Saturday, May 29, 2010

no title....







For the rest of my life

Maher Zain - For the rest of my life




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

Chorus:

For the rest of my life
I`ll be with you

I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever II`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Janna
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus

I know that deep in my heart..

Thursday, May 27, 2010

masalah...masalah....masalah....

masalah yang lama selesai,
masalah baru yang timbul

masalah lama tak selesai lagi
masalah baru dah muncul

macammana nak selesaikan
hanya merungut dihati
menyatakan ketidakpuashatian

berfikir untuk menyelesaikan
bagaimana harus keluar dari ia
bagaimana nak selesaikan

selalu kita rasa
masalah kita la yang paling besar
masalah kita la paling hebat

tapi
kita tak pernah sedar
masalah itu adalah ujian
ujian itu adalah dugaan
dugaan itu adalah cabaran

masalah untuk menyembuhkan iman yang sakit
ujian untuk meningkatkan amalan
dugaan untuk mematangkan taqwa
cabaran untuk ikhlaskan ibadah

selesaikan masalh dengan amal
yakni solat
yakin hanya Dia
hanya pada Dia
penyelesai segala masalah
masalah dunia
masalah hati
masalah otak
masalah jiwa

jangan dilupa
masalah iman yang semakin menipis
masalah amal yang makin berkurang
masalah ikhlas yang tak pernah dapat
masalah khusyuk yang tak terkejar

Tuesday, May 25, 2010

buang air kecil...

dalam perjalanan menuju perpustakaan setelah keluar dari tandas...

minah x : aku rasa kencing tak puas la...

minah y : maksud ko? nak kencing lagi ke?

minah x : ntah...rasa kencing macam tak habis.

minah y : ko tak berdehem ke lepas kencing?

minah x : ehem...ehem...

minah y : ko jangan berdehem kat sini pulak. nanti terkencing pulak

minah x & minah y: hehe...hehe....


***berdehemlah selepas kencing untuk memastikan air kencing keluar semua dan kencing puas...hehe

Sunday, May 23, 2010

aku berdosa!

kerana nafsu yang menggila

kerana jiwa yang rakus

kerana hati yang lupa Dia

kerana iman yang semakin menipis

kerana syukur ditinggalkan

kerana taqwa yang dibiar pergi

kerana jasad yang membesar

kerana kecewa yang meyelubungi

kerana dosa semakin bertambah

kerana solat dilengahkan

kerana lidah kering dengan zikir

kerana ilmu yang dilupakan

kerana syahwat yang ditonton


........................


KERANA ITU REZKI SEMAKIN JAUH...

KERANA ITU RAHMAT MENINGGAL PERGI...

KERANA ITU DOSA MAKIN MENEBAL...

KERANA ITU RABB BAGI BALASAN...

KERANA ITU YANG KAU MAHUKAN!!!

Saturday, May 22, 2010

hadiah hari guru.

Kaki melangkah dengan penuh yakin. Ya! Hari ni hari pertama aku bertugas sebagai guru.

“saya fauzeah, nak daftar untuk guru ganti bagi puan surayani yang cuti bersalin”
“owh, ni la adik Kak Yani. Cik Fauzeah pergi jumpa Puan Aini dulu. Nanti dia akan terangkan segalanya pada cik fauzeah”
“ok, terima kasih” aku melangkah penuh yakin walaupun debaran dihati bagai menggila.

“assalamualaikum. Puan Aini, saya Fauzeah, guru ganti untuk Puan Surayani” aku memulakan bicara sejurus masuk ke bilik penyelia petang sekolah ini.
“ni adik ustazah surayani kan? Awak akan mengajar 5 kelas tahun tiga untuk peajaran pendidikan islam. Ni buku rancangan mengajar ustazah yani. Awak bolehlah terus masuk ke bilik guru. Semua jadual kelas ada dalam buku tu. Selamat bertugas.”
Kata-kata semangat yang membuat aku punya rasa gementar kurang sedikit.
Aku melangkah menuju ke bilik guru dan mencari tempat kakak aku. Senyuman ku hulur untuk setiap cikgu yang aku selisih. Cuak gila! Tak pernah ada pengalaman menjadi cikgu. Ya ALLAH…permudahkan aku….

************

“cikgu baru ye? Ganti kak yani kan?” seorang guru yang duduk berhadapan dengan meja dengan ku menegur ku ramah.
“ye saya…saya, fauzeah. Adik kak yani.” Aku meramahkan diri.
“owh. Nama akak kak su. Kak yani kata fauzeah datang semalam. Kami tunggu juga. Tapi, tak sampai pon”
“sebenarnya, hari ahad baru sampai sini. Penat naik bas dari kedah tak habis lagi. Tu yang datang selasa.”

