Sunday, October 31, 2010

bukan untuk menggoda

kita berjalan bersama
walau tak seiring

solat zuhur bersama
walau tak berjemaah

menuju ke destinasi yang sama
walau tak sehaluan

pernah pergi makan bersama
walau tak duduk semeja

meminati lagu yang sama
walau tak perasan

memakai baju warna sama
walau tak sepadan

mempunyai cita rasa yang sama
walau tak semua

itu semua adalah kita
namun mengapa masih ada
rasa yang tak puas hati dalam jiwa?
katakan jika aku adalah punca
jangan kau bermuram durja
dibelakang menghamburkan kata-kata
terus terang saja
agar aku ketahui semua
apa yang lebih apa yang tiada

datanglah padaku
bukan untuk menggodamu
apatah lagi menambah dosamu
berceritalah dengan ku
kerna ku ingin mengetahui sesuatu
tentang dirimu dan hidupmu

kita buat seperti biasa
kerna memang tiada
yang istimewa antara kita
agar hidup kita ceria
berkongsi suka dan duka
walau tak semua

Saturday, October 30, 2010

cerpen : ko tetap dalam angan ku!

cinta tak semesti bersatu. menitis air mata ris bila menonton cerita "salah pecaturan" kat tv 2 malam tadi. teringat kat kat cinta lama dia dengan man.

dia mula mengenali man sejak habis sekolah. man pemuda budiman yang pernah dia jumpa. hanya kawan je. teman tapi mesra. man pasti akan ingat birthday ris. cumanya, ris je kadang2 lupa bila birthday man. time man call ingatkan, baru ris nak wish,. banyak sangat yang ris fikir.

hubungan mereka selama ni hanya belandaskan kawan semata. man selalu ada waktu ris memerlukan pertolongan. pernah satu hari handphone ris hilang. dia ngadu pada man.

ris: man, handphone aku hilang.
man:kesian ko. guna la handphone aku dulu. aku ada 2 handphone.

ris sangat senang untuk bercerita dengan man berbanding lelaki lain, sebab, man tak pernah hampakan ris. tapi, ris tak la guna handphone man. sebab dia hanya ingin bercerita kegundahan hati.

masa besday ris yang ke 20, man bagi hadiah music box.. sangat comel, dan ris sangat terharu. tapi, agak cemburu bila man kata,

"music box ni aku p beli ngan adik angkat aku. aku ni mana la reti nak beli barang pompuan"

cis! adik angkat dia tu perempuan. jeles di jauh sudut hati ris membuak. tapi, apa hak ris untuk menyatakan kejelesan dia. sedang, antara dia dan man hanya lah kawan. kawan ok!

bila ris bosan, dia akan memainkan music box itu. music box tu sangat la comel. ada bear dan bekas letak pensil di tepinya. dan music box itu berwarna putih dan pink.

mereka saling berhbung melalui sms. walaupun bukan selalu macam orang yang bercinta, tetapi mereka sentiasa mengetahui perkembangan masing-masing.

pernah satu masa dulu, masa mereka mula-mula kawan, handphone ris hilang. dan terputus hubungan dengan man agak lama. sampailah satu hari, dia dapat panggilan dari satu nombor yang dia tak kenal.

man:hello, ni ris eh.
ris:ye saye.
man:ris, aku la...man. mana ko menghilang?
ris:eh, ris...lama tak dengar cerite. handphone aku hilang la. mana ko dpaat nombor aku?
man:aku pi mintak kat siti. nasib hari tu ada jumpa dia.
ris:owh....

sejak itu, ris sedar yang man seolah ada hati dengan ris. tapi, ris buat biasa je. sebab dia tau, tak elok bercinta sebelum kahwin ni.

dan sejak tu juga, ris menghafal nombor telefon man.

lagipun, bagi ris, man adalah lelaki yang budiman. tak sanggup rasanya nak jatuhkan sifat budiman dan beriman pada man dengan melanggar hukum.

bagi ris, kalau sayang kat seseorang, dia takkan biarkan orang itu makin jauh dari Tuhan. Ris sedar perasaan sayang dia pada man tak boleh keterlaluan. ingin rasanya, ris nak melamar man. tapi, malu lah pulak.

pernah satu hari, man beritahu.

"malu la nak kawan ngan ko. ko ada iijazah. aku, ape ada. dah la kerja kilang je."

hek eleh mamat ni! aku tak kisahlah. asal ko beriman dna boleh bimbing aku. dah kira cukup. yang penting ko ikhlas sayang aku.

masa raya 4 tahun lepas, ris beraya ke rumah man. ris bawak 3 orang kawan dia. malu kot. mana lah tahu, tu bakal mak mertua. kui kui kui.

mak man menceritakan sesuatu yang ris tak pernah tahu.

"man ni dulu masa lepas spm dapat tawaran pergi upm. tapi, dia tak nak. dia nak ambil kemahiran ka giat mara. dia lagi minat buat kerja macam ni"

baru ris tahu. habis selama ni, man merendah diri masa ris sambung ijazah dulu, kenapa? man pun bukan la teruk mana. kalau dia sambung kat UPM, dah tentu sama level dah dengan ris.

tapi, ris tak kisah. kawan bukan mengenal status atau pangkat. yang penting hati.

masa birhday ris yang ke 21, man mintak ukuran baju kat ris. ris sangat la malu nak bagi. ye lah, sebab man kata dia nak bagi hadiah baju kurung. banyak kali ris mengelak, tapi man setia nak minta.

last-last, ris bagi juga. dan seminggu lepas tu, man kata nak jumpa. man bagi ris baju kurung warna maroon kat ris. ris sangatlah terharu. first time dapat hadiah baju dari member.

mak man yang jahitkan baju tu. tapi, kali ni ris tak jeles macam tahun lepas. sebab, man kata...

"baju ni, adik aku yang pilihkan. ok ke tak?"

"eh, ok. cantik sangat. mak ko pulak pandai jahit. kemas jahitannya"

"nak belajar ngan mak aku, kena la jadi menantu dia dulu"

ris terkedu. dibuang perasaan yang terbuai itu. man tak pernah ambil kesempatan kat ris. dan mereka tak pernah jumpa atau keluar berdua pergi makan atau tengok wayang. kalau jumpa pon, sekadar nak bagi barang. itu je. jumpa atas motor.

kadang-kadang, bila balik kampung, man ajak ris balik sekali. tapi, man naik motor dia. ris naik motor ris. dan ris follow dari belakang. dan mereka akan berpisah disatu simpang. sebab jumpa rumah ris dulu baru man.

tapi, tak la selalu. boleh kira dengan jari berapa kali je. ris tak nak melayan sangat perasaan. cuma dia harap, agar man jadi pemimpin hidup dia satu hari nanti. sebab man sangat sederhana. dan sangat rajin mencari duit lebih. man rajin buat OT. kadang dia buat kerja kat kampung.

itu bukan menjadi persoalannya. yang buat ris rasa respect kat man, bila man menceritakan sesuatu tentang kisah silam dia.

"dulu, masa kat giat mara, aku ada kenal sorang awek ni. pastu couple kejap."

"kenapa putus?"

"sebab satu hari, aku nampak dia naik motor dengan lelaki lain. aku bengang giler."

"kenapa pulak?"

"seumur hidup aku, aku tak pernah bonceng perempuan kat motor selain mak ngan adik perempuan aku. lepas je aku nampak dia macam tu, aku tak rasa aku leh teruskan dengan dia."

"owh...abes, lepas tu, ada lagi tak awek?"

"tak ade. aku couple ngan dia dulu pon, sebab kawan aku bising ngan aku sebab aku tak ade awek. kami tak macam couple pon. bagi aku, cinta biarlah satu"

ris tahu, tak ada yang sempurna. sekurangnya, ris tak pernah lari jauh dari landasan agama walaupun dia tergelincir sikit. masa ris kawan dengan seorang mamat lain, ris lagi suka bercerita dengan man dari mamat tu.

namun, sejak akhir-akhir ni, ris sangat la sibuk dengan kuliah dan assignment. ris bukanlah lupakan man, tapi dia tak rasa yang dia perlu nak sms ngan man.

tambahan lagi, sejak ris mula bergaul dengan minah surau. ris dah faham erti cinta sebenar dalam islam. ris menyimpan hasrat terhadap man, tapi biarlah ianya dengan cara yang halal.

ris ingin mencintai dan menyayangi man atas satu tali yang halal. jadi, ris menjadikan alasan dia sibuk untuk jarang sms dengan man.

namun, man paham dan tak pernah tanya lebih-lebih. dan man tak pernah missed untuk beraya rumah ris setiap tahun. ris je beraya sekali masa mula-mula dulu.

satu hari, seminggu lepas raya, ris dapat sms dari man.

"ris, aku nak tunang 20 hb ni. jom la ikut. join rombongan aku."

terketar-ketar ris bila baca sms dari man. banyak kali dia baca. kot-kot sms tu macam ni...


"ris, abang aku nak tunang 20 hb ni. jom la ikut. join rombongan abang aku."

tapi, hampa. untuk mengesahkannya, ris reply sms man.

"ko nak tunang ke?betul ke?"

"ha'a...jom la ikut sekali."

kecewa harapan ris. baru 2 hari yang lepas dia bercerita tentang man kepada seorang teman, rani. rani kata...

"aku rasa, man pon suka kat ko la. kalo tak, takkan dia bagi baju. raya datang rumah ko. siap baju tu mak dia yang buat."

"entah lah rani. sekarang ni, aku simpan je harapan aku ni. kalau dia jodoh aku, apa salahnya"

sejak tu, ris hanya menyimpan harapan tu . dengan harapan, lepas graduate nanti, man akan datang melamar dia.

tapi, semua tu musnah. hati ris menyayi lagu 'pelamin anganku musnah'. merintih seperti suara azie dalam lagu tu.

Maafkan diriku ini
Kerna tidak hadirkan diri
Di sewaktu hari
Pertunanganmu

Adakah kau ingin lihat
Air mata ini berguguran


namun, ris kuatkan hati untuk reply sms man.

"weh, aku tak boleh la, masa tu family aku nak p umah abang aku. dah janji awal-awal."

"la...ye ke...tak pe."

"sapa tunang ko tu?tak pernah pon cerita ngan aku. orang mana?"

setahu ris, man tak ada rapat dengan mana-mana perempuan kecuali dia dan adik angkat man, orang kampung sebelah.

"ala...malu la nak cerita sebenarnya. ko kenal dia"

"eh, siapa?beritahu je la. dengan aku pon nak malu."

"adik angkat aku."

"owh...dah agak dah. man, semoga ko berbahagia ye. dan bercinta sampai syurga. dan semoga hubungan ni berakhir di jinjang pelamin. nanti jadi suami yang soleh"

"terharu aku baca sms ko ni. ko memang kawan yang baik. sebelum tunang ni, banyak sangat halangannya. smapai aku tak yakin dengan keputusan aku."

"ala, biasa je. kalo kawan lain tahu, sure dorang pon ucap benda yang sama. nanti ko kawen, aku datang la ye."

arghhhhh!!!
hati ris menjerit. kata-kata nya tadi hanya untuk menyedapkan man. mana mungkin ris akan ikut serta rombongan meminang bagi pihak lelaki yang pernah dia impikan satu masa dulu. namun, itu semua hanya angan-angan. dan pelamin angan ris sudah musnah dengan pertunangan man.

ris mencari diri sendiri. dia belajar menerima takdir. ris memujuk hatinya, bahawa man bukan lelaki yang terbaik untuk dia. tapi, man adalah lelaki terbaik untuk tunang dia, hanna.

ris mula belajar kenyataan itu. man sudah menjadi tunangan orang, tak mungkin dia akan kacau man lagi. dan man mula memadam ingatan dan harapan yang pernah terbina dulu.

sehinggalah dia menonton cerita "salah percaturan" malam tadi. dia menangis. menangis teresak-esak. betapa pengorbanan arash muhammad yang mengorbankan cintanya demi melihat orang yang dicintainya bahagia.

dan ris ingin melihat man bahagia. kerna itulah erti cinta sejati. macam dalam lirik lagu element, cinta sejati...

