Monday, February 28, 2011

suka & ceria

gembira itu memang seronok gila!
terima kasih yang tak terhingga buat semua
tak tau nak kata apa
hanya senyum dan tersengih sampai ke telinga

walau dimana kau berada
ingat satu perkara
satu hari kau akan rasa
apa itu erti gembira
kerna kau buat orang lain rasa
suatu nikmat yang tak terhingga
terasa hilang duka segala

gembirakan mereka
kau akan digembirakan juga
hilangkan duka dia
kau akan merasa nikmat yang sama

terima kasih ya
teruskan menjadi manusia
yang boleh rasa
apa nikmatnya gembira

Tuesday, February 22, 2011

takut kahwin


jangan risau tentang jodoh. kan jodoh pertemuan itu adalah rahsia yang ALLAH sembunyikan dari manusia. kenapa perlu mencari pakwe sebab takut nanti tak kahwin?

benar! kita perlu berusaha kearah itu. manakan nanti jodoh datang depan mata tanpa ada usaha untuk menuju kearah itu. tapi, usaha itu perlu betul dan mengikut syariat. kalau nak mencari pakwe sebab nak kahwin, salah kot!

cara untuk mendapatkannya perlu betul. agar yang didapat nanti juga betul. jangan pesongkan hati dan akidah. seolah kau tak percaya dengan DIA. masyaALLAH! semoga iman kau dan mereka masih menebal. kalau tak bercouple nanti tak kahwin pulak.

hey! cuba kaji sejarah nabi dan para sahabat. mereka tak perlu bercouple untuk mendapatkan jodoh. yakin mereka pada DIA yang membuat mereka berusaha untuk sesuatu menggunakan alternatif yang betul.

berusahalah untuk mencari jodoh yang kau mahukan. tapi, janganlah kau biarkan cintamu meraja dalam hati sebelum nikah tak terakad. ingin mencari yang terbaik sudah tentu ditempat yang terbaik juga.

sebagai contoh, ingin mencari kucing kucing sudah tentu bukan di kandang harimau bukan? jadi, ingin mencari jodoh yang soleh sudah tentu mencari di masjid atau majlis ilmu. bukan di konsert atau panggung.

opps! tak kata yang kat konsert atau panggung tu semua nya jahat. tapi biasanya, konsert atau panggung bukan tempat orang-orang yang soleh. dekatkan diri pada DIA, dan kau akan mendapat dia yang dekat pada DIA.

dan tak perlu nak bangga dengan yakinnya jodoh kau dah ada. bercouple tak semstinya akan kahwin. dan nak kahwin tak semesti perlu untuk bercouple dulu. kalau kau nak couple dengan dia sebab nak kahwin, itu salah!

seolah kau perlu bercouple kalau nak kahwin. dimana letaknya yakinmu pada DIA? DIA yang berkuasa menetukan sesuatu. buatlah sesuatu yang baik agar menerima yang baik-baik belaka.

dan kenapa perlu kau sedih dan bimbang untuk berkahwin sebab belanja mahal? rileks bro! kahwin kerana adat je yang buat kau pening kepala nak cekau duit. ikut syariat, tinggalkan adat. kau akan merasa manisnya perkahwinan itu.

bukan maksud meninggalkan semua adat. ambil yang perlu saja. tak perlu nak buat kenduri besar-besaran kalau kau tak mampu. jangan pening-pening nak pinang anak dara orang kalau tiada 10,000 dalam tangan.

bro! kalau lu paham agama, lu takkan peduli semua tu. kahwin ni mudah je kot! yang penting adalah nikah. buat kenduri yang sederhana dan tidak bermewah. nanti kau yang akan merasa megah. akhirnya, rumah tangga cepat rebah.

memang, kalau boleh kahwin sekali seumur hidup. kalau ditakdirkan kahwin 2 kali pun, pasti takkan semeriah dan seexcited seperti yang pertama. tapi, perlu ke dan sanggup ke nak gadaikan rahmat dan bahagia sepanjang perjalanan hidup bersama dengan sehari yang penuh murka?

buatlah majlis. tiada siapa nak larang. kalau kau tak punya budget yang banyak nak jamu tetamu makan yang sedap gila, tidak apa. jamulah mereka semampu yang kau ada. pohonlah pada DIA agar dimudahkan segala. itu yang penting.

