Sunday, August 29, 2010

lelaki beriman akhir zaman

salam.....
semoga ketenangan milik aku, kau dan mereka...
tengah berkira-kira...nak balik petang ni atau pagi esok selepas sahur. barang agak banyak dan berat, tapi cam tak larat nak angkut naik office eok pagi...huhu...tengoklah macam mana nanti....~~

alhamdulillah...syukur sangat...dikala ini aku menyedari yang aku didekatkan dan dipertemukan dengan orang-orang yang baik..tak kira di office, di rumah atau di kelas.
aku mula menyedari betapa nikmatnya berdamping dengan orang yang baik....

aku pernah mengeluh sebelum ni, susahnya nak berjumpa dengan lelaki beriman akhir zaman.
tak semesti lelaki itu bujang atau suami orang. aku tak kisah, yang penting dia beriman diakhir zaman ini yang sungguh mencabar untuk membina iman dek kerana ujian dan godaan yang terlalu nyata, jelas dan terang.
lelaki itu ku kira hebat jika isteri dan anak2 nya juga hebat!

selepas melepaskan lelah menumbuk bumbu untuk buat popia gulung, aku belek majalah lama. majalah raya tahun 2005. salah satu paparan di majalah tersebut ialah gambar keluarga tuan guru nik aziz...benarlah!dia memang hebat dan aku kategorikan dia sebagai lelaki beriman akhir zaman. gambar isteri dan anak-anak perempuannya hanya muka sahaja. yang lain tertutup kemas dan rapi disebalik baju dan stokin yang dipakai. sejuk rasanya melihat pemandangan ini. tuan guru berjaya mendidik dan menjadi ketua dalam keluarganya... tak mustahil dia berjaya menjadi ketua untuk rakyatnya.

dan aku sekali lagi berjumpa dengan lelaki akhir zaman. aku tak kenal rapat tetapi tahu serba sedikit mengenainya dek kerana aku sering berurusan dengan dia. yang aku tahu dia sudah berkahwin dan anak-anaknya juga agak dah besar. selama aku berurusan dengan dia, aku dapat rasakan yang dia ada ciri-ciri lelaki beriman akhir zaman.(bagi aku la...

urusannya ada kaitan dengan surau...PASTI...ikatan muslimin...dan aku teringin nak jumpa isterinya. aku dapat bayangkan yang isterinya mempunyai raut wajah yang lembut dan sejuk mata bila memandangnya. sudah tentu wanita yang tertutup akan lebih sejuk bila memandang dari wanita yang 'hampir terbuka'...

dan sudah tentu wanita tersebut bila aku memandangya tiada terlintas sangkaan buruk pon dihatiku dek kerana pakain yang membalutinya sempurna dari pandangan ku dan pandangan ISLAM...

alhamdulillah...sangkaan ku betul.aku jumpa isterinya di alam maya. rupanya, isteri dia juga seorang blogger...penemuan hasil pencarianku selama ini...

memang betul! disebalik kekuatan dan kejayaan seorang lelaki itu berdirinya seorang perempuan dibelakangnya...

lelaki itu ku kira seorang lelaki yang berjaya dikala umurnya mencecah 40 an. dibelakangnya, dia dibantu oleh seorang wanita yang sangat kuat!

ya!!!
sangat kuat untuk mempertahankan maruahnya dari dipandang rendah oleh orang lain.
sangat kuat menutup auratnya dari pandangan lelaki ajnabi....
sangat kuat menegakkan hak suaminya bahawa kecantikan dirinya adalah untuk suaminya bukan untuk dikongsi bersama lelaki-lelaki lain...

beruntungnya lelaki-lelaki itu kerna punya seorang wanita yang hebat disisinya.....
bahagianya lelaki-lelaki itu kerna tanggungjawabnya dapat dilaksana dengan mudah kerna punya isteri yang taat...

benarlah kata-kata ALLAH itu!

lelaki yang BAIK untuk perempuan yang BAIK...

mungkin lelaki itu baik...tapi belum cukup baik jika isterinya belum cukup sempurna penutupan auratnya....
hanya DIA yang mengetahui...sedang aku, kau dan mereka masih tercari-cari...
walaupun kadang-kadang kita tak boleh menilai sesuatu dari luarannya....

TAPI....

kesucian hati itu terserlah dari kata-kata yang keluar dari lidahnya...
hati yang takut pada NYA...........

mana mungkin, hati yang selalu berzikir dan bertasbih akan keluar kata-kata yang carut dan hina bila dia terkejut atau melatah??
mana mungkin hati yang takut pada ALLAH berani untuk keluar rumah tanpa menutup aurat dan perhiasannya dari pandangan lelaki ajnabi sedang dia mengetahui dosa dan larangan tersebut??


aku berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan lelaki yang beriman akhir zaman.
untuk itu, aku berusaha dan berdoa agar aku menjadi wanita yang beriman akhir zaman..

mungkinkah akan terjadi??
semoga, hari-hari yang berlalu tidak mematahkan semangat ku untuk terus terusan menutupi apa yang sepatutnya aku tutupi....

semoga, wanita islam diseluruh dunia menyedari bahawa sikap 'terbuka' bukanlah jaminan kebahagiaan dan keseronokan selamanya...

mungkin dengan 'terbuka' , mereka akan bahagia dan seronok. tapi, ingatlah! bukan untuk selamanya.....

tak kan tenang hati lelaki itu bila isterinya menjuraikan rambut selain untuknya..


apatah lagi hati lelaki yang bercouple dengan perempuan yang hanya menutup tubuhnya tetapi masih menampakkan bentuk tubuhnya...

kerana dosa itu sentiasa mengalir selagi ianya tak terhenti dengan taubat dan kesedaran...

untuk pengakhirannya...tutuplah auratmu dengan SEMPURNA wahai perempuan...andai kebahagiaan hakiki itu yang kau dambakan...

ALLAH mengetahui apa yang ada dihati kamu...dan DIA maha pengampun lagi maha mengasihani...

ALLAHU AKBAR!!!

Saturday, August 28, 2010

jenang dan punjungan...

salam....

ramadhan hampir ke penghujungnya....
seperti biasa, setiap minggu wa balik kampung untuk berbuka dan bersahur bersama ibu dan keluarga tercinta....:)

bagi masyarakat dikampungku setiap kali menghampiri aidilfitri akan diadakan aktiviti 'punjungan' yakni bertukar juadah...

aku yakin bukan dikampungku je, tapi di setiap kampung terutama masyarakat JOWO....hehe...

tengah dok membungkus makanan untuk dihantaq ke rumah jiran2, kak ipaq aku kata...

kak ipaq:ni kalo kat pekan ni, tak denye ade lagi anto makanan ni...
aku:tau tak pe..tapi ade gak tukar2 makanan.tapi xde la sampai satu lorong pastu ngan lorong belakang...berumah-rumah...yang ade pon, rumah sebelah ngan rumah belakang. ade la 2 - 3 rumah yang selalu tukar lauk ngan kak ni(kak yang aku dok rumah dia la ni)

tapi, yang agak sedih sekarang adalah jiran emak aku yang semakin sedikit...sorang2 pergi menemui Nya...agak syahdu di sudut hatiku...

teringat dulu....

wak ijah( rumah sebelah) mesti akan datang rumah 2-3 hari sebelum raya nak tempah kuah kacang mak...tapi la ni, dia dah tak ada...meninggal lebih kurang 6 tahun yang lepas sebab strok...walaupun dia dah tak ada dan tak tempah kuah kacang mak, tiap tahun mak tetap bagi kat wak jamil(suami wak ijah) sebab wak jamil duduk sorang2...anak2 dia dah besar...

dan wak jamil takkan missed bagi jenang(dodol) kat kami dan jiran2 yang lain. pernah satu hari dia hantar jenang kat rumah, dia kata....

