Friday, May 27, 2011

berhenti mengeluh

Assalamualaikum wbt

Moga-moga masih punya kesempatan untuk menghirup udara di bumi Tuhan. Dan punya peluang berdamping dengan mereka yang dekat pada Tuhan.

Serasanya, begitu cepat masa berlalu. Detik berlari laju. Meninggalkan diri terkapai pilu. Jumaat depan dah masuk 1 rejab. Perghh! Memang tak sedar la. Itupun sebab pagi tadi, kak kata cepatnya dah hari jumaat.

Dan tak sedar gak, hujung bulan ni dah setahun aku kerja dengan en bos. 6 bulan sebagai practical trainee dan selebihnya menjadi part timer. Bos adalah bos yang paling lama aku pernah berkhidmat. Lama gila kan...huhu

Aku tak tau apa yang bos dan mamat tu anggap terhadap aku. Aku ok atau tak? Mungkin kadang ok, dan mungkin juga kadang buat dorang bengang ngan aku. Asek salah dan tak paham je kan. Sorry sangat kepada bos n mamat tu.

Ada sorang sahabat Tanya, ko tak penat ke gee oii?

Aku pon kadang terfikir, aku ni tak penat ke terkejar buat 2 benda satu masa. Bila ada yang Tanya, baru aku rasa yang aku ni penat. Haha....kalau kita enjoy buat sesuatu kita takkan rasa penat. Mungkin memang penat, tapi akan hilang macam tu je.

Kadang apa yang dipandang orang tu bukan lah yang sebenar. Kita Nampak dia macam hebat! Macam kuat! Macam gagah! Macam tabah! Dan macam-macam lagi. Hakikatnya, si empunya diri bukanlah seperti itu.

Kadang diri tak sekuat mana, cumanya hati terlalu tekad melakukan itu. Dan juga tak setabah dan segagah mana. Cumanya kadang-kadang memujuk diri sendiri agar melupakan semua itu. Melupakan kenangan dan angan yang kadang memusanahkan masa depan.

Sesekali, hati ini rasa terlalu takut dan sedih. Betapa tinggi tanggapan mereka. Walhal, hanya ALLAH yang tahu betapa lemahnya diri dalam menghadapi ujian. Kadang merungut bersendirian. Kadang juga mengeluh kesepian. Kadang juga melupakan Tuhan. Dek kerana hanyut dalam dunia penuh khayalan. Mujur juga sempat berpaling menuju kebenaran.

Wahai kamu yang sedang dirundung masalah. Singkirkan saja perasaan tidak enak mu itu. Yakini dengan jitu bahwa DIA mengaturkan itu kerna itulah yang terbaik untukmu. Aku, kau dan mereka tidak tahu apakah yang sebenarnya ketentuanNya. Hanya menerima dan berlapang dadalah wahai kamu.

Satu hari, kau akan merasa betapa agungnya kasih DIA. Setiap apa yang terjadi, baik untuk kau dan juga mereka. Adil bukan?

Dunia hanya sementara. Beringatlah wahai diri! ALLAH berkuasa. Makhluk tak ada kuasa.

Jangan kau mengeluh bersendirian
Kerna masih ramai lagi yang kesunyian
Jangan meminta menjadi kaya
Kerna kaya itu belum tentu bahagia
Jangan menangisi yang telah pergi
Kerna yang pergi tetap pergi

Jangan mencari kesempurnaan
Tetapi cintailah kekurangan
Jangan meminta dijauhkan dari ujian
Tetapi mintalah dikuatkan iman
Jangan terlalu memuja dunia
Tapi waspadalah akan ia dan segala isinya

Bersyukurlah andai kau masih berseorangan
Bersyukurlah andai kau belum punya pasangan
Mungkin itu lebih baik untuk kau mencari cinta Tuhan
Yang kadang layu dan sengaja dijauhkan

Bersyukurlah andai kau punya dia
Kekasihmu yang setia
Yang diikat dengan akad yang menghalalkan segala
Kerna dialah jambatan untukmu ke syurga
Bersama berdua membina mahligai bahagia
Mendidik diri agar sentiasa ingat DIA

Walau apa keadaanmu
Bersyukurlah wahai kamu!
Bersyukurlah wahai kamu!
Bersyukurlah wahai kamu!

DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu
Sebab itu keadaan mu seperti itu

Berhentilah mengeluh wahai diri
Tambahkanlah keyakinan hati
Bahawa DIA sentiasa disisi
Selagi denyutmu bersulam zikir tidak berhenti

Tuesday, May 24, 2011

ramalanku benar belaka

ternyata apa yang ku rasa benar belaka
semua yang pernah ku impikan sudah tiada
kini aku kembali berseorangan saja
tanpa impian yang mula mekar berbunga

kau pergi makin jauh dariku
berlari laju dari anganku
meninggalkan ku berteleku
dan bersendirian di beradu

dulu aku yang tak mahu
konon itu bukan yang terbaik untukku
kadang aku rasa berlagak tak menentu
akhirnya aku yang menangis tak berlagu

pergilah kau dari sisi ini
gapailah bahagia yang kau ingini
jangan kau tangisi atas perpisahan ini
kerna kau yang merelakannya begini

hilanglah kau dari pandanganku
aku tak ingin melihat kau disitu
biarlah semua ini terus berlalu
dalam tidur dan jagaku

walau kau tak pernah tahu
apa yang diinginiku
kerna tersembunyi harapan itu
dalam dakapan kalbuku
tanpa siapa pun tahu
akan kewujudan itu
perasaan yang tak menentu

kadang aku ingin itu
kadang aku benci melihat itu
kadang aku juga yang rasa sayu
kerna aku masih lagi disitu
berteman malam yang pilu
tanpa sinar bulan yang menyinariku

kau temu bahagia impian
dan aku ditinggal bersendirian
walau sudah musnah impian
aku terima semua ketentuan

ramalanku benar belaka
impianku terbang entah kemana
kau pergi tanpa bicara
tanpa pamitan dan juga kata

Oh Tuhan!
beriku pengganti
agar dapat ku ubati
perasaan yang sukar ku mengerti
tolong diriku ini

rasa apakah ini?

Dalam kesedihan, masih ada yang kasihan
Dalam kelekaan, masih ada peringatan
Dalam kealpaan, masih ada yang menunjuk jalan
Dalam senyuman, masih ada keikhlasan

Jauh mana berlari
Ada yang upaya menjejaki
Mana lagi kau mahu pergi
Pasti akan datang kembali

Keegoan yang kadang melenyapkan
Rasa berterima kasih pada Tuhan

Tolong fahami hati
Tolong mengerti sanubari
Tolong pujuki jiwa ini

Setialah kau bersamaku
Walau kadang aku meninggalkanmu
Ingatilah aku selalu
Kerna kadang aku meragu
Ketulusan hati dan jiwa yang merindu
Kadang terbang diangin lalu

Aku tak kaya, tapi aku bukan tak ada harta
Aku tak cantik, tapi aku bukan jelik
Aku tak ayu, tapi aku bukan layu
Aku tak kuat, tapi aku berani buat
Aku tak gagah, tapi aku bukanlah megah

Apa yang pasti, aku adalah aku
Dicipta seribu kelemahan
Untuk kau datang melengkapkan
Punya seribu kelebihan
Untuk kau dilengkapkan

Friday, May 20, 2011

sarawak dan bangkok

Semoga dia tak tahu yang aku tahu
Dan semoga aku tak tahu yang dia tahu


Minggu ni je 2 kali bos pergi outstation. Isnin pergi kuching. G jumpa secretary lama satu client kami ni. Dan paling best aku la....bukan sebab bos tak ada kat office. Hari rabu, dapat ole-ole dari bos. Masuk office je, ada bungkusan atas meja. Cer teka ape dia. En bos bagi kek lapis Sarawak n ikan terubuk. Dah la lapaq gila time tu sebab tak sempat nak makan. Terus aku bedal sikit kek tu.

En bos bagi 2. Satu tu cheese kek, satu lagi aku tak pasti apa nama dia. Tapi ada rasa pandan sebab warna hijau. En bos memang baik! Aku syak orang Kelantan ni memang baik la. Hehe

Ikan terubuk tu aku tak pasti ikan masin atau ikan biasa. Kak aku pon tak sempat nak masak lagi ikan tu. Petang rabu aku balik rumah kejap je amek baju then patah balik shah alam. Aku tidur kat uitm sebab malam tu ada discussion untuk presentation esoknya. Aku potong sebahagian kek lapis bos bagi kat member aku n roommate dia. Seyes! Dorang pon kata bos aku baik.

Thanks gila kat en bos! Hari ni bos pergi Bangkok plak. Semoga bos selamat pergi dan balik dan semoga selamat sentiasa. Dapat jumpa bos lagi dah kira ole-ole paling berharga. Ahaks!

Satu lagi, aku syak mamat tu dah nak dekat kahwin la. Sebab aku ternampak sesuatu. Tak boleh jadi ni. Aku pon kena gak kahwin. Tak mau la jadi bujang sorang-sorang kat office ni. Rasa terasing lak nanti. Eh, perluke??

