Monday, December 31, 2012

rindu

aku rindukan seseorang
seseorang yang aku tak kenal. huhu.
rindu dengan komen dia
rindu dengan doa dia

moga-moga dia masih hidup
moga-moga dia sehat selalu
moga-moga iman dia makin bertambah
moga-moga amal dia diterima
moga-moga dia bergembira

rasa hati yang dibiar pergi
kini aku berlari mencari
moga akan dijumpai
untuk kugapai dan ku genggami

sungguh! aku rindu

Saturday, December 29, 2012

kembali senyum

kadang kebodohan melanda diri tanpa sedar.keh keh keh

biarkan kebodohan yang melanda itu pergi. dan sekarang kepandaian perlu dimulakan.

mungkin bodoh dalam mengawal emosi. bodoh melayan perasaan. bodoh menyayangi. bodoh mencintai. bodoh menyukai. ah bodoh!

eh, lupa nak bagitau. waktu hujan lebat tu, motor bocor. pergi kedai, betulkan motor. ganti tayar. tapi, sebelum tu, singgah kedai bakery. nak beli whipping cream dan cream cheese nak buat tiramisu. dengarnya, kakak kat jb balik kg. mesti ramai orang kat kampung. masa dok tengah tengok-tengok whiping cream tu, beg aku terlanggar sos prego dan jatuh berkecai.

keadaan masa tu adalah dihujung bulan.

perghh! memang menguji jiwa raga. mau nya tak meraung malam tu. nangis teresak-esak di depan tv. dan tv pulak bercerita tentang kisah sedih ditinggalkan.

dan sekarang kembali senyum!!

:)

di pagi ulangtahun, aku dapat kiriman hadiah dari sahabat baik. Alhamdulillah! nikmat mana lagi aku nak dustakan. telekung dari indonesia. 2 tahun lepas tak silap, ada dapat telekung dari sahabat baik juga. seronoknya!

dan semalam, dapat buku. hadiah juga. hehe...

ada siapa-siapa lagi nak bagi hadiah? keh keh keh

Wednesday, December 26, 2012

selamat ulang tahun emak

terima kasih mak
untuk selambak darah yang kau korbankan
untuk kesakitan yang kau tanggung selama tempoh itu
untuk mata yang bersengkang sepanjang malam

terima kasih mak
mempertahankan aku bila dimarah
menegur ku bila aku salah
memeluk dan menciumku dengan sungguhnya

terima kasih mak
untuk segalanya
atas apa saja
semoga Allah merahmati mak
semoga Allah mengampuni dosa mak
semoga Allah melindungi mak
semoga Allah sentiasa bersama mak

selamat ulang tahun melahirkanku ku...wahai emak

Monday, December 24, 2012

selamat tinggal

21.12.2012

Aku cuba berfikir secara normal. Walaupun seharian kerja ku bagai tak menentu. Kejap semangat buat kerja, sekejap lagi rasa nak ambil time-off. Dan sampai kepetang, aku terus bergegas balik. Sms terakhir ku, terperangkap dalam kesamaran. Hujan lebat mencurah-curah. Bagai mengerti apa yang ku rasa. Perasaan ku berkecamuk ketika itu. Aku terasa semakin jauh. Kecil hati ku. Sungguh!

Dek kerana hujan yang terlampau lebat yang aku redah, segalanya basah kuyup. Bag yang memang dah banjir dengan air, dan handphone yang tak hidup. Tak tau nak kata apa. Dalam fikiran, bercongak-congak beli S3. Hehe..sempat berangan.

Aku keseorangan malam itu. Tanpa ada insan lain di rumah. Sunyi sepi, begitu juga lah aku. Rancangan untuk esok tidak menjadi. Ku hubungi teman baik ku. Sebab antara yang lain, nombor dia paling aku ingat. Dan kemudian, seorang lagi menghubungi ku. Aku terharu dengan keperihatinan mereka. Terima kasih kawan!

Malam itu, aku cuba kuatkan hati ku. Aku tak mahu menangis lagi. Sungguh! perit nya dalam hati tidak terkira.

22.12.2012

Bangun pagi, aku tak ada mood langsung buat apa-apa. Aku masak udang goreng kunyit. Seriuos sedap! Alhamdulillah. First time masak, dan tak ada resepi. Cumanya aku pernah perhatikan masakan tersebut di kedai. Lagipun memang lapaq gila! semalam tak makan. huhu

Petang tu, baru aku balik kampung. Dengan keadaan entah apa-apa. Semangat yang hilang entah kemana. Puas aku cari, tapi tak jumpa. Sakitnya hati dan perasaan ini Tuhan saja yang tahu.

