Saturday, December 31, 2011

babai 2011

hari terakhir 2011

semoga tahun-tahun yang ditinggalkan memberi manfaat dan dimanfaatkan.
mohon maaf atas kekasaran bahasa dan keterlaluan bicara.
semoga amalan saya, kamu, dia dan mereka diterima ALLAH walau sekelumit zarah.

selamat tinggal kamu
selamat tinggal dia
izinkan aku pergi
kerna aku perlukan perubahan
moga aku lebih menghargai
lebih berdikari
lebih menjadi diri sendiri

mungkin sampai sini saja kita bersama
esok-esok harap bersua semula
pergiku bukan kerana kecewa
pergiku bukan kerana terasa
tapi aku ingin bebas dari segala
dan aku ingin hidup semula

2012, ku harap segalanya indah
agar imanku makin bercambah
agar taqwa ku makin membuah
agar sabar ku semakin bertambah

babai 2011!

Wednesday, December 28, 2011

terkejut

assalamualaikum wbt

masa hari isnin tu, anak buah aku dah buat aku tersentuh. dari tak ada sesiapa yang tahu yang birthday aku satu rumah dah tau. ikram, dia bagi hadiah kat aku. tau tak apa yang aku rasa time tu? terkedu sampaikan dia yang tegur aku.

"mak fau tak cakap terima kasih pon"

err, terima kasih ikram. dia buat flying kiss kat aku. nak cium peluk aku pon mungkin dia malu. sebab dia dah darjah 3. lain kalau kecik lagi. kak aku cerita kat aku:

"masa birthday ikram hari tu, dia suka sangat dapat hadiah dari kau"

"ala...kecik je kot, murah pulak tu"
abang ipar aku ajak last2 minit makan-makan sambut birthday anak sulung dia. so, aku sempat singgah kat speed mart belikan ikram coklat yang dah siap bungkus dalam kotak. lagipun, masa tu tengah bulan, agak nipis la purse aku time tu. hehe

"bagi dia, kalau di bungkus tu maksudnya hadiah. pastu dia sibuk tanya aku bila birthday kau. dia cakap nak bagi hadiah kat kau. dia suruh bapak dia belikan. semangat nak balik kampung sebab nak bagi kau hadiah"

"huhu...terharunya..."

betapa dia ingat kat aku dan terlalu menghargai. aku belajar sesuatu dari dia. iaitu belajar menghargai dan tunjuk kasih sayang kita kat orang yang menyayangi kita. thanks ikram. mak fau suka gila!


ni brooch yang ikram bagi. cantek! walaupun bukan dia yang pilih. hehe...very the terharu!


hari isnin tu aku dapat beberapa wish yang agak terkejut. wah! bank islam wish kat aku. paling tak boleh bla, ahli parlimen pas tanjong karang sms kat aku wish birthday. siap doa dan harapan yang panjang kot. tau la PRU13 nanti aku dah boleh mengundi. hik hik. tapi, BN tak da wish pon kat aku. heee...lagi satu, pekerja avon pon wish kat aku. hehe...thanks ye!


dan paling best mesti lah dapat wish dari sahabat2. many thanks kat korang. doa korang lagi amat aku harapkan. tapi kalau disertakan hadiah ok gak kan?hehe....


pada yang wish kat aku, thanks gak...jazakumullah...semoga akidah ku bertahan hingga hujung nafas.






sungguh, saat ini aku amat merindui senyum mereka....

Monday, December 26, 2011

26 december

Tarikh ini yang punya banyak sejarah bagi penduduk Malaysia. banyak tragedi yang berlaku di tarikh ini. semoga ianya menjadi iktibar dalam hidup kita. yang benyawa pasti akan mati kerna tiada yang kekal di dunia ini.


26 Disember 1996 Keningau, Sabah

Pada malam itu, satu tragedi yang paling dahsyat direkodkan berlaku di negara ini, tidak pernah tragedi seteruk itu sebelum malam berkenaan.

Ribut Tropika Greg melanda Sabah dengan kawasan paling teruk terjejas adalah Keningau manakala Kota Kinabalu, Papar, Sipitang, Tuaran, Beaufort hanya mengalami kerosakan kecil.

Bencana alam itu dipercayai mengorbankan mangsa paling ramai dalam sejarah tragedi bencana alam di Malaysia; lebih 200 mangsa terkorban dan 102 lagi hilang dalam ribut yang berlaku selama kira-kira lima jam, bermula jam 1 pagi dan berakhir sekitar 6.30 pagi.

Di Keningau, kemusnahan dua kampung berhampiran Sungai Pampang iaitu Kampung Pampang dan Limbawan ibarat ‘padang jarak padang tekukur’ manakala sebuah kampung dikenali Batu Satu atau Kandang Ayam yang didiami kebanyakan warga Indonesia keturunan Tator, musnah sama sekali.

Sungai Pampang, Bayayo, Liawan dan Sinagang melimpah dan hujan berterusan menyebabkan sembilan kampung ditenggelami banjir kilat sekali gus merosak dan menghanyutkan sejumlah 500 rumah penduduk di tebing sungai. Kira-kira 3,000 penduduk kehilangan tempat tinggal.

26 Disember 2003

Satu kejadian gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skali richter telah berlaku di wilayah Bam, Iran. Ia menyebabkan 45,000 orang penduduk telah terbunuh

26 Disember 2004 Banda Aceh, Sumatera, Indonesia

Pada pagi yang hening, 26 Disember lalu secara tiba-tiba ruang udara Banda Aceh dikejutkan suasana kicauan berpuluh ribu bangau putih berterbang rendah. Penduduk setempat tergamam dengan kehadiran luar biasa kumpulan bangau putih yang entah dari mana datangnya pada jam 7.30 hingga 7.45 pagi.

kehadiran bangau putih itu cuba memberitahu sesuatu kepada manusia tetapi penduduk sekitar tidak memahaminya. Malah ada yang cuba bermain-main dan membaling batu ke arah kumpulan bangau putih itu.

Bagaimanapun akibat leka dengan kehadiran kumpulan bangau putih berkenaan, secara tiba-tiba kira-kira 15 hingga 30 minit kemudian, berlaku gegaran gempa bumi pertama setengah jam kemudian menyebabkan penduduk Banda Aceh bertempiaran lari.

Gegaran kedua menyusul beberapa minit selepas itu hingga meranapkan bangunan termasuk pusat beli-belah, kedai, sekolah dan rumah di sekitar bandar terbabit. Ini diikuti ombak besar atau tsunami setinggi 30 hingga 40 meter. Cukup dahsyat untuk digambarkan menerusi kata-kata.

seramai 230,000 orang warga Aceh meninggal dunia

26 Disember 2009

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

26 Disember 2011

Hari cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia sempena menyambut hari kelahiran yang ke 23 penulis blog antikapelsedunia. Heee….

Alhamdulillah, masih punya kesempatan untuk menghirup udara december kali ini. moga2 masih punya kesempatan yang sama dihari yang mendatang.

Moga pertambahan umur ni, akan bertambahlah amalan hendaknya. insyaALLAH…


sumber

Friday, December 23, 2011

hujung tahun (2)






satu hari nanti, pasti aku akan merindui ini...

terima kasih

pertama dan mungkin bukan yang terakhir. insyaALLAH

terima kasih untuk kamu (peg khidmat pelanggan firefly) kerana melayan saya dengan begitu baik sekali dalam telefon tadi. dan kamu adalah aset penting untuk firefly meningkatkan penjualan tiket sebab punya pegawai yang berlemah lembut dan bersopan santun.

terima kasih untuk kamu (officemate) sebab tolong saya fotostat dan deposit duit tadi. saya harap kamu akan enjoy bekerja disini tahun depan dan sabar dengan saya. (erk?)

terima kasih untuk kamu (sahabat baik) sebab sekian lama saya memikirkan tentang masalah kita. sebenarnya, kita tak punya masalah, dan yang bermasalah adalah saya. (huhu)

terima kasih untuk kamu (yang saya kagumi) sebab beri kepercayaan pada saya. yang saya tak rasa dia dapat buat masa ini. (akan datang mungkin?) saya begitu seronok. tak tau nak kata apa. alhamdulillah. ALLAH bg rasa seronok yang buat saya terbuai sebenatar dengan khayalan indah yang penuh imaginasi ceria. tolong terus mempercayai saya. dan saya tidak akan mengambil hak kamu walau 1 sen. kalau ada, tolong halalkan.

terima kasih untuk kamu (kakak) sebab ucap ulangtahun lebih awal. hadiah untuk saya ada tak?(hehe)

terima kasih Allah. untuk tiada sesuatu pon yang saya boleh jadikan sebab. semua dari Mu, dan aku akan kembali kepada Mu satu hari nanti.

moga, masih ada peluang untuk aku menghirup udara december pada tahun-tahun yang akan datang.

Thursday, December 22, 2011

hujung tahun

bos esok pergi penang. means selasa nanti baru jumpa balik. dari minggu lepas dia minta aku buatkan bill untuk clients. dia nak minggu ni. tapi sebelum bagi kat clients dia nak tengok dulu.

dan semalam dia bercerita lagi pasal bill tu semua. dan sekali lagi tengah hari tadi. aku bukan tak mau buat. tak terbuat sebenarnya. biasalah hujung tahun. banyak betul benda nak settle.

dok kalut buat tadi. minta tolong shida. nak suruh dia buat semua dia tak berapa nak faham. dan aku sendiri tak tahu nak explain macam mana kat dia sebab aku tengah bingung.

pastu, tiba2 mamat tu tanya pasal satu lagi clients. dia nak hantar dokumen esok pagi. aku tak siapkan lagi! buatlah mamat tu punya dulu.

dah masuk asar, aku p solat jap. time aku solat, bos masuk office. aku habis solat, bos dah blah. tiket flight bos malam ni, so dia nak balik awal.

dan aku tak sempat nak tunjuk kat bos bill yang dia suruh buat tu. tau tak ape yang aku nak buat sekarang ni? nak nyanyi lagu ni kat bos:

"sebelumnya kau pergi...renunglah aku disini
kerna mungkin terjadi...kita takkan berjumpa lagi"


bos! sorry. tak dapat nak tunjuk kat bos. jumpa lagi hari selasa nanti. insyaALLAH.

dan sekarang ni, aku rasa lagu ni best! segenggam bara api.

perjalanan ini sukarnya dilalui
lurah onak berduri ku redahi
kehidupan ini sukarnya diramalkan
ceria dan sengsara sudah biasa

masih ku harapkan sinarNYA
menerangi jalanku
masih ku harap kegemerlapan
dihari yang mendatang
walaupun tak mungkin untuk bertahan
menjulang impian

sudah ku genggami bara api
hingga jadi arang sakti
sudah ku teroka isi bumi
ku persembakan selakasa baiduri
moga ada pertalian
rasa kasih diantara kita
bagai aur dengan tebing kehidupan
saling perlukan


tiba2 suka dengan lagu ni.

Tuesday, December 20, 2011

untuk kamu

setiap dari kita perlukan perubahan. tapi bukan senang nak berubah. namun ianya tak sesukar menegakkan benang yang basah. cuma ianya perlukan masa.

untuk kamu, sanggup tunggu masa itu? saya agak tertekan sekarang.
untuk kamu, sanggup tolong saya? saya amat lelah waktu ini.
untuk kamu, sanggup terima saya? saya bukan seperti yang kamu inginkan.

untuk kamu, boleh beri saya peluang? saya amat butuh.
untuk kamu, boleh maafkan saya? acapkali saya mengulang kesalahan dan dosa itu.
untuk kamu, boleh doakan saya? agar saya menjadi seperti yang kamu nak.

untuk kamu, yang saya tengah sayang dan akan saya sayang.
untuk kamu, yang kenal saya dan akan saya kenal sa
untuk kamu, yang menjadi saudara saya dan akan menjadi saudara saya.

untuk berubah tak perlu tunggu masa yang sesuai. kerna bermula dari sekarang. kerna kita tak tahu apa yang berlaku masa akan datang.