jangan kerana majlis perkahwinan yang sehari itu kau mula tinggal semua. tudung yang dulunya tersemat dikepala, tapi hari itu dicabut entah kemana. yang nampak sanggul yang tinggi dikepala. mekap dimuka tebal gila. sampai hilang tahi lalat dan jerawat semua. tengok dari jauh cantik gila! bila dekat, terkejut gila. nampak kerak dan tompok sini sana. huduh gila!

hari perkahwinan itu adalah hari berkat. kerna tetamu datang berdoa pakat-pakat. agar rumah tangga aman dan selamat. sentiasa mendapat rahmah dan berkat. dijauhkan dari segala apa yang kurang apa yang cacat. agar bahagia bersama dunia dan akhirat.

jangan risau jangan seriau. jangan biar kan mata dipukau. dek cantikya baju pengantin dan hiasan yang memukau.

sederhanalah dan guna apa yang ada. jangan berlebih tak tentu hala. bersorak gembira syaitan sampai tak tau nak kata apa. akhirnya manusia masuk jerat mereka. jerat yang membawa semua masuk neraka. padan muka kau manusia! ikut sangat hati dan nafsu semata. sampai lupa Tuhan yang menjadikan semua. bukan mereka tak tahu Tuhan tak suka. orang yang membazir tu sama ja dengan kita! kata syaitan bersorak gembira.

bukan nak mengata pada semua. aku tau aku belum merasai semua. tapi, ianya peringatan buat aku, kau dan mereka. agar semua cepat beringat dan berjaga. kahwin kerana ALLAH bukan nafsu semata. kelak akan bahagia didunia dna disana. berpimpin tangan menuju ke syurga DIA. syurga abadi yang punya nikmat yang tak terhingga.

sempurna...~~

berbunga ceria
berkembang mesra

selepas mengetahui itu
terasa seolah keluar sesuatu
dari tubuh yang kaku dan lesu
lantas hadirlah keceriaan itu

itu semua kerna ketidakseimbangan
dalam tubuh yang mula kekejangan
kerana dibiarkan tidak disejukkan
dengan kalimah agung pujian untuk Tuhan

tetap meneruskan rasa ceria
ingin menggembirakan semua
walau hanya senyuman yang sebentar saja
kerna kuyakin ia pasti bawa bahagia

seronoknya mendapat nikmat itu
bersyukur padaMU tuhan ku
ia nya paling berharga dalam hidupku
tanpa nya tidak sempurna lah aku

Friday, February 18, 2011

semakin yakin!

Aku cuba mempositifkan diri tentang itu. Cuba dengan daya yang ada melupakan kehilangan itu. Alhamdulillah. Aku semakin yakin, tiada yang kekal di dunia. Semuanya akan hilang dipandangan mata. Termasuklah satu hari nanti tiada apa yang boleh dilihat oleh mata.

Walaupun cara kehilangan sangat terkilan dan kadang buat aku tertekan. DIA maha adil. Diberi sesuatu yang aku tak dapat lupa kan dan mengingati akan diri tentang hinanya jasad tanpa iman yang betul2 yakin kepada DIA.

Macam entry yang sebelum ni, ada seorang sahabat menghulur sedikit wang. Hehe…boleh la cover aku punya minyak dan makan untuk seminggu dua. Tapi, bersyukur sangat sebab rupanya bukan seorang sahaja. Malah lebih dari itu. Speechless! Betapa takjubnya aturan ALLAH.

Satu malam, selepas beberapa hari kejadian itu, ada seorang sahabat mengetuk pintu bilik. Bukan sahabat rapat sebenarnya. Maksud aku, bila berjumpa dengan dia hanya bertegur sapa dan jarang berkongsi cerita dan rahsia. Dia bertanya keadaan aku dan meminta agar aku bersabar. Dan paling tak kusangka, sewaktu dia menyalami aku dan memelukku, tangannya berisi. Err, korang paham kot maksud aku.

