikan dengan janji ikatan perkahwinan

Jangan kau terlalu menyayangi dia

Mustahil dia benar mencintaimu

Tika dia mengajakmu untuk berpegang tangan

Mustahil dia benar menyayangimu

Dikala dia mengajak mu keluar berjumpa dengan rasa berahi

Mengapa kau mengabaikan kata2 sahabat?

Kata-kata nasihat dan peringatan

Kau sanggup melukakan hati seorang sahabat

Demi menjaga hati sidia

Aku tak mahu engkau terus hanyut dengan cinta manusia

Cinta palsu yang padanya hanya maksiat

Jika benar dia mencintaimu kerana Rabb

Pasti dia tidak akan mengajak mu berdating

Apatah lagi berduaan berpegang tangan

Sedarlah sahabatku..

Kejarlah redha ALLAH sebelum engkau terlambat menggapainya

Carilah cinta al-Aziz yang tidak pernah mengecewakan

Semoga syurga milikmu

Dan kebahagiaan dunia engkau kecapi...

Monday, January 4, 2010

Babi itu HARAM!

hari berlalu membawa beribu keresahan dan kebosanan....
keresahan diburu dosa semalam yang belum terampun...
kebosanan melanda atas kelalaian iman dan amal....

andai dulu aku menyakinkan mereka yang menanyakan tentang kebimbangan mereka...
"ada lagi ke lelaki yang baik didunia ini?"

kini aku pula yang mula sangsi...masih adakah lelaki yang baik didunia ini?
lelaki yang berjaya memimpin wanita?

berapa ramai para bapa di malaysia gagal membimbing isteri dan anak perempuan mereka menuju iman....

berapa ramai gadis di luar sana yang membiarkan bapa mereka terjerumus ke lembah neraka dengan mendedahkan aurat mereka?

berapa ramai orang-orang baik dan alim berusaha untuk membimbing mereka yang taksub dengan dunia?

dan berapa ramai orang yang sanggup membaca blog2 islamiah?

renung2..........

menyentuh BABI itu lebih baik dari menyentuh lelaki @ perempuan yang BUKAN MUHRIM....sebab, bila menyentuh BABI, kita boleh samak untuk menyucikan...tapi kalau sentuh lelaki @ perempuan yang BUKAN MUHRIM, hanya bolehh disucikan dengan taubat dan mohon keampunan... say NO to COUPLE......

segalanya berubah...


hidup ni sentiasa berubah. tak mungkin kita akan kekal pada sesuatu sampai bila-bila. sudah direncana kita manusia tidak akan pernah kekal. hanya Dia yang kekal selamanya.

iman kita berubah, kadang naik, kadang turun. kadang naik, dan terus naik. kadang pula turun, tak naik-naik.

amal kita kadang bertambah, kadang berkurang. kadang bertambah, tak kurang-kurang. kadang berkurang, kadang langsung tak ada usaha untuk menambahkan.

sahabat kita kadang makin dekat, kadang makin jauh. kadang dekat dan terus melekat. kadang jauh dan tak pernah rasa untuk dekat.

kesunyian membelenggu jiwa yang jauh dari cinta Tuhan. kita makin jemu menagih cinta Nya. tapi kita tak pernah jemu meminta dan merayu cinta manusia. kita rasa sunyi bila perhatian orang sekeliling makin kurang. tapi kita tak pernah risau andai nikmat tuhan makin menjauh dari kita.

segalanya yang sudah direncana, pasti ada hkmah yang tersembunyi. kadang kita meneyedari hikmah tersebut. kadang juga kita tak sedar. kita selalu menyalahkan takdir dan meratapi nasib. padahal kita tak pernah menyesali dan meratapi dosa-dosa yang kita lakukan.

andai ini satu ketentuan, aku redha. aku terima. mungkn ada arahmat yang tersembunyi.

penantian itu siksa.....
pengharapan itu merana.......
penerimaan itu sukar......
pengalaman itu pahit.....

semoga kita semua berubah menuju yang lebih baik....