Friday, December 16, 2011

cikgu

dalam sebuah kelas....

"murid-murid...jangan tinggal solat. solat itu adalah perkara pertama yang akan dihisab oleh ALLAH di akhirat nanti. kalau baik solat kita, maka baik lah amalan kita. melalui pengalaman cikgu, kalau tinggal solat pasti ada sesuatu bala yang akan menimpa. dulu, masa cikgu budak-budak lagi cikgu pernah tinggal solat. masa tu tak menyedari tentang pentingnya solat. biasa solat subuh. bila cikgu tak solat subuh, siang tu pasti akan berlaku sesuatu. basikal rosak la. duit hilang la. macam-macam"

"oh...maknanya, handphone cikgu yang hilang semalam tu sebab cikgu ada tinggal solat la ye?"

gurlp!

Thursday, December 15, 2011

Tuesday, December 13, 2011

salahkah mencintai lelaki orang?


teeeeeeeeeeetttttt!

sendiri

sesekali aku ingin sendiri
mungkin kau akan lebih menghargai
atau mungkin kau terus lari
dan aku, kau tak peduli

izinkan aku pergi
atau kau tak sedari
ketiadaan ku tidak kau rasai
ya! aku mengetahui

lagi sekali
aku tak minta dihargai
tapi jangan ku disakiti
kerna aku berasa sedih sekali

Thursday, December 8, 2011

azam

salam maal hijrah...

walaupun dah 11 hari kita melangkah ke tahun baru. better late than never kan.
masing-masing ada azam. setiap tahun membuat azam dan berazam. capai tak capai itu cerita lain. yang penting kita berusaha kearah itu.

dalam usia yang akan menginjak 23 tak lama lagi, banyak azam yang aku dah azamkan. ehm, ehm...macam poyo la plak kan cerita kat blog. tak pe, sekadar kongsi ye kawan-kawan...

1-belajar memasak
actually,aku dah teror masak. masak air dan nasi. goreng telur pon pandai gak. hua hua hua..
aku akan cuba untuk belajar memasak. dan buat masa ni, blog masakan yang aku list kan kat tepi blog aku ni memang best. sebab tunjukkan cara masak step by step. sangat berguna buat orang yang tak berapa nak reti masak macam aku. dan gambar yang sangt meruntun jiwa untuk mencubanya juga.

2- belajar menjahit
ni semua gara-gara baju raya aku aritu makcik tailor salah saiz. dia buat saiz kak aku. aku berazam untuk belajar menjahit.

3- menamatkan zaman anak dara
insyaALLAH. moga ada jodoh dalam masa terdekat. pocik kata umur 20an dah kira lewat. err....

4-amek lesen kereta
walaupun tak da plan nak beli kereta buat masa terdekat, tetapi memang nak amek lesen kereta. aku agak fobia masa amek lesen motor dulu.

azam number 1-3 aku rasa adalah azam kebanyakan orang perempuan. tinggal kite yang perempuan ni laksanakan atau tak azam tu.

itu adalah azam dunia untuk mendapat rahmah di akhirat.

paling utama, aku nak meminimakan penggunaan internet di office untuk memaksimakan kualiti kerja. mujur tak da FB dah...kalau tak lagi ralit kot. dan sebab tu, post entry ni waktu malam. hehe...bos,minta ampun banyak2....saya banyak sangat main masa office.

sekarang ni, saya nak mula serius dengan kerja saya. err, selama ni tak serius eh?
bos, maksud saya, saya nak jadi pekerja yang berkualiti.
yeahhhh!

terover sudah.....
ok bai!

Tuesday, December 6, 2011

cerita kerja

hari ni bermula
cabaran yang menduga
iman dan ikhlas jua
tercabar atau merana
nantikan jawapannya

bercerita tentang kerja yang aku kerja sekarang ni. masa mula-mula buat kerja rasa macam best. macam tak berapa nak pening kepala. macam senang je semuanya.
bila dah pergi training mendalami tentang erti "setiausaha syarikat" yang sebenarnya dan secara ilmiahnya, baru aku tahu. bukan senang macam aku sangka sebelum ni.
lagi banyak belajar, rupanya lagi banyak benda yang kita tak tahu. lagi banyak yang kita kena buat sebenarnya. dan terlalu luas prospek kerja macam ni.
masa mula-mula dulu, aku lagi suka buat kerja setiausaha dari kerja akaun dan audit. tetapi, mungkin sekarang dah terbalik.

lagi-lagi nak hujung tahun ni. nak tutup akaun. nak prepare mesyuarat dan segala nya. aku tak mengeluh, cuma baru aku sedar. susahnya cari duit. susahnya mak ayah nak besar kan aku dulu.

masa sekolah, pernah pergi motivasi. motivator tu pernah kata:

"pernah tak bayangkan, susahnya mak ayah cari duit? kena marah dengan manager, kena herdik dengan orang tapi tak dihiraukan. demi cari duit untuk sekolahkan anak-anaknya"

ya! aku sekarang sedar. memang bukan senang nak cari duit. kita kena harung macam-macam. kena marah dengan klien macam dah biasa walau tak selalu. walaupun bos tak pernah marah, apa lagi mengherdik aku. tapi aku cukup terasa hati bila klien tak puas hati dan marah-marah.

lumrah hidup di dunia. mungkin aku pun pernah marah orang tak tentu pasal, dan kini aku kena marah dengan orang lain. walaupun nyatanya bukan salah aku.

tetapi, bila kita dapat imbuhan dan ganjaran atas penat lelah kita, rasa seronok sangat. terasa ingin beli semua yang diidamkan. tapi, masih kena batas. kalau tak, hujung bulan naik basikal pergi office.

pernah terfikir, hidup di dunia ini kena jalani kehidupan yang susah dan sukar. agar senang di hari kemudian. jadinya, aku sanggup untuk bersusah. aku mahu belajar susahnya tak ada duit dan mencari duit. zaman nabi dulu pon mana ada simpanan dan pelaburan.

mungkin kita perlu menyimpan, tapi jangan terlalu banyak menyimpan hingga kita rasa selesa untuk menjalani keadaan hari esok kerna ada jaminan kewangan yang disimpan. hinggakan kita lupa untuk meminta jaminan keselamatan dan kesejahteraan dari Tuhan.

ramai manusia yang mengagungkan duit. terasa dia yang berkuasa bila punya duit. hingga lupa bergantung harap pada Dia.

masa mula-mula kerja dulu, aku sibuk mencari insuran takaful untuk diri aku. Alhamdulillah, asyik bertangguh je. dan kini aku sudah punya insuran yang lagi berbaloi. iaitu insuran tawakal.

apapun alhamdulillah. aku punya kerja. lebih baik dari orang yang menganggur. dan Dia bagi aku cukup dan cukup-cukup agar aku sentiasa beringat dan mengingati DIA. moga andai ada terlebih akan menambahkan ingat ku pada Dia dan hari kemudian.
dan aku berharap, aku takkan resign bila waktu pencen aku. sebab aku nak resign lagi awal.
house manager adalah cita-cita aku.

susah nak jadi baik
lagi susah nak jadi sentiasa baik
sebab Allah sayang orang baik
orang pon suka orang baik
semoga sentiasa baik-baik

Saturday, December 3, 2011

terima kasih

secara jujur,
aku begitu terasa hati...

secara jujur,
aku begitu geram....

secara jujur,
aku begitu sedih....

terima kasih kerna membuat aku begitu...

acapkali ianya berlaku
acapkali kau buat aku begitu
untuk sekian kali,

terima kasih

Friday, December 2, 2011

saat ini

aku terasa ingin bertukar kerja. house manager mungkin?

********
seakan sudah dibebaskan
suaraku telah bebas
ya! bebas
namun masih ada batas
sekurangnya aku bukan dipenjara

Thursday, December 1, 2011

cerita biasa

SUARA MASIH DIPENJARA
RASA HATI INGIN SEKALI MERONTA

hujung minggu yang kebizian. musim cuti sekolah adalah sama dengan musim kenduri kahwin. sabtu, sahabat sekelas masa menuntut ditingkatan empat dan lima bertukar title. sekarang dah jadi puan.

ahad, sahabat baik pula sampai giliran. ya! memang sahabat baik. sebab dia seorang yang baik. mak dia juga baik. lama tak jumpa makcik. masa datang, mak cik berniqab. cantek!
antara kita bertiga, kak yang kahwin dulu. pasni kita tengok antara saya dengan dia siapa dulu. semoga kak menjadi yang solehah untuk pendamping kak. mungkin kita tak kan sekerap dulu untuk bersms dan berjumpa apa lagi bergurau senda. tapi, kak tetap menjadi kesayangan saya. ya! kesayangan. sebab kak banyak beri kenangan manis pada saya. tak kan lupa itu!

lepas tu, pecut pergi shah alam walimah office mate. dah kahwin lu bro! barakallahu lakuma. semoga perkahwinan lu ngan wife lu dilimpahi bahagia dan rahmat. insyaALLAH. wa tak sempat beli hadiah. kenduri taiping nanti la wa bagi hadiah ye. err, tak lama sangat ke? bulan 1 nanti kan?

oh! sabtu ni juga ada walimah di setiawangsa sahabat baik masa sekolah batu 38. dulu sama-sama nakal. sekarang dia dah jadi ustazah. good! semoga istiqamah sahabat. dan semoga menjadi ketua bidadari syurga buat suami mu. aku sayang kamu!

dan oh ye! mak dah balik ngan abang. rindu mak!!!!! mak dah kurus sikit. abang pon. perot dah tak boncit. abang tunjuk tali pinggang dia dah berubah 2 lubang ke belakang. mak ngan abang kata, dia doakan saya dipermudahkan jodoh. hehe....maluuuuu......terima kasih mak ngan abang! mak belikan jubah untuk kami anak perempuan. tapi tunggu pos sampai. sangat tak sabar!

Wednesday, November 30, 2011

penjara suara

saat aku terpenjara
dalam kemelut perasaan
saat semua menjadi punca
aku penasaran

saat itu begitu merana
hatiku meronta batin tersiksa
tiada kata yang diluah jiwa
tiada bicara ingin diperkata
sedang hati ingin memberitahu semua

kebebasan ku direnggut
oleh mereka yang memang tak patut
aku tak bisa seperti dulu
kerna telah musnah apa milik ku

aku ingin berkata
tetapi dipenjara
hingga tiada suara
dan hatiku terus meronta
entah sampai bila

inginku ditepis
mahu ku ditapis
batin menjerit bengis
suaraku sudah habis

kembalikan semangatku
jangan kau penjara aku

Friday, November 18, 2011

dot dot

jumaat lagi. alhamdulillah. hujung minggu ni sibuk dengan walimah. tarik yang best sekali lagi. 20.11.2011. minggu depan dan minggu2 yang seterusnya berderet dapat jemputan kahwin. balik kampung je, mesti ada kad kahwin untuk aku. sampai abang aku kata:

"asek dapat kad jemputan je, ko punya kad jemputan bila?"