“owh…baru habis la ni belajar? Dapat sambung kat mana nanti?”
“Alhamdulillah…baru habis. Tak tau lagi, harap-harap dapat yang dekat je la. Tak larat nak sekolah jauh-jauh” seronok pula bersembang dengan kak su.

“ustazah fauzeah, sekarang ni waktu ustazah mengajar kelas 3B kan?” tiba suara puan aini menerjah ke telinga ku.
“eh, kelas saya pukul 3. Kejap, alamak! Salah tengok jadual. Minta maaf puan” adus, gelabah la pula. Aku ingat hari ni hari isnin. Mati-mati aku duduk sembang ngan kak su ni.

Alahai malunya. Hari pertama dah kena tegur dengan puan aini. Aku melangkah menuju ke kelas.

********

“bangun…assalamualaikum ya ustazah”
Bergema suara pelajar tahun 3H itu. Seolah aku rasa dihormati. Indahnya perasaan itu.
Aku selalu rasa pening bila masuk kelas yang satu ni. Bukan apa, aku pening sebab aku tak tahu macam mana nak ajar mereka. Kelas ni memang khas untuk pelajar yang belum lagi tahu membaca dan hampir semua pelajar kelas ni tak kenal pon huruf jawi. Tu yang membuat aku lagi pening.

Malam tadi aku tanya kak aku, macam mana nak cover budak-budak ni. Kak aku kata, aku baca je petikan kat buku teks dan suruh mereka ikut apa yang aku baca.
“hari ni kita belajar akhlak. Ustazah nak kamu buka buku teks muka surat 22.” Seraya aku member I arahan selepas aku mengarahkan mereka duduk di tempat masing-masing.

“cikgu….”
“cikgu ke ustazah?” aku bertanya pada hafiz.
“eh, silap. Ustazah…saya tak bawa buku akhlak.” Hafiz tersipu malu.
Aku dah biasa dengan keadaan pelajar yang memanggil aku cikgu walau hakikatnya mereka sepatutnya memanggil aku ustazah. Mungkin sebab tudung aku tak macam tudung ustazah.

“kenapa tak bawa? Siapa yang baca kat rumah?” aku menyoalnya semula.
“err, terlupa la ustazah.”
“tak pe. Kongsi dengan kawan kamu kat sebelah tu”

Aku membaca setiap patah perkataan dalam petikan tu, dan anak-anak murid ku yang lain mengikut sahaja rentak dan intonasi bacaan aku.

Sedang asyik membaca petikan tersebut, mataku menangkap perbuatan hafiz yang membaling pemadam kepada aiman yang duduk di barisan hadapan.
“ hafiz! Jangan main pemadam.” Aku meninggikan suara.
“hafiz! Jangan main pemadam.” Bergema suara pelajar 3H mengikut gaya suara ku.

Astaghfirullah…aku beristighfar dalam hati. Sabar je lah. Budak-budak ni memang mendengar arahan dengan baik. Ayat aku sebentar tadi bukan berdasarkan petikan, tapi aku menegur Hafiz yang sedang bermain pemadam. Tak sangka pula mereka yang lain mengikut apa yang aku katakan.

“ustazah marah Hafiz. Bukan baca petikan. “
“ustazah marah Hafiz. Bukan baca…..” ada lagi suara yang mengikut ayat aku. Sabar je la….
“kejap, jangan ikut apa yang ustazah kata ni, ok??” aku memberi arahan sambil menuju ke meja Hafiz.
“hafiz, bagi ustazah pemadam kamu tu. Kamu dah tak nak kan pemadam ni?” aku mengugut dia.
“err, saya nak ustazah. Kalau ustazah ambil, macammna saya nak main balin-baling?” Hafiz menjawab.

Subhanallah! Kalau adik aku, dah lama aku piat telinga dia. Baru puas hati aku.

Tapi, ni anak orang….tahan sabar je la…
“ustazah tak kira. Bagi semua pemadam kamu. Dah la buku tak bawa, main pemadam pulak tu masa ustazah mengajar.” Aku membebel sambil mengutip pemadamnya.
“ustazah, hafiz ada lagi pemadam banyak dalam kotak pensil dia.” Syaffiq menyampuk.
“hafiz, keluarkan semua pemadam kamu.” Aku memberi arahan.
“ustazah, syaffiq pon ada juga. Siap bawak besi berani dengan kereta mainan lagi.” Hafiz membongkar rahsia kawannya pula setelah rahsia kewujudan pemadam-pemadamnya diketahui.

“syaffiq, bagi kat ustazah besi berani dengan kereta mainan kamu.” Aku harus berlaku adil!
“ustzah, aiman pon ada pemadam banyak ustazah. Dia main tikam kat kelas tadi. Lawan dengan faizal” satu lagi suara menyampuk.

