Thursday, June 30, 2011

orang baik disayang Tuhan



Pagi ni aku telefon sorang client kami. Nak Tanya pasal audit report company dia.Kak Di namenye. Sejak pertama kali aku berhubung dengan dia aku dapat rasakan bibit kemesraan antara kami. Walaupun tak pernah bersua muka dan hanya mendengar bicara, kami bersembang seperti kawan lama yang terpisah. Before ni tak de lah panggil dia kak, lepas tau yang dia lagi tua dr aku, rasa suka plak nak panggil kak. Dia pon panggil aku dik. Hehe....

Yang sedihnya, tadi dia bagi tau yang hari ni dia last kerja kat company client kami. Dia dapat offer kerja dengan syarikat jepun. Lepas ni, kalau ada apa2 aku kena berhubung dengan Zizi, staff baru mungkin.

Tak tau kenapa aku rasa sedih gila! Seyes....sampai kak Di kata, macam la kami ni pernah jumpa. Memang betul, tak pernah jumpa. Tapi aku suka kawan ngan dia. Kak Di peramah. Dengar suara dia hilang mood aku yang tak ok. Ceria dan berbunga. Macam-macam cerita kami kongsi.

Sebab suara kita dalam phone melambangkan keadaan kita. Kalau kita senyum tika jawab telefon, suara kita akan menyenangkan si pemanggil. Aku syak Kak Di sorang yang ceria dan gila-gila.

Aku harap, lepas ni kami still keep in touch. Sungguh, aku akan merindui suara dia dan gelak tawa dia. Aku rasa betul. Orang baik akan disayangi dan diingati. Orang baik, akan menjadi asbab orang lain jadi baik juga. Orang baik, dirahmati Tuhan. Orang baik, diampunkan Tuhan. Dan aku masih bertatih menjadi orang baik. insyaAllah...

Dan betapa bersyukurnya aku kerna dikelilingi oleh orang-orang yang baik. Semoga itu menjadi asbab aku menjadi orang yang baik.

Wednesday, June 29, 2011

dapat kereta

Pagi tadi hujan. Aku tunggu hujan berhenti, baru gerak p office. Baru 10 minit jalan, hujan turun dengan agak deras. Aku redah sampai ke office. Dengan baju yang lencun gila, aku keringkan kat surau. Malu la plak baju basah. Sebab parking motor dekat je ngan surau. Aku tinggalkan helmet dalam surau.

Dalam office, aku menggigil kesejukan. Agak lama, baru pasang air-cond. Aku syak office pon dah mula banjir. Huhu…tapi sempat kering sebelum yang lain datang. Aku tepon mak, mak kata tg karang pon hujan dr tadi.

Petang tadi, dapat balik cepat. Konon la…sebab nak hantaq file, terus balik. Tapi, kena patah balik kat officembawak balik file. Masa aku keluar dari surau bawak helmet, Hj Am tegur aku. Dia ni aku selalu Nampak kat surau. Kadang kalau datang office lambat sket, Nampak dia keluar dr surau. Dhuha mungkin. Dan dia baik. Kawan en bos+client kami. Office dia kat blok belakang.

“eh, ko bawak motor rupenye.”

“ha la…tak cukup duit lagi beli kereta.”

“tu la. Ko kena kahwin cepat. Senang sikit”

“err, doakan ye”

Err, kalau kahwin cepat boleh dapat kereta eh?

Sunday, June 26, 2011

hingus berdarah

sepatutnya, mengikut perancangan aku akan menghadiri kenduri kawan aku. aku tau, dia sangat mengharapkan kehadiran aku sebab aku lah antara orang yang terawal dapat kad jemputan dari dia. dan mengikut plan, pagini aku akan bertolak balik kampung.

tapi, pagi tadi aku bangun dari tidur rasa sangat tak sehat. aku demam. sepanjang hari hanya tidur. dan sepatutnya lagi, aku jaga anak buah aku sebab kak aku ada sukan kat sekolah. tapi, anak-anak buah aku plak yang jaga aku.

mungkin, Dia tak benarkan hati aku terluka dengan lebih teruk, jadi dikurniakan demam hingga aku rasa tak larat nak bawak motor balik kampung.

