Monday, November 29, 2010

detik yang berlalu laju

mengira detik yang berlalu
yang semakin berlari laju
hingga membuat akal buntu
dan jiwa bercelaru
serta hati yang keliru
dan menyesakkan nafasku

boleh tak aku memberhentikan
putaran waktu yang sentiasa berjalan
untuk aku menggamit kenangan
yang buat mimpi tak berkesudahan

tapi ianya mustahil terjadi
kerna melanggar sunnah Ilahi
pasti ada sesuatu yang tersendiri
hanya DIA yang mengerti

bila rasa bosan, terasa begitu lambat
bila rasa seronok, kenapa begitu cepat?

Sebenarnya hati ini yang tak puas
Untuk menikmati rahmat yang maha luas
Hingga tak terkira setiap nafas
Sentiasa mengalir tanpa culas

Oh angin!
Biarkan aku begini
Menikmati hidup sendiri
Dan aku ingin berdiri
Dengan dia disisi

Oh awan!
Teruslah engkau mengintaiku
Dalam gelap mahupun terang
Kerna ku tahu ada dirimu
Walaupun kadang tak Nampak dipandang

Oh Tuhan!
Ku syukuri nikmat Mu
Yang tak terjangkau akalku
Namun kadang aku malu
Dengan sikapku yang selalu terburu
Kadang melupakan Mu dalam bait nafasku

Oh Tuhan!
Kadang aku cemburu
Dengan dia yang disayangimu
Tabah dan sabar dengan mehnahMu
Dan aku bukan begitu

Oh Tuhan!
Aku tau betapa dosanya aku
Bila riak dengan pujian kepadaku
Sedang aku tak menginginkan itu
Maka, hapuskanlah mazmumah itu
Terima kasih Tuhanku!

Saturday, November 27, 2010

aku dah jadi mak!

Aku bertanya kan seorang sahabat masa tengah YM dengan dia. Dia dah kahwin bulan 6 ari tu.

‘uit, bila ko nak jadi mak?’

‘insyaallah…tahun depan….’

‘ye ke? Tahniah….’

‘eh, ko plak? Bila nak jadi mak?Sibuk Tanya aku ni…’

‘aku?Aku dah jadi mak la…ko tak tau ke?’

‘eh?Bila’

‘dah lama…jadi mak sedare…’

‘mak sedara apa barang?’

Hehe….mak jugak kan….umur aku sekarang belum dikira sensitive bila orang Tanya bila nak kahwin. Mungkin 10 tahun akan datang akan menjadi isu yang paling sensitive untuk ditanyakan atau dibincangkan. Err, aku harap masa tu aku yang menanya orang. Dan orang tak akan nak menanya aku.

Teringat seorang cikgu masa kat kolej mara kuala nerang dulu. Umurnya dah menjangkau 30 tahun. Masa aku mengaji dengan dia, dia nak melangsungkan perkahwinan. Kata-kata dia yang buat aku ingat sampai sekarang.

‘kita tak tau jodoh kita sampai bila. Sejak saya sekolah dulu, mak saya ajar saya doa untuk dapatkan jodoh yang baik. Sejak sekolah menengah lepas SPM saya amalkan doa tu tapi, siapa sangka kan yang jodoh kita campai masa umur kita dah 30 tahun. Semua tu kehendak Dia. Awak semua, doalah dari sekarang. Cepat atau lambat tu, bukan urusan kita.’

Aku dan lain-lain menyengih. Dan aku perasan, bila solat masing2 memanjangkan sujud terakhir. Hehe….

Dan aku sangat rindu kat cikgu tu! Sekarang dia dah ngajar kat MRSM. Paling latest aku tau, kat penang ikut laki dia. Dan ada anak perempuan sorang. Tak tau la plak, sekarang dah brapa orang. Dalam 3 tahun lepas, aku ada sms dia bertanya khabar. Cikgu sms kat aku, sampai sekarang aku ingat.

‘cikgu nak anak cikgu macam kamu. Banyak Tanya dan banyak mulut. Tak la malu sangat dengan orang’

Err, cikgu…saya rasa, nanti kalau anak cikgu banyak mulut bukan dia ikut saya. Dia ikut cikgu tu. Hehe…

Friday, November 26, 2010

apa milik kita?semua bukan milik kita!

Kerja banyak gila! Aku terkejar-kejar lagi dan agak berlari-lari.

Penat memang penat. Tapi ada benda lain yang buat kita penat. Walau apa pun, sisa hidup ini kena diteruskan. Agar menjadi sesuatu yang bukan sia-sia.

Pertolongan yang kecil kadangkala ianya sesuatu yang paling berharga bagi yang benar-benar memerlukan. Rasa lega yang teramat bila semuanya selesai dengan cepat dengan bantuan pihak tertentu.

Wa nak ucap terima kasih banyak-banyak kat en din SSM sebab sekali lagi dia tolong wa. Jasa lu en din memang wa akan ingat. Semoga urusan lu juga akan dipermudahkan kelak.

Semua yang ada digenggaman kita bukan lah milik kita sebenarnya. Baik yang digenggam erat atau dipegang hujungnya tetap bukan milik kita. Bukan wa, bukan lu dan bukan sesiapa. Bila-bila masa si DIA akan mengambilnya semula. Sama ada diambil ketika baru kita miliki, atau diambil tika dah lama menjadi milik kita.

Mungkin juga DIA akan mengambilnya dan menyerahkannya kepada yang lain. Samaada ianya kita redha atau ianya dirampas tanpa hak.

Kadang, kita sedih dan sayu bila ianya hilang dipandangan. Mengharap ianya kembali dan menyesali apa yang terjadi. Adakah kita yang tak reti nak menghargainya atau kita terlalu sayang kan ia.

Hari ni sesuatu milik wa diambil orang. Yang pasti ianya diambil secara bukan hak. Sebab wa tak membenarkan seseorang itu mengambilnya.

Tadi, wa pergi SSM sekali lagi, untuk hantar bornag carian nama syarikat. Bila p kat motor, wa punya helmet dah tak da. Helmet tu helmet baru wa. Lepas raya ari tu wa beli.

Sakit hati dowh! Tapi, nak buat macam mana. Benda dah tak ada kan. Wa naik motor slamber tak pakai helmet dari plaza alam sentral ke office wa kat worldwide.

Yang geramnya, time ni la semua traffic light baru nak merah. Lama giler rasanya nak tunggu kat traffic light tu. Bukan apa, malu dowh...orang pandang semacam kat wa. Wa tau tu.

Kalau kat tanjong karang boleh la lalu jalan dalam kalau tak pakai helmet. Ni shah alam kot. Wa buat muka slamber walaupun baru selisih dengan kereta pakcik polis.

Mat rempit pon pakai helmet time nak merempit. Petang ni wa nak balik kampong, helmet tak ada. Berani je kot tak pakai helmet. Cumanya, nanti kalau jatuh elok-elok panjang umur, jadi pendek umur pulak.

Oh tidak! Banyak lagi benda wa nak selesaikan kat dunia ni.

Kepada lu yang ambik helmet KHI hitam wa kat parking motor plaza alam sentral dalam pukul 3.50-4.30 tadi....

Tak pe la derr...lu amik tu, wa halalkan. Lu tak da duit kot. Ala...wa pon tak ada duit gak. Tapi wa akan adakan juga duit untuk belik KHI hitam yang baru.

Lepas ni derr, lu jangan curi lagi. Dosa tau! Tak pasal-pasal lu kena cari orang tu kat padang masyar nanti. Dah tentu lu tak kenal kan orang tu. Nanti jenuh lak nak mencari ramai-ramai tu.

Derr...tadi wa memang bengang gila! Orang gila pon tak bengang macam wa. Tapi la ni, wa dah ok sikit. Mana la tau kan, helmet KHI hilang DIA ganti dengan LC...hehe

dari antikapel untuk semua

kadang hati rasa bosan
dengan apa yang ada di depan

kadang hati rasa jemu
dengan suasana itu

tapi, mungkin itu juga cubaan
untuk menguji kekuatan iman
menilai tahap kematangan
dan mengira butir keikhlasan

bila mengharap sesuatu
jiwa sentiasa menunggu

tapi bila tak menginginkan
ia datang tanpa pamitan

dimanakah keikhlasan ketika itu
mengharap pujian tak jemu
seronok hanya sekejap bertamu
dan kecewa bila tiada itu

kadang juga keseronokan itu
mengorbankan iman yang satu
digoyah sedikit tanpa aku tahu
rupanya dah banyak aku ditipu

kepada semua
yang aku kenal muka
yang aku tak tau siapa
maafkan! aku alpa
datanglah disini lagi ya
walaupun aku buat derk ja
hakikatnya aku ada
memberi respon dari sana
dari antikapel untuk semua!