"cuti sekolah nanti. cuti sekolah tahun bila tak tau lagi. ahakz!"

kebelakangan ni agak bizi. kerja office yang sentiasa melambai. papepon, alhamdulillah masih punya ruang untuk bernafas di bumi Tuhan yang indah ini.

malam tadi, mimpi pergi sabah tengok pemandangan gunung kinabalu yang cantek. tengok pemandangan negeri di bawah bayu.

bangun tidur, terus berazam nak pergi sabah satu hari nanti. weee....bestnya...

malam tadi agak rajin mengapam. nak buat buah tangan untuk sahabat baik masa kerja kat kedai baju masa habis spm dulu. nak kawen hujung minggu ni. tapi, tak dapat datang masa kenduri sebab kena jaga anak buah aku, kak aku exam. so nak datang malam ni.

yang ni apam dot dot yang entah keberapa kali aku buat. first time dulu, buat langsung tak cantek, tapi sedap. hehe. warna terlebih, pastu apam berlubang2. tapi, dah banyak kali buat makin cantek lak. rasa addicted pulak nak wat apam ni. sapa2 nak tempah boleh la hubungi saya. haha...main2 je...

dah tentu, ambil resepi dari kak ita. banyak betul resepi yang teringin nak cuba. kak ita punya resepi memang best2 dan sedap2.

paling teringin wat kek karamel. tapi, tak sempat lagi. satu hari nanti, nak cuba jugak sebab ramai yang kata best dan sedap.

memasak adalah satu hobi yang akan memberi impak yang besar dalam mood seharian. terapi yang sangat best dan sangat teruja bila ianya menjadi. ahaks! aku tak pandai masak, tapi aku rasa apa yang aku masak semuanya sedap. hehe...aku la yang rasa sedap, orang lain rasa tak tau la sedap ke tak.

err, sejak bila blog antikapel jadi blog masakan ni?huhu







Friday, November 11, 2011

11.11.11

cantek tarikh hari ni kan? Alhamdulillah punya kesempatan mengecapi hari ni. hakikatnya, hari yang punya tarikh indah ini tak kan menjadi indah jika ianya berlalu tanpa buat sesuatu yang menjadi lipatan dalam sejarah kehidupan.

dulu.....2 tahun yang lepas, pernah gak plan somtehing untuk tarikh ni. hehe....ini cerita 2 tahun yang lepas. masa tu orang dok sibuk tarik 8.8.08 la...9.9.09 la....macam2 tarikh yang best.aku pon masa plan gak. 11.11.11 jatuh hari jumaat. dan masa tu dah habis study,sedang elok kalau nak menikah kan. lagipun sunat kan menikah hari jumaat.

then, wat kenduri hari ahad depannya. 20.11.2011. tarikh tu pun cantek gak.

wah! dasyat sungguh angan2 aku yang ntah pape kan. tarikh nak cantek je.

kita merancang, Allah yang menentukan. yang pasti semuanya terbaik untuk kita.

ramai yang mengambil peluang untuk bernikah hari ni. sunnah bernikah hari jumaat. dan ianya jatuh pada 11.11.11. kelaas gitu!

tarikh bernikah tak penting. yang penting bagaimana pernikahan itu dibina. atas dasar nafsu atau ketaqwaan semata.

walaupun aku tak nikah hari ni, tapi aku ada satu kenangan yang menjadi lipatan sejarah kehidupan ku. tarikh yang best, mestilah kena wat sesuatu. ye dak?

tahun lepas, 10.10.10 aku ada daftarkan satu company klien bos. walaupun masa tu hari ahad. aku datang shah alam pergi ssm daftarkan company ni. lagipun masa tu aku nak pergi KL nak pergi open house member, so singgah shah alam.

tahun ni, 11.11.11 aku daftarkan sekali lagi untuk klien bos yang lain. masa klien tu nak daftar company, aku cakap ngan bos nak daftarkan hari jumaat. dapat tarikh yang cantek. bos mestilah setuju. lagipon, bos aku ni pernah pulak cakap tak. hehe...

aku bagitau kat klien tu, kalau dapat tandatangan dokumen2 tu cepat, boleh aku gi daftarkan hari jumaat, tarikh best! dan, mestilah dia pun setuju. hehe....

aku harap, kalau umur aku panjang nanti aku nak daftarkan company untuk klien bos 12.12.12 nanti..ahakz! tu pon kalau bos sudi ambil aku sebagai pekerja dia lagi. hehe

aku tak setuju kalau ada orang percaya tarikh tertentu ada membawa tuah, ong atau sebagainya. bagi aku, tarikh tu hanya menjadi sebuah kenangan manis. tak kisah kenangan apa yang kita nak lakarkan pada waktu itu. dan dah tentu semua orang ingin melakarkan kenangan indah.

tak dapat daftarkan nikah, dapat daftarkan company orang pon dah kira syukur. sekurangnya, aku sampai kat tarikh ni.

Tuesday, November 8, 2011

pakcik tak solat jumaat?

satu tengah hari jumaat. time lunch hour dan time orang-orang lelaki beriman akhir zaman (insyaALLAH) menuju ke masjid untuk solat jumaat.

wa pergi komuter batu 3, hantar member naik train. dia nak balik kedah. on the way nak balik office, kak wa telefon ajak lunch sama2. dia nak belanja. ini dah kira besar nikmat! wa pon merempit nak pergi klang. shah alam ke klang bukan jauh sangat kan. tak sampai 15 minit boleh sampai kalau tak lalu laluan motor.

tapi, DIA gerakkan hati wa ikut laluan motor. biasa wa malas nak ikut laluan motor sebab lagi jauh dan tak boleh nak laju sangat sebab banyak selekoh. tiba-tiba rantai motor lucut. adeh. tak tau nak buat apa dah. ari tu putus. dah ganti yang baru. yang ni lucut plak. tak sampai seminit wa godek2 rantai tu, datang 2 orang pak cik naik skuter berhentikan motor nak tolong aku.

lepas tu, sorang pakcik ni amek perkakas dia kat motor dan tolong aku betulkan rantai tu. pastu, datang lagi 2 orang mamat berhenti. aku rasa dorang ni satu gang sebab keempat-empat lelaki tu pakai vase kontraktor tnb. cepat betul pakcik tu betulkan rantai aku. ligat sungguh tangan dia buka skru dan pasang balik. dalam seminit rantai motor aku dah ok.

mamat sorang tu kata, pasni cepat2 pergi kedai motor minta ketatkan rantai. wa ucap terima kasih banyak2 kat pakcik2 dan mamat2 tu. aku teruskan perjalanan nak pergi klang. sepajang jalan, aku bermonolog sendiri.

"sekarang ni kan pukul 1.20. bukan ke time orang solat jumaat."

"dorang tu tak pergi solat ke"

"tapi, dorang ni baik. tolong aku"

"sayangnya....hati mereka dah cukup baik menolong orang, tapi tak solat jumaat. kalau dorang solat jumaat, dah cukup pakej. memang baik"

sebenarnya, masa dorang tengah betulkan rantai motor aku, aku nak tanya dorang tak pergi masjid ke?
tapi tak tertanya. karang nanti dilucutkan balik rantai aku pulak. astaghfirullah. aku bersangka buruk.


~moga-moga mamat2 dan pakcik2 tu diberi hidayat. aminnn....

Sunday, November 6, 2011

pengorbanan di raya korban

salam aidiladha buat semua...
ada yang berkorban, ada yang mengorbankan dan ada pula yang terkorban. insyaAllah, semua itu akan dinilai Dia. hakikatnya, kita perlu pilih antara dua. hidup ini sentiasa memilih. bila memilih, kita perlu korban kan salah satu darinya.

dalam kebiasaan keluarga aku, raya haji adalah raya dimana semua orang berkumpul. time raya puasa, tak semua ada pada raya pertama. ada yang sampai giliran balik rumah mertua. jadinya, bila raya haji, semua orang akan berkumpul dan pastinya meriah.

lepas solat raya, ramai2 akan makan. macam2 mak masak. macam raya puasa. sambal kacang ngan ayam, masak lodeh, ketupat, lemang, rendang, dan paling istimewa adalah sambal taun. sambal taun taucu menjadi kegemaran kami berbanding sambal taun santan yang menjadi kegemaran mak seorang. hehe....sambal taun ni masakan orang jawa. sangat pedas. makin dipanaskan makin sedap dan makin kurang pedasnya. tapi, perghhh! sedap gila mak masak. Allah yang bagi sedap.

tahun ni, tak sama macam tahun2 yang lepas. mak tak ada. kakak2 balik rumah mertua. sambutan raya pun macam hambar je. huhu...pagi2 telefon ucap selamat hari raya. sedih ok....balik rumah macam tak raya. abang aku yang kat rumah demam sekeluarga. anak buah aku kata, raya taun ni tak makan sambal taun embah.

malam tadi, aku rebus ketupat ngan buat sambal kacang. err, nak bagi suasana hari raya tu ada kat rumah. kalau tak lesu je semua orang. seronok sikit la sebab dapat gak makan ketupat. adik2 ngan anak buah aku semangat makan.

aku tanya, rasa ok tak? dorang kata, manis kurang tapi masin terlebih. yang pasti, tak sama macam mak masak. opkosla.....tapi, dorang makan bertambah. huhu

tersentap tadi masa dengar tanyalah ustaz. ustaz kata, perpisahan ini adalah perpisahan sementara sebagai latihan untuk perpisahan yang selamanya. subhanallah!

salam kurban untuk semua. semoga pengorbanan kita dinilai oleh Allah. insyaALLAH...

Wednesday, November 2, 2011

emo & rindu

err, boleh tak jangan emo?

pesal tak puas hati lak?

ok, wa faham...lu tertekan.

tapi, jangan emo ngan wa. boleh?

terima kasih.


***********

tadi cuba telefon mak, tapi tak boleh. pastu mak telefon balik.
ari tu, kak bagi tau mak sakit perut. ni dah ok.
cakap ngan mak, makan serunding yang bawak ari tu.
tapi mak kata kat sini macam tak boleh nak makan. kurang selera.
aku melawak, mak nanti kurus balik malaysia.
mak gelak. aku gelak. tapi air mata mengalir.
rindu kat mak!

Monday, October 31, 2011

uitm lagi...







akhirnya.....

Alhamdulillah....banyak kenangan yang aku kutip di bumi uitm. lapan sem mengaji disini, 5 sem duduk di kolej, 2 sem duduk rumah sewa dan 1 sem praktikal. selok belok uitm insyALLAH aku tau. sebab sem 2 aku dah bawak motor. dulu tiket rapid RM1 boleh guna banyak kali sepanjang hari. jadinya, time tengah hari je mesti balik kolej. tapi la ni, sekali naik RM1. member aku jarang balik time tengah hari kalau ada kelas petang. aku memang tiap hari balik kolej time tengah hari. naik motor....hehe...


kenangan gila bila kena naik bas rapid pastu naik tangga yang macam batu caves untuk gi kelas kat menara. sampai lif pulak, lif rosak. tak pun, orang tengah ramai gila nak kejar kelas pukul 8.30. terpaksa bersesak. kalau dah betul2 terlambat pastu lecturer jenis on time, terpaksa lah naik tangga. bukan 3 atau 4 tingkat. kat level 8 kot kelas. kadang level 11. biasa sampai level 5 kepala lutut dan menggigil. sampai kelas pendek nafas. tak larat nak cakap-cakap.


dulu masa aku mula2 masuk uitm, kat menara SAAS ada jual air mineral harga 50sen. masa tu tak bawak air pun tak pe. sebab berbaloi dengan harga 50sen tu. tapi la ni dah tak ada jual harga macam tu. harga sekarang dah RM1...


kafe menara pulak jangan cakapla. orang sentiasa ramai. lagi2 lunch hour. kafe yang kami kongsi dengan budak OM ngan Sains gunaan. plus staff yang boleh tahan ramai. biasanya hari jumaat best sikit sbb ada nasi ayam.


makanan yang best plak bagi aku selain nasi ayam adalah waffles coklat. i like! roti boom pon meletop. like very much!


pastu lagi satu selalu bersesak kat surau. surau kecik. ada yang besar jauh. hehe...


pendek kata, kat uitm ni selalu sangat la berebut dan bersesak. sebab suasana sebegitu sangat hapening. meriah dan seronok. (erk?)


banyak jasa uitm kat aku, tapi jasa aku kat uitm? entah....


