Thursday, September 30, 2010

biaq gambaq yang bicagha~~

ini adik wa...keperasanan menjadi pemburu terhebat melanda...huhu...ni senapang bapak wa...
sapa cari pasal ngan wa, akan wa tembak!hehe
ni my sonfruits...jihada dan iman...kat rumah nenek sedara dorang...

ain husna...bila dah beso cam ni, sangat tak nak ngan orang. asek berkepit ngan bapak dia ja.
bila aku bawak naik motor baru ok...huhu



ni ler ain sofia....tembam giler!lain bebenor muka dia masa 2 minggu...



ain sofia lagi...sangat suka tidur....so, xdapat nak snap pic banyak...

Wednesday, September 29, 2010

whatever happen, it happen for good!

malam tadi bercerita dengan seorang teman tentang sebuah kehidupan.

'kite punya praktikal ni, ada grade A,B,C,D atau lulus dan gagal?'

'kite punya, lulus atau gagal je. tapi, tak de nye nak gagal, lain la kalau ada buat hal kat company. selalu tak datang office ke.'

'aku risau la weh...supervisor kitorang jumpa tadi. dia kata, tak tau la nak bagi lulus atau gagal. dia kata, kitorang tak komited ngan tugas'

'bukan ko kot. aku kenal ko. maybe orang lain.'

'errm, tak tau la. tapi sedih la. aku terasa tak dihargai je ngan supervisor aku.'

'ermmm.....'

'bukan nak kata ape, dah la bagi elaun 150 je. kerja banyak. pastu dia kata kitorang suke balik awal.'

'ko slalu balik awal ke?'

'office hour sampai 5.30. kol 6 aku balik la. dah la aku balik naik teksi, pastu nak dapat teksi bukan kat depan pejabat. kena jalan sikit. jalan tu dah la gelap. takut kot kalau balik lewat.'

'bukan la awal namanya. aku 5.30 dah cabut. siap x siap, tu belakang kira. esok pagi sambung la. unless kalau job tu nak urgent.'

'tu la pasalnya. gaya dia cakap macam suruh kitorang ni buat kerja bagi habis hari tu gak.'

'agak-agak la kot ye pon.'

'aku rasa tension sangat ni. rasa macam tak sabar nak habiskan 2 bln lagi ni. bila dia cakap camtu, aku rasa dah down sangat.'

'eh, jangan cam tu. aku rasa sayang plak nak habiskan lagi 2 bln ni.'

'entah la weh....'

'mai, ko nak dengar satu cerita tak?ade sorang raja ni, dia ada sorang menteri. menteri ni selalu cakap"whatever happen, it happen for good" bila ada somtehing yang berlaku. raja ni tak la ambil endah sangat sebab tak pernah kena ngan dia. satu hari, raja ni macam kemalangan la. pastu, ibu jari kaki dia ada luka dan cacat sikit. menteri ni, macam biasa dia pon kata, whatever happen it happened for good. raja dengar, dia cam emo sebab benda tu kena ngan dia. pastu raja perintahkan supaya menteri tu dipenjara seumur hidup. satu hari, raja ni pergi mengembara. dan dia terjumpa dengan satu puak kanibal. punya la cuak, sebab dah tentu orang kanibal ni akan makan dia. tapi, undang2 kanibal, dorang tak leh makan manusia yang ada kecacatan pada badan dia. dan raja ni terlepas sebab ibu jari kaki dia cacat.'

'erhm.....pastu?'

'raja ni masa balik kat negeri dia, dia minta maaf kat menteri dia dan lepaskan menteri dia. dia akui, whatever happen, it happened for good! menteri tak kisah pon, dan dia cakap ngan raja tu, kalau raja tu tak penjara dia, dah tentu dia akan ikut raja pergi mngembara. dan dah tentu dia kena makan ngan orang kanibal sebab dia tak de cacat kat badan dia. kan wahtevr happen, it happened for good.

'eh, betolla...ko rasa apa yang good kat aku eh atas apa yang berlaku sekarang?'

'mungkin, ALLAH nak kuatkan hati ko. dan mungkin dengan cara ni, nanti bila keja, ko akan dapat bos yang lebih baik.'

'harap2 macam tu la.'

'ko tau, la ni aku dah jadi cleaner kat office. haha..'

'eh, nape plak?'

'ari tu, aircond rosak. pastu ada orang betulkan. pagi esoknya, aku masuk office, aku tengok office aku macam tongkang pecah dah, memang bersepah habis. aku pon bersihkanlah sikit2 sebab makcik cleaner tu bersihkan ofice esok. dah la yang bersepah tu tempat bos n mamat tu. saja je. buat sikit2.hehe...tempat aku ok. tempat dorang yang bersepah'

'kita akan ada willing untuk berbuat baik untuk seseorang jika seseorang itu berbuat baik dengan kita. betol x?'

'maksudnya?'

'ye la. kan ko cerita yang bos ngan mamat office ko tu baik ngan ko. jadi, bila cam ni, ko akan rasa nak tolong bersihkan walaupun bos ko tak suruh pon ko bersihkan office'

'eh, betolla..aku terdorong nak tolong bersihkan office sebab bos n mamat tu baik ngan aku.'

'tu la...bila dia dah cakap cam tu, aku macam dah tak de hati. dia cakap seolah2 kitorang ni langsung tak buat kerja. macam kitorang ni nothing je kat office tu. bukan nak kata pe, dah la elaun sikit, kerja banyak. pastu, banyak songeh plak. elok2 ikhlas, jadi tak ikhlas lak.'

'tau tak pe. ALLAH pon bg reward kat kite kalau kita buat baik. cuma tak nampak je reward tu. sekurangya. walaupun elaun tak banyak, hargai la pe yang kite buat ni.'

'tak pe la mai. sabar je la, ingat cerita raja tu. wahtever happen, it happen for good! ala...bahasa kita, apa yang berlaku tu ada hikmah.'

'apa la hikmahnya ye?'