hingus aku berdarah. cuak gak. aku ada penyakit ke. bila aku google, rupanya perkara biasa bagi orang yang demam. panas dalam. mungkin juga panas sebab semalam pekena beberapa biji durian.

isnin lepas, lepas jawab exam aku sakit kepala. berdenyut-denyut. sepatutnya, lepas exam masuk kerja, tapi aku tak larat dan minta cuti kat en bos. sampai rumah, tengok tv cerita hindustan. err, aku rasa kepala aku dah kurang denyutnya.

dan sepatutnya lagi, aku kena siapkan akaun untuk satu company yang deadline nya adalah esok. semangat aku bawak balik laptop bos, tapi tak berganjak pon laptop tu kat dalam beg.

aku rasa yang aku perlu amek MC sok. tapi, tak sampai hati plak. kerja tengah berlambak. kerja aku plak tu. karang kalau aku cuti, siapa yang nak siapkan? aku jugak...bertambah banyak plak kerja aku nanti.

teringat satu hadis, demam tu berasal dari didihan api neraka. moga2 akan terhapuslah dosa-dosa kecilku...

maafkan aku kerna tak menghadirkan diri. semoga dikau bahagia bersama pasangan mu dan bercinta hingga kesyurga... aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kau. err, hadiah aku pos la ye...

Saturday, June 25, 2011

terlalu mahu

Aku diuji dengan sesuatu yang terlalu mahu
Hingga aku jadi begitu malu

Aku diuji dengan sesuatu yang aku benci
Dan akhirnya aku menjadi seperti ini

Pada Dia patut aku meminta
Bukan pada manusia yang tak punya apa

Aku cemburu melihat dia
Bersemayam atas takhta tanpa memikir apa
Punya segala yang dipinta

Tapi aku perlu mencari dan kadang meminta
Sesuatu yang aku ingin rasa
Kadang terpaksa korban perasaan mereka
Yang mungkin kecewa dengan semua

Aku tak perlu berhenti
Meminta menagih dan merayu lagi
Pada Dia yang punya segala
Kerna aku kadang tewas dan merana
Dengan mainan perasaan yang entah apa

Tuhan
Jangan ku diuji
Dengan sesuatu yang terlalu ku ingini

Tuhan
Jangan ku diuji
Dengan sesuatu yang ku benci

Kerna kadang aku tewas dengan rasa itu
Rasa yang membelenggu
Dan tak sudah menghantu

Sungguh!
Kau mengetahui segala
Sedang ku tak tahu apa-apa
Segala yang terbaik untukku
Walau aku tak suka itu

Tuesday, June 21, 2011

maafkanlah....

Salam....

Bukan senang nak maafkan kesalahan orang. Kadang kita terluka dek kerana sikap dia yang bersahaja. Mungkin dia tak sengaja. Atau dia tak menduga yang sikapnya membuat seseorang telah terluka. Maafkanlah dia. Usah disimpan dendam yang membara. Maafkan, dan hilangkan semua rasa tidak puas hati itu bersama angin lalu. Biarkan ia pergi dan terus pergi. Tanpa ada satu pun yang terpalit dihati.

Begitu juga. Kadang kala kita tak merasakan yang kita telah melukakan hati seseorang. Dan kita tak menyangka yang tutur kata dan perbuatan kita telah membuat seseorang kecewa. Apatah lagi bila seseorang itu tidak tahu yang kita terluka kerana dia sebab kita sendiri tak menyatakannya.

Bukan tak mahu meluah rasa. Tapi, tak rasa yang perbuatan itu akan menambahkan ceria dan bahagia. Pasti ada salah seorang yang akan terluka. Kadang, kita lebih rela mendiam diri dan membisukan sesetengah perkara yang dianggap remeh dan tak perlu untuk digembar-gemburkan. Walau hakikatnya, perkara tersebut membuat hidup jadi tak menentu.

