Friday, January 28, 2011

Dia pergi......

Semalam balik tg karang lepas habis kelas. Sangat rindu kat mak. Dengan kelajuan yang agak laju sebab naik motor laju, berjaya untuk sampai tg karang dalam tempoh masa kurang sejam. Biasa sejam 10 minit. Esok pagi-paginya balik shah alam balik. dapat mesej dari sorang akak senior, tentang sorang akak yang meninggal. Ingatkan ayah akak tu yang meninggal. Rupanya akak tu yang meninggal. Sangat terkejut.

Kak sa’adah akak usrah aku masa mula2 aku masuk uitm. Sebab dia senior aku kat matriks. Last sekali jumpa masa aku sem 3 atau 4 kalau tak silap. Sebab arwah pon sambung akaun kat uitm, selalu gak selisih kat fakulti. Lepas sem 4 memang tak pernah jumpa sebab dia dah habis. Dan tak pernah dengar lagi berita dia.

Arwah meninggal sebab leukemia. Hakikatnya, hayat dia hanya setakat itu saja. Dia kembali kepada Pencipta. Rupanya, dia dah lama sakit. Aku je yang tak tau dia sakit. Arwah menghembus nafas terakhir lebih kurang pukul 10 malam tadi. Dalam pukul 11 pagi tadi jenazah dimandikan dan dikafankan. Dan aku menyaksikannya! Seumur hidup aku tak pernah tengok mayat yang betul dimandikan. Masa kat sekolah dulu pernah masuk tajhiz jenazah. Itu je lah yang pernah aku buat dengan mayat patung.

Aku cium arwah buat kali terakhir. Dan itu juga yang pertama dalam hidup aku mencium mayat. Aku merasai kedinginan sekujur tubuh yang kaku. Tak sangka pertemuan kali terakhir itu hanya dirasai dengan kesedihan dan kepiluan. Sementara tunggu ahli kariah solat jumaat, aku dan lain-lain pergi rumah arwah. Zuhur disitu. Dan lepas selesai jumaat, mereka solatkan jenazah. Sampai ke kubur, jenazah baru nak dikebumikan.

Dan itu juga kali pertama aku menyaksikan bagaimana sekujur tubuh itu ditanam dengan kedalaman 7 kaki dalam. Dan ketika imam membacakan talkin, itu juga kali pertama aku mendengar bacaan talkin yang real. Didepan mataku sendiri aku menyaksikan proses pengurusan jenazah yang sebenarnya.

Hanya mampu melihat dikejauhan dan penuh rasa sayu dan pilu. Arwah sudah pergi. Giliran aku tak tau lagi. Arwah seorang yang lembut. Bertudung labuh dan sentiasa membawa tafsir kemana saja. Mungkin sebab setiap kali usrah baru aku berjumpa dengan dia. Tapi, arwah sangat baik. Arwah anak yang sulung. Paling tak tahan menahan sebak bila ayah arwah berdoa untuk arwah sebelum muka arwah ditutup dengan kain kapan. Sayu sungguh suaranya. Ibu arwah dah lama meninggal. Kini tinggal adik-adik arwah dan ayah arwah meneruskan hidup.

Banyak sangat perkara dan janji yang perlu ditunaikan hari ni. Tapi, hati aku teringin nak menziarah arwah. Hanya kemaafan kepada mereka yang aku tak dapat menuhi janji mereka. Semua tak terancang dan tak tersangka. Mungkin ada hati yang terluka sebab janji yang tak tertunai. Maafkan ku sahabat. Semoga kalian mengerti dan memahami ku.

Saat ini, ku merasakan sesuatu. Hati yang sangat takut dan seram. Betapa nanti, aku juga akan mengikut mereka yang telah pergi menemui Pencipta. Cuma, bila saat nya tak termampu untuk difikir. Adakah sudah cukup amal ku selama hayat ku dipinjam kan Nya?

Betapa juga, selama ini mengejar dunia yang tak pernah akan dibawa mati. Cukup kah amalan? Adakah amalan yang dilakasanakan itu diterima DIA? Amalan banyak? Memang tak banyak. Tapi, amalan sedikit itu diterimakah?

Ya ALLAH…Betapa aku mengharapkan keampunanMu untuk arwah. Ampunkan segala dosa dia. Sesungguhnya, arwah seorang sahabat yang baik. Yang menegah aku dari terus mengumpat. Yang kata-kata nya penuh kelembutan. Yang mendorong aku menghafal surah al insan. Dan yang tak jemu-jemu mengajak aku menghadiri majlis ilmu.