Malam tu, aku pinjam handphone anak buah. Ya! aku dah agak apa yang bakal ku terima. Ada hikmah handphone ku tidak berfungsi buat seketika. Dia betul-betul meninggalkanku. Malam itu aku menangis semahuku.

Tuhan, Kau yang datangkan kesakitan ku. Dan Kau saja yang mampu menyembuhnya. Aku dah penat berharap dan bertanya pada dia. Apa sebenarnya yang berlaku antara kami? Aku yang terlalu semangat dan teruja. Akhirnya, aku la yang paling kecewa. Keadaan dia aku tak tahu. Yang pasti aku betul-betul rasa kecewa dengan dia. Sakit bertubi-tubi. Pertama kali aku menangis untuk sesuatu yang bodoh. Bodoh sangat-sangat! Aku terlalu bodoh menilai semua itu.

23.12.2012

Hari itu berlalu macam hampeh je rasanya. Aku sangat bosan. Rasa sunyi dalam keramaian. Aku rasa nak lari, tapi tak tahu nak ke mana.

Oh, handphone ku berfungsi semula. Setelah ku jemur di bawah matahari. Alhamdulillah. Selamat duit aku beli handphone baru.:)

24.12.2012

Aku cuti hari ni. Nak redakan kekusutan yang semakin kusut. Dan sepanjang perjalanan ku, aku rasa aku semakin ok. Jiwaku mulai tenang. Alhamdulillah. Dia Tuhanku, mendengar rintihan ku untuk beberapa malam ku yang entah apa-apa.

Yang pergi, tetap akan pergi. Aku tiada hak untuk menghalang. Walaupun aku dah penat dan bosan bertanyakan soalan yang sama. Dan aku terasa seperti layang-layang terputus tali. Dibiarkan tanpa penjelasan.

Aku cuba menghormati keputusan dia. Dia ingin pergi, meninggalkan aku. Dan dia mengotakan janjinya. Keputusannya adalah sebelum ulangtahun ku. Dan aku terima semua dengan redha.

Untuk minggu-minggu yang pernah indah dilakarkan, terima kasih. Untuk sesuatu yang aku lama tinggalkan, kini aku bertatih semula. Untuk sesuatu yang aku tak pernah lakasanakan, kini aku tunaikan walaupun belum lagi istiqamah. Untuk segalanya yang kau berikan, terima kasih banyak-banyak. Walaupun hanya sekejap, aku bersyukur.

Kalaulah ini cara Tuhan mengetuk hatiku, aku bersyukur Ya Allah. Kepahitan untuk beberapa hari ini adalah kemanisan yang aku tak dapat lupakan selamanya.

Siapa pun kau, apa pun kau, dan dimanapun kau  moga Tuhan beri rahmat dan hidayah kepada mu.

Selamat tinggal kasih. Selamat tinggal pujaan.






Wednesday, December 19, 2012

l LOVE U, STUPID!!!!



First time tau pasal melur jelita kat blog che mat gebu. Terus teringin nak baca. Macam best je buku ni. Sebab che mat gebu yang promote. Jarang tau jumpa lelaki baca novel. Kalau dia baca, mesti novel tu best.

Satu hari, shida call aku, dia terjumpa novel ni kat MPH. Minta tolong dia belikan dulu. Sebab kat bookstore shah alam macam tak jumpa dan aku macam tak rajin pergi tengok.

Bila dapat je novel tu, terkejut gila. Mak aihhh! tebal gila! 1000++ pages. Baca sikit-sikit. Ada selingan nama che mat gebu rupenye. hehe...

Serius! sangat best kot! penuh informasi. Bagi aku, pengisian yang tak terlalu berat.

Aku agak, kak melur banyak buat research tentang melayu cham, kemboja...serious! bila aku baca aku dapat rasakan dan bayangkan situasi. paling ingat mestilah abang pedas yakni firman.

Firman yang suka membebel pasal agama, sembunyikan identiti dia. Firman yang sangat ego untuk berterus terang perasaan dia.

Usaha dakwah yang baik ku kira. Nak ajak orang buat baik, kena ceritakan nikmat syurga dulu. Pahala yang akan dapat kalau buat baik. Kemudian baru cerita tentang azab neraka kalau meninggalkan suruhan Allah.

Kalau ada rezeki dan kelapangan, sila lah baca novel ni. Sangat padat dengan pengetahuan yang kau tak dapat kat novel-novel lain. Dan sekarang, teringin nak baca Awak Suka Saya Tak. Hehe

ILUS Best!!



Friday, December 14, 2012

12.12.12 lagi



12.12.12 (Rawang)
Sahabat baikku menikah dengan seorang lelaki yang telah dijodohkan dengan dia. Semoga berbahagia sahabatku. Kami sama matriks, sama uitm, sama rumah. Dan dia adalah salah seorang dari 2 orang sahabat yang merempit dengan ku ke tanjong karang dari shah alam.