Maafkanlah dia. Maafkanlah mereka. Pasti kita juga mengharapkan kemaafan dari seseorang yang terluka hatinya tanpa kita sedar. Dan pasti juga kita mengharapkan kemaafan dari mereka yang kita lukakan dalam sedar. Oleh itu, maafkanlah. Walau besar mana pun kesalahan dia dimata kita, mengertilah yang kadang dia tak rela melakukan itu. Dan kadang dia tak sedar akan perkara itu.

Memang susah nak memberi maaf. Setelah apa yang dia lakukan. Sakit hati ini diperlakukan sebegitu. Geram hati ini dia buat tak tahu. Siapa kata memberi maaf senang? Tika hati diamuk badai murka. Tika hati tak keruan diusik dengan kata-kata nista. Tika diri ini difitnah merata. Sukar sungguh nak memaafkan dia.

Ingatlah dan mengertilah. Dengan maaf itu, hati kau akan tenang. Jiwa kau seperti di awangan yang bebas bergerak tanpa belenggu amarah. Dengan maaf itu juga, kau akan dimaafkan oleh mereka yang kau buat tersiksa. Kerna, kemaafan yang kau hulurkan itu, akan menggerakkan seseorang untuk memaafkan kau juga. DIA mengetahui segala. Mana mungkin kemaafan yang kau hulur itu dipersia.

Kerna, ada kalanya meminta maaf itu sangat sukar. Seperti ada batu di halkum yang tak membenarkan ucap maaf itu di lontarkan. Mungkin juga dek kerana ego yang makin membesar dan bersarang dalam hati. Rasa sungguh terhina bila mengucap maaf.

Untuk hidup yang lebih indah, berilah maaf. Untuk hidup yang lebih bahagia, berilah maaf. Lupakan kesalahan dia yang membekas di hati kamu. Biarkan parut itu hilang dengan sapuan zikir pada Nya. Minta ampun pada DIA. Agar mereka yang kau pernah lukakan itu, tergerak untuk memaafkan mu. Minta ampun pada DIA. Agar dosa-dosa mereka yang pernah melukakan kau akan terhapus.

Berilah maaf. Tiada rugi bagi pihak mu. Malah keberuntungan yang sangat besar. masyaALLAH... alangkah indah hidup ini. Beri maaf sebelum kau terlena. Agar jagamu disulami bunga.


Friday, June 17, 2011

after a hurricane comes a rainbow

"jangan salahkan orang lain, cuba salahkan diri sendiri sebelum salahkan orang lain"


"tak semua apa yang kita nak, kita akan dapat"


what are the wonderful friendship!!!

Sunday, June 12, 2011

pelamin angan ku musnah

Malam tadi reunion. Walau tak ramai, tapi agak meriah. Dan entah kenapa aku jadi malu nak bergambar gila-gila macam dulu. Pantang nampak kamera, pasti akan senyum dan sengih. Dan aku sibuk bagi kad jemputan kat member2. Oops! Dah tentu bukan aku punya. Hehe

Ada tukar hadiah. Aku bagi buku yang aku kira sesuai untuk member perempuan. Tapi, rezeki sorang member laki aku yang dapat. Err, tak kesah lah ye. Dah rezeki ko dapat tu. Dan aku dapat tikar. Tikar usung nak gi kubur. Huhu....
Lepas 5 tahun tinggalkan alam persekolahan, pasti ramai yang berubah. Maksud aku, semua kalangan kawan-kawan sudah punya hidup masing-masing. Ada yang tengah pantang, ada yang sedang menunggu hari melahirkan. Ada juga yang sedang mengira hari bahagia. Memang bahagia.....

Ada sorang sahabat bertanya, “weh ko pergi keje pakai macam ni ker?”
Err...nak pakai ape lagi? Pakai jubah susah plak aku nak naik motor kan. Hik hik.

Tak payah nak heran, bos aku punya bini pon pakai tudung labuh. Ada gak yang tanya;

“weh, ko keje ape?”

“kuli je....ha ha...”

“memang la...ko ni pon, takkan baru keje nak jadi bos plak. Kuli apa?”