Bukan apa, aku sangat malu. Aku kata, aku ok dan aku ada duit. Dan lagi sangat malu, sebab aku dan dia bukan sahabat yang rapat. Hanya teman sefakulti. Beb! Baik gila hati kau. Semoga aku berpeluang untuk berbuat baik dengan kau satu hari nanti. Setidak pun, akan ada seseorang yang begitu baik hati akan menolong kau disaat kau memerlukan seperti mana baiknya hati kau.

Cerita ngan bos pasal aku kena ragut. Sebolehnya aku memang maleh nak cerita dengan bos. Bukan apa, cam malu la plak. Lagipun, tak nak peningkan kepala bos. Ari tu, sorang eksiden. La ni ada yang kena ragut. Mesti bos pening sebab staff dia ditimpa masalah. Huhu…

Tapi, kena gak bagitahu bos sebab kunci office pon turut kena ragut. Dan aku kena duplicate kunci office tu. Bos mestilah terkejut. Dan aku bagitahu barang2 aku yang hilang. Tak boleh bla bos ni. Ada ke, dia kata:

“err, awak ada laptop ke?”

“mestilah ada. Kan saya student. Dah 3 tahun kot guna laptop aku”

“tak pernah Nampak awak bawak office pon”

Bos…memang la wa tak pernah bawak laptop wa ke office. Office ni, laptop ngan desktop dah terlebih cukup. Memenuhkan ruang je kot nanti.

Pendrive aku pon ada kat dalam bag tu. Dan adalah juga dokumen company kat dalam tu. Paling tak sangka. Bos bagi duit suruh beli pendrive. Dua lagi tu. Satu untuk aku, dan satu lagi untuk office. Perghh! Baik gila hati bos.

Aku cerita ngan sorang member, dia kata kenapa bos tak bagi duit beli laptop baru je?

Haha…ko gile…pokai la kot bos nak bagi aku laptop. Laptop tu dah la beriban harganya. Dia bagi duit suruh beli pendrive ni pon dah kira syukur gila.

Dan bos suruh aku buat solat hajat minta dapat jumpa balik barang aku tu. Aku agak terkedu. Sebab nape ntah. Mungkin nasihat tu adalah ikhlas dari hati bos buat aku rasa terkesan gila dengan nasihat tu.

Dan rupanya, cerita pasal aku tu agak tersebar. Jumpa member yang lain, dorang bagi kata semangat dan takziah kat aku. Serious! Aku dah mula merasakan yang perasaan hati yang sakit tentang kehilngan itu main pudar dengan kata nasihat dan semangat dari member2. termasuk member yang komen kat blog aku.

Thanks gila kat korang! Kata semangat dan nasihat itu yang buat aku semakin bertambag yakin yang semua yang berlaku ada hikmah.
dan sekarang aku makin berlapang dada. Buat apa nak menangisi benda yang dah pergi. Buat apa nak kenang kisah silam yang hanya menyakitkan.

Beri kemaafan dan enjoy your self with the forgiveness!

Err, mula2 ada gak terlintas dihati cakap macam ni kat mamat 2 orang tu masa tak dapat kejar dorang malam tu.

“siaplah korang. Kita jumpa kat akhirat! Korang tahulah nasib korang!”

Masa tu hati tengah sakit dan marah. Tapi bila dah cool, mula memujuk diri memaafkan dan menghalalkan semuanya. Bukan apa, cuak gak kalo ada buat salah kat orang lain, dorang pon cakap camtu.

Ya ALLAH! Ampunkan mereka yang berdosa. Rahmati mereka yang meminta keampunan. Dan jauhkan aku dan mereka dari rasa cemburu, bongkak, takabur dan iri hati yang hanya akan memusnahkan amalan baik aku dan mereka.

Tuesday, February 15, 2011

aku yang kehilangan


Agak sedih dan terkilan, tapi menganggapnya sebagai ujian yang terhebat sepanjang perjalanan kehidupan. Benda dah jadi, nak buat macam mana lagi. Hanya redha dan sabar atas semua yang telah berlaku.

Semalam ondaway nak balik kampong. Mungkin silap aku, balik malam. Lepas maghrib aku terus cabut nak balik kampung. Ada dua orang mamat rampas beg aku secara tak direlai oleh aku. Bahasa senangnya, kena ragut. Alhamdulillah, beg tu tak tersangkut kat handle motor atau apa, dan sudah tentu aku akan jatuh sebab tengah bawak motor yang agak laju.