Alhamdulillah...Allah yang bagi aku habis belajar on time. tapi tak semua ada rezki nak habiskan belajr on time. percayalah! semua tu aturan Dia. Dia lagi mengetahui yang terbaik untuk kita. jadi, jangan dikesalkan dengan benda yang lepas. habiskan apa yang perlu dihabiskan. banyak lagi ruang di masa hadapan.















Sunday, October 30, 2011

convocation UiTM 75th.

assalamualaikum wbt.


hehe...nak update sikit cerita pasal hari sabtu semalam. jumaat malam sabtu, adik beradik dah mula kumpul. malam tu tidur lewat. tak leh tidur sebenarnya. dengan anak2 buah yang dok main. biasalah, dah jumpa sepupu masing2 mana nak ingat nak tidur kan.

esok pagi2 rasa malas gila nak bangun. mak dah kejut bnyak kali. dalam 6.40 rempit gi uitm. bawak bekal pau. sebab tak sempat nak breakfast.

sampai uitm dalam 7.30. agak cepat. mungkin hr sabtu. tak banyak kereta.

masuk uitm memang sesak habis. aku ingat aku sorang je la graduan yang datang naik motor. sampai parking motor, aku jumpa sorang mamat yang sama kos ngan aku. sebab pagi tu sidang untuk budak akaun je. bukan pasal mamat tu aku nak cerita. mamat tu naik motor bawak mak dia. lama aku perhatikan makcik tu. solehah betul. berpurdah tapi sempoi naik motor ngan anak dia. like!

tak berapa nak dan bergambar ngan kawan2. sapa2 yang duduk dekat ngan aku je dapat bergambar. lepas je naik pentas, dalam pukul 10 lebih aku minta izin keluar. terusrempit ke klia.

subhanallah!ngantok gila. dengan tak cukup tidur. pastu keadaan sepanjang jalan yang kosong dan membosankan. dah la jalan lurus. kiri kanan macam tak ada pape. memang mengantok.

sampai klia, diorang tak sampai lagi rupanya. sabau jela. dalam 30 minit gak naik motor dr shah alam ke klia. lalu highway ape ntah. tak pasti. yang pasti highway tu aku masuk dari simpang batu 3.

masa adik beradik yang lain sampai, perasaan biasa je. tang kak aku yang kat jb tu sampai, dia tanya aku konvo ngan sapa, terus meleleh.

kak ipaq aku kata, nak buat camna. dah mak tak leh nak g konvo aku. bukan tu yang menjadi punca aku meleleh. tapi, bila disoal dengan pertanyaan tu. hiba dowh! orang lain dok sibuk mak ayah dorang tengok. ok...aku tak sedih. cuma sedih bila ditanya.

dalam pukul 2 mak ngan abang check in. aku ngan adik beradik lain balik. dorang ajak stop kat RnR dengkil, lunch. tapi aku tak ikut. aku dah janji ngan kawan aku nak jumpa kat shah alam. kawan baik masa kat matriks. dorang nak belanja nasi goreng cheese. weee.....sedap! lagi sedap sebab makan free....

ondaway balik dr klia ke shah alam lagi la mengantok. dah la tengah terik. dugaan besar gila...banyak kali dah terlelap masa bawak motor. dan banyak kali aku rasa motor aku nak langgar tiangtepi jalan. tapi ada sekali aku terlelap aku nak langgar teksi depan aku. terus mata aku segar bugar sampai la shah alam. alhamdulillah. selamat....

dan masa sampai traffic light batu 3, aku pelik. ape hal ada motor bawak bendera malaysia ngan n9. siap ada kereta lalu hon hon lagi. aku nak singgah surau office cadangnya. sebab sementara tunggu kawan leh gak rehat kejap kat surau dekt ngan office aku.

bila lau stadium, nampa pulak ramai gila orang pakai baju putih hitam. kereta banyak gila sampai jam. baru teringat malam tadi ada lawan bola n9 ngan ganu. dasyat gila. orang ramai gila. parking berdabel2 kat seksyen 13. sampai terbawadalam mimpi aku tengok lawan bola. padahal tak pernah tengok dengan rela hati pun. tengok sebab terpaksa ada la.

alhamdulillah. semua selamat. Allah yang bagi selamat dan lancar perjalanan.

rupanya, konvo biasa je walaupun tak da siapa yang datang tengok kita. hehe

Friday, October 28, 2011

jumaat lagi

asslamualaikum wbt....

hari ni hari jumaat. yeay! antara hari yang paling menggembirakan aku adalah hari jumaat. bangun pagi rasa bersemangat. buat kerja pon lancar je. tak de nak menyimpang sangat. hebatnya berkah hari jumaat. tapi, kadang kerisauan membelenggu. hari jumaat adalah hari kiamat. cumanya tak tau bila jumaat terakhir tu.

barang siapa yang membaca surah kahfi pada hari jumaat, maka dia akan dilindungi sehingga bertemu jumaat yang akan datang. wallahua'lam.

hari ni aku cuti sebenarnya. tu yang happy. hehe. kan mak nak gi esok. dan esok pagi2 aku kena pergi shah alam. menatap wajah tua itu menambah sayu di hati. insyaAllah mak ngan abang selamat sentiasa dan mendapat haji yang bukan saja makbul, tapi mabrur. insyaALLAH..

semalam, aku ingatkan bos yang aku cuti hari ni. bos lupa. dia ingat aku cuti hari isnin. nasib baik aku ingatkan awal-awal. kalau tak, tentu dia mencari aku pagi2. kawan aku tak ada, aku pon tak ada. nasib la mamat tu kena dok kat office jaga office. ala bro, sekali sekala. apa salahnya. ye dok? lepas ni, lu cuti kahwin 2 minggu, wa pulak yang sorang2 kat office ngan bos ngan officemate kita yang sorang lagi.

bermohon agar dipermudahkan segalanya esok. abang aku yang sulung nak gi konvo aku gak. tapi aku tak sure lak tetamu boleh keluar sebelum habis sidang ke tak. so, aku tak bagi dia datang. nanti nak naik kereta dengan sesaknya. takut tak sempat babai kat mak pulak. aku naik motor laju sikit nak merempit.

malam tadi dah tunjuk kat mak jubah konvo. huhu...rezki masing-masing kan. kak yang lain, mak dapat tengok dorang naik pentas. time aku, tak sempat. tak pe la. tak berapa nak terkilan. aku pun bukan dapat selendang pink. hehe

semoga bergembira berkerja pada hari ini. esok cuti kan......:)

Thursday, October 27, 2011

kecamuk

lagi beberapa jam mak nak pergi. jauh sudut hati, rasa yang berkecamuk melanda. mak punya flight pukul 3 petang. dan pagi tu konvo aku habis pukul 12.30.

aku minta jasa baik pegawai konvo bagi aku keluar lepas aku naik pentas. dan aku akan merempit ke klia lepas tu. harap sempat.

Allah, permudahkan aku dan orang-orang sekeliling ku. permudahkan mereka yang susah.

Monday, October 24, 2011

solehah

diam bukan erti bisu
senyap bukan erti tak tahu

kadang berdiam diri lebih baik kan? tapi, ada waktu berdiam diri bukan tindakan yang terbaik dikala kata-kata itu amat dinantikan oleh mereka. lontarkan saja ia.

kadang berterus terang lebih baik kan? tapi, ada waktu kita perlu mendiamkan perkara yang tak sepatutnya orang lain tahu. terlalu berterus terang juga tidak baik. takut-takut ada hati yang akan terluka.

semua kena sederhana. solat kena jaga. iman perlu sentiasa diselenggara. aurat mesti tertutup dan terjaga.


yang pergi masjid bukanlah semuanya soleh. tapi yang soleh dah tentu ke masjid.

yang solat diawal waktu belum tentu solehah. tapi yang solehah dah tentu solat diawal waktu.

yang menutup aurat belum tentu faham agama. tapi yang faham agama dah tentu menutup aurat.

tapi tutup bukan sekadar tutup. agar parut dilengan tersembunyi, sedang bentuk lengan jelas kelihatan.

memakai tudung endon nampak muka lagi cantik. tapi tak perlu cantik-cantik hingga tersingkap dada dan penuh labuci hingga menarik perhatian mata.

memakai legging memang menawan dan seksi. tapi tak perlu memakai didepan lelaki yang bisa tertawan dengan mu. cukuplah kau menawan suami mu! bukan suami orang lain juga.

memakai tudung labuh memang sedap mata memandang. tapi jangan dicacati dengan kecomotan tudung yang tak bergosok dan punya kesan sambal.

semoga sentiasa menawan dan tampak cantik dihadapan mereka yang halal untuk menikmati itu semua yang ada pada mu.

Tuesday, October 18, 2011

lagi cepat

Assalamualaikum

kecamukan emosi sedang membelenggu. kekeliruan dalam fikiran sedang memuncak. manakala keserabutan kepala sedang membukit.

mak tak jadi pergi 1hb ni. tapi, dicepatkan kepada tarikh 28hb. dan memang sah2 tak dapat gi konvo aku. bukan itu menjadi masalah dan punca kecamukan, kekeliruan dan keserabutan yang sedang drasai sekarang ni.

berdoa dan berharap aku masih punya peluang untuk menikmati berkah doa seorang ibu sedikit masa lagi aku didunia ini. dan kalau boleh biarlah hayat yang masih ada disiram dengan salju kasih sayang seorang ibu.

perbaiki solah!itu yang aku cuba perbaiki. tapi, masih gagal dalam mengekal istiqamah itu. benar! sangat mudah menjadi baik, tapi bukan mudah mengekalkan kebaikan itu.

oh ye! abang aku yang sulung sekeluarga sudi meluangkan masa untuk melihat aku konvo nanti. err, sebenarnya aku tak berapa nak kisah kalau tak ada sesiapa yang menyaksikan istiadat konvo aku nanti. kerna aku yakin, walaupun mak tak tengok, ramai lagi mak orang lain yang tengok aku. hehe

so, jumaat tu minta cuti kat bos. khamis still kena datang. ingat nak sambung cuti je.. ye lah rabu pon cuti gak. tapi tak sampai hati pulak sebab officemate yang sorang lagi memang tak ada. bos memang tak pernah kata tak, tapi bertimbang rasa itu perlu. sebagaimana dia bertimbang rasa dengan aku selalu.

26.10.2011 - 1.11.2011 ada expo pameran buku islam. meh la datang...:)

Friday, October 14, 2011

konvo

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari jumaat. hari yang paling bahagia bagi kita. mungkin sebab hari ini hari rahmah. dan mungkin juga sebab hari ini banyak pahala yang boleh dikutip walau hanya memakai pakaian putih. atau mungkin hari ini last bekerja sebab esok cuti. yeay!

Mak pergi 1hb ni InsyaALLAH. dan aku akan menghadiri konvo aku 29hb ni InsyaALLAH. yakni hari sabtu dan 3 hari sebelum mak dan abang pergi.

