Sunday, July 31, 2011

rindu lagi

salam ramadhan...

aku menaip sambil my boy, izzat baring tertidur atas dada aku. aku rasa bahagia sebab dia terlena. terasa kasih sayang seorang IBU saudara menyelinap di sanubari. walau aku sendiri semput. huhu....

alhamdulillah. masih diberi kesempatan untuk bertemu ramadhan esok. insyaALLAH.

dikala ini, hatiku tiba-tiba meruntun sayu.
rindu ini datang bertamu
pada wajah seorang lelaki itu
lelaki yang sangat menyayangiku
dengannya aku mengenal cinta dan rindu

sungguh!
aku merinduinya
senyum tawa pujukannya
mengajarku tak kira masa
merinduiku sentiasa

hati ini membuak rindu
hingga keluar air mata syahdu
rindu yang tak dapat dibelenggu
rindu yang teramat rindu

Tuhan!
izinkan aku menemuinya
izinkan aku berbakti padanya
izinkan aku merasa lagi kasihnya
izinkan aku menjadi kesayangannya
izinkan aku menjadi kesenangannya

abah,
selamat berpuasa
rindu abah!

Friday, July 29, 2011

good!

biasa kalau kerja luar dah settle, aku sms kat bos. contoh cam, urusan ssm, buat C.O.A(pesuruhjaya sumpah), amek dokumen kat client dan macam-macam lagi yang agak penting.

kadang kalau aku tak sms, mesti dapat miscall dari bos tanya dah settle ke belum. selalu dapat miscall sebab biasa aku silent hp. tengah bawak motor on the way balik. sedar2 dapat miscall.

dan biasanya, bila aku sms dah settle, bos akan reply:

"k"

"ok"

"thanks"

"tq"

tapi tadi, aku sms bos kata urusan ssm dah settle, bos reply camni:

"good"

aku rasa, dapat pujian macam cikgu tadika yang bagi kat anak muridnya sebab dapat eja satu perkataan.

:)
:)
:)

berhari raya

buat baik berpada-pada,
buat jahat jangan sekali,
sambut raya berpada-pada,
ponteng puasa jangan sekali

kak aku pernah cakap kat aku,
"dulu, masa aku anak dara baru lepas belajar aku sambut raya langsung tak beria. tak ada baju raya pon"

sekali raya je kot ko beraya masa anak dara baru lepas abes belajar. raya lepas tu ko dah kahwin kan.

tahun ni tak punya semangat yang menggila untuk membeli baju raya seperti tahun-tahun yang lepas. dan rasanya, tak ada beli pun lagi walau sepasang. pakai apa yang ada. bersyukur apa yang ada. sekurangya, masih ada lagi baju yang boleh dipakai.

harapnya, tahun ni punya semangat yang gila-gila untuk meraih keberuntungan yang sangat dasyat dalam bulan ramadhan.

biar tak punya tika menyambut raya. asal jangan papa bila menghadap DIA.

raya hanya kegembiraan didunia. tapi, ianya mungkin tak setanding dengan gembira di sana.

selamat manyambut ramadhan kepada semua. semua kedatangan bulan berkah ini disambut gila-gila dan penuh semangat yang berkobar. insyaALLAH...

andai ini ramadhan yang terakhir, layakkah kita menyambut hari raya?

Thursday, July 28, 2011

isnin puasa

memulakan pagi dengan senyuman.
harap cerita semalam dilupakan.

ada suatu perkara bila ianya ada pada ku, merasakan yang aku begitu....

SEMPURNA...................~~

hik hik...

ok, abaikan.

pagi tadi, aku pergi ssm. nak ambil form 9 satu company client kami. sejak akhir2 ni, makin ramai yang nak buat company baru. alhamdulillah. murah rezki bos!

jumpa kak jah, minta belas kasihan. hehe...aku lupa nak bawak resit. patut, tak boleh amek, tapi kak jah bagi amek. lain kali, datang ssm bawak resit tu dia cop kan. hehe...thank you kak jah!