'kadang kita tak sedar hikmah tu. mungkin akan datang, kita akan menyedari. kan ALLAH tu MAHA ADIL. kalau ianya hikmah untuk ko, pastu ada hikmahnya utk bos atau supervisor ko.'


p/s:kesian kawan aku. penuh dengan tekanan masa praktikal. alhamdulillah. aku bahagia dngan apa yang aku alami skrang. kepada bos n mamat, thanks for everything. serius la...bukan senang nak jumpa dengan orang yang baik dan beriman akhir zaman....

Tuesday, September 28, 2010

dahulu dan sekarang..!

satu....
sebab pandangan yang tak mampu ditundukkan...mungkinkah?atau sengaja yang tak mahu menunduk? hanya iman yang berbicara dengan lemah sekali...wa terpandang satu makhluk Tuhan yang wa kira indah mata memandang. dan terasa seperti tidak mahu mengalihkan pandangan tersebut. tika itu, wa punya motor feeling empty dan wa nak refuel. akibatnya, petrol tertumpah dan wa rugi beberapa puluh sen akibat tumpahnya petrol kerana wa tak memandang kearahnya tika mengisi petrol.
inikah akibatnya tidak menunduk pandangan?


dua....
satu masa dulu, wa masuk geng otai kat asrama. wa bukan ketua, tapi antara orang kuat. oleh kerana DM(dewan makan) tak banyak cawan, geng kami berpecah. bayangkan, student masa tu beratus-ratus, tapi cawan tak sampai 50 buah...

sorang cop senduk nasi, sorang cop barisan nak ambil makanan, sorang pergi lari masuk asrama ambil jug, sorang cop baldi letak kat pili air, dan lain2 cover2 member. tika itu, semua menggunakan konsep "sape cepat, dia kenyang...siapa lambat, dia penat"

wa?tika itu wa adalah penyelusup terhebat. jadi wa adalah ditugaskan untuk ambil jug dan cawan kat dalam asrama.

satu hari, wa tak sabar nak tunggu warden buka pagar asrama. wa tiru gaya askar masuk celah pagar cawat dan wa berjaya!aha....sebab masa tu wa baru form 3. muat je nak celah ikut mana. dan tika itu, wa sangatla bangga sebab orang lain nak minum kena tunggu turn, tapi kami LUCKY 12, dapat minum air dalam jug dan satu cawan yang dikongsi 12 orang.

tapi, wa punya nasib malang. masa wa berlari menuju kearah DM, kaki wa terseliuh sebab masuk dalam longkang. sakit wooo....terus hilang selera makan wa. walaupun masa tu, makcik DM masak lauk ayam. wa balik bilik sambil kaki terhincut2. tapi, sebelum tu wa serahkan jug dan cawan kat geng wa yang lain.

ada member baik hati, dia ambikkan wa makanan masuk bilik. dan wa ngadu kat warden sebab kaki wa terseliuh. ingat nak minta simpati. kot2 dibawanya ke rumah orang urut...huhu...tapi, ustazah(warden) tu kata:

'mungkin ini balasan ALLAH nak bagi kat kamu sebab kamu langgar peraturan asrama. belum lagi time masuk asrama, kamu dah masuk dulu'

'eh, mana ada ustazah....'

'jangan ingat ustazah tak tahu. ustazah nampak kamu masuk ikut bawah pagar kan?tak padan dengan perempuan. malu ustazah kalau pelajar lelaki atau pun ustaz nampak. nasib baik tak terselak.'

...sambil tangan ustazah urut kaki wa..huhu...ustazah zubaidah...rindunya!

time wa wat tu, sudah tentu ada member yang cover! memang kena sekali. ingat tak de siapa yang nampak sebab cover baik punya. tu kenangan wa masa sekolah sabak bernam. dan sekarang, kami masih berhubung. LUCKY 12...tu member wa yang bagi nama sebab kami ada 12. masa tu budak lelaki yang sama form ngan kami pon ada geng gak. geng 15! mana ntah budak2 tu sekarang...

itukah akibat melawan arahan ustazah?

tiga....
bapak wa paling pantang kalau kami adik beradik gaduh pagi2. masa tu, aku darjah 4, kak aku atas aku darjah 6 dan kak atas kak atas aku form 5 kot. size kepala kami memang lebih kurang. sama juga dengan kaki. jadinya, bila masing2 nak cepat dan tak jumpa serkup dan stokin, mula lah ngaku yang ade kat depan mata milik masing2.

aku tak pasti salah siapa. yang pasti, serkup dan stokin kami hampir sama jenis. jadi agak keliru. tapi jauhari saja yang mengenal manikam kan?

bila dah berebut, mulut mestilah bising. dah tak peduli walaupun bapak ada kat rumah masa tu. dan wa, mengambil langkah keselamatan dengan cabut pergi sekolah dengan kadar yang segera untuk mengelakkan dari dimarahi bapak!

dan selalunya, wa terlepas. dan kak wa yang form 5 kena marah dengan bapak. sampai sekarang, kak wa masih ingat peristiwa tu. dan dia akan piat telinga wasebagai membalas apa yang bapak buat kat dia. sebab, wa yang selalu tibai stokin dan serkup dia. ahakz!

sampai sekarang, aku agak rimas kalau pagi2 dengar bunyi bising2 iaitu bunyi orang gaduh. ingat lagi pesan bapak wa...