Mula-mula dulu, check kat uitm yang aku ni ada saman sepanjang 4 tahun kat sini. RM 400 semuanya. atas 4 kesalahan yakni tiada pelekat dan parking di tempat yang tidak sepatutnya. means, satu kesalahan RM100. err, memang mentekadarah. mulanya, memang tak puas hati. kenapa U lain satu kesalahan RM10? dan Uitm RM100? ini tidak adil.

tetapi, aku redha. RM 400 tu bukan milik aku tapi milik uitm dan warganya.(erk?)

dapat kurang jadi RM 160. mulanya memang tak nak bayaq sebab tak ada hati nak p konvo bila dapat tau saman RM 400. ada sorang kawan aku kata:

"4 tahun ko belajar, takkan tak nak p. lepas ni tak tau ada tak lagi peluang nak gi konvo."

aku tukar keputusan nak pergi konvo dan p bayaq saman. dah settle semua dan bayar yuran konvo aku mula semangat. baju konvo memang tak dapat la nak beli sebab bajet lari bayar saman. pakailah apa yang ada. asal menutup aurat.

tengah-tengah dok semangat, tiba-tiba dapat tau yang mak nak gi haji. huaaaa.....aku tak yakin yang mak aku pergi atau tak konvo aku. bila aku tanya kat mak dan adik beradik lain siapa yang nak pergi konvo aku, semua orang diam.

huaaaa...macam sedih je. siapa nak bagi bunga kat aku nanti? dan siapa yang nak mewakilkan 2 orang tetamu yang boleh dapat pass masuk dalam dewan tengok aku ambil scroll?

syukur, walaupun macam ni aku masih bertuah dan dikurnia nikmat yang terlalu banyak. Alhamdulillah...


err, ada siapa2 nak bagi bunga tak kat aku 29hb ni?huhu

Sunday, October 9, 2011

cerpen: kehadiran kebahagiaan

Pulang dari kerja dengan penuh lesu dan lembik. Kerja tak banyak. Tapi, dah namanya kerja. Mana ada yang tak penat. Dapat panggilan dari kampung.

Mak suruh nasuha balik minggu ni. Ada orang nak datang katanya.

Nasuha akur dengan permintaan mak. Mula merancang perjalanan balik. Lepas habis kerja hari jumaat cadangnya terus bergegas balik ke kampung.

*************

Kini tahulah dia. Rupanya ada rombongan datang rumah dia. Mak kata rombongan meminang. Macam mimpi pun ada. Mak dah siapkan semuanya. Mak kata, kalau suha setuju akan terus bertunang.

Malam tu, tak dapat tidur dengan lena. Siapa pula gerangan yang nak datang meminang dia. Dia tak bercadang untuk menghebohkan berita pertunangannya kepada sahabat-sahabat yang lain. Nabi kata, tunang tak perlu dihebohkan. Akad nikah nanti yang perlu dihebahkan dan disebarkan kepada masyarakat setempat dan kenalan. Namun dia ingin memberitahu pada sahabat baiknya, ila.

‘ila, aku bertunang esok.’
Ringkas sms yang dihantar kepada teman baiknya. Tak lama, deringan telefon kedengaran.
“weh, suha! Kau nak tunang dengan siapa? Bila? Bagaimana? Mengapa?”
“assalamualaikum.”
“err, waalaikum salam. Weh, tiba-tiba ja kau nak bertunang. Biar betul”
“betul. Aku pun tak tau siapa mamat tu. Mak aku suruh balik. Aku balik je la. Mak aku ata ada orang nak datang esok”
“tu la. Aku suruh kau cari sendiri tak nak. Kan mak kau dah carikan”
“terima je lah. Untung ada yang nak ngan aku.”
“ayat macam pasrah je. Kau tak boleh macam tu je. Kau pun ada hak untuk memilih”
“aku tak rasa pilihan mak aku salah. Kalau mak aku suka, mesti itu yang terbaik untuk aku.”
“betul tu. Tapi, kau kena ushar mamat tu dulu. Handsome ke tak. Kerja apa.”
“mak aku mesti dah ushar dulu. Kalau tak, takkan dia semangat nak suruh aku balik.”
“aku harap itu jodoh terbaik untuk kau. Weh, anak aku nangis ni. Nanti follow up dengan aku eh apa terjadi esok. “
“ok. Doakan semuanya ok ye”

**************
Ila, sahabat baiknya ketika menuntut dulu. Sama-sama belajar mengenai alam. Hakikatnya, dia sangat senang dengan perhubungan itu. Saling membantu dan bekerjasama. Itu la gunanya kawan. Dah lama kahwin dan punya anak satu. Aku yakin kini dia bahagia dengan keluarganya. Boleh dikatakan kebanyakan kawan-kawan seuniversiti dengan nya sudah membina mahligai keluarga.

Jodoh mereka cepat. Nasuha malas nak fikir tentang itu semua. Dia takut kalau terlalu memilih nanti dia yang kecewa. Mana ada yang sempurna dalam dunia ni. Sebab itu urusan jodoh dia diserahkan oleh mak nya.

Mak ada tunjukkan gambar lelaki yang akan melamarnya esok hari. Tapi, dia bertekad untuk tidak melihatnya. Disimpan gambar itu di celahan diarinya.


***************
Majlis berjalan dengan lancar. Sopan dia duduk dia atas pelamin mini yang dihias oleh kakaknya. Seusai menyarungkan cincin oleh bakal ibu mertuanya, dia terpana. Tak sangka kini dia sudah jadi tunangan orang. Perbincangan antara kedua belah pihak telah bersetuju untuk mengadakan walimah sebulan lagi.


Dia tak pasti sama ada tunang dia turut serta dalam majlis itu. Yang dia tahu, dia hanya tertunduk sipu kerna sungguh malu dan segan.


Petang itu, seusai majlis dia sibuk menolong emak dan ahli keluarganya yang lain berkemas. Mujur dia punya keluarga yang besar. Anak-anak buah dah besar panjang dan boleh menolong mengemas. Tambahan pula, anak buahnya yang seramai 26 orang itu terdiri dari 20 orang lelaki. Alhamdulillah, besar sungguh nikmat meramaikan umat nabi.


**********

Lagi sebulan dia akan bernikah. Sudah tentu banyak yang perlu difikirkan. Kakak ipar nasuha, kak ani memberi checklist persediaan untuk bernikah. Untung juga punya kakak dan abang yang banyak membantu.

Minggu depan dia mula menghadiri kursus nikah. Tunang nasuha, aziz daftarkan namanya untuk kursus pra-perkahwinan di masjid negeri shah alam. Dekat dengan tempat kerja nasuha. Yang nasuha tahu, dia cuma perlu datang sahaja. Semuanya dah diuruskan oleh aziz termasuk yuran.

Pada mulanya, dia tak selesa bila tahu aziz dan mengaturkan semuanya. Semua yang aziz buat dia akan beritahu pada suha melalui email. Panjang lebar mana pun email yang dikirim oleh aziz dijawab dengan seringkas mungkin.

Nasuha bukan seorang yang pendiam. Tapi, dia tak mahu mencipta sebarang keramahan dengan lelaki yang belum tentu menjadi miliknya secara halal. Disebabkan itu, dia mengiakan segala kata-kata aziz.

**************

Malam itu, nasuha keletihan. Dari pagi hingga ke petang dia menghadiri kursus pra-perkahwinan itu selama 2 hari. Dia terima sms dari aziz memintanya membuka email.

Aziz menghantar email kad perkahwinan mereka. Terdapat 3 corak yang perlu nasuha pilih. Hakikatnya, ketiga-tiga corak dan reka bentuk kad undangan itu menarik minat dia. Tapi, dia perlu pilih antara tiga. Baru nasuha tahu yang aziz berasal dari Shah alam juga. Kerna walimah di pihak lelaki akan diadakan dirumah aziz di seksyen 7, shah alam.

Dan baru nasuha tahu nama penuh aziz. Umar Aziz bin Umar Mokhtar. Sehingga kini nasuha tak dapat bayangkan rupa aziz yang sebenar. Tetapi, rasanya nama itu macam pernah dia kenal sebelum ini.

Diabaikan saja persoalan itu. Terbang bersama mimpi indah di malam minggu itu.

*********

Keesokannya, ketika dalam perjalanan menuju ke pejabat nasuha mula memikirkan sesuatu, berapa lama dia harus meminta cuti dari bos. Mujur juga tarikh nikah dan walimah dipihak lelaki selang seminggu. Jadi, tak perlu meminta cuti lama. Dia berkira-kira untuk meminta cuti 2 minggu. Tetapi, dia rasa segan nak minta cuti dengan bos. Jarang nasuha meminta cuti. Cuti tahunan dia masih lagi berbaki 2 minggu.

Dan sudah tentu bos akan merasa terkejut bila dia minta cuti untuk kahwin. Masa dia bertunang, dia tak menceritakan pada sesiapa pun di office itu. Kecuali kepad ida, teman baik nya di office dan satu-satunya teman perempuannya dioffice. Kerna, yang lain semua lelaki.

Sedari dulu, nasuha memang mengidamkan perkahwinan sebegini. Kahwin hanya sekali, insyaallah. Jadi, biarlah perkahwinan ini benar-benar mengikut syariat. Dia tak mahu ada kepincangan yang akan mengundang dosa nanti.

Biarlah dia tak tahu siapa bakal suaminya. Asalkan dia yakin yang suaminya boleh memimpin dia menuju jalan Ilahi.

***************

Pagi itu dia berjumpa bos untuk menyatakan niatnya meminta cuti. Nasuha ingin menjemput sekali bos nya. Dia berharap bosnya tidak banyak Tanya. Kerna dia sendiri tak tahu nak cerita apa pada bos. Yang dia tahu, dia akan berkahwin dengan lelaki yang dia tak berapa nak kenal.
Nasuha pelik. Sungguh pelik. Bos macam tak terkejut bila dia ingin meminta cuti kerana nak berkahwin. Riak bos yang bersahaja menimbulkan rasa pelik dihati suha. Bos seakan tahu yang dia akan bernikah.

Diabaikan saja persoalan itu. Kerna permohonan cutinya diluluskan. Bos juga akan turut memenuhi jemputanku. Rezeki orang nak bernikah. Bos bagi hadiah kahwin awal-awal. Petang itu, nasuha terima cek dari bos. Bos kata, elaun nikah. Nasuha seperti nak tergelak, apa-apa je lah bos.

**********

Lagi 5 hari dia akan diijabkabulkan. Nasuha dah mula cuti. Dia menyiapkan sendiri hantarannya. Mujur juga dia rajin ikut kelas membuat kek dan coklat dulu. Dia juga rajin membuat kuih dan kek dari resepi yang diambil dari blog masakan. Jadinya, hantaran nya untuk pihak lelaki adalah hasil kerja tangannya.

Duit kenduri dan hantaran aziz dah bank-in ke akaun dia. Boleh dikata kan, dia tak mengeluarkan sedikit pun dari wangnya untuk menyediakan hantaran dan kenduri nanti. Duit kenduri dia dah serahkan pada mak nya. Tiada pelamin yang vogue. Hanya bilik pengantin yang akan dihias oleh kakak-kakak nya.

Nasuha tak mahu bersanding dan makan beradab. Itu semua kan adat. Tak semesti kita kena ikut. Cumanya ada paluan kompang yang akan mengiringi kedatangan pengantin lelaki nanti.

***********

Hari yang ditunggu dah tiba. Debaran didadanya kian memuncak. Akad nikah diadakan di masjid berhampiran rumah nasuha. Tetapi, nasuha tidak turut serta di dalam masjid. Dia uzur. Wanita yang uzur tidak boleh masuk kemasjid. Rasulullah melarang wanita yang uzur dan sesiapa yang berada dalam keadaan junub dalam kawasan masjid. Walaupun perkarangannya.

Ada yang mengatakan, masa zaman rasul dulu tidak wujud pad atau tuala wanita. Jadinya dikhuatiri darah itu akan mengalir dan mengotori kawasan masjid. Tetapi, kita tak perlu mempertikai apa yang rasul larang. Kerna semua ada sebab. Kita dengar dan kita taat.

Walaupun pengantin perempuan tidak menyaksikan akad nikah tersebut, akad nikah itu tetap

sah. Selagi rukun nikah dan syarat wajib dipatuhi.

Nasuha terima sms dari abang sulung dia yang akad nikah dah selesai. Terus nasuha mengucap syukur. Akhirnya, dia sah menjadi isteri kepada Umar Aziz. Ingin membuat sujud syukur. Tetapi syarat sah sujud syukur haruslah suci dari pada hadas. Namun dia tahu, Allah mengetahui segalanya.