'nak bagi lauk, tak reti nak masak. dapat bagi jenang je...'

sayu je nada suara wak jamil setelah isterinya meninggal....kami tak kisah pon kalau dia nak bagi jenang je...lagi best...sebab tiap tahun dapat makan jenang wak jamil...sedap!

tapi, sekarang ni semua dah tak rasa...wak jamil meninggal 2 thn yang lepas sebab sakit. aku lupa plak sakit ape.

kadang2, bila nak raya mak, aku dan adik beradik teringat jenang wak jamil dan teringin nak makan.

tapi, tu la...semua tinggal kenangan...rumah wak jamil pon dah kosong. anak2 dia sesekali je balik bersihkan rumah dan kebun...

arghh..rindunya kenangan tika kecil....kadang2 mimpi kan wak ijah...wak ijah sangat lembut dan baik hati....wak jamil pon...bila berselisih kat jalan pasti di angkat tangannya melambai ke arah ku....

Ya ALLAH...Kau cucuri rahmat ke aas roh wak jamil dan wak ijah...tempatkan mereka dikalangan hambaMu yang beriman...

dan teringat juga pada arwak wak maimon....yang lebih 15 tahun meninggalkan kami....rindu nya aku pada insan2 yang pernah mewarnai dunia kanak2 ku......
semoga redha ALLAH pada roh insan2 berhati mulia ini....~~

Thursday, August 26, 2010

anak kecil...

salam penuh keberkatan...
semoga hari-hari yang berlalu dalam ramdhan ini mematangkan iman....~~

setiap dari kita pernah melalui usia kanak-kanak...mungkin ada dikalangan kita punya kenangan yang indah tika zaman warna warni itu. tapi ada juga yang terpaksa menelan kepahitan sepanjang usia itu.

bila kita sudah mencecah umur sekarang, pandanglah kanak-kanak. alangkah beruntungnya mereka kerna tiada calitan dosa pon pada mereka. kita?ahh....ingin rasanya kembali ke zaman kanak2...

kanak-kanak sangat jujur orangnya. apa yang mereka katakan itulah yang terlintas dihati. dan aku banyak belajar dari anak kecil itu...

..............1.................

satu petang, aku minum air sambil berdiri. mungkin kerna kehausan giler sampai tak sempat nak duduk. atau mungkin juga aku lupa tentang adab2 minum.huhu...anak buah aku, ikram ( 5 tahun) menegur...

ikram:oo...mak fau...minum berdiri...dosa...ALLAH marah tau!
aku:(tersedak)

huhu.....kena sekali...



...........2..................

semalam lepas buka aku kupas pelam kat singki sambil diperhatikan ngan anak buah aku, izzah(5 tahun)....tak sabo nak rasa pelam tu sebenarnya, aku pon potong la sikit nak rasa...

izzah:mak fau...makan berdiri....berdosa!
aku:ye ke berdosa?(saje je uji...sebenarnya dah malu...hehe)
izzah: ye la...ustazah izzah cakap kalau makan berdiri ada syaitan kat bahu mak fau....
aku:izzah, tolong halaukan......hehe
izzah:shuh....shuh....(sambil menepuk bahu aku)

huhu...aku termalu sendiri...

kadang aku lupa...
kadang aku tak ingat...
kadang aku tak sabar...
kadang aku buat lewa....

~~

tapi ada satu insiden yang buat aku insaf...ini tak ada kaitan dengan anak buah aku sebab aku tak tau anak buah sape budak tu.....aku hanya menjadi pemerhati atas peristiwa itu sambil duduk kat motor tunggu kawan aku beli lauk kat bazar ramadhan sebab aku dah tak larat nak ikut dia mencari lauk yang dia idamkan....huhu

dikejauhan ada seorang anak kecil berjalan kaki menuju ke rumahnya barangkali. sambil menjinjit plastik-plastik makanan dan minuman yang dibelinya di bazar. usianya ku kira dalam lingkungan 3-5 tahun. tangan kanan memegang plastik makanan, tangan kiri pula menjinjit palstik minuman.

sempat gak aku usyar, ada 2 jenis air yang dibeli. terlintas kat hati aku, kuatnya la budak ni angkat air. aku yang dr td dok pegang air kehulur hilir kat bazar ni macam nak putus jari dah rasanya.

mataku menyoroti anak kecil itu lalu hilang dicelah2 kereta di tepi parking bazar. dan aku terus terusan mengusyar masyarakat yang sedang rakus membeli juadah berbuka. seperti aku juga sebelumnya.

tiba-tiba, ku lihat anak kecil itu kembali semula ke bazar sambil berlari kecil. plastik air tu kosong dan hanya plastik berisi makanan saja masih berisi.

eh, jatuh ke air budak ni?

selang beberapa minit, anak kecil itu kembali melalui jalan tadi sambil mukanya yang agak monyok.

aku terfikir....mungkin dia patah balik ke gerai yang dia beli air tadi dan meminta ganti dari pakcik air tapi tak diendahkan atau tidak dilayan permintaan anak kecil itu.

mungkin juga, budak ni takut nak beritahu maknya yang air tu jatuh. pasti, dia akan dimarahi dan diherdik.

arghh...macam2 pulak sangkaan aku..ntah2 mak dia tu seorang yang penyayang dan penyabar...tak kan dimarahnya anak kecil tu...pasti akan dipujuknya...

tiba-tiba datang seorang makcik menuju ke arah budak kecil itu....

makcik:kenapa dik?air jatuh ye?
adik:(angguk kepala)
makcik:ada duit tak nak beli air lagi?
adik:(geleng kepala)
makcik:ambil duit ni, pergi beli air ye..

makcik tu hulurkan sekeping note kepada anak kecil itu...dia berlari anak menuju ke bazar semula.....

rupanya...bukan aku seorang yang memerhatikan budak kecil itu.....~~

Tuesday, August 24, 2010

polygami..

arini sangat letih + ngantuk...agak tersengguk depan laptop siapkan akaun satu company yang buat aku pening tak ingat...

lama aku fikir, mana aku nak taruk transaksi semua ni....kalau beli panadol nak taruk mana eh?debit ape? kredit petty cash....adoi...beli panadol pon nak masuk dalam akaun company....beli sendiri sudeh...huhu...banyak lagi la transaksi yang aku tak rasa patut tersenarai dalam akaun company...len la kalo akaun personal....huhu...

lately, hati dan fikiran aku sering melayang...memikirkan sesuatu...sampaikan solat isya'malam tadi aku terbaca qunut...time subuh plak aku tertinggal qunut...
Ya Allah...beriku ketenangan....

semuanya bermula bila someone bercerita tentang isu rumahtangganya...
tak tau nape, dalam ramai2 aku yang dipilih untuk meluahkan isi hatinya...