~cinta sejati yang bisa...beri tanpa harus menerima..~

ris memberi harapan pada man. tanpa, ris menerima harapan itu akan menjadi. betapa sakitnya hati ini kerna melihat dia bahagia bersama hanna nanti. lalu, bagaimana dengan hati ris?

namun, ris pasrah. dan tak mungkin ris akan melakukan sesuatu hingga menyebabkan man tak bahagia nanti.

untuk akhirnya, ris ingin melepaskan man dari ingatannya. tak adil bagi ris untuk terus menerus mengingati man.

benarlah, cinta tak semestinya memiliki. bak lagu haida, hajat...

sayangku moga engkau tahu
tidak semua cinta bersatu


ris, semoga kau bahagia. doakan aku nanti akan berjumpa lelaki sebaik ko. apapun, ko tetap dalam angan ku!

watak:



MAN


RIS

RANI



HANNA


kui kui kui

Friday, October 29, 2010

better late than never!

ntah apa yang merasuk fikiran hari ini
harap, rasukan itu mendorong ku berbuat baik
pada semua yang ku temui

handphone tertinggal. pagi tad cas batery. dan langsung lupa nak ambil. tak kisah, sebab tak rugi. aku yang tak rugi.

tapi, arini jenuh nak bangun . dan angkat phone office. bos banyak kali call. dia tanya, awat ngan handphone aku. aku bilang, tertinggal. patut la tak angkat. biasa kalau dia call handphone. aku tak payah bangun. nak p kat phone office

biasa, nombor aku tak la bizi mana. so, aku maleh nak patah balik pagi tadi masa aku sedar aku tak bawak fon. aku harap, tiada berita yang buat aku menyesal kerna mengetahuinya lambat.

dan, hari ni jumaat menggamit lagi. rasa baru semalam jumaat. cepatnya masa berlalu. aku tak rasa perubahan dari jumaat lepas hingga jumaat hari ini. rasanya, semua berlalu seperti biasa.
cuma aku harap, biarlah sisa idup yang ada dimeterai dengan amalan yang diterima.
amalan aku, amalan kau dan mereka.

dan sangat bersyukur atas sesuatu. DIA maha penyayang. DIA maha lembut. kerna dilembutkan hati seseorang ketika aku berinteraksi dengan dia. dan DIA mudahkan segalan urusan ku.

semoga, hari ini aku tidak menyakiti sesiapa. kerna aku rasa sungguh sakit bila disakiti.
semoga, hari ini aku tidak mengabaikan sesiapa. kerna aku rasa sungguh terabai bila diabaikan.
semoga, hari ini aku tidak menyusahkan sesiapa. kerna, aku rasa sungguh susah bila disusahkan.

semoga, hari ini aku menggembirakan seseorang. kerna aku rasa sungguh gembira bila digembirakan.
semoga, hari ini aku menyenangkan seseorang. kerna, aku rasa sungguh senang bila disenangkan.

semoga, bukan hari ini je. tapi, hari-hari yang bakal mendatang!

dan hari ini, aku belajar sesuatu...

better late than never!

jangan marah

situasi 1

"senang ko lupa aku
susah baru ko nak cari"

"aku baik ngan ko,
ko buat taik ngan aku"

"pesal sekarang baru nak terhegeh2 datang jumpa aku?
pergila ikut pilihan ko tu!"


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


situasi 2

"ko ada masalah ke?
insyaALLAH, aku bantu apa yang mampu"

"tak pe lah...mungkin dulu ko silap
atau ko tak sengaja buat aku macam tu"

"mungkin keputusan ko tu salah
ada masa lagi untuk berubah"



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


adalah lumrah kita berada di situasi 1. bila kita mula sedar silap kita. bila kita mula mengakui salah kita. bila kita betapa menyesal dengan perbuatan kita. kata-kata itu yang terlontar dari mulut mereka. sedih giler!

dan lumrah juga kita berada di situasi 2. terasa bersemangat meneruskan hidup. terasa berkobar untuk bertaubat. terasa masih ada lagi harapan yang menggunung dihadapan. happy giler!


hakikatnya....
berapa ramai yang sanggup memaafi si dia yang silap pada kita? bila kita marah, kita menghamburkan kemarahan yang tak terhingga itu hingga kan kita merasa puas. hinggakan kita rasa kita lah yang betul. dan dia yang patut dipersalahkan.

tanpa pernah difikir, yang kita juga kadang buat silap. kadang kita buat sambil lewa hingga menyakiti mereka. alangkah sedihnya jika mereka juga menghamburkan marah itu seperti mana kita hamburkannya.

bila marah, berpada lah. ingatlah apa perasaan kita jika kita juga dimarah? sudah tentu kita ingin memintal secebis kemaafan dari mereka. agar diri ini tak terus menerus dipersalahkan.

kata-kata yang pernah terlontar dari bibir kita hari ini, mungkin akan dituju semula pada kita esok hari. what u give, u will get back!

untuk kata nista yang pernah dihamburkan kepada adik kita, orang bawahan kita, atau sesiapa saja. satu hari, kita terpaksa menelan nistaan tersebut dari orang lain. yang sebenarnya, adalah dari kita juga.

kadang terfikir, apa lagi dosa dulu hingga diri ini tak habis2 dirundung masalah. hati menjadi tak keruan, jiwa kacau, fikiran melayang.

rasa diri ni makin menjauh. atau dijauhi?

sedaya upaya untuk tidak marah. menahan diri dari melontar kata2 yang mungkin menyakitkan. sambil mulut tak berhenti istighfar agar punya kekuatan untuk melawan amarah.

kenapa masih silap juga? dah puas meneliti. tapi, masih ada yang terlepas pandang.

rupanya, diri ini yang leka. hati ini yang lalai. lupa seketika pada DIA yang maha agung.
mata ini makin mengering tanpa titisan air mata taubat. telekung itu tak sebasah yang dulu. dan mata ini terlalu kenyang dengan lelap yang panjang.

DIA rindu suara rayuan kita. DIA rindu esak tangis kita. DIA ingin kita ingat DIA.
kerna kita sudah terlalu jauh melayang.

arghhh!
DIA memang MAHA PEMURAH...
DIA memang MAHA MENGASIHANI...

kenapa kita masih jauh?
kenapa kita masih leka?
kenapa kita masih mencari yang lain?
sedang DIA ada segalanya...

teruslah panjikan harapan kita dengan DIA...
kerna segalanya hanya dari DIA....

Thursday, October 28, 2010

cuak

cuaknya....ada lagi yang salah ni......

TOLONG!!

lagi sebulan bro!

bro...
lagi sekali wa nak say sorry...
lagi sebulan je bro...
lu nak pening pala ngan kerja wa...
lagi sebulan je bro...
lu nak tegang bila check kerja wa..

bro,
lu tau tak...
UBS untuk company ni wa buat sungguh-sungguh
wa prepare sehabis baik kalau nak banding yang dulu
wa sanggup datang kerja awal gila
masa escalator tak on lagi wa dah sampai
balik pulak malam bro
escalator pon dah off masa tu
sampai wa kena pakai spect
dah tak boleh pakai contact lense
sebab mata wa pedih ngadap laptop lama2
sampai wa pening macam tak ingat
sampai contact lense wa tu koyak

wa ingat,
segala pengorbanan wa ni
akan membuahkan kerja yang kualiti
biaq lu tak pening lagi ngan wa
biaq lu tak tegang hadap kerja wa
tapi, rupanya
wa silap bro
wa silap
wa buat kerja UBS tu sebab
nak harap lu puas hati
bukan sebab Dia
patut pon, kerja wa tak betul

bro...
lagi sebulan je lu jumpa wa
lepas ni tak tau bila kita leh jumpa
bila lagi lu boleh pening lagi ngan wa
bila lagi lu tegang dengan kerja wa

bro...
lu sabaq la tengok kerja wa tu
wa minta maaf sangat-sangat
rupanya banyak salah wa
wa sangat keliru bro
tapi, wa nak tanya lu
wa cuak lak
lu diam sangat ngan wa
wa pon segan lak nak tanya

bro....
untuk sisa sebulan ini
izin kan wa menyenangkan hati lu
izinkan wa tak peningkan pala lu
izinkan wa tak buat tegang lu

bro...
nanti, bila free sikit
wa kemas la semua fail2 tu
tak la lu pening nak cari audit report yang lama
wa tak sempat bro
kalau nak kemas, kena kemas betul2
sorry, sebab lagi buat lu lemas

bro....
wa harap lu bahagia masuk office
untuk sebulan yang tersisa
wa kirimkan kemaafan dari jauh
harap lu ok ngan wa
sorry bro!
wa bukan officemate yang baik untuk lu
wa bukan officemate yang ok untuk lu
sorry bro!
sorry bro!

Wednesday, October 27, 2010

anak gampang!

gampang adalah word in javanish.

membawa maksud senang. selalu kite dengar orang yang mencarut kata "anak gampang". anak gampang bermaksud, anak luar nikah.

mak wa kata, anak gampang ni senang nak keluarnya berbanding anak yang halal. bukan salah anak itu, tetapi salah mak ayah dia yang berzina.
sebab tu dinamakan anak gampang.

sebab tu biasa kita dengar, remaja lahirkan bayi luar nikah kat tandas dan boleh berlagak seperti tidak bersalin. dan boleh pulak aktif bergerak. dan banyak lagi kes seumpama itu dan tidak disedari oleh masyarakat sekeliling mahupun orang yang terdekat dengan dia yang dia(yakni penzina perempuan) melahirkan anak. sedar-sedar, jumpa baby dalam lubang tandas. malah ada yang dibuang baby @ janin tersebut di tong sampah atau tepi jalan. malah ada juga yang diletak di surau atau masjid. dan lagi dasyat ada yang sanggup membakar baby tersebut.

ingin ditekankan sekali lagi, anak itu tak bersalah. yang berdosa besar adalah sepasang manusia itu yang berzina hingga lahirnya baby tersebut ke dunia. dan ada yang tak sempat menjengah dunia kerna dibunuh ketika masih dalam rahim.

kan ibu yang melahirkan anak, saat bersalin akan keluarlah dosa nya bersama anak itu. kesakitan mengeluarkan baby itu adalah sakit menghauskan dosa.dan dia suci seperti baby itu. dosa disini adalah dosa kecil tak termasuk dosa besar.

dan mungkin juga, mereka yang berzina tak merasa sakit bersalin seperti mereka yang mengandung secara nikah yang sah kerna dosa2 mereka tak keluar tika mana mereka melahirkan baby.

wallahu'alam...apapun, bagi penzina, mereka masih punya ruang dan peluang untuk bertaubat selagi hayat dikandung badan.

kerna sebaik-baik hamba yang berdosa adalah mereka yang bertaubat kepada ALLAH...

kadang, mereka(anak yang lahir dari hubungan yang dilarang ALLAH) yang berpeluang lahir di dunia dan membesar hingga dewasa merasa rendah diri dengan status mereka. terasa diri ini sungguh kotor. jangan begitu! ALLAH tak nilai siapa keturunan mu, tapi ALLAH nilai apa amalan mu untuk berjumpa dengan Dia kelak.

dan kadang kita (anak yang punya sah taraf disisi agama mahupun negara) merendahkan iman dan taqwa kita dengan berbuat dosa dan maksiat. ALLAH takkan menilai amalan mu berdasarkan keturunan mu, tapi ALLAH pasti akan menyoal ayah dan ibumu atas dosa yang kamu lakukan.
mungkin dek kerana kegagalan ibu ayah mu mendidik mu dalam nilai islam. atau pun, kegagalan kamu sendiri dalm mentaati perintah ibu ayah mu. dan akhirnya, terjerut lah kamu dalam siksaan neraka yang sangat dasyat.

wallahu'alam. sila abaikan post ini andai ianya adalah salah. dan sila maklumkannya kepada wa.

maaf, wa bukan penghafal hadis yang baik. sebab kat sekolah dulu, wa selalu kena denda pusing satu bangunan atau berdiri atas kerusi kerana tak dapat nak hafal hadis bersama perawinya.

wa hanya faham sahaja.:)

sebab tu, anak luar nikah dipanggil ANAK GAMPANG.

Tuesday, October 26, 2010

Surat Cinta Untuk My Future Hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

tengah blogwalking...terbaca ni...sangat MENARIK!!
wa tergelak sorang2 sambil berharap agar bos dan mamat tak muncul secara tiba2...hehe
tahniah kepada
blogger ni...wa caya sama lu!


Assalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Kehadapan my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I menulis article ini kerana sifat suka menjawab i lepas mentengok surat cinta utk future wife(s) yg dah tersebar kat facebook. Lagipun mmg dah lama I nak menulis ni tapi malu2 kucing gitu. So, sila baca entri ni bersungguh-sungguh dan semat dalam ingatan u supaya u tau bukan kaum bapa saja yg nak wife hebat, dan betapa lasernya mulut I kalau kita ada jodoh nanti (maklumla, u kan kene jaga I sampai akhirat?).
So, wahai my future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer).

I tak tau siapa u b, sbb I takder ilmu meramal masa depan. Tapi I yakin Allah dah readykan u for me. Tapi nanti bila kita jumpa, I harap u terimalah seadanya I, sepertimana I akan terima diri u seadanya u. Lagipun, I tau yang u mmg Allah bagi jadik sesempurna manusia kat hati I. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan of kos hensem kat mata I. Sebab tu Dia readykan u utk I kan? =)

I harap bila I membrowse2 facebook dan membuat kerja2 blogwalking nanti, xla I terjumpa gambar u yg macam2 rupa. Sebab setau I, lelaki2 bila perasan dia hensem (yg x hensem pun sama jugak), mesti nak war2kan rupa dia kat satu dunia. Macamla dia sorang yg mcm da'bomb. I vavavoommmm jugak, tapi xderla pulak I letak gmbr kat facebook nak tunjuk kat seluruh dunia. Sebab I rs tak perlu pujian org. Allah dah jadikan I vavavoommm dengan cara yg tersendiri. Jadi I tidak memerlukan pujian manusia. Cuba u baca ni jap, b : "Al-Miqdad bin al-Aswad berkata Rasulullah SAW memerintahkan kami supaya menabur pasir ke muka orang yang suka memuji diri. (Hadis riwayat Muslim)". So jaga2 taw suka mintak puji dan kene puji ni...

Jadi, gambar u yg pakai rantai ke, tgh shisha sampai 8 paip ke, tgh di kelilingi ppuan pelbagai gaya ke apa ke, tgh shuffle2 ke, tgh terloncat2 dlm gig ke apa ke, baikla u delete je. I xnk org mengumpat bakal suami I yg Allah dah pilih utk I ni. Dosa u pun dah banyak b... Diorang mengumpat pun sbb u yang mengundang. U share dosa taw, b! Nanti lepas kawin u nak jaga I dengan anak2 lagi. Dosa kami pun nnt u kene tempias sikit2. Kesian taw kat u. Baik u cuba kurang2kan sket dosa kecik2 u tu.

Lagipun u tau kan, bakal mak ngan ayah mertua mana pun dalam dunia ni mesti tak berkenan ngan lelaki yg nampak mcm tak peduli agama langsung dan xleh bimbing anak diorang =).

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer),

I tak tau pasal masa depan kita. I tak tau berapa banyak duit yg u akan ada, sebab mcm I cakap mula2 tadi yg I ni xder ilmu meramal masa depan. So, dengan kata lain, I tau mungkin u tak akan mampu kasik umah 10 tingkat kat i (walaupun I rs umah 10 tingkat tu u mampu nak bg sebab Flat DBKL pun 20 tingkat). I tau mungkin u pun x mampu nak kasik I 10 emas intan berlian. I tak kisah sbnrnya kalau u takder harta. U tau tak kenapa? Sebab harta2 ni semua kita guna kat dunia je. Bila u mati nanti kan, b... U bawak amalan u je. I dgn anak2 semua u akan tinggalkan smpi kita jumpa balik akhirat nanti. Apa sedekah jariah yg u dah buat ms kat dunia dgn ikhlas, ilmu2 bermanfaat yg u ada dengan doa anak2 yg soleh. Maknanya kan b, baik u jgn ajar2 sgt I dengan anak2 kita gila dunia. Baik u ajar kami ni dengan agama dan iman. Kita sederhana dahla ya? Rs mcm tak perlu kot u nak beli BMW 7-series ngan TV 100inci sekali dgn surround sound system yg slalu kuar lagu2 haram tapi x pernah kuar alunan ayat Al-Quran.

Bila kita ada umah nanti, I harap u bagila I bekerja. Sebab I tau, walaupun menyediakan kelengkapan dan keperluan hidup tu mmg tugas u, tapi tak salah rsnya I membantu selagi tak berlawanan dengan syariat. Maklumla ya b, I xnk menyusahkan hati u sampai nak beli kicap masa I lalu kat kedai pun kene tipon u mintak u bank-in duit. Cuba u baca ni jap, b : " Abdur Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalannya yang wajib dan sunatnya.” See, b? Kesian kat I. Kalau I diberi peluang usaha duit sendiri sikit2 pun, InshaAllah I tak merapu2 nanges guling2 mintak itu ini kat u. Kang sia2 semua amalan I. U tak kesian kat I ke b? Kita nanti kan kene saling bantu membantu...

Tapi kalau u nak jugak suruh I duk umah jaga u dan anak2 je, maka I akan sedaya upaya redha lah dan tutup mulut I dr mintak2 kat u. Tapi u janganla sampai kasut I dah luruh tapak pun x belikan yang baru ye? Nanti I nangis luka kaki, u jugak yg pening.

Tapi walaupun I redha dengan rezeki yg Allah bagi kat kita nanti, jangan pulak u rembat duit maskawin atau cincin hadiah kawin yg u sarung kat I masa menikah tu, Tu dah jd hak I. Bahagian I yg Allah tentukan. Berdosa taw u amik! Kalau xder duit sgt, nanti I blaja buat kuih and jual nasik lemak ya? U pegila buat part time drive teksi malam2. Takper, rezeki kita Allah dah tentukan. kene yakin Lailahaillallah aje.

Pastu kan b, kalau u rs nak tambah org umah lagi 1,2,3 org sebab u nak ringankan beban menguruskan umah, InshaAllah I bg. Memang u suami perihatin. patutla Allah nak jodohkan I ngan u kan b? Tapi kan b, u kenela ajar i grip agama dulu. Kalau u tak ajar I grip agama dan dahulukan Allah, takut2 nanti kepala bini2 u yg lain tu yg i grip, terguling2 atas tanah berebut perhatian u. Laaaaa....nampak sgt u takleh ajar 1 org umah. Camana u nak ajar 2,3,4? U jangan tamak taw b... Tuhan marah taw... Poligami ni utk yg mampu memikul amanah, tanggungjawab dan keadilan saja. Kalau kasut I yg dah luruh tapak tu pun u xleh ganti, cmanala u nak kasik kasut kat bini2 yg lain? Berselipar jamban aje pulak nanti kami ni semua. Tapi alhamdulillah la jugak. Ada jugak rezeki kan?

Hmmm...u tau x? I ni bukannya seorang yg lemah lembik dan akan ikut semua kata2 u. U fahamla ya b? I ni manusia lemah. Sebab akal I lg 9 ada kat u. Rusuk I pun I pinjam daripada u. Dah fitrah ppuan mmg memerlukan bimbingan. Lainla kalau I ni jenis mcm Waliullah Rabiatul Adawiyah ngan Siti Maryam. Ala, u pun bukannya mcm para sahabat. So kita ni kira fair and squarelah yer? jodoh Allah bg kan sesuai ngan diri masing2... =). Kalau bergaduh ke apa ke, I harap u sabarla banyak. Janganla laser je mulut u nak mencerai2 I sebab perangai I yg degil ni. Sbb tu I kata, ajarla I guna agama. I ni bukan anak kura2 taw. Bila u xmo kang u tinggalkan kat paya. Ehhhh no no no. U bayar maskawin I rm80 ngan sebentuk cincin (or seutas gelang or seutas rantai tu), terikat sampai akhirat taw...

I ni sangat2lah mengharapkan u ni bersifat tegas dalam lembut pd I and anak2 kita nnt. U kan imam, makmum mesti nak follow. Kalau imam salah baca, makmum terus jd blur.

My future hubby (tiada 'ies' di belakangnyer)

I tau mesti u mengidamkan sorang isteri yang reti masak, mengemas dan bleh menjahit. Sikit2 pun xper asal jangan jahil langsung. Btul tak? Kan? Kan? Utk pengetahuan u, I mmg tgh cuba nak memperkayakan ilmu rumahtangga sementara tunggu Allah jodohkan I ngan u. Tapi kan b, u pun kene la blaja memasak, mengemas dan menjahit sket2. Nanti kang kalau I duk kat spital masa lahirkan anak yg berikut2nya cmana? Kang kesian u lapar ngan anak sulung kita kat umah. Nanti sian i susah hati kat spital pikir suami ngan anak kesayangan I apala ceritanya kat umah. Dah penat bertarung nyawa nak lahirkan anak u, lagi mau nangis plak pikir umah cmana. Kesian I kan?

Lagipun kalau I penat ke demam ke, bleh jugak u tlg2 sket2. U mesti xnak kan dalam hati I ni membanding2 u ngan suami jiran sebelah yg rajin tlg bini buat keje umah? Telan air liur je I nanti. U tak kesian ke? Takkan u nak duduk je memboroikan diri tgk bola kat Astro kot? Kang dah tak macho, I tgk lelaki u marah plak. I pun berdosa. Anak2 pun nanti xder contoh ayah mithali. Kang diorang mintak I cari ayah lain cmana? Bahaya tu b.

I harap u jagala diri u sebelum jumpa I. Kayakan diri u dengan iman dan taqwa sebab nanti U nak jaga I ngan anak2. Kalau driver tak tau jalan, penumpang semua habis sesat. Takper, I paham kalau u penah kapel2 sebelum ni. Atau u pernah jadi jahat sebelum u jadi baik. Sebab I pun bukan baik sgt. Baru nak belajar2 beriman. Allah syg org2 yg bertaubat dan belajar mengenal Dia ni b. Kene kenal tuhan dlu sebelum kenal I, supaya I pun dulukan Allah drpd u. I xnkla nanti I syg u sebab u. I nak syg u sebab Allah. Allah tau manusia ni lemah, b. Iman naik turun mcm rollercoaster. Cuma nanti kita usahala sama2 ye nak membahagiakan sama sendiri dan kita sama2 menyenangkan 'hati' Allah. Jodoh kita pun Dia yg bagi. Jadi, xkan kita xnk bersyukur ye tak?

Lagi satu, I harap lepas kawin, u pegila keluar ikut org buat usaha agama sikit2. Kalau tanggungjawab kat umah u dah settlekan, tak salah u keluar ajak org lain pun jadi mcm u. Takkan u nak masuk syurga sorang2 kot kan b? Nanti boring pulak xder kawan. I akan belajar fahamla kalau u nak follow Jemaah Tabligh keluar 3 hari, 7 hari, 10 hari, 40 hari, 4 bulan. Kalau u nak pegi kempen2 Kem Ibadat ke apa ke, xper b. I akan doakan u, InshaAllah. Nanti kita ikutla budi bicara rumahtangga ya? Mcm I katala. Kalau u ajar i dahulukan agama, InshaAllah Allah akan bg I fhm kewajipan u kene keluar berdakwah dan mengenal diri u. Kalau u tak kenal diri u, cmana I ngan anak2 nak kenal u? Absence makes the heart grows fonder. InshaAllah I akan cuba jadi isteri solehah utk u, jaga diri elok2 skalik masa u takder.

Akhir kata daripada I, bila kita jumpa dan menikah nanti, I masak, u makan jangan komplen2 banyak. Syukur rezeki yg ada. U imam, I makmum. U baca doa, I aminkan. I merajuk, u pujuk. Perfect kan? So u doa banyak2 supaya Allah jumpakan kita ya? I malu nak pergi cari2 U. Malu kan pakaian wanita? U pun sure xnak I terhegeh2 pampang muka nak cari u kan? Jodoh tu kan rahsia Allah? Kat sana ajelah kita doa ya?

Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh.