Aku kejar dia gila-gila. Dan aku membuat gaya superman yang dah lama aku tak aplikasi kan dalam hidup aku. Aku bunyikan hon sambil jerit minta tolong. Tapi, waktu malam kot. Orang tak berapa nak perasan atau dengar. Tapi, memang laju gila malam tadi aku naik motor.

Masa tengah dok kejar mamat dua orang tu, aku tak terfikir nak amek no plat motor dia. Yang aku perasan, apesal mamat yang kat belakang tu punya kaki tutup kat no plat. Masa tu la aku terfikir nak amek no plat dia. Ada 1 no je yang aku tak dapat nak tengok. Akhirnya Berjaya aku tengok semua no pastu aku patah balik.

Sebab kat depan tu dah kawasan kilang yang aku rasa sunyi. Terus pergi balai polis kapar buat report. Polis dapat kesan no plat tu. Mamat tu orang klang gak. Aku rasa mamat tu naik lagenda. Dan memang betul la berdasarkan no plat mamat tu.

Pakcik polis bagi aku rm3, sebab nak amek resit report kena bayar rm2. Aku memang tak ada duit. Ada 80sen je kat sweater yang aku sengaja letak untuk bayar parking motor. Pakcik polis kata, barang2 tu jangan diharap akan dapat balik. Orang tu, mungkin polis boleh kesan.

Agak sedih sebab, dalam beg tu ada laptop. Dah 3 tahun aku guna laptop tu. Dah macam2 ada kat dalam laptop tu. Paling takut sebab dalam lapto ada gambar. Hanya berharap dan berdoa agar aku masih terjaga dari pandangan lelaki yang bukan muhrim.

Purse yang ada rm10 je kat dalam tu. Sebab petang semalam, celebrate birthday member baik kami, dan aku beli kek dengan sorang lagi member. Dan semua guna duit aku dulu. Alhamdulillah, dari segi kerugian duit, tak berapa nak rugi. Kad bank, lessen, ic, roadtax macam tak dapat diselamatkan sangat.

Terus balik shah alam balik, tak jadi nak balik kampung. Roommate terkejut gila. Speechless beb! Benda dah jadi. Redha dan sabar je lah. Roommate n budak sebelah bilik pujuk aku. Semua tu ada hikmah. Tunggu je lah apa hikmahnya. Yang penting, dapat beli purse baru.hehe

Dan sekarang ni, memang tak ada duit. Kad atm dah tak ada, macam mana nak keluarkan duit kan. Pagi tadi sorang roommate balik rumah dia. Dia tinggalkan kunci bilik, hp n duit rm50.

“ko guna je la dulu gee. Aku tau, ko tak ada duit. “

Sangat terharu. Thanks beb! Tolong aku saat aku betul2 memerlukan. Semoga kkau dieprmudahkan segala urusan kelak.

Pagi tadi dah telefon mak. Mak kata…

“tak pe la. Benda dah jadi, nak buat macam mana. Lain kali, kena beringat. Jangan balik malam-malam. Kalau sibuk, tak sempat nak balik siang, tak yah balik. Mak faham kalau anak-anaknya sibuk. Kalau dah jadi macam ni, kan susah.”

Huhu…ok mak! Lepas ni dah tak balik malam.

Sebelum bertolak balik malam tadi, aku macam berbelah bagi gak nak balik. Sebab, aku tak rasa excited nak balik macam biasa. Tapi, tetap balik gak. Member kata, lain kali ikut kata hati. Kalau dah rasa macam tu, tak payah balik.

Aku Cuma yakin yang semua tu ada hikmah untuk aku. Sebab aku tau Dia maha penyayang. Aku harap, mamat dua orang tu akan diberi hidayah.

Friday, February 11, 2011

say NO to COUPLE!

Semoga semua yang indah itu tidak melupakan hati dari mengingati Dia
Semoga semua yang kusam itu akan mendekati diri ini kepada Dia

Walaupun berkali mempertahankan dan menyatakan bahawa couple itu tak boleh kalau kau orang islam, tapi masih ada yang mempertahankan hak dia.

“Walaupun kami couple, kami tak pernah berjumpa. Sms and calling je kot! Itu pon tak boleh ke?”