"kak jah, hari ni berapa hari bulan eh?"
(bila amek form 9, kena isi kat buku ambilan borang)

"28hb. cepat nya masa berlalu kan. isnin dah puasa"

"tau tak pe. rasa macam baru je cepat je dah jumpa ramadhan balik"

"kak jah azam tahun ni nak masak sendiri. tak nak beli"

"masak apa? nak buat kuih raya sendiri ke?"
(pending kejap.)

"nak masak buka sendiri. tak nak beli."

"wah....bagus la...kadang nampak je sedap, tapi rasa hampeh. sabo je la"

"tu la...jimat pon jimat. beli, membazir duit je"

"masak sendiri lagi berkat. bukan nak sangka buruk. tapi, takut-takut orang yang masak tu, tak solat. gelap hati anak-anak. ok la kak jah. selamat berpuasa ye."


tapi, aku tetiba teringin nak menjengah setiap bazar ramadhan kat shah alam ni....
huhu

Wednesday, July 27, 2011

maaf berkali-kali

terdiam seketika. mungkin bukan herdikan atau jeritan yang diterima. tapi nada suara yang membuat aku rasa nak marah balik kat lu!

lu pehal nak marah wa? bukan wa punya salah. wa tak tau siapa yang tak faham arahan sekarang. wa cuma nak kepastian dari lu.

wa buat lawak, lu amek serius. padahal sebab benda tu, wa yang pening sekarang ni.

lepas ni, jangan cakap dengan wa lagi. wa pon tak nak cakap dengan lu. tak pasal-pasal wa kena marah.



"err, apa tadi? nak courier kat sy eh?"

"ye la..kan saya dah kata tadi. nak cakap berapa kali??"

"ooo...ok. terima kasih"
************************************************************


"hello. siapa bercakap ni?"

(aku kenal suara tu)

"saya...."

"fauzeah, sorry eh tadi"

"ok, tak pe..."

"tadi ada hal sikit. sorry eh"

"its okay...saya faham"
(nak cakap sorry berapa kali?kan dah cakap tadi!)

"so, sy akan courier esok, esok pg awak akan dapat"

"ok....."
(kan tadi dah cakap lu nak courier, nak cakap berapa kali??)

"sorry sekali lagi."


siapa yang cakap banyak kali ni??



...dah ok....

cukuplah kali ini

pening!
harap lu mengerti


tapi, yang lu nak marah apehal?
itu salah antara lu ngan dia

jangan cakap dengan nada yang serius
semua orang tak bagus


tak nak cakap dengan lu lagi
cukuplah kali ni.


bye!



....mungkin otak lu bercelaru sama macam ni....

kehilangan

kehilangan sesuatu
sesuatu yang terlalu penting bagiku
sungguh! sangat penting
terlalu dan tersangat

mencarinya tak jumpa
hilang semangat rasanya
tak tahu nak kata apa
puas diselongkar segala
namun masih tiada

kemana hilangnya dia?
aku tak dapat nak ingat punca
kali akhir aku memilikinya

semua yang ada depan mata
bukan lah kekal selamanya
semua itu bukan kau yang punya
kau juga tak berhak keatasnya

redha pasrah dan menerima
andai ini sudah takdirNya
pergilah dikau walau kemana
aku takkan lagi runsing memikirkannya

walau berat hati melepaskan
tapi perlu dilaksanakan
semua itu sementara kan
jangan difikir hingga tak keruan

redha dan pasrah dengan Nya
pasti tidak dhampakan Nya
Dia akan mengganti semula
atau memulangkan benda yang sama

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah

pendrive kesayanganku dah jumpa!

Monday, July 25, 2011

pandai masak

Ahad semalam aku masih kat rumah abang aku. Kak ipaq aku balik Pahang, nak selesaikan masalah rumah peninggalan arwah abah dia. Pagi-pagi dah bertolak dengan adik-adik dia yang lain. Jadinya, aku kat rumah jaga anak buah aku yang 2 orang tu. Sorang nak UPSR hujung thn ni, dan aku jadi cikgu tusyen dia yang tak bertauliah.

Abang aku tak ikut kak ipaq aku sebab dia ada keja pagi tu. Tapi, tak jadi nak pergi sebab dia selsema dan tak berapa nak sehat. Huhu...sama la ngan aku.