Ya Allah….walaupun aku tak melaksanakan semua yang dia pinta, berikanlah arwah rahmat Mu atas kebaikan yang dia taburkan kepada ku dan sahabat-sahabat yang lain. Terimalah amalan arwah dengan rahmat Mu yan Rabb…..

Alfatihah buat Nurus sa’adah jamaluddin (1986-2011) atas kembalinya arwah ke rahmatullah pada pukul 10 malam 27 january 2011. Semoga rahmat dan keampunan menjadi milik arwah.

Tuesday, January 25, 2011

jangan difikir tentang itu

Kalau nak fikir pasal duit. Sampai mati pun tak habis lagi. Bila dah mati, orang lain pulak fikir pasal duit yang kita tinggalkan. Duit itu hanya dunia. Sementara je semua tu. Duit memang tak boleh bawak mati. Sebab kain kapan tak ada poket. Lagipun, dalam kubur tak ada mall untuk kita shopping.

Carilah duit. Gunalah duit. Tapi, berpadalah. Jangan dok fikir mana nak cekau duit. Tapi, amalan dan taqwa tak pernah terlintas untuk dirisaukan. Duit itu perlu. Duit itu penting. Tapi ianya lebih perlu dan lebih penting untuk digunakan ke jalan yang benar.

Adakalanya, bila ada duit banyak kita mula lupa DIA. Semua yang dinginkan, terus dapat. Terus kita upa untuk meinta-minta dari DIA. Sebab, kita rasa kita dah cukup. Tak perlu lagi nak minta kat DIA. Kan kufur namanya!Lagi teruk bila duit tak ada, semua kita lupa. Lagi-lagi DIA. Tak sudah-sudah menyalahkan takdir. Tak habis-habis nak menuding tangan kearah orang lain. Terasa diri ini sungguh malang. Tak pernah punya duit yang banyak untuk kita beli apa yang kita inginkan.

Kadang juga, bila kita punya duit yang cukup-cukup makan, terasa kemanisan iman mula menjalar disetiap urat nadi. Yakin yang DIA lah penentu segala. Sudah pasti ada hikmah mengapa yang dalam dompet itu adalah rm10 untuk beli nasi bungkus. Dan bukannya rm100 untuk makan di Kenny roger’s rosters. Dan bila duit banyak pula, hati mula risau. Kemana lagi nak salurkan nikmat ini untuk dikongsi bersama orang lain. Serasa, ingin membelanja semua orang. Biar yang lain turut terasa nikmat Ilahi yang indah itu.

Jadi, mengapa masih fikir duit tak ada….duit tak cukup…berusahalah untuk mencari duit. Berkerja dengan penuh iltizam. Jangan curi tulang. Jangan guna barang office untuk kepentingan peribadi. InsyaALLAH, keberkatan hidup bukan terletak pada duit yang banyak semata-mata. Tapi, bila kita mula rasa kita cukup dengan apa yang ada. Tanpa perlu ada keluh kesah yang membingitkan iman.

Mulakan hari dengan penuh indah. Tanam keyakinan pada diri. Semua yang berlaku sudah tentu ada hikmah. Paling penting, bersyukur dengan apa yang ada. Jangan kufur dengan nikmat yang sedikit. Apa lagi nikmat yang besar. Hanya yakin pada diri, duit itu hanya sementara. Jangan terlalu risau bila duit tak ada. Tapi, rsaulah andai iman sudah hilang.

Friday, January 21, 2011

kepadamu yang sudi

Ujian itu adalah amaran
Kesakitan itu adalah cubaan
Jangan kau biarkan
Kelak nanti ada penyesalan

Jangan ditanya pada hati
Mengapa diri ini tak sudah-sudah diuji
Tapi tanyalah pada diri
Dosa apakah sehingga dibalas begini

Syukurlah kau diuji
Beruntunglah andai kau masih disini
Bagaimana disana nanti
Kalau kau masih lupa diri

Bencana itu kerana maksiat
Yang selalu kau buat
Kerna kadang lupa untuk taat
Kadang sampai tak menyempat

Jauhi dia yang buat kau lupa DIA
Tak ada gunanya mencari yang sia-sia
Kerna kau juga yang akan merana
Diuji dan ditimpa bencana yang berbagai rupa

Mengapa masih kau tak sedar
Mengapa masih biarkan dirimu tersasar
Mengapa kau tak berkejar
Mencari rahmah dan nikmah yang sentiasa terpancar

Aku merayu pada yang sudi
Janganlah kau berterusan begini
Jangan kau terlalu bangga diri
Dengan dosa yang semakin meninggi

Bangkitlah dari kekusutan
Larilah dari kegelapan
Majulah kau kedepan
Tinggalkan dia yang tak berkekalan

Sayangilah dirimu seperti sayangnya aku
Sungguh aku menyayangi dirimu
Betapa sayangku kepadamu
Cuma biarlah ia kaku dan beku

Tidak mengapa andai kau tak tahu
Tidak mengapa andai kau buat tak tahu
Kerna ku tahu siapalah aku
Cumanya, jangan lah kau tinggalkan Tuhan mu

Wednesday, January 19, 2011

meminta pada yang tak pasti


Assalamualaikum...