Yang benar,

Bakal Isterimu Si Mulut Laser.

salah cakap

aku salah cakap ke?

awat lu tak paham?

huhu...

dah tu, jangan wat muka PELIK!!

dush! dush!

jadual waktu panggilan DIA

masa mula2 aku masuk office ni, yakni masa mula2 aku memulakan praktikal aku ada buat something. aku print jadual solat every month without fail kat board kat office. untuk peringatan aku khususnya dan bos dan mamat. harap2 aku dan mereka sentiasa ingat dan segerakan panggilan DIA.

dan lama2, aku tak rasa yang jadual solat aku tampal tu ada kesan pada mereka dan aku. maksud aku, macam tak ditengok je benda tu. aku pon tak tengok gak. masa bulan 9, kan cuti lama. so, aku tak tampal sampailah semalam. plus, laptop mamat tu kebelakangan ni akan azan bila sampai waktu solat. zuhur dan asar je la. sebab masa tu ada orang kat office.

tapi, semalam ada sesuatu yang buat aku terharu. semalam kami tengah kira kan tarikh untuk annual report bagi company since 2007 sampai la ni. dan, bos aku kata...

'awak pergi print kalendar 2007 sampai 2009 kat internet. senang nanti nak tengok'

'ok, nanti saya print'

'pastu awak tampal kat board ye. eh, dulu bukan ke ada jadual waktu solat. kenapa dah tak tampal? senang saya nak tengok waktu solat'

'tak de la...la ni kan laptop mamat tu dah ada orang azan. tak ler saya tampal. tak pe, lepas ni saya tampal'

bos berlalu masuk bilik....

aku termenung dan terkedu. rupa-rupanya..........arghh!susah nak tafsir rasa hati ini.


kadang hati ini lelah...
kadang hati ini jemu...
meneruskan kebaikan tanpa berhenti...
sampai satu saat, bosan menguasai...
dan tidak lagi berbuat seperti biasanya...
kerna kadang hati menyangka...
tiada siapa yang peduli...
tiada siapa yang mengetahui...
tapi, rupanya...
mereka peduli dalam diam...
mereka mengetahuinya dalam senyap...

tapi, harus bagaimana dengan hati?
ingin dididik semula jiwa ini...
agar istiqamah dalam setiap hal...
semoga rahmat Nya bersama mereka...
dan tempiasnya mengenai aku...


entah mengapa...
kerja yang dibuat banyak silapnya...
kerja yang dibuat banyak khilafnya...
hati ini banyak angannya...
fikiran ini jauh melayangnya...

Saturday, October 23, 2010

bukan lupa, tetapi tak ingat

jiwa ku sepi...resah keseorangan...
aku menadah impian....

tadi masa depa dok wat training aku siapkan board reso & extract board reso yang bos suruh aku wat ari rabu ari 2.

dan aku pening, awat cam lain je format dia dengan apa yang bos suruh aku buat. ada 1 company ni nak appoint new director, tapi aku punya ni bard reso untuk appoint new secretary. aku dah pening. dah tak leh nak fikir apa.

lepas dorang abes training, aku pon tanya la kat bos...

'bos, awat cam len ja board reso ni?'

bos menilik board reso kat laptop...

'eh, kan saya ada email kat awat contoh board reso untuk appoint new director. yang ni untuk appoint new secretary'

'eh, ade ke?'

'ade. awak ada copy kat laptop yang ni'
(sambil bo stunjuk kat laptop satu lagi. dan aku tiba2 teringat..memang ada)

'eh, ha'a la...ada2...saya lupa...'

'apa yang awak fikir tu sampai boleh lupa ni?ntah apa yang diingat tu'

'hehe'
(sambil menggaru kepala yang tak gatal.)

seyes beb! sangat lupa. padahal aku memang ada copy paste benda tu.

bos, bukan aku lupa, tapi tak ingat. lately pala wa digasak dengan ubs ni.huhu. sorry bos!

'len kali, awak buat note. saya pon kadang2 lupa gak. '

'ok...............'


ok, next week kerja tengah menunggu untuk disiap cepat sebab auditor kami dan client kami pakat nak p haji. so, kena settle sebelum depa p haji. biaq tenang sikit depa kat sana. tak de la dok tersedak bila nama depa disebut2 kat malaysia.

dan, khamis jumaat ni jaga buku kat UM....lama tak jumpa bos satu lagi ni. sebab, banyak list buku aku nak beli. dapat special discount dr bos.hehe.....

cerita masak dan makan

salam sabtu....:)

arini wa datang office kot....first time masuk keja hari sabtu.

depa dok training kat dalam, aku dok ralit main tenet kat luaq...pening weh...semalam balik malam...bertambah pening sebab semalam minum kopi..bos aku yg pelawa. hehe...

bos: fauzeah, awak nak minum kopi ni, ambilla...ali cafe la tapi...
aku:ok...

tapi, of course la tak amek yang ali cafe. kuat giler kot caffein dia.. sekadar seteguk 2 boleh la. kalau kat kampung aku selalu paw abang aku punya air. hehe

pagi ni pon masih pening, kena siapkan semua pasal training ni. dari bab makan sampai fail...
nasib baik bos aku ni baik. jadi, automatik aku pon jadi baik.

telefon mak semalam macam mana nak buat sambal nasi lemak yang sedap macam mak buat. mak bagi tau caranya, tapi awat aku buat tak sesedap mak punya? aku rasa aku salah beli cili kering la.

cili kering ada 2 jenis. satu yang agak kerinting, satu lagi lurus. yang kerinting tu sedap sikit dan kurang pedasnya. yang lurus agak tak berapa nak sedap dan sangat la pedas. semalam balik office singgah mydin beli cili kering tu. ada satu jenis tu je. pastu aku tengok macam kerinting, macam lurus. last2 aku amek je sebab aku dah tak larat nak cari kat tempat lain.
(yang ni, member aku nana yang cerita kat aku. dan aku baru tau pasal cili ni...thnks nana...)

tu kot yang tak berapa nak sedapnya.hehe. tiba2 salahkan cili.

aku memang tak pandai masak. tapi, kalau aku masak pasti abes. hehe...sebab aku masak sikit. tak elok membazir. biasalah, kalau masak sikit yang tak sedap pon jadi sedap sebab makan berebut.

tengah dok buat sambal nasi lemak pagi tadi, teringat kat mak. aku memang tolong mak masak. tolong kupas bawang. pastu dah settle aku cabut.

pengajarannya, lepas ni after tolong mak tengok mak masak cam ne.

mak aku selalu kata bila aku tanya macammana nak masak sedap...

'mak tak reti nak ngajar orang masak, kalau nak belajar tengok mak masak'

dan abang ipaq aku yang sorang ni pandai masak. padahal campak2 je. tapi, sedap weh....masa kak aku pantang dulu, abang ipaq aku yang masak. seyes, sedap! kalau aku pantang nanti nak suh dia masakkan tok aku...hehe...biasa makanan orang pantang kan cam tak berapa nak selera...

aku pernah tanya kat abang ipaq, camne nak masak bagi sedap...

'kite masak ni, kena ikhlas. hati tu penting. bila ko ikhlas, ko masak ape pon semua jadi sedap. sebab bila ko ikhlas, ko akan masak sungguh2 dan pastikan semua cukup rasa. kalo ko meniaga makanan nanti, jangan pikir untung je. fikir gak, apa yang orang makan masakan ko tu rasa. mesti buat dengan ikhlas. kalau pikir untung je, memang tak ikhlas. maksudnya, tak ikhlas sepenuhnya.'

tu dia...panjang lebar dia terang kat aku. pastu, ada sambungannya...

'fau, pergi buat air teh kurang manis'

'la...pesal lak orang?'

'ko kena ikhlas fau...biaq air ko tu sedap'

'ye lah....'

abang ipaq aku ni selalu buat aku macam ni. tapi, betulla...kena ikhlas. buat apa pun, semua mesti kena ikhlas. memang susah nak hadirkan ikhlas tu. tapi, kita boleh cuba...bila dia masak, pasti dia akan bercerita tentang bawang, atau apa2 je...selalu ulang benda yang sama. tapi, aku dengar je la. tu yang melekat kat pale otak ni...

'bawang ni, kalau nak masak elok guna bawang besaq. sebab dia manis. tak payah bagi gula pon tak pe, sebab manis bawang ni sedap. tapi, kena la potong kecik2. biaq manis tu keluar'

'bawang putih ni bagus...makanan sedap, bdan pon sihat. halia pulak leh buang angin dalam badan...bla..bla...bla...'

dan macam2 lagi. untung kak aku dapat abang ipaq aku. tak payah masak selalu...hehe
adoii...bosannya.............................................

dan pernah terbaca atau terdengar. tak berapa nak ingat la...pasal masakan gak...

'sambil kite masak, kita janganlah nyanyi kat dapur. sebab tu orang kata anak dara nyanyi kat dapur dapat laki tua. kat dapur, tengah masak berzikir la. sambil tangan menggaul beras kita berzikir, selawat dan berdoa. doa kan suami dan anak2 kita dengar cakap. dapat hidayah. dipermudahkan segala urusan. lagi2 kalau anak bermasalah, kita doa masa kita masak. sebab semua tu kan nanti masuk dalam perut depa. mudah2 an berkat doa kita, ALLAH makbulkan.'

'kalau boleh, jangan selalu beli makanan kat kedai. bukan apa, kita tak tau cara dia masak cam ne. adakah tukang masak tu solat penuh atau tak. kalau tukang masak tak solat, atau pun culas, kesannya turun kat masakan dia. pastu, yang makan kite. tu yang hati makin legam dan susah nak terima nasihat.'

sebab tu, dalam dunia ni ada 2 jenis makanan yang SEDAP GILER.

-masakan mak
-makanan FREE.....hehe

Friday, October 22, 2010

office sunyi

aku masih disini..
pejabat sunyi tanpa tiada disisi...
nak siapkan bank recon 2 bulan lagi...
chayok2! kuatkan diri...

lagu jawa lagu cinta

tiba2 terasa nak menjawa. mungkin sebab bulan 10 adalah bulan bahasa kebangsaan. tak kisah la...yang pnting bahasa jawa juga bahasa kebangsaan. (bagi aku la...hehe)
mungkin juga lepas baca entry mr ajim

rasa terhibur bila baca pantun jawa ni...hehe


YON-YON BANDOL; MAK NYAIE LUNGO NYANGKOL;

DIOYOK CINO GONDOL; NAK MBELAYU TERPENGKOL-PENGKOL.

~~~~~~~~~~

SIJI LOROH TELU PAPAT; LIMO ENEM PITU WALU

OJO WANI-WANI AREK RAPET; ENGKO TURU GOWO KEILU.

~~~~~~~~~~

GODONG PISANG ROWAK-RAWEK;

WONG BUJANG TURU DEWEK.

~~~~~~~~~~

KEMBANG KENONGO KEMBANG KANTTIL;

BAPAKEA LUNGO ANAKEA NGENTTIL.

~~~~~~~~~~

KEMBANG JAGUNG KEMBANG KENONGO;

WES KADUNG AREK KAPAKNO.

~~~~~~~~~~

WOH CEMEDAK NANG JOBO PAGER; JIKOK GANTAR TOLONG SONGGROKKEA;

ENYONG BOCAH ENTES BELAJAR; NEK SALAH TOLONG TODOHKEA.

~~~~~~~~~~
sumber

anak jawa je yang paham...

ni peribahasa jowo moden...hehe

-koyo kodok in the batok...

-don't songko water clear no boyo..

sangat suka lagu herman tino ni...dia ni anak jati tanjong karang jugak...hehe

ojo kesandung batu nang dalan awan2....lala



lupa diri

"salam...weh, ingat tak masa aku tak dapat kolej dulu dan korang semua dapat. ko pernah suruh aku buta solat hajat, pastu baca doa dan niat. doa apa eh yang ko suruh aku baca tu?"

-doa akasyah. kat dalam buku hijau 'doa kubra dan fadilatnya'. cover depan ada lelaki baca doa. kalau benda tu baik untuk kita, insyaALLAH dapat apa yang kita nak. aku pon dah tak berapa nak ingat pasal doa tu. nanti aku check balik.


