Saturday, April 30, 2011

terharu....

Dan hari ni aku rasa agak terharuuuuu……dengan en bos…..sweet gila bos aku yang sorang ni…

Aku bukak maybank2u nak cek baki sebab semalam kak aku ada masukkan duit suruh bagi kat mak. Ada penambahan beberapa ratus kat bank. Penambahan yang aku tak sangka. Cerr teka…..

Duit gaji aku dah masuk! Alhamdulillah.....Best gila. Bos siap deposit kan lagi cek gaji aku tu…
Mungkin mamat tu deposit cek gaji dia, dia depositkan sekali aku sekali punya. Atau bos sendiri yang p deposit cek untuk aku..huhu...perghh! terharu gila!

Aku cuti 3 minggu sebab aku exam. Aku cuti dari masuk office. Agak sedih nak tinggalkan office. Sepanjang aku tak ada 3 minggu ni, bos ada kata dia nak ajak adik perempuan dia jaga office. Adik dia student uitm gak. Kan budak degree masuk u bulan 9 nanti. So, adik bos tak ada keja nak buat, bos suruh kerja kejap kat office.

Sebelum aku bercuti, aku kemas semua dokumen. Bagi bos tak pening bila nak cari. Kat office, selalu bos tak jumpa dokumen yang aku simpan. Padahal ada je kot. Ataupun bos yang tak cari. Huhu…

Aku dah bagitau siap-siap dokumen yang kena settle sepanjang ketiadaan aku nanti. For the first week aku tak masuk office, setiap hari aku dapat mesej dari bos. Bos tak telefon aku, sebab dia kata dia tak nak kacau aku study. Hehe….aku tak kesah pon. Aku dah bagi jadual exam kat bos. Senang sikit dia nak Tanya apa-apa nanti.

“resit bayaran MIA yang dah bank in ada kat mana?”

“Document ABC Sdn Bhd ada kat mana?”

“kalau nak print form XYZ Sdn Bhd file kat mana?”

“yang Koperasi MNO fauzeah guna email mana?”

Mesej yang bos aku bagi buat aku gelak. Kadang2, aku terfikir gak, mana ntah aku letak. Aku pon lupa. Haha…nasib baik jumpa…

cepat lah habis exam. tak sabar nak masuk office ni. Rindu gila kat office aku ni.
Sangat terharu kot en bos deposit kan cek gaji. Aku tak mengharap. Dan aku ingatkan bos akan letak cek tu kat drawer aku. Sebelum ni, aku pernah tak masuk office time gaji sebab aku ada kelas. Macam biasa, bos letak kat drawer.

Serious! bos memang seorang bos yang baik.
ni yang buat aku semangat nak kerja. 10hb last paper. 11hb aku masuk office. insyaALLAH...

Member2 ramai yang dah dapat kerja.Exam tak habis lagi, dah ada yang telefon temuduga berjaya. satu resume pon aku tak hantar. Sebab aku dah buat keputusan aku nak terus kerja dengan bos selagi mana dia perlukan aku.

Kalau andai satu hari nanti aku nak resign, mungkin sebab aku nak jadi cikgu atau jadi rumah sepenuh masa. InsyaAllah.

next coming paper on tuesday. Work hard for it!

book fair at pwtc

Assalamualaikum wbt…

Musim-musim peperiksaan yang sangat memeningkan kepala otak. Tak sabar untuk menghabiskan 4 paper lagi. Dan berazam untuk tidak ingin melalui keadaan seperti ini lagi. Hik hik hik…pening dowh….tidur pun terasa peningnya.

Sempat gak la pergi book fair semalam. Lepas habis paper tengah hari semalam. Kali ni, mungkin nasib tak berapa nak sebelahi student part 8 fakulti perakaunan. Sebab, spot tak berapa nak mengena. Tu yang jadi bertambah nak pening.

Lepas habis exam je semalam, ada sorang akak ni ajak aku pergi kfc seksyen 2. Sebenarnya, aku dah janji dengan roommate nak pergi makan mee kari nyonya kat plaza masalam. Tapi, tak sampai hati nak tolak pelawaan akak ni.