Salam kemuliaan dan salam kerahmatan buat semua hamba yang tak jemu meminta keampunan dari DIA...

Manusia sentiasa menginginkan kebaikan. Siapa yang senang dengan kesusahan dan kepayahan yang melanda. Hakikatnya, semuanya menginginkan agar kehidupan yang bahagia dengan mendapat apa jua yang dipinta. Tetapi, sebagai manusia kita selalu lupa bahawa bukanlah kesenangan dan kemewahan itu yang bias menjamin bahagia disana nanti.

Lumrah jika hati meronta agar kebaikan yang ditabur itu mendapat kebaikan yang serupa juga. Selalu membuat sesuatu dengan harapan agar dia juga berbuat demikian kepada kita. Selalu juga buat sesuatu sebab terlalu sayang pada dia. Kira, melakukan itu hanya kerna dia.

Tapi, apa rasanya bila dia tidak menyayangi kita sebagaimana kita menyayangi dia?

Bagaimana pula jika bila kita berbuat sesuatu hanya kerana dia tapi dia tidak mengerti dan buat tak tau?

Sakit! Sangat-sangat sakit. Tak tau nak kata apa. Terasa kebaikan yang tertabur selama ni rasa menyesal sangat. Serasa tiada gunanya berbuat baik dengan dia. Memenuhi apa saja yang dia mahu. Walau kadang kita terpaksa mengorbankan ruang dan peluang yang kita ada.

Mengharap pada manusia selalu mengecewakan. Kerna kadang kala tak dapat apa yang kita mahu dan kita harapkan pada mereka. Mungkin ada yang tak mengecewakan. Tapi, terlalu sedikit dan tidak significant.

Dimana letaknya nilai keikhlasan dalam berbuat kebajikan?

Dimana letaknya nilai iman dalam kebaikan yang ditaburkan?

Paling penting, dimana letaknya DIA dalam hati kita hingga kita mahu semuanya mendapat balasan dari mereka yang selalu mengecewakan?

Seorang isteri yang sedang mengalami kekusutan dalam rumahtangganya. Dia sangat menyayangi suaminya. Terlalu sayang! Tak dapat nak digambarkan betapa sayangnya dia kepada suaminya. Segala kemahuan suaminya dilayan dan jarang ditolak. Sanggup mengorbankan segalanya hanya untuk suaminya.

Suatu hari, dia mendapat tahu yang suaminya punya cinta lain. Sakit! Sangat sangat sakit. Apa lagi yang tak cukup? Selama ni dia melakukan segalanya untuk suaminya. Dia sanggup korbankan apa yang dia ada untuk suaminya. Kekecewaan dia terlalu besar. Hingga kadang terlintas untuk membunuh diri. Mujur masih punya secebis iman yang menghalangnya terjun ke jurang neraka.

Kerana dia melakukan segalanya bukan kerana ALLAH. Kerana dia menyayangi suaminya bukan kerana ALLAH. Sebab itu dia sangat sakit bila apa kebaikan yang dia hulur langsung tak dibalas.

Untuk itu, sayangilah suami mu kerana ALLAH. Kelak kau tak akan kecewa dan merasa sakit itu bilamana suamimu menyayangi yang lain selain mu.

Berbuat baiklah kepada suami mu kerana ALLAH. Kelak, kau tak akan merasa kehilangan rasa saying kepada suami mu hanya kerana dia membiarkanmu.

Mungkin sangat susah nak melakukan sesuatu itu tanpa mengharap sidia membalasnya. Bila kita berbuat baik dengan dia, dan sanggup menolong apa saja yang dia pinta tanpa mengecewakan. Tapi, dia sanggup menolak apa yang kita minta tanpa selindung. Sakit bukan?