Tengah hari, aku tak tau nak masak apa. Dalam fridge ada ikan. Tapi, ikan besau. Aku tak reti nak masak ikan besau ni. So, aku tumis telur. Kawan2 aku kata, telur jawa. Sebab dorang tak pernah rasa lauk tu sebelum ni. Aku tau, sedap kan?hehe

Abang aku, nak masak ayam. Anak buah aku pergi beli kat kedai depan. Aku ingat dia suruh aku masak. Rupanya, dia yang nak masak. Terkejut ok! Selama aku hidup ni, berabang kan dia tak pernah tahu dan rasa masakan dia.

“ko pandai masak eh?”

“pandaila....semua lauk aku reti. sebut je kuih ape, aku tau nak masak.”

“tak pernah pun aku rasa air tangan ko”

“bukak mulut. Nah....rasa jari aku. Baru dapat rasa air tangan aku”

“eeee....tak senonoh!”

Abang aku masak ayam kicap. Bahan2 aku yang kena sediakan. Segala mala kicap dia letak. Kicap cair, kicap pekat, kicap masin, kicap manis, sos tiram.

Sedap kot!!!! Jujurly, aku rasa seronok sebab abang aku pandai masak. Lopeh ni, ekau je la yang masak eh. Hehe...tiba2 teringin nak dapat laki yang pandai masak.



ni bukan abang aku yang masak. tapi, rupe ada ala-ala macam abang aku. nak resepi, kat sini.:)

Sunday, July 24, 2011

untukmu yang ku sayangi

Dikala ini, hati ku sayu. Mengenang yang tiada di depan mataku lagi. Mungkin dia akan kembali, tapi bukan seperti dulu. DIA akan menguji dengan sesuatu yang aku terlalu mahu dan sesuatu yang aku terlalu sayang.

Selepas ini, aku akan sendiri lagi. Tanpa dia menemaniku di pejabat saban hari. Walau kedatangan nya bukan pada waktu yang telah ditetapkan, dan kepulangan nya sungguh cepat. Huhu….

Dah lebih setahun aku kerja dengan en bos, dan lebih kurang 3 bulan aku ada member. Maksud aku, member yang betul2 member. Walaupun dia adik bos, tapi aku tak rasa ada jurang antara kami. Walau baru berkenalan, dah banyak cerita yang kami kongsi. Dah banyak rasa hati yang diketahui.

Mungkin tak semua kita boleh kongsi dan bercerita, tapi yang boleh itu dah dikongsi dan dicerita semua.

Dalam tempoh masa itu, betapa aku belajar agar menghargai apa jua yang ada disisi kita. Kadang aku mengeluh kenapa tak dapat apa yang aku mahu. Rupanya, ada juga yang mengeluh kenapa dia dapat itu.

Suma, kak pasti ingat cerita papadom awak tu. Jujurly, kalau watak papadom ada dalam hidup kak, tak mungkin kak boleh jadi rempit solehah. Haha…

Paling tak lupa, bila awak excited naik motor ngan kak. Tau tak, kalau awak ni bukan adik bos, dah lama kak ajak awak naik motor. Cuak gak aku kalau en bos marah. Ade pulak yang kena buang kerja nanti. Haha…

Pertama kali kita makan nasi ayam pak mal sama2. Masa tu, sopan gila kak bawak awak. Haha…macam ape je…then, kita naik motor sama2 dengan kebenaran abang awak.

Last sekali bila eh? Haaa….time pi puncak alam. Melihat panaroma uitm dipuncak bukit sambil disapa lembut angin yang membelai. Lepas tu, menikmati mee kari dengan perut yang sebu sebab makan cucur 6 ketul. Awak la tu…beli banyak sangat. Tapi, sempat gak abeskan mee kari kak ina.