Derr...mesti la tak boleh. Mungkin kau boleh elak dosa ketika berjumpa dengan lelaki yang bukan muhrim berdua-duaan, tapi kau masih menjebakkan diri ke arah dosa yang lebih halus. Masalah gila lagi bila kau cakap dengan lelaki itu suara kau gila merdu dan lembut. kau tak sedar betapa terangsangnya dan tergodanya lelaki itu.

Bukan masa sekarang untuk kau bercerita tentang harapan cinta dan impian kasih kepada dia. Dia bukan milikmu yang sah sekarang ini. Takut-takut nanti bila waktu yang sepatutnya sampai, kau dan dia mula bosan untuk memasang impian dan harapan itu. Kesudahannya, kusam dan kelam rumahtangga yang terbina atas dasar cinta kononnya.

Kalau asas sudah salah, apa lagi seterusnya. Jangan kau gadai kebahagiaan selepas kahwin dengan mengecapinya sebelum akad terlafaz. Cukup lah kalau selama ni kau hanyut dengan mainan jiwa dan lakonan nafsu.

Cantikmu bukan untuk semua lelaki. Tapi untuk dia yang satu. Lembut suaramu bukan untuk didengari oleh setiap laki yang kau temu, tapi untuk suami nanti.

“macam mana nak kahwin kalau tak couple?nanti salah pilih, lagi merana!”

Yakini Allah...nescaya kau takkan silap dengan percaturan hidup yang kau buat. Mantapkan keteguhan hati bahawa sesuatu yang terjadi itu adalah dari Dia. Pasti ianya terbaik untuk mu. Walau kadang perit, percayalah yang itu semua adalah rasa manisnya ujian untuk melayakkan dikau ke syurga kelak.

Lagipun, kau yakin lelaki yang kau bercouple itu adalah pilihan yang betul? Dan kau akan bahagia dengan dia?

Nak kahwin, tak semestinya kena couple. Nak couple tak semestinya akan kahwin. Semua yang berlaku dah ditetapkan Allah. Kalau benar jalan permulaannya, jangan takut untuk terus melangkah. Tapi, kalau permulaan jalan itu sudah salah, jangan takut untuk berpatah balik.

Jadilah baik. Banyak caranya. Tak mampu menjadi baik untuk orang lain, jadilah baik untuk diri sendiri. Jangan kau menzalimi diri dengan melakukan dosa yang akan membinasakan dirimu sendiri ke neraka yang maha hebat dan dasyat!

Selagi mana kau mampu untuk membaca ini, kau masih mampu dan berpeluang untuk bertaubat. Yakini DIA. Jauhi couple! Selamatkan anak cucumu dengan mendidik diri kau terlebih dahulu untuk mendekati DIA. Kerna, dosa yang kau lakukan sekarang akan berpanjangan hingga kegenerasi mu yang seterusnya. Dan selagi itu, kau akan terseksa walau nyawa sudah tiada. Selagi mana kau tak kembali kepada DIA.

Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat...

Maafkan aku! Tapi aku sangat mual bila mana melihat kau bercakap dengan dia walau dalam telefon. Lagi-lagi ketika kau baru bangun tidur dengan suara yang agak manja. Dan juga kau sengaja keluar jauh dari ku tika lelaki itu yang kau hubungi.

Maafkan aku! Tapi aku sangat menyampah bila tahu yang kau keluar makan dengan dia. Walau berkali aku sudah kata yang syaitan akan menemani kau berdua. Tapi, kau kata kau pergi yang tempat ramai orang, bukan sunyi.

Maafkan aku! Kerna aku tak berusaha bersugguh untuk menjauhkan kau dari dosa itu. Mungkin nasihat aku belum lagi cukup terkesan dihatimu. Mungkin juga nasihat dan kata yang keluar dari lidahku belum lagi cukup ikhlas dari hati hingga kau tak mampu untuk menerimanya.

Maafkan aku! Sebab aku sayang kau, aku terpaksa berterus terang tentang ini. Aku tak sanggup biarkan kau terus hanyut dengan cinta sia-sia.

Thursday, February 10, 2011

cuti untuk student UiTM

Assalamualaikum...