Hari ni tak berapa nak ada mood buat koje....huhu

Bila la adik bos nak masuk office balik ni. Aku betol2 perlukan khidmat pertolongan dia. Nasib awal-awal dia dah cakap cam ni kat aku.

“kak, nanti nak suruh saya buat apa-apa bagitahu je la ye”

Haa...sape suruh lu cakap cam tu. Kan wa dah plan nak bagi kerja apa kat lu. Hehe...lu jangan marah dik! Sekarang ni memang keja tengah banyak. So, wa dah buat list kerja yang patut lu buat. Sebab abang lu pon dah cakap awal-awal kat wa kerja yang wa tak sempat, bagi kat lu.

Dik, wa gerenti lu mesti suka kerja kat sini. Sebab office ni best! Dah la abang lu baik. Bahagia je kerja kat sini. Wa pon baik gak kan. :)

Esok weekend! Yeay!!!

Thursday, May 19, 2011

kembali pulang

Assalamualaikum

Walaweh...lama gila tak update. Hanya sempat buka blog n baca entry orang len ja. Tak terupdate kot. Banyak gila kerja. Tak tersempat nak buat benda len.

Hari sabtu, mbah meninggal, hari isnin abah masuk wad. Operate batu karang. Isnin ngan selasa adik lelaki aku jaga abah. Selasa petang tu baru mak yang jaga. Habis exam hari selasa, terus pergi hospital. Tak dan nak hilangkan pening, kak aku dah tunggu kat depan kolej. Ada beberapa janji yang aku tak berdaya tunaikan. Sebab petang tu gak kak aku konfirmkan nak p jenguk abah.

Rabu sepatutnya dah mula kerja. Tapi, minta cuti kat en bos. Teman mak aku kat hospital masa abah kena operate. Bosan gila! Tak tau nak kata apa. Lepak tengok TV je kot. Lepas abah operate, mak yang jaga. Aku dok luar. Segan la plak. Huhu

Dapat mesej dr en bos, Tanya abah dah ok ke tak. Adik bos dah mula kerja. Tunggu aku nak guide dia UBS. Adik bos, perempuan. Ade gak gang aku kat office tu. Tak sabar lak nak jumpa minah ni. Dia student uitm gak. Masuk belajaq balik bulan 9. Tu yang bos ajak keja dengan dia. Lagipun, boleh tolong aku kerja admin kat office tu.

Khamis mula keja. Tapi terkejar-kejar gak p hospital. Abah masuk hospital selayang. Time lunch hour, aku p sana. Dari shah alam, aku pecut setengah jam. Sebab nak bajet masa aku. Kawan aku kata aku ni gila. Shah alam ke selayang setengah jam je. Aku lalu highway la. Jalan straight je kot. Lalu LDP dengan mengekalkan kelajuan sehabis laju sampai tak boleh nak pulas lagi dah motor aku tu. Kalau naik LC, 20 minit kot agaknya. Hehe....

Tapi, balik tak pernah setengah jam. Setiap kali balik lalu jalan yang lain. Sebab aku dah mula pening. Signboard banyak sangat ke shah alam. Sudahnya, sampai office memang lambat. So, aku cover balik stay kat office sampai malam.

Adik bos boleh tahan gak! Minah ni sekepala ngan aku. Dia pon merempit gak. Kat Kelantan la. Tapi kat sini, abang dia tak bagi. Bos aku la tu. Mungkin dia tak biasa ngan jalan kat shah alam yang agak sibuk. Jadinya, dia pergi kerja dengan bos. Bos tak masuk, dia pon tak masuk. Nasib baik la kau ni adik bos.

Minah ni cerita ngan aku. Sebelum dia mula keja, bini bos pernah cerita kat dia pasal aku. Aku penah jumpa bini bos sekali. Masa masuk office hari sabtu, bini bos ada datang office gak. Bini bos cerita, aku ni rempit. Tapi pakai baju kurung. tak rempit tak sampai kot...hehe... Mamat tu pon kata, aku ni naik motor laju. Yang ni aku lagi musykil, aku tak pernah Nampak dia ni kat jalan.

Aku je kot yang tak perasan. Waktu terdesak je aku bawak laju. Time nak mengejar masa. Aku pon, bukan suka bawak laju-laju. Bahaya kot. (hehe)

Ok, bagi aku 80km/j adalah sangat slow. 60km/j rasanya naik basikal lagi laju. Lembap gila! Tapi, bila bawak member aku atau pun bila ada member follow aku 60km/j bagi dorang adalah laju gila. Time tu, aku akan jadi penunggang motor paling berhemah.


