Thursday, August 25, 2011

duit raye

jangan bergantung pada baki

jangan bergantung pada baki duit di bank
jangan bergantung pada baki duit dalam dompet
jangan bergantung pada baki duit tabung

tapi, gantung lah harapan mu pada DIA
yang punya segalanya

InsyaALLAH, takkan dihampakan apa yang diharapkan oleh mu!
percayalah pada DIA!!

dapat duit raye........:):)
best gile!
alhamdulillah

ramadhan terakhir

hampir berlalu pergi ramadhan itu. tinggal beberapa hari lagi. agak-agak lailatul qadar dah ke belum? andai kata dah,rebutlah sisa lebih kurang 4 hari ni untuk terus menggandakan pahala. andai kata belum, teruskan menanti dengan bangun malam.

nak bangun malam memang godaan. motivasi kurang dan selalu melelapkan mata balik. tapi, kalau layan tv atau internet, tak sedar dah ke pagi. sebab tu ganjaran yang DIA bagi sangat banyak kepada sesiapa yang terjaga tika yang lain terlena. dan betapa tak ramainya yang terjaga dari yang terlena.

sabtu pagi 21 ramadhan yang hening. ku lihat sepasang manusia. bersenyum tawa disimbah bahagia. berdua-duan menuju rumah ALLAH. sepasang mataku memnadang hingga mereka hilang dipandangan. oh! aku ingin juga seperti itu. bersama mengejar cinta Nya.

pagi itu juga, aku lihat sepasang anak manusia dan beberapa anak kecil yang berkumpul bersama, bersahur bersama. lelaki yang mengetuai mereka itu kool bagi aku. sanggup bersama anak dan isteri mengejar cinta Nya. sedang aku, masih sendiri. mujur juga masih punya teman yang ingin diajak.

aku harap, ini ramadhanku yang terakhir berseorangan...hehe

Tuesday, August 16, 2011

ramadhan ini

adakah masih punya kesempatan
adakah masih punya pengampunan
adakah masih punya ruang untuk membetulkan

ramadhan ini sungguh dinanti
11 bulan menghitung hari
bila agaknya saat ini
saat yang sungguh merenggut hati

ramadhan datang seperti biasa
setelah 11 bulan kembali semula
mengikut peredaran angkasa
dengan ketetapan Nya

setiap tahun ia pasti datang
ya! pasti datang

hanya iman yang membawa kelainan
ramadhan dinanti atau dibiarkan
bagaimana iman menyuburkan
semangat untuk menyambutnya dengan sakan

ramadhan ini
harap bukan yang terakhir untuk diri
harap masih punya kesempatan lagi
untuk mengubah diri
untuk dekat dengan Rabbul Izzati

Sunday, August 14, 2011

pandangan itu

pandangan itu terlalu dalam pengertiannya
pandangan itu membuat aku tergamam tak berkata
pandangan itu membuat aku menunduk ke meja

tak sanggup membalas nya
cukup sekilas sahaja
buat aku rasa gulana
apa yang dimahu dia?

pandangan itu masih menjelma
dalam akal nyata
mengapa dia memandangku saja
ada yang tidak kena?

luahkan apa yang kau rasa
agar aku tidak gelisah saja
pandanganmu meragut mesra
kerna aku tak tau nak kata apa
bila kau memandangku sebegitu rupa


Monday, August 8, 2011

seminggu pertama berpuasa

maaf, dah lama membisu
seminggu bagai berminggu-minggu

seminggu yang pertama berpuasa. sudah merasai pembaziran wang berleluasa di bazar ramadhan. mata rambang melihat juadah yang kelihatan enak. ada sebahagian dibuang merata. menjadi rezeki entah siapa. astaghfirullah.

seminggu pertama berpuasa. hanya sekali berterawih disurau saujana. letih tak tau nak kata apa. nak menunggu terawih yang diselangi dengan tazkirah yang lama gila. jujurly, aku tersengguk bagai orang khusyuk. huhu

seminggu pertama berpuasa. dua kali berbuka bersama mak sekeluarga. meriah dah tentu-tentu dirasa. seronok tak hengat dunia. mak masak apa yang kami suka. mak masak penuh rasa kasih dan gembira. aku merasai nikmat air tangan mak. Tuhan, izinkan aku merasainya lagi.

seminggu pertama berpuasa. banyak sungguh kata-kata yang meresap di jiwa. tanda kata dan nasihat itu dari hati yang ikhlas. hingga hati mati ku ini merasainya. ada yang kata, untuk mendapat kan sesuatu perlu mengorbankan sesuatu. itu dah menjadi sunnatullah. ada juga yang berbicara, we can forgive, but we can't forget. ya! aku mengakuinya. hati manusia yang masih kotor. walau bibir melafaz maaf, namun ingatan itu adakalanya menjelma.

seminggu pertama berpuasa. iman yang terdidik belum cukup kuat melawan semua. belum cukup teguh melakukan segala sunnah rasul. adakalanya, mata ini lagi kuat dari segala. lagi kuat menutup dan lena. dari bersengkang dikegelapan malam. dan menjadi penyesalan keesokannya.

seminggu pertama berpuasa. terawihku belum cukup sempurna! mensiakan malam pergi begitu saja.

seminggu pertama berpuasa. ada lagi 3 minggu yang bakal menjelma. tetapi, aku masih ingin berada dalam seminggu pertama berpuasa. terlalu ingin!!