Sampai hati dia berbuat begitu. Padan lah muka! Lain kali, buat sesuatu hanya kerana DIA. Bukan kerana kita ingin membritahu satu dunia bahawa kita lah orang yang paling banyak berkorban untuk orang lain. Bukan juga kerana mengharap, suatu hari nanti dia tak kan menolak andai kita meminta dari dia.

Kesakitan ini, biarlah berlalu. Apa yang penting, niat di hati perlu di ubah dan diperbaharu. Buatlah sesuatu hanya kerana DIA. Buatlah sesuatu hanya unutk keredhaan DIA. Bukan mengharap yang manusia akan membalas apa jua kebaikan yang ditabur. Walaupun hati kadang tak rela, tapi bersabarlah. Semua tu ada hikmah. Yakinlah pada DIA. Kelak kau takkan menyesal dan pasti akan berlapang dada atas sesuatu. Kelak kau takkan marah dan geram andai tak dapat sesuatu.

Berlapang dadalah kamu wahai manusia!

Monday, January 17, 2011

meroyan


sumber:google
tak sepatutnya menghamburkan kemarahan itu. tapi, terlalu geram rasanya. terasa diperbodohkan. kata-kata yang langsung tak serupa bikin!

ok, wa faham. dia juga manusia yang tak lari dari buat silap. tapi, tak tau kenapa hari ni terasa emosional gila!

lu kata lagi setengah jam. wa pon tunggu la. dah setengah jam, tiba2 lu kata lagi 10 minit. ok wa tunggu lagi. dah 10 minit, lu kata lagi setengah jam lagi.

lu! wa tak paham dan tak tahu berapa banyak setengah jam yang lu nak bagi kat wa.

wa banyak kerja nak settle. jenuh kot nak ulang alik. wa macam dengar yang lu nak p antaq kat wa. bila wa telefon lu, lu kata wa kena amek kat lu.

ape ke hal lu?

len kali, kalau tak boleh nak siap setengah jam, lu tak payah bagi harapan dalam masa setengah jam boleh siap. kalau lama lagi nak siap, baik wa balik dulu. tak payah dok nak tunggu lu sampai tak siap-siap lagi?

macam mana lu tak boleh tinggalkan kerja lu, macam tu gak la wa...

kalau cakap siang-siang lu kena amek masa yang agak lama, tak de la wa jadi rasa macam meroyan je la ni!

dah tu, lu nak salahkan wa kalau lu kata lagi sejam benda tu nak siap, lu kata nanti wa kata lama sangat.

ape ke hal lu?

bila jadi macam ni, apa tak lagi buat wa lagi merungut dan rasa meroyan gila?

entah apa angin yang merasuk wa hari ni. semua serba tak kena. p bank pagi2 lagi, tapi sistem tergendala. p tengah hari, tergendala lagi. pastu jenuh dok pusing2 cari satu buku ni.

yang lagi buat wa meroyan bila wa tanya kat minah yang jual buku kat plaza masalam. wa tanya satu buku ni sebab wa datang kedai tu bukan nak tengok-tengok buku yang ada. tapi, wa nak cari buku yang wa nak.

boleh plak minah tu suruh wa tengok sendiri buku-buku tu.

ape ke hal lu?

lu nak jual buku ke tak? dah tu, sambil wa cakap ngan lu, lu pulak senyum-senyum pandang ke lain. kalau lu tak tau buku yang wa nak tu ada ke tak, tak boleh ke lu tolong carikan. ni tidak, lu suruh wa cari sendiri pastu mata lu pandang ke lain senyum-senyum.

mungkin lu baru kerja kat situ. tak tau buku tu ada ke tak. tapi, tak boleh ke kalau lu tolong carikan? kalau wa nak cari sendiri, tak ada la wa nak p tanya kat lu buku yang wa nak tu ada ke tak.

pastu, lu jangan nak merungut kalau sales lu jatuh. sikap lu sendiri yang tak ada rasa langsung nak melayan customer yang datang. dah la tengah hari buta. panas gila. lu buat wa lagi panas.

marah dalam hati je. rasa berdosa bertambah bila wa hamburkan marah wa kat depan lu tadi. sakit hati gila bila kena merungut dalam hati. terus wa bla. tak kuasa nak layan. lagi bertambah syaitan kat keliling wa ngan lu tadi.

customers is always right! kalau ikot hati, nak je ngadu kat lu orang punya bos. suruh dia bagi training sikit kat lu orang macam mana nak layan customers dengan baik.

ok, wa tau kadang customers pon banyak songeh. tapi, wa belum lagi buat songeh ngan lu, lu dah cari pasal.

ape ke hal lu?