Suma, lepas ni ko jangan lupakan kak tau! Siap la ko nanti kalau ko lupakan kak. Sory sangat awak punya siput tu dah jadi masak lemak. Aku bukan tak hargai, tapi tak tau camna boleh tercabut lak. Tak pe, lepas ni bagi lagi yang lain eh. Hehe…

Kesunyian ini membelenggu
Kau datang melepaskanku dari itu
Bersama gurau dan senyummu
Buat ku semangat melangkah dengan jitu

Walau kadang ia tak seindah biasa
Tapi adanya kau menjadi ceria
Cerita dikongsi bersama
Tanpa malu dan segan yang dirasa

Pesanku untukmu
Jadilah yang solehah adikku
Untuk setiap yang bersamamu
Untuk sidia bakal pendampingmu

Bersyukur dengan apa yang diterima
Jangan mengeluh dan sedih jiwa
Kerna itu yang terbaik untuk mu disana
Jua untuk saat yang diketahui Dia

Teruskan bersyukur
Usah kau kufur
Jauhi takbur
Agar hidupmu makmur

Monday, July 18, 2011

indahnya hidup bersama Tuhan

Jangan terlalu berharap dengan sesuatu. Kelak nanti andai tidak kesampai terasa kecewa tak sudah. Redha dan pasrah dengan apa jua yang diterima. Kerna, pasti ia nya Sesuatu yang istimewa untuk kita. Mungkin kita tak merasainya saat ini, tapi satu hari nanti kita kan rasa betapa manisnya peraturan dan caturan Dia. Yakinlah!

Bila kekurangan, gantunglah harapan pada Dia. Begitu juga tika nikmat melimpah. Terus bergantung harapan pada Dia. Tambahkan syukur, bukan kufur. Walaupun kekurangan itu masih ada. Dan kadang masih mengharap agar dihilangkan kekurangan dan ketiadaan sesuatu yang kita terlalu perlu dan inginkan. Namun disebalik itu, hati tiada gundah dan keluh kesah. Punya ketenangan yang melapangkan dada. Hati tidak penat untuk mengeluh, bahkan hati makin rancak mengingati Nya.


“Tawakal kepada Ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dari Nya

Bila taqwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi ahlillah
Begitu indah hidup bersama Tuhan”


Terus sabar dan redha sis!! Pasti ada sesuatu yang terbaik untukmu satu hari nanti.

Friday, July 15, 2011

mencemburui dia



Ku menahan senyuman itu dari terus terukir
Kerna mungkin ada yang akan menanggap aku tak stabil

Ku menahan gelodak jiwa untuk terus bergembira
Kerna mungkin sebentar lagi aku akan kecewa

Lalu, aku berdoa dan berharap pada DIA
Agar dia terus solehah untuk siapa juga yang mendampinginya
Agar dia terus solehah untuk aku menjadi seperti dia
Agar dia terus solehah untuk aku gembira kerana dia

Tidak keterlaluan aku memuji dia
Kerana hakikatnya aku memuji Pencipta nya

Tidak keterlaluan aku mengagumi solehahnya
Kerana hakikatnya aku mengagumi Kuasa yang merubahnya

Betapa kini aku menaruh satu keinginan yang sangat tinggi
Aku ingin menjadi seperti dia Ya Rabbi
Punya kelembutan dan kesolehan yang sungguh tinggi
Aku bukan berharap disanjungi
Bukan juga ingin menyanjungi
Cumanya aku inginkan seperti dia dalam diri ini
Aku Cuma ingin menjadi seperti dia Ya Rabbi

Baru seketika berjumpa
Serasa sudah lama mengenali dia
Serasi bersama
Walau hanya berjabat tangan bersua muka
Tanpa terpacul sebarang kata
Malu menyelubungi seketika
Adakah itu cinta?
Pada dia yang turut cinta pada Nya?
Aku ingin menjadi solehah seperti dia
Kerna aku ingin memiliki apa yang dimiliki dia
Tanpa perlu merampas nya dari dia
Cukup andai hampir sama
Apa yang dimilikinya

Kadang aku mencemburui dia
Dia yang dicemburui bidadari syurga
Sungguh! Aku terlalu cemburu pada dia
Kerna aku ingin menjadi seperti dia

meminta pada yang tak punya

Runsing hati ini. Kenapa ya? Serasa ada sesuatu yang mengasak jiwa dan kalbu. Sesuatu yang aku tak tahu. Air mata ini ingin merembes keluar. Tanpa ada sebab yang nyata kenapa ia perlu mengalir.

