Sunday, June 26, 2011

hingus berdarah

sepatutnya, mengikut perancangan aku akan menghadiri kenduri kawan aku. aku tau, dia sangat mengharapkan kehadiran aku sebab aku lah antara orang yang terawal dapat kad jemputan dari dia. dan mengikut plan, pagini aku akan bertolak balik kampung.

tapi, pagi tadi aku bangun dari tidur rasa sangat tak sehat. aku demam. sepanjang hari hanya tidur. dan sepatutnya lagi, aku jaga anak buah aku sebab kak aku ada sukan kat sekolah. tapi, anak-anak buah aku plak yang jaga aku.

mungkin, Dia tak benarkan hati aku terluka dengan lebih teruk, jadi dikurniakan demam hingga aku rasa tak larat nak bawak motor balik kampung.

hingus aku berdarah. cuak gak. aku ada penyakit ke. bila aku google, rupanya perkara biasa bagi orang yang demam. panas dalam. mungkin juga panas sebab semalam pekena beberapa biji durian.

isnin lepas, lepas jawab exam aku sakit kepala. berdenyut-denyut. sepatutnya, lepas exam masuk kerja, tapi aku tak larat dan minta cuti kat en bos. sampai rumah, tengok tv cerita hindustan. err, aku rasa kepala aku dah kurang denyutnya.

dan sepatutnya lagi, aku kena siapkan akaun untuk satu company yang deadline nya adalah esok. semangat aku bawak balik laptop bos, tapi tak berganjak pon laptop tu kat dalam beg.

aku rasa yang aku perlu amek MC sok. tapi, tak sampai hati plak. kerja tengah berlambak. kerja aku plak tu. karang kalau aku cuti, siapa yang nak siapkan? aku jugak...bertambah banyak plak kerja aku nanti.

teringat satu hadis, demam tu berasal dari didihan api neraka. moga2 akan terhapuslah dosa-dosa kecilku...

maafkan aku kerna tak menghadirkan diri. semoga dikau bahagia bersama pasangan mu dan bercinta hingga kesyurga... aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kau. err, hadiah aku pos la ye...

3 comments:

ikanlaga said...

salamwbt..
syafakillah saudari..
moga cepat sembuh.

...antikapel... said...

thanks sis,

alhamdulillah, demam sehari je..dah sembuh:)

miss berry said...

hingus aku darah nih,penin kpla pon ada gak...hadoi...