nasib baik masa p maybank tadi, pegawai dia ok. depa tak kira sapa yang salah tapi depa terus meminta maaf. walaupun masa tu tengah panas sebab aircond macam tak da fungsi dan ornag yang ramai gila, tapi wa tetap nyaman kat dalam maybank tadi. sebab senyuman dari akak maybank tadi menghilangkan kebengangan aku kat minah kedai buku ngan mamat colop tadi.

hari yang sangat buat aku meroyan dan bengang. alhamdulillah, aku berjaya untuk merungut dalam hati dan dalam blog.

semoga aku punya kemaafan dari mereka yang aku bengang hari ni. sebab aku tau mereka juga bengang ngan aku dalam diam dan tanpa aku sedari.
belum cukup kuat untuk menahan setiap kemarahan..huhu

Sunday, January 16, 2011

nephew again...

pengorbanan gila bila hujung minggu tak rasa macam hujung minggu. tak baik nak mengeluh. sabtu, akak aku sms nenek sakit tenat. mak, abah n abang aku p tengok. nenek kena strok. nenek aku dah tua kot. abah anak ke enam. dan dah lama gila tak jumpa nenek.

tadi, aku p umah kak aku kat puncak alam. sebab aku tepon rumah adik aku kata emak p umah kak aku. kak aku baru bersalin ari isnin. dapat baby boy. alhamdulillah. anak buah aku yang ke-21.

dah lama gila tak balik kampung jumpa mak. sampai umah kak aku, emak dah balik ngan kak aku yang dok kat jeram tu. sabo je la...nak balik kampung macam tak sempat. ingat dapat jumpa emak.

anak buah aku yang baru ni, muhammad izzat. comel gila! macam makcik dia. ahakz!

disebalik keceriaan dan kegembiraan, pasti akan terselit kedukaan dan kesudahan. semoga, keceriaan menerima kehadiran orang baru tidak akan berganti dengan kedukaan hilang orang yang tersayang.

itulah satu-satunya nenek aku yang ada. sepanjang aku hidup, aku tak sempat jumpa atok aku belah mak dan abah. juga nenek aku belah emak. nenek belah emak meninggal seminggu sebelum aku lahir. dan mak cik aku kata, aku ada mewarisi sediikit rupa nenek aku. err, nenek aku yang tu comel orangnya. haha

bersedia untuk berkoban! mara untuk terus berjuang. biar mengalah, asal jangan kalah.

semoga dipermudahkan segala urusan.

Friday, January 14, 2011

ujian itu nikmat

salam jumaat penuh barakah dan nikmat...

kadang ujian itu bukan hanya ujian semata. ia membawa mesej dari Dia. mungkin sebagai penebus dosa. mungkin juga sebagai penampung pahala. dan untuk memantapkan iman yang makin goyah mungkin.

dan kita, haruslah bersabar dan menyedari serta menikmati setiap ujian itu. dekatkan diri pada DIA...jangan makin jauh pula. kerna sangat sakit bila kehilangan DIA dalam hidup kita. apatah lagi bila DIA mula menjauh dalam tiap denyutan nadi.

pagi tadi, lepas kelas aku tak terus p office. sebab petang ada kelas ganti. en bos sms kat aku, mamat eksiden. serious! agak terkejut. aku call en bos. alhamdulillah, mamat tak teruk. pesakit luar je sebab ada calar sikit2 kena serpihan kaca kereta dia. mamat ondaway pergi office klien nak buat audit kat serdang. dia langgar lori yang rosak gear. aku tak pasti macam mana dia boleh langgar lori tu.

dan paling yang buat mamat tu sedih (aku rasalah...sebab aku sms je dia) kereta dia rosak teruk. myvi dia baru beli bulan 6 ari tu. roadtax pon tak sempat nak renew lagi. enjin kereta pecah sebab pelanggaran yang kuat dengan lori. aku tak tau la plak lori besar mana.

dan memang sangat bersyukur sebab dia terselamat dari sebarang kecederaan teruk. en bos cerita, kereta dia memang kena buang je la. tak boleh nak repair. sebab bukan badan je yang rosak, enjin pon dah pecah. harap insurance dapat cover bank loan.

bro...lu kena banyak sabar kot...alhamdulillah lu tak pape. memang la sedih kereta lu rosak teruk. tapi, tak pe bro...lu tak rosak teruk macam kereta lu. kereta lu kena buang, kalau lu yang macam tu? lu kena amek iktibar dari semua ni. percayalah, ujian itu sebenarnya DIA nak menjadikan lu lebih baik dari sekarang.