Kadang kebosanan mula menjalar setiap rongga udara. Ingin dihembus semua itu agar hilang dan tak bersisa. Tiada dorongan untuk melakukannya. Adakah kerna jemu itu bertamu?

Serasa ada sesuatu yang tak kena. Tak kena pada iman dan taqwa. Hati mengatakan itu salah. Iman memberontak untuk mengagahkan diri bangun dari kealpaan. Tapi, nafsu juga yang tak jemu mamandu hati dan fikiran itu.

Sesudah itu, penyesalan mula membelenggu akal dan fikiran. Nasi sudah menjadi bubur. Tapi, masih boleh dimakan kan? Penyesalan itu masih boleh dimanfaatkan. Walaupun ia bukan seperti yang dulu. Moga dengan penyesalan itu akan membuat iman lebih dari itu.

Air mata itu mengalir tetap setia. Membentuk sungai kecil dipipi yang punya deras mengalir. Membasahi setiap rongga kulit. Dan kemudian mata mula memberat. Ingin rasanya lena seketika. Agar hati bisa tenang semula. Indahnya caturan Mu Tuhanku. Kau beri ketenangan setelah keserabutan mula surut.

Masih mencari tanpa jemu. Masih tercari-cari walau kadang hati membisu. Apa lagi yang dicari? Tak sudah-sudah mencari. Selagi nyawa masih dipinjamkan, selagi itu akan terus mencari. Mencari harga sebuah diri untuk Tuhan. Aku kan mengetahui betapa darjat ku disisi Dia andai ku ketemu sebelum dijemput Dia. Tapi, punya kesempatan kah aku?

Ingin meminta pada dia, tapi malu menguasai. Kenapa tidak harus meminta pada Tuhan? DIA yang punya segalanya. Mengapa harus malu? Malu andai meminta tanpa palitan kehinaan. Malu andai meminta dengan keangkuhan. Semua milik DIA. Jadi, harus meminta pada DIA!

Andai aku tewas dalam perjalanan ini, datanglah pimpin tanganku. Jangan kau menuding jari tunjuk dengan angkuh yang kau menang. Pasti aku akan sedih.

Andai aku jatuh dalam perjuangan ini, datanglah hulur jiwamu. Jangan kau berlalu dengan kepuasan untuk dirimu. Pasti aku akan hiba.

Tunaikan impianku. Membina mahligai yang indah. Tercipta dengan kemeriahan suasana yang menggembirakan.

Bukan mudah menyenangkan semua yang kau temu. Tapi, pasti akan menyenangkan bagiku andai usaha kau jitu. Akan ku hargai setiap titik keringatmu kerna ingin menolongku. Andai tidak mampu ku balas, ku doa semoga DIA menilai itu semua.

Duhai...tidak terpalitkah sedikit dihatimu? Rasa kasihan terhadapku. Setelah apa yang ku lakukan untuk itu. Walau hakikat aku tak layak mendapat semua yang sepatutnya aku dapat. Tapi, berilah lebih dari yang sekarang. Bukan ku tak bersyukur. Jauh lagi untuk kufur dengan nikmat yang ku terima. Tapi, fahamilah hati yang kekurangan.

Andai ganjaran yang aku terima bukan darimu. Aku harap sesuatu yang menyenangkan ku di sesuatu yang aku tak tahu. Kebaikan ku biarlah ianya diterima DIA. Walau bukan sebesar mana. Cuma berdoa agar ianya ikhlas semata kerana DIA. Kerna DIA yang punya segalanya. Bukan aku, kau dan juga mereka. Hakikatnya, kita semua masih meminta-minta.

Tuesday, July 12, 2011

bauan syurga

Ada sorang ustaz bagitau, bau bayi adalah bauan syurga. Baby wangi. Sebab baby hanya minum susu. Tak ada gigi lagi. Jadi, tak ada masalah bau mulut. Memang wangi.

Mungkin sebab tu, aku pernah dengar kak aku cakap masa dia mengagah anak dia.