POLIGAMI...

paling ditakuti oleh perempuan...
hati perempuan mana yang tak terluka bila suami yang dicintai sepenuh hati mencari yang lain...
rupanya selama ini cinta suaminya tak sepenuhnya untuk dia...

aku?
tak anti poligami..aku cuma anti kapel....~~

tapi, ingin ku titipkan kata-kata semangat untuk minah yang meluah perasaan pada aku dan semua minah-minah sejantina dengan aku....

aku memang tak kahwin lagi dan tak merasai semua tu...monogami tak rasa apatah lagi poligami...

aku memang ingin menjadi siti khadijah...tak pernah dimadu oleh baginda hingga akhir hayat nya...

tapi, mampukah aku meneladani keperibadian siti khadijah?
bersama rasul tika orang lain menjauhkan diri...
membuat rasul merasa cukup dengan adanya dia bersama baginda....

syahdunya....
mampukah aku?
layakkah aku?

wahai wanita....
ingatlah...
suami mu itu hanya pinjaman DIA...
bila-bila masa DIA boleh mengambilnya...
samaada engkau kehilangan suami kerana meninggal...
ataupun bercerai...
ataupun berkongsi dengan wanita lain....
redha lah....

redhalah dengan poligami...
ikhlaskan hati menerima madu...
payung emas milikmu di syurga nanti....

adakah aku pro poligami??
poligami adalah halal...
zina yang haram...
andai berpoligami mampu menjauhkan suami ku nanti dari terusan melakukan zina dan dosa...
aku redha........~~
insyaALLAH...
hanya pada Dia aku meminta kekuatan hati...

terlalu banyak rasanya kisah poligami sekelilingku....
yakinlah wahai hati.....
hanya pada DIA yang aku percaya....
andai ini takdirNya...
pasti ianya terbaik buat ku...
kan DIA Maha Adil...
pasti ianya juga terbaik buat semua orang....

kepala aku sakit.....
fikiranku bercelaru....
hati ku caca merba....


susahnya nak meyakinkan hati perempuan ku.....
kesiannya dengar cerita dia....
tapi, aku hanya mampu mendengar dan beri nasihat...
setakat apa yang aku dengar, lihat dan baca....
kerna aku, belum merasai semua...

mungkin ada yang kata...
'ko boleh la cakap, sebab ko tak kawen lagi!'

mungkin juga ada yang berbicara...
'ko rasa nanti, baru ko tau sakitnya macam mana!'

tapi, aku sudah merasa suasana poligami....
ayahku....ya!

dulu, aku sangat lah memberontak...zaman aku kecik2 dulu...tension dengan masalah keluarga disebabkan ayahku nak kawen lagi....
yang aku tau, ayah ku salah!
aku menambahkan kedukaan hati mak aku dengan sikap aku hingga nama ku balcklist kat asrama....
(sebab kesalahan:lambat p musolla, lambat p sekolah, ponteng prep...fly g outing...itu je k....hehe)

mak aku bertambah sedih dengan cara pemberontakan aku dan aku pindah ke sekolah asrama yang lebih dekat dengan sekolah dengan harapan aku terkawal...tambah lagi dengan result PMR yang sangat TEROK!

semua tu kan ada hikmah...wpun, mulanya aku tak setuju aku dipindhakan sekolah...
tapi, disekolah baru, aku jumpa kawan baru...kawan2 yang tak sudah2 memberi dorongan...kredit to dua SITI yang muncul mewarnai hidup aku....Siti Far....dan Siti Naz....
begitu juga dengan kawan2 lain....

hakikatnya, setelah 10 tahun ayahku kawin lagi....banyak hikmah yang tersingkap.....
aku lebih baik dari dulu...mak yang lebih kuat dari dulu...dan keluarga ku yang lebih bahagia dari dulu....serta lagi ramai dari dulu...
dulu adik beradikku 11 orang...sekarang 15....ramai x?
apapun, mereka tetap adik aku...kerna berbin kan orang yang sama...walaupun kami tak membesar di perut yang sama....
aku tak salahkan mereka...
aku tak salah kan abah...
aku tak salahkan makcik...
aku tak salahkan mak....

semua itu tersurat sejak azali....
kita patut menerimanya dengan hati terbuka...
walau ada yang terluka.....

apapun, aku bersykur dengan nikmat Tuhan....
andai aku mampu membalas jasa mak dan abah....
semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa mak dan abah...
dan mengasihani mak abah seperti mana mak abah mengasihani aku....

sungguh, aku bertuah...
sehingga kini, mak abah masih ada...
untuk aku tatap muka mereka...
selagi mana mereka, DIA pinjamkan pada ku.....~~


p/s: aku bukan anti poligami, tetapi anti kapel...bukan juga pro poligami...tapi, anti pro kapel....hehe

Monday, August 23, 2010

Janji KEKASIH & nur KASIH




salam ramadhan penuh barakah...
moga-moga hati-hati kita masih disirami barakah Dia....

weekend yang dihabiskan bersama keluarga dikampung...jumaat malam sabtu, tegok cerita JANJI KEKASIH...kat tv3...

sebenarnya dah lama rasa nak cerita pasal cerita ni..tapi, masa tak sempat...internet kat kampung pulak buat hal....huhu

cerita tu ok...ada unsur dakwah...tapi, yang buat aku x berkenan nya bila pak lebai(fezrul khan) tu berutusan email dengan perempuan (jue aziz)...memang niat mamat ni nak dakwah perempuan ni, tapi caranya tak betul....
dia masih ada kawan perempuan yang boleh bimbing dia...

dan paling mengecewakan bila kawan mamat ni sendiri menyokong perbuatan mamat tu dan siap suruh mamat tu call minah tu lagi.
sorry, aku tak ingat wataknya...
pengarah tolong prihatin!
mungkin mesej yang ingin disampaikan jelas bahwa setiap orang mampu berubah dengan hidayah Nya...
tapi, cerita itu seolah menggambarkan yang 'cinta ana anti' tak salah.
cinta dikalangan pak lebai tak salah.

huhu...aku sangat terkecewa bila melihat cerita ini.
bagi aku, NUR KASIH juga membawa mesej kesedaran tanpa membelakangkan agama.
jalan cerita yang membuat aku tak boring walaupun diulang tayang lebih dari 3 kali kat tv...
mungkin juga sesi penggambaran di tanjong Karang...~~
Tanjong Karangku indah...:)

aku tak halang sapa yang nak menonton cerita tu...
api, ingatllah tiada istilah COUPLE dalam islam...
nikah connecting people.....~~
cerekarama ari tu pon best gak....hehe...macam cerita novel la plak...
marriage have 3 rings....engagement ring...marriage ring...and suffering...haha...x boleh blah...
suffering tak kan wujud jika perkahwinan itu atas dasar taqwa dan mencari redha Ilahi....huhu

p/s: sanggupkah anda menggadai kebahagiaan selepas perkahwinan dengan mencari kebahagiaan terlarang sebelum nikah iaitu dengan bercouple?