"pagi-pagi, rezki datang. bila gaduh, rezki lari. bapak penat2 kerja cari rezki, korang kat rumah gaduh halau rezki"


empat....
raya hari tu, bapak wa beraya kat rumah kami, sambil bawa anak bininya....mula2 memang wa nak fikir positif. tapi, wa tak boleh la. rasa menyirap bila tengok bapak suap makanan kat anak dia!opps..anak dia, adik wa. huhu...kenyataan!

wa tak kesah, kalau adik wa tu sama rahim ngan wa. dah tu, wa dapat rasa yang budak perempuan tu cam saja je menunjuk kat wa yang bapak suap dia! bila dia lalu kat tepi aku, aku buat jelingan tajam+maut! geram dihati...

sebab dulu, bapak wa pon selalu suap kat wa. bapak wa selalu cium wa. bapak wa selalu usap2 badan wa. sebab bapak wa selalu ajak wa pergi medang. sebab bapak wa manjakan wa.

dan sekarang, wa tak boleh terima! bila wa ingat balik, macam nak kurung je budak perempuan tu dalam reban. sebab dia macam menunjuk. wa sayang bapak wa....arghh!

biaq wa ambil masa pujuk hati wa....wa ni kuat cemburu ke?
ye la...dah beso ni, takkan bapak wa nak suap wa lagi??
cumanya, wa tak rela sebab budak perempuan tu bukan anak mak wa. tak kisah kalau budak perempuan yang bapak wa suap tu adik perempuan wa iaitu anak mak wa gak...huaa....


khatimah....
dulu wa keraskan hati wa sampai wa tak kisah apa yang berlaku depan wa...wa tak nangis pon bila wa tengok mak wa nangis...wa tak nangis pon bila tengok cerita sedih kat tv...sebab wa nak jadi kuat!

tapi, sekarang, hati wa sangat sensitif. wa tak boleh tengok mak wa sedih. wa akan menangis bila tengok cerita sedih. dan wa kuat emo sekarang!

dulu, wa nak jadi lelaki.wa sanggup hadapi semua. lu orang percaya? wa pernah buat gaya superman masa naik moto...besst wooo...cam terbang...tu dulu...masa wa tak masuk sekolah menengah lagi...
wa buat apa yang budak laki buat. tapi, yang payahnya, wa kena pakai tudung bila keluar rumah. tu, yang tak jadi nak jadi cam lelaki. wa potong rambut pendek, wa pakai seluar pendek keluar rumah. masa tu darjah 3...aleh2, balik kena sebat ngan abang wa. tau dia cakap apa?

"mak tu miskin sangat ke sampai tak mampu beli tudung untuk ko??"

dan sekarang, kata2 tu masih terngiang2 dikepala otak wa...

dan abang wa yang tu gak pernah tegur tudung wa masa abes sekolah menegah dulu.

"masa sekolah, pakai tudung labuh, abes sekolah mana tudung2 ko?"

dan kini, dia ada juga menegur wa lagi...masa tu, kak wa promote tudung indon. tapi, tudung tu tak la kecik sangat. cumanya, bila wa pakai, akan nampak kecik la tudung tu. dan tak sempurna la pemakaian tudung wa. wa saje je nak test tudung tu. abang wa kata...

"ko dah tak boleh dah pakai tudung tu. ko kan dah back to basic. teruskan dengan tudung yang ko ade sekarang"

wa tersenyum...rupanya, abang wa yang sorang ni ambil berat gak kat wa...

ni abang wa yang sulung. first time wa cerita pasal dia kat sini. sebelum ni, abang yang wa maksudkan adalah abang wa yang ke 4.
dalam hidup ni, wa cuma ada 2 abang.(tak termasuk abang ipaq)

p/s:ok, done! wa nak p office sebelah. nak sapedeq!eh, betulkah?

hujan itu rahmat....~~


hujan itu rahmat...~~

pagi tadi tengah ondaway nak p keja, ujan...lebat, x la lebat...tapi, boleh buat baju aku ni diperah dan mengalir air2 rahmat tersebut...huhu...alang-alang basah, bek basah terus..tak yah nak stop kat tepi jalan untuk berteduh...ye dak?hehe...

semalam, nak balik pon ujan. gaya cam hujan lama....ni bukan hujan singgah. aku pon redah je ler...kalau nak tunggu sampai ke malam kot aku x balik. dan memang betul, hujan sampai ke malam.

selama beberapa hari, aku ditemani hujan...sedih rasanya....sorang-sorang kesejukan di jalanan...huhu...

hari ni sangat la kuyup. kenapalah time sejuk2 cam ni aircond tak rosak?tak ler kesejukan aku kat dalam ni...

semalam lupa nak cerita satu benda. lepas aku p nagoya, beli 'ubat demam' aku, aku jalan2 kat level bawah kat alam sentral ni. dan terpandang buah delima.

sebenarnya, aku dah lama kepingin makan buah delima. kalau tak silap, last sekali aku makan thn 2006.lama tu...masa kecik2, selalu gak makan buah delima ni sebab rumah makcik aku yanng sorang ni ada pokok dia. masa kecik2 aku selalu tidur rumah dia. jadinya, selalulah makan delima.

la ni, jarang kot p rumah dia. time p, delima baru nak berputik. memang tak de rezki aku nak makan delima tu. makcik aku pernah simpankan tok aku, tapi aku tak datang2 rumah dia.

dan semalam aku beli la sebiji. tau dak regenye berape?

RM5.90...



sebiji delima macam set makan tengah hari je kan...

nasib baik aku beli sebiji. jadi la...merasa gak... t kempunan lak...

la ni, sangat la tak larat...hidung tersumbat...baju kuyup...aircond lak, semenjak dibetulkan sebab rosak hari tu, makin beku lak aku rasa....nak matikan, t pe kata bos n mamat tu...

ari ni , office sebelah buat makan2...minggu ni memnag tak boleh nak puasa 6...ahakz!alasan semua tu. yelah...kalo ade jemputan kita WAJIB penuhi.

khamis ni plak, office client bos buat jamuan gak. dan bos ajak aku sekali join...

'khamis ni kita bertiga ok...awak sahkan kehadiran untuk 3 orang'

ok bos....agak terkedu, malunya! segannya! boleh tak aku nak MC ari khamis tu?
sangat la segan nak p.....tolong!

Monday, September 27, 2010

open house+demam

salam mawaddah...

sudah tentu weekend yang lepas masing2 dapat makan free. ramai manusia bertungkus lumus menyediakan rumah terbuka untuk jemputan para sahabat dan saudara mara.

dan aku, tak terkecuali untuk menjadi tetamu disalah sebuah rumah terbuka. hari sabtu, pergi wangsa maju. banyak betul plan sebenaqnya, tapi banyak yang tak menjadi.