Cantik bila nasuha mengenakan baju pengantinnya. Ringkas namun kelihatan cantik. Baju itu aziz yang beri selang 2 minggu selepas pertunangan mereka. Aziz yang memilih jubbah berona putih untuk majlis mereka. Warna putih kan warna kegemaran rasul. Memakai baju berwarna putih ketika hari jumaat adalah sunnah.

Nasuha berkenan dengan baju yang aziz pilihkan untuknya. Saiz juga sepada dengan tubuhnya. Kadang dia tertanya, siapa aziz yang sebenar? Seakan tahu tentang diri nasuha. Padahal, nasuha tak pernah bercerita tentang dirinya.

Nasuha memlihat dirinya di cermin. Hanya solekan nipis diwajahnya yang menaikkan seri. Dia tak mahu mengupah mak andam untuk menyoleknya. Kerna sudah tentu solekan tebal yang akan ditepek ke wajahnya. Dia tak mahu kerna menyerupai wanita jahiliyah. Solekan wanita itu untuk suaminya sahaja. Bukan untuk tatapan umum semua mata-mata lelaki.

Hatinya tak berhenti berzikir. Mohon ditenangkan hati yang gabra. Kerna sebentar lagi, pengantin lelaki akan sampai di rumahnya. Waktu yang ditunggu telah tiba. Saat pertama kali dia memandang wajah aziz baru dia tersedar yang mereka pernah berjumpa sebelum ini.
Selepas menyarungkan cincin, nasuha menyalami tangan kekar itu. Sejuk tangannya. Kerna pertama kali bersalam dengan lelaki yang asing dalam hidupnya. Namun kini sudah halal baginya. Tiada adegan cium dahi, kerna nasuha sungguh malu. Cukup sekadar bersalaman. Tak perlu nak tunjukkan adegan romantic itu dihadapan ramai orang.

Paling terkejut bila nasuha menyalami tangan ayah mertuanya. Baru dia tersedar dan teringat, Umar Mokhtar adalah salah seorang client bos. Patut pun dia macam pernah dengar nama itu. Ayah mertuanya hanya tersenyum. Nasuha menyembunyikan rasa itu. Biarlah. Banyak lagi masa untuk dia mengetahui cerita sebenar.

Dan yang paling terkejut, bos dan keluarganya turut serta dengan rombongan pengantin lelaki. Patut pon, bos tak terkejut masa dia memberi kad undangan kahwin. Rupanya, isteri bos kak ana bersaudara dengan suaminya.

Majlis selesai selepas asar. Ramai sungguh tetamu yang memeriahkan walimahnya. Sudah tentu kehadiran teman-teman sewaktu belajar dulu yang memeriahkan. Selepas saja nasuha memilih design kad undangan malam itu, aziz mengepos pada nya selang dua hari. Aziz dah print awal-awal ketiga-tiga design tersebut. Dan nasuha mengepos kepada teman-temannya hari yang sama.

Alamat mereka nasuha dah lama simpan. Sedari sekolah, dia akan menaip semula alamat-alamat sahabatnya. Jadinya, dia hanya perlu print dan tampal.nasuha tidka mempunya akaun facebook. Lagipun dia rasa tak selesa untuk menjemput sahabatnya melalui tag dalam facebook. Pasti ada yang terlepas pandang. Dan pasti ada yang berkecil hati kerna menerima jemputan melalui facebook yang kelihatan tidak bersungguh-sungguh.

Alhamdulillah. Majlis berjalan dnegan lancar. Memang tak menang tangan untuk melayan semua tetamu. Mujur aziz pandai menyesuaikan diri dengan teman-teman nasuha. Tangan aziz tak lepas dari menggenggam tangan nasuha. Pada mulanya nasuha tak selesa. Tapi, sekan mengalir salju dalam genggaman tangan itu yang membuat dia damai. Mungkin kerna tangan itu halal untuk menyentuhnya. Membuat dia tak berasa resah.


Bersambung…..


Tuesday, October 4, 2011

ujian senang dan susah

kadang kita diuji dengan kesenangan
dan kadang kita diuji dengan kesusahan

senang dan susah adalah ujian
bila senang jauh dari Tuhan
bila susah meyalahkan Tuhan

tapi senang dan susah juga adalah kurniaan
nikmat yang memantapkan iman
bila senang lagi mudah mendekati Tuhan
bila susah bermuhasabah apa dosa kat Tuhan

ujian kesenangan lagi susah dari ujian kesusahan
sebab hati tak pernah puas dengan apa yang dibagi Tuhan
nabi pernah bersabda kepada kita umat terkemudian
jika manusia diberi dua lembah emas yakni kemewahan
nescaya dia akan meminta lembah yang ketiga kepada Tuhan

jika kau senang dan hartamu melebihi keperluan
hulurkan sedekah ringankan tangan
bantu mereka yang berhutang mahupun yang memerlukan
hartamu akan bertambah dan tidak berkurangan
kerna itu janji Tuhan

jika kau susah dan serba kekurangan
ingatlah masih ada yang lagi kekurangan
bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Tuhan
kerna itu yang terbaik buat dirimu pada hari kemudian
berdoalah agar diberi hati yang syukur berpanjangan
ingatlah nabi dan para sahabat juga hidup dalam kekurangan
itu membuat mereka dekat dengan Tuhan

Sunday, October 2, 2011

teruja!

ada 2 perkara yang aku tak berapa nak gemar. iaitu memilih antara dua dan menunggu sesuatu.

penantian memang seksa. sebab kita kena sabar. kan sabar itu pahit. hasilnya manis. khamis lepas, abang aku yang kat semenyih call tanya khabar. dan dia minta aku dan adik beradik yang lain kumpul kat rumah mak sabtu malam ahad. dia nak buat pengumuman. aku sangat la tertanya ape benda yang dia nak kata.

aku korek kat kak ipaq aku. tapi hampa. dia jawab:

"kak kena taat dengan arahan suami"

nampaknya tak berjaya. dan malam tadi aku balik ngan kak aku yang aku dok rumah dia la ni. memang mengejutkan!

abang aku dapat tajaan menunaikan haji. sebab dia ada deposit duit dalam akaun al rajhi. tiap tahun ada cabutan untuk pakej haji dan umrah. dan tahun ni, alhamdulillah rezki abang aku. dijangka bertolak 1hb november ni. dan abang nak bawak mak. terharu kot....

mak dah lama cukup duit kat tabung haji. jangkanya 2014 nama mak naik. masa raya ari tu, ada sorang pakcik aku nak gi haji gak. mak tertanya, bilakah agaknya giliran mak.
sejak awaltahun hari tu, mak dah join kursus haji kat masjid tanjong karang. mak kata nak sedia dari awal.

memang tak sangka dan mengejut. lagi sebulan mak nak bertolak. abang memang tak pernah gi kursus haji. dan memang plan jangkaan g haji 2014 tu, mak nak g ngan abang. dan aku pernah cerita cita-cita teragung aku, aku nak gi haji ngan mak. masa tu, aku sempat nak kumpul duit lagi...hehe

"kita merancang, dan Allah merancang. dan Allah sebaik-baik perancang."

sedih....pertama kali berpisah jauh dengan mak. sebelum ni paling jauh masa aku belajar kat kedah. mak macam tak caye bila abang kata nak ajak mak. tapi tambang mak bayar sendiri. cuma abang aku je yang percuma. alhamdulillah...rezki Allah bagi. mak punya simpanan plus duit anak-anak.

err, aku teringin gak...nak bagi duit mak gi haji. tapi, aku pon baru kerja kan. mak kata:

"bagi seringgit kalau ikhlas lagi baik. jangan sampai pinjam duit kat orang nak bagi mak duit"

berbaloi aku tunggu apa yang abang nak umumkan. nasib baik cerita best!

semoga mak ngan abang selamat sentiasa.

kepada bakal haji, semoga dipermudahkan segala urusan. dan semoga semua usaha dan ibadah diterima Dia....

Friday, September 30, 2011

tanya dan jawab

dulu aku tertanya
apa yang membuat dia setia
pasti ada sesuatu yang mengikatnya
yang buat dia tak kemana-mana

dulu aku tertanya
apa yang membuat dia bahagia
sebab aku tengok biasa saja
tiada yang istimewa
dihadapanku semua sama

kini aku ada jawapannya
sebab dia suka dia setia
dia diberi yang sepatutnya
usaha dia dinilai dengan taranya
tiada kurang lebih sahaja

kini aku ada jawapannya
dia bahagia kerna senang hatinya
tanpa ada dendam dan buruk sangka
semua dibahagi sama rata
semakin hari semakin bertambah pula
setanding dengan usahanya

terima kasih atas segalanya
aku belajar dari kamu semua
tak semua yang kita ingin ada didepan mata
perlu ada usaha untuk memilikinya
diiringi dengan doa kepada Nya
agar dipermudahkan segala
agar dimurahkan rezeki sentiasa
agar sentiasa dekat dengan Nya



p/s: ada dua perkara yang paling aku tak gemar.
1- memilih antara dua
2- tertunggu-tunggu pengumuman yang ingin diumumkan

tau tak, penantian satu penyiksaan? dan sangat terseksa. jujurly!

Tuesday, September 27, 2011

bos 2

bos,
saya tidur malam tadi tak berapa nak lena. sebab kehilangan sesuatu. mimpi pon berkaitan dengan dokumen itu. saya rasa dah give up. tak tahu nak buat apa lagi. tak tahu nak cari kat mana lagi. puas saya fikir dimana kali terakhir dokumen itu saya letak. seingat saya diatas meja.

semalam, sebelum balik masih meneruskan misi mencari dan mencari. bos ikut sekali. lepas je bos masuk office petang tu. semangat sikit saya nak mencari. bos selongkar sana, saya selongkar sini. semua laci dan drawer dibuka. masih tak jumpa. bos kata:

"kita buat solat hajat sama-sama cari dokumen tu"

kami sama-sama mencari jalan nak settle kan masalah ni. dah petang-petang, bos cakap:

"awak balik la dulu. tenangkan fikiran. fikir balik mana dokumen tu"

baik bos. saya cuba juga mencari kat rumah. sebab saya tak rasa yang saya bawak balik.

bos,
pagi tadi saya masuk office awal gila. sebab nak teruskan misi mencari dokumen yang hilang. masuk office, saya nampak drawer saya semua ada kat atas meja. mesti semalam bos mencari lagi kan. malunya....drawer yang agak bersepah. dan ada barang-barang perempuan saya. hehe....bos, abaikan apa yang bos nampak tu ye. hehe....

bos,
masa saya nak masukkan balik drawer saya tu. saya ternampak SESUATU! Alhamdulillah bos....saya dah jumpa dokumen tu. err, atau bos yang jumpa dulu? rupanya kat bahagian drawer paling bawah, ada lagi space yang tersembunyi. saya syak dokumen yang hilang tu terjatuh dan tersepit kat bahagian bawah sekali. dan tiada siapa yang menyedari melainkan dengan ilham dari DIA.

bos,
dah berapa kali saya check drawer tu semalam. berkali-kali. dan bukan saya seorang. dan banyak kertas terselit kat tempat tu. ada satu transkrip saya yang pernah hilang dulu pun ada kat situ. syukur tak terhingga. akhirnya diketemukan juga.

bos,
tau tak sesuatu? saya terfikir dan berfikir. betapa terangnya hati bos! Allah bagi ilham dan hidayah kepada bos tempat letaknya dokumen penting tu. dan alangkah tak terangnya hati saya tak macam hati bos. banyaknya dosa-dosa saya sampai tertutup hijab untuk berjumpa dengan dokumen tu. seorang bro ada bagitahu saya, periksa solah saya. saya akui, solah saya masih bukan dalam lingkungan masa yang awal waktu. masih ada keculasan dan kepincangan. saya cuba perbaiki diri. InsyaALLAH.

