Thursday, March 25, 2010

kasut perempuan membawa fitnah?

salam....
petang tadi bersembang dengan seorang makcik....
sembang tentan kehidupan....
kini, makcik tue dah berpurdah....

wow!
perempuan yang memberatkan auratnya, yakni dengan berpurdah, di akhirat nanti ALLAH sendiri yang akan berjumpa dengannya....
hebat kan?

sblm ni, makcik ni pon mmg bertudung labuh...

back to our topic.....
betul ke kasut perempuan membawa fitnah?
makck menerangkan kat aku....
lelaki kalo tengok kasut perempuan, akan terlintas dihati dia tentang si pemakai kasut tersebut...

'kasut cm saiz kecik, misti perempuan ni pon kecik gak...kalo tak pun tinggi,tapi kurus...'

so on...and so on.....

kalau kasut pon boleh mengundang fitnah, apatah lagi suara yang dilenggok-lenggokkan...
apatah lagi memakai pakaian yang menampakkan susuk badan....
apaah lagi kalau perempuan itu memakai tudung bawal senipis jaring yang menampakkan alur leher...
kadang boleh nampak rambut yang disanggul dek kerana tidak memakai anak tudung....

fikir kan.....

perempuan yang free hair, if kahwin dengan lelaki yang baik-baik....
tak mustahil satu hari nani dia akan memakai tudung....
tetapi, perempuan yang bertudung, if kahwin dengan lelaki yang 'biasa-biasa'...
tak mustahil satu hari nanti dia akan free hair.....

see....betapa lemahnya perempuan itu....
hanya kuat dengan kehadiran lelaki...
lelaki sebagai pelengkap hidup nya....

dia menjadi baik kerana lelaki....
dia menjadi jahat kerana lelaki...
dia menjadi bodoh kerana lelaki.....
dia menjadi bijak kerana lelaki....
dia menjadi kuat kerana lelaki...
dia menjadi lemah kerana lelaki....

kerana hadirnya dia untuk lelaki...
dan lelaki tercipta untuk dia....

makcik ni tanya padaku...
"lepas subuh kamu lapang tak?"

glurp!huhu....hot!
"kalau bangun awal, lapang la lepas subuh tue...kalau lewat....x...hehe"

"amalkan baca yaasin pas subuh, ALLAH akan bagi kesenangan untuk kita pada hari itu untuk menyelesaikan segala masalah pada hari itu...."

insyaALLAH makcik...saya akan cuba amalkan....

makcik ni juga bercerita tentang tabligh...masjid sri petaling....

saya memang tak pernah p masjid sri petaling tue....makcik kata, cubalah try solat kat sana....masjid sri petaling adalah masjid terbesar di malaysia...boleh memuatkan kira 200,000 jemaah...dan setiap hari, masjid tersebut tak pernah kosong dengan kehadiran jemaah untuk solat berjemaah....tapi kena tutup aurat bg permepuan kalau nak masuk masjid tue, sebab nanti dihalau oleh pakguard.....

~kalaulah ALLAH halau kita dar bumi ni, kalau kita tak menutup aurat...mana kita nak pergi?

paling menarik cerita tentang masjid itu seperti yang diceritakan oleh makcik tu adalah....
- almost pembinaan masjid itu dibina oleh para jemaah secara bergilir-gilir...dan suami makcik itu adalah salah seorang yang tolong buat masjid itu tanpa diminta....
- mereka mendapat dana dari sumber yang 'tak jelas'...maksudnya, mereka bukan emletak budget berapa banyak yang dikeluarkan...tetapi almost dari sumbangan orang islam yang tidak dipastikan siapa....hanya ALLAH je yang tau...
dan DIA Maha Kuasa...Maha Memberi Rezki....
dan sungguh tak snagka boleh membina masjid sebesar itu....
- masjid itu selalu mendapat sponsor makanan dari MAS, kadang2 sampai berlori-lori bila org tabligh berkumpul...kerana org tabligh adalah antara penyumbang terbesar keuntungan MAS...iaitu mereka akan menaiki MAS untuk p ijtimak atau bayan...