DIA lah sebaik-baik PERANCANG....

plan nak p rumah member kat wangsa maju, then p rumah member kat semenyih pastu singgah rumah abang aku kat semenyih nak jenguk kak ipaq yang baru bersalin. dan merancang untuk pergi bersama seorang kawan.

tetapi, kawan aku tu kena jaga makcik nya yang kena strok dan tak boleh ikut aku sama. dan aku pergi ke wangsa maju bersendirian ditemani oleh motor ku. huhu...
ALHAMDULILLAH...tak sesat walaupun baru 1st time datang situ bersendirian. cumanya, agak tak laju aku bawak motor sebab tak tau jalan sangat. sampai rumah member, ujan pon turun. sampailah ke petang.

nak balik petang tu, tapi lorong rumah dia buat open house dan pasang kemah.dan sangatlah malu untuk lalu kat depan tu. tunggulah sampai lepas maghrib, sebab dorang alihkan meja dan bolehlah aku lalu.huhu...

malam tu balik sambil kebasahan sebab hujan renyai2. esok, ahad pagi ada jamuan raya ISMA, tapi tak dapat nak p sebab aku dah demam. huhu...melepas makan daging kambing. aku dok rumah kak aku sepanjang hari tu. kak aku pon p open house rumah kawan2 dia dan aku tak larat nak join.

sangat sorry kat kawan kat semenyih sebab tak jadi nak datang. dia cam merajuk je sebab sms aku tak dibalasnya. nak buat camne. petang tu pon ujan, tak dapat nak p rumah dia.

ari ni p CCM, buat e-info. sambil2 singgah ke nagoya textile. dapatlah baju sepasang...hehe...my ubat demam...

dan esok, bermula pesta buku kat uitm. kepada student uitm shah alam datang la ke booth telaga biru di pesta buku di menara. hari jumaat time orang p solat jumaat akan ku muncul disitu...!

Thursday, September 23, 2010

one more nephew!

ehm...baru dapat anak buah lagi kelmarin. baby boy plak. yang hari tu baby girl. dah tembam dah si ain sofia. lain bebenor dengan muka baru 2 minggu. la ni dah 2 bln. almost!

dan kelahiran bertambahnya anak buah aku menjadi 20. actually, tak cukup bulan pon. due awl bln 12. baby baru 7 bln dalam kandungan masa deliver. tak dapat nak tengok sebab baby dalam kaca.

agak terkejut, masa kak ipaq sms semalam yang baby dah lahir. awat cepat sangat? ye lah, dah babynak keluar awei, bior ler. die tak nak nyusahkan mak nya lama2 dalam perut. itulah kata2 mak aku bila aku tanya benda tu.

kak ipaq aku kata, dia tak sempat nak beli pape pon utk baby. die plan nak buat sendiri tali barut utk baby. tapi, cepat sangat keluarnye. dia minta adik dia belikan semua barang2 baby. sebab adik perempuan dia dok dekat ngan dia. kalo suruh abang aku, gerenti dia beli yang mahal dan tak cantik. tu kak aku yang kata.hehe...biasalah...lelaki...

semalam, aku sembang ngan kak aku yang aku dok umah dia la ni.

aku:entah2, ko pon bersalin awal gak. due awal bln 1 kan?kena la jaga2 bln depan.
kak:ko jangan. aku tak beli pape langsung ni.
aku:hehe...(menyengih). teringat yang kak ipaq pon tak prepare barang2 baby masa baby keluar tempoh hari.

biasanya, anak pertama dah semangat beli barang2 since baby baru 2 bln dalam perut.
teruja la kata kan. bila masuk anak 2, 3 danseterusnya, keterujaan tu MUNGKIN berunsur hilang. kalau anak no 2 tak jauh dengan anak pertama, sudah tentu guna yang anak sulung punya. sebab elok lagi.

tapi, keterujaan tu akan datang semula jika yang dilahirkan itu adalah anak perempuan setelah mempunyai 3 orang anak lelaki sebelumnya.

kak aku yang ke dua teringin benar nak anak perempuan. anaknya yang 3 orang semua lelaki. bukan tak bersyukur, tapi teringin juga rasanya nak dodoikan anak perempuan. alhamdulillah, doanya diterima. kelahiran anaknya yang perempuan disambut lebih dr biasa. semua barang adalah pink. dan aku turut merasa keterujaan itu sebab kami turut kepingin nak anak buah perempuan. setakat ni, dalam 20 orang cucu mak aku, 6 orang je perempuan.

dibelikan kalung dan rantai. tapi, sayang anaknya tu tak nak pakai. rimas mungkin. jimatlah duit kak aku. huhu....

kak aku yang keenam plak nak sangat anak lagi setelah 4 tahun lahirnya anaknya yang sulung. mcam2 dah usaha. tapi, tak berhasil. tapi, dia setia berdoa dan menunggu. siap tanya aku doa apa yang patut dibaca. gaya, macam aku ni dah kahwin dan berpengalaman lak. huhu

alhamdulillah, thn lepas dia melahirkan baby girl dengan selamat. dan thn ni juga. lihat! betapa ALLAh maha pemurah. dimintanya satu, tapi dikurniakan 2 baby dalam masa 2 thn. alhamdulillah....

sama kes gak ngan kak ipaq aku yang baru bersalin ni. lagi lama penantian dia untuk mendapatkan baby yang ke 3. anak no 2 umur 8 thn, baru dia dapat anak yang ke tiga. tahun lepas, dia dapat baby boy. thn ni juga...hehe

mak aku kata, kalo orang mengandung ni, dia boleh berjangkit. maksudnya, bila kak aku yang kedua tu mengandung, kak aku yang ke enam turut mengandung dan kak ipaq aku menyusul. kemudian, kak aku yang ketiga. hehe...kak aku yang kelima, katanya macam ada tanda2 sebab dah sebulan tak datang bulan. yang ni pon teringin nak anak perempan sebab setakat ni, 3 orang anaknya lelaki.

insyaALLAH...ada rezki, dapat la tu. yang pasti, anak buah aku paling tua dah 13 thn, dan paling muda 3 hari. hampir setiap thn, ada tangisan bayi dalam rumah kami.
mak tak sabar nak tunggu cucu2 nya besor...lagi2 yang bujang....huhu...abes la korang, nanti embah suruh korang ngait kelapa sawit kat belakng rumah embah. hehe...