bos,
saya rasa saya sangat beruntung sebab dapat bos yang tolong carikan sekali dokumen yang hilang tu tanpa ditengking, dimarah atau dimaki. saya rasa lah, kalau bos orang lain dah tentu-tentu kena maki dan marah sebab cuai dalam menyimpan dokumen. dan tak ada maknanya bos yang akan tolong sama-sama cari dokumen tu.bos, terima kasih banyak ye. dan maaf sekali lagi.

bos,
saya tak jadi resign la....hehe


yang gembira,
staff yang berjanji takkan hilangkan dokumen lagi

Monday, September 26, 2011

bos

dear bos

sekali lagi kesilapan yang sama berlaku. bukan sekali tapi berkali-kali. saya tahu bos mesti dah bosan. dah malas nak layan kesilapan saya yang berulang kali. saya tahu itu. walaupun ianya tak dihamburkan. tapi, pendaman perasaan itu dapat saya baca. saya sangat perasan dipersalahkan.

bos,
hari ke hari saya cuba untuk tidak mengulang kembali kesilapan itu. walau bukan hari-hari dan selang beberapa hari. saya cuba untuk sentiasa 'clear' kan dokumen-dokumen dan meletakkan nya di tempat yang sepatutnya. tapi, masih ada lagi dokumen yang missplaced.

bos,
saya agak cuak dengan bos. walaupun bos tak pernah marah saya, tapi saya amat cuak bila buat kesilapan. saya tahu, orang yang tak pernah marah punya kesabaran yang tinggi. dan kalau boleh saya tak nak mencalar hatta sedikit kesabaran itu. tapi, bos saya lagi cuak kalau Dia marah saya. puas saya meminta dalam hati agar diterangkan hati dapat jumpa dokumen tu, namun sampai sekarang tak juga jumpa. saya berfikir dimana kali terakhir saya meletak kan dokumen tersebut. tapi hampeh bos. ape lah agaknya yang DIA sedang rancang untuk kita?

bos,
tadi lepas bos keluar, kami bertiga mencari dan mencari lagi. kami selongkar semua fail-fail. kami buka semua almari. sebab dulu saya pernah missplaced kan dokumen dan bos solat hajat untuk itu. dan alhamdulillah jumpa. rupanya terselit kat fail company lain. bos dapat ilham untuk buka fail company tu. alhamdulillah, Allah yang bagi jumpa. bos, saya rasa company ni ber'hantu'. hehe...sebab yang sebelum ni pon dokumen company ni gak.

bos,
saya macam dah give-up. bos bagi saya 3 option. minta copy kat lawyer company tu, atau minta director sign balik atau cari sampai jumpa. bos, saya tahu option kedua tu sangat lah tidak patut. tapi bos, saya terpaksa juga guna option ketiga iaitu cari sampai jumpa. bos, saya dah tak tau nak selongkar mana.

bos,
andai tak ketemu juga, maafkan saya ye. saya rela resign. huhu...walaupun saya dah berazam kalau nak berhenti kerja dengan bos sebab saya dah kahwin atau saya dapat jadi cikgu. bos, tak pe la...saya berhenti walaupun saya tak kahwin lagi dan saya tak jadi cikgu lagi.

bos,
maafkan saya. sampai mati saya tak kan lupa bos. banyak yang saya belajar disini. banyak kesilapan yang saya sedar selama berkhidmat disini. banyak kenangan yang saya lalui disini. banyak dan terlalu banyak nikmat yang Dia bagi ketika saya disini.

bos,
saya tak lalu nak makan. sebab cuak sangat. gelabah sampai sakit perut. gelisah sampai rasa macam nak nangis. bos, alangkah indahnya kalau kecuakan, kegelabahan dan kegelisahan itu muncul tika baru lepas berbuat dosa dan maksiat kepada Dia. subhanallah! tiba-tiba saya rasa sangat takut untuk mati sebelum dokumen tu dijumpai.

bos,
maafkan saya sekali lagi. saya bukan staff yang baik untuk bos. maafkan saya ye! sangat mengharapkan. semoga tidak akan berlaku lagi kesilapan itu. sebab saya rasa sangat terlalu sakit. sangat dan tersangat.

semoga bos bahagia dunia dan akhirat.


yang benar,
staff yang selalu missplaced dokumen.

Thursday, September 22, 2011

wanita

maaf, tak berapa berkenan bila perempuan menonjol dan ditonjolkan...
sebab perempuan cantik tak memandang dan tak dipandang...
perempuan yang solehah bukan untuk dipertontonan dihadapan ramai...

"didik wanita, terdidik generasi"

banyak cara nak mendidik wanita, bukan penonjolan yang berleluasa.

Wednesday, September 21, 2011

Sunday, September 18, 2011

open house

hujung minggu yang indah dan menggembirakan. alhamdulillah, selama 3 hari bercuti dapat makan free...rezki ALLAH bagi. berkoyan-koyan jemputan open house.

jumaat

aku bersama mereka beraya rumah aku ditanjong karang. alhamdulillah. perjalanan lancar tanpa masalah. ada hikmah nape tak jadi last week, rupanya Dia nak bagi salma ikot sekali. hehe...

pagi tu, ain ambil aku di rumah kak aku, then baru amek salma kat rumah kak la dia. kat alam budiman, jalan sehala ngan rumah aku. then kami bertiga pergi batu caves rumah nana. sampai sana, tak lama ili pun sampai. tapi nana yang amek ili. sementara kami bertiga dok menyembang ngan mak dan adik beradik nana.

aku, nana, ili ngan ain pernah dok serumah selama setahun. then, masing-masing keluar dok kolej. dan kami kenal since matriks kat kmkn lagi. masuk uitm, kelas sama. very the close.

bercerita ngan famili nana rasa best. macam-macam dorang tau pasal kami. errr, nana nak kena ni. kantoi segalanya ngan dorang. hehe....tak sangka plak walaupun aku baru kali ke tiga datang rumah nana, mak ngan adik beradik dorang masih ingat cerita tentang kami dan sentiasa updated. hehe....

pastu kami bertolak ke tanjong karang. aku la co-pilot. haha....asek dok buka botol air untuk ili. sebab aku tak da lesen kereta lagi, so kena la jadi penunjuk jalan. sepanjang jalan kami lalu highway baru, highway LATAR.memang pantas tapi 3 kali tol semua RM6. berjalan sekali sekala tak pe kot. kalo dok hari2 jenuh nak membayor. minyak disupport oleh golongan yang dah bekerja. ain sambung acca, salma plak under age. haha....tak de lah. maksud aku dia baru masuk degree. so, mereka berdua dikecualikan. dan kereta disponsor oleh nana. plat WUN yang bermaksud Wahhhh! Untung Nana. hehe

sampai tanjong karang dekat pukul 4. sebenarnya boleh lagi cepat tapi aku saja nak tunjuk dorang jalan yang agak jauh. saja nak tunjuk ini lah dia TANJONG KARANG!

lepas makan dan solat asar, ujan turun. tak berapa nak lebat tapi baju boleh basah lencun kalau berdiri lebih dari seminit.

diorang nak tengok sawahdan bertangkap gambar. tapi dek kerana hujan, kami plan sekadar nak tengok-tengok je. tapi sampai je kat sawah padi, hujan cuma renyai-renyai.

jadi, berhenti tepi jalan tangkap gambar. bila ada orang lalu aku pandang belakang. takut2 ada yang kenal aku. malu plak bergambar kat tepi jalan ni. dorang tak pa, bukan orang sini. hehe

lepas tu, aku tunjuk mana rumah nuramina dalam cerita nur kasih. then, baru bertolak balik. sampai saujana utama dalam pukul 6. kali ni agak cepat sebab aku ajak dorang ikut jalan shortcut.

minah rempit mestilah tahu jalan shortcut. ye dok?

sabtu

duduk rumah sebab kak aku jemput kawan2 dia. aku tukang tolong melayan tetamu.

ahad

ada jemputan open house kat rumah bos. pernah pergi sekali dulu ngan salma. tapi aku ingat-ingat lupa jalan dia. yang aku ingat gila-gila alamat rumah bos. sebab ari-ari dok buat form ssm ada alamat bos sampai hapal.

aku g ngan anak buah aku izzah sebab shida tak jadi nak ikot, sakit pala. sampai umah bos, iema plak nak keluar ngan anas beli barang. aku dah r malu nak masuk sorang-sorang. alhamdulillah, aku sampai sama waktu ngan adik bos a.k.a kak iema yang dok kat usj. pernah jumpa dia masak last day iema kat office dulu. so, kenal.

rupanya, mamat tu awal-awal lagi dah sampai. kak ina yang cerita. siap dok bagi kad jemputan sekali. err, ujung tahun ni mamat tu nak kahwin. so, nanti tinggal aku sorang-sorang yang bujang kat office tu kalau shida tak da nanti. bila ntah nak joint the club dorang ni. huhu...

kak ina masak sedap kot! memang terbaik. nasi tomato memang cukup rasa. bihun sup punya sambal kicap memang kaw! dan aku paling lama kat dalam rumah bos tu. dok tunggu si ima ni balik. dua tiga orang tetamu yang datang lepas aku datang dah balik dah pon.

ada sorang akak ni, suami dia kawan bos kerja dulu. dok sembang ngan aku. dia ingat aku bawak anak. hehe...ni memang anak aku, anak BUAH aku. pastu dia tanya soalan cepu mas kat aku.

"bila nak kahwin?"

macam nak tersembur cendul yang sedap gila tu dari mulut aku.

err, kak nanti dah jumpa jodohnya, ade la kendurinya.
dalm 6.30 gak aku balik. tu pon si izzah ni dah merunsing nak balik. di tarik nya tudung aku. sabau je la. kalau kat rumah dah lama aku cubit. nasib kat rumah orang. kena la tunjuk sabar sikit.

nasib kak ina peramah. tak de lah aku kekok kat rumah bos wpun iema tak ada. dan nasib gak adik-adik bos pon peramah.

kesimpulan, rumah bos best! dan alhamdulillah weekend yang penuh rasa best.

iema, nana, ain ngan ili dah tahu jalan nak g rumah aku.

lopeh ni, kenduri den sonang la ekau nak mari sini yo!

Thursday, September 15, 2011

maaf dan maaf

kadang lebih selesa menulis dan bercerita dengan orang yang tak tahu siapa kita. bukan menyembunyikan diri atau apa. cumanya bila begitu rasa bebas untuk berkongsi rasa. tanpa menilai dan dinilai dengan siapa kita berkata. namun ku tahu, ada segelintir dari kamu yang mengetahui siapa aku dan asal ku. itu yang membuat kata-kata kadang tak terucap.

aku tak kisah andai kau juga begitu. maaf, aku tak sampai lagi tahap rela diperlakukan semahumu tanpa ada tindak balas dari ku. walau bukan semuanya aku ingin lontarkan seperti mana aku terima dari mu. bila ingin melakukan itu, aku teringat kebaikan mu. terkenang jasa mu kepada ku suatu masa dulu. kalau ikut hati jahatku dah tentu-tentu kedua-dua kita akan terluka.

kerna kadang aku tau aku ada menyakitkan dan merimaskan orang lain tanpa ku sedar walau mereka tak memberitahu. kerna mahu menjaga hati dan perasaanku. dan juga mahu menutup aibku. aku juga ingin seperti itu. aku tak mahu kau terus terluka.

untuk itu, biar lah ia menjadi coretan maya. jangan sesiapa yang menghakiminya. kerna ianya hanay luahan rasa.

aku tak pasti andai aku selalu mengeluh. tapi aku rasa terlalu sakit bila dengar keluhan kau. maaf! aku bukan menghakimi kau. tapi aku rasa seolah kau tak bersyukur dengan apa yang kau ada. berhenti mengeluh. kerna ianya buat kau jauh dari Tuhan.

aku bukan sesiapa. tapi hormatilah aku. apa yang aku buat untuk kebaikanmu. agar kau tahu semua. jangan kata tidak kepada aku. kerna aku rasa begitu sakit. dia yang aku kenal tak pernah kata tidak. dan aku senang dengannya. dengan itu dia tahu semuanya. dia tahu serba segala. sekali lagi, jangan kata tidak. kerna aku tidak pernah kata tidak kepada mereka. hanya menurut kata.

jangan terlalu berharap denganku. berdikarilah. agar kau tahu betapa susahnya hidup ini. agar kau tahu betapa payahnya mendapat yang kau ingini. bersabarlah dan berdikarilah. kau harus kuat. kau harus sabar. kerna aku melalui itu semua satu masa dulu. dengan itu aku merasa ikatan hatiku semakin kuat. kerna aku memahaminya dengan dekat. aku memahaminya dengan rasa taat.

maaf andai kau berkecil hati. maaf andai kau berjauh hati. maaf andai kau tak ingini. maaf dan maaf.