Beberapa minggu yang lepas, kawan aku ada terjumpa handphone kat kelas. Diorang ni dok bilik sebelah, dia tanya aku kenal tak orang ni. Ada muka sorang minah ni kat wallpaper handphone tu. Aku kenal akak ni. Dia student PLK tapi dah jadi full time. Aku pernah sembang dengan dia masa seminar audit sebab dia classmate sorang kawan aku. Jadinya, member yang jumpa hp tu bagi kat aku suruh bagi kat akak tu.

Aku dail nombor yang kat hp tu. Ada nama abang. Mungkin husband dia. Yang aku tau, akak ni dah kahwin ada sorang anak. So, esoknya aku jumpa akak tu pulangkan hp dia. Akak tu nak hulur duit tapi, aku tak nak ambek. Bukan aku yang jumpa, dan kalau aku bagi kat member yang jumpa tu tentu dia cam tak nam amek. Tu yang dia belanja KFC semalam. Nasib baik take away. Kalau tak, jenuh gak makan banyak.huhu…

Lepas p makan ngan roommates, aku p book fair. Ngan 2 orang member baik masa kat KMKN yang dah tunggu kat masjid jamek. Memang teringin nak p, sebab last time aku p masa form 5. Masa tu borong buku latihan n rujukan je. Huhu….lagi satu, nak jenguk bos aku Mr J masa aku jaga booth telaga biru kat pesta buku Selangor tahun lepas.

Ari tu, bos yang kat office Mr A ada bagi tau yang bos aku Mr J nak ajak aku jaga booth kat pwtc plak. Agak masyuk la bayaran. Rm 80 per day. 10 hari dah 800. Tapi, time book fair tu aku tengah dok exam. Tak ada rezki aku.Tu yang pergi melawat je. Sempat gak jumpa Mr J. Dia ajak aku untuk book fair Selangor bulan 6 nanti kat SACC. Weekend boleh la. Tapi, weekday kan aku kerja ngan Mr A.

Sampai ke malam kat pwtc. Tapi lama bukan sebab beli buku. Menyembang je kerjanya. Terserempak ngan member sekolah member aku. Aku pon ikut sembang sekali sebab minah tu ramah gila. Dan aku banyak kali terserempak ngan minah-minah yang pakai niqab. Tersenyum aku memandang mereka.

“cantik kan diorang tu?”

“mana nak tau muka. Bertutup kot”

“cantik. Sebab diorang mengcover kecantikan dorang. Dan aku yakin memang cantik.”

Dan kami terserempak dengan beberapa budak lelaki yang aku rasa budak sekolah menengah pakai serban. Maybe rombongan sekolah budak tahfiz kot. Kawan aku kata…

“sejuk perut mak diorang mengandungkan diorang”

Aku mengiakan dalam hati. Dan berdoa semoga perut-perut kami bakal sejuk dengan kelahiran generasi seperti itu.

Balik malam sampai kat padang jawa. Tunggu roommate amek. Ternampak sepasang couple yang dari tadi buat aku meluat gila. Si lelaki tak sudah-sudah nak pegang pinggang minah tu. Grrr….berdehem banyak kali pun buat tak tahu. Masa kat kawasan parking motor, aku tunggu kawan aku. Mamat tu pakaikan perempuan tu helmet. Lagi la menyampah.

“student uitm ke?”

“err…tak la…”

“dah kahwin eh?”

“err…belum”

“tak boleh tau pegang-pegang ni. Dosa….memegang babi lebih baik”

Dan mamat tu hanya tersengih.
Aku dah cukup meluat dengan gaya manja pasangan yang tak sah ni.
grrr...............