Thursday, November 25, 2010

berjumpa dengan mak mertua

Assalamualaikum...

Hari ni aku rasa seperti berjumpa dengan bakal mak mertua yang nak tengok aku ni sesuai ke tak dengan anak dia. Sekufu ke tak dengan anak dia. Dan aku diinterview oleh dia dengan rasa dalam hati yang sangat gabra dan jiwa yang bergelora.

Kecuakan gila yang melanda hati umpama badai yang melanda. Hilang semua sifat-sifat brutal yang ada pada aku. Yang aku tonjolkan hanya sifat keperempuanan yang penuh dengan lemah lembut dan sopan santun.

Bukan hipokrit, tapi rasa hormat yang meninggi untuk mendapat result bahawa practical training aku ni akan lulus.

Dan sekarang aku berdebar-debar menunggu bakal mak mertua aku ni berbincang ngan ‘bapak’ aku tentang proses peminangan. Entah apa yang ‘bapak’ aku akan cakap dengan ‘bakal mak mertua’ aku pasal aku. Aku harap, yang elok-elok.

Ini ke rasa gelora orang bercinta dipinang?

Fuhh....aku harap peminangan ini dan akan datang berjaya!
insyaALLAH....

kalau kat rumah, bapak kite la bos...
tapi, kalau kat office, bos kite la bapak...
hehe...

macam dah tua je kan bos aku ada anak umur 22...
tapi, kalau dia kahwin betul-betul pas SPM, tak mustahil dia dah ada anak yang baya-baya aku.

en bos bagitau kat lecturer yang aku ni cepat lupa. adeh...ni memang betul. sebab company en bos ni banyak giler la client dia. sampai aku pening bila dia sebut tentang sesuatu company ni. bila dia bagi hint baru aku boleh ingat.

en bos kata aku ni independent dan boleh deal dengan third party dengan baik, sebagai contoh SSM.

err, yang ni agak betul gak. sebab banyak kali aku pergi jumpa en din yang kat SSM tu supaya permohonan penubuhan syarikat baru yang aku buat tu diterima setelah beberapa kali dipulangkan balik sebab dokumen tak cukup dan tak lengkap.

hehe...nak tak nak, kena la p jumpa en din pegawai tu walaupun agak malu dan cuak gila!
berani buat, berani tanggung.

dah aku yang salah, so aku gak la yang kena betulkan. nanti hangin pulak en bos tu.
dah la en bos tak pernah marah aku, takkan aku nak ambik kesempatan pulak kan.

tadi, lecturer tanya aku tentang company aku ni. dan aku jawab dengan jujur;

'saya sangat bahagia kerja disini. alhamdulillah. layanan en bos yang sangat baik kepada saya. dan tak pernah membezakan saya dengan en mamat. sebab kami berdua je staff disini. dan en bos tak pernah marah, tapi dia akan menegur salah saya dengan bagus. tanpa ada rasa bengang atau geram'

'en bos ada offer awak kerja lepas graduate nanti?'

'err...tak ada plak dengar dia offer. tak la mengharap, tapi kalau satu hari nanti dia offer, alhamdulillah. saya suka kerja dengan dia.'

'ada tak dia suruh awak buat kerja yang tak relevant dengan kos awak?'

'ada. tapi sangat sikit la. macam bayar bil. tapi, ok la..sekurangnya saya tau semua benda'

'ok la tu. tapi bagus la awak dapat kat sini. kerja semua ok. langsung tak ada masalah.'


nasib baik lecturer aku ni pon baik...hehe
alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang baik....

Wednesday, November 24, 2010

daging kurban dari en bos!

Bila mengejar sesuatu, selalu hampa...
Tapi bila tak mencari, selalu ada...

Semalam, en bos bagi daging kurban. Agak terkejut bila balik dari SSM semalam, ada bungkusan dalam plastic kat atas meja. Siap berbungkus dengan surat khabar. Aku ingat en bos nak bagi hadiah kat aku. Rupanya daging kurban. Hadiah juga kan. Ada dua, untuk aku dan mamat tu.
En bos buat kurban kot tahun ni. Yang pasti dari kelate. Jauh tu...bos kata, kalau rumah bujang berbualan mau tahan. Tu tok mamat tu la. Kat rumah kak aku gerenti tak berbulan. Cuma berminggu je.

Thanks en bos! Len kali bagi lagi.

Semalam balik malam lagi. Banyak sangat kerja yang nak kena settle. Dan hari ni jugalah nampaknya. Dari tadi aku terkejar-kejar walaupun tak berlari nak settle semua job.
Terima kasih kepada en din SSM sebab mempermudahkan segala urusan pendaftaran syarikat yang aku buat tu. Dan sangat minta maaf kat en bos sebab buat silap lagi.



minta maaf kepada semua pembaca blog antikapelsedunia ini andai aku ada membengangkan kamu.



Aku menulis bukan kerna nama.................

Tuesday, November 23, 2010

lempeng pandan

pagi tadi aku cuba buat pankek pandan. tengok resepi kat kak ummi. semalam balik kerja, singgah giant bila barang yang diperlukan.
nak buat pankek, kena ada tepung naik sendiri, susu segar, gula kastor dan lain lain lagi. aku cari gula kastor. yang aku memang tak tau jenis gula apa tu. gula perang aku tau la sebab warna dia perang. last-last aku tak jumpa pon dan aku terfikir untuk guna gula biasa ja yang ada kat rumah kak aku.

sampai rumah, aku tanya kat akak aku. dia kata gula kastor tu gula halus. laaa....gula halus rupenye. punyalah jenuh aku mencari kat giant tu. nasib baik kat rumah kak aku memang ada gula kastor tu. sampai rumah betul-betul azan.huhu...sabar je la. tapi, semalam memang balik agak lambat.
tunggu sorang client nak amek dokumen.

resepi tu pankek strawberi. tapi, aku try nak buat pankek pandan. hehe...sebab rumah kak aku ada tanam pokok daun pandan.

tapi, langsung tak jadi. rasa, ok kot. tapi rupa langsung tak ada macam kak ummi tu buat. seriuos! betul-betul macam lempeng. tak pe, percubaan kali pertama. pankek pon sebenarnya lempeng gak. cuma bentuknya cantik sikit la. lempeng agak nipis. dan pankek agak tebal dan gebu.

apapun, aku bedal je. anak buah aku buat muka pelik je makan lempeng tu pagi tadi. sabo je la. tapi, laju gak dia makan. dan ada ke patut cicah ngan sos dan mayonis. pankek ni cicah dengan madu atau apa2 yang manis. pancake syrup ada jual tapi semalam maleh dah nak cari kat giant tu.

ini email aku.

pankek_pandan@yahoo.com

jangan ditanya kenapa aku buat pankek pandan pagi tadi...:)

Friday, November 19, 2010

situ sini


aku begini, bukan begitu
aku macam ni, bukan macam tu
aku seperti ini, bukan seperti itu
aku disini, bukan disitu

maafkan aku kalau aku bukan yang begitu
ingatkan aku kalau aku bukan macam tu
ajarkan aku kalau aku bukan seperti itu
pimpin aku kalau aku bukan disitu

Thursday, November 18, 2010

bahagia dengan dosa

bahagia itu yang kita impikan....


dulu masa mula-mula kau kenal dia, labuh tudungmu. bajumu lebih besar dari tubuhmu hingga tak menampakkan langsung susuk tubuhmu. kata-kata mu penuh sopan dan lembut.