Thursday, August 19, 2010

collect collect money...~~

salam ramadhan....semoga hati-hati ini tidak lesu untuk menadah rahmah dan menggapai barakah di hari ini....

hari ni bos ask me to go CCM...CCM adlah singkatan bagi collect collect money...ceh, xde lah...companies commission of Malaysia @ suruhanjaya syarikat malaysia...lecture aku dulu panggil collect collect money sebab kalau p ccm ade je yang kena bayor....huhu
aku kena lodge annual return....

ni 3rd time aku p ccm...first time aku p, cepat je nombor giliran aku sampai...2nd time aku rasa nak tido tunggu giliran...la ni aku rasa nak bentang toto je....pergh...mencabar sungguh!
lama giler...orang giler pon tak lama cam ni...sabo je la....
mamat kat sebelah aku ni dah tersengguk2....oops!aku tundukkan pandangan tapi mata kite kan boleh nampak lebih dr 180 darjah....:)

pastu akak CCM tu tegur aku masa aku tengah lodge annual return...

akak:tahun ni balik raya mana?
aku:balik tanjong karang...
akak:ohh...dekat je la...seronoknya...

aku hulurkan satu lagi annual return....

akak:eh, ingatkan dah kawen...nampak inai masih merah...tapi sebelah kanan tak pakai pulak..
aku:hehe...belum la...tu yang pakai kiri je...kalau dah, mestilah pakai kiri kanan....
akak:tu la pasal...tu yang tanya balik mana...

hehe...inai ni baru pakai last week...kak ipaq aku bawak dari umah maknya sepokok...huhu...perli aku ni...aku minta dia bawak inai sebab teringin nak pakai...kat rumah tak ade pokok inai...dulu masa kecik2 selalu minta kat rumah belakang...tapi, la ni segan plak nak p mintak....huhu

tak sangka plak ada orang sangka lain pasal inai ni...
pakai inai ni sunat...benarkah?
huhu....


sambil memerhatikan umat manusia di bulan ramadhan ni...

sedih dan hiba...
takut dan gerun...
risau dan sasau...

masih ada golongan yang mencemari bulan mulia ini...
masih ada golongan yang mengurangi iman dan pahala mereka yang ingin beramal...
masih ada golongan yang tiada segan silu melampiaskan nafsu dihadapan awam...

buktinya....
ada perempuan berpakaian tetapi telanjang...
ada lelaki yang memakai seluar atas lutut...
ada perempuan yang menggiurkan hati adam..
ada lelaki yang membonceng 'dosa' dan berpelukan...

.............#####.............

CCM ade kat dalam PAS...plaza alam sentral...masuk2 je, aku dah rasa suasana meriahnya raya...
beb, posa baru je lepas seminggu...lagu raya berkumandang seolah lagi seminggu nak puasa..
sana sini ada poster selamat hari raya....

argh.....
aku dan mereka masih ingin dinaungi rahmat ramadhan!
jangan kau mempercepatkannya...

aku dan mereka masih ingin beramal di bulan barakah!
jangan kau melalaikan kami dengan kemeriahan syawal....

.....stop!

hari ni sangat letih......pagi tadi bangun je sahur...huhu...
kerja berlambak...aku nak rehat jap...
mata terasa berat...huhu...kuatkan lah semangat ku Ya ALLAH!

paling pelik dan sedih....

masih ada perempuan yang memakai tudung tetapi sanggul dikepalanya seperti bonggol unta!
oh perempuan...
turunkan sanggul mu itu...
walaupun ia mungkin nampak cantik dimatamu...
tetapi, ingatlah...ia nya menyebabkan kau dilaknat ALLAH...
membuat kau tidak dapat mencium bau syurga.....

p/s:tingginya sanggul ko!turunkanlah sikit...tak panjang mana pon rambut ko tu...~~



Wednesday, August 18, 2010

nota hati seorang perempuan........

hati lelaki memang tak sama ngan perempuan kan?
sebab tu, kuasa talak ada pada lelaki dan bukannya perempuan...
sebab perempuan banyak dipengaruhi oleh emosi dan nafsu tika fikiran kurang waras.
dan sebab itu juga 3 saksi perempuan menyamai 1 saksi lelaki.

namun begitu, hati perempuan sangat halus.
sekali terusik, pasti selamanya memberi kesan dan akan dikenang serta diungkit.
tetapi, kemaafan yang paling tinggi ada pada hati perempuan itu.

lelaki, punya kuasa untuk jatuhkan talak keatas si isteri.
dan lelaki bukan sewenang nya nak jatuhkan talak.
namun, bila hati lelaki nya digoda dengan perempuan selain isterinya, pasti tewas juga perasaan itu.

ada satu tahap, kita rasa mula bosan dan jemu dengan orang sekeliling bahkan keadaan sekeliling. kita rasa meluat dan rasa penat dengan dia. apa yang dia buat serba tak kena dan salah dimata!

tahukah lelaki...
perempuan memang cerewet.
kuat membebel hingga kadang2 engkau sendiri naik menyampah.
tapi, jangan kau lukakan hati perempuan itu dengan menyamakan dan membandingkan isterimu dengan perempuan lain.
memang!isterimu tak sempurna mana. ada lagi perempuan yang lebih sempurna dari isterimu sekarang.
ada lagi perempuan yang mampu menggiurkan mu dengan pujuk rayu selain isterimu dirumah.
mungkinkah kau dah bosan?
ingatlah...menginginkan yang sempurna itu bukanlah satu matlamat bahagia. bahagia itu apabila kau menerima dia seadanya dan menampung kekurangan dia dengan kelebihan yang kau miliki.

lelaki...
ingat pengorbanan isterimu yang melahirkan anak2 mu. susah payah dia memberi kehidupan untuk anak-anak mu.
ingat juga kepenatan isterimu menguruskan rumah tangga seharian. walaupun kalau diikutkan kau juga banyak menguruskan makan pakai anak dan isterimu.

kau patut kenal hati perempuan!
walau besar mana pon salah yang kau dah buat. once kau berskandal dengan perempuan lain, hati ini sangat sakit.
sangat sangat sakit! lebih lagi bila kau bandingkan isterimu dengan perempuan lain.
ketahuilah sifat cemburu perempuan itu sangat sensitif.

walaupun satu hari nanti, isterimu boleh menerima mu kembali, tapi tawar penerimaannya.
tak semanis yang mula-mula dulu.

lelaki...
andai istrimu ada buat salah, berterus terang la...
jangan kau bohongi dia....
mungkin kadang-kadang, kita berbohong sebab tak ingin melukakan hati dia, tanpa kita sedari hati dia lebih luka setelah tahu perkara sebenar.
berterus terang saja!walaupun kebenaran itu ternyata menyakitkan.

lelaki...
jangan kau buang kata-kata mu yang menyakitkan itu dihadapan isterimu...
"abang dah penat ngan awak!"
alangkah sakitnya hati perempuan ini bila ayat itu terlontar dari mulut mu.
habis, sebelum kau dapatkan isterimu tak rasa penat kah?
kenapa setelah kau milikinya kau mula rasa penat?
atau kau sudah bosan?
atau kau ingin mengelak dari dia?
atau kau sudah punya teman baru?
DIA saja yang tahu betapa sakitnya hati perempuan bila diperlakukan sedemikian rupa.