“tengok muka budak ni, dapat cium dia lepas balik kerja hilang penat semuanya.”

Yes! Aku akui. Kak aku ada baby. Baru 6 bulan. Sebelum pergi kerja dan lepas balik kerja wajib cium dan peluk dia. Kalau tak, aku rasa kehilangan je. Eceh ceh....macam baby aku je kan. Izzat pon macam tau2 je, kalau aku balik kerja tak tegur dia, memandang aku dengan muka kesian. Hua hua...

Bestnya ada baby kan. Tapi, tak berapa nak best kalau dia meragam. Pernah kak aku ada kelas hari sabtu, then aku yang jaga 4 orang anak buah aku. Seriously, yang besar tak susah sangat nak jaga. Nak susu dorang boleh buat sendiri. Nak main, main sendiri. Semua sendiri. Aku Cuma mengawasi je.

Tapi, si kecik ni time tu meragam tak nak susu botol. Jenuh la aku pujuk dan sua kan botol tu kat dia. Dia tak nak juga. Sabar je la. Patut pon, syurga itu dibawah tapak kaki ibu. Betapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

Bila balik kerja, dapat cium bauan syurga aku rasa lega sangat-sangat. Nikmat tak terkata. Kalau berada disyurga tentu tak tau nak kata apa. Syukur! Aku punya peluang mencium bauan syurga. Semoga aku juga memiliki bauan-bauan syurga kelak.

Hak bayi adalah ibu dan ayahnya perlu aqiqah kan untuk dia. Sunat 7 hari lepas kelahiran. Kalau tak mampu boleh la buat bila-bila mampu. Cumanya, kalau tak dibuat aqiqah dan bayi tersebut meninggal sebelum akil baligh dia tak boleh tarik ibu ayahnya ke syurga.

Kanak-kanak yang meninggal sebelum akil baligh dan tentu masuk ke syurga. Wallahu’alam.

Friday, July 8, 2011

jumaat ini

assalamualaikum...

semoga sentiasa diberkati ALLAH...
hari ni hari jumaat. esok, hari sabtu. semalam hari khamis. ye, semua orang tahu. tapi, berapa orang yang tahu betapa istimewanya hari jumaat. hari jumaat kita tak diharuskan berpuasa melainkan puasa juga pada hari sebelumnya atau selepasnya.

kerana, pada hari jumaat, adalah hari raya kita. dan juga berpuasa pada hari jumaat menyerupai amalan orang kafir. hari jumaat sunat memakai baju warna putih, bercelak, dan mandi.

hari jumaat, ada satu saat dimana kalau kita berdoa akan terus diangkat ke langit. tiada hijab. dan hari jumaat ada solat jumaat dimana orang lelaki wajib pergi solat jumaat kecuali ada sebab2 yang dibenarkan.

hari jumaat juga adalah sayyidul ayyam. penghulu segala hari. hari jumaat akan berlakunya kiamat. wallahu'alam, jumaat bila kita tak tahu.

dan hari jumaat adalah hari cuti bagi warga kelantan, terengganu dan kedah. manakala hari jumaat adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga malaysia yang tinggal selain dari 3 negeri diatas kerana ESOK CUTI!!!!!!

yahuuu......

sekian.....

Wednesday, July 6, 2011

kesayanganku

Tika hati tengah gusar, hanya muka mak yang aku bayangkan! So, semalam aku balik kg sebab nak jumpa mak. Aku rindu kat mak. Plan nak balik petang. Tapi, kerja banyak tak siap lagi terlajak sampai ke malam. Lepas maghrib aku merempit balik tg karang.

Mak terkejut. Aku memang suka balik mengejut. Mak kata, kenapa balik. Esok pagi-pagi dah mula kerja. Penat plak. Tak pe, demi mak penat aku hilang. Sakit kat badan aku dah hilang. Hati aku yang gusar dah tenang. Terima kasih mak!

Mak tengok motor aku. Mak kata ok je motornye. Memang la mak...kan dah dok repair. Aku tunjuk kat mak badan aku yang lebam. Mak kata sikit je yang lebam. Hehe, memang Nampak sikit. Tapi bdan ni yang sakit2. Aku tunjuk kat mak sweater aku yang dah koyak rabak tu. Baru mak dapat bayangkan agak teruk aku jatuh hari tu. Mak suruh aku buang. Tapi, sayang plak. Nak simpan dok kenangan. Haha....