Dia sangat manis. Dia tak sedar yang dia banyak menyedarkan aku dalam diam. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayat dan rahmat buat kamu, suami dan keluargamu.

Gambar ni candid by adik dia sebenarnya. Masa ni aku begitu teruja melihat dia berpakaian nikah. Lebih banyak kepada tak percaya. Sebab awal tahun hari tu, dia ada kata dia nak menikah umur 26-27. Tapi, aturan Allah siapa yang tahu kan. Dia bertemu jodoh lebih awal dari yang dia rancang.

Malam itu, dua hati disatukan dengan satu akad. Khutbah nikah by tok kadi yang menghiburkan. Err, maksud aku tak serius macam aku pernah dengar sebelum ni. Dan soalan-soalan cepumas tok kadi yang bagi aku, kalau aku yang akan dinikahkan malam itu mahu nye terkucil. hehe

Lepas nikah, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmah. Bersama sahabat-sahabat baik yang lain. Banyak yang terlakar di malam itu. Terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Dengan kalian, aku belajar banyak benda.

Semua yang berlaku ada sebab dan punya hikmah. Have faith!


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 yang buat aku gila

eh, baru perasan hari ni 12.12.12

tadi tanya bos,

fam: bos, hari ni tak ada company yang kita nak register kan? kite dah dapat tarik 10.10.10, 11.11.11.
bos: tu laaa...tak ada pulak yang nak incorporate company hari ni.
fam: tahun depan dah tak ada plak tarikh 13.13.13.(dalam hati)

saat ini aku rasa kepala aku sangat pening. nak menangis pun ada. kerja tak pernah tak banyak. dan ada satu makhluk yang buat aku rasa macam nak nangis...

tolong! kalau kau baca blog aku, tolong aku. jangan buat aku bertambah sakit, pening dan pedih. jangan sampai satu tahap aku berdendam dengan kau!

aku memang jahat! sebab kau yang mulakan.
kenapa nak berahsia sangat siapa kau! semua sms kau dan what'sapp dari kau sangat menyenakkan perut aku.

sampai nanti!!!!!!


kejam!!

apa perasaan bila ada nombor asing dok sms dan what'sapp kita tapi tak bagi tahu siapa dia. 
rasa macam nak.............................................


 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 6, 2012

blog baru

lama sungguh tiada yang baru. kamu pengen ya? maaf, atas kebisuan yang melanda. hari-hari ku penuh dengan aktiviti yang kadang menyempitkan dada. dengan sogokan luahan kerja yang bertimbun. dan juga hal-hal lain yang bagiku perlu ku pandang tidak enteng.

ada sesuatu yang aku ingin cerita.

isnin lepas, dua orang praktikal student memulakan hari-hari mereka di office kami. harapnya ia sesuatu kenangan yang bukan mengerikan sepanjang 6 bulan mereka disini. office ini seronok! tanpa ledakan kemarahan sesiapa atau kata sinis dari sesiapa disini. percayalah! insyaAllah.

6 bulan ini pasti aku juga akan seronok. hehe. ada yang aku boleh minta tolong untuk mengemaskini file. lagi-lagi tahun 2013 akan menjelma tidak lama lagi. banyak yang kena update. semuanya kesibukan.

ada yang aku boleh minta tolong untuk ke sana ke mari menghantar file dan dokumen. ke sana ke mari untuk menyerahsimpan dokumen di SSM. pasti aku akan merindui kakak-kakak SSM yang baik hati.

bos bercuti bermula semalam. untuk setahun sibuk dengan kerja pejabat yang melelahkan. hampir seminggu ini dia mahu bercanda sepuasnya bersama keluarga. dan aku sudah puas bercanda bersama keluarga dan teman. dengan setiap minggu ada jemputan. dan cuti tahunan ku tinggal hanya 3 hari dari 18 hari yang tersedia. banyak yang berlaku tahun ni.

diantara kami ada yang punya cuti berbaki 11 hari. hanya 5 hari saja yang boleh bawa ke tahun hadapan. aku cemburu! hehe

sebenarnya, ada lagi 1 blog. hehe.. sila lah ke sini ye. blog khusus untuk kata-kata ku yang terbiar tapi belum lagi liar. luahan kata yang bisu lebih baik. satu kepuasan!

untuk kesekian kalinya, jemputlah ke blog baru. ada disini mungkin tiada disana. ada disana mungkin tiada disini. ada disini mungkin ada juga disana. tiada disini mungkin juga tiada disana. ianya ada dihati.