“ok, kamu semua…keluarkan semua pemadam kamu dan mainan yang kamu bawa ke sekolah. Sekarang!”

Terkejut gila bila banyak sangat pemadam yang aku kutip petang tu. Aku tak marah mereka memiliki pemadam yang banyak, tapi yang buat aku bengang bila mereka bermain pemadam tu tika sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada la dalam satu plastic pemadam yang aku dapat. Puas hati aku.

“ustazah bagi balik pemadam-pemadam ni sebelum kamu cuti nanti” aku bersuara tegas.
“ustazah, pemadam tu murah je. Dorang boleh beli lagi ustazah.” Hasmah, pelajar perempuan yang duduk dibarisan hadapan sekali menyampuk.

“siapa yang ustazah jumpa dia bermain pemadam dalam kelas ustazah, bukan pemadam je yang ustazah ambil, ustazah denda kamu lari keliling padang. Faham?” aku mengugut mereka.

Dalam hati, rasa nak gelak je tengok budak-budak ni memasamkan muka.
Memang sebentar tadi aku rasa berapi dengan budak-budak ni, tapi mereka ‘menyejuk kan hati’ aku dengan gelagat mereka.

*********

Sudah dua minggu aku menjadi seorang pendidik yang tak bertauliah. Terlalu banyak kenangan yang menggamit jiwa. Mengajar aku tentang kesabaran. Fitrah kanak-kanak yang menceriakan aku. Aku mula merasai peningnya cikgu-cikgu aku masa aku disekolah rendah dengan gelagat dan perangai nakalku yang tak sudah-sudah.

Namun, ku akui walau marahnya aku dengan mereka kerana kenakalan mereka, tapi mereka lah jua yang menghilangkan marahku ini. Mereka terlalu istimewa. Sungguh, aku bersyukur dengan peluang yang aku dapat sekarang.

Hari ni terlalu penat rasanya kerana menanda buku latihan tahun 3 yang aku ajar iaitu 5 kelas kesemuanya. Aku hanya mengarahkan pelajar kelas 3D menyiapkan latihan. Tak terdaya nak mengajar. Mujur juga tajuk yang telah dijadualkan dalam buku rancangan pelajaran sudah ku ajar kelmarin.

Aku menanda buku-buku tersebut sambil mata ku mengawasi pergerakan mereka. Untuk memastikan keadaan tenang dan terkawal.

“azam, apa kamu buat?”mata ku tertancap kearah azman yang sedang melipat kertas membentuk roket.
“err, tak ada apa ustazah.”
Aku berjalan kearahnya.

“mana buku pendidikan islam awak?kenapa tak buat?”
Dengan muka tak bersalah, azam menunjukkan buku nya yang hampir ‘bersih’ tanpa diisi dengan apa-apa jawapan.

“siapa ada pembaris kayu? Ustazah nak pinjam. Ustazah nak semak semua buku-buku kamu. Setiap muka surat yang tak buat, ustazah rotan 2 kali.” Aku tak terniat pun nak merotan mereka. Hanya menakutkan sahaja.

“ustazah, pembaris kayu tak ada, pembaris besi adalah” salman memberitahu dengan ‘jujurnya’.

Sucinya mereka. Berkata benar dengan ustazah. Budak-budak ni….
“lagi bagus! Pembaris besi lagi sakit kan kalau ustazah rotan kan azam??” aku menjengilkan mataku kearah azam.
Azam hanya menunduk.

Aku hanya menakut-nakutkan mereka seolah aku ingin merotan, tapi tak la merotan mereka. Sekali mereka report kat mak bapak mereka, habis la aku.

********

Minggu ini adalah minggu peperiksaan pertengahan tahun bagi semua pelajar. Aku memberi semangat kepada semua anak-anak muridku. Berdasarkan pencapaian mereka dalam subjek ini dipeperiksaan yang sebelumnya, bilangan yang gagal hampir separuh. Apatah lagi yang mendapat A, tak sampai 10.

“untuk peperiksaan pertengahan tahun ni, ustazah janji siapa yang dapat A ustazah bagi hadiah.”

Mulanya aku kira tak ramai yang dapat A. tapi, rupanya hitungan ku silap!
Hampir suku pelajar tahun 3 dari 5 kelas yang aku ajar dapat A. yang gagal tak sampai 10 orang. Aku tersenyum bangga. Nampaknya tak sia-sia aku memberi semangat.

Tapi, yang menjadi masalahnya, dalam dompet aku hanya ada RM20. Itupun untuk duit minyak untuk minggu ni dan minggu depan. Sebab, aku memang tak ada duit. Baru habis matriks, mana ada duit simpanan lagi. Kat matriks dulu pon, mak ayah yang support sikit. Nasib baik gak dapat duit elaun RM50 setiap bulan.