paling pening, bila semuanya berkumpul. adoaii...mau lunyai makcik2 dorang yang tak kahwin lagi ni. sorang nak susu, sorang nangis, sorang ajak pergi kedai. ngan mak bapak dorang, dorang tak mau. nagn makcik n pakcik dorang ni la yang dorang tuju. huhu....

untuk itu, bagi mereka yang sudah berkahwin tetapi belum dikurniakan anak, bersabarlah. teruskan berdoa dan berusaha. moga ada rezki utk kalian.

bagi mereka yang belum berkahwin tetapi mempunyai anak, bertaubatlah..teruskan beristghfar dan berdoa. dan jangan sesekali disiksa anak itu dengan meletakkannya di tepi tong sampah, atau masjid atau tepi jalan. bantulah anak2 itu untuk hidup. kerna mereka tak berdosa. moga, taubatmu diterima ALLAH...

semalam masa aku call kak ipaq aku...

aku:dah cari nama ke utk baby boy ni?
kak ipaq:belum la...mana ada prepare nama lagi. ingt perempuan yang keluar...
aku:xpe la. laki ke perempuan tak kisah. asal sihat dan selamat.
kak ipaq:tu la. tak kisah pon dapat laki. tapi tak cari nama lagi. hari tu, cari nama utk perempuan...
aku: letak nama aidilfitri...hehe
kak ipaq:kalo mohd syawal fitri ok x?
aku:ok jer...asal nama elok maksudnya...
kak ipaq:balqis(anak sulung) cadang letak nama mohd zahir batin.
aku:haha...xde nama lain ke nak diletaknya. mentang2 lahir bulan raya.

...sampai sekarang aku tergelak dengan nama mohd zahir batin. kepada sesiapa yang mempunyai nama yang sama, minta maaf ye....:)

p/s:banyak yang kita boleh belajar dari anak kecil. fikiran mereka suci. sedang kita?

Tuesday, September 21, 2010

laju ke aku bawak motor?



semalam adalah hari pertama mula kerja setelah hampir 2 minggu cuti raya...ahad, pergi beraya rumah member kat cheras n pj. oleh kerana dah malam aku pon tidur kat rumah member kat cheras sebab dia tak bagi aku balik. aku ok je kalau balik malam. tapi, dia kata bahayo...

yolah...aku pon tidur umah dia. esok paginya, ingat nak terus pergi kerja. tapi, cheque untuk bayar bil tertinggal plak kat rumah kak aku. aku pon balik rumah kak aku n terus p keja. kelajuan yang maksima tika aku naik motor sebab agak terlambat nak pergi kerja. cheras ke puncak alam aku mengambil masa lebih kurang setengah jam. hehe...agak laju aku naik motor.

dari rumah kak aku kat puncak alam utk terus pergi kerja kat worldwide ni, ade la selisih ngan 2 orang mamat yang bonceng naik LC biru putih; JMA...nombor aku tak ingat....aku potong dia, dia potong aku. dan aku potong dia balik. sudah tentu aku yang kat depan sebab wpun motor aku 125cc je...tapi, dia ada bawak member dia kat belakang. dan beban tersebut akan melambatkan pergerakan walaupun motor dia 135cc.

time traffic light, aku menyelit. dan dia juga turut menyelit. aku terfikir, dia nak race ngan aku ker? oleh kerana aku memang dah terlambat nak masuk office, aku punya kelajuan boleh menyebabkan perjalanan setengah jam menjadi 15 minit. dan sangat beruntung pada pagi itu sebab traffic light banyak hijau dari merah.

mamat tu still cuba nak memotong aku. walaupun kadang2 berjaya, tapi aku masih kat depan dia. sampai kat simpang tesco extra, aku pon belok sebab tu jalan shortcut nak p tempat kerja. mamat tu hon aku. masa aku menoleh, dia tunjukkan thumbs up kat aku.

aku pon balas ler..walaupun agak pelik...adakah tu maksudnya dia nak ucap tahniah sebab aku menang race dengan dia?hehe...

aku hanya bawak laju tika aku terlewat untuk sampai ke destinasi. tapi, member aku kata aku bawak motor maam pelesit. tapi, bagi aku, biasa je aku bawak. ke dorang yang bawak motor jenis lambat.

dan pagi tadi, ingat nak singgah RHB kat seksyen 9 nak tunaikan cheque. punyalah awal aku keluar rumah sebab benda ni. rupanya RHB bukak pukul 9.15. masa tu baru 8.40. jenuh plak nak nunggu, time rehat je la aku p nanti. masa aku pakai helmet, ada sorang mamat ni tanya aku..

"dik, awak kerja kat dalam ni ye?" sambil tangannya menunjuk kearah DOMINOS pizza...

mestilah tak...muka aku ada macam minah pizza ke? lagi satu, mana ada pekerja dominos pizza pakai baju kurung. sabo je la.......

semalam office aku 'banjir'....sebab aircond tak idup. kami kepanasan kat dalam office. dah la kipas satu je, kena kongsi ngan 3 orang. bos aku kol 4 dah cabut sebab tak tahan panas. dan paling best, bos aku bagi aku balik awal. hehe....

tapi, segan plak nak balik awal. dah la pagi tu kantoi aku masuk lambat. sebab masuk je office, lampu dah terpasang. and aku tengok laptop bos pon terpasang. bos tu masuk dulu dari aku.

plus, mamat tu pon tak balik lagi. takan aku nak balik dulu kan...huhu....

ari ni kepanasan lagi sebab aircond still tak berfungsi walau dah berkali aku call maintenance...sabo je la.....~~

aku ni jenis gelabah bila orang perhatikan aku buat kerja. semalam mencari satu dokumen clients ni...aku rasa mamat tu ada amek. tapi, dia kata tak de kat dia. dan kat aku pon memang tak de. masa aku mencari dan selongkar semua fail, bos ngan mamat tu ada kat depan aku lagilah gelabah aku nak cari. tbe2 teringat setiap fax atau surat yang aku terima aku ade buat copy kat file admin. perghh...nasib baik ade...sabo je ler....

balik rumah rasa penat giler. walhal tadi tak ler banyak kerja yangaku buat. mungkin sebab dah lama cuti kot...tak sampi kol 10 aku dah tumbang depan tv. nasib baik kak aku kejut suruh tidur atas. kalau x, paginya sakit badan la sebab tidur sambil duduk...huhu

Friday, September 17, 2010

bangunlah dari kekecewaan!