lelaki...
jangan kau biarkan isterimu tertanya-tanya perubahan sikapmu.
jangan kau bawa masalah mu dipejabat dan masalah mu bersama teman dihamburkan dirumah...
kongsilah masalah itu dengan isterimu...
agar prasangka ia terpadam...
udah namenye perempuan, banyak benor yang disangkakan...
kelak akan bertambah parah hubungan mu itu.

lelaki...
kalau kau tahu hati perempuan ini...
tak ingin berkongsi kasih...
tapi dia pasti terima andai itu sudah ketentuanNya...
siapalah perempuan itu nak menolak kata-kata Tuhan...
tapi, berterus teranglah...
gunalah jalan yang sepatutnya...jangan kau berdiam diri dan bermain dibelakang...
sakit sungguh rasanya hati perempuan ini!

lelaki...
pulanglah...kasihi anak2 mu...
mereka masih kecil...
mereka inginkan kasih sayangmu...sebagai lelaki dalam rumah impian...

lelaki...
berterus teranglah dengan isterimu...
jangan kau biar jiwanya tersiksa dnegan sikapmu...
dakaplah isterimu sebelum hatinya terkulai layu...

sayangilah rumah tangga yang kau bina itu...
tegar kah kau melukakan hati mertua mu?
tegarkah kau membiarkan beban dipundak isterimu?
tegarkah kau melihat anakmu itu?

ah...hati lelaki susah nak jangka....
diam dia mungkin marah...
diam dia mungkin menyampah...
diam dia mungkin sayang...
diam dia juga mungkin rindu....

seandai lelaki faham hati perempuan....~~

Sunday, August 15, 2010

aku dan pakistan...

salam....rahmah ramadhan diharap akan terus mewangi di sini....~~

today is my first day....
waa....best sangat buka arini....sebab my abang sangat memahamiku....hehe

abang:petang ni nak buka ape eh?

kak ipar:fau, ko bagi la idea....

aku:beli la siput sedut lagi....yang semalam punya tinggal sikit...nanti x cukup plak...

kak ipar: tu je ke?lauk lain?

aku:haa...kite bakar ikan nak?ikan keli....(sambil membayangkan kesedapan ikan keli bakar kat cafe bawah office aku...)

abang:sape nak bakar?kau?

aku:boleh jer...~~pas tu kan...kite buat air tembikai nak?hehe

**banyak plak demand aku kan....huhu

paling best, petang tu abang aku p beli siput sedut satu guni....cam perli aku jer...then ikan keli 2kg...ni pon cam nak perli aku...one more, buah tembikai sebiji beso....

tu yang aku selalu terfikir, lelaki ni memng suka memerli eh?atau perempuan perasan diperli...huhu
so, menu buka posa kami petang tadi adalah menu aku....

since pukul 3 dah mula bz kat dapur....blender kacang soya...kami memang wt air soya sendiri bila kumpul adik beradik....~~

ada 2 orang kak aku je yang tak balik kg buke same2...tapi, petang td still happening....
agak kekenyangan gak...tapi, aku stop dulu sebab takut x larat nk mghrib....
paling best time sedut siput sedut tu...yang budak2 keciknya mistilah tak reti nyedut...aku ler yang jadi tukang sedut siput2 utk ank buah aku...kadang tak larat gak...aku x nyempat nk makan..huhu...kak aku yang sorang ni la paling sabo...bukan anak2 dia je x reti nyedut...laki dia pon sama...huhu...jenuh la dia nyedut siput2 tu....



tengok berita....orang kat pakistan berebut makanan....

betapa syukurnya aku...
pada makanan yang aku idamkan...
abang aku belikan....

betapa syukurnya aku...
pada beraneka lauk untuk berbuka...

betapa syukurnya aku....
pada juadah yang dinikmati bersama keluarga....

syukur Ya Allah...
atas nikmat yang tak terhingga....

ampun Ya Allah....
atas kufur dengan nikmatMu....

kurniakan Ya Allah....
hati yang sentiasa mengingati Mu....

##selamat bersahur...:)


Friday, August 13, 2010

kawan, tolong aku....

hati ini meronta bila melihat gambar itu!
hati ini menyinga bila tatap potret itu!

mengapa jadi begini wahai kawan?
kata-kata rindu mu pada dia
itu semua SAMPAH!!!!
kau belum ada akad yang halal dengan dia
janganlah kau cemari iman mu
hiba hati ini melihat itu
kau dengan dia
bergambar sakan
duduk dekat-dekat
mustahil tak melekat!

bencinya aku!
selama yang aku mengenalimu
kau sungguh baik
aku sungguh senang dengan mu
tetapi
mengapa kau cemari kebaikan yang ada padamu
dengan berpacaran dengan dia??

kenapa kawan?
kenapa??
sayangilah islam mu
kasihi iman mu

jangan biarkan islam mu hanya pada nama
jangan cemari iman mu dengan maksiat

kau rajin
kau baik
kau dedikasi
kau......

ahh..terlalu banyak kebaikan mu
tak terungkap dengan kata-kata

tapi....
kau cemari ia dengan maksiat
kau cemari ia dengan cinta palsu

kawan!
kalau benar dia yang kau cinta
nikahi dia
jangan jadikan wang sebagai alasan
lantas kau terus bermesra dengan dia

kawan
bagaimana lagi harus ku beritahu?
couple itu HARAM!
buktinya
bila kau bercouple dengan dia
kau berdating dengan dia
bukankah laki dan perempuan dilarang berduaan?

bila kau couple dengan dia
kau menyatakan kerinduan kau dengan dia
tanpa segan silu
tanpa rasa malu
tanpa rasa takut
dan menimbulkan nafsu

kawan
berhentilah mencintai dia
berhentilah merindui dia
berhentilah menyayangi dia
selagi dia tak kau nikahi

kawan
aku merayu...

kawan
aku merintih....

kawan
aku berharap....

jangan kau teruskan hubungan ini
jangan kau terusan melakukan noda
aku sayang kau
walaupun belum tentu kau sayang aku

aku tak ingin
islammu tercemar

ingatlah balasan Tuhan
takutlah siksa kubur
gerunilah panas neraka

kenanglah jasa rasulullah
susah payah baginda menyebarkan islam
tapi kau membiarkan ianya pada nama

ketahuilah kawan
keseronokanmu dengan dia
tak kan kekal lama
tiada keberkatan disitu

sedarlah kawanku....
jangan kau teruskan hubungan tak suci ini...
kerna kau kesayanganku........