Aku pening, mana nak cari duit nak beli hadiah untuk budak-budak ni. Pening aku menanda kertas peperiksaan yang seramai 5 kelas itu pun tak habis lagi. Mana taknya, dengan pelbagai gaya tulisan hingga membuat mataku sakit untuk memahaminya.

Huruf ba yang hampir sama dengan ta dan kadang-kadang aku keliru huruf kha dan jim. Ditambah lagi dengan jawapan yang tunggang terbalik yang membuat aku rasa macam nak pangkah semua jawapan mereka. Nasib baik juga kak aku tolong menanda, selama seminggu aku demam dek penangan menanda kertas2 mereka. Namun aku gagahi juga untuk ke sekolah.

Aku buat solat Dhuha hampir setiap pagi. Aku pernah dengar Dhuha ni pembuka pintu rezki bagi sesiapa yang mengerjakannya.

Hujung minggu itu, kakak aku ajak aku pergi jenguk abah yang kerja kat shah alam. Saja melawat sebab kami dah lama tak balik kampong.
“macammna mengajar?seronok?” abah bertanya.
“seronok la juga. Biasalah budak-budak.” Aku menjawab dengan girang.
“ada duit tak buat belanja?” eh, abah ni macam tau-tau je.
“ada, tapi tak la banyak”hehe….aku berkias.

Lantas abah menghulurkan note RM50 kepadaku.

Alhamdulillah. Aku sangat tidak menyangka. ALLAH murahkan rezki ku. Kini aku tak perlu risau tentang hadiah yang aku janjikan kepada anak-anak muridku itu.

Benarlah…ALLAH membuka pintu rezki kepada hamba Nya yang berusaha. Aku berazam untuk istiqamah dalam mengerjakan solat Dhuha.

*******

Lagi seminggu sesi persekolahan akan berakhir. Minggu terakhir sebelum cuti pertengahan tahun ni, sekolah sibuk dengan aktiviti menyambut hari guru selepas peperiksaan pertengahan tahun berakhir. Sangat menyeronokkan sebenarnya. Pertama kali aku menyanyi lagu ‘kami guru malaysia’ dihadapan semua pelajar SK kg Melayu Subang. Pertama kali juga aku menyambut hari guru sebagai seorang guru. Syahdunya perasaan itu. Tak mungkin aku lupa sepanjang hidupku.

Dan paling best, aku dapat hadiah hari guru banyak gila! Sampaikan kak as pon tegur.
“banyaknya kau dpat hadiah gee. Kami yang dah lama mengajar ni pun tak banyak dapat macam kamu.”

Aku hanya tersengih. Tak tau nak jawab apa. ALHAMDULILLAH, rezeki aku.
Dalam seminggu, aku membawa balik hadiah yang aku terima. Yelah, aku naik motor, mana larat nak bawak sekali gus. Ada yang bagi coklat, Tupperware, jam, frame, kek dan macam-macam lagi. Ada juga yang bagi bunga hingga berkuntum-kuntum. Nasib baik ada yang bagi pasu, boleh la aku letak bunga-bunga hiasan tu. Paling best aku dapat banyak sangat pen merah. Dan kebanyakannya adalah dari pelajar kelas hujung. Hanya mereka mengerti kenapa mereka memberiku pen merah. Aku hanya tersenyum sendirian.

Paling terharu, adalah kad hari guru yang dihadiahkan oleh seorang pelajar, Asyraf. Kad yang dibuat sendiri oleh Asyraf itu dari kertas lukisan. Walaupun harganya mungkin tak semahal hadiah yang lain, tapi itulah hadiah paling bernilai bagi ku.

Tulisan tangan yang tunggang langgang dengan huruf-huruf yang terbalik itu menggambarkan kesungguhan Asyraf untuk menghadiahkannya untukku.
Lagi terharu bila membaca ayat dalam kad itu.

“selamat hari guru ustazah. Saya sayang ustazah”
Murninya hati Asyraf. Menitis air mata ku melihat kesungguhannya melukis orang lidi di tengah-tengah kad tersebut. Ada dua orang lidi yang dilukis, iaitu orang lidi perempuan dan lelaki. Walaupun lukisan tu agak comot, tapi aku masih boleh memahaminya.

Asyraf menggambarkan orang lidi perempuan itu adalah aku, dan yang lelaki adalah dia. Comel sungguh.

Budak-budak sangat jujur. Mereka hanya berkata dan membuat apa yang terlintas dihati mereka. Fikiran mereka suci tanpa dosa dan noda. Mereka berterus terang dan tidak mengumpat belakang. Jika mereka ingin berkata sesuatu dengan aku, mereka tak selindung. Hari ni aku marah mereka, esok aku boleh tertawa gembira dengan mereka tanpa mengingati cerita semalam.