bro...kereta boleh ganti, tapi nyawa tak boleh bro. en bos kata lu masih terkejut. lu kena banyak rehat ok...wa akan cuba untuk tidak menyusahkan lu dengan menghabiskan kerja wa tanpa perlu lu yang kena habiskan. tapi, wa tak rasa wa boleh habiskan kerja wa kalau lu cuti lama. hehe

apapun bro, whatever happen, it happen for good! take it as positif way. dan bersyukur sangat sebab lu masih selamat dan nyawa lu masih panjang. semoga cepat sembuh bro!

bro...wa dapat rasakan mungkin kerja-kerja wa yang dah pass kat lu ari tu, kena pass balik kat wa...esok, en bos pergi bali. wa rasa, en bos pon tak sedap hati nak p bali bercuti sedangkan lu sakit badan, wa penat badan. haha....tapi, sayang pulak kan tiket dah beli semua.

tak pe lah en bos, lu pergilah bali...wa tak kisah. wa boleh settle kan office setakat yang mampu. err, tapi kerja wa je lah...mamat tu punya kerja, wa tak reti....hehe

thanks kat en bos, sebab tadi tolong explain kat wa jawapan untuk presentation wa next week. lu memang bos yang baik! sebab tu tadi wa sanggup datang office. sebab wa tau, lu pon sanggup tolong wa. err, wa bukan nak harap balasan, tapi kite give and take ok....

kepada bro...semoga lu sihat walafiat seperti biasa...

kepada en bos...selamat bercuti di bali! err, jangan lupa bawak balik kerang kat pantai bali tu ye...:)

Thursday, January 13, 2011

pakcik cool!

satu hari seorang sahabat bercerita...

"aku keluar p pekan dengan kawan-kawan aku sebelum masuk uitm hari tu. kitorang keluar berempat. tengah dok tunggu member bayar, ada sorang pakcik ni datang kat kitorang. dia kata:

'lain kali pakai baju macam dia ni'

pakcik tu terus bla."

"err, kenapa dengan baju kau?"

"pakcik tu cakap dengan member aku. masa dia kata 'pakai baju macam dia ni', dia tunjuk kat aku"

"ye?"

"member aku pakai jeans masa tu. cam ketat la jugak. baju dia pun agak ketat gak la."

"bagus gila pakcik tu! terus tegur direct."

"kat minah cashier tu pon tegur gak"

"tegur apa?"

"masa kawan aku dok bayar, dia que belakang pakcik tu. minah cashier tu pakai tudung, tapi baju dia lengan pendek"

"cool gila pakcik tu! lemahnya iman kita. selama ni kalau nak tegur orang pakai baju ketat ni dalam hati je. mesti anak-anak pakcik tu solehah. kalaulah semua orang macam tu....kan bagus"

oh! aku teringin nak jumpa pakcik tu....

Sunday, January 9, 2011

penat itu gembira

keserabutan dan kekalutan melanda minggu ni. kelas yang agak tunggang langgang. sangat pening!

masih mengharap agar ada lagi petunjuk dan klu. semoga dipermudahkan segala urusan.

dah 7 bulan kerja dengan en bos. dah mula biasa dengan kertas yang berselerakan atas meja. fail yang bertompok-tompok atas meja. pen dan pensil yang merata atas meja. dan kepala otak yang berselirat dengan job dan client yang tak sudah.

dan minggu ni, terpaksa lupakan semua tu. walaupun bukan 100% ditinggalkan. tapi, komitment bukan lagi sepenuhnya ke atas job dari en bos. perlu mengharungi kuliah yang agak menyenakkan perut. perlu juga menghafal nota yang menyesakkan kepala.

seriuos! bukan mudah nak dapatkan mood belajar balik. awat la uitm tak buat paktikal training time final sem. dah mula jatuh cinta dengan kerja yang agak membingarkan mata. tapi, kena tinggalkan untuk bagi ruang kepala otak padat dengan input dari lecture yang baik hati.

kalau kerja, memang penat. tapi, balik kerja dah tak ingat semua tu. balik rumah, rileks dan tidur dengan tenangnya. esok pagi, mula planning tentang job.

tapi, kalau belajar, otak sentiasa berfikir tentang nota dan rancangan. dan sekarang, belajar sambil bekerja. minggu ni kelas tak banyak. maksudnya, ada kelas tapi tak mula belajar lagi. so, bolehlah spend masa lebih kat office. semalam datang office, sebab nak bagi normal balik kerja dan dokumen yang agak berterabur sepanjang minggu yang sangat memenatkan ni.

dan kepala berat gila! mata lagi la...rasa nak terlelap. dan tidur kejap kat office. semalam sorang-sorang, mamat tu masuk office pon petang. jadi, tak da la kantoi ngan en bos atau mamat yang wa tidur dalam office.hehe

kadang, terasa tak ada masa untuk diri sendiri. ingin mencari ketenangan itu. tapi, tak tahu bila. aku rasa keputusan aku untuk terima offer en bos tak silap. sebagaimana aku terima offer untuk jadi guru tusyen satu masa dulu yang aku rasa waktu dan ruang aku lebih tersusun.

mungkin juga minggu ni yang pertama. kelmarin, en bos nasihat aku.