Malu itu sinonim dengan perempuan. Namun, kebelakangan ini sifat malu itu semakin luntur dan pudar dalam kalangan diri perempuan itu. Dan kerana malu yang amat menebal dalam diri ini, sudah keberapa kali agaknya hati ini kecewa. Kecewa kerna tak dapat memiliki apa yang dihajati. Sedih kerna bukan aku yang menjadi pemilik dia. Namun, aku yakin kecewa itu pasti akan disulami bahagia satu hari nanti.

Kadang kita tak sedar, dalam diam kita telah mengecewakan hati orang sekeliling. Terlalu banyak hati-hati yang terluka dek kerana kata-kata yang meluncur dari lidah yang menikam jiwa. Tanpa kita sedari, hati-hati itu menangis hiba dengan sikap kita yang biadap. Alangkah kasihan nya hati-hati itu. Untuk itu, maafkanlah semua untuk mendapatkan kemaafan dari semua.

Walau hati ini kecewa, tapi jiwa dan iman ini masih kuat. Kuat agar tidak melayani perasaan kecewa yang kadang kala membawa kehancuran jasad dan amal kadang, kerna kecewa yang terlalu tinggi agama sanggup diketepikan. Dimana letaknya akal? Dimana nilainya amal? Dimana kesungguhan taqwa?

Jangan kerana suami mu curang, kau sanggup mempunyai keinginan bunuh diri kerana kecewa dengan sikap suami mu. Punahlah amalan seumur hidupmu andai membunuh dirimu adalah cara terbaik yang kau fikir untuk mengubati kecewamu. Suami hanya pinjaman dari ALLAH. Bila-bila masa saja Dia akan mengambilnya semula. Tak kira, Dia mengambilnya dari mu tika suami mu masih hidup atau sudah meninggal dunia. Sebelum mendapatkannya, kita harus bersedia untuk menerima. Menerima ketentuan yang suami kita bukan selamanya disamping kita. Tapi, selama amna dia berada dengan kita, hargai pinjaman itu dengan meningkatkan amal dan melakar kenangan indah.

Kita juga tak perlu dan tak sepatutnya mengecewakan hati-hati yang lain hanya kerna mengikut hawa nafsu yang melulu. Kadang, kita perlu korban perasaan kita demi bahagia yang sedia ada menjadi milik orang lain. Memang adakalanya sukar untuk menolak rasa hati. Kita damba bahagia bukan atas kekecewaan orang lain.

Tegarkah kita membina bahagia dlama rumahtngga atas keruntuhan rumah tangga orang lain? Mungkin hari ini kita juara, tapi satu hari pasti kita tewas dalam memperjuangkan bahagia yang kita bina atas ketamakan diri. Beralah tak semestinya kalah. Yakinlah wahai dir, Dia Maha Adil. Derita hari ini adalah untuk bahagia hari esok. Kerna, bukan setiap hari yang kita lalui adalah hari-hari yang penuh bahagia. Dan bukan pula detik yang kita lalui adalah detik yang paling sukar.

Walau hati ini belum dimiliki, tapi tak lari dari rasa ingin memiliki. Hati ini ingin memiliki cinta Nya yang agung. Namun perlu menolak cinta palsu yang indah dalam pandangan mata namun menyiksa jiwa. Dalam sibuk mengejar cinta dunia, kadang leka dan lalai dalam mengejar cinta Khalik.

Aku bukanlah mencari kesempurnaan, tapi aku cuba untuk mencintai kekurangan dia. Walau mata ingin yang indah. Walau nafsu ingin yang sempurna. Tapi, yang indah itu bukan lah selamanya. Yang sempurna itu bukanlah matlamat. Kerna bahagia di negeri abadi itulah tujuan.

Mungkin hari ini, aku gagal memiliki dia. Tika harapan baru ku bina, tika impian baru ku anyam. Kerna aku yakin dan pasti yang dia bukan dicipta untuk menjadi pendampingku. Kerna aku masih perlu memantapkan iman untuk mendapatkan dia. Kerna aku perlu meningkatkan jati diri untuk menjadi pendamping dia. Dan sudah tentu dia yang tercipta untukku belum lagi sampai waktunya untuk menjadi milikku. Kerna Dia yang mengetahui segalanya. Sedang aku hanya mengharap sambil hati tak penat dalam beramal. Ku impi agar dia bahagia bersama hidupnya. Kerna bahagia itu turut membahagiakanku.


Kekecewaan ini, biarlah terus berlalu…

Agar kegembiraan akan datang menggamitku…

Sedang detik itu tidak pernah jemu…

Belajarlah erti hidup…

Untuk saat yang lebih bererti….

Biarlah jiwa ini mengejar cintaNya….

Walau hati selalu terleka…

Walau jiwa sentiasa terlalai…

Kerna yang sempurna itu bukan aku…

Kerna yang bahagia itu bukan selamanya milikku…

Aku menjadi kuat atas kekalahan…

Aku menjadi riang atas kedukaan…

Aku menjadi baik atas kejahilan…

Selagi mana ruang ini menjadi milikku…

Selama mana peluang ini di genggamanku…

Pasti aku akan baiki diri…

Pasti aku akan mencari cinta sejati…

Ya Rabb!

Redhailah hati ini…

Dekatkan jiwa ini dengan zat Mu…

Rapatkan jasad ini di ruang Mu…

Ingin rasanya aku perbaiki iman…

Namun, pujian kadang kala melemahkan…

Ingin rasanya aku mantapkan taqwa…

Namun, hasutan itu lebih ku turutkan…

Moga kecewa hari ini terubat dengan hari esok yang lebih bermakna…



Thursday, September 16, 2010

ikan masin...