*********

Setahun sudah berlalu. Namun pengalaman mengajar anak-anak muridku aku tak pernah lupakan.
Petang itu, aku mendapat panggilan dari kakak ku, Asyraff bekas anak muridku meninggal kerana kemalangan ketika pulang dari mengaji menaiki basikal.

Innalillahi wa inna ilaihi raji’un….semoga roh mu dicucuri rahmat.

Aku menyelongkar laci untuk mencari kad hari guru yang pernah dihadiahkan oleh Asyraf kepadaku. Namun tak ketemu. Sungguhpun begitu, itulah hadiah hari guru paling bermakna dalam hidupku.

Hadiah yang tak ternilai ikhlas dari hati tulus seorang pelajar tahun 3. Akan ku ingat selamanya. Seorang pelajar tahun 3 yang Berjaya menyedarkan aku erti keikhlasan yang sebenarnya. Sungguh, kini aku mengerti hadiah paling ebrnilai bukanlah hadiah yang harga berpuluh-puluh, tapi ia terletak pada hati yang member.

Itulah hadiah paling bernilai dan bermakna.

##cerita ini adalah berdasarkan pengalaman penulis ketika menjadi guru ganti di SK Kg Melayu Subang. Namun, nama-nama diatas adalah rekaan semata kerana penulis sudah lupa nama anak-anak muridnya.

Sunday, May 16, 2010

teacher, ustazah, cikgu, puan...

selamat hari guru buat semua cikgu, ustazah, teacher dan juga pensyarah...

kepada mak ayah yang telah mendidikku walaupun tidak mempunyai title cikgu...

buat kawan-kawan yang selalu menunjuk ajar aku tanpa gelaran guru...

dan buat semua rakan-rakan usrah dan seperjuangan yang berjaya mendidik hati ini menuju kebenaran dengan kata-kata nasihat dan teguran...


dulu....15 tahun yang lepas..tika menginjak ke tadika dan darjah satu...cikgulah yang mengajar aku ABC, 123, aif ba ta, do re mi....

rasa sangat seronok bila menyambut hari guru...sebab masa tu, tak belajar. dan paling seronok dapat dengar cikgu-cikgu nyanyi lagu 'kami guru malaysia'...

sampailah darjah 6...ckgu-cikgu tak jemu melayan aku dan kawan-kawan melewati zaman kanak-kanak kami...cikgu yang sporting gla!

paling tak lupa guru kelas aku sepanjang darjah 1-6 hanya dua orang je...iaitu cikgu jammah sarimon dan cikgu suraya kormain...

cikgu zila, cikgu linda, cikgu zuraidi iaitu cikgu praktikal yang best gla!

cikgu zahnita, cikgu khairiyati, teacher norhayati yang tegas dan aku selalu kena denda...

cikgu mahalim yang tinggi, cikgu sharifah yang lembut, cikgu badri cikgu perpustakaan dan cikgu zaid yang mengajar aku main recorder...

paling best, cikgu adnan yang mengajar aku math dan buat aku pandai math sampai sekarang dengan menghafal sifir...

cikgu jamaah penolong knan, cikgu shamsiah, cikgu rokiah...dan tak lupa cikgu ikhsan, guru besar SKST...

kalau sekolah petang, aku paling tak lupa kat ustazah miskiah. ustazah yang sangat sporting dan baik hati. selalu berborak dengan kami. masa hari sabtu lepas kelas tambahan kami sanggup berbasikal nak pergi rumah ustazah, saja-saja jalan....dan ustazah pasti melayan kami dengan baik...dihidangkan dengan berbagai-bagai....

ustazah azian yang bagi hadiah album sebab dapat no 3 dalam kelas masa darjah 3...tapi, kali itu je dapat sebab dah tak pernah dapat nombor 1-3...hehe

ustazah halpah yang sangat tegas, tapi hormat pada nya...ustzah ada ceritakan kat kami tentang kisah jum-jumatun(tengkorak)....sampai sekarang cerita tu tergantung..tak sempat nak habiskan cerita tu...

ustazah saliah, ustazah normila yang tak dapat pergi masa dia kahwin, ustazah faizah, ustazah rafeah, ustaz tohir....

dan semua cikgu-ckgu dan ustazah yang aku tak sebut...

sungguh! jasa kalian yang memanusiakan aku dengan didikan mu tak mampu ku balas...
hanya Dia yang layak menghitung besarnya jasa kalian...

kat sekolah menengah, masa kat bt 38, cikgu atiqah yang masakkan bihun sup masa aku demam, cikgu misah yang pandai masak nasi lemak, cikgu tumijah yang paling aku tak lupa ayat dia; cap jempol dan air gedegang.

cikgu shahrom yang bagi aku hadiah masa aku nak pindah form 4...