bukan kau yang hipokrit. kau memang begitu. ingin menjadi wanita yang teragung bukan senang-senang ditonton. dan sidia menyukai kamu kerna dirimu itu. dia menyukai dan ingin memilihmu sebagai pendampingnya kerna dia berasa kau lah paling layak untuk menjadi surinya. kerna penampilan mu yang tak membuat hati lelaki gundah.

dan akhirnya kau dan dia bersatu dengan satu akad yang halal setelah 6 tahun berkenalan. dan kini usia perkahwinan mu dengan dia sudah melangkau 5 tahun. namu makin lama, tudung mu makin singkat. bajumu makin sendat. walaupun tak ketat, tapi ia seolah menampakkan tubuhmu. tudungmu mula dililit kebelakang.

dan dia? ku kira lelaki yang boleh ku katakan beriman akhir zaman. sentiasa mengaji tak kira di mana. masih setia mengunjungi masjid dan surau. dan paling penting masih sabar melayan karenah anak dan isteri.
sehinggalah akhir-akhir ini kau mengadu tentang masalah kau dan dia. dia sudah terlanjur menjalin hubungan dengan isteri orang. tahap ketelanjuran itu tidak pasti sampai mana. yang pasti, dia terlanjur menyintai dan menyayangi perempuan lain selain kau, isterinya.

paling mengejutkan, perempuan itu isteri orang. tidak bertudung. aku tidak menuduh perempuan itu jahat sebab dia tak bertudung. yang aku terkejut, kenapa dia yang tak bertudung yang kau pilih? bukan dulu kau memilih isterimu sebab dia bertudung labuh? dimana letaknya penilaian mu?

dan kau...paling menyedihkan. kau terlalu kecewa dengan sikap dia yang menjalin hubungan dengan perempuan lain. aku tau perasaan kau. kecewa bukan?sedih jangan cakapla..memang sangat sedih. tanpa disangka lelaki yang dicintai menyayangi perempuan lain dibelakang mu.
kau kata, dia tak seperti dulu. sudah mula pandai merokok. pandai menipu dan menyembunyikan banyak eprkara dari mu.

dan kau? bertindak diluar batasan. mengherdik suami mu dengan kata-kata yang agak keterlaluan dek kerna terlalu marah.

ya! memang marah. kalau aku ditempatmu memang aku akan marah gila! satu persatu penipuan itu terbongkar.

kau mula berfikir yang tak masuk akal. kenapa itu yang kau pilih?

kau kata, suami mu mengaku perempuan itu tidak bertudung. dah tentu pakaiannya juga vogue! dan meletup. mengikut standard fesyen.

makin hari aku lihat, tudung mu memang singkat habis. langsung menampakkan dada dan belakang. pakaian mu makin mengecil dan mengetat. kadang memakai tshirt berlengan pendek.
'ini yang dia mahukan! biarkan aku begini.'

ahh...kau main jauh tersasar. ujian ini DIA turunkan padamu untuk menambah imanmu. bukan untuk menambahkan dosamu. kerna ujian yang ditimpa yakni dikurangkan kasih sayang suami pada mu, kau sanggup mengorbankan iman mu?
sepatutnya, kau menginsafkan diri dan muhasabah amal mu. kau patut menambahkan nya dengan lebih melabuhkan tudung mu seperti dulu.

mungkin kasih sayangnya makin singkat sebab tudung mu makin singkat juga.kau juga kata yang dia memilihmu menjadi isterinya kerna tudung dan baju kau yang memenuhi syariat.

kenapa kini kau tinggalkan semuanya. bahagiakah kau dengan dosa?

aku harap, hubungan suami isteri kamu berdua akan bertambah erat dan melimpahkan sakinah dan mawaddah.

kau dan dia, harus muhasabah. kenapa semua ini yang patut kau dan dia terima.

mungkin peringatan dari Dia.

wallahu'alam..

white sand

.... white sand...




hari ni wa rasa ada yang mengintai wa...datang kerja atau tak...mentang-mentang wa sorang kat office...hehe
tak de lah...

pagi-pagi lagi tadi en bos call office bertanya pasal job yang aku kena buat hari ni.
err, bos ni nak usyar aku datang office ke tak ni...hehe

dan baru tadi, kawan bos aku datang office. nak hantar file en bos katanya. en ry namanya. en ry ni memang selalu datang office

'tadi en bos telefon aku. suruh tengok ko datang office ke tak'

'datang la...koje kot. sorang-sorang kat sini. dorang sume cuti'

'tau...tu yang nak tengok ko. kot-kot ko tengah tido ke'

'eleh...mana ada tido.'

'haha...en bos ko tu dah seronok cuti kat white sand'

'erk? white sand? bukan ke dia balik kelantan?'

'ye lah...kat white sand...'

'ow.....pasir putih?'

'ha...tau pon...malam ni aku bertolak nak p kelantan'

'kenapa? balik kampung ke'

'tak la...bercuti....'

hmmm....sabo je le...semua orang nak bercuti...

la ni aku tengah menjulingkan mata untuk menampal beberapa perkataan yang berfont 11 kat satu report ni.

memang agak juling mata aku pas ni..huhu

Wednesday, November 17, 2010

cow itu lembu

bersedia untuk mengagihkan daging cow....


Kat rumah mak ada 4 ekor arnab. Anak buah aku, Ilham bela. Dah tentu mak ayah dia yang belikan. Seekor ibu arnab dan tiga lagi anak arnab. Uteh, abu dan omel. Memang agak comel.

Bila aku balik rumah kak aku, aku pon cerita kat izzah, anak perempuan kak aku.

‘ijah, kat rumah embah ada arnab. Abang iyam punya. Comel sangat….’

‘ada berapa ekor mak fau?’

‘err, ada 3 ekor. Uteh, abu ngan omel’

‘mak fau, arnab tu apa?’

‘erk?. Arnab tu, arnab la..’

**aku terdiam sebab tak tau nak terangkan macam mana kat dia. Sebab aku tak reti pulak bunyi arnab.

‘ala….arnab…ijah tak tau ke?’

‘yela…macam mana arnab tu?’

‘err…rabbit.’

'oooo...rabbit'

Pagi tadi, anak-anak buah aku ikut pakcik dorang pergi surau tengok lembu yang nak dikorbankan. Ikram, anak buah aku darjah 2 cerita pasal lembu tu kat abbas, anak buah aku 5 tahun.

‘tadi kan, ikram nampak lembu kat surau’

‘lembu tu apa?’

‘lembu…tak tau? Cow la abbas.’

‘ooo….. cow! Mooooooo’

‘haa…tau pon!’

p/s:lepas ni, aku kena buat kursus bahasa jawa kat semua anak-anak buah aku.

hari ni raya, esok kerja

pengorbanan ini sekurangnya berbaloi kan....



salam aidiladha buat semua...
moga-moga hati ini sesuci kasih ibrahim, seikhlas ismail dan sesetia hajar....

cuti sehari je kot. agak sedih la...lagi sedih esok dan jumaat aku p office sorang-sorang.

mamat tu dah minta cuti awal-awal. en bos plak tiba-tiba tukar plan nak balik kampung dia yang kat kelantan tu pagi ni. jadinya dia pon akan cuti hari khamis dan jumaat tu.

dan semalam pagi, en bos dan mamat tu dah discuss ngan aku kerja-kerja yang patut aku buat sepanjang ketiadaan mereka di shah alam. huhu

rasa macam tak nak p kerja esok, tapi memandangkan aku kena pergi banyak tempat esok untuk hanta dan ambil dokumen, memang tetap kena p gak.

kepada en bos dan mamat...
wa tak kisah kerja sorang-sorang kat office ni...
dan semoga lu orang berbahagia denan keluarga lu orang...
hehe...

Sunday, November 14, 2010

bercinta dengan suami orang?

Bercinta dengan suami orang?