~fakta yang tak berapa tepat, saya kira....tapi sudah cukup membayang betapa ALLAH itu akan memudahkan mereka yang ingin memudah kan orang lain beramal...

sejengkal engkau menhampiri ALLAH, sehasta ALLAH menghampiri kamu....
jika engkau berjalan mendekati ALLAH, ALLAH akan berlari mendekati kamu...

marilah amalkan sunnah nabi....dari kita bangun tid, hinggalah kita menutup mata untuk tido....tiada ikutan yang terbaik selain MUHAMMAD S.A.W.....


*yang membuat aku kagum dengan makcik tu....
kehidupan dia sangat sederhana,tetapi tak la kekurangan....
kesemua anak lelaki nya dihantar ke pondok pengajian tahfiz quran....
dan anak2 perempuannya, perempuan yang baik....
suaminya sangat aktif dengan tabligh dan dakwah....
dan dia redha tika ditinggalkan oleh suaminya untuk melakukan kerja dakwah...kerana bagi dia ALLAH lah yang memeliharanya....

sekian...

Friday, March 19, 2010

jangan jolok sarang tebuan!

salam....
tiada bicara untuk dikata...
tiada daya untuk meluah...
tiada kuasa untuk menghalang...
tiada sabar dalam tindakannya...

pernah menasihati seorang sahabat supaya tidak bercouple...kan couple itu menghampiri zina..tetapi disangkal oleh dia...
"eleh, budak sekolah agama pon ada je yang couple..."

aku terdiam seribu kata...
alangkah susahnya berdakwah jika sahabat seperjuangan turut terkandas...

dalam menempuhi hidup ini, kita sering terkandas dan lelah dalam perjuangan...
terkadang seolah tidak yakin dan sukar percaya Dia...
masih ada yang menggoncang jiwa walaupun solat 5 waktu mencukupi...
masih ada yang merenggut ketenangan jiwa ini walau quran sentiasa dibaca...
masih ada yang tidak puas walaupun solat hajat dan taubat setiap hari buat...

mengapa masih tak tenang?
mengapa masih rasa kosong?
mengapa masih resah gelisah?

kita terjerat dengan fitnah dunia...
tergoda dengan noda dunia...
yang menjanjikan keseronokan dan nikmat yang sebentar cuma...
tetapi dosa yang berpanjangan...

dimana silap seorang lelaki yang tak tahan dengan pujuk rayu seorang perempuan?

ceritanya....

aku memang tak pernah rapat dengan perempuan...dengan kawan-kawan lelaki pon tak ramai yang close dengan aku. pendek kata, aku memang biasa berseorangan sebab aku seorang yang agak pemalu.
dah banyak kali aku buat supaya hati aku tenang. aku buat hajat dan taubat lepas maghrib. aku ingat lepas masuk u, aku boleh mendapat ketenangan hati dan menceriakan diri aku. tetapi, rupanya tidak.
ditambah lagi bila ayah aku meninggal...
aku rsa jatuh dan lost...
hilang di dunia aku sendiri...

kau pon tahu, aku memang tak eprnah rapat dengan girl..
tetapi sejak aku rapat dengan dia, aku rasa lagi tenang dan seronok...
jiwa aku bahagia...

selama ni aku tak pernah rasa bertanggungjawab dengan perempuan. tetapi dengan dia, lain jadinya...

aku ingat bila aku rapat dengan dia, aku nak ubah dia...
tetapi rupanya dia yang ubah aku.
banyak yang aku belajar dari dia...

aku tau, kau dah lama tau pasal ni,
tapi, aku harap kita still kawan...dan jangan terasa hati dengan aku...

sebelum aku buat keputusan aku couple dengan dia, aku ada tanya kat orang lain betol atau salah keputusan aku ni...
dalam 6 orang yng aku tanya, 2 orang je yang tak bagi.

aku dah bagitau dia, kurangkan mesej, kurang kan jumpa....
tapi, kadang aku kalah bila dia terus merayu...lagi2 bila dia menangis. aku tak boleh tahan....

kawan2 dia pon setuju bila aku dengan dia. kata mereka, ada orang untuknya...
ntah la...
bila aku nak mengelakkn dari melakukan sesuatu, pasti akan ada sesuatu yang mendorong aku melakukannya...
contohnya ni lah...aku cuba nak elakkan couple, tapi aku selalu rasa terasing dengan kawan- kawan yang couple...
aku sunyi....