ustaz anuar, ustaz shafi'e, ustazah zubaidah, ustaz yazid, ustazah suhana dan ustazah azlina...

kat seri desa plak, cikgu azmeer yang ngajar akaun bersungguh-sungguh membuat aku minat ngan subjek tu, cikgu sani yang ajar add math...

paling istimewa cikgu soryati, yang banyak menolong dan membantu aku menjadi insan sebenarnya...

ustazah shamsiah yang baik hati, ustazah azizah, ustaz jumadi....
dan semua cikgu2 SAMSED...

bagaimana harus ku bilang semua jasamu yang tak terjangkau itu?

kat KMKN yang banyak aku kutip kenangan disitu walaupun bersama hanya setahun...

cikgu hanafi, mentor kami yang banyak memberi nasihat layaknya seorang abang menasihati adik-adiknya...'kami sayang cikgu sebab cikgu banyak menasihati kami yang pastinya kami selalu kenang-kenang'....hehe

cikgu fadzlin haron, yang comel dan juga seperti kakak kami. yang menyunting semangat kami untuk meneruskan kehidupan di alam matriks...terima kasih cikgu walaupun hanya satu sem bersama, kenangan itu memerlukan sepanjang hidup untuk dilupakan....

cikgu haizan yang menceritakan kami kisah-kisah teladan membuat aku mengerti makna hidup kami yang sebenar-benarnya. loghat JOWO cikgu yang menggamatkan kuliah MNO...

puan adibah yang aku ingat nasihatnya sampai bila-bila...tangguhkan duu apa-apa yang boleh ditangguhkan...

cikgu nafisah yang amat kelakar dan baik hati.

semua warga pendidik KMKN, jasamu seluas laut china selatan tak mungkin aku renangi hingga hujungnya....

kat UiTM


puan zahra yang menceritakan pengalaman nya sebagai bekalan untuk menempuhi hidup yang mendatang...

puan rosilawati yang baik hati gla!

PM arun yang buat aku terfikir sesuatu tentang hala tuju hidup...

PM laili yang sering bercerita tentang kesihatan...

PN sham yang sporting habis.

PN mashitah yang ayu...Miss pok yang caring dengan ku...Pn zaidatul yang sentiasa tersenyum bila kam bersua...
cik jun yang aku senang sangat datang ke kelas nya...

pn rodziah yang aku suka bila dengar dia bersyarah....

pn maslinawati yang membuat aku fikir bahawa kita harus menerima kenyataan hidup ini...

en saiful TAX yang suka bercerita tentang duit, investment dan ASB

en saiful MAF yang cool tika mengajar...

PM zue yang aku tak lupa kenangan tika buat open house dirumah beliau...

dan semua pensyarah uitm terutama pensyarah fakulti perakaunan...

pensyarah juga pendidik....tak mungkin aku lupa jasamu setinggi gunung everest yang tak larat aku nak panjat...

ustaz idris yang aku berguru dengannya tentang ilmu keluarga islam..

moga-moga hidup kalian dirahmati dan dberkati ALLAH...

TERIMA KASIH CIKGU...
TERMA KASIH USTAZAH...
TERIMA KASIH USTAZ...
TERIMA KASIH PUAN...
TERIMA KASIH PM...

hanya Dia yang layak menghitung kebaikan kalian...
maafkan ku andai aku melukai dan menyinggung hati kalian...
sungguh, aku menyayangi kalian...

terima kasih kerana memanusiakan aku dengan ilmu mu....:)

Friday, May 14, 2010

al fatihah..

al fatihah...
al fatihah...
al fatihah...

acapkali ku dengar perkataan itu...
tika imam ingin memulakan doa...
tika mengingati pemergian seseorang...

al fatihah...
surah pertama dalam quran...
mewakili sepertiga quran...
penghalau jin dan syaitan....

al fatihah...
17 kali sehari wajib kita baca...
tapi bacalah lebih dari yang wajib...
bacalah tika ingin berdoa...
bacalah usai bersolat...
bacalah tika melalui kubur...
bacalah tanpa jemu...

tengahari jumaat yang nyaman...
sambil mendengar USRAH di tv 9...
bercerita tentang kelebihan al fatihah...
ada seorang gadis muda...
bertanya pada ustazah...

'saya saudara baru ustazah...
baca fatihah tak berapa betul...
ALLAH maafkan saya tak ustazah?'

dik, mulianya hati kau...
murninya niat kau...
tulusnya hati kau...
alangkah bertuahnya kau...

tahukah kau dik...
ALLAH maha pemurah...
maha penyayang...
maha pengampun...
asalkan kau berusaha dik...
berusaha untuk mempelajari quran...
Dia pasti akan memaafkan kesilapan bacaan mu...
Dia mengetahui hati hamba-hamba Nya dik...

kita?
dengan islam dari mak ayah...
adakah benar-benar memahami maksud fatihah?
seusia 5 tahun kita dah menghafal...
hingga kini adakah kita hanya mengahafal?
mengerti maksud dan makna fatihah?

atau kita tak nak tahu?
kita masih keliru?

