Wednesday, March 30, 2011

nasi lemak & anjing hitam

kelmarin datang office awal gila. 7.30 dah sampai kat worldwide ni. datang awal sebab nak study utk test esoknya. konon je kot.huhu...aku p beli sarapan kat kedai makan kat bawah office ni. sarapan kan penting untuk kite. ye dak?


aku biasa beli bihun goreng+begedil+sambal ayam masak merah. sedap gila! tak tau nak kata apa. yang pasti, makcik ni masak memang sedap. oleh sebab aku datang awal gila, bihun goreng tak sempat digoreng lagi. yang ada nasi lemak. sebab maleh nak tunggu atau turun balik lagi, aku pon beli je le nasi lemak makcik tu.


first time makan nasi lemak makcik tu. perghhh! sedap gila! tak tau nak kata apa. besar betul nikmat sarapan pagi tu. nasi yang betul2 nasi lemak. sebab rasa santannya. dan sambal yang agak sedap gila! nasi lemak ni yang sedap terletak pada sambalnya. kalau sambal sedap, memang menjadi la nasi lemak tu.


aku selalu beli kat kedai makcik ni, sebab dalam banyak2 makcik kedai makan kat kawasan blok 2 & blok 4 worldwide ni. hanya makcik ni je yang aku selalu nampak kat surau solat sama-sama. sebab tu, aku yakin dengan masakan dia.


tak kira sedap ke tak, kalau orang yang masak tu solat, pasti ada sedikit sebanyak keberkatan makanan tersebut.


ada satu kedai ni, selalu gak nampak makcik tu solat kat surau. tapi, masalahnya bukan dia yang masak. pekerja lelaki dia. dan aku pernah TERoder nasi goreng ayam time orang p solat jumaat. dan yang masak adalah mamat.


aku tak nampak keuzuran pada dia untuk gagal menghadiri solat jumaat dimasjid. pernah order nasi goreng ayam kedai ni dulu. agak sedap. tu yang order lagi. sekali yang masak mamat yang tak p solat jumaat. aku rasa serba salah nak makan. tapi, membazir plak. itulah kali terakhir aku beli makanan kat kedai tu. cuma berdoa, moga-moga makanan tu ada keberkatannya.


teringat kisah umat nabi musa yang bernazar untuk minum air kencing anjing hitam jika dia dapat apa yang dihajati. dengan izin ALLAH, lelaki tu tercapai hajatnya. dan sungguh runsing sebab tak sanggup nak minum air kencing anjing hitam. lantas dia bertemu dengan nabi musa. nabi musa suruh lelaki itu menadah air yang mengalir dari bumbung orang yang tak solat. air yang mengalir dari bumbung rumah pon lagi hina dari air kencing anjing hitam. apatah lagi air tangan orang yang tak solat.


fikirkan...jadinya, pilihlah kedai yang mana tukang masaknya cukup solat 5 waktu. sebab penangan nasi lemak makcik tu yang sedap, aku teringin pulak nak makan roti cicah sambal tu. tapi, roomate aku kata ada kemungkinan makcik tu takkan bagi beli sambal je. aku nak gak sebab aku teringin. semalam aku beli rm1. alah...ciput giler!


so, petang semalam aku p umah kak aku buat sambal nasi lemak. sambal je. sebab nak makan dengan roti kosong. alhamdulillah...menjadi aku punya sambal. mula2 kak aku nak buatkan. tapi, aku tak sampai hati plak nak suruh dia sebab dia tengah sarat. ni kali ke-2 aku buat sambal nasi lemak. ok la...ada improvement berbanding yang pertama dulu... tak sabo nak belajar baking plak pas ni...:)

Friday, March 25, 2011

masih berseorangan

ada lagi kah itu?
sesuatu yang aku terlalu mahu
menanti akan saat itu
berusaha sepuasnya kerana itu

ada lagi kah jejak itu?
agar ku dapat menyusur lalu
walau kadang akal buntu
masih lagi samar bayangan itu

malam itu terus berlalu
meninggalkan ku berteleku
berseorangan diberadu
tiada siapa yang mengambil tahu

getar hati ini masih berlagu
betapa tersiksa jiwa dan kalbu
meronta dalam pelukan sayu
mengharap agar hilang kenangan lalu