Hari ni dan esok semua kelas dibatalkan sebab lecturer uitm ada program. Wa tak pasti program apa. Mula-mula dengar macam best gila. Tapi, bila teringat ada modul yang wajib untuk budak part 8, rasa biasa ja. Kira, kami punya weekend cepat minggu ni. Dan sudah wajib keatas aku untuk masuk office.

Sebab, next week macam tak boleh masuk office sangat sebab ada test. Hari ni memang lambat gila masuk office sebab dari rumah kak aku. Malam tadi tidur sana sebab petang semalam kelas cancel. So, tak tau nak buat apa p rumah kak.

Sampai office, semua orang ada. Malu gila! Aku hanya mampu tersenyum dan tersengih. Tak tau nak kata apa kat bos. Aku bangun cepat bukan lambat. Aku lambat sebab pagi tadi rasa malas gila nak gerak keluar dari rumah kak aku.

Sorry en bos! Wa lambat hari ni.

Tuesday, February 8, 2011

Kasihku Yang Satu

sakit gila bila tak dipedulikan
sakit gila bila dibiarkan

lagi sangat sakit bila tidak lagi dijaga
adakah kerna aku yang tidak menjaga
lantas tiada peluag untuk dijaga

apa selama ini sia-sia?
menutup kerana suka-suka
memelihara kerana rasa lawa

masih ada peluang untuk digoda
lantas aku dibiar tak terjaga
aib dan malu yang sentiasa terbuka
sengaja atau tidak sengaja

berjalan ku menghampiri
berlari ku dihampiri
selangkah aku mendekati
seribu langkah aku didekati

jauh aku berlari
lagi jauh ku ditinggal pergi
sekali aku tidak peduli
seribu kali aku dibiar sepi

satu yang aku pinta
sebab hati sudah terseksa
hampiri aku seadanya
walau kadang aku leka

risau dihati tidak terkira
bila terasa diri tak dijaga
dosa yang menggunung masih tersisa
mengharap kasih yang tiada hujungnya

duhai Kasih ku Yang Satu
maafkan kelalaian ku meninggalkanMu
dikala gembira dan ceria ku
terleka sejenak mengingati Mu

jangan Kau biarkan ku begini lagi
semua yang berlaku atas kudratMu
jangan Kau biarkan diri ni
terumbang ambing tanpa jagaan Mu

demi Mu aku bersaksi
tiada selain Mu di hati
izinkan aku menagih janji
menjaga untuk dijagai

ampuni ku dan ampuni mereka
kami lalai kami alpa
dengan nikmat yang tak terhingga
dan masih buat-buat lupa

jauhkan hati dan hati mereka
dari sifat takbur dan bangga
atas ketakwaan yang tak seberapa
atas amal yang masih leka
atas iman yang tak terjaga

lindungi aku dan juga mereka
dari kejahatan makhluk durja
tak sudah-sudah menyimpul dosa
sengaja atai tidak sengaja

sungguh! kami lemah
sungguh! kami tak tabah

oleh itu Kasihku
kuatkan hati mereka dan hati ku
agar thabat dalam juang dakwah Mu
ingin menegak ma'ruf dengan jitu
walau kadang iman kuncup dan layu

Monday, February 7, 2011

mari bersama bangun semua!

Bahagia kah itu
Andai hati berlagu sendu
Deritakah itu
Andai hati tersenyum sipu

Bahagia itu bukan selama
Kelak akhir akan hilang entah kemana
Derita itu bukan sentiasa
Kelak hilang segala duka
Berpadalah seadanya
Raikan jiwa dengan penuh makna
Hilangkan segala dendam lara
Kelak kau akan merasa bahagia
Sampai tak tahu nak kata apa
Percayalah DIA
Kerna itu yang sebaiknya

Kadang hati tertanya
Mengapa aku juga
Bukan dia dan mereka
Aku juga ingin bersama
Mengejar cinta dan cita
Tapi aku harus berpada
Perlu berani untuk mencuba
Perlu kental untuk mejadi juara
Perlu kuat menghadapi semua
Dugaan godaan dan noda

Kalau cinta yang kau mahu
Kau harus kuat dengan emosimu
Kerna cinta kadang membuat kau jemu
Kerna cinta kadang pergi berlalu
Tanpa sempat kau berkata sesuatu
Tapi cinta itu juga yang kau ingin buru
Kerna kau tau ada bahagia disitu
Tapi awasi dirimu
Jangan sampai kau tertipu
Jangan sampai kau menipu
Jangan sampai kau ditipu
Serahkan pada DIA yang satu
Kelak bahagialah kamu