http://katacontengan.blogspot.com/


Friday, November 16, 2012

2 bulan

sukenye! alhamdulillah

untuk 2 bulan ini boleh la beli apa yang selama ini dok idamkan
untuk 2 bulan ini boleh la beri lebih kepada dia, dia dan mereka
untuk 2 bulan ini boleh la rasa apa yang teringin nak rasa
untuk 2 bulan ini boleh la rasa kaya
keh keh keh

harap-harap
setiap bulan akan bertambah baik kehidupan
setiap bulan akan berkurang hutang piutang
setiap bulan akan bertambah  kegembiraan
setiap bulan akan berkurang berat badan
ermmm

dan tahun depan, harapnye bukan boleh rasa kaya untuk 2 bulan
mungkin 3 bulan
mungkin berbulan-bulan hendaknya

Terima kasih Allah:)

**1 sebab kenapa saya suka kerja dengan bos...dikala keletihan menjalar, kebosanan membelenggu...bos tahu macam mana nak bahagiakan saya!

Tuesday, November 6, 2012

bersalah

maafkan kekasaranku
aku tidak mampu membendung amarahmu
lantas kau ku sakiti dengan hamburan kemarahanku
jasad kau sakit sama dengan hatimu

memang kau yang salah
melakukan itu yang aku tak suka
sengaja menempa marah
tapi aku patut memaafkan saja

lama aku merenung
aku tak patut untuk melakukan itu
timbang rasa itu perlu
bukan pentingkan diri saja

maafkan aku sekali lagi
akan aku berusaha untuk menggembirakan semula
moga-moga kau cepat lupa
dan kita bermesra semula


Friday, November 2, 2012

kamu



dikala ini apa yang aku mahu
hanya kamu
datang ke arahku
walaupun tiada suaramu
cukup senyumanmu
sudah membuat hati sesejuk salu

tapi, dimana kah kamu?
huhu

Monday, October 29, 2012

China 3 : Summer Palace


 

Assalamualaikum wbt
Apa khabar kamu? bagaimana iman kamu? harap2 makin bertambah seriring dengan umur yang semakin bertambah. Insyaallah.
 
 
Masih dalam mood cuti sebenarnya. masuk office rasa lemau je. tengah mata berat, kepala pun berat tiba-tiba bos masuk. bukan masuk, tapi singgah office lagi tepat. sebab kejap sangat masuk office. pastu bukan coporate attire. santai sungguh pakaian dia hari ni. terus mata bulat gila-gila. huhu...hipokrit sungguh.oh!
 
 
apa cerita raya kurban anda? hari sabtu baru lembu-lembu yang tersebut dikorbankan di surau kampung aku. dan pagi tu, jiran sebelah rumah aku telah sampai ajal. terkejut rasanya. tak dengar pulak dia sakit. dengarnya, dia nak buka ikatan lembu lepas disembelih, lepastu dia collapse. orang-orang kat situ hantar ke hospital. sampai ke hospital, disahkan meninggal. Masih muda abang tu, dalam 30 lebih umur dia. Ajal maut tak mengira tempat dan masa kalau dah sampai waktunya. Moga-moga dia dicucuri rahmat Tuhan. Sebab abang tu rajin orangnya. kat mana-mana kenduri nampak muka dia lah yang paling awal datang.

ok, nak sambung cerita Beijing. Hari pertama iaitu hari isnin kami dibawa ke Summer Palace. Iaitu tempat istirehat maharaja ketika musim panas. sangat luas weh tempat ni. Kejap je pon kami kat sini. Cuaca agak terik, tapi sejuk je rasanya. angin yang bertiup sejuk je. Alhamdulillah.

Dari apa yang mr terry kata, maharaja telah memerintahkan pekerjanya untuk menggali tanah hinggalah menjadi tasik buatan besar gila ni. dan hasil tanah yang dikorek ni menjadi bukit kat sekeliling tasik ni.
 
Phew! zaman tu tak ada jengkaut atau pun kapal korek. ape lagi bajak kan.
 
 

Ada siapa yang faham tulisan cina tu? cer translate. yang ni sebahagian je. kan first day, aku masih malu-malu untuk bergambar sangat. hik hik
 

Yang ni antara kedai souvenier yang dijual kat situ. tapi, tak beli pon. sebab mr terry dah bagitau awal-awal jangan beli barang-barang yang dijual kat sini.





Lupa nak snap ape nama pokok ni. tapi yang bunga dia warna kuning tu sangat wangi kot. sangat-sangat wangi. macam pewangi yang kat letak kat kereta. segar je baunya.



Yang ni macam waffle. macam sedap je tengok. slurp!




ok, bye.