~~mata ini masih basah memikirkan kau kawan....kesat air mataku ini dengan kesedaranmu tentang berdosanya couple dan zina itu....tolong aku kawan....jangan biarkan sungai ini terus mengalir dipipiku....aku merayu pada mu....~~

hati lelaki

lama tak cerita pasal office...~~

semalam aku hantar payment epf tapi mamat ni tak register lagi epf dia. so akak epf tu bagi aku form utk mamat tu isi. borang tu nak no surat beranak. bila aku balik office, office dah gelap....baru pukul 3.30...bos n mamat tu dah balik..wa....sabo je la...rasa nak balik awal gak...huhu

aku msg kat mamat tu sebab aku rasa misti mamat tu bizi niaga kat bazar.
bizi tol mamat tu sampai x reply msg aku....udah namanye perempuan, bersangka buruk je....huhu

esok paginya, aku bagi form tu then dia isi. memang aku ler yang kena hanto form tu kat epf. tak kesah pon sebab ingt nak p tengah hari terus p uitm ada kuliah jumaat.

tapi, aku rasa sedikit sangsi pasal form tu, boleh ke aku hanto bagi pihak dia?form tu nak cap jari mamat tu. dia dah cap pon jari dia tapi guna stamp pad...ah..lantok ler...tapi, aku still rasa yang dia ptut p sendiri...tapi bila aku cakap...

aku: saya rasa, awak patut pergi sendiri kat epf tu....
mamat: mustahil la...boleh je awak p hantar borang tu...
aku:tak pe ke salinan ic awak ni ada perkataan sample?
(mamat tu bagi aku copy ic tapi ade perkataan sample)
mamat:memang macam tu la.
aku:eh?memang kena letak perkataan sample ye?kalau tak letak?
mamat:nanti orang boleh guna copy ic kite tu.
aku:ooo...ok...

aku still x puas hati. bukan sebab aku malas nak p hantar kan, tapi aku risau je kalau memang dia yang kena p sendiri kan payah nanti. payment epf kena bayar sebelum 15hb. ari ni dah 13hb. 15hb hari ahad. means, ari ni last day kena submit payment epf. kalo tak, nanti kena penalty.

aku maleh nak bertekak ngan dia. aku pon p je la hanto dalam kol 11 lebih. at least, nnti ade pape sempat la mamat tu nak p epf.

sampi kat epf....form tu tak valid. sebab cap jari dia guna stamp pad. patutnya kna guna yang memang khas utk cap jari. ape tah namanya...huhu
akak tu kata, kalo mamat tu datang sendiri lagi senang. tak payah nak isi form, bawak mykad je...tapi, aku still boleh buat payment epf tu...once,mamat tu dah register ni depa key in...

aku dah kata....tapi, aku maleh nak melawan. bukan apa, nanti tak syok lak...aku respect dia sebagai ketua aku....wpun dia bukan bos, tapi dia ketua aku...huhu

sampai je kat office, aku stop lama kat pintu. sebab aku tak tahan nak gelak. aku habiskan gelak aku kat luar pintu. hehe

aku pon p la terang kat dia pasal form dia yang dah tak valid sebab dia cap jari guna stamp pad.
and minta dia p kat epf sendiri.

mamat tu dah menyengih dah...aku tahan gelak dalam hati...
wa da cakap ngan lu bro...hehe...duduk je kat tempat aku, aku hamburkan gelak aku dalam silent mode....haha....aku bukan nak gelakkan mamat tu.. tapi aku terasa ada lawak pagi lak...rupenye mamat tu tak tau kat mana epf kat shah alam ni...
puas la aku terang kat mana pejabat epf tu..
mungkin gak mamat tu sibuk dengan beberapa kerja yang dia kena submit hari ni buat dia rasa berat hati nak p epf tu...huhu

kadang susah nak faham hati lelaki....~~

lagi satu cerita pasal bos aku masa 1st day puasa...aku masih ingat, masa mula2 keja bos ade kata yang posa kite balik awal..

pagi tu, masa bos masuk office aku pon tanyalah...
aku:bos, petang ni kite balik pukul berapa?
bos:(tergelak)
bos:napa?awak nak balik awal ke?
aku:mestilah...ari tu bos kata puasa balik awal...
bos:pukul 5, awak balik la...
aku:ok bos...thank you....

petang tu, aku tak sedar plak dah pukul 5 sebab aku ralit susun file....tiba2 bos keluar dari bilik....

bos:u tak balik lagi?dah pukul 5 ni...
aku:(bos ni cam perli aku je....)
aku:eh, x perasan lak...kejap lagi saya balik....

aku dah menahan gelak.....bos cam memerli aku....huhu

kadang aku terfikir...lelaki ni memang suka memerli eh?
atau perempuan ni perasan diperli?
huhu....

kadang aku faham mereka sebagai lelaki....
kadang aku tak faham apa yang mereka mahukan....

tapi...
dalam diam...mereka perihatin dengan ku....
dalam diam...mereka membantuku....
dalam diam...mereka memerhatikan ku...
dalam diam...mereka menjagaku....


p/s:tengah khatamkan buku NOTAHATI SEORANG LELAKI by Pahrol mohd Juoi....~~

Wednesday, August 11, 2010

kerana hati ini telah dilukai...

Penjelasan yang jelas
Penerangan yang terang

Duhai LELAKI!
Apa lagi yang kau mahu?
Apa lagi yang tak cukup bagimu?
Apa lagi yang kau nak tahu?

DIA beri kau perempuan
Bukan untuk kau pegang tangan dia
Bukan untuk kau tatap mata dia
Bukan untuk kau tengok auratnya
Bukan untuk kau belai dia
Bukan untuk kau merempit dengan dia
Bukan untuk kau bercinta dengan dia

Selagi perempuan itu bukan isterimu
Selagi perempuan itu masih lagi awek mu
Selagi perempuan itu hanya kawan mu

Oh PEREMPUAN!
Apa lagi yang nak kau tonjolkan?
Apa lagi yang kau mahukan?
Apa lagi yang perlu dicukupkan?

DIA beri kau lelaki
Bukan untuk kau menyendeng dengan dia
Bukan untuk kau menggedik dengan dia
Bukan untuk kau merengek dengan dia
Bukan untuk kau jalan beriringan dengan dia
Bukan untuk kau buka tubuhmu hanya untuk dia
Bukan untuk kau bermanja dengan dia
Bukan untuk kau luahkan perasaan dengan dia
Bukan untuk kau terima cinta dia

Selagi lelaki itu bukan suamimu
Selagi lelaki itu masih lagi balakmu
Selagi lelak itu teman tapi mesramu


Wahai LELAKI dan PEREMPUAN sekalian…

Jangan kau serah cinta
Jangan kau beri jiwa
Pada yang bukan hak

Lamarlah dia jika kau benar inginkannya
Jumpalah ibu bapanya untuk menyuntingnya
Didiklah imanmu agar iman dia juga terdidik
Berilah cintamu tika akad itu halalkannya

Oh cinta!
Jangan biar hati ini hanyut denganmu
Jangan biar jiwa ini rapuh dek kerna godaanmu
Jangan biar taqwa ini mengecut dengan kata dustamu

Oh cinta!
Izinkan ku milikimu
Dengan akad yang halal
Dengan ijab yang diredhai
Dengan redha PEMILIK mu

Wahai PEMILIK cinta
Hati ini ingin menyinta
Jiwa ini ingin dicinta
Kurniakan aku si dia
Yang mencintai Mu
Agar aku turut terpandu
Agar aku turut terarah
Dengan cahaya cinta Mu