*************

untuk pengetahuan anda, cerita diatas setelah diedit. namun, jalan cerita dan maksud faham mengikut perkiraan saya....

kenapa perlu mencari ketenangan hati dengan melakukan maksiat?mungkin betol, akan rasa 'tenang'tetapi benarkah ketenangan itu yang menjamin bahagia?

wanita adalah fitnah dunia...jangan sampai kau tergoda dengan dia...ingat lagi cerita nabi aadam dan hawa?adam termakan pujuk rayu hawa...hakikatnya syaitan. syaitan menggunakan wanita sebagai umpan untuk menyesatkan manusia...

"kan orang yang bertaubat itu lebih disukai ALLAH..."

betol...kta memang kena bertaubat...dosa kita terlalu bnyak...yang kita sedar atau tak...
tapi, kita dah tau couple tue satu dosa sebab ia menghampiri kita pada zina...banyak maksiat yang kita buat bila bercouple..maksiat hati....dan sebagainya...
memang kita boleh bertaubat lepas itu, tetapi kita tau yang kita sempat atau tak untuk bertaubat?kita tau taubat kita diterima tau tak?

umpama menjolok sarang tebuan...kita tau jika kita jolok sarang tebuan, nanti kita akan disengat dan merasa sakit. kita plan nak terjun sungai...untuk elakkan disengat leh tebuan2 yang banyak itu...
baguslah kalo sempat nak terjun sungai, tapi kita tau dalam perjalanan ke sungai bebas dari ancaman dan bahaya?
kita pasti tiada apa yang menghalang kita sampai ke sungai?
yakin tiada duri sepanjang jalan itu yang akan membuat kita terluka dan lambat menuju ke sungai...

kita dah tau couple mengundang dosa, kenapa perlu mendekatinya?
walaupun kita boleh bertaubat nanti, kita tak tahu yang kita sempat atau tak?

kejahilan itu satu kerugian...tetapi kerugian yang paling besar bila kita 'selesa' dengan kejahilan itu...

satu lagi, jangan cari pasal menjolok sarang tebuan!

'dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatn. tolaklah (kejahatan itu) dgn cara yang lebih baik. sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu & dia akan seperti teman yang setia. & (sifat2 yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang2 yang mempunya keberuntungan besar. & jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada ALLAH. sungguh Dialah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui'
(surah fushilat, ayat 34-46)

Monday, March 8, 2010

kecewa...

tak pernah rasa kecewa dan terkilan hingga menitiskan air mata...

selama ini menginginkan 'something'...

berdoa agar 'something' menjadi milikku...

akhirnya ia menjadi milik orang lain...

tak mungkin aku lukakan orang lain kerana hanya inginkan 'something'....

tapi ALLAH lebih mengetahui....

'something' itu bukan menjadi milikku...

masih ada yang lain yang lebih baik untukku...

aku masih percaya dengan qadha' n qadar Nya atas kejadian ini...

cumanya aku masih kecewa....

akan ku uabt kekecewaan ini...

biarlah harapan itu berlalau bersama angin bayu....

sekurangnya aku pernah mempunya perasaan kepada 'something' yang dekat dengan Nya...

ada hikmah yang tersembunyi....

aku memujuk hati ini...

jangan terlalu mengharap pada sesuatu yang tak pasti....

Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untukku...

mengapa dikesalkan cerita sedih itu?

yakinlah dengan janji Allah.....

jadilah hamba yang baik, untuk mendapatkan yang baik juga....

semoga 'something' sesuai untuk dia....

aku terima takkdir ini....

ya ALLAH....

kuatkan hati ku...

tabahkan jiwa ku...

mantapkan iman ku....

tingkatkan darjah keikhlasan ku.....

pimpin aku ke jalan Mu....

aku ingin membuat 'sesuatu' yang lebih baik dr sekarang....

dan kehilangan 'somethin' takkan mengubah niat asalku...

moga ALLAH meredhai ku.....