Thursday, October 25, 2012

Adha kembali

selamat hari raya semua!

moga2 penghayatan kita kepada sirah pengorbanan nabi ibrahim mampu membuat kita makin dekat dengan Yang Esa.

Nampaknya, warga kota dah mula meninggalkan kota. Pagi tadi pergi kerna jalan lengang. walaupun tak lengang gila, tapi agak lengang...dan aku masih bekerja. bos kata, kerja dah settle boleh balik awal. hehe...tiba-tiba aku rasa kerja aku memang dah settle! keh keh keh

Bos pon dah balik kampung. Tinggal berdua je dengan mamat tu. yang sorang ni dah balik kedah. aku jamin, mamat tu pun akan balik awal. hehe

Tadi bos tanya:

"awak balik mana? kuala selangor?"

"balik tanjong karang..."

"oh, lupa...tanjong karang la ya"

"ha'a...kampung baru ada satu...balik situ je lah"

bos senyum. dan aku tersenyum sebab teringat raya haji tahun lepas. langsung tak ada feel  nak sambut raya. sebab mak jauh. dan tahun ni, keceriaan raya haji kembali lagi. Terima kasih Allah.

Hari ni 9 zulhijjah. iaitu hari arafah. Rasul bersabda:

"Puasa pada hari arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang"-HRM

Alhamdulillah. Moga-moga dosaku terampun. Moga-moga hati ini kembali jernih.

Esok sembahyang raya, sunat pergi dan balik dari masjid melalui jalan yang berlainan.

Selamat berkorban ye! Moga-moga korban kita diterima Allah dan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak. (Bagi sesiapa yang buat korban).

Dan moga2 tahun hadapan kita punya ruang dan peluang untuk buat korban lagi dan lagi. Insyaallah, jika Allah bagi panjang umur.


p/s: Adha mengingatkan aku sesuatu.

Friday, October 19, 2012

China 3: kenderaan di Beijing


 
Selamat berhujung minggu....kejap je dah nak hujung bulan...rasa macam baru kelmarin dapat gaji. ni dah dekat hujung bulan....cepatnye!
 
Minggu depan dah raya. Yeay!!
 
Gambar kat bawah ni antara yang sempat aku snap. mula-mula macam batak jugak la nak tangkap semua benda yang aku jumpa. dah masuk hari ketiga tak larat nak menangkap lagi dah. hehe
 
untuk pengetahuan, dari penerangan tourist guide kami Beijing merupakan ibu negara bagi China yang mempunyai penduduk lebih kurang 24 juta. Malaysia pulak lebih kurang 28 juta..hmmm....
 
Di kota beijing terdapat 10 juta basikal. manakala cuma ada lebih kurang 4 juta kereta. dan beijing terkenal dengan panggilan City of Bicycle. Kalau ada motor pon, motor yang battery. tak ada guna petrol sebab nak kurangkan pollution. kiranya, petrol untuk kereta dan lori sahaja.
 
yang aku perasan, kat Beijing ni aku jumpa semua kereta2 mahal. paling kecik aku jumpa honda jazz. yang lain semua jenis kereta yang mahal. harga kereta di China lebih murah berbanding Malaysia. tetapi, harga rumah dia mahal gila. apartment yang punya 2 bilik lebih kurang RM1juta. RM ye! kalau kat malaysia, dah dapat rumah banglo sebijik atas bukit.
pengsan!
 
Sebab rumah mahal, aku memang tak jumpa rumah teres. ape lagi banglo kat beijing ni. yang ada apartment yang tinggi-tinggi.
 
Syukur alhamdulillah! Aku dilahirkan di Malaysia!
 

 












Tuesday, October 16, 2012

kongsi

mahu ke mana?
nampak segak bergaya
boleh aku ikut bersama?

dimana kau bawa hatimu
puas aku mencari tak ketemu
tolong keluar dari persembunyianmu

aku tahu hatimu telah dimiliki
tapi tak salah andai berkongsi
walau akan ada hati yang disakiti
yang penting kau harus pandai mengadili

siapa yang mahu sentiasa rasa cemburu
walau ianya tak sepahit hempedu
tapi ianya tidaklah semanis madu

wahai si dia
izinkan aku berkongsi cinta





















ehm....