Sekarang dah masuk peak season untuk semua kerja-kerja pengauditan dan perakaunan. Kat aku je, ada 5 company yang tengah pending nak buat akaun. Mamat tu, jangan cakap la. Ada 10 company yang nak kena audit. Jadinya, aku minta permission nak bawak balik laptop. Kat office, memang tak leh nak concentrate buat akaun. Ada je kerja len yang datang. Minggu ni pula, adik bos cuti. Dia ada program khidmat masyarakat. Buat kat rumah, boleh gak bagi siap akaun satu company dalam 2 hari. Kalau tak, sebulan pon belum tentu boleh siap.

Bos pelik bila aku kata 1 company dah siap. Nampak sangat aku buat kerja akaun sebelum ni memang lembab. Dan bos pon serahkan laptop tu untuk aku bawak balik time weekend. Biasanya, mamat tu yang bawak balik laptop tu. Tapi, la ni dia pon tak dan nak buat akaun. Tapi, laptop bos ni berat gila! Laptop tahun 2004. Memang berat! Tapi laptop ni je yang ada UBS. Satu lagi desktop. Tak leh nak bawak balik.

Aku nak kumpul duit, nak pergi bercuti! Yeay!!!! Aku nak luangkan masa untuk diri aku sendiri. So, kena kerja kuat dan kurangkan belanja. Paling-paling tahun 2012 aku dah pergi. insyaALLAH...
Cadang nak ikut mak pergi haji. Mak punya duit dah cukup. Tinggal tunggu giliran je. Aku punya, mestilah tak lagi. Sebab percutian yang pertama aku nak pergi adalah disana. Aku nak luangkan masa untuk diri aku sendiri. Sebab, aku rasa aku sangat penat dan tak ada masa. Sangat....teramat sangat!

Moga dipermudahkan segala urusan:)

err, ada sapa2 nak support percutian aku?hehe...x mau kerja kalau boleh.....

Saturday, May 7, 2011

pergi selamanya

Malam tadi dapat mesej dari kakak

“mbah(nenek) tengah nazak. Esok pagi aku nak pergi tengok. Ko nak ikut?”

Tapi, malam tadi terjaga pukul 4, dapat mesej dari abang

“mbah aton dah meninggal”

Aku terduduk. Air mata ni tak keluar, sebab macam mimpi. Mbah memang sakit. Dah banyak kali macam nazak.alhamdulillah, sampai kemalam tadi umur dia. Last aku jumpa, masa cuti raya cina. Masa tu pun, mbah tengah sakit. Mbah cerita tentang mimpi dia

“mbah mimpi jumpa mbah suradi (atok aku) handsome, pakai baju putih. Berseri-seri. Muka mbah suradi pun putih. Senyum je”

Mbah suradi dah lama meninggal. Masa tu kalau tak silap mak baru kahwin ngan bapak. Seumur hidup aku, mbah aton la satu-satunya nenek aku. Nenek belah mak meninggal seminggu sebelum aku dilahirkan. Atok belah mak ngan bapak awal-awal lagi dah pergi. Aku Cuma merasa kasih sayang nenek dari mbah aku yang sorang ni je. Tapi, kini dia dah tak ada. Menyahut panggilan teragung. Pergi buat selamanya.

Pagi rabu, nenek saudara roommate aku meninggal. Petang rabu, nenek roommate sorang lagi meninggal. Masa tu, aku teringat kat mbah sebab mbah pon tak berapa sehat. Berdoa semoga mbah umur panjang. Dan tengah malam tadi, mbah aku pulak yang pergi.

Mbah sekarang kat KL. Duduk rumah anak perempuan dia yang bongsu. Pagi ni mbah akan dibawa balik ke sabak bernam. Dikebumi kat sana. Sebab itu adalah kampong asal mbah.

Pagi tadi, adik beradik aku telefon.

Kakak aku yang ke-7 bagitau dia agak terkilan. Sebab masa mbah sakit ari tu pon dia tak pergi jumpa mbah. Aku tak ingat kenapa diatak join kitorang masa pergi tengok mbah. Mungkin dia tengah sibuk masa tu. Sekarang ni, dia kena jaga rumah. Sebab mak, abah n abang aku dah pergi KL dari semalam. Adik-adik aku n sorang anak buah aku kat rumah, dia yang kena jaga. Nanti, kakak aku yang ke-2 bawak dorang semua pergi sabak terus.

Abang aku yang sulung kata, dia kat KL lagi. Kat hospital. Nanti dia follow sekali mbah dibawak pergi masjid parit baru kat sabak. Abang aku dah kat KL semalam ngan mak n abah aku.