Wednesday, April 27, 2011

rasa jiwa yang kecewa

terlalu mengharap? akhirnya diri terluka
terlalu meminta? akhirnya diri yang kecewa

senang!memang senang melukakan jiwa
tapi sangat sakit hati yang diluka

bukan meminta untuk dihargai
bukan juga untuk meraih simpati

tapi mengharap dirimu mengerti
bahawa aku juga ingin disayangi

menganggap adanya aku dihadapanmu
bukan diam terus membisu

tunjukkan padaku rasa hatimu
agar terus berlagu senyumku

beriku rasa sedikit bahagia
agar aku senyum sentiasa

aku juga ingin merasa
bila dihargai rasa gembira

bukan ku meminta harta berjuta
bukan juga ingin kau disisiku sentiasa

tapi, cukup ingatan tulusmu
mengingatiku walau bukan setiap waktu




.....kesepian dalam keterasingan.......

Friday, April 15, 2011

motor aku gagal dicuri

Baru semalam aku mendengar seseorang berkata tentang ujian ALLAH kepada manusia iaitu ujian kesakitan, kelaparan, kekurangan harta benda, kerisauan, ketakutan dan sebagainya.


Sepatutnya, kalau nak ikut plan petang ni aku nak balik kampung. Mak suruh balik awal sebab esok mak nak pergi hantar rombongan pengantin jiran depan. Kak aku yang ke-5 baru bersalin. So, kira ada la yang boleh jagakan kak aku tu.


Err, aku dapat anak buah lagi. Ini yang ke-22. Dan lelaki lagi. Dan ini adalah anak kak aku yang ke-4 dimana anak2 dia semua lelaki. Dalam adik beradik aku, Cuma dia je yang tak ada anak perempuan lagi. Tak peh, asalkan selamat. Itu semua kan rezki. Nama aku tak tau lagi dia taruk apa. Tu pasal tak sabar nak balik.


Tapi......


Tadi masa aku pergi kat motor, aku punya kunci tak leh nak masuk. Aku ingat aku salah motor, tapi nombor plat tu dah betul dah. Dan aku yakin tu motor aku. Aku dah cuak dah....awat plak motor ni. Dah la baru....(hehe...saja nak bagitau motor baru kan...)


Aku tengok, tempat masuk kunci dah agak terkopak. Ada sorang mamat ni yang nak balik gak parking sama-sama tempat ngan aku. Dia pon tak leh nak tolong, sebab dia pon tak tau. Aku tak tau nak call sapa. Kalau member perempuan dah tentu2 diorang tak leh nak tolong. Sebab sama je cam aku, mana le reti sangat pasal motor ni.


Dah la tak ramai kawan laki aku yang aku ada no fon depa. Aku telefon kwan lelaki sekelas ngan aku. Tapi, diorang semua dah kat kampung. Semalam, last kuliah. Lagi 2 minggu exam final. Rasa cam nak nangis je. Bos hari ni tak masuk office. Mamat tu plak, awal2 lagi dah balik sebab dia nak p niaga petang ni. Takkan aku nak call dia plak. Mesti dia tengah sibuk meniaga.


Dan ALLAH bg ilham kat aku. Aku teringat kat kawan sekolah aku dulu. Dia kerja kat proton, kira area shah alam gak. Dia tengah kerja. Aku pon tak la suruh dia datang. Tapi, tak lama lepas tu, dia call dia kata nak datang. Dia dah habis kerja. Dia datang dengan kawan dia lagi 2 orang. Memang, motor aku kena bukak semua sebab kepala kunci dia dah rosak. cumanya pencuri tu tak sempat nak bawak lari. mungkin, dia belum lagi pro.


Aku pun termangu dan termenung la kat parking motor ni. Dah la tepi highway. Sabo je la...pastu, tak lama kawan kepada kawan aku pulak datang. Tolong apa-apa yang patut.


Tengah diorang dok repair kepala kunci tu, datang sorang mamat. Rupanya motor dia parking sebelah kanan motor aku. Mamat ni bawak LC. Nasib baik motor dia ok. Tak lama, ada lagi sorang mamat ni datang. Dia plak parking belah kiri motor aku. Dia kata, before ni pon ada motor sorang budak pompuan tu kena gak cam ni.


Alhamdulillah, pencuri tu tak sempat nak habiskan kerja-kerja pencurian dia. Kalau tak, memang hilang dari pandangan la BaLaCi aku ni. tapi, masalahnya pencuri tu dah rosakkan keseluruhan kunci motor aku ni. Dalam pukul 10 lebih baru motor aku dah ok. Tapi, jadi antikla gila motor aku. Starter memang dah tak leh pakai dah. Diorang ada bagi tau sebabnya, tapi aku tak ingat entah apa namanya. Tak kenal pon ntah apa yang diorang sebut.