Wednesday, March 23, 2011

malam yang setia

malam ini datang lagi
berteman bulan dengan senyuman
bersama bintang yang terbentang
di langit yang kelam dan suram

hatiku sayu
merindui sesuatu
seakan hilang dan kosong
sepi bagai tiada penghuni

dimanakah kamu?
aku merindui saat itu

oh malam
teruslah kau menemaniku
bersama bintang yang menceriakan
walau ianya tak secerah mentari
tapi cukup menghiburkan hati

oh bulan
setialah kau disitu
aku ingin mengintaimu selalu
walau ku tahu aku tidak mampu
untuk mendakapmu

bayu berbisik di pendengaran
seakan membawa suara hati seseorang
adakah dia juga menantikan ku
setiaku disini
menunggumu membawa ku bersama
menuju syurga cinta!

masihkah aku punya peluang
aku ingin pulang
menuju pangkuan cinta agung
bersama dia yang ku taktahu
siapa dan dimana dia

setiaku masih disini
mengaharapmu datang ke sini
jangan lari jangan pula kau pergi
janji denganku cinta ini cinta sejati
yang membawa kita kepada ILAHI

Tuesday, March 22, 2011

pilihan hidup

assalamualaikum pembuka bicara
lama tak berblog rasanya...

hehe...berpantun la plak. banyak sangat kekeliruan yang muncul dibenak fikiran. sekarang dah part 8. tinggal beberapa minggu dan beberapa hari sahaja menjadi pelajr UiTM dihatiku ni.

yahooo! ya beda beduuuu....

tak sabor sebenaqnya nak habis belajaq ni...err, sampai mati kena belajaq. cuma tak sabo nak habis belajaq kat uitm ni. ok, aku faham dan aku sedar. satu hari nanti pasti aku akan merindui setiap saat kenangan aku diuitm ni. cumanya, sekarang ini rasa agak penat dengan kerja yang agak berlambak dan memerlukan perahan otak tahap maksima.

pilihan untuk masa depan. last week, balik kampung, abang tanya tentang plan aku lepas abes belajaq. aku jawab, aku nak kahwin. jadi suri rumah sepenuh masa. then, abang aku macam bengang je bila aku jawab camtu.

haha....

dia suruh aku buat keputusan sekarang. jangan sampai terlambat atau apa. takut nanti jadi kelam kabut dan menyesal.

abang suruh aku sambung belajaq lagi. tapi, seriously aku dah tak berapa nak larat.

abang aku suruh cari kerja yang gaji agak banyak. tapi....aku sayang la kat office ni. aku sayang nak tinggalkan bos. err, mamat tu jugak. sebab aku selesa kerja kat situ walaupun hanya bertiga.

sayang nak tinggalkan orang-orang baik macam dorang. plus, aku sayang nak lepaskan kos aku. err, maksud aku, aku nak teruskan berada dalm bidang yang aku pilih sejak sekolah lagi. sangat suka dan selesa dengan apa yang aku belajar la ni. dan kalau boleh, aku nak kerja dalam bidang ni juga. tak kisah walaupun orang kata gaji kat audit firm kecik. tapi, lama-lama boleh naik kan?

dan, kalau aku keluar dari office en bos, aku nak jadi cikgu. itulah pilihan yang aku dah tentukan dalam hidup aku. ni pilihan kerjaya saja....:)
pilihan lain, belum lagi nak muncul dibenak otak fikiran ini.

abang kata, sama ada YA atau TIDAK. dan jawapan aku adalah.......atau!
hehe....

ok, aku dah buat keputusan yang aku nak cari pengalaman kerja dengan en bos. nak cari pengalaman semampu yang aku mampu dalam bidang perakaunan, pengauditan dan kesetiausahaan syarikat. walaupun aku tak punya qualification untuk menjadi yang terhebat dalam bidang tu.

dan aku juga nak jadi cikgu! mak aku pon suka kalau aku jadi cikgu. mak kata, cikgu ni banyak cuti. budak sekolah cuti, cikgu pun cuti.

teringat pengalaman jadi cikgu ganti dulu. seronok dan penat. semua kerja penat. tidur makan tidur makan pun penat gak.

en bos pon pernah kata, perempuan ni elok jadi cikgu je. komitment tak tinggi. senang nak urus rumah tangga. err, sebab bini en bos pon cikgu gak.

dan buat masa ni, aku tak tergerak lagi nak ambil master atau phd atau ACCA. mungkin sebab aku sendiri tak layak gak nak amek semua benda tu. haha.....

susah juga nak buat pilihan. yakin sesuatu. ALLAH berkuasa, makhluk tak ada kuasa.