Apa respon si isteri bila si suami menyatakan hasrat hati untuk menikah dengan perempuan lain?
Hanya iman di dada yang menentukan tahap jawapan si isteri. Persoalannya, adakah semua wanita bersedia untuk menghadapi semua itu?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sayang….
Abang minta maaf kalau apa yang abang beritahu ni akan melukakan hati sayang
Tapi, sebelum tu abang nak sayang tahu
Abang sayang kan sayang
Abang sayang kan anak-anak kita
Cinta abang tetap sama
Dari dulu sampai sekarang

Sayang…
Izinkan abang kahwin lagi satu
abang dah terlanjur mencintai dia
abang tak sanggup nak berpisah dengan dia
dan abang juga tak sanggup terusan mencintai dia tanpa ikatan yang sah
tapi sayang…
abang tetap sayang kan sayang
walaupun abang sudah ada dia
percayalah…
tiada siapa yang akan gantikan sayang dalam hati abang ini
hanya satu yang abang pinta
abang pinta sebuah pengertian dari sayang
maafkan abang….
Abang masih sayang kan sayang
Dan juga anak-anak kita

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apa lagi yang abang mahukan yang tiada kat saya?
Apa lagi yang kurang kat saya abang?
Kenapa abang beralih arah?
Bagaimana dengan saya abang?
Saya sedar, saya mungkin dah tak secantik dahulu.
Waktu kita mula-mula kahwin.
Sampai hati abang buat saya macam ni.
Saya sangat kecewa dengan abang. Hancur punah hati saya.
Bersepai-sepai dan merata-rata.
Tak mungkin dapat dikutip balik.
Mana kata sayang abang selama ni?
Sumpah janji abang nak bersama saya hingga akhirnya?
Abang tipu!
Abang tipu!
Ceraikan lah saya!
Saya tak sanggup lagi hidup dengan jantan penipu macam abang
Tapi ingat!
Anak-anak tetap bawah jagaan saya
Dan saya akan pergi mahkamah tuntut fasakh
Duit nafkah anak-anak, abang jangan buat-buat lupa
Mentang-mentang nanti dah ada bini baru
Sampai lubang cacing saya cari abang
Biar padan muka abang!
Gatal sangat cari betina lain!
Abang!
Jangan harap dapat jenguk anak-anak lagi
Mereka tak ada bapak yang tak guna macam abang
Laki miang!


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Abang…kenapa tak beritahu saya awal-awal?
Kita patut bincang perkara ini.
Ini melibatkan hati dan perasaan…
Abang…
Kalau dia yang abang mahukan
Saya sendiri akan datang melamar dia
Abang…
Saya sayang abang
Sampai bila pun saya akan sayang abang
Saya takkan minta apa yang abang tak mampu beri
Kalau diikut hati memang sangat sakit
Sakit sangat sampai tak terkata
Umpama sembilu tajam menghiris setiap lapisan hati ini
Tapi, abang…
Sebab sayang saya ini lah
Saya tak sanggup abang bergelumang dosa dengan dia
Sayang saya kerana DIA
Mana mungkin bisa saya menodanya
Abang…
Nikahlah dengan dia
Insyaallah saya redha…
Abang jangan peduli dengan hati saya
Satu hari, ia akan terubat juga
Saya rasa cukup dengan apa yang abang beri selama ini
Saya harap, abang bahagia dengan dia
Kerna bahagia abang yang buat saya gembira
Jangan risau pasal anak-anak
Saya akan terangkan kepada mereka
Saya tak nak mereka membenci ayah mereka sendiri

Abang…
Saya masih ingin bersama abang
Walaupun nanti abang bukan milik saya seorang
Saya masih ingin abang menjadi pendamping saya
Di akhirat nanti
Saya masih ingin berbakti pada abang
Ingin menyayangi abang sampai bila-bila
Kerna sayang saya tak pernah kurang walau sekelumit


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kak…
Maafkan saya…
Saya tak berniat nak lukakan hati akak
Apatah lagi nak merampas hak akak
Tapi, saya dah sayang pada abang
Sayang sangat-sangat kak
Saya tak sanggup lagi nak tanggung perasaan ni
Saya tahu saya salah
Mencintai abang walhal dia dah berkeluarga
Tapi rasa cinta ini tak pernah saya pinta
Ia hadir tanpa disangka-sangka
Saya tak sanggup lagi kak
Mencintai abang tanpa akad yang menghalalkan
Izinkan saya untuk berkongsi dengan akak
Maafkan saya sekali lagi kak…

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kurang ajar punya betina!
Berani kau rampas laki aku
Apa punya orang la kau ni
Tergamak kau rampas bapak anak-anak aku
Kau memang gatal
Dah tak ada laki lain ke yang kau nak ngorat?
Laki aku juga yang kau pandang
Apa? Dah terdesak nak berlaki sangat ke kau ni?
Sampai laki orang pon kau nak kebas?
Hey!
Sampai mati pon aku takkan maafkan kau!
Nanti kau rasalah macam mana susah nak layan jantan yang kau tergilakan tu
Mula-mula memang la dia kata cinta kat kau!
Tapi kau tak tau satu benda
Jantan tu banyak songeh
Aku nak tengok sejauh mana kau sabar layan dia
Aku tak heran lah setakat jantan tu
Bersepah-sepah aku boleh cari
Betina miang!
Aku benci kau!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Dik…
Akak faham perasaan awak
Hati dan perasaan memang tak boleh nak paksa
Akan tak da hak nak halang abang
Kalau itu yang dia mahukan
Akak redha..
Akak terima awak dalam hidup akak
Akak sayang abang…
Sayang sangat-sangat
Sebab itu lah akak nak lamar awak
Bagi pihak abang
Biarlah orang nak kata apa dik
Akak harap
Awak jangan lukakan hati abang
Hormat dia sebagai suami kita
Abang layan akak baik sangat
Pasti abang akan layan awak pun baik
Yang akak nak beritahu,
Abang seorang suami yang baik
Bertuah awak dapat jumpa dengan abang
Tak pa dik…
Akak doakan awak bahagia dengan abang

<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ingat satu perkara...suami kita hanya pinjaman sahaja.
sama ada dia meninggalkan kita selamanya kerna dijemput Tuhan.
atau dia meninggalkan kita kerna berjumpa yang lebih berkenan.
maka dengan itu, sentiasalah bersedia untuk semua pinjaman kita.
hanya Dia yang mengetahui segalanya....
apa yang berlaku, jangan sampai hilang rasa hormat terhadap suami.
dia lah manusia yang teragung dalam hidup seorang isteri.
redha suamilah yang menentukan hala tuju kita kelak.
sayangi suami walau dia menyayangi selain kita.
cintailah dia apa ada nya dia.
kerna disitulah syurga kita.
syurga cinta.

ku titipkan nasihat ini buat mereka yang sedang mengalami gelora rumah tangga. bersabarlah...
adakalanya, kita rasa jemu dengan apa yang disekeliling kita. tapi, jemu itu hanya sementara. jangan kau tanam kejemuan itu dengan mencari yang lebih sempurna hargailah apa yang ada didepan mata.

hanya kesabaran kunci kebahagiaan. jangan sesekali meragui keikhlasan dia dalam mencintai kita. tapi, raguilah tahap kesabaran kita dalam menempuh ujian perasaan ini.

Saturday, November 13, 2010

wanita istimewa

wanita istimewa?



Semalam habis kerja pukul 5.30. Tapi, memang hari-hari sepatutnya habis kol 5.30 pon. Cuma keadaan kerja je yang kadang buat aku balik lebih ewat. Balik cepat tak pernah lagi.


Aku tunggu en bos masuk office. Banyak benda aku nak sembang beritahu dia. Pasal satu company ni yang ada kecelaruan pemilikan saham. Yang membuatkan jumlah saham oleh pemegang saham dalam penyata tahunan dan penyata audit berlainan.

En bos suruh aku buat ringkasan, dan aku dah buat. Dan aku rasa aku je kot yang faham. Tak pasti pulak kalau en bos faham apa yang aku maksudkan. Dan aku tunggu sampai pukul 5.30, tapi en bos tak muncul gak. Aku nak p kl sentral sebenarnya nak hantar baju makcik kawan aku yang dia hantar kat aku suruh aku orang kampung jahitkan.

Tu pasal aku keluar betul-betul 5.30. Sebab nak naik train kat padang jawa. Malas plak nak p naik motor p kl sentral. Sampai kat motor, aku nampak en bos tengah jalan menuju ke office. Sory en bos, wa terpaksa balik dulu.

Dan aku ada tinggalkan pesan kat en bos prepare cheque untuk EPF dan SOCSO sebab hari isnin ni due date untuk bayar. So, aku akan p bayar EPF dan SOCSO pada hari isnin ni sebelum aku pergi kl sentral.