************

kadang kita rasa kita sudah cukup hingga kan kita lupa untuk berdoa.
mungkin sebab kita rasa kita dah cukup bahagia dan tenang dengan kehidupan sekarang.
kalau dulu, susah sikit kita minta tolong Dia.
tapi, kita sekranag terlalu selesa dengan apa yang kita ada.
sangat lah sombong kita sebagai manusia.
bila diingatkan tentang doa itu, kita berusaha untuk melaksankannya.
sama seperti apa yang kita pernah buat dulu.
bangun malam dengan rela hati.
munajat dan berdoa dengan penuh pengharapan.
tanpa ada riak tanpa rasa takbur.
mungkin juga sebab itu hati tenang.
walau masalah datang melanda.
mungkin juga jiwa bahagia.
walau perit melalui kehidupan.
apapun, kena kembali kepada fitrah.
fitrah mata untuk menangis takut kan Nya
fitrah lidah untuk berzikir menyebut Dia.
fitrah dahi untuk sujud di hadapanNya bukan sekadar 34 kali.
kena lebih dari itu.
selalu lah guna jalan yang kita boleh ingat mati.
iaitu jalan yang ada kubur.
moga ada keinsafan timbul dihati.


*pasal buku tu, nanti wa upload gambaq.

Thursday, October 21, 2010

reverse psycology

sepasang suami isteri markonah dan suparno yang sudah bersama lebih 5 tahun dan dikurniakan 3 orang anak. sorang lelaki dan 2 orang perempuan. mereka sekarang tinggal di alor gajah, melaka iaitu satu taman dengan rumah mertua markonah(mak ayah suparno).

suatu hari...

"bang..kite balik kampung saya ye raya haji ni"

"malas la...asik balik kampung je..hari tu raya kan dah balik."

"ok, tak pe la..."

markonah pon berlalu menuju ke arah dua orang anak perempuannya yang sedang bermain.

"joyah, gayah...nanti kalau dah kahwin, selalu la balik kampung jumpa mama ye. kesian mama nanti tak ada kawan"
kata markonah sambil mengelus lembut rambut anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

suparno tersentak mendengar kata2 markonah.

"ye lah....nanti kita balik kampung awak raya haji ni."

markonah tersenyum puas.......

hajat besar

bila nak ujung bulan ni? duit bukan tak ada, tapi makin nipis. poket bukan kering, tapi makin mengering...masa belaja tak pernah rasa duit nak abes.huhu...lagi 9 hari nak dapat duit...huhu

semalam, bos n mamat kemaskan bilik mesyuarat. susun balik kerusi dan meja sebab ada training kat office sabtu ni. bos ajak aku n mamat tu join sekali.

agak terharu. tapi lagi terharu kalau bos tak ajak. training tu disampaikan oleh salah sorang leturer accountancy dari uitm shah alam. aku dah cuak. harap2 aku tak kenal lecturer tu. kalo x, kantoi la aku.

then, training tu untuk persediaan interview buat bos n kawan2 bos nak ambil lesen juruaudit. dah tentu, aku tak de kaitan. tapi, dah bos ajak. ikut je ler...ingat, never say NO to bos!

aku memang akan melayang time ceramah atau ape je yang seumpamanya. lagi2 time lecture kat kuliah. tak boleh tahan weh. aku tengah fikir strategi apa aku nak guna untuk buat aku tak lena nanti. dah la dengan bos n kawan2 bos. kalau member2, leh gak man cuit2 biaq tak tidoq...

apapun, sabtu ni aku kena datang office. 2 minggu kot. sabtu ni, dan sabtu depan. yang pasti, abes training rempit balik tanjong karang. dah lama weh tak balik. 2 minggu tak balik ni.

aku nak menyatakan hasrat besar dihati ku kat mak. aku harap, mak tak la kata aku ni gatal atau miang. kalau mak izinkan dan bagi restu, maka bahagialah aku nanti...

hasrat yang akan mengubah waktu harian ku. dan sekaligus mengubah kehidupan ku.huhu....

mak, tolong tunaikan ye! aku janji akan jadi anak yang dengar kata walau dah ada dia. dan aku akan selalu balik kampung dengan adanya dia dalam hidup aku. aku dah tak tahan hadapi hidup macam ni lagi.

insyaALLAH, ada rezki, akan tercapai hajat aku....:)

Wednesday, October 20, 2010

asap anak jin?

tengah khusyuk buat UBS...
tiba2 mamat tu p kuaq...
aku meneruskan UBS ku yang agak memeningkan...
dan tak lama, mamat tu masuk balik...
sejurus aku terbau asap anak jin...
aku memandang mamat tu sambil berkata...

'don't break my heart'

dalam hati....hehe

cerita luar biasa

hari ni hari yang luar biasa...

biasa malam tadi aku akan tengok siti kelembai, tapi aku tertidur after maghrib sampai pukul 11.30...
sangat penat sebab jenuh menghadap UBS...

biasa aku tidur atas, tapi malam tadi aku tidur bawah...

biasa aku bangun tak la cepat macm pagi ni...

biasa setiap kali p keja, tak la jam...tapi pagi ni jalan jam since kat alam budiman sampailah kat traffic light simpang ke kg subang...giler panjang....naik motor leh gak menyelit, sampai amek jalan orang sebelah...

rupanya, ada eksiden kat simpang traffic light tu. ada 3 kereta dan 1 motor LC merah...maybe orang depan brek mengejut, dan orang belakang tak sempat nak brek.

dan aku nak jadikan hari ni sebagai hari luar biasa aku...hehe...awalkan hari ni aku masuk keja...nasib bek tak da punch card...kalo x, leh r tunjuk kat bos....haha...isk, x baik....takabbur....

aku harus bersemangat! sebab aku yang kena mulakan, so aku yang kena habiskan....

"agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak terlalu gembira terhadap apa yang diberikan Nya kepadamu. dan ALLAH tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri."
~al hadid;23

Tuesday, October 19, 2010

gunung kinabalu runtuh!

seolah sinar x berada 2.58 meter dihadapanku

seolah bumi terbelah dua, dan gunung kinabalu runtuh dan menyebabkan serpihan batunya melantun ke semenanjung dan menghempapku

seolah ada lori pasir seberat 10 tan baru lepas langgar tangan aku

seolah ada 2158 anak tangga batu caves yang aku perlu daki

seolah aku sendiri tak tahu apa dihadapku

TOLONG aku!

tolong siapkan UBS utk company yang aku rasa nak minta kerja kat situ. dan akan aku tanya kat bos baru aku tu..

'pe benda yang bos tulis ni?tulis la biaq saya paham. tak la saya berpinar nak paham kan apa yang company ni buat'

due minggu ni. tapi aku sangat tak larat...

bos!
bagilah kerja lain...apapun...
tapi bukan UBS...

bos!
suruhlah saya ambil dokumen kat mana pon...
tapi, bukan UBS...

bos!
suruhlah saya kemas semua fail2 yang ntah pape...
tapi, bukan UBS...

dan aku hanya meminta dalam blog yang bos aku tak pernah tau akan kewujudannya...huhu

berdosakah aku?

berdosakah aku?
jika aku tak mahu itu

bersalahkah aku?
jika aku membencimu

aku memang berdosa
jika terusan begitu

aku memang bersalah
jika aku merelakannya

kenapa?
kalau dahulu semuanya ikhlas
semuanya rela dan redha
tetapi sekarang culas
semuanya ingin di balas

kenapa?
kalau dahulu tak kisah luaran
dan hati tenang
sekarang yang dipandang hanya kecantikan
belek cermin manjang

kenapa?
kalau dahulu memilih itu kerana takut
sekarang kerana ingin menutup

kenapa?
aku rasa tak tentu arah
seolah ada mata yang terarah

kenapa?
kesusahan itu menggamitku
ketenangan ku diganggu

andai itu kerna dosa semalam yang tak terampun...
ampunkan ku Ya Rabb...

andai itu kerana untuk capai bahagia esok...
bersyukur pada Mu Ya Ghaffar...

andai itu kerana kesejahteraan ummah...
selamatkan kami Ya Qahar....

pemudahkan urusan hamba-hamba Mu...

Monday, October 18, 2010

menggelupur di hutan lipur...

sangat nyaman bila mendengar deruan air...

berendam macam tak ingat...huhu

terfikir, apa ada diatas sana..?


dan ia setia mengalir hingga ke akhirnya...



jalan penuh pancaroba dan kepenatan yang tak terhingga...
namun pemandangan ku dihalang dan dicacati oleh sekumpulan manusia yang kukira kera di hutan itu lebih baik....
memang agak geram bila kera2 itu mengambil makanan kami. tak dapat weh nak makan laici. kera2 dihutan itu mengambilnya.
ok, x kesah..bukan rezki kami....tapi, agak geram bila sekumpulan manusia itu membaling kera2 dihutan tersebut dengan batu....
apa hak lu orang nak baling batu kat depa?
sekurangnya depa lagi baik dari lu orang...
sekurangnya depa memang tak ada akal untuk buka aurat cam lu orang...
seyes, wa ingat wa kat miami...rupanya kat malaysia je kot....
yang couple macam nak buat 'something'...
dan aku hanya melihat dan merenung tajam.
lemahnya iman!
yang datang berkumpulan sesama kawan semua dah tak nampak ciri ketimuran....
wa risau kalau Tuhan bagi bala time tu...,dengan wa sekali kena..sebab wa tak ada usaha nak ubah...
paling pelik tengok orang bertindik tak cukup di hidung tapi di pipi juga...
kasihan, itu semua anak melayu...
dan dah tentu islam....
maafkan kelalaian kami ya Ghaffar......



Friday, October 15, 2010

sorry bos!

silap lagi...
lagi-lagi silap...

sorry bos!
wa memang bukan:
-pekerja yang berdedikasi
-pekerja yang teliti
-pekerja yang berinovasi

dan wa sangat tak hati-hati....

sangat2 sorry....
bos jangan marah ngan wa eh...
wa tak sengaja...

wa cuba akan meminimakan kesalahan wa...insyaALLAH

teruskan menjadi bos yang baik....:)

nak p mana?

esok nak p rawang templer park...
untuk menikmati keindahan alam bersama teman...
agar punya ketenangan...
nak ikot?
jom!

nak kahwin?

"gee, aku nak kawen la. macam mana eh? aku nak nangis la. aku tau couple ni haram, sebab tu aku nak kawen. tapi, aku tak ada duit lagi. even aku nak bagi tau kat parents, aku tak rasa dorang support kawen selagi tak grad. nanti sure dorang cakap, aku ni yang gatal nak cari BF kenapa cepat sangat.
hoh? aku nak break, tapi aku x mampu nak break. aku nak kawen, tapi aku tak sampai masa lagi. tunggu habis sem depan la.
aku teringin nak dekatkan dengan ilmu agama. pergi ceramah agama. tapi aku rasa tak cukup suci sebab aku couple. tetap nak buat maksiat. aku nak buat apa gee?"





hehe...sorry tau...malam tadi aku dah tido...nak reply by sms. panjang sangat nak cakap ni...hehe

kenapa tiba2 rasa nak kawen?sebab cousin ang pon nak kawen gak ke?hehe...

beb, pertamanya, ang kena bersyukur sebab ALLAH dah gerak hati ang tentang apa yang ang buat. tau dak, dosa yang paling besar adalah dosa yang dilakukan ketika dia tahu yang itu adalah berdosa. dan sebaik2 hamba adalah yang bertaubat atas maksiat yang dilakukan...

nak kahwin la ni, memang memerlukan belanja yang banyak. tak macam orang dulu2...sebab tu kebanyakan parents mengharap anak2 belajar bagi habis then kerja.

tapi, islam menggalakkan maskahwin yang sangat rendah. sebab keberkatan prempuan itu dilihat pada mas kahwinnya yang rendah dan kesuburan rahim dia.

jangan sampai tak kahwin sebab takut miskin. sebab bila kahwin, kita dah menyempurnakan separuh dari agama. separuh lagi, kena bertaqwa kepada ALLAH...

tapi, permission dari mak bapak tu penting sangat.

ang try la tanya kat mak ayah ang. kalau dia bagi, alhamdulillah. kalau tak, ang kena ikut perintah. apa lah guna rumahtangga yang dibina tu nanti kalau mak ayah sendiri tak redha. kan redha ALLAH terletak pada redha mak ayah kta. mungkin ada hikmah semua tu.

kalau mak ayah ang tak bagi permission, ang banyak2 la doa agar dilembutkan hati mak ayah ang terima keputusan ang. buat istikharah, adakah keputusan ang ni baik untuk ang, agama dan keluarga ang. minta pada DIa, kalau ini yang terbaik, maka permudahkanlah...

kalau still tak boleh teruskan niat ang nak kahwin, ang jangan putus asa. banyakkan sabar.

pastu, puasa. nabi ada sebut dalam hadis, kalau nak kawin, kawin la..jangan tak kawin sebab takut miskin. kan Dia yang mengatur rezki. kalau tak mampu, maka berpuasalah, sebab puasa itu boleh menahan nafsu.

pasal couple tu. memang nak suruh putus terlalu tiba2 dan tak bersedia. tapi, percayalah beb, ang kena yakin kat diri orang. once ang dah terdetik tentang salah ang, ang tak boleh nak berpatah balik. cekalkan diri untuk berubah.

tak payah putus. cumanya:

-jangan berjumpa
-jangan bersms
-jangan cakap dengan bahasa yang lembut dan manja
-jangan buat apa yang couple selalu buat

minta kat mamat tu suruh dia paham. mungkin mula2 kurang kan aktiviti yang selalu korang buat, lama2 nanti biasa lah...

beb, setiap orang layak untuk pergi ceramah agama. sebb setiap orang berhak utuk mendekatkan diri pada Dia..sebab rasa diri ni kotor, tak suci dan bayak dosala membuat kita rasa nak p ceramah agama. nak p program2 yang membawa kita dekat pda Dia...

contoh, orang yang rasa dia lapar dia akan pergi cari makanan. kat kedai ke, restorn ke...tapi, orang yang rasa dia kenyang dia tak kan pergi kedai makan.

cam tu gak la kita. kalau kita rasa jauh dari Dia, kita kena mendekatkan diri pada Dia. jangan makin jauh pulak. tu hamba yang sombong dan tak bersyukur.

banyakkan baca buku yang agama. you are what you read...

kalau ada pape, just tell me...insyaALLAH i will help you....

kita sama2 menaikkan martabat kita sebagai orang perempuan....macammna?