"awak ok ke? bukan senang nak buat 2 kerja dalam satu masa. pasal office awak jangan risau sangat. study awak lagi penting. kalau ada kerja yang urgent, saya pass kat mamat."

saya ok en bos...cumanya, kadang saya rasa serba salah kalau saya tak risau pasal office. tak boleh la...

ok, itu jawapan dalam hati aku. aku hanya mengiakan kata-kata en bos.

semoga, masa lebih terluang dengan perkara-perkara yang buat aku bahagia. i love my work...i love my study...

bila kita buat sesuatu yang kita suka, kita tak rasa itu akan menjadi beban. sebagaimana kita sanggup buat apa saja untuk orang yang kita cinta. kita tak rasa itu menyusahkan. jadinya, aku akan cuba suka untuk study.:)

Friday, January 7, 2011

terasing dalam keramaian

Penipuan kecil yang pertama akan menimbulkan penipuan yang lebih besar dan lebih banyak.
Jadi, berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit. Masalahnya, adakah hati sanggup untuk melukakan orang lain dan membengangkan seseorang andai kata-kata yang benar itu terluncur dari lidah yang tak bertulang?

Maafkan aku! Tak tau kenapa kadang aku memilih untuk menyembunyikan sesuatu dari berterus terang. Aku tak mahu lukakan hati itu. Aku tak mahu buat jiwa itu sedih. Dan aku tak mahu biarkan diri itu rasa serba salah terhadapku.

Aku cuba untuk membicarakan yang sebenar. Tapi, aku tak mampu. Walau hakikatnya aku rasa sungguh penat! Sangat-sangat penat. Biarlah aku seorang yang rasa. Tapi, mungkin juga jika aku memberitahu yang sebenar ianya tak lah sesukar ini. Cumanya, aku tak sanggup andai dia benar terluka.

Mungkin nampak betapa mulianya hatiku. Tapi, sungguh! Itu semua palsu. Kerna kadang aku tak sedar, andai hati mengetahui kebenaran yang disembunyikan, pasti akan lebih sakit. Luka semakin dalam. Dan bengang mula menjalar disetiap salur darah.

Maafkan sekali lagi. Kadang aku cuba untuk membiarkan kesusahan itu hanya aku yang tanggung. Tapi, kadang juga aku tak mampu. Lantas kau dan mereka turut terkena kesusahan itu. Walaupun ianya hanya serpihan, tapi pasti ia akan membuat kau dan mereka terbeban.

Aku ingin seseorang. Yang boleh aku hamburkan rasa bersalah dalam diri. Yang boleh aku ceritakan kerunsingan jiwa. Yang boleh aku mengharap dia akan membantuku.

Tapi, aku sendiri kadang tak kuat untuk mendengar setiap hamburan orang lain. Kadang tak mampu untuk mendengar kerunsingan yang teramat itu. Kadang tak larat menolong dia yang sedang susah.

Aku memohon, agar segala perkara yang aku terpaksa sembunyikan biaralah terus tersembunyi. Andai diketahui seseorang, biar lah ia menjadi rahsia dia seorang. Bukan untuk dijadikan bahan cerita dan hebahan kepada yang lain. Kerna aku sungguh malu. Teramat malu dan malu.

Aku berdoa agar hijabku sentiasa terjaga dan terpelihara. Aku berdoa agar segala rahsia dan dosa aku tersimpan rapi tanpa siapa yang mengetahui. Cukup hanya DIA yang mengetahui. Sungguh, aku sangat malu! Teramat malu.

Dan aku cuba menjadikan setiap dosa dan salah itulah yang terakhir ku lakukan. Setiap kali aku melakukannya, aku terasa seolah DIA hilang dalam hidup ku. Terasa tiada siapa yang memperdulikan aku. Terasa aku diabaikan dan dijauhkan. Terasa terasing walau dalam keramaian.