“kuli batak”

Hehe...lama tak gurau senda kan....sebahagian kecil sahabat lama berada di tahun akhir. Dan ramai yang sudah berkerjaya. Majlis habis hampir tengah malam. Mata dah mengantok gila tak tau nak kata apa. Sebab siang tu, aku kena jaga anak buah. Kak aku pergi daftar sambung belajar. Nasib la anak buah, jaga sehari je. Kalau anak sendiri....tak tau...yang si kecik ni asyik nak dukung. Tangan aku dah cramp....siap buat jarik. Tapi tak berapa nak berjaya. Sebab tak jadi cara ikatan kain tu. Huhu...

Tapi, sempat lagi buat kek. Choc moist cake. Tapi, macam biasa....bantat...entah nape asek bantat je buat kek. Aku cerite ngan adik bos, mungkin kurang selawatnya time buat tu. Err, memang aku rasa macam tu. Huhu...tapi, hilang penat aku sebab anak buah aku kata sedap. Ye la, dorang mana paham erti bantat dan kek tak jadi. Ye dak?

Sorang lagi member, ajak g kursus homemade choc. Tapi, yuran dia cam mahal la plak. RM 150, 10 pg sampai 5 ptg. Adeh, kena kumpul duit dulu ni. Member aku kata, sempat lagi kumpul. Rm 2 sehari. okeh......

Kawan aku yang sorang ni dah jadi tokey lembu. Nasib tak lekat bau lembu tu kat ko. Kalau tak, pening aku naik kereta besau kau tu. Hak hak. Rezki ko dowh....raya haji tahun ni, aku punya lembu special price okeh? insyaALLAH adik beradik aku nak buat kurban. Beli kat kau dapat diskaun gila-gila punya kan?haha....
Dan hari ni wedding kawan aku. Kawen gak ko. Aku ni entah bila. Tahniah! Walau tak dapat hadir kan diri.

Malam tadi, ada sahabat tanya aku...

“ pelamin angan kau musnah la ni?”

“err.....lebih kurang la....hak hak”

Friday, June 10, 2011

saat itu

Perasaan yang tak dapat diwakili oleh apa jua reaksi. Sayu berbaur ceria. Serabut bercampur tenang. Tidak diketahui mana yang akan menguasai.

Tidak normal kah andai perasaan itu bercampur? Sudah jemukah mendengar juihan kata-kata dari mulut yang berbicara? Atau sudah hilangkah teruja bila mengetahuinya?

Semakin hampir saat itu, semakin sayu dikalbu. Perasaan apakah itu? Kadang aku termangu. Tak sudah-sudah menunggu. Saat itu sungguh menyakitkan. Tersia-siat dan melekit.

Speechless!

Tuesday, June 7, 2011

seorang AMASYA

Amasya seorang gadis yang ligat. Kemana dia pergi dia rela sendiri. Tak terlalu bergantung harap pada orang lain. Lagi selesa bergerak sendiri. Dan kadang-kadang dia dah biasa sendiri hingga dia rasa terasing dalam keramaian. Bagi dia,biar dia susah kerana orang lain, jangan sampai orang lain susah kerana dia. Kadang dia juga sanggup menipu dari menceritakan hal yang sebenar sebab dia tak sanggup buat orang kecewa dan terluka.

Banyak sangat yang dia pendam. Walau akhirnya melukakan diri. Amasya bukan seorang yang baik, jadi apa salahnya dia buat sesuatu untuk orang yang baik. Sampai kadang-kadang dia sudah penat untuk mengeluh sebab banyak sangat ujian datang menimpa. Namun, dia cepat tersedar yang ramai lagi yang lebih terseksa dari dia. Jadi, apa salahnya dia bersabar dan berhenti mengeluh. Semua itu pasti ada hikmahnya.
Ya! Kadang bila ada yang datang mengadu masalah, Amasya tak henti untuk memujuk dan menyabarkan mereka. Tetapi, tika Amasya dirundung masalah, dia tak tau nak cerita pada siapa. Kadang terasa terasing dalam dunia sendiri.