Kalau nak start motor, ada wayar yang aku kena cantumkan. Kalau nak matikan enjin. Wayar tu kena cabut. Oleh sebab seat punya kunci sama ngan kunci yang kat handle, jadi nak bukak seat tak boleh guna cara biasa. Kena tarik satu wayar besi ni. wayar ni terkeluar dari tempatnya. So kena selit2 sikit kat raga.


Seyes! Antik gila. Tak macam motor baru. Tak kisah ler, asal motor ni boleh jalan. Kawan aku kata, aku kena tukar kunci baru sebab dah tak leh pakai yang ni. tengok keadaan la aku nak tukar bila. Pasni, kena tambahkan mangga dan pelam kat motor. Sekurangnya, rezki aku nak guna motor tu ada lagi.


Alhamdulillah....semoga bertambah keimanan atas rezki itu. Kepada kawan aku. Kawan-kawan kawan aku. Kawan kepada kawan aku. Terima kasih gila! Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kalian kelak, asbab tolong aku yang tengah susah tadi. Benar! Ujian itu mematangkan iman. Balasan itu datang tanpa menunggu masa. Sesungguhnya DIA maha mengetahui segalanya.

Thursday, April 14, 2011

yang terakhir

Masa yang berlalu tanpa ku menyedari

Rupanya ini adalah yang terakhir disini

Masih adakah ruang untuk ku berpijak lagi

Dibumi UiTM yang sentiasa dihati


Kita sudah tiba dipenghujung destinasi sebuah kehidupan. Kehidupan kampus yang mematangkan. Tapi, adakalanya ianya menyerlahkan sikap kebudakan. Pasti, ianya membawa memori yang sungguh mahal sepanjang catatan perjalanan. Kita belajar segalanya dari alam dan teman. Kesabaran bukan sedikit yang teruji. Namun ingatlah, yang ini semua akan menjadi suatu kenangan yang tak mungkin dilupakan. Masing-masing sudah punya laluan hidup. Pilihan masa depan yang menentukan siapa kita. Namun, masih ada lagi yang tertanya-tanya apa yang perlu dipilih dan arah mana yang ingin dituju. Namun, ingatlah teman sekalian. Yakini ALLAH dalam hatimu. Bukan saja melalui syahadah dibibir, tapi yakin dengan mantap dalam hati sanubari. Sesungguhnya, makhluk tak ada kuasa. ALLAH yang berkuasa.


Kadang, kita rasa kita sudah cukup dewasa untuk menentukan arah tuju kita. Kita lupa pada DIA tempat bergantungnya segala harapan. Jauhi zina, jauhi maksiat. Tanamkanlah rasa jijik dalam hati bila melihat maksiat didepan mata. Apa lagi bila kita sendiri yang menghampirinya. Couple, ianya hanya menghampiri diri pada zina. Walau hanya berhubung tanpa bertembung. Konon itulah cinta teragung. Tapi, awas dengan perlakuan mu. DIA sentiasa memerhati. Kalau kau yakini DIA, kau akan merasa benci dengan couple atau hubungan teman tetapi mesra kalian. Jangan kau kata, yang kau ingin mengenali dia sebelum kau mengahwininya. Yakin kah dikau bahawa kau sudah cukup mengenalinya? Sedang ALLAH mengetahui segalanya. Mintalah dan berusahalah untuk mendapat jodoh yang baik dengan berusaha untuk menjadi hamba yang taat kepada DIA.


Duhai sahabatku. Tutuplah auratmu. Bukan hanya dengan sehelai kain yang dibelit di leher, tapi masih menampakkan dadamu. Tidakkah engkau tahu, sebaik perempuan yang memakai tudung itu adalah mereka yang menutup depan dan belakangnya? Fesyen apakah yang kamu ikuti kalau itu mmbuat mata lelaki tertancap melihat keindahan tubuhmu. Fesyen yang hanya menjerumuskan dirimu kelembah neraka yang sangat panas dan hitam.