Siapa tak mahu cinta
Sanggup berkorban jiwa dan raga
Tapi jangan sekali korban dara
Jangan sekali korban iman dan taqwa
Kerna ianya tak berbaloi gila
Itu semua hanya sementara

Bangun semua!
Tegakkan hati dan jiwa
Mantapkan iman dan ilmu agama
Tutup lah segala noda
Lupakan cerita duka
Kenangkan saat bahagia
Bangan dari kekalahan yang sama
Bebaskan dari belenggu dosa
Bersama menuju cinta
Cinta hakiki bahagia selamanya
Cinta yang membawa ruh ini kepada DIA
Dengan ketenangan abadi yang tak terhingga

Saturday, February 5, 2011

kahwin dan cuti

Minggu yang agak kalut, kibut lagi serabut. Banyak benda yang dirancang, tetapi tidak kesampaian. Banyak perkara yang diimpikan, tetapi tidak menjadi kenyataan. Tetapi, masih percaya dan yakin bahawa itu semua sudah ditakdirkan. Dan sudah pasti ianya terbaik untuk kita walau hakikatnya hati terlalu sakit dan asyik tertanya kenapa itu, dan bukan ini. Mengapa begitu, tidak begini.

Yakinlah, apa yang berlaku semua ada hikmah. Mantapkan kepercayaan tentang itu. Dan jangan berkeluh kesah.

Ok, itu Cuma prolog….:) minggu ni kawan baik wa kahwin. Tahniah beb! Lu dah jadi bini orang. Kawan wa masa sekolah rendah ni. Dah beso ni baru kami close. Dan wa tunaikan janji wa kat kawan baik wa untuk tidur dengan dia sebelum dia bertukar title.

Malam tu, wa datang rumah dia ngan sorang lagi member. Tengah dok pakai inai, bercerita tentang hantu dan lembaga yang entah pape. Oleh kerana dah malam, kami pon tidur rumah dia. Bukan takut, cuak sikit jer. Lagipun, pernah janji ngan dia nak tidur ngan dia sebelum tukar title kepada Puan. Malam tu punya sembang gila-gila.

Walaupun kami satu kampong dan berlainan lorong, tapi tak pernah sembang sampai larut malam. Tu yang macam nak gila bersembang. Esok paginya, kena tegur ngan abang ipar dia yang suara kami boleh dengar satu rumah. Haha…sory bro!

Baru wa tau, peningnya nak kahwin. Banya benda kena fikir dan uruskan. Tapi, wa yakin kalau kita utamakan agama dari adat pasti ianya tak la sepening yang kita sangka. Dan sudah tentu juga, belanja yang diperlukan tidak sebanyak yang kita sangka.

Apa yang penting, kehidupan selepas kahwin. Kalau asasnya teguh kepada agama, pasti akan kuatlah rumahtangga itu walau dicabar dengan godaan dan dugaan yang menggila. Semoga, rumahtangga yang dibina akan mendapat rahmah dari ALLAH.

Kehidupan selepas kahwin sudah tentu berlainan dengan kehidupan masa zaman anak dara. Susah sikit la kot pas ni kalau kami nak ajak lu keluar pergi bando. Nak ajak pon nanti mesti segan dan tak sampai hati. Walau apa pun, kita tetap kawan dan sekampung.

Isnin ni, da mula kelas. Back to normal. Walaupun cuti seminggu, wa punya cuti macam orang kerja. Isnin sampai rabu pergi office. Selesaikan kerja admin yang tak pernah selesai dari dulu. Tak berkesempatan nak selesaikan. Sebab banyak lagi benda penting nak kena settle. Sampai bila-bila pun, kerja takkan habis. Berharap agar punya kekuatan untuk nak selesaikan semua dengan jayanya.

Bos ada bagi ole-ole dari bali. Yang pasti, wa sangat terharu kot. En bos ni memang baik la….sporting dan pemurah. Bos, teruskan menjadi manusia budiman. Dan selalu selalu la pergi bercuti. haha