Tuesday, September 13, 2011

parking dan mengandung

hari ni sorang-sorang lagi. mereka bertiga pergi buat audit luar. semalam rasa bosan gila sebab tak da kerja nak buat. tapi hari ni, tetap tak ada kerja sangat. cumanya ramai pulak orang yang dok call office.

ada sorang minah ni dah betul sebut name company bos, tapi dia tanya pasal parking service. nak kata salah number, betol la number yang dia dail, tapi service tu tak betul.

minah x: hello, ni A mgt services ke?

minah y: ye, betul

minah x: you all buat service parking eh?

minah y: eh, tak...kita buat secretarial service, account, tax

minah x: ooo...tau tak company pe yang buat parking service?

minah y: err...tak tau la...awak call dari mana eh?

minah x: worldwide la...

minah y: oooo..sory, saya tak tau....


memang tak tau sebab wa naik motor, parking pon tak ada kena bayar. sory ye kak....


dan dapat call dari sorang akak. salah sorang klien kami. pernah berjumpa beberapa kali. dan aku selalu konpius mana satu kak mai, mana satu kak zie. yang aku tau salah sorang dari mereka mengandung masa aku datang office mereka beberapa bulan yang lepas. aku pun dengan terlebih ramah bertanya kat kak mai..

minah y: eh, akak dah bersalin?

kak mai: bila masa pulak akak mengandung? doakan akak eh. mudah-mudahan mengandung

minah y: insyaALLAH, ada rezki, ada la tu...err, tak eh? ari tu datang office nampak perut dah besar.

kak mai: ooohhh...tu kak zie...dah bersalin dah. 8.8.2011. dapat baby boy. bulan 10 nanti dia masuk balik.

minah y: oooo...sedapnye number tu....sorry kak...salah orang

kak mai: xpe2, doakan akak eh. mana tau rezki. yang awak tu bila nak kahwin? dok tanya orang je ni

minah y: hehe....cuti sekolah nanti. cuti sekolah tahun bila tak tau lagi.

kak mai: pandai la ko ye...

minah y: haha...tak jumpa lagi la kak, insyaALLAH dah jumpa nanti ada la kendurinya

kak mai: jangan jumpa je ko terus nikah sudah la...

minah y: insyaALLAH...kak doakan ye!

hati sakit


hati yang sakit
selalu menjerit-jerit
hati yang serapuh kuih semperit
hati yang terlalu ralit
dengan dunia yang sempit

Friday, September 9, 2011

nikmat dunia

nikmat syurga

ahli syurga di syurga, bila terlintas sesuatu di kepala atau teringin sesuatu, akan terus dapat. terus apa yang dia inginkan itu muncul didepan mata. nikmat kan?

dan aku rasa nikmat dunia yang tak terhingga. Alhamdulillah....aku merindui dia. dia datang tak sampai sejam lepas aku menyatakan kerinduan aku ni.

huiyoo!! memng best! bercerita dan bercerita. bergelak dan bergelak.
aku merindui saat itu....

to iema, kak memang rindu kat ko dowh! baru rindu, ko dah tersembul depan pintu office.

welcome back to campus dik! good luck:)

merindui dia

merindui dia
gelak senyum dia
penyejuk mata
penghibur jiwa

merindui dia
selalu kata ya
mengiakan kata-kata
tanpa banyak tanya
terus dibuat saja

merindui dia
senyum sentiasa
bersinar-sinar mata
tak pernah masam muka

merindui dia
yang jauh dimata
namun bayangan sentiasa ada
ku pandang mana-mana
pasti kenangan menjelma
bersama dia

merindui dia
aku mengetahui segala
walau bukan semua
selalu bercerita
selalu berjenaka

merindui dia
buat aku selalu mengingatiNya
mengingatkan ku tika leka
walau bukan melalui kata-kata
tapi geraknya aku dapat baca
pendorong aku menjadi wanita
bidadari bakal syurga

merindui dia
semoga dia selamat sentiasa
semoga dia bahagia saja
bahagia dalam ujian diterima
kerna aku harap dia lah orangnya
bakal bidadari syurga

salah orang

aku rasa aku salah orang
salah memilih seseorang
yang buat aku rasa dengan orang-orang
sampai aku rasa dipijak dengan orang

salah orang
aku sorang-sorang

orang salah
aku rasa dia yang salah

Wednesday, September 7, 2011

pemberian

pemberian

jangan diheboh atau dicerita apa yang kau beri pada dia dan mereka
takut nanti ada yang kecil hati dan kecewa
mungkin ada juga yang jeles tak tentu hala
atau diungkit dan dibanding tentang kau dia dan mereka

lebih baik pemberian itu didiam saja
harap akan ada hati yang terjaga
kerna tak semua mendapat dan menerima
bersyukur dan menerima seadanya

kadang aku juga yang kecil hati
memberi pada mereka tapi bukan pada dia
dan dia terusan kecil hati dan mengata
mereka ada dia tak terima

"lihat siapa dibawahmu, bukan siapa diatasmu. mudah-mudahan kamu bersyukur"

Monday, September 5, 2011

mak

assalamualikum wbt

keseorangan di office. cuti kami adalah dari hari jumaat(26.8.11) hingga hari ni, hari isnin (5.9.11). lame kan? lame sikit la dari kebanyakan orang. tapi, bos kata isnin ni ada klien nak datang office hantar dan ambil dokumen. sebab antara kami berempat, kg aku paling dekat. bos, minta aku datang office dan half day je. sampai la ni, tak da sorang pon yang datang office.

kebosanan. dah kemas-kemas and update sikit-sikt. tapi still bosan. tiba2 teingat seoang sahabat kat kmkn dulu. peramah dan cantek! itu yang boleh digambarkan. tak berapa rapat tapi selalu bercerita dengan dia. dan dia seorang yang baik.

pernah dengar khabar satu masa dulu mak dia meninggal. sedih bila dengar. sebab yang aku tau, ayah dia meninggal since dia baby lagi. bila mak dia dah tak ada, lagi lah keseorangan dia. dan dia hanya punya seorang abang.

bila baca blog dia, tak semena air mataku turut berjuraian. betapa hati kecil itu merindukan seseorang yang dah tiada di dunia yang fana ini. hingga dia mengharapkan mak dia hadir dalam mimpi dia. walau itu bukan realiti, mungkin boleh mengubat kerinduan dia.

aku tau, saat itu pasti tiba. cuma yang aku tak tau bila ia nya akan tiba. sama ada aku yang meninggalkan atau aku ditinggalkan.

ramadhan dah berlalu pergi. syawal datang dan juga akan pergi. moga berjumpa lagi di ramadhan akan datang.

aku hanya ada seorang mak. beberapa hari yang lepas, ada seseorang yang telah memberi sesuatu kepada mak. dan mak begitu gembira bila menerimanya. ya! aku lihat mukanya bersinar gembira. dan aku memberi kepada mak seseorang. kerna aku ingin menggembirakan mak orang lain sebagaimana mak aku digembirakan. andai DIA menerima, aku sedekahkan pahala pemberian itu kepada orang yang memberikan itu kepada mak. dan paling utama kepada mak aku sendiri. kerna melalui dia aku menjadi diri aku yang kini.

kepada kamu yang dah tak punya mak. gembirakan mak orang lain. kerna, mungkin asbab itu mak kamu akan gembira disana.

dan aku ingin menggembirakan mak dan mak orang lain. terlalu ingin!

Saturday, September 3, 2011

raya pertamaku

pergi tanjong karang bersama fauzeah
singgah ke kapar membeli halia
aidilfitri disambut meriah
minta maaf zahir batin ya!

selamat hari raya untuk kamu yang membaca. semoga ini bukan yang terkahir kita menyambutnya. maaf atas segalanya...

raya pertamaku
tanpa baju raya baru, makcik tailor jahitkan satu-satunya baju raya aku ikut saiz kak aku yang kecik gila. paling terkesan sebab baju tu hadiah dr seorang sahabat baik.huhu

raya pertamaku
masukkan duit dalam sampul raya. anak-anak buah agak teruja dapat duit raye. aku ni lagi teruja nak bagi kat dorang walaupun aku tau aku punya sampul paling sikit.huhu....baru start keja, tak mampu nak bagi banyak-bayak. karang hujung bulan makcik korang ni kena naik basikal pulak g kerja.

raya pertamaku
bagi duit raye kat mak ngan abah. hehe....rasa best bagi kat orang duit raya. tapi LAGI BEST dapat duit raya dari orang. haha

raya pertamaku
buat kuih raya. ghupe memang ler tak cantek mana. patut biskut tu kena ada bentuk bulat. tapi aku dah tak larat nak bagi bulat. aku tepek kat tapak tangan je. jadi la cam leper. tapi, ehm ehm...yang rasa biskut aku kata sedap. ada gak yang kata sedap gila! dan yang pasti ada yang dok menghadap biskut aku je...haha...
ok, memang sedap aku buat! sampai tak hidang kat depan sebab anak-anak buah dah dok membaham kat dapur.

kak aku kata, rasa sedap, boleh market. abang ipar aku kata, rupa bentuk kena improve. tapi tak pe, kali pertama mencuba.

aku tiba2 semangat nak buat kueh raya sebab terjenguk kat blog sorang blogger masakan yang hebat. tengok dia punya bskut, rasa time tu gak nak g kedai bakery. aku cuba buat almond london ngan snow almond kak ita dari blog masam manis.

almond london tu sebijik aku tiru dia. siap ngan love tu beli kat bakery shop. tapi agak mahal. sekali adunan dah abes love tu. last2, aku cmpur pewarna pink kat coklat putih dan lorek ikut suke. agak cantek. hehe

satu lagi cookies ala famous amos. ghupe sekali lagi biasa je. tapi, rasa insyaallah rasa nak lagi. budak-budak suke sebab ada choclate chip.

jujurly, modal buat kuih memang banyak. tapi, berbaloi sebab menjadi. sebab tu, modal nak buat baju raya tak ada. dapat pulak duit raye last2 minit. tak dan nak pi shopping raya.

jumaat lepas dah mula cuti, tapi aku sibuk habiskan buat kuih nak bawak balik kg. ari sabtu baru balik kg. tu pon, malam dah. esoknya, abang bagi duit ramadhan. agak terkejut! alhamdulillah, rezki ALLAH bg. g pekan konon nak beli baju raya tapi, tak de yang berkenan.

aku redha ngan baju raye yang jadi milik kak aku. walau dalam hati tengok kak aku pakai baju tu macam cantek je kan. tapi, tak pe. bukan rezki.

tiba2 bersemangat nak belajar menjahit. harap2 ini kali terakhir raya ku tanpa baju raya. huhu