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang...

segala puji bagi ALLAH Tuhan sekian alam...

yang maha pemurah lagi maha penyayang...

yang menguasai hari pemabalasan...

hanya Engkau kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan...

tunjukkanlah kami jalan yang lurus...

jalan bagi orang-orang yang Engkau beri nikmat atas mereka,

bukan bagi jalan-jalan orang yang Engkau murkai,

dan bukan pula bagi jalan orang-orang yang sesat....


maafkan atas kelalaian kami ya Rabb...

biar YM yang bicara...

gembiranya aku
kau rindu aku rupanya

sukanya aku
dapat bersenda dengan kau

bahagianya aku
kita berkongsi cerita

rindunya aku
pada kenangan lama kita

hati ini masih merindui kau
kerna kau aku sayang

jiwa ini masih menyayangi kau
kerna kau yang aku rindu

kau sahabat aku
aku kawan kau
selamanya kita sahabat
tak mungkin aku lupa

tika kau datang
kesat air mata
yang mengalir dihati

tika kau datang
membawa ceria
menghiburkan hati yang gulana

terima kasih kawan...
walaupun perbualan
hanya dialam maya

aku sayang kau
selamanya sayang....

Thursday, May 13, 2010

DELETE facebook!

kebanyakan antara penduduk malaysia mempunyai akaun facebook...pada mulanya rasa seronok dan bermanfaat facebook ini kerna dapat jumpa kawan2 lama....tapi bila lama kelamaan, rasa macam tak da manfaat:

1- rasa lalai bila dah log in Fb sebab asyik melihat page orang lain dan gambar2 yang diupload

2- gambar yang diupload rasa macam cun dan timbul bangga dalam diri dan mengharap orang lain puji gambar kite yang lawo tu.

3- bila tengok page orang lain, mula dah tau kelemahan orang tu. kat luar pakai tudung, tp de gak gambo tak pakai tudung diupload menyebabkan kita mengutuk dan mengumpat dlam hati tanpa ada usaha untuk menegur. makin bnyak dosa dan salah yang dia lakukan makin mengumpat dalam hati dan mengumpat dan mengumpat...bnyaknya dosa!

4- menceritakan tentang perasaan diri dala wallpost. hingga kadang2 menimbulkan salah faham kat member dan kemudian gadoh...huhu

5- bila lecturer dan cikgu dah ada fb, dan mereka upload gambar yang boleh membuat kita hilang respect dengan mereka. contoh, seorang cikgu yang memakai tudung ketika datang mengajar. tapi rupanya kat luar dia free hair. dan dia upload gambar tersebut. dari rasa respect kerna cikgu itu pakai tudung, hilang respect sebagai anak murid bila tengok kesalahan cikgu itu dan mengumpat dengan kawan2 dan bertambah dosa!

6- gambar yang terlalu close up terutama muslimah. ada gak yang pakai tudung labuh tapi upload gambar yang terlalu dekat dengan kamera masa tngkap gambar tersebut hingga menmpakkan jelas wajah dia. dan menimbulkan fitnah. dan bertambah DOSA!

7- macam-macam lagi yang aku rasa lebih bnyak buruknya kat AKU dr manfaat...

TAPI, bagi mereka yang menggunakan FB sbg medium dakwah teruskan....tanpa mengupload gmbr yang bukan2 dan tengok page orng lain yang bukan2....
bg aku, cuma nya aku tak kuat nak teruskan FB aku...bye bye FB!

teringat pesan seorang sahabat tentang FB:

"salah 1 cara setan nk sesat o goda mnusia,'dorang' akn mudahkn p'gaulan llaki pmpuan
salah 1 adala dgn facebook,blog pn mungkin kot"

moga2 kita terpelihara dr segala fitnah dan godaan syaitan...

terngat lagi satu puisi dalam solusi keluaran 18 @ 17, tak ingat sangat...
puisi menceritakan tentang pencarian seorang lelaki soleh untuk mencari calon isteri...ketika ingin mengenali calon isteri yang diperkenalkan oleh maknya, dia mencari maklumat tentang perempuan itu di FB...perempuan itu bertudung labuh dan beragama tapi dalam Fb bukan main bergmabar sakan....

"perempuan yang CANTIK, tak dipandang dan tak memandang"

semoga aku kau dan mereka terpelihara iman....:)

disini ada petikan dari web ustaz zaharuddin tentang Fb....