Thursday, March 17, 2011

indah dan kehilangan

INDAH

ahad yang lepas. aku melihat pemandangan yang begitu indah! sangat-sangat indah! Terima kasih Tuhan...kerna menemukan ku dengan mereka yang indah. suasana yang sungguh nyaman walau sederhana. tiada santapan untuk fizikal. tapi, cukup untuk rohani kenyang.

pertama kali, aku meringankan diri mengikut mereka. serasa, aku sudah memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya. rupanya tidak! mereka lagi indah. mereka mengikut apa isteri-isteri nabi lakukan. berkelubung dan selubung bukan nya berkabung. tetapi bertembung untuk mencari cinta agung!

indah sungguh! dengan layanan yang buat aku tidak merasa janggal. seolah sudah mengenali lama. mereka cantik. sebab perempuan cantik itu tak dipandang dan tak memandang. kecantikan mereka hanya untuk lelaki yang sah. bukan dikongsi oleh mana-mana lelaki yang mereka jumpa.

dan aku memandang dengan pandangan penuh syahdu. rupanya....aku belum lagi sanggup tinggal kan dunia.

aku ingin mengikut mereka. walau sendirian. walau satu hari nanti ada peneman. kerna ku rindukan susur jalan itu yang penuh keimanan. moga satu hari nanti aku dan mereka sama-sama dalam barisan perjuangan.

******************************************************************************************
KEHILANGAN

tiada yang kekal di dunia ini. jadi, jangan terlalu taksub dengan apa yang ada ditanganmu. samada kamu akan kehilangan mereka. atau mereka akan kehilangan kamu. bersedialah untuk itu.

jangan bersedih andai kepunyaanmu dicuri orang. atau kepunyaanmu dirampas orang. hakikatnya, DIA telah menentukan tempoh pemilikanmu hanya sekadar waktu itu sahaja.

jangan dikesali sesuatu yang hilang. kerna satu hari nanti, dia akan hilang juga. redhalah dengan pemergian. walau pemergian itu tanpa diduga dan direncana. hakikatnya, DIA telah menetapkan yang kau boleh berdamping dengan dia cuma setakat itu sahaja.

dikepekatan malam, menerima mesej dari seorang sahabat. abang classmate kami meninggal sebab virus kencing tikus. abang dia dah lama masuk ICU. seminggu tak silap. dan bertambah sedih, walaupun aku tak kenal abang classmate aku tu. tapi, tunang abang dia adalah sahabat aku masa matriks.

semoga sahabat2 ku sabar dan tabah. DIA lebih menyayangi arwah. semoga kehilangan arwah akan menemukan syurga buat kalian.

masih kehilangan dan keliru. betapa pemergian itu tak pernah diduga. bersediakah untuk itu?
jangan kau hitung pahala. tapi tagihlah dosamu dengan taubat.

Tuesday, March 8, 2011

campuran perasaan

cinta retak , hati berkocak
jiwa gelodak,sebab ikut kepala otak

ingin berlari sambil menyanyi
nak redakan keresahan hati

rasa menyampah nak termuntah
tengok gaya yang ape-ape ntah

rasa sunyi dan tersendiri
kaki ingin melangkah pergi

ingin ku menyelami jiwamu
agar ku kenal dirimu

entah apa yang ku inginkan
terlalu banyak berangan

ingin menyulam bahagia
menyemai cinta bersama

mencuba mencapai suria
walau membakar jiwa

kaut semua yang ada
sebagai bekalan disana

lupakan sengketa dan sejarah lama
biar ia dalam ingatan selamanya

tak ingin terus begini
sampai bila aku pun tak pasti

setia berlari mengejar
mengharap rindu kembang mekar

jauhi dosa jangan dekati zina
bahagia itu palsu dan tak berbaloi gila

jangan jatuhkan maruah dengan berdating
tergelak syaitan berguling-guling

seronok sangat ke ada pakwe
sampai nasihat pon kau buat dek je

bahagia sangat ke cinta palsu kau
sampai senyum sorang-sorang macam sasau

kau masih setia menggendong dosa
berdating sambil cubit peha

aku tau kau memang cantik gila
sebab tu tayang muka sampai tersembol biji mata

kau macam suka ja kena raba
pakai baju terdedah sini sana

ingat lah pahala takutlah dosa
berhenti untuk terus membuka

kau lagi cantik apa
kalau pakaianmu adalah taqwa

biar nampak kelubung dengan selubung
kerna itu nafsu lelaki dapat dibendung

kau lah wanita paling bahagia
kalau malu mu itu mengatasi segala

Saturday, March 5, 2011

menangis lagi

Kadang terasa sunyi walau ramai yang mengelilingi. Hingga terasa hilangnya diri dan jiwa ini. Kosong dan hanyut dibawa angin pergi. Sayu dan sayup hingga tak terdengar lagi. Walau kaki kuat berlari. Walau mulut menjerit lagi. Walau mata masih mengalir air mata ini. Tapi, terasa tiada yang peduli. Aku kah yang patut dpersalahi. Aku kah yang memang sepatutnya dituduhi. Sungguh! Terasa kosong jiwa ini.