-aurat kena tutup dengan sempurna. sebab sangatlah rendah martabat kita kalau keindahan tubuh kita di pandang oleh banyak mata2 liar adam kat luar sana. sepatutnya, tubuh kita ni patut di lihat oleh seorang adam je, yakni suami kita.
-aurat yang sempurna ialah pakaian itu tak ketat, longgar dan tak jarang serta tidak menampakkan susuk tubuh kita.

kita masuk syurga bukan sebab amal kita semata2, tapi kerna redha dan rahmat Nya juga...nak dapat redha dan rahmat Dia, kena lah banyakkan buat amalan yang mendekatkan diri kita pada DIa....

aku harap, kau sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Ilahi...:)

meminta

dia meminta lagi
pada yang tak sepatutnya
bersalah jika tak tunaikan
tapi aku tak punya apa
kerna sekarang aku sendiri tidak cukup
masih ada yang belum ditunaikan
maafkan aku!

aku meminta pada seseorang
agar dia dapat tunaikan
apa yang sidia minta
alhamdulillah
dia mengerti
berjanji untuk memberi
semoga murah rezki

Thursday, October 14, 2010

menangis dan melompat

aku minta maaf...
sebab aku sangat malu...
sampai tak terucap apa yang benar
maafkan aku!
tak pe, aku halalkan...
tak pe, aku maafkan...
harap, kau pon begitu...

rasa macam nak nangis...
rasa macam nak melompat...

tapi, sangat rasa nak tidur...
agar dapat tenang semula!

pakai minyak wangi?

"awak pakai minyak wangi apa hari ni"

"oh...saya tak pakai minyak wangi...."

Wednesday, October 13, 2010

capek bener!

panas terik yang terpaksa diharungi bersama titisan keringat
sangat panas...dan sangat lesu...
tidak bermaya untuk berkata-kata...
suara yang terlontar sangat perlahan...
harap mereka mengerti...

masuk office lepas keluar tadi, tidak disambut oleh sesiapa.
kerna tiada bos atau mamat dalam office...
sudah disedari lagi awal kerna pintu terkunci...
itu tandanya memang tiada yang didalam walau lampu terpasang...
menghempas diri atas kerusi sambil bermenung...
panas sungguh rasanya..
mungkin bahang diluar masih terasa sampai office...

tak lama, mamat itu masuk...
seperti biasa, berlalu melewati depanku tanpa berkata apa...
riak wajah juga selamba seolah tiada siapa...
dah biasa keadaan itu, dan aku buat macam biasa...
mungkin kami sama-sama bujang...
harus dijaga adab dan pergaulan...
agar tidak terlebih dan mengundang dosa...

cuma, bila bos masuk dalam office...
kedengaran suara salam dari dia...
dan pasti aku disapanya...
hanya rasa hormat pada dia sebagai ketua...

selang beberapa saat, mamat keluar dari biliknya...
menuju ke suis air cond dan menghidupkannya...

'patutla panas......'
aku mengeluh...
baru ku sedari aircond tidak terpasang...
sedari aku melangkah menuju ke office...

dan mamat itu tersenyum kecil....
tanpa berkata apa...

dan aku meneruskan pemenungan aku...
kerna aku rasa sungguh capek hari ni...
bener bener capek pak!
izinkan ku berehat sebentar....:)

ini entry serius!

satu-satu diperlihatkan kebodohan diri. terlalu banyak kecuaian dan kesalahan yang dilakukan. dek kerana keburuan untuk menyelesaikannya dengan cepat. oh! malunya. lihatlah pada diri. kenapa ia terjadi sedemikian rupa? seolah si Dia mula menjauh.

kalau dahulu tidur bukanlah untuk nyenyak, tapi untuk terjaga dimalam hari. merayu dan meminta pengampunan Nya. agar dipermudahkan segala urusan. agar hati ini tenang dalam melalui kehidupan disiang hari. agar dosa disiang hari diampunkan. rayu dan terus merayu tanpa rasa jemu. hingga sejadah dan telekung itu basah dengan air mata pemadam api neraka. dan akhirnya, mata itu mengantuk dan tutup dalam rahmah Dia.

tapi kini?cuba koreksi diri. setiap malam, hanya berniat untuk bangun. dan bila dikejutkan Dia dengan telefon yang berbunyi, mata itu tutup kembali. menyambung mimpi yang sia-sia. menarik selimut dengan penuh kenikmatan sambil menikmati keseronokan memeluk bantal dimalam hari yang dingin.

dan kejutan itu tak pernah penat. setiap malam, pasti akan dikejutkan dari lena. kadang berkali-kali dikejutkan Dia. namun, manusia itu masih terus menerus menyambung lena. hingga kadang subuh melepasi syuruk.

nah! ini lah yang kau dapat wahai anak adam...kelalaian kau yang terlalu melampau. dan kau masih tak sedar. kau masih lena. kau masih seronok dan bahagia dengan apa yang Dia kurniakan. langsung kau tak ada rasa malu dan takut pada Pencipta!

tenangkah dirimu sekarang? damaikah jiwa kau saat ini?
lihat saja kerjamu...
semua jadi celaru....
semua jadi tak menentu...
dan kau sendiri buntu!

apa saja yang kau buat pasti ada yang salah. seolah ditutup mata hati untuk melihat yang betul. memandang yang benar. pasti ada sesuatu pada hati kau. seolah hati kau kian kelam dan legam.

ayuh! bersihkan semula jiwamu. renovate hati mu. cuci amal mu. agar semuanya berkilat dan terang semula. agar kerja mu sempurna.

atau mungkin juga kau telah membuka aib seseorang?menceritakan keburukan sahabatmu. hinggakan aib mu ada yang memandang. serta burukmu terserlah?

ingatlah....anak adam yang menjaga aib saudaranya, diakhirat nanti ALLAH akan jaga aibnya.
dan didunia juga kau akan merasa aib yang ditutup Dia. sebab kau hanya lah anak adam! yang banya cela dan besar aib nya. jadi, tutuplah aib sahabatmu. jagalah aib saudaramu.

memang seronok bercerita tentang seseorang. tapi, sudah tentu dia rasa tak seronok dengan keseronokan mu itu!

dan ketahuilah akan dikau wahai anak adam...

bersyukurlah dengan apa yang kau ada sekarang. jangan kau berlagak dan sombong tak tentu hala. mengata kan kaulah yang paling beruntung. yang lain?kasihan....

Dia Maha Adil! kau ingat tu....takutlah kalau kau rasa bahagia sekarang. entah apa, yang akan buat kau berduka esok hari. jangan kau terlampau seronok dengan nikmat hari ini. tambahkan syukurmu dengan menambahkan amalan...

semoga masih ada ruang pengampunan untuk anak adam sekalian...

Tuesday, October 12, 2010

say YES to KAHWIN...









malam tadi bercerita tentang masa depan dengan seorang kawan...

'weh, sebenarnya hujung tahun ni aku nak tunang'

'wow...ye ke?tahniah...orang mana?'

'sama kampung gak...sungai besar. tapi dia kerja kat johor'

'oo....dah lama kenal?macam mana boleh jumpa?'

'tak la lama. jumpa kat internet'

'internet?'

'dalm facebook. aku malas nak approved orang yang aku tak layan. dia asek bagi msg je. aku buat bodoh je ngan dia'

'pastu?'

'last2 dia suruh aku buat istikharah. dia bg nama penuh dia'

'owh...mimpikan dia la ni?'

' tak la..x mimpi pon. cumanya aku rasa ok'

'maksudnya?'

'istikhrah tak semesti melalui mimpi kan? kadang ALLAH tenangkan hati kita bila kita buat keputusan tu. dan dimudahkan urusan'

'ermm..betul.....mesti excited'

'ntah la...'

'selalu jumpa?'

'tak la. ari tu jumpa kejap masa dia datang merisik lepas raya ari tu. call pon jarang. dia call aku time dia nak bagi tau pasal hantaran'

'oo...baguslah'

'aku baca buku fatimah syarha. tautan hati. baru aku sedar makna cinta sebenar dalam islam'

'best eh buku tu?aku tak baca lagi. pemilik cintaku adalah aku baca'

'tu pon aku ada baca. tapi, kau try la baca tautan hati. sebab tu kalau boleh aku tak nak keluar ngan dia ke. dating ke...gayut dalam phone ke. dosa je sume tu'

'betul....kalau nak dapat kebahagiaan sebenar masa kawen ni, jangan gadaikan ia dengan dosa sebelum kawen'

'tu la....ko bila?'

'aku?belum lagi jumpa la...hehe'

'ntah2 da jumpa...dia usyar ko dalam diam'

'haha...ye ye je ko ni...eh, tema tunang nanti warna apa?mesti ungu kan...ko kan suka warna ungu..brapa hantaran?'

'ntah...tak decide lagi.eh, ko ingat lagi eh aku suka warna ungu'

'mestilah...masa form 1 kan kite sebilik. mak ayah ko kerja kat ATM lagi?'

'ha....eh, itu pon ko ingat?'

'ingat la....mak ko kerja bhgian office kan?ayah ko yang kerja luar'

'ha...betulla.....aku ingat ko dah lupa aku'

'mana nya aku tak lupa...ko kan selalu tolong kemas loker aku. sebb ko rajin sangat nak ngemas. satu bilik ko nak ngemas'

'haha...rindunya kat sekolah sabak....nanti ko bagitau member lain eh?'

'ok....eh, ko tak cakap hantaran ko brapa?'

'aku tak minta...ikutlah dia nak bagi berapa'

'baguslah....ko dah len la sekarang....'

'lain ape nye?

'macam tak caya je bila aku tengok ko sekarang. dah la jadi ustazah dah....'

'ala...biasa je...bakal tunang aku pon cikgu gak.ajar akaun'

'fuiyooo....baguslah....sekufu...hehe...eh, banyak lak kredit ko tepon aku lama2 ni...'

'satu yang ko lupa pasal aku...sabtu ari 2 besday aku la..ni dapat kredit free'

'ow......hehe...epy besday anis...semoga diberkati umur, dimurahkan rezki...dan semoga bercinta sampai syurga'

'hehe...thanks...eh, ko ada baca buku aku terima nikahnya saifulislam?'

'ada...3 siri aku dah baca...aku terima nikahnya, bercinta sampai syurga dengan murabbi cinta'

'baguskan buku tu?'