Thursday, October 11, 2012

China 2: Makanan di China

assalamualaikum wbt
 
nak berkongsi sedikit makanan kat china. selama 5 hari kami kat sana, kebanyakan menu adalah sama. lagi-lagi sarapan. tak ada roti canai, nasi lemak, mihun goreng mahupun kuih muih. apatah lagi teh tarik ataupun milo suam. setiap kali sarapan, mesti minum nescafe yang rasanya cuma nescafe semata-mata. tak ada rasa manis, mahupun rasa susu atau krimer.
 
masakan kat china, memang tak ada rasa weh. kalau kat malaysia, cukup rasa manis dan masinnya. tapi kat china mimpi la semua tu. terima dan makan apa yang dihidangkan. hehe
 
kami dibawa ke restoran muslim. kat sini tak boleh was-was, kalau tak memang kebulur. kalau dia kata tu restoran muslim, maksudnya halal. owner dia adalah islam, dan tukang masak dia juga adalah islam. walaupun pelayan dia aku tak pasti islam atau tak. sebab tukang masak dia aku tengok pakai kopiah. bukan pakai topi chef.
 
mr terry kata, owner kena islam. kalau tak, tak dapat lesen  buka restoran islam.
 
 
 nasi kat china. berbeza sedikit dari malaysia punya. kalau nasi kita panjang dan kurus, tapi nasi dia pendek dan gemok. sangat la wangi. macam nasi pulut pun ada gak, melekat-lekat. selera sikit makan walaupun lauk tak ada rasa.
 
 
 yang ni lotus(bunga teratai). yang putih ti. yang hitam n hijau tu tak pasti pulak. masak ape aku tak tau. sebab aku cuma rasa lotus je. masam, manis, pedas atau masin tak rasa. huhu
 
 
 yang ni kucai tumis campur telur. kalau kat malaysia kucai biasanya campurkan dalam kueytiau. yang kat china telur yang campur kat kuchai...
 
 
 yang ni pula, capsicum atau lada benggala. kat malaysia mahal kot lada benggala ni. sebiji dalam 2-3 ringgit. sebiji je tau! kat sini dibuat sayur. murah kot lada benggala kat sini. kalau nak tau, yang ni la paling pedas kat china. orang china tak makan pedas. orang melayu yang dah biasa dengan pedas-pedas ni rasa macam tak puas je makan. huhu
 
 
 aku tak ingat yang ni ape. tapi, rasa sedap sikit la dari lauk-lauk lain. ayam ke tauhu eh?masak sos tiram.
 
 
ni fries atau kentang goreng. macam pucat je kan? tak meriah. rasanya pun tak meriah. kentang yang dipotong memanjang dan digoreng tanpa letak garam. rasa kentang 100%!
 
 
ni macam otak-otak popia kan? tapi, isi nya bukan popia tau. tapi kacang hitam. macam inti yang kat pau kacang tu.
 
 
 aku tak pasti ape name dia. tapi kat malaysia, kalau kita beli yong tau fu, kan ada tahu yang leper bentuk 4 segi tu kan? yang ni la bendanya....
 
 
 ni best sket! bebek ataupun entok ataupun orang dok selalu panggil itik. tapi ni bukan itik yang kena pulas leher sampai mati. hehe... belakang tu fishball.
yang ni, daging campur cendawan masak taucu. rasa macam taucu, tapi rupa tak ada macam taucu, taucu kita kan macam gelap sikit.

Wednesday, October 10, 2012

China 1: Malaysia di China

yang ni kat pusat jed. terpana kejap bila nampak word 'alas meja' kat sini. orang malaysia suka borong alas meja kot kat sini




yang ni kat masjid. betul-betul translate dr english. :)


orang malaysia memang dermawan


Tiba-tiba aku nampak duit Malaysia....tau kat mana?










































 
Tourist guide kami, Mr Terry kata kepercayaan sesetengah mereka, kalau bagi kat patung ni RM100, kita akan dapat RM1,000...



banyak yang belajar sebenarnya...tentang budaya, adat resam dan kepercayaan mereka. tapi, aku lagi tertarik dengan yang ini....





Thursday, October 4, 2012

indah:)



Assalamualaikum

rasa macam tak caya je. aturan Allah sangat indah! tadi kat toilet macam tak caya dapat jumpa sorang akak yang sama-sama join trip ke beijing. berpeluk sakan! baiknya Allah...Alhamdulillah...disaat aku rindu pada mereka dan kenangan di beijing. walaupun baru 4 hari berpisah. ukhwah ini sangat indah!