Aku tak sanggup. Dan sangatlah sedih. Terasa seolah tiada siapa lagi yang mengasihi aku dan menyayangi aku lagi. Aku terasa keseorangan.

Oh Tuhan! Janganlah Engkau hilang dalam hidupku. Kurniakan aku hati yang sentiasa merasakan kehadiran Mu. Maka, aku akan takut membuat Kau jauh dari hidupku.

Oh Allah! Janganlah Engkau membiarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri. Sungguh, aku rasa seperti tiada makna nya hidup ku lagi.

Oh Rabb! Jauhkan hati ku dari sigat mazmumah. Limpahkan jiwa ku dengan mahmudah yang mewangi dalam jiwaku dan jiwa-jiwa orang yang merindukanMu.

Wednesday, January 5, 2011

rayuan rindu

dalam keasyikan yang menghanyutkan
di sudut hati timbul kerisauan
andai nyawa dicabut Tuhan
masih adakah ruang keampunan?
masih adakah dosa yang tak dimaafkan?

ada lagi nafsu yang belum puas
ada lagi amal yang masih culas
walau hati dah berhempas pulas
hingga kadang iman terbabas

sungguh!
aku rindukan itu
damai dalam pelukan rindu
nyaman dalam hembusan bayu
tenang dalam rayu

pintaku pada bulan
terangilah malam ku yang kelam

rayuku pada bintang
ceriakanlah malam ku yang kusam

janjiku pada mentari
agar cahaya itu menerangi yang lain

aku ingin itu
tapi hati tak mahu

aku rindu itu
tapi jiwa tak mampu

aku perlu itu
tapi ia buat tak tahu

err, apa yang aku merepek tu?
aku pon tak tau!

Monday, January 3, 2011

bahagia kerana duit

assalamualaikum...

semangat gila hari ni...sebab hari ni adalah first day kuliah. dan lagi excited sebab jumpa member2 yang dah 7 bulan tak jumpa. rindu gila dengan diorang.

memang perpisahan itu mengajar kita erti kerinduan. dan mengajar kita menghargai sesuatu yang kita miliki sekarang ni.

dan hari ini agak serabut dan kelam kabut lagi kusut. sebab first day kuliah plus first day jadi part timer en bos. tambah lagi motor kat bengkel. pagi tadi pergi kelas jalan kaki. gila penat!

dan tadi pinjam motor sorang member ni nak p ssm. yang pasti, motor dia dah laju. aku tak tau apa yang member dia buat kat motor minah ni sebab sebelum ni kalau naik motor dia yang 125cc macam naik motor yang 100cc. aku rasa kriss adik aku yang 100cc tu lagi laju dari motor dia.

dan sekarang aku guna motor kak aku. sebab aku memang sangat merasakan hidup tak teratur bila tak ada motor.

terbaca satu hadis yang lebih kurang macam ni maksudnya...

"kebahagiaan seseorang itu ada 4. isteri yang solehah, tempat kediaman yang selesa, jiran yang soleh dan kenderaan yang baik."

mungkin aku kan jadi kebahagiaan yang utama untuk seseorang nanti. hehe...insyaALLAH...

dan kenderaan yang baik akan membuat hidup aku lebih teratur dan membahagiakan.

sesuatu yang selesa tak semestinya mewah. kadang yang tak berapa nak sempurna itu lebih membahagiakan dari yang sempurna dan mewah.

aku serasa perasan sesuatu. berdasarkan pemerhatian, penelitian dan pengalaman aku dan orang-orang tertentu yang aku kenal dia.

bila kita bertambah duit dan harta, kebahagiaan kita mula berkurang. kebahagiaan itu merangkumi bahagia dengan diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling.

bila kita mula banyak duit, masa kita agak terhad untuk kita membahagiakan diri kita sendiri dan orang-orang yang kita sayangi.

aku rasa tak semua macam tu, tapi sebahagiannya mula merasakannya.

kereta dah besar, rumah dah besar, pangkat dah naik, gaji dah banyak dan terlebih. tapi, kurang rasa bahagia.

masa dengan anak-anak dan pasangan mula berkurang. ruang untuk bermesra dengan adik beradik mula renggang. dan peluang untuk bergaul sapa dengan jiran dan kenalan juga makin terbatas.

tetapi, sungguh bahagia orang-orang yang dikurniakan dengan nikmat harta yang banyak tapi dia masih bahagia.

semoga bahagia itu mendekatkan diri kita dengan Pencipta. kerna bahagia itu yang kita impikan...bukan bahagia dunia saja, tapi akhirat juga...