'bagus...dan sangat bagus kau baca. ko kan dah nak jadi bini orang'

'hehe...aku cadang nak hadiah buku tu kat tunang aku'

'dan memang bagus...nanti jadi isteri solehah ye'

'insyaALLAH...'








besar punya

kau memang besar
kau memang laju
tapi ada satu yang kau tak boleh tiru aku
menyelit waktu jam!
haha
padan muka kau
tadi berlagak potong aku

Monday, October 11, 2010

gembira!

melihat mereka gembira
sudah cukup membuat aku tertawa

melompat gembira
kerna dapat seringgit dua

nilai itu tak sebesar mana
tapi mereka suka tak terkata

kau masih mentah
belum pernah rasa marah
kerna hak dan ketenangan yang diratah

nikmati hidupmu
sebelum kau dibelenggu

semoga satu hari kita bertemu
disaat kau dah mula jemu
dengan apa yang ada ditanganmu

macam mana?

malunya! macam mana aku nak cakap dengan dia

yang aku memerlukan sesuatu yang sangat penting dari dia

serious! sangat penting.......

tolong............!

aku rasa.....

penat.....
semalam berulang alik

malu......
terkantoi ngan seseorang

bengang........
dia buat tak tahu

sengal.........
tertekan hp call orang

ngantok.........
semalam mimpi bukan-bukan

sorry...........
salah print lagi

jenuh...........
dok nunggu orang bayar duit

serabut...........
ada fail yang nak kena submit

buntu..........
kenapa aku masih begitu

seronok.........
mengingati cerita semalam

senyum.........
teringat sesuatu

sewel.........
macam tunggul je!

kerek.......
senyum la sikit

sudah!
nak mula buat kerja...

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 lagi.....

hari ini berlalu...
dan aku mula memandu...
hati dan jiwaku....
mencari sesuatu...

nak balik ke shah alam...
kemudian ke puncak alam...
untuk menikmati alam...
adakalanya indah adakalanya kelam...

namun ada satu yang aku cari
tentang jiwa dan makna diri
ingin bangun setelah jatuh lagi
biarkan aku berlari

nak lari laju-laju
sampai nafas dah ke ulu
sampai tercapai mahuku
mahu bersamaku?

kadang aku jemu
kadang aku melulu
kadang aku buat tak tahu
kadang aku malu

mulakan nafas baru
mulakan semangat baru
mulakan azam baru
lupakan kenangan dulu
dan sentiasalah kau bersamaku!

Saturday, October 9, 2010

susu, gula dan roti

perbualan antara si anak dan si bapa

'dah gaji?'

'dah'

'belikan ayah susu.'

'ok..lagi?'

'beli gula dengan roti sekali ye'

'ok, nanti saya hantar ke rumah'


pertama kali dia meminta
duit dari anaknya
dibuang ego dan segala
kerna susah yang dia rasa

dia sudah rasa susah
anak-anak bukan tak mengenang jasa
cuma sakit semalam masih terasa
tapi tetap menghulur apa yang diminta

rasa sangat kesian, tapi nak buat macam mana
dia masih punya tanggungjawab disana
walaupun gaji anak itu tidak seberapa
tapi tetap dihulur juga
tidak mahu digelar anak tak mengenang jasa
takut andai hati tak tenang dan juga jiwa
dek kerana menghampa si tua

anak itu bukan nak berkira
apatah lagi untuk melupa
si tua yang banyak menabur dasa
membelai dari kecil hingga dewasa

apalah nilai rm50 di mata
tak luak pon duit yang ada
kerna bagi pada si tua
hati kecil yakin dan merasa
ALLAH itu Pemurah dan Berkuasa
yang baik akan dibalas jua
yang buruk juga tak terlepas dari Dia

si ayah yang dah tua
membilang hari melalui usia
yang hampir menuju ke senja
tak tau bagaimana
nasib disana

dia menyesali dan sudah merasa
balasan atas semalam dia berdosa
sibuk mengejar cinta yang muda
hingga lupa anak dan bini disana
nasib juga anak-anak masih mahu menjaga
dihulur juga seratus dua
untuk si ayah terus menyara
anak-anak kecil dan bini yang ada
yang tak sudah masalah bertimpa

sabarlah wahai si tua
tingkatlan amalan selagi ada
moga bahagia kau disana
atas penyesalan dosa-dosa

cerita ini tentang mereka
tiada kaitan dengan kau atau sesiapa
hanya berdoa dan terus meminta
agar hati terus tabah dan bersedia
dengan cabaran yang menduga
dan berharap semoga masih ada
ruang dan peluang yang tersisa
untuk menebus khilaf dan dosa
terus berbakti sepanjang masa
agar hati itu sentiasa gembira
dan hilang segala duka


.................................blur.............................................................................

campoq adoq...

lama giler tak tengok hindustan, petang tadi lak, cerita best...MANN...

amir khan ngan manisha koirala...cerita ni dah lama giler...since aku sekolah rendah kalau tak silap. cerita ni banyak kenangan kot. sebab masa cerita ni meletup dulu, aku sangat la minat kat aamir khan tu. dan cerita tu memnag meletup. seingat aku, iwan pernah buat lagu 'tina ka tin tana' versi melayu...antara bait yang aku ingat bila dah tukat jadi lagu melayu...

dia tidak cantik mak...
dia tidak cantik mak...
yang sedang-sedang saja...
yang penting dia setia...

haha...

paling sedih, masa lagu aamir khan, manisha ngan nenek aamir khan...
dulu apal kot....

...............................................................................................................................................................

tadi p pekan tanjong ngan adik aku. terjumpa kawan lama.

'eh, esok ko free tak?'

'aku pagi2 kena balik shah alam.ada kerja sikit. napa?ko nak tunang eh?'

'tak de la. kakak aku.'

'ko bila?kata nak sekali ngan kakak ko?'

'kak aku tunang dulu. bulan 12 ni, insyaALLAH.'

'owh...nanti kenduri nye same la ye?'

'rancangnya cam tu la'

'owh....tahniah eh.'


ni kawan aku masa skola rendah. tapi kami still keluar sama2 kalau masing2 ada kat kampung. la ni tinggal 4 orang je yang aku still keep in touch. member lain, sekadar jumpa kat jalan, angkat2 tangan je....huhu

pastu masuk pasaraya sakan. kak aku kirim baju kelawar. baju dia banyak dah tak muat sebab perut dia dah besau. baby dah mengembang dalam perut dia...huhu...

aku membelek baju kelawar yang ada. tapi, rasa macam mahal. rm17.90. aku baru je usyar kedai sebelah, tapi kedai cina la...harga baru rm16.90....mula2 ada sorang budak lelaki ni yang layan aku...masa dia datang kat aku, aku terbau asap anak jin...huhu

'awak smooking eh?'

'ha.....(tersipu2)'

'seronok eh, jadi anak jin?'

'ubat nyamuk la kak...'

'oh...ubat nak jadi kuat la ni?awak lepas spm ke?'

'xde la. saya baru form 4'

'sekolah lagi....ni buat part time ke?'

'ha'a....'

'dik, yang ni brapa harga?'
(aku tunjukkan baju kelawar yang tak ada tanda harga)

'kejap eh...'

budak lelaki tu berlalu sambil aku masih meneliti corak yang aku rasa ok...

datang plak budak laki lain. yang ni, aku tak bau rokok...

'dik, xde diskaun ke?baju ni cantik, tapi mahal. yang ni pulak, murah, tapi tak berapa cantik'
(aku membelek kedua baju yang budak lelaki tu ambik kat sangkutan)

'tak boleh la kak. yang ni guna code, terus masuk komputer.'

aku membelek2 baju kelawar tersebut. tiba2, aku rasa aku pon nak beli gak satu.hehe

'awak form 4 gak ke?'

'saya?xde la. saya 18 la...'

'owh...ingat kan form 4 gak. tadi, budak tadi form 4'

'mana?yang kecik tu ke?'

'entah...sama je ngan awak. tak sambung belajar?'

'x la kak...nak cari duit dulu'

'ooo...ok.....'

aku terus membelek dan berkira2 untuk membeli...

'tapi, kalau akak nak, kejap eh'

budak laki tu cabut harga baju yang murah tu dan nak tampal kat baju yang agak mahal.

'eh, jangan! tak pe la kalau tak boleh murah. tapi, jangan menipu. dosa tau! duit ni hj omar punya. bukan awak'

'ye ke hj omar?'

'owner kedai sakan ni hj omar kan?'

'err...betulla...'

'dik, tak baik menipu dalam berniaga. tak berkat duit tu.'

'err....'

'ingat tu, jangan sesekali menipu lagi. ni bukan awak punya. aka ambil dua-dua'

aku berlalu pergi ke cashier. aku tak sangka yang pertanyaan aku untuk dapatkan murah, budak laki tu sanggup nak tukar harga. last2, aku amik 2 pasang. aku dan kak aku.
huhu.....

aku rasa agak bersalah, kerna aku mendorong untuk budak laki tu berbuat begitu yang sudah terang ianya tak beretika...


keluar dari kedai sakan, aku p beli kelapa 3bji. rasa sangap plak nak makan jeli kelapa. aku dah pon usyar kat internet tadi camne nak buat. la...senang je....

cumenya jenuh nak membelah kelapa tu. anak2 buah aku plak sebuk nak airnya. aku bg pilihan, nak jeli atau air kelapa?dan mereka akur....padahal, senyap2 aku minum air kelapa tu sikit...sedap weh....hehe

ni nak tunggu jeli tu sejuk...:)

10.10.10

salam....
dah lama tak balik kampung. since, aku balik cuti raya ari tu. agak lama sampai aku rasa jalan yang aku lalu nak balik kampung macam dah lain. eh, baru 3 minggu tapi aku rasa 3 tahun je tak balik. kan aku balik tiap2 minggu. hehe...

sampai rumah memang dah maghrib. dalam kol 7.30. sekarang kan maghrib cepat. jadi 7.30 dah gelap macam pukul 8. dan aku sempat singgah beli jeli kelapa. sedap giler!
first time aku makan jeli kelapa masa kat melaka ngan member2. siap bungkus lagi bawak balik.

so, dis week dapat sehari je kat kampung. sok pagi2 kena balik shah alam. aku nak submit form untuk client bos aku yang nak buat company baru.

untuk makluman semua, SSM buka esok hari sempena 10.10.10...ehm, tarikh yang muncul 100 thn sekali. jadinya, sangatlah cantik tarikh tu untuk form new company. semalam petang bos aku tanya...

'awak tak kisah ke kena kerja ari ahad?'

'tak pe...ahad memang saya kat shah alam pon.'

ingat, never say NO to bos ok. hehe...memang aku kat shah alam pon ahad tu, sebab kawan aku ada wat open house. walaupun raya dah habis sebenarnya, tapi tak pe. rezki jangan ditolak. dan sangat lah wajib memenuhi jemputan.

dan esok juga adalah hari ulangtahun bagi shah alam menyambut 10 tahun sebagai bandaraya.

serta, ramai yang mendirikan masjid pada tarikh itu. orang kampung aku je, dah berapa orang yang buat kenduri. memang tarikh tu sangat best. ehm, aku pon pernah mengimpikan sesuatu pada tarikh itu.

semalam, borak2 ngan mak...

'mak, banyak bece'an minggu ni?'

(bece'an dalam jawa maksudnya, kenduri kawen)

'banyak. kampung ni je ada 3. tak masuk lagi kampung parit serong(kampung depan)'

'ramai yang ambil tarikh tu. kan esok 10.10.10. tarikh sekali dalam 100 tahun.'

'anak ckgu habib pon kawen esok'

'tau. kak ijun. dulu masa kat sabak, masa form1, dia form 6'

'angkasawan negara pon kawen ahad ni kan?'

'ha'a...mak, tau tak...sebenarnya pon ada angan2 untuk tarikh tu'

'apa dia?'

'dah lama plan da. 10.10.10 cadangnya nak tunang.hehe....tapi, tu la...sampai sekarang tak ada rombongan pon.'

'amboi...dah gatal ye...belajar tak habis lagi ni.'

'sebab tu nak tunang je baru. nanti 11.11.11 nikah, 20.11.2011 kawen. masa tu kan dah habis belajar'

'habis, ni ada tak yang nak datang ahad ni?'