Sebelum balik pagi tadi, rasa malas nak pergi kerja. Nak dok rumah lama sikit. Tapi, mak dok ingatkan bila nak pergi kerja. Dah lewat dah. Pukul 9 baru bertolak. Banyak kali mak kata, hati-hati naik motor. Mak, doakan murahkan rezeki. Boleh beli kereta. Tak beli kereta, dapat orang yang boleh bagi kereta. Woha!

mak bagi bekal pisang berangan. bukan 1 sisir. bersisir-sisir. Mak kata banyak buahnya sampai tak makan kat rumah. aku ok je nak makan. Tapi, nak membawak nya fikir 2 3 kali. Mak tengok raga motor aku kecik. Tak jadi nak bungkuskan banyak-banyak.

Hari ni, masuk office lambat. Pukul 10 baru sampai. Bos dah sampai. Cuak gila! Cepat plak bos sampai hari ni. Huhu....

Sunday, July 3, 2011

diuli dan diurut

Malam tadi memang tak boleh tidur dengan nyenyak. Banyak kali terjaga.ALLAH….tetap sambung tidur balik tanpa pergi ke sejadah. Subhanallah!

Pagi tadi baru terasa sakit segala badan. Kak ipaq panggil orang datang rumah nak mengurut. Sebab anak buah aku pon bengkak tumit. Adik dia ada kenal sorang makcik endon.

Aku tak suka diurut! Sakit gilaaaa……tak tau nak kata apa. Aku dok menjerit2 sambil menangis dan ditertawakn oleh anak buah aku. Sabau je la.

Makcik tu punya tangan gila gagah! Lagi2 time kena kat bahu, perghhhh…memang sehabis jerit aku jerit sampai serak balik suara. Belah kanan je yang agak teruk. Ada lebam kat lengan n bawah siku. Kat bahu pon. Makcik endon tu pergi uli aku punya bahu. Perghhh…….memang sakit! Tuhan saja yang tahu perasaanku.

Kak ipaq aku dok tenang kan aku. Sabaq…sabaq….aku minta makcik tu stop kejap sebab aku tak tahan. Tapi makcik tu tak pedulikan. Lagi kuat dia uli bahu aku. Kak ipaq aku kata, ni belum urut bersalin lagi. Taubat! Aku tak nak eksiden lagi. Tak nak kena urut lagi.

Mak cik kata, badan aku tak pernah kena urut. Tu yang sait gila tu. Betol! Last sekali aku p urut masa form 2 tak silap. Aku tergelincir kat bilik air. Aku bagitau kat warden, dia p hantaq aku ke rumah sorang makck ni berurut. Sakit gila! Makcik tu mak kepada ustaz badrulamin. Dah tua, tapi tangan gagah perkasa. Sejak tu, memang tak pernah mengurut. Taubat! Sakit gila.

Kepala aku pon agak sakit gak. Macik tu dok pusing 90 darjah. Perghh….keluar segala bunyi. Proses mengurut lebih dari sejam. Satu badan kot! All in one package. Kak ipaq aku suruh makcik tu urut perot gak sebab takut peranakan jatuh. Sebab aku jatuh agak teruk +kuat gak. Tang tu yang aku paling sakit. Aku menjerit sampai abang aku turun bawah. Kak ipaq aku kata, aku ni lembik. Naik motor macam rempit. Bila diurut terus lembik. Sabau je la. Sakit kot badan ni.

Aku telefon mak, kata aku eksiden. Mak aku dah risau. Cumanya, mak aku kata hati-hati. Jangan bawak laju-laju lagi. Mak, aku tak bawak laju. Betul! Tak cam biasa aku bawak kalau sorang2. Tak sampai pon 100km/j mak….

Lepas mengurut, terus tidur. Penat gila. Dan sakit gila. Bangun je tidur lagi terasa sakit. Serious! Macam nak demam balik. Mak aku suruh pergi hospital, sebab lebam dan bengkak kat tangan tu Nampak biru gila. Tapi, aku tak nak. Ok la kot jap lagi.