 
 

Wednesday, October 3, 2012

cuti seminggu


minggu lepas, bermusafir ke beijing, china. ringkasnya, aku boleh kata beijing best! tapi tak nak datang lagi.
kalau ada yang belanja, nak la datang.
kalau guna duit sendiri, tak kot. pergi tempat lain pulak.
korea ok gak...jumpa oppa! hehe
trip ni bos yang belanja. terima kasih bos!
alhamdulillah...tengok kebesaran ciptaan Tuhan di tempat lain.
islam di sana sangat minoriti. hanya beberapa perempuan yang aku lihat bertudung. tak sampai 10 perempuan.

menariknya, walaupun beijing, penduduk islam tak sampai 10% tetapi kat sana tak ada casino. kenapa malaysia yang dikatakan negara islam punya casino yang besar dan sangat popular.
persoalan yang ditanya oleh tourist guide kami yang beragama buddha.

lepas cuti seminggu, file atas meja menimbun. oh! sangat menimbun.
dikepala berlegar-legar nama client yang kena settlekan documents.
telefon dok berdering pass kat aku.

oh! nak resign boleh?hehe


Thursday, September 20, 2012

tolong dekat

kadang rasa tak fokus. apa yang dibuat serba tak kena. sebelum cuti ni makin bertambah tekanan yang dialami. abah admit lagi. kali ni kat HKL. tak tau bila boleh keluar.

tekanan kerja yang bertambah lebih 2 kali ganda dari yang biasa. tekanan untuk seminggu  tika aku bercuti nanti. bercuti? mungkin jasad yang bercuti. tapi otak dan fikiran pasti tertinggal di shah alam, malaysia.

oh! rasa macam nak resign. tapi lepas bercuti. boleh gitu?

untuk kesekian kalinya...aku terasa aku membalas tuba pada yang beri susu pada ku. adilkah aku? melampau kah aku?

oh! maafkan aku. aku tidak sengaja. tapi, ianya masih lagi berlaku. dan aku tidak malu untuk berjanji untuk tidak mengulangi nya.

Tuhan! ampunkan aku. jauhnya aku dengan Mu...manusia pun menjauhi aku...
Aku yang berlari menjauhi Mu dengan bayangan imaginasi dunia yang indah.
dan aku tidak akan pernah malu untuk meminta ampun dan bersumpah tidak akan mengulangi nya.

Tuhan! Sakitnya rasa bila manusia menjauhi ku.
Pedihnya rasa bila aibku terbuka dan terus terbuka.
tapi, sakit lagi kalau Kau menjauhi aku.
atau aku yang menjauhi Mu

Oh Tuhan! Dekatkan aku dengan Mu
Dekat kan wahai Tuhan
Ampunkan aku wahai Tuhan

Thursday, August 30, 2012

Selamat hari raya

Assalamualaikum wbt

Terlebih dahulu, rasanya masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Banyak benda nak cerita sebenarnya. tapi, biarlah dipendamkan dulu.
kekangan masa yang agak menghantui.

Terima kasih pada kamu, dan kamu yang sudi menjenguk sini walau tiada sesuatu yang baru untuk ditatapi.

Hujung bulan ni, akan meninggalkan Malaysia.
Untuk melihat sesuatu yang baru
Untuk merasai sesuatu yang aku tak tahu
Untuk mendapatkan sesuatu yang aku terlalu mahu
Walaupun hanya seminggu

Mohon doa kalian agar nikmat yang aku dapat akan menambahkan iman
agar nikmat ini akan membuat aku makin dekat dengan Tuhan

Sejak dua menjak ini agak sibuk menghadiri kenduri sahabat handai.
Mereka makin ramai yang dah berteman
dan ramai juga yang masih berseorangan
termasuk aku
woha!

Thursday, August 2, 2012

biskut raya

Assalamualaikum

dah hampir pertengahan ramadhan. cepat masa berlalu. mungkin kerana sibuk dengan kesibukan dunia yang tak terbatas. ditambah lagi dengan hati rapuh yang mudah tergoncang dengan dunia hingga kadangkala membiarkan ramadhan pergi berlalu saja.

hari sabtu mengajar tusyen akaun form 5 untuk 5 student yang bersemangat untuk belajar akaun. dan aku pon semangat mengajar. mereka sporting dan seronok didampingi. dan sepanjang ramadhan ni mendapat tempahan popia yang berbondong-bondong. sebab aku seorang yang menggulung popia tu, jadi aku rasa begitu berbondong-bondong tempahan yang diterima. Alhamdulillah.

plan mulanya nak jual kat cikgu sekolah kak aku. dan kak aku bagi tester kat kawan2 cikgu kat sekolah dia. tak sangka ramai pulak yang menempah. sedap katanya! yeah! memang sedap. sebab bukan aku yang buat. sebab mak yang buat. dan sebab Allah yang bagi sedap. aku keluarkan modal untuk buat inti dan bagi mak. selebihnya aku yang buat sehingga menjadi popia. rasa-rasanya kalau tak dan nak siapkan, harus lah ambil cuti. huhu

dan tahun ni langsung tak ada mood nak buat biskut raya. tak tahu kemana menghilangnya semangat itu. ke laut cina selatan mungkin. tahun lepas macam nak gila je buat kuih raya. berjenis-jenis dicuba. tapi tahun ni? ada 2 jenis je yang terbayang dalam kepala otak aku. iaitu cookies ala famous amos ngan frambozen. cookies ala famous amos tu agak selalu buat walaupun bukan time raya. sebab ianya sedap dan sangat diminati ramai. terutama anak-anak buah aku. bukan sebab aku teror buat, tapi coklat cip dan badam membuatkan ianya menggamit nak lagi dan lagi.