Kerna…
Hati ini ingin mencintai Mu
Bersama dengan dia….~~


...hari ni pose..ye ye...selamat menadah rahmat dan menangkung barakah...kerana rahmat dan barakah itu datang mencurah...bekas untuk menadah dan menangkung biaqlah bersih dari habuk dan tahi cicak...agar isinya juga menjadi bersih dan selamat digunakan untuk masa depan...~~

Monday, August 9, 2010

kehadiranmu, kesakitanku.....

tiap hari mengharap dia datang...
namun tak kunjung tiba..
menghitung hari demi hari...
dimanakah dia?
mengapa dia tak hadir?

seakan terasa tanda kehadirannya...
namun hampa...
dia yang ku harapkan tak jua muncul...

aku risau...
aku sasau...
aku seriau...

tanpa dia...
aku bukanlah wanita sempurna...

tanpa dia...
lain macam perasaan dijiwa...

kini dia datang...
setelah lama ku nanti...
tika kehadirannya aku tak harapkan lagi...
tika aku ingin mencari ubatnya...

dia datang tanpa diundang...
sungguh menyakitkan...
nikmat ataukah musibah?
aku tertanya...
nikmat yang menyempurnakan diri...

ya!diriku sebagai wanita...
tetapi...
kesakitannya seakan musibah kepadaku...
sungguh tak dapat ku tahan...

jiwaku terseksa...
diriku lemah...
emosi ku terganggu...

bilakah ianya kan berakhir?
Ya ALLAH...
aku tak mampu menanggung kesakitan ini...

dikala ini...
dahiku berkerut...
mukaku seakan kecut...

dikala ini...
airmataku menitis...

tak sanggup nak teruskan kerja yang berlambak...
tapi terpaksa jua ku ku tempuhi...
moga kehadirannya melengkapkan diriku...
moga kehadirannya akan datang tak menyakitiku lagi...

aku tewas....~~

Friday, August 6, 2010

ramadhan dulu dan sekarang...~~

dulu....
la...da bulan pose balik...x boleh makan la...

sekarang....
allhamdulillah, dapat jumpa balik ramadhan kali ni...

dulu...
bestnya! ada bazar...macam2 makanan ada....nyum..nyum...

sekarang....
bazar sama je ngan pasar....huhu

dulu...
sebelum buka, mesti tengok jejak rasul...

sekarang...
sebelum buka, kena masak dan hidangkan juadah....

dulu....
kalau siang je mesti tidur tak sedar....

sekarang....
siang kena kerja...tak ada masa nak tidur je...

dulu....
2 bulan sebelum puasa, mak dah belikan baju raya...

sekarang....
dah dekat raya, baru baju raya siap...
itupun beli sendiri...

dulu...
lepas buka pasang lampu pelita kat luar rumah biar terang...

sekarang...
pasang mentol warna2 kat luar rumah...

dulu....
lepas buka, main mercun dan bunga api...

sekarang....
lepas buka, tengok-tengokkan anak buah main bunga api....

dulu....
pergi sekolah naik basikal walaupun masa puasa...

sekarang...
pergi kerja naik motor....

dulu...
bangun sahur je, makanan dah sedia...

sekarang...
bangun pagi, tolong mak masak untuk sahur...

dulu...
puasa pertama, mak masak sahur ayam masak merah....

sekarang....
puasa pertama, tak dapat rasa mak masak sahur...

dulu....
mak paksa makan kurma dan minum air banyak2 bila sahur....

sekarang....
dengan rela hati aku makan kurma...

dulu....
mak yang kejutkan sahur....

sekarang....
handphone yang kejutkan sahur....

dulu...
mak yang bacakan niat berpusa....

sekarang...
aku dengarkan mak aku bacakan niat puasa kat anak buah aku...

dulu...
lepas sahur tengok cerita p ramlee dengan abah....

sekarang....
lepas sahur, basuh pinggan la....hehe

dulu....
teruja nak pergi bazar sebab bazar jauh....

sekarang.....
hari-hari pergi bazar....

dulu...
bila buka je, air la yang aku capai dulu...

sekarang...
ikut sunnah beb...makan kurma dulu....

dulu....
selalu doa cepat2 la habis puasa...tak sabar nak raya...

sekarang...
janganlah ramadhan ini berlalu pantas..
tak puas rasanya nak beribadah....

dulu...
dapat puasa penuh...

sekarang...
tak pernahnya nak penuh...hehe

dulu....
rasa biasa je bila dengar lailatulqadar....

sekarang...
ternanti-nanti lailatulqadar.....

dulu....
seminggu sebelum raya dah cuti....

sekarang....
lusa nak raya, hari ni baru cuti....

dulu....
tolong mak buat kuih raya...

sekarang....
tolong mak beli kuih raya...hehe

dulu...
aku dalam zaman kanak-kanak....

sekarang....
aku dah boleh jadi mak orang....

itu dulu....
aku muda lagi....

sekarang...
umurku dah meningkat....
dan aku tak tau akan dapat menggapai semula ramadhan....
semoga aku, kau dan mereka dipertemukan dengan ramadhan yang bakal menjelma...

Thursday, August 5, 2010

menggapai tarbiah ramadhan...~~

lagi 6 hari nak datangnya ramadhan...


hati ni bagai ditusuk sembilu...
nyilu dan sangat pedih...
mengenang dosa kelmarin...



Ingin kusiram debuan dosa...
ingin ku cuci kotoran noda...
ingin ku lentur amarah nafsu...

ramadhan ini...
berikanlah aku peluang mengecapinya...
berilah aku ruang untuk menggapai nikmatnya...
berikanlah aku masa untuk meneguk barakahnya...


ramadhan ini...
janganlah ianya kali terakhir...
janganlah ianya berlalu begitu sahaja...
janganlah ianya dipersia...

aku memohon ampuan pada Mu...
atas mata yang tidak ditundukkan pandangnnya...

aku memohon ampunan pada Mu...
atas telinga yang mendengar caci dan umpat...

aku memohon ampunan pada Mu...
atas hati yang kotor dengan hasad...


aku memohon ampun pada Mu...
atas tangan yang mengambil bukan yang hak...


aku memohon ampun pada Mu...
atas kaki yang kubiarkan melangkah menuju kehancuran...


aku memohon ampun pada Mu...
atas lidah yang mengeras dengan lagu laghah...


aku memohon ampuan pada Mu...
atas jiwa yang lalai dengan nikmat Mu...


aku memohon ampun pada Mu...
atas akal yang tidak memikirkan kekuasaan Mu...


wahai ALLAH...
beriku peluang...
beriku ruang...
beriku pengampunan...


kiranya ini ramadhan terakhirku...
jadikanlah ramadhan ini penyuci jiwaku...
jadikanlah ramadhan ini penghapus kifarahku...
jadikanlah ramadhan ini peningkat pahalaku...
jadikanlah ramadhan ini pembersih dosaku...


wahai ALLAH....
ampunkan aku...
kasihi aku...
terimalah amalanku...


kiranya aku tak sempat menjenguk ramadhan ini...
terimalah amalan ku...
angkatlah ibadahku...
matikanlah aku dengan menyebut namaMu....


wahai ALLAH...
berkatilah umurku...
murahkanlah rezkiku...
bersihkan jiwaku....


kiranya aku berpeluang bertandang ramadhan akan datang...
jadikanlah ramadhan ini sebagai tarbiah hati...
agar terus beramal denganmu di bulan akan datang.....
berilah aku teman hidup...
untuk menyambut ramadhan akan datang bersama...


wahai ALLAH....
tetapkan imanku....
aku panjatkan kesyukuran Mu...
Pemberi nikmat...
Pemberi rahmat...
segala pujian hanya pada Mu...
Tuhan semesta alam....