'hehe....mestilah tak......'

haha....itu angan2 aku masa zaman dulu........esok aku nak merayakan 10 tahun shah alam menjadi bandaraya sebab hampir 1/10 hidup aku banyak habiskan kat shah alam....


semalam bapak pon ada kat rumah...mak masak daging pelanduk masak lemak cekur....
patutlah sedap...daging pelanduk rupenya....bapak dapat masa p berburu.

my bapak ada senapang. so, kadang2 dia p berburu. part time je. dan dari dulu, kami dah biasa makan landak, kancil, pelanduk, kijang....

landak sedap, tapi darah dia agak hancing. dan duri dia sebagai tunjuk kami tika mengaji.
kancil pon sedap.

tapi, ayam hutan lagi sedap. tulang dia keras dan bapak aku buat tulang ayam tu sebagai batang rokok dia.

tapi, la ni dah susah nak makan benda tu semua. dah makin pupus.....

sekurangya, aku dapat rasa...alhammdulillah. tapi kami paling suka makan daging burung. burung wak-wak, dan burung ape tah lagi yang aku tak ingat nama.

kadang2 bila makan daging burung tu, mesti akan ada yang dapat biji peluru.:)

Friday, October 8, 2010

sewel!

aku rasa hari ni, ada 2 orang yang terdetik dalam hati mengatkan yang aku ni sewel.

tadi, aku p ssm. company baru yang aku lodge semalam tak valid lagi sebab tak buat stamping. nak kena print balik cover depan M&A. wa mana bawak pendrive. pastu sms kat mamat tu, tolong email kan kat aku. sebab semua tu ada kat laptop aku.(err, maksud wa, laptop bos tapi kat meja wa...huhu)

aku nak call dia, tapi batery aku nak kong dah...dapat mesej je la. aku tunggu dia reply kata ok. lama giler...
tengok jam kol 12 lebih...mamat ni dah p masjid ke?
biasa kalau time cam ni dia lom kuar p masjid lagi ni. aku tunggu sampai dekat kol 1. xde gak dapat mesej dr mamat tu.

tengah dok tunggu kat depan bsn kat pkns tu...aku TERcakap dengan nada yang kuat..

'eiii....cepatla bagi jawapan. jenuh dok nunggu ni.'

dan aku terpandang minah yang tengah jual barang kat depan aku ni. dia tersengih ngan aku. dan aku balas dengan senyuman.

huhu...malu woo....mesti dia ingat aku sewel sebab aku cakap sorang2....

aku pon bersangka baik, yang mamat tu ari ni p masjid awal....cepat2 aku p balik office balik. sampai kat parking motor, aku nampak kereta mamat tu ada kat depan aku, baru je gerak nak pergi masjid.

lagila panas hati wa.......wa tengok hp, dia bru reply...

'da email'

dan kau TERcakap dengan nada yang kuat lagi...

'eiii...dari tadi tak nak bagi jawapan. aku da sampai sini baru nak sms. geramnye!'

dan aku terpandang belah kiri aku masa aku nak bukak helmet. pakcik sorang ni terkebil2 pandang aku. dan dia tersenyum kat aku. dan aku balas dengan rasa sangat la malu.

pehal la time aku nak bebel sorang2, ada orang dekat ngan aku...

urusan tak settle lagi......

ok, jumpa lagi...~~

jemu & motor

aku bukan jenis cepat bosan dengan sesuatu. mungkin?

sebelum ni, kalau p kuar makan ngan member, yang aku order hanyalah mee goreng basah. dan aku tak pernah jemu untuk menikmatinya setiap kali masuk kedai makan. agak lama, kira2 berbulan2 aku hanya order mee goreng basah je. sampai satu hari, kawan aku tegur.

'tak bosan ka hang ni makan mee ja?order la benda len plak. aku plak yang bosan'

eh, yang makan kan aku?huhu....

then, aku tukar menu len...nasi putih+tomyam n telur dadar. agak lama gak aku bertahan sampai satu hari rasa nak diet, x mo makan nasi.haha.....ye ye je aku ni...

dan sekarang, aku tak jemu untuk makan meehun goreng...sangat sedap...aku nak rasa meehun goreng setiap kedai. baru leh tau mana sedap mana tak.

dan sekarang kat praktikal aku x jemu untuk beli mehun goreng+daging masak merah+teh panas kat makcik bawah ni. sedap kot....

tapi, kalau ada terhidang kat depan mata wa, wa makan je. cuma kalau diberi pilhan wa pilih meehun...huhu

dan wa rela untuk memiliki sesuatu 2x setelah ianya rosak atau hilang. hp yang wa ada sekarang adalah hp kedua yang sama jenis dan sama pattern dari hp yang dulu. bagi wa, ada sentimental value kot.

dulu bapak wa ada bg hp. nokia biasa2 je. yang boleh msg n call je. tapi hp tu ilang. n wa beli baru hp yang sama model dan warna.

tapi la ni, wa pakai hp nokia gak tapi len model. dan hp ni wa pernah ada dulu masa hp wa ilang lagi, kak wa ada bagi wa hp ni. dan wa sangat bahagia bila pakai sebab hp tu nipis dan wa leh selit kat celah topi keledar. huhu

dan wa da beli 2 pasang sandal yang sama jenis dan saiz dengan 2 sandal yang wa pernah ada dulu sebb wa rasa selesa bila pakai.

tapi, wa bukanlah jenis yang setia kot! cumanya jenis yang tak cepat jemu....ehm ,pada barang2 ok....sebab barang2 wa asek ilang je...huhu

dan kwan wa pernah tanya...

'mungkin kau boleh terima orang buat kali kedua sekiranya dia pernah luka kan hati kau dulu'

wa....
'mungkin......'



dan semalam petang, wa pergi kedai motor sebab wa rasa motor ni macam tak laju je. sebab honda ex5 boleh potong wa slumber je...tak puas hati giler...

rupanya, minyak hitam dekat nak kering da....huhu...last skali wa ganti bulan 7 kot....haha. mamat kedai tu da geleng kepala. dia kata...

'ganas sangat awak bawak motor. tengok, dah banyak longgar2 skru'

wa reti naik, tapi tak reti nak jaga...kan moto wa ni antik. ada la sorang mamat ni dia betulkan motor gak. dia kata..

'tukar je la moto baru.'

'boleh. bagi duit. nnti saya tukar'

'xpe, ujung tahun ni kan dapat bonus'

'student mana ada bonus'

tiba2 dia tanya kat tokey kedai tu...

'bos, motor ni trade in dapat brapa?'

'tak payah maa...pakai je dulu...rugi woo...spare part susah nak dapat'

bantai gelak semua orang kat situ.ni dah kire ada 'kurang asam' disitu.

'ala...tak habis bayar lagi la. rasa nak ilang kan je. nak claim insurans beli motor baru'

mamat...
'cuba la letak kunci pastu tinggal tepi jalan'

mamat kedai....
'ni, orang nak curi pon pk 2x...haha'

aku...
'agak melampau la...motor ni banyak jasa tau. sampai negeri sembilan saya p'

masa nak balik....

mamat....
'hati-hati bawak motor'

mamat kedai...
'hati-hati pakai motor'

aku....
'tersengih sambil berlalu....

dorang suka suki je nak ngutuk motor aku...dah berkira2 nak tukar motor ni...insyaALLAH, hujung tahun ni kalau ada rezki la....

dan teringat satu perbualan antara aku ngan mamat customer kedai tu...

aku...
'lama lagi ke?dekat nak maghrib ni'

mamat kedai...
'kejap je lagi'

mamat....
'malam ni malam jumaat. kena baca yaasin'

aku...
'tak semesti kena baca yaasin bila malam jumaat'

mamat....
'baca yaasin malam jumaat bagus'

aku....
'bagus bagi orang yang tak baca quran malam2 lain, elok le baca yaasin malam jumaat. sekurangnya, baca la gak'

mamat...
'malam lain sibuk'

aku...
'ni dunia je...tak kekal pon...buat apa nak sibuk2 sangat'

mamat...
'ko bujang lagi la dik. boleh la...abang ni, anak2 da ramai. nak ngajar anak ngaji lagi'

aku....
'tak pela...ngajar anak ngaji pon dapat pahala gak'

dalam hati aku...
'la....dah kawen ke mamat ni...nampak cam muda...haha...motor dia leh tahan gak...motor besar...baru nak usyar....haha...'

hehe....tak delah...men2 je....tak de hati pon...cuma bengang sket ngan mamat tu sebab dia kutuk motor aku kaw-kaw punya. tau lah motor dia motor besau....huhu

dan pagi tadi, aku dapat kalahkan ex5 dan LC....dah laju balik motor aku ni...
bahagia sikit bak p office...:)

Thursday, October 7, 2010

jamuan makan lagi...:)

hari ni agak kelam kabut
bagai dilanda ribut
dan aku serabut

.......................................................

hari ni ada lagi jamuan makan. selagi raya tak habis, selagi tu ada makan free....hehe
kali ni, di main office kepada company aku. dan sangatlah segan. tapi, x la sesegan kat office yang sebelum ni. dan aku tak cover makan. sebab, ada kawan kat situ. budak kuliah aku ada wat praktikal kat co tu. kira, ada kawan la. dan ada sorang lagi member kuliah juga turut dapat jemputan ke jamuan makan tersebut.

seperti biasa, kami pergi bertiga bersama. kali ni, bertiga dan bukan berempat sebab bos aku sorang lagi tak da kaitan dengan company yang kami p ni. kecoveran aku agak kureng. dan aku sangat bahagia mengambil makanan tanpa rasa segan dan diperhatikan.hehe...kalau tak, nanti aku kelaparan. kita belajar dari kesilapan semalam ok?

agak seronok la sebab dapat sembang2 ngan member. padahal, masa kat uitm aku tak pernah pon tau nama dia. dia je tau nama aku. aku cuma kenal muka dia ja.hehe...sangat tak patut.

lepas makan2, kami pergi alam sentral. bos nak beli barang komputer, dan aku kena pergi ssm lodge form. sampai sana, form yang aku nak lodge tak valid plak, sebab xde cover. ni first time aku lodge form untuk form new company. so, kena la p naik level 4, cari kedai printer. bapak mahal! print sekeping 50sen. kalo kat sek 7, 10 sen jer...banyak gile runtung dia ni. dah la B&W, kertas bukan kertas doubleA. nasib baik nak print 2 keping je.

rupanya, masa aku tengah dok sibuk print bos n mamat tu cari aku. aku tak perasan lak hp bunyi. dorang da dapat beli barang dorang. so, kena la tunggu aku. sorry bos!

dan sangat la terharu. rupanya ALLAH gerakkan hati aku sebelum keluar office tadi ada hikmahnya. DIA gerakkan hati aku supaya aku buat backup file kat pendrive aku. dan bawak punch!

dan semua itu memang sangat aku memerlukannya. ini bukan nasib baik atau kebetulan. tapi ketentuan dan suratan.

padahal, aku selalu culas dan malas....huhu....
Astaghfirullah.....

dan hari ini, berlalu dengan waktu2 yang terisi dengan kesibukan aku membuat dan menyiapkan kerja yang berbagai buat aku pening dan sakai.hehe....

tadi, dalm kereta bos kata....

bos...
'la ni susah nak cari student praktikal lelaki. kalau lelaki, senang sikit nak suruh gerak mana-mana.'

aku...
'student laki pon tak ramai. dalam kelas kalau ada 30 orang, 5-6 orang je lelaki.'

mamat...
'kesian sungguh....'

bos....
'kalau dapat yang perempuan macam awak, senang sikit. pandai bawak motor. nak pergi mana-mana pon senang. tak delah yang jenis pergi mana2 bapak anto, naik bus'

mamat...
(ketawa)

aku....
(tersengih....hehe)

bos, sebab tu bapak wa ajar wa naik motor dari wa sekolah rendah. jenuh bapak wa nak p jemput anto anak2 dia....11 orang tu...bengkok kot.....

dan aku hanya mampu jawab dalam hati.hehe.....
tapi, aku juga takut bila teringat rasulullah melarang perempuan berjalan seorang diri kecuali ditemani mahramnya.

ampuniku ya Rasulullah....aku tak suka menyusahkan orang dan suka bergerak sendiri. tapi, memang kalau ada kawan aku lagi seronok. tapi, sekarang ni, agak mendesak untuk aku keluar sendiri....

moga setiap perjalananku dilindungi ALLAH....
dan perjalanan kamu juga wahai perempuan bermotor dan berkereta...

semoga dipermudahkan segala urusan...:)