Kak aku ata, kalau dalam 2 hari masih rasa sakit, kena p urut lagi. Err, aku rasa tak sakit dah kot. Huhu….

Saturday, July 2, 2011

redha+eksiden

Salam….
Kadang apa yang kita tak sangka itulah yang terjadi. Yang penting kita harus redha dengan semua ketentuanNya…insya ALLAh aku redha.

Petang jumaat, lepas habis kerja aku pergi rumah abang kat semenyih. Nak betulkan motor aku punya kunci. Last 2 weeks, adik kak ipar ada bawak motor aku kat kedai kat semenyih. Sebab masa tu, lambat lagi nak siap, aku tinggal je kunci tu kat kedai tu.

Dan baru minggu ni aku sempat nk pergi semenyih. Petang tadi, aku g pekan ngan anak buah aku. Ondaway aku terlanggar sorang mamat. Dia nak belok tak bg signal. Dan aku tersungkur dijalanan. Sweater aku abes koyak rabak. Aku terduduk kat tepi jalan dan menangis. Tekejut beb! Serempit aku kalau xcident memang luruh semua keberanian.

Alhamdulillah. Anak buah aku tak de pape. Luka kat siku. Dan aku?lebam gak la….luka kat tangan, lutut dan bahu. Muka agak bercalar. Dan beberapa lebam di lengan dan tangan. Yang pasti, satu badan dah sakit-sakit.

ALLAH…syukur aku masih berjalan. Boleh lagi Nampak, boleh lagi dengar, boleh lagi cakap.

Motor?jangan cakap la….tayar depan pecah. Rim bengkok. Lampu depan pecah habis. Dan kena betul semua RM400++….aku ingat lama lagi nak dok perbaik motor tu. Aku sms abang aku, ondaway dia balik ke rumah amek kami kat kedai motor. Aku tak cakap yg aku eksiden. Sampai kat kedai, abang aku terkejut kata aku eksiden.

Abang aku tunggu motor tu sampai siap. Tau je la, kalau perempuan yang pergi kedai motor, terima bulat2 ape yang foreman tu kata. Datang abang aku, dia suruh ganti semua yang dah rosak. Mulanya, rim tu aku suruh ketuk je. Tak cukup bajet lak nak tukar rim baru. Tapi, abang aku suruh tukar. Duet aku memang tak cukup cash kat tangan. Ada 250 je dalam purse sebab bajet nak bayar kunci ngan tukar tayar belakang yang dah botak gila.

Hehe…abang aku yang bayar semua bill tu. Alhamdulillah…selamat duet aku. Abang aku kata, nak pergi jumpa mamat tu since dia tak bayar apa2, nak minta ganti rugi. Aku tak mau la…aku rasa dah benda nak jadi. Nak buat camne. Tapi, motor aku tu dah calar balar la. Same gak ngan orangnya.

Member aku kata boleh claim insurance. Err, entah la….aku tak tau lak xcdent cm ni boleh claim.

Jadinya, plan nak konvoi esok ke sitiawan tetap jadi tapi tanpa aku. Esok classmate kami kat uitm kawen. Aku yang paling semangat dok call member2 len plan nak p sok. Sebab dah beberapa wedding kawan aku miss. Tak ade rezki aku join nak makan nasi minyak esok. Pasti ada hikmah!

Sorry kat korang eh. T kenduri aku hangpa mai na…

Member aku mesej, ALLAH sayang kat kau. Sebab tu DIA bg ujian cm ni. Betol….buat masa sekarang aku ok. Cuma badan sakit2. Kak ipaq aku kata, pengajaran untuk aku. Jangan bawak motor laju2. Masa eksiden tu, aku bawak moto pelan sebab bawak anak buah aku. Nenek mamat tu kata, benda dah jadi nak buat camna. Redha dan terima.err, betul tu nek!

Moto BLC aku ni memang tak penah eksiden lagi. So, dah merasa eksiden. Lopeh ni, ekau jgan eksiden lagi yo!