...kami captured gambar kan censelori uitm...atas dataran TUANKU FAUZIAH....hehe....
credit to kona n ika...then, kena halau ngn pak guard sebab die kata jangan tangkap gambaq time senja kat atas censelori ni takot ade tngkap gambaq len....huhu...~~

remuk!

Salam mahabbah penuh kesyukuran buat semua…

Semoga anda menjadi si soleh untuk mendapat si solehah itu. Juga semoga anda menjadi si solehah yang tercipta untuk si soleh itu…:)

petang semalam keluar office sharp at 5.30. nak p mydin, beli barang sikit n bos minta beli paper double A. ingat balik nak singgah office, nak letak paper sebab maleh nak bawak balik. Tapi, bila fikir balik mesti bos ngan mamat tu dah balik office. Sebab td depa p kuar jumpa client. Segan plak nak masuk offce balik.

On the way balik, aku rasa lain macam sungguh petang ni. Jalan jammed yang amat teruk. Since kat persiaran sukan lagi. Sangat la pelik. Sebab biasa aku balik jammed gak. Tapi aku still boleh menyelit antara kereta2 tu. Tapi tak untuk petang ni. Banyak kali gak aku terhenti dicelah atau dibelakang kereta sebab nak selit tak muat. Jalan sangat padat.

Sebelum tu, aku nak ucap terima kasih la banyak-banyak kat sape yang p langgar moto aku sampai lampu signal aku belah kiri patah. Kan aku dah kata, moto aku ni unik. So lampu signal terjojol kat tepi. Pandai2 la korang bayangkan.

Yang lagi pelik, yang patah signal belah kiri, tapi belah kanan plak yang tak hidup lampunye. Nak p betoikan x sempat lak tadi sebab dah sangat penat untuk singgah mana-mana.
Jalan sangat jammed dari persiaran sukan. Lagi-lagi kat depan ptpl n msu sampai kat depan giant. Aku hampir berlanggar bontot kereta, tapi tak terlangar lagi.

Aku mula terfikir:
‘ade polis buat roadblock ke sampai jammed macam ni?rajinnya depa buat roadblock time orang balik koje’

‘ke ade eksiden kat depan nun…’

Sampai kat simpang ke highway Guthrie menghala ke sg buloh, aku nampak beberapa kereta tersadai kat tepi jalan. Aku mengandaikan inilah punca jalan sesak. Mungkin kereta depa rosak kot.

Rupanya sangkaan ku silap!
Sebelum simpang ke bukit jelutong di lebuhraya Guthrie menghala kat sg buloh, ade kemalangan.
Dasyat weh! Aku tak pasti kereta ape, yang pasti warna hitam remuk kat tepi jalan. Sampai kan dua tayar yang kat belakang dah terjungkit kat atas da. Kaca2 bertebaran kat tengah jalan.
Tapi aku xnampak plak orangnya atau kesan darah. Mungkin dah dialihkan dengan polis sebab aku nampak banyak gak polis kat tempat kejadian. Then aku nampak sebuah lori kontena yang agak remuk dibahagian tepi.

Aku mengandaikan yang kereta tersebut eksiden ngan lori tu sampaikan kereta tu remuk dan tak cam da kereta jenis apa.

aku terpegun melihat. tapi aku teruskan perjalanan kerna andai aku berhenti dah tentu jalan bertambah jammed.

hanya berdoa dalam hati semoga mangsa kemalangan selamat dan semua pengguna jalan raya selamat dari malapetaka.

oleh sebab jammed yang sangat teruk kat jalan tadi, jalan nak p puncak alam sangatlah lengang. macam bukan pukul 6.30.

so, perjalanan memangla sangat lancar nak balik rumah...

kadang2, kita berhati2, orang lain yang cuai kita jadi mangsa..
mungkin ada hikmah diatas apa yang berlaku.
semoga musibah yang menimpa akan mematangkan iman dan meningkatkan taqwa...~~

kepada semua, berhati-hati dijalan raya. rempit, rempit gak. tapi jangan sampai sebab kita orang lain merana.

pandu cermat, jiwa selamat, iman meningkat, pahala pon dapat....:)hehe

berhati-hati dijalan raya, bacalah doa sebelum menaiki kenderaan, ingatlah pahala amalan kita tak cukup lagi nak mati cepat...~~

Monday, August 2, 2010

nasi beriyani...~~








kebuhsanan melanda....~~
neither bos, nor that mamat give me any work to do...
dari pagi aku melangut macam orang sasau....
novel pon dah habis sebuah aku baca...ni nak masuk novel kedua untuk hari ni...
aku tau, ini bukan etika seorang pekerja...tapi, aku nak buat apa?

sangat bosan+boring....

baru lepas khatam baca novel 'denyut kasih medik' by dr farhan hadi..
memang sangat berilmiah isi kandungan tu.
kalaulah semua doktor di malaysia yang beragama Islam memahami Islam pasti patient akan menjadi orang yang lebih tabah dan beriman...
buku ni sangat bagus dibaca oleh semua lapisan masyarakat..especially untuk student medic yang bakal menjalani houseman...tarbiahkan hati anda dengan didikan Islam kerna jalan menuju syurga untuk anda adalah mudah kerna anda menolong orang lain yang berada dalam kesusahan...

tapi sangat terkesan bila baca page 244-250...setiap wanita patut mengetahui nya. kerna ia berkaitan dengan ibadah kita. cuma aku tak berapa nak faham. mungkin kena rujuk kitab.

tetapi, lelaki juga tidak terkecuali untuk belajar mengenai kitaran haid dan permasalahannya walaupun mereka tidak pernah mengalaminya.

ianya sebagai bekalan ilmu didada untuk membimbing dan menunjuk ajar isterinya dan anak-anak perempuan mereka.

serius! anda semua patut membacanya....:)

dan yang aku perasan adalah, cerita dr muslih dengan qani'ah adalah sama dalam cerita 'pemilik cintaku selepas ALLAH dan Rasul'....
nama watak pon sama kan?hehe....
aku tersenyum sendirian bila membacanya.....
dan perasaan ku tiba2 berkecamuk...
solehah ke aku untuk mendapat si soleh?
huhu...keinsafan menjalar diri....
.....tengah syok menaip, tiba2 bos n kawan bos masuk office...hehe...paling aku x sangka, tibe2 kawan bos aku kata:-

kawan bos:fauzeah, ni aku belikan nasi beriyani untuk ko ngan that mamat.

aku:(terpinga-pinga)

bos:lepas ni boleh tolong buatkan akaun untuk dia lagi
aku:eh, betol ke ni?THANK YOU.....


hehe....ari ni dapat makan nasi beriyani free...alhamdulillah...tambahkan kesyukuran, kelak ALLAH akan menambahkan nikmat....

thanks again to bos n kawan bos!lain kali, belanja lagi...:)