Masih bertanya tentang hal itu. Kenapa aku tidak seperti dulu. Bahagia dan ceria selalu. Tanpa peduli siapa dan apa yang berlaku. Tiada rasa ingin membantu. Terus mengejar apa yang dituju. Namun kadang tak terasa bahagia itu. Hanyut dan telus berlalu. Wujud sesuatu yang aku tak tahu. Akukah itu? Kenapa begitu? Terlalu hanyut dengan dunia palsu.

Aku mencari yang aku mahukan. Kadang aku tak tahu apa yang aku impikan. Mengadu pada Tuhan. Dengan penuh harapan dan impian. Pimpin aku menuju ke jalan yang sebenar jalan. Aku tak mahu hidup dalam kepalsuan. Aku lelah dalam dunia yang menjelekkan. Semua mementingkan diri dan perasaan. Asal mereka dapat apa yang mereka mahukan. Dan aku dibiarkan sepi dan terdampar keseorangan. Aku kah yang tidak menghiraukan. Atau mereka yang menghairankan. Sanggup menanti cinta palsu yang melekakan. Dan aku dibiarkan sepi lagi keseorangan.

Aku bukan mahu kawan. Aku hanya ingin teman seperjuangan. Sama-sama fikrah dan fikiran. Menuju jalan Tuhan yang membahagiakan. Aku ingin dipimpin tangan. Ingin juga dipandu hati dan perasaan. Agar cinta turut sama beriringan. Cinta sejati yang didambakan. Tapi, aku kadang lelah, lemah dan tak menghiraukan. Mereka yang ingin turut bersamaku beriringan. Bukan semua itu yang aku tak mahukan. Tapi, aku tak mampu dan tak tahan. Mereka datang tika menginginkan. Tetapi bila jemu aku ditinggalkan. Mereka tak sabar dengan ujian. Atau aku yang kalah dalam pertaruhan?

Aku mahukan mereka. Ya! Kadang kala aku merindukan mereka. Rindu saat bersama-sama. Tawa duka dikongsi sentiasa. Tapai aku dan mereka tak sama. Kadang aku melekakan dan dileka. Terbang jauh entah kemana. Hilang arah hidup dan tujuan yang dicita. Sibuk mencari kesempurnaan yang entah mana. Sibuk menanti bahagia yang tak kunjung bila. Tak sabar dengan sedikit sakit yang menimpa.

Adakah diri telah lupa? Atau sengaja buat tahu dan selamba. Perjuangan sahabat dan anbiya. Tak pernah jemu dan tak pernah leka. Mengejar Tuhan dan cinta. Cinta yang membawa syurga abadi selamanya. Walau terasing dan merana. Kekal kuat dan teguh bersama-sama.

Biarkan aku menenangkan diri buat seketika. Aku ingin membawa hati kesatu tempat yang aku tak tahu dimana. Dengan harapan ada yang ingin menghulur tangan untuk berjalan sama. Ingin sekali diri ini dipimpin menuju Nya. Tapi, aku perlu berusaha. Bukan diam membatu dan duduk sahaja. Maafkan aku dan aku ingin memaafkan semua. Biar rindu dan sendu ingin aku telan semua.

Aku tahu dan aku yakin gila. Tiada apa yang kekal didunia. Samaada diambil secara rela atau paksa. Semua tu hanyalah sementara. Apa yang perlu aku lakukan segera. Kembali menuju cinta Tuhan yang Maha Esa. Cinta yang tak pernah berdusta.

Jauhkan hati dari riak dan bangga diri. Kerna aku perlu sedar tidak sempurna diri ini. Sama juga mereka yang mengelilingi. Menjadi baik adalah fitrah semulajadi. Cumanya kadang tak sanggup dan biarkan diri. Keluar dari dunia dan mengabdikan diri. Tinggalkan kemewahan dan merendahkan diri.

Izinkan aku mengalirkan air mata ini lagi. Agar aku tenang setelah kegagalan ku tadi. Biar apa mereka fikir, aku tak peduli. Aku ingin pipi ini basah lagi. Agar aku tahu makna diri. Ingin ku ubati hati dan jiwa ini. Agar tetap kuat dan teguh berdiri. Namun, aku kalah lagi. Kalah dan terus menyalahi diri. Kenapa aku tidak seperti yang mereka impi? Dan kenapa aku lagi?