Jangan kau rasa seluar mu sudah cukup longgar andai ianya menampakkan lekuk betis dan pahamu. Hingga kau ingin menyeluk disakumu, terasa begitu ketatnya. Tubuhmu memang indah! Tetapi bukan kah keindahan itu untuk suami mu? Bukan jamuan mata bagi setiap lelaki yang kau ketemu. Bajumu belum cukup sempurna dalam syariat jika ianya menampkkan lekuk ditubuhmu. Aduh! Sangat memalukan. Apa bezanya kamu dengan wanita kafir? Hanya tudung belit-belit sahaja bezanya. Cara pemakaian hampir sama.


masyaALLAH! Kau meniru golongan tersebut, maka kau juga tergolong dalam golongan itu. Bukankah pakaian isteri-isteri nabi adalah pakaian yang longgar dan besar serta tidak jarang. Warna yang tidak menarik perhatian lelaki ajnabi untuk melihatnya. Hinggakan para sahabat menyangkakan putri nabi yang muda yakni Siti Fatimah adalah seorang perempuan tua. Ingatlah wahai teman, perempuan yang cantik tak memandang dan tak dipandang. Pakailah tudung. Tutup rambutmu. Tidakkah engkau tahu sehelai rambut yang lelaki bukan muhrim terlihat dikepala mu, akan diseksa dalam api neraka? Rambutmu akan ditarik hingga tercabut kepala otak. Dan otak mu akan menggelegak. Yakinlah kamu dengan amaran ALLAH!


Tutup peha dan betismu. Tutup juga lengan dan tanganmu. Bahagiakah kamu dengan pakaian yang buat lelaki tersiksa? Yang membuat raqib atid menggeleng kepala melihat perlakuan mu yang seolah tidak takut akan DIA? Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. INGAT! Jangan pegang seseorang yang tidak halal bagimu. Sesungguhnya, tangan yang memegang BABI itu adalah lebih baik dari memegang lelaki @ perempuan yang bukan muhrim. Mengapa risau gila bila terpegang BABI, tetapi selamba gila bila saja memaut lengan lelaki? Kesucian mu, peliharalah. Hanya diakau yang layak untuk memeliharanya.


Jangan kau gadai kebahagiaan mu diakhirat kelak dengan keseronokan dunia yang hanya sekejap. Walau siapa pun kita, kita adalah tetap hamba Nya. Tenangkah hati kamu sedang kamu berterusan diulit dosa? Jika masih tenang walau aurat terbuka, berpegang tangan dengan lelaki, berdating berdua. Risau lah akan dirimu, takut-takut hatimu sudah mati dari hidayah ALLAH.


Teman, tak penting dimana kita bermula. Yang penting, dimana kita berakhir. Tinggalkan kain yang membelit lehermu tetapi tidak menutup dadamu. Takut-takut kau akan terbelit dengan tali neraka. Tinggalkan bf @ gf selagi kau dan dia tiada ikatan nikah, takut-takut nanti kau tak merasa rahmah dalah rumahtangga. Labuhkan baju dan seluar yang selama ini ketat gila, agar tubuhmu tidak dibakar dengan api neraka.


Duhai lelaki, jagalah solatmu. Didik dirimu agar taat kepada Penciptamu, agar isteri dan anak-anakmu mendengar kata-kata mu. Kau bukanlah lelaki kalau kau membiarkan isteri, anak perempuan, adik beradik perempuan, ibu dan saudara-saudara perempuan tidak menutup aurat. Tetapi, kau DAYUS! Ingatlah lelaki DAYUS tak masuk syurga!