Banyak kali Amasya kehilangan. Sedari kecil, dia amat kehilangan. Kehilangan emosi dan kawalan minda yang semakin longgar hingga dia memberontak untuk melakukan sesuatu diluar kotak pemikiran manusia. Sanggup meredah belantara kehidupan yang jarang kanak-kanak seusianya melakukan itu. Walaupun bukan teruk mana, tapi bagi dia itulah kepuasan hidup yang dia kecapi. Terseksa dan terus dirundung kerisauan dan ketidakpastian.

Tika dia sedar yang dia telah melakukan sesuatu yang dasyat. Sesuatu yang pasti memusnahkan harapan untuk hidup bahagia di satu alam yang pasti. Tika itu lah ujian datang bertubi-tubi. Ketenangan jiwa yang direnggut. Kebahagiaan yang disangkanya miliknya kini hanyut dibawa angin bayu yang bertiup laju.

Ada saja yang hilang dari pandangan. Semua itu kembali kepada pemilik asal. Walau pun dia mendapatkan itu bukan atas jalan yang tidak benar. Perasaan yang mula bercambah, tiba-tiba dibawa oleh tornado yang maha dasyat. Dua kelip mata, semua itu sudah tiada didepan mata. Tiga kelip mata, dia sendiri hilang entah kemana. Dikutip jua sisa yang masih ada. Berharap suatu hari yang entah bila yang pergi itu akan datang kembali. Walau bukan seperti dulu, tapi biarlah ia tetap ada.

Bukan dia melarikan diri dari Tuhan. Cuma kadang-kadang dia tersesat jalan. Bisikan syaitan yang akdang mencurigakan. Tentang hati dan perasaan. Kadang juga lupa berterima kasih pada Tuhan. Orang sekeliling terasa sangat menipu dan hipokrit. Tak susah-sudah mengungkit. Padahal dia juga seperti mereka. Tak sudah menghitung amalan yang sedikit. Yang disangkat tinggi membukit.

Hari ini, Amasya kehilangan lagi. Sesuatu yang dia amat perlu tika diri kekurangan sesuatu. Mujur ada yang mengasihani. Dihulur pertolongan yang amat besar bagi diri dia. Semoga satu hari nanti ada seseorang yang akan membantu sebagaimana dia dibantu. Dia bukan mengahrap dibalas budinya, Cuma meminta sedikit ihsan agar dikasihani dirinya.

Tuhan dia tak pernah meninggalkannya. Cumanya, Amasya kadang lupa dengan Tuhannya. Rupanya, Tuhan dia amat pemurh dan penyayang. Diberinya payung tika hujan diturunkan. Diberinya angin bayu tika panas membahang.

Amasya ingin terus berharap. Berharap pada sesuatu yang dia yakin ada pengharapan disitu. Ya! Berharap pada Tuhan yang Satu. Kerna itulah fitrah jiwa hati Amasya yang merindu.

Thursday, June 2, 2011

rasa yang menduga

Rasa apakah ini? Sungguh aku tak tahu. Adakah tika ini hati ku diuji? Adakah rasa ini menduga tahap keikhlasanku? Hati membuak ingin berkata. Tapi, harus pada siapa ingin ku meluahkannya?
Aku sedang diuji dengan dasyatnya. Ketenangan hati ku direnggut setelah mengetahui itu. Jiwa ku diasak dengan pelbagai tanggapan dan prasangka.

Sudah hilangkah rasa itu? Bertandang pula rasa jemu.
Sudah musnah kah ikhlasku? Menjelma pula rasa cemburu
Sudah punahkah amalanku? Kata-kata itu benar-benar mendugaku

Benarkah orang ikhlas tertindas? TIDAK! DIA sedang menguji mu. Itu smeua permainan syaitan. Yang ingin melihat kau penat tanpa mendapat apa-apa dari Tuhan mu. Hilanglah rasa itu. Sungguh aku benar-benar malu. Pada DIA Penciptaku.

Ampuniku Tuhan
Kadang aku melanggar hukum Mu
Kadang aku lalai dalam ibadahku
Kadang aku buat tak tahu
Kadang aku tanpa rasa malu
Meminta yang bukan milikku
Meminta yang bukan setandingku

Hilangkanlah perasaan ini
Agar aku masih bisa berdiri
Agar hati masih tabah lagi