Teman, maafkan aku. Aku bukan insan yang kau patut sanjungi. Carilah aku disini satu hari nanti. Aku masih setia disini barangkali. Untuk kau kutip kenangan kita bersama nanti.

Cukuplah! Aku lemah. Aku lelah. Dengan masalah yang tak sudah.

Yakinlah wahai diri! Masalah itu untuk meninggikan darjat mu nanti. Ujian itu untuk buat kau mepersiapkan diri. Menuju cinta abadi yang hakiki. Kerna Tuhan ku yang tak pernah mengurangi. Nikamat walau pun seinchi. Cuma kadang iman turun lagi. Dan hati mula menjauh hati.

Aku ingin menangis lagi………………..

Thursday, March 3, 2011

mari berpakat dan beringat

masa berlalu begitu cepat
umur pun semakin singkat
tapi amalan banyak yang tak terbuat

kadang terfikir dan teringat
adakah nanti kita akan sempat
buat baik sebelum disoal malaikat
buat amal agar bahagia di akhirat

bila mana kita disoal siasat
banyak mana pahala yang tersekat
banyak mana dosa yang tersurat
dek kerana banyak kali buat jahat
sesama manusia dan alam sejagat

kita sama beringat
sesama makhluk kita dok dekat
ajak yang baik tinggalkan yang jahat
agar selamat dunia akhirat

sunnah diamalkan ilmu dimanfaat
moga bahagia dunia dan akhirat

jangan percaya dengan khurafat
bukan bawa manfaat
malah bawa bala yang dasyat
itulah golongan yang sesat

makin berleluasa dosa dan maksiat
tapi kita hanya melihat
tanpa ada usaha untuk menyelamat
mereka yang semakin sesat

kadang kita tak mampu dan tak sempat
mereka terlalu degil untuk didekat
atau kita semakin liat
buat amalan nabi dan sahabat

mari sama-sama kita berpakat
buat yang baik tinggalkan jahat
agar sama-sama beringat
tentang hari akhirat yang makin dekat
moga selamat
moga selamat
moga selamat
dunia dan akhirat

sunyi dan ngantok!

Lama tak update. Aku tau itu...bz kot...baru lepas test. Seriuos! Sangat rasa happy bila test habis. Tapi, baru test...final tak habis lagi.

Malam tadi tidur rumah kak yang kat klang. Lama tak g rumah dia. Rindu kat anak-anak buah aku. Dan perut kak aku pon makin besau...lagi sebulan due date. Moga selamat lahirlah anak buah aku sorang lagi ni.

So, pagi tadi terus gerak balik uitm. Ingat nak p office. Sebab kelas mula 10.30. tapi, sangat tak sempat sebab banyak pulak nak kena settle. Habis semua 9.30. memang sia-sia je la kalau p office. Actually, aku ada kelas 2.30 ptg ni. Tapi, macam terlintas kat hati tak nak p kelas. Huhu...

Dan, sebelum tengah hari dapat sms kelas cancel. Seronok gila!

Pergi office, semua orang tak da. Bos ngan mamat pergi midvalley buat audit. Dah la internet tak boleh. Tak tau napa. Rupanya phone office pon tak boleh. Bos sms, Tanya aku dah masuk office atau belum.

Rupanya, dia call office tapi aku tak angkat. Sebab aku tak dengar. Nak buat call out pon tak leh. Kami tak ada masalah pembayaran. Lama gak la call pegawai TM nak report benda ni. Pastu, dia suruh cabut wayar tu, sambung kat wayar sini. Mana la wa nak tau. Dah la berselirat wayar tu.

TM kata, ada maslah wyring. Nanti ada pegawai yang akan datang office. Tapi, tak sampai setengah jam aku call TM, internet n phone office dah ok. Cepat dan pantas!

Macam tu la...kami bayaq TM punya la beratus2 setiap bulan. You all pon kenalah bagi service yang terbaik punya.

Thanks la kat pegawai khidmat pelanggan TM jannah n aizat.

Bosan gila la ni! Mamat tu bawak laptop. Nak buat kerja pon tak boleh. Sebab semua benda kat situ. So, ngemas fail je la yang tak pernah nak habis.

Dan rasa ngantok.....err, kadang geram gak. Time banyak masa terluang, tak tau nak buat apa. Bila aku kalut, time tu la banyak kerja yang menimbun....~~