Aku kena p kl sentral isnin ni sebab kena buat UBS kat satu company clients. Seminggu sekali kena datang sana. Actually, boleh je buat kerja tu kat office. Tapi, depa nak kami buat kat situ gak. Isnin itu hari mamat tu dah pi. Aku ingat dia je kot yang sambung.

Tapi, en bos minta kali ni aku pulak yang p. aku tak kesah pon sebenarnya. Tapi, reason yang bos aku bagi kat aku yang membuat aku bertambah respect dengan lelaki-lelaki berdua ni…

Office client tu kecik dan semua pekerja dia adalah perempuan. Sangatlah tak selesa si mamat ni nak buat kerja. Kalau dah office kecik dah tentu duduk pon rapat-rapat. Tu yang mamat ni macam tak selesa. Dan bos aku paham keadaan tu, sebab tu dia minta aku pula yang p. ye lah, kalau perempuan sama perempuan tak la tak selesa even office kecik.

Waa….betapa kau menjaga itu semua…en bos, lu memang bos terbaik pernah wa jumpa! Dan mamat, wa dah tau apasal lu segan ngan wa…nasib baik kan, office en bos ni agak besar. Dan kita bukan sebilik.

Kalau semua orang menjaga tatasusila dan pantang larang dalam hubungan antara laki dan perempuan, pasti akan aman dan tenteram.

Aku dah lama gile tak naik train dari padang jawa ke kl sentral. So, agak tak berapa nak ingat la harga tket dan macam-macam lagi. Kan sekarang KTM dan sedia kan coach untuk wanita kan. Masa dr kl sentral nak p patah balik ke padang jawa, aku masuk ke coach wanita. Tengah berpusu-pusu orang masuk, tiba2 ada pak guard masuk.

‘ini untuk wanita je ye. Awak kena pindah coach sebelah’

Owh…rupanya ada lelaki kat dalam tu. Ada 2 orang mamat. Depa pon, pergila ke coach sebelah sambil say sorry sebab depa tak perasan.

Tak lama, ada lagi sorang pakcik guard kata:

‘mana ‘wanita istimewa’ tu yang sesat masuk coach ni?’

Hehe….aku agak tergelak dengan word yang pak guard tu guna. Pakcik, wanita memang istimewa….terasa amanlah sikit dalam coach wanita ni…sebelum coach ni diperkenalkan, aku rasa mual bila mata ku tertancap ke mata-mata lelaki yang tak sudah-sudah tidak menundukkan pandangan dengan meilhat perempuan mcam nak telan.

Persoalannya, lelaki jadi begitu apa puncanya?

Kalau wanita itu sendiri berpakaian sopan dan tidak menjolok mata, dah tentu pandangan laki pon akan terjaga.

Kan fitnah terbesar bagi lelaki adalah wanita.

Dan aku pernah memberitahu tentang fitnah terbesar lelaki itu dengan sorang mamat kuliah aku. Masa tu bertekak dengan dia pasal laki dan perempuan. Tak la bertekak, tapi agak ada argument antara kami.

‘weh, fitnah terbesar lelaki ni, perempuan tau!’

‘argh…perempuan menyusahkan!’

‘eh, kalau pompuan tak ada, ko tak wujud tau’

Dan dia terdiam….yang pasti, lelaki dan perempuan ni saling melengkapi….:)

Friday, November 12, 2010

sayang suami, takut bini

salam....

malam tadi malam jumaat. so, pasti ada cerita hantu kat tv...lagi-lagi tv3. cerita durja ningsun yang tak habis-habis. wa tak berapa nak minat cerita tu. paling-paling cerita yang wa follow sampai habis cerita ruh kembali. sheila rusli yang berlakon. sebab nak tahu pasal qarin yang jinggo sebut dalam MHI.

dah lama sebenarnya tak tengok tv. errr, maksud wa dah lama tak tengok cerita bersiri dalam tv yang follow sampai cerita tu habis. cuma nya malam tadi sebab tengok cerita durja ningsun yang macam bosan, wa tegok cerita takut bini sayang suami kat tv9.


ok, cerita tu agak kelakar dan lucu. tapi, wa sangat tak boleh terima jalan cerita tu.

si isteri yang bercakap dengan suami nya secara mengherdik dan meninggikan suara. mengarah suaminya berbuat itu dan ini. dan si suami pula hanya ikut apa yang si isteri kata.

bukankah isteri tak boleh meninggikan suara kepada suaminya. apatah lagi menengkingnya. hinggakan anak-anak dah tak ada rasa hormat pada ayah mereka kerna ibu mereka juga hilang rasa hormat padanya.

mungkin, di hujung jalan cerita tu si isteri akan insaf dan bertaubat serta akan lebih menghormati si suami. tapi, bagi wa agak terlalu over cara isteri melayan suami.

ok, wa ngaku kalau wa yang jadi director dan penulis skrip pasti lagi ramai yang akan orang kutuk. wa bukan kutuk lu orang(producer cerita) tapi wa nak ingatkan semua orang. terutama wanita, jangan sesekali tidak hormat dan meninggikan suara pada suami lu orang.

teringat cerita siti fatimah yang mengelilingi saidina ali kerana dia tidak sengaja mengecilkan hati saidina ali. siti fatimah sangat rasa berdosa dan memohon maaf dengan saidina ali.

dan rasulullah pernah bersabda:

'kalau lah dibolehkan manusia sujud dengan manusia yang lain, nescaya akan aku suruh si isteri sujud pada suaminya'

(perawi, aku tak berapa nak ingat.)

aku tau, mesti akan ada kata macam ni:
antikapel, lu tak kahwin lagi, boleh la lu cakap cam tu!

memang la derr..wa tak kawen lagi so wa boleh kata apa yang wa rasa tanpa wa alami.

mudah-mudahan wa akan dikurniakan hati yang sabar dengan karenah suami.hehe

ada sorang wanita yang ingin wa ceritakan tentang dia...


wanita ini sangat sabar. sangat-sangat sabar dan lembut ketika melayani suaminya. tapi, bagi anak-anaknya wanita ini sangat garang dan tegas. wanita ini pasti akan mendahulukan suaminya dari segala apa pun.

kalau bab makanan, wanita ini akan mengasingkan makanan untuk suaminya terlebih dahulu. dan pasti akan dipilih yang terbaik untuk suaminya. contoh kalau wanita ini masak ayam. pasti akan dipilih bahagian yang terbaik dan paling disukai untuk suaminya. dan tidak akan membenarkan anak-anaknya mengusik lauk yang disediakan untuk suaminya.

dan juga tidak pernah kata tidak kepada semua.(eh, maksud wa, kalau nak menidakkan suaminya mungkin terlalu jarang dan hanya dalam hati)

dan wanita ini sabar melayan karenah suaminya. dia jaga anak-anaknya waktu suaminya tiada dirumah. dan semangat wanita ini sangat kental. boleh berdikari tanpa mengharap dan bergantung 100% kepada suaminya.

dan dia berusaha memberi didikan agama yang sempurna kepada anaknya...


hakikatnya, semua orang mengimpikan untuk menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. untuk mak ayah kita, adik beradik kita, sahabat handai kita dan semua orang.

itu adalah impian semua orang. tetapi, berapa ramai yang bermuhasabah untuk ke arah itu.

kalau sekadar impian je, tak guna kan?

jadi, mulai sekarang mari bersama menjadi yang terbaik!