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi... MaAf ZaHiR DaN BaTiN...

masih dalam mood raya. tapi, tekak ini dah teringin makanan biasa selain rendang, kuah kacang dan sebagainya....huhu

hari ni member sekolah sabak datang beraya rumah. dan mestilah rendang, ketupat semua dah habis time raye dah masuk hari ketujuh...huhu...

oleh kerana depa datang tengah hari, mesti depa agak laparkan nasi.
dan oleh kerana, kat peti ais rumah macam tak banyak je lauk, aku pon hidangkan la makanan yang simple gile..

ayam masak merah, yang mak aku masak. sayur campur dan ikan masin. agak berselera kawan2 aku makan. aku say sorry kat dorang sebab bagi ikan masin. tapi, depa kata ni la yang sedap, sebab dah berapa lama tak jumpa ikan masin. hehe....

kitorang kat rumah ni pon, lagi berselera bila ada ikan masin. sebab yang simple tu kadang lebih sedap dan menyelerakan...

dah dua hari pergi beraya sampai malam. sangat penat, tapi best...dapat jumpa member lama..
semoga ukhwah kita akan terus mekar mewangi...

dan semalam p bukit cerakah...agak sengal la kitorang ni sebab beraya kat hutan...hehe...










Tuesday, September 7, 2010

yang ku cari...

aku mencari lelaki beriman akhir zaman bukan untuk ku jadikan suami semata...
hanya untuk memastikan masih ada lagi harapan untukku hidup dalam suasana mawaddah...

aku ingin menjadi wanita beriman akhir zaman bukan untuk semata diriku...
tetapi juga untuk memastikan bahawa generasi yang lahir dari rahim ini nanti akan tenang dalam suasana rahmah...

mampukah aku? mampukah kau? mampukah mereka?

wanita fitnah terbesar dunia. lelaki tinggi mana pun iman mereka, andai mereka tak kuat untuk mepertahankannya pasti tersungkur hanya kerana wanita. disebabkan itu, hiasan yang ada pada wanita yang bisa menggoyah iman adam harus ditutup dengan rapi.

namun, hati hawa itu kadang tak mampu untuk menidakkan keinginan menunjukkan hiasan indah itu untuk tatapan semua. serasanya ingin semua adam memuji kecantikan diri hawa ini. manakan tidak, adam dirumah juga seakan merelakan keinginan tersebut tanpa menegur dan melarang cara pemakaian hawa itu yang bisa membuat hati adam diluar itu cair seperti coklat dalam mulut cair dan mengasyikkan...

sungguh tinggi tahap kedayusan adam-adam yang membiarkan hawa mereka menjadi tatapan umum semua lapisan masyarakat. dan hawa it terus menerus membiarkan dirinya dijamah mata-mata nakal para adam yang tiada sedikit pun memiliki hak itu.

ah hawa! dimana letaknya malumu? semua tentang dosa dan pahala kau sudah tahu. rasul kita sudah meninggalkan kita lebih seribu tahun lebih. islam sudah tersebar diseluruh dunia. tapi kenapa keadaan mu seperti tidak pernah mengenal islam? tinggikanlah rasa malumu itu. tutuplah hiasan mu. kerna, yang layak hanya adam yang telah menerima nikah dari walimu. bukan sebarangan adam!

ah adam! dimana letaknya kekuatanmu ntuk melindungi hawa mu? lindungilah hawamu itu dari siksa neraka dan kepanasan azab Tuhan mu. kerna, kau juga tutur akan terseret kelembah sengsara itu. tegaslah tika kau mendidik hawamu! ceritakan pada mereka azab melanggar perintah Tuhanmu. sayangilah mereka sepenuh jiwamu.

dunia! makin menuju kehancuran. bertambahnya siksa dan ujian bagi para adam dan hawa yang mendambakan cintaNya. hawa yang ingin meninggikan malunya dengan memakai burqa juga turut dicerca malah dihalang serta didenda. adam yang ingin membawa hawa mereka ke jalan yang terang turut disindir dan dilawan oleh hawa mereka. alangkah susahnya ingin membuat kebaikan.

tapi, yakinlah wahai adam dan hawa yang beriman akhir zaman! andai hati mu terusan yakin dengan janji Nya, pasti syurgalah milikmu kelak. pasti rahmah Nya akan turun mewarnai hidupmu di negeri abadi kelak.

dunia! nikmatnya tidak terkata. syurga dunia hanya untuk mereka yang ingin mendamba keindahan dunia yang tiada kekalnya. sibuk mengejar harta dan pangkat tanpa mempedulikan siapa mereka. yang dia tahu hanyalah bagaimana ingin menjadikan RM1 menjadi RM100. tidakkah mereka sedar, sutera dan emas yang mereka sadurkan ditubuh mereka akan menjadi milik orang lain tika jasad dan nyawa tak bersatu?

igatlah wahai pengejar harta dunia! tiada gunanya, wajah yang cantik dan emas yang berkilo kerna akhirnya kita kembali kepada Pencipta hanya dengan kain kapan.

carilah harta sebanyak mana yang kau suka!
tapi, gunakanlah harta yang kau ada untuk menambahkan keimanan. bukan untuk meingkatkan tahap kekufuran!

yang ku cari...redha Ilahi...
walau kadang hati penat mencari...

yang ku cari...lelaki sejati...
walau kadang aku gagal menjadi wanita sejati...

yang ku cari...bekalan selepas mati...
walau kadang harta dunia juga yang ku impi..

yang ku cari...ketenangan hati...
walau kadang dosa itu mengabui pandangan nurani...