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

sila klik: http://www.zaharuddin.net/content/view/930/72/ untuk selanjutnta

Wednesday, May 5, 2010

bercinta sampai ke syurga...

dalam perjalanan senja itu...
ku lihat sepasang manusia...
si adam dan si hawa...
beriringan bersama keimanan...
menuju masjid dihujung jalan...


senja itu...
menyaksikan ikatan cinta...
yang disulam dengan keringat iman...
si hawa membonceng si adam...
mengharungi denai-denai dakwah...
untuk menuju keredhaan Dia...

senja itu...
alangkah indahnya...
cinta yang penuh mewangi...
kerana bersamanya mereka bergerak...
menuju ke rumah Pencipta...
tika yang lian leka dengan dunia...
langsung tak mengendahkan seruan solat...
hanya membiarkan seruan kejayaan itu berlalu...

senja itu...
aku menyaksikan...
betapa cinta yang dibaja dengan ketakwaan...
sampai ke tua mereka bersama...
adam dan hawa berjanji untuk melangkah...
ke syurga bersama, ke neraka tak rela...

andai mereka mengatakan sepasang suami isteri itu romantik...
tika si suami menggenggam tangan isteri walaupun sudah tua...
tapi bagiku....
romantik itu adalah...
tika si hawa membonceng motosikal si adam...
untuk bersama menuju iman...
menunaikan maghrib bersama...
bukan hanya berdua, tapi beramai-ramai...
bersama mereka yang ingin meneguk taqwa...
setianya si hawa membonceng hingga tua...
setianya si adam membawa hawanya bersama...
mengejar pahala 27...

perjalanan itu penuh liku...
dikala matahari mula memencilkan diri...
tika bulan ingin menjelma....
tika syaitan berkeliaran...

tetapi, sepasang anak manusia itu...
setia melewati kubur menuju masjid...
yakin disitulah mereka kan tinggal...
di satu saat yang belum pasti...


senja di lain waktu....


dalam perjalanan senja itu...
ku lihat sepasang manusia...
si adam dan si hawa...
berpimpinan bersama nafsu...
menuju tampat yang tiada hala tuju....

senja itu....
sungguh menyesakkan pandangan...
sungguh menyakitkan iman...
melihat mereka dibawah pohon nan rendang...
bercerita sakan...
bergelak tawa...
tanpa mereka peduli...
hari makin gelap...
tanpa mereka sedari...
dunia hampir kiamat...
tapi, mereka lupa Tuhan...

senja itu...
menyaksikan peristiwa...
sepasang lagi anak adam...
berjanji sumpah setia...
atas nama cinta suci kononnya...
mereka setia bersama membonceng motor...
si adam setia mengusung dosa....
si hawa setia berpandukan dosa...

senja itu...
menyaksikan kekalahan umat manusia...
jatuh berlutut iman dan taqwa...
mohon dikasihani agar tidak meneruskan dosa...
namun ia nya tak diendahkan...
kerana terlalu asyik dengan noda yang bergelora...

senja itu berlalu...
menggendong dosa memikul bersalah...
satu hari nanti...
dosa senja ini ...
kan menjadi curiga dan api yang membara...
kerana ia diletak tanpa hak...

moga-moga...
aku bersama adamku...
setia bersama hingga keakhirnya....
berdua menuju bahagia...
berpimpinan mengharap rumah Dia...
menjadi tetamu yang dirindui Nya...
biar pun rupa berkedut deribu...
biarpun pandagan tak secerah dahulu...
namun iman dan taqwa tak selemah dahulu...
sentiasa memutik sentiasa mewangi...

harap-harap...
aku bersama Adamku...
bermujahadah bersama...
dikepekatan malam yang hening...
mengharap syurga rumahtangga ini...
berkekalan hingga kesyurga...
bersama tawa nangis anak dan cucu...
yang tenang dalam naungan berkah Tuhan...

kerana apa yang aku inginkan...
biarlah aku dan dia...
bercinta sampai ke syurga....

Sunday, May 2, 2010

perlu, harap dan impi...

kadang kita perlu sesuatu...
tapi ia tak pernah hadir...
kadang kita harap sesuatu....
tapi ianya tak pernah datang...
kadang kita impikan sesuatu...
tapi ia tak pernah menjelma...

kita harap, dia datang dekat...
tapi dia singgah dan pergi macam tu ja...
kita impi dia datang pujuk hati...
tapi dia tak mengerti...
atau mungkin kita mengahrap sesuatu yang tak pasti?

kedukaan ini...
kelukaan ini...
kesakitan ini...
hanya Dia yang tau...
hanya Dia yang mengerti...
hanya mampu berdoa...
hanya mampu berharap...
hanya mampu meminta...
agar diberi kekuatan...
agar diberi keyakinan...
agar diberi keteguhan...

semoga keputusan ini benar...
hanya Dia yang aku yakin!
full stop!