Thursday, November 11, 2010

boleh pandang, jangan pegang


mana datang cahaya?bukanlah tajuk ceria...
siapa pun kau ku sudi terima...




kenapa mesti cemburu
setelah tahu dia memang begitu
dan kini otak bercelaru
serta fikiran tak menentu
memikirkan tentang itu

bukan sekadar ingin rasa
bukan sekadar ingin mencuba
namun hati ingin menduga
sejauh mana hubungan dia
kerna lihat dia macam biasa
tiada apa yang istimewa
tetap begitu juga

dia adalah sahabatku
mana mungkin aku biar dia begitu
diulit dengan dosa yang membelenggu
lena dalam dakapan nafsu melulu
dan aku kadang buat tak tahu

bukan begitu sebenarnya
cuma tak tahu macam mana nak cerita
beritahu dia itu semua dosa
dari syaitan yang suka melaga
kadang memerli dia
melalui cerita dengan sahabat dan saudara
entah dia terasa
kadang buat macam tak tahu saja
aku pun tak tahu nak buat apa

kepada kau yang sedang berpacaran
sudah-sudah la tu kau dilalaikan
dengan cinta dunia yang menyesatkan
kalau benar dia yang kau harapkan
untuk menjadi pendamping kehidupan
jalinlah hubungan yang diredhai Tuhan
kelak nanti kau bahagia dan berkekalan

aku tahu cinta mu melangit tinggi
kepada dia yang sungguh-sungguh kau cintai
dahulukan dulu cinta Rabbi
kelak kau bahagia nanti
percayalah Dia dan nabi
Cintailah Dia sampai mati
kerna itulah cinta hakiki
harap-harap kau mengerti

sis, lu memang cantik
lagi cantik kalau macam barang antik
bukan sesenang dipegang atau dijentik
oleh lelaki yang buat aku getik

bro, lu memang tampan
tapi lagi tampan kalau lu simpan
perasaan lu dengan gadis rupawan
sampai kau jumpa mak bapak depan-depan
minta izin memperisterikan
anak dara mereka yang menawan

semoga kehidupan mu nanti
diberkati oleh Rabbi
punya anak-anak penyejuk hati
mendengar kata dan menawan hati
menjadi pelapis generasi
yang ada padanya agama dalam hati
dan alquran sentiasa melekat di hati
segala pantang larang dituruti
agar tak terpesong nanti
akidah sampai mati

~boleh pandang
jangan pegang-pegang
duduk renggang-renggang
bertambah sayang~

kantoi!

awal lu datang hari ni bro?
tak sempat pon wa nak bukak laptop wa...

ok, mulakan tugas dengan cemerlang
hidupkan suasana yang gemilang
untuk menjadi pekerja yang terbilang

tapi, staff en bos memang boleh dibilang
hanya wa dan lu
ehm, berdua lebih baik kot

huhu

Wednesday, November 10, 2010

makcik ke kakak?

semalam petang aku balik awal giler. maksud aku, pukul 5.30 aku dah keluar office, jadinya sampai rumah dalam pukul 6. waktu balik kebiasaan aku masa mula-mula praktikal. kerja tak banyak semalam. tambahan pulak, aku sorang je dalam office semalam.

mamat tu pergi KL sentral buat akaun kat satu company client kami dan dia bawak laptop bos yang aku selalu pakai. sebab laptop tu ada software UBS. laptop mamat tu mana ntah...sejak kebelakangan ni aku tak pernah nampak dia bawak laptop dia. rosak maybe...

so, kerja aku semalam hanya susun fail yang tak habis-habis. adoi....agak kepeningan semalam.

sampai je rumah kak aku, baru je tongkat motor dan tak sempat nak bukak helmet ada sorang budak kecik yang aku gak berumur 5 tahun dan agak comel bertudung menegur aku.

'makcik, makcik kenapa semalam tak datang?'

'datang mana?'

'semalam...kenapa makcik tak datang?'

dalam hati aku, ada kenduri ke kat rumah budak ni?

'ye lah...nak datang mana?'

'datang sini.....'

sambil tangannya menunjuk ke arah rumah kak aku. owh, maybe maksud dia kenapa semalam aku tak balik rumah...

'ooo....semalam makcik balik malam. banyak kerja'

'patut saya tak nampak makcik semalam.'

'adik kawan iman ke?'

'tak la...'

'habis? kawan izzah?'

'tak...saya nak pergi mengaji ni. bye makcik'

'ok...mengaji elok-elok ye. bye'

..............................

aku agak terkejut bila budak ni tegur aku. sebab dia panggil aku makcik. kenapa tak panggil kakak, muda la sikit rasanya...hehe

isnin memang aku balik malam. sampai rumah dalam kol 8.30. banyak koje...bos ngan mamat tu pon balik malam gak. tapi aku balik dulu la...tak tahan dah...huhu

aku bajet dia ni kawan sePASTI anak buah aku, iman dan izzah. macam mana pulak la dia ni kenal aku. padahal aku tak kenal pon budak ni. dan lagi satu, budak ni peratikan aku ke tiap petang.

maybe sebab aku ni comel, tu yang dia tunggu aku balik rumah. hehe....

kawasan kejiranan kak aku tak ramai yang aku kenal. aku pergi kerja pagi, balik petang. so kurang la sikit masa untuk bermesra dengan jiran.

jiran belah kanan kak aku dihuni oleh mamat-mamat bujang. aku sendiri terselisih sangat jarang dengan depa. selisih time aku keluar rumah sama depa keluar rumah. adalah dalam 2-3 kali sebulan.

belah kiri pulak family kak zura. selalu gak bertegur sapa dengan dia. sebab petang-petang time aku balik kerja, dia dok kat luar rumah. sambil-sambil layan anak-anak dia main badminton dengan laki dia.
kak zura ni masak sedap. dia orang nogori. biasalah, kebiasaan masak lemak. biasa kalau dia masak yang sedap-sedap pasti akan sampai sepinggan kat rumah.hehe....lagi-lagi kalau hujung minggu, sangat la selalu dapat pinggan berisi dari dia.

dan, kak zura sekeluarga ni sangat la baik dan prihatin. satu petang, anak buah aku bukak air paip kat depan rumah dan tak dimatikan. kak zura call kak aku bagitau. sebab dia panggil kami tak dengar. macam ni la jiran yang bagus....

sorang lagi jiran kak aku adalah jiran belakang. betul-betul belakang rumah. pagar dapur bertemu pagar dapur. nama dia kak arni. laki dia tak tau pulak sebab tak pernah panggil. kak arni pon rajin bagi pinggan berisi. hehe...kak arni ni sama ngajar ngan kak aku masa kak aku sekolah subang dulu.

kak arni rajin bagi pinggan berisi time weekdays. kan rumah teres ni yang memisahkan dengan rumah sebelah hanyalah dinding. jadinya, aku tak la endahkan orang bagi salam atau panggil-panggil ni. sebab mesti depa panggil orang sebelah. hehe...jadi aku selalu la tak dengar kalau laki kak arni panggil kak aku.

biasa petang-petang, aku yang sampai rumah dulu. selalu gak kak arni ni bagi rojak, laksa dan mcam-macam. kak arni rajin masak kot. satu lagi, aku sangat la geram dengan betik kat belakang rumah kak arni ni. banyak kot buahnya dan sentiasa ada yang masak. masalahnya pokok tu tinggi. dan laki kak arni ni orangnya gayat. jadi hujung minggu abang ipaq aku la yang tolong petikkan. tapi, seyes la...betik dia sangat manis..

dan aku kebelakangan ni agak rajin buat kuih. ni semua penangan en mat. rasa seronok pulak nak cuba resepi dia walaupun kadang tak jadi. hehe... dan kak aku mesti suruh aku buat lebih. yelah, nak pulangkan pinggan mangkuk kak arni ngan kak zura takkan bagi kosong kan...
aku harap, depa tak serik la makan kuih yang aku buat tu. hehe...


aku cerita ngan kak aku malam tadi pasal budak perempuan yang tegur aku petang tu. kak aku kata budak tu sebaya izzah. anak jiran sebelah rumah mamat-mamat bujang tu.

yang tu, aku agak kenal ngan mak bapak budak tu. kenal muka dan selalu la senyum-senyum kalau jumpa. depa buat bisnes bihun sup. selalu gak terbau aroma sup dorang. sangat sedap. kalau malas nak masak, beli kat dia. dapat banyak sikit. hehe...tapi tak la selalu. jemu gak kalau selalu makan kan.

dan kawasan kejiranan kak aku ni memang semua baik-baik dan bekerjasama. kalau ada kenduri, memang masing-masing ringan tulang datang tolong. kalau buat open house, memang semua pakat datang. seronok gak dengan suasana macam ni.

walaupun aku ni tak kenal depa, tapi kalau jumpa mesti depa bertegur sapa.

tapi, dok kampung jugak yang best.....:)

Tuesday, November 9, 2010

Orang Kayap Baru

berapa peratus duit gaji yang benar-benar BERSIH?



hati rasa gelisah
perut rasa tak sedap
dan tidur malam tak lena

inilah yang dikatakan tak tenang bila berhutang. Nabi sendiri dah bagi warning kan...orang yang berhutang hidupnya tak kan tenang.

tapi, bila banyak duit hati lagi tak tenang. asyik terbayang handbag kat SACC, baju kat nagoya textiles, ikan masak stim kat jeram, aiskrim perisa keladi dan coklat, motor LC, helmet KHI dan macam-macam lagi.

masa duit tak berapa nak masyuk memang terbayang benda-benda yang tak mampu nak beli. tapi bila duit tengah masyuk tak terbeli pun barang-barang yang mampu dibeli.

kemana hilang duit tu? ada tapi macam tak ada. sibuk bayar hutang itu ini, beli barang kat situ kat sini.

sebab hati kita tak seratus peratus ikhlas dalam bekerja, membuatkan duit gaji bukan seratus peratus kita punya.

dulu, bila membazir atau tidak mengendahkan sesuatu barang, pasti akan ditegur oleh mak bapak, kakak, abang aku atau sesiapa je...