Friday, September 3, 2010

raye dulu dan sekarang...

dulu,
2 minggu sebelum raya dah mula cuti sekolah...

sekarang,
2 hari sebelum raya baru dapat cuti...

dulu,
dapat duit raya syiling lagi banyak dari duit kertas...

sekarang,
dapat duit raya kertas lagi banyak dari syiling....

dulu,
duit raya dalam tisu yang dilipat atau guna kertas bunga..

sekarang,
duit raya dalam sampul yang bercorak-corak...

dulu,
pergi baraan satu kampung dengan kawan-kawan...

sekarang,
pergi baraan rumah member2 yang kenal je...

dulu,
rumah jiran depan, jiran belakang semua jelajah...
banyak kali pulak tu datang beraya...

sekarang,
pergi beraya rumah jiran poh dah jarang..
(segan kot...dah beso2 ni...anak2 jiran semua bujang2...yang makcik pakcik plak dah tak de...huhu)

dulu,
tak sabo rasanya dapat duit raya dari kakak dan abang...

sekarang,
anak2 abang dan kakak aku yang tak sabo dapat duit raya dari aku...
(pokai makcik...huhu)

dulu,
aku tolong kakak dan mak buat kuih raya...

sekarang,
anak-anak buah aku tolong aku buat kuih raya...

dulu,
aku yang kena basuh tingkap dan kemas rumah...

sekarang,
adik-adik ngan anak buah aku la...
depa semua dah beso2...

dulu,
sibuk bagi kad raya kat kawan2...

sekarang,
sibuk taip sms raya kat kawan-kawan...

dulu,
tampal kad raya kat dinding rumah...

sekarang,
mestilah tak...kad raya tak banyak...orang bagi sms je...

dulu,
pagi raya kami beraya kat pasaraya....

sekarang,
dah tinggal kenangan semua tu...

dulu,
aku paling tak sabo nak beraya...

sekarang,
aku paling sedih bila ramadhan dah nak pergi...

dulu,
kakak2 aku yang belikan baju raya untuk aku...

sekarang,
aku yang belikan baju raya untuk anak2 kakak aku...
(anak buah perempuan je...yang laki, tak larat nak belikan...pokai...huhu)

dulu,
mengayam ketupat berbakul-bakul...

sekarang,
tak sampai sebakul pon...guna yang ready made...huhu

dulu,
sembelih ayam kampung nak buat rendang...
punyalah jenuh nak tangkap ayam malam-malam...

sekarang,
beli ayam kat pasar je...huhu

dulu,
aku ikot mak baraan satu kampung....

sekarang,
aku tunggu baraan orang kampung datang rumah...

dulu,
dapat kumpul satu family bila raya pertama...

sekarang,
raya kedua dan ketiga lagi meriah dari raya pertama...
yelah...masing2 dah ada mertua...

dulu,
abah bagi duit raya kat anak-anak...

sekarang,
anak-anak bagi duit raya kat abah...

dulu,
satu keluarga pergi beraya rumah sedara...

sekarang,
asing-asing pergi rumah sedara....
ye lah...dah tak dapat kumpul sama2...

dulu,
paling gembira bila dengar takbir raya...

sekarang,
syahdu rasanya bila dengar takbir raya...
adakah sempat jumpa ramadhan yang akan datang?

dulu,
pergi baraan rumah member2 naik basikal....

sekarang,
pergi baraan naik kereta....

dulu,
malam raya puas main mercun dan bunga api...

sekarang,
masih lagi puas main mecun dan bunga api...

dulu,
aku rindukan kenangan raya dulu...
seronoknya....bila diingat lagi..

sekarang,
aku masih berharap agar aku dapat lagi beraya tahun depan...
kerna aku masih ingin bersama ramadhan...~~

p/s:thanks bos bagi duit raya....:)

kau dan aku tiada hak...

percayalah...ALLAH berada di atas sangkaan hamba-hambaNya...



dari hari ke hari, umur kita meningkat. bagaimana dengan amalan?

adakah ianya meningkat seiring dengan peningkatan umur?

adakah ianya lebih baik selari dengan taqwa?



amat susah rasanya membuang prasangka buruk. syaitan itu sentiasa ada untuk menggoda manusia. oh! buruknya..lalu, bila hati bersangka buruk, mulalah jiwa rosak, dan iman semakin rapuh. hampir 100% sangkaan buruk itu tak benar sebenarnya. lagi rosak bila sangkaan itu diceritakan kepada yang lain dan akhirnya terjadilah fitnah.



"Fitnah itu lebih berbahaya dari membunuh!"



MHI tv3 pagi tadi ada slot tentang buku yang dihasilkan oleh seorang wanita. aku tak berapa ingat namanya dan tajuk bukunya sebab aku tak tengok dari awal. buku tu menceritakan tentang indahnya hidup tanpa derita. (kalau tak silap)



bercerita tentang krisis dan konflik rumahtangga. penulis tu kata, kebanyakan kes rumahtangga yang bermasalah adalah kerana prasangka. see!



minah yang aku pernah cerita kat entry yang ini pagi tadi call aku. dia kata, since suami dia ada hubungan dengan perempuan lain, dia dah tak percaya langsung dengan suaminya. setiap kali apa yang suaminya buat, pasti dia akan bersangka yang bukan. na'uzubillahi min zalik...



aku minta dia istighfar..apa guna sesebuah perhubungan itu andai tiada rasa percaya? dia benci lelaki since apa yang terjadi pada dia yakni ayah dia kahwin lain dan kini suaminya pula. sedih hati dia.

aku turut sedih. tapi, percayalah! jangan letak tanggungjawab itu untuk semua lelaki. tak semua lelaki macam tu...(eh, aku ni cam sebelahkan lelaki kan??huhu)

lelaki itu bersalah pada dia saja! apa kaitan dengan aku?apa hak aku untuk turut membencinya?
apa hak aku untuk turut menyalahkan dia?

begitu jugalah...bila seorang perempuan buat salah kat kau lelaki!
jangan kau salahkan perempuan lain hanya kerana perempuan itu. jangan kau terus letak ketidakkepercayaan kau pada semua perempuan. kerna kau tak ada hak untuk itu!

jadinya, kerna sebab itu jangan kerna kesalahan seseorang, semua orang kau nak salahkan....

pendek kata, kita tak ada hak untuk menyalahkan lain atas kesalahan dia pada orang lain...

ingat sekali lagi, PENCERAIAN adalah perkara halal yang paling DIBENCI ALLAH...