Akhirul kalam, aku bukan sesiapa untuk meminta-minta. Hanya aku harapkan, bingkisan terakhir ini akan menemukan kita dengan hidayah dan rahmah ALLAH. Berhenti untuk bermegah dengan baju dan perhiasan mu. Dekati diri pada DIA. Agar DIA dekat padamu. Maafkan aku andai aku mengguris jiwa selama 4 tahun perkenalan kita. Moga masih ada ruang dan peluang untuk kita berjumpa dilain masa. Hargai orang sekelilingmu sebelum ianya pergi meninggalkanmu. Jauhi dari belenggu dosa yang hanya akan menggamit benci di dada. Jujur dalam apa yang kau lakukan. Jadi pekerja yang terbaik untuk bos dan orang sekeliling. Bekerjalah hanya kerana DIA, nescaya kau akan menggamit bahagia.


Semoga menjadi yang soleh dan solehah untuk pasangan anda dan orang sekeliling anda.


Makhluk tak ada kuasa. ALLAH yang berkuasa. ALLAHU AKBAR!


Dan kehidupan yang baru bermula…biarlah ianya membawa sinar hidayah yang bahagia.

Monday, April 11, 2011

berleluasa dan ketara

pendedahan aurat yang berleluasa
sangat menyesakkan mata
sangat menyedihkan jiwa
kalaulah Rasulullah masih ada
sudah tentu sedih tak terkata
hingga mengalir air mata
melihat umat yang begitu selamba
melanggar hukum Tuhan dengan sengaja

percampuran lelaki perempuan yang ketara gila
sangat lah menyakitkan mata
bertepuk tampar bercubit paha
dimana hilang rasa malu didada?
sidara dan siteruna terus selamba
tanpa rasa takut dengan Tuhan dan siksa
dimana letaknya ilmu dan taqwa
masih terusan melakukan dosa

bermegah dengan hiasan dan kemewahan
ingin menunjuk dengan mereka yang dihadapan
bahawa kaulah paling cantik dan menawan
tapi, apa guna andai syariat yang kau lawan
cantik wanita bukan untuk hidangan
kepada semua mata jejaka dan kenalan

aku merasa ragu tentang itu
sebab itu aku tidak bersama ketika itu
takut-takut ALLAH timpakan bala waktu itu
semua habis, rosak dan kaku
tiada guna penyesalan selepas itu

moga-moga masih ada ruang keampunan
buat aku, kau dan mereka yang kehilangan
rahmah dan kasih sayang Tuhan
agar bahagia dimasa hadapan

Wednesday, April 6, 2011

couple or trouble

berikan aku waktu untuk mencari sesuatu
berikan aku rasa untuk dakapan bahagia
berikan aku peluang untuk mendapatkan ruang
berikan aku tenang agar aku tidak melayang

ombak itu menderu lagi
bersama rindu pantai yang tak bertepi
sedang hati ini bagaimana lagi
dalam keramaian masih rasa sunyi
malah rasa bosan bila bersendiri

masih ada lagi yang ku tak ketemu
sesuatu yang ku terlalu mahu
betapa indahnya takdirku
kerana DIA lebih tahu s
ebab itu tak diberikan semua mahuku
mungkin saat itu belum ketemu

aku ingin lari dari semua sakit hati
melihat segala rasa bersalah menggunung dosa
aku masih diam dan bersahaja
walau maksiat itu didepan mata
atau aku yang buat tak tahu sahaja?

bukan aku melarikan diri
bukan juga memencilkan rasa hati
malah bukan aku kecil hati
cumanya aku tidak mahu hati ditakluki
rasa yang membuat jiwa mati
keinginan yang buat amal berlalu
tanpa dinilai oleh Ilahi
betapa rugi!

diamku bukan bermakna setuju
bisingku bukan bermakna aku mahu
apa lagi yang kamu mahu?
sudah ditunjuk apa yang perlu kau tuju
masih lagi membuat dosa tak jemu lalu,
bagaimana dengan aku?
kecewa sentiasa bertamu
kau masih seperti itu
serasa tidak ingin untuk berlalu
dari belenggu maksiat dan dosa buat kau tertipu
bukan aku tak mahu
cuma aku tak mampu
melihat kemesraan itu
buat aku meluat dan merapu
kalau kau masih begitu
kalau kau tak mahu meninggalkan itu
biarkan aku meninggalkan kamu
mencari jalan untuk tidak bertemu itu
biarkan saja aku begitu

Say NO to COUPLE!
or u will trouble