Kakak aku yang ke-2 kata, khamis malam jumaat dia mimpi mbah. Dia mimpi dia suapkan mbah, pastu mbah senyum je. Masa mbah sakit awal tahun ari tu, kak aku jaga mbah sekejap kat hospital, gilir ngan makcik aku. Masa kak aku suapkan mbah, mbah nak lagi. Macam tak puas. Kak aku kata, lepas tu banyak sangat halangan nak p jaga mbah. DIA lagi mengetahui.

Kak aku yang ke-3, tanya aku nak balik kg tak. mungkin dia ingat nak amek aku. tapi dia kan kat puncak alam, macam patah balik plak nanti. Aku balik ngan kak Ku yang kat JB je.

Kak aku yang ke-5 tengah pantang. Kesian dia…

Abang aku yang ke-4 dah ondaway.

Kak aku yang ke-6, tengah ondaway dari JB. Dia memang dok sanasejak kahwin, sebab dapat orang JB. Sekarang dia kat Melaka dah. Nanti dia amek aku kat shah alam pergi terus ke sabak bernam.

Sekarang, aku tengah tunggu dia.

Mengimbau kenangan dengan mbah. Sejak mbah dok sorang-sorang, mbah tinggal dengan anak-anak nya. Gilir2. Abah anak lelaki pertama. Jadinya, dulu mbah selalu dok ngan kami. Mbah selalu pakai satu tali pinggang hijau yang biasa orang-orang dulu pakai. Tali pinggang tu ada macam dompet kecik. Banyak tau duit mbah. Masa kecik-kecik, mbah selalu bagi duit suruh beli gula-gula HACKS. Bukan mbah nak makan sorang, tapi bagi kat aku n adik-adik aku. Aku sangat tak suka dengan gula2 tu. Sebab pedas gila.

Kalau dating jenguk mbah, mbah selalu cakap aku lah cucunya paling cantik, paling bagus, paling pandai dan segala-galanya aku lah yang paling. Mula-mula, aku perasan gak. Macam bangga pon ada gak bila mbah puji macam tu.

Tapi, rupanya, semua cucu-cucu nya dia cakap macam tu. Hehe…

Mbah ada ramai cucu dan cicit. Cicit tu pun ada anak, aku tak tau nak panggil apa. Dulu mbah ingat semua. Tapi, ingatan mbah dah semakin kabur. Dia tak berapa nak ingat cucu cicit dia yang baru lahir.

Kematian tu tak kan dicepatkan, tak kan dilambatkan walau seminit. Semoga mbah aman disana. Ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang diredhai. Terima kasih mbah sebab lahirkan dan besarkan abah. Kerana itu, aku wujud didunia fana ini.

Mbah ada kata, dia rindu kat mbah suradi. Semoga mbah ‘jumpa’ mbah suradi kat sana. Aku saying mbah. SAYANG SANGAT!

Dan ini adalah kali pertama aku kehilangan orang yang aku sayang dan terdekat dengan aku. Sebelum ni aku tak pernah kehilangan orang terdekat.

Dan aku mengakui bahawa ilmu ALLAH itu Maha Luas. Punya hikmah terbesar diatas kejadian sesuatu yang kita suka atau kita tak suka.

Dan inilah hikmah terbesar dalam hidup aku, kenapa aku fail 1 paper masa sem 6 dulu. Sebab hari ni exam untuk paper tu. Kalaulah aku tak fail, aku mesti tak tenang nak jawab exam. Syukur pada Mu. Betapa lemahnya aku dalam perhitunganku sendiri. Sungguh! KAU Maha Mengetahui segalanya.

Thursday, May 5, 2011

tenang gila

kata-kata yang buat aku bahagia
dan melupakan lara dijiwa
walau ianya sebentar cuma
tapi sudah memadai hilangkan duka
terima kasih atas segala
walau kau tak menyedarinya
tapi ketahuilah akan semuanya
buatlah sesuatu yang buat aku bahagia
dan orang lain juga
agar bahagia itu membelai sukma
kerna semua berhak untuk bahagia

Monday, May 2, 2011

cemburu

Aku mencemburui mereka
Mereka yang dicemburui bidadari syurga
Mereka yang setia bersama
Menuju dakwah di jalan Nya

Bila agaknya masa itu akan tiba
Berjalan bersama mereka
Melalui denai dakwah pancaroba
Tetap sabar dengan apa adanya

Sungguh!
Sangat-sangat mencemburui mereka




Penuh buntu dan pilu,
~pemburu syurga~