'ko tak rasa lgi macam mana susahnya cari duit'

memang! sebab masa tu aku dah merasa macam mana senangnya guna duit. ok, la ni aku mengaku...

cari duit bukan sesenang nak guna duit. kadang sanggup ketepikan hati dan perasaan serta keinginan demi mencari seringgit dua.

tapi, bila dah dapat duit, jiwa melonjak dan melupakan semua.

kenapa aku merepek pasal duit?

1-sebab aku dah kerja (walaupun praktikal). dan aku rasa betapa nilainya RM1
2-sebab tadi ada private number call aku suruh bayar duit motor....huhu....

ok, bulan ni memang agak tak mampu nak bayar duit motor, dan aku minta belas kasihan abang aku suruh dia bayar. walaupun sebelum ni dia ada discuss ngan aku pasal duit motor yang kena bayar tiap-tiap bulan. tapi aku dengan rela hati nak bayar sendiri sementara aku praktikal ni ada dapat sikit elaun. sebab aku tak nak nyusahkan dia.

tapi, bulan ni wa memang-memang betul agak tak mampu. aku sms kat abang aku tadi. harap-harap dia masukkan serat atau dua rat kat maybank aku. tigarat pon ok gak....hehe


semoga diberkati umur dan dimurahkan rezeki kepada semua pembaca blog antikapelsedunia sekalian.
amalkan solat dhuha, insyaALLAH murah rezki....

senyum itu indah!

kambing senyum atau senyum kambing?

hari ni, aku rasa ada sorang lagi yang kata aku ni sewel..
tadi, sms kat member-member kelas lama nak tanya nombor telefon aamir khan(nama samaran).
'ada no tel aamir khan?'
ramai yang reply macam ni:
'aamir khan, 012-345678'

dan aku jawab;

'ok, thks'

tak lama, ada sorang lagi member reply,

'ada'
dalam hati aku, ni je yang dia reply?
aku pon reply;
'tak pela. aku tak nak'
haha. saje wat ayat tragik kat dia.

tak lama, dia reply;

'aik, klakar la,siyes la, nak ke x no dia'

uit pakcik! mestilah aku nak. kalo aku tak nak buat apa aku tanya kat lu nombor dia? memang lurus la pakcik ni.
aamir khan ni mamat sekuliah aku. tapi sepanjang aku kat uitm aku tak pernah tegur dia. sehinggalah time praktikal. dia dok wat praktikal kat kami punya auditor kat pkns. selalu gak aku pergi office dia, dan sejak pertama kali aku datang office dia nak buat C.O, aku jumpa dia dan dari situ aku bertegur dengan dia. jadinya, kalau ada hal apa2 yang berkaitan dengan auditor kami, aku terus direct jumpa dia. senang sikit kerja aku.
dan baru hari ni aku nak cari nombor telefon dia sebab aku nak jumpa salah seorang dari manager dia. tu yang nak tanya dia awal-awal manager dia tu ada ke tak. kalau tak ada, aku maleh nak singgah kat pkns.
sebab tadi aku p SSM kat alam sentral aku pon terus pergi kat pkns. dan tengah naik motor aku tersengih bila teringat sms classmate aku tadi yang agak lurus. lepas tu, teringat lak insiden-insiden yang melucukan sepanjang aku sekelas dengan dia. mamat ni pernah kena tegur ngan lecture kami masa first time nak buat presentationkat kelas dia pakai pakaian korporate siap tie dan blazer.
tengah dok senyum-senyum kat motor, aku terpandang lori TNB kat depan aku. ada la sorang mamat ni kat dalam lori tu perhatikan aku dan senyum kat aku.

derr! wa bukan senyum ngan lu ok...dan aku rasa mamat tu mesti kata aku ni sewel sebab pagi-pagi dah dok senyum sorang2 kat motor....huhu




Sunday, November 7, 2010

untuk adik....

hidup ini bukan selamanya indah
hidup ini bukan selalunya gundah

dunia ini banyak pancaroba
dunia ini banyak penggoda

kalau kau kata hidup ini indah
kau sebenarnya salah!

kalau kau kata hidup ini gelap
kau sepatutnya silap!

dunia kau masih kecil
hidup kau masih belum luas
kelak nanti kau akan rasa terpencil
dek kerana dunia yang ternyata buas

nikmati hidup mu dikala ini
keluar bertemu rakan manjakan diri
jangan kau risau tentang hati
kelak kau akan menyesal diri

kejarlah apa yang kau perlu
tanpa kau risau apa didepanmu
cuma jangan sampai agama jauh darimu
cukup Dia sebagai pendampingmu

adikku...
kalau kau tahu
apa yang kakak dan abangmu tahu
sudah tentu kau hargai setiap waktu
kau membesar sebagai remaja di alaf baru

banyak masalah yang tak perlu nak fikir
banyak halangan yang tak perlu nak usir

tak mengapa jika result exam tetap macam tu
walhal usaha macam dah tak menentu
walhal hati dah buntu
tapi tetap tak dapat apa yang dituju

masih lagi banyak peluang
banyak lagi jalan dan ruang
untuk kau berjaya bukan sekadar adanya wang
tapi hati yang kental dan semangat juang

sekian dulu dari ku
untuk sekian waktu
izinkan aku berlalu
kelak aku akan kembali berteleku
menggapai ruang dan waktu
agar kau tidak seperti aku
agar kau berjaya lebih dari aku
agar kau bergaji besar tak macam aku
nanti boleh belanja aku!
hehe, aku pergi dulu



p/s:untuk adik pakcik ajim yang baru lepas pmr, dan adik wa yang nak spm...:)

Saturday, November 6, 2010

pengorbanan di hari raya korban

lagi dua minggu nak sambut raya haji. dan tahun ni agak tak berapa nak syok sebab raya haji jatuh pada hari rabu.

budak sekolah syok la sebab terus cuti panjang. yang tak syok nya mak bapak budak dan kakak budak yang dok keja. cuti sehari, khamis dah kena masuk kerja balik. nak balik kampung tak dan bagi mereka yang kampungnya agak jauh.

kebiasaan bagi family aku, raya haji la kami adik beradik kumpul semua. time raya pose memang tak dapat nak kumpul semua. tapi, tahun ni macam tak je. aku cuti sehari je kot...sabau je la...masa ari khamis tu bos tanya aku

'awak balik tanjong ke?cuti lama ni'

'mestilah...mau nya tak balik. petang ni, habis kerja saya balik terus. erm, en bos, raya haji kite cuti sehari je eh?'

'ha...khamis masuk kerja balik ye. din nak sambung cuti khamis jumaat tu. kena ada orang stay kat office. kan waktu tu office hour lagi'

'owhh....ok'

agak kecewa ketika itu. baru ingat aku nak sambung cuti sampai jumaat. ye lah...adik beradik aku dah la kebanyakan cikgu. dan yang bukan cikgu pon ada buat bisnes sendiri. dan yang bukan cikgu dan bukan buat bisnes sendiri pon dah minta cuti sampai jumaat. jadinya, semua pakat balik kampung. dan aku?

sorang-sorang balik shah alam nanti kena kerja.

advance pulak mamat tu minta cuti kat bos! sepanjang 5 bulan aku praktikal ni aku tak pernah minta cuti atau MC. even aku demam aku gagahkan diri untuk kerja. tapi, baru je nak minta cuti dah tak leh.huaaa......

mesti nanti aku sorang-sorang masuk office tme orang lain sibuk makan daging kurban...

inilah pengorbanan aku di hari raya korban....huhu

bersedia untuk bekerja di hari raya haji ke dua dan ketiga...:)

Friday, November 5, 2010

freedom bagi lelaki?

salam....:)

pagi tadi bercerita dengan abang ipaq. entah macam mana, tiba-tiba timbul cerita tentang lelaki.

'ko nak tau tak. freedom bagi seseorang lelaki adalah kepercayaan.'

'maksudnya?'

'perempuan ni kena la percaya kat laki dia. tapi, jangan terlalu percaya sampai biarkan laki dia buat apa. maksudnya, berpadalah kepercayaan tu. jangan terlalu banyak tanya dan banyak ambil tau apa yang laki dia buat seharian. siap sampai telefon pejabat nak check betul ke laki dia masuk office'

'owh.....'

****

satu ilmu untuk aku memahami lelaki nanti....:)

kepada abah..

Kepada abah…

Saya minta maaf sangat-sangat kat abah. Sebab saya dah buat air mata abah merembes keluar lagi. Percayalah abah, saya tak ada niat untuk itu.

Abah…

Abah, jangan kecik hati dengan kak ana. Itu semua salah saya. Minggu lepas abah ada minta duit kat kak ana kan. Abah tahu tak, kak ana nak masukkan dalam maybank abah, tapi dia tak tahu nombor akaun abah. Pastu, kak ana minta kat saya. Saya pon tak ada nombor akaun abah. Last-last, kak ana masukkan dalam maybank saya dan pesan suruh bagi kat abah.

Abah….

Saya minta maaf. Memang minggu lepas saya balik kampung. Tapi, saya tak sempat nak singgah rumah abah. Saya sampai kampung malam. Duit tu memang ada kat saya. Baru tadi saya sempat nak singgah rumah abah nak bagi duit yang kak ana bagi tu.

Abah….

Kenapa abah tak nak terima duit tu? Abah merajuk ke? Abah kecik hati? Saya minta maaf abah. Bukan salah kakana, tapi salah saya. Abah, ambilla duit tu. Nanti saya rasa serba salah. Sepanjang perjalanan balik rumah mak tadi, tak henti-henti saya mengenangkan peristiwa tadi.

Air mata abah terlalu mahal untuk dialirkan disebab kan saya. Abah jangan macam tu. Tadi, masa saya salam abah, saya selitkan duit tu kat dalam beg abah. Abah guna ye duit tu. Saya tahu abah kecik hati sebab dua kali abah pergi pekan nak ambil duit tu kat bank. Tapi, tak ada juga.

Abah…

Kenapa sejak akhir ni, abah cakap yang bukan-bukan. Hari tu, mak ada cerita abah ada cakap kat mak macam ni.

‘saja je aku nak biarkan dia. Aku nak ajar dia, boleh hidup tanpa aku’

Abah tahu tak, masa mak cerita balik kat kami, kak ani kata:

‘takutnya bila dengar. Abah macam nak sampai waktu je’

Abah…

Saya tersentak bila dengar ayat dari kak ani. Saya masih nakkan abah. Saya tak kahwin lagi. Jadi, saya masih perlukan abah sebagai pembimbing saya. Saya nak abah saksikan hari bahagia saya yang entah bila tu.

Abah…

Tadi pun abad ada kata kat saya macam ni:

‘abah pergi check doctor. Doctor kata abah ada batu karang. Abah ni tunggu masa je’

Saya terdiam. Dan abah cepat-cepat alih cerita lain pulak.

Abah….

Saya tahu, dulu abah bersalah. Tapi, sekarang saya tak salahkan abah. Abah tetap abah saya sampai bila-bila. Saya ni pun bukanlah baik sangat kalau saya nak salahkan abah apa yang berlaku pada kita suatu masa dulu.

Abah….

Dulu ingat tak, masa saya dapat gaji pertama masa saya kerja kat kedai baju lepas habis SPM dulu. Saya hulur RM50 kat abah ngan mak. Tapi, abah tak nak duit tu. Sebab abah kata, saya masih belajar dan perlukan duit tu. Abah tak nak nyusahkan saya dengan ambil duit tu.

Abah…

Saya tahu, duit tu tak la banyak mana. Tapi, saya teringin nak bagi kat abah sebab duit tu hasil titik peluh saya. Saya nak abah rasa duit dari saya sebab saya sangat takut kalau abah tak sempat nak merasa nanti. Yelah, nak tunggu saya habis belajar entah bila kan.

Abah…

Tapi kenapa ye, bila sekarang abah minta duit kat saya, saya tak bagi kat abah? Teruknya saya kan. Bila abah masih kuat cari rezki untuk menyara hidup, saya sibuk nak bagi abah duit. Tapi, bila abah dah tak larat nak kerja, saya tak bagi duit pulak.

Bukan saya tak ada duit.Hampir tiap hari saya makan luar. Saya selalu belanja kawan-kawan saya makan. Makan satay, makan pizza. Tapi, rupanya abah saya kekurangan makanan kat rumah. Makan nasi lauk kaki ayam yang dibuat sup. Walhal, saya sedap makan isi ayam.

Abah…

Saya sangat berdosa kat abah. Sebab saya selalu meletakkan kesalahan abah sebagai satu dinding yang memisahkan rasa sayang saya kat abah. Kalau diikutkan salah saya lagi besar sebab mengabaikan abah. Saya bersenang-senang menggunakan barangan yang pernah abah bagi dulu. Contoh macam motor. Abah bagi saya motor baru, tapi sekarang abah guna motor buruk. Itupun tak ada roadtax.

Abah…

Saya minta maaf ye. Esok saya ajak adik pergi pekan bila barang keperluan rumah abah. Belikan lauk yang sedap-sedap untuk abah. Gaji saya tak banyak abah. Kalau diikutkan dan dikira balik, gaji saya bulan ni negative. Tak ada baki pon. Tapi, tak pe abah. Saya tahu, rezki tu di tangan ALLAH. Duit gaji saya bukan satu-satunya sumber rezki saya.

Sebab, saya tak nak nanti saya tak sempat nak bagi kat abah apa yang abah nak. Saya tak tahu apa yang akan berlaku akan datang. Saya rasa sangat sakit bila saya menyesal atau terkilan. Saya tak nak harungi perasaan itu bila saya terlambat nanti.

Abah…

Saya bukanlah nak rasa berlagak bila saya publishkan surat saya ni kat internet. Jauh sekali nak tunjuk saya ni anak yang baik. Cumanya saya nak bagi tau semua orang yang saya masih punya abah tapi saya sia-siakan. Dan saya tak nak mereka menjadi seperti saya.

Saya tinggikan ego saya sebab kesalahan abah yang kecil kalau nak dibandingkan dnegan jasa dan pengorbanan abah besarkan saya. Abah tahu tak, say jadi kuat dan pandai berdikari sebab abah. Sebab abah tak pernah nak manjakan saya dan adik beradik yang lain. Abah ajar, kalau nak sesuatu buat sendiri dan usaha sendiri. Hakikatnya, saya tak bergantung dengan orang lain kalau nak buat sesuatu.

Saya lagi selesa buat sendiri tanpa ada orang lain. Bukanlah berlagak, cumanya saya tak selesa untuk menyusahkan orang lain.

Abah…

Lagi berapa hari birthday abah kan. Saya tak nak ini kali terakhir saya sambut birthday abah. Saya masih perlukan abah. Abah ingat tak, saya pernah belikan abah kek masa hari jadi abah yang ke berapa entah. Saya tak nak, itulah kali pertama dan kali terakhir saya belikan abah kek. Kalau boleh, tahun ni saya nak belikan abah kek lagi.


Abah…

Abah jangan keck hati lagi ye. Saya sayang abah. Sayang sangat-sangat!


-dari,

anak abah...