frambozen ni pulak macam dah mengidam dah rasanya. sangat la teringin nak makan sebab tengok kat kak ita punya blog. jadinya, kena la buat untuk tahu rasa nya macam mana.
masih banyak yang perlu dilakukan. harap2 diberi kesempatan melangsaikan semuanya sebelum meninggalkan dan ditinggalkan.

Tuhan! ampuni dosa dan kelalaian ku. Berkati umur ku, dan murahkan rezeki ku.
Tuhan! ampuni dosa dan kealpaan ibu bapaku, adik beradik ku, sahabat2 ku, guru2 ku, anak-anak muridku, ahli keluarga ku dan seluruh umat islam yang mengimani Mu yang sudah pergi menemui Mu dan yang masih hidup di dunia ini.

Terima amalan kami dan sampaikan kami dengan lailatul qadar.

aamin...

Tuesday, July 24, 2012

penghargaan

penghargaan

bukanlah minta untuk dihargai manusia
kerna yang menilai Allah jua

sayu bila membaca kata-kata dia
sungguh! aku dianggap yang berkepentingan

harapan dia ku ngerti sungguh meninggi
dan aku cuba untuk melunaskan harapan itu

dan aku terima itu semua
dikala aku lali dengan rungutan ku sendiri
dikala kebosanan membelenggu diri
dikala aku rasa ingin lari dari sini
dikala aku perasan ditinggalkan
dikala aku lupa meminta ucap terima kasih

dan dikala aku mula letih
letih dengan pengharapan perhargaan manusia
dan aku hanya berharap Tuhan yang akan menilai
dan aku hanya berdoa Tuhan yang akan membalas

dikala itu aku mula mendapat apa yang aku mahu selama ini
dan aku menjangka yang Tuhan mula menilaiku
melalui manusia-manusi sekelilingku

Terima kasih Tuhan
Syukur pada Mu Tuhan
beri aku peluang merasa dihargai oleh Mu

moga-moga syukur ku bertambah
seperti mana bertambahnya nikmat Mu

aku berterima kasih pada dia
kerna memberiku luar jangkaanku
untuk itu, aku berdoa pada Dia
agar dimurahkan rezeki dia
agar ditambahkan iman dia
agar didekatkan dia pada Dia

Terima kasih Ya Allah
aku rasa bertuah!

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan yang dinanti

menghitung hari

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Selamat menyambut bulan penuh kemuliaan kepada kamu, dia dan mereka. Kemaafan ku pohon buat kamu, dia dan mereka atas kepincangan dan keterlanjuran ku selama ini. Maafkan aku ya!

Ramadhan kali ini harapnya adalah yang terkahir aku berseorangan. Walaupun setiap tahun itulah harapanku, aku tak pernah berhenti berharap sehingga ianya dimakbulkan. InsyaAllah...mana tahu, ramadhan tahun depan bukan saja berdua tapi bertiga. woha!

Ramadhan ini marilah sama-sama kita mengkhatamkan al-quran. Kalau boleh, sebulan ni minimia khatam walau sekali. Ada sahabat bagi formula bagaimana nak khatam quran selama sebulan.

Ada 30 juzuk, dan 30 hari dalam bulan ramadhan. Jadinya:

1 hari =  1 juzuk
1 juzuk  =  20 muka surat

1 hari  =  5 waktu solat
1 waktu solat  =  4 muka surat

InsyaAllah, dapatlah khatam. tapi, bagi makhluk-makhluk yang Allah sayang (perempuan) yang tak dapat puasa penuh 30 hari, boleh la membaca quran selain selepas waktu solat. cover siap2 baca lebih dari 1 juzuk sehari untuk memastikan dapat dikhatamkan juga bacaan Al-quran. InsyaAllah...

Sebab bulan ramadhan adalah bulan diturunkan Al quran, marilah kita meraikan alquran yang jarang-jarang kita baca. dan marilah juga kita membaca tafsiran dan memahami isi ayat-ayat Allah.

Ramadhan ini, moga-moga kita semua mendapat pengampunan Nya!
Allahumma balighna fi ramadhan....amin

Untuk amal yang sering diabaikan sepanjang 11 bulan yang lepas, marilah amalkan mulai sekarang dan istiqamah untuk ramadhan dan hari-hari yang seterusnya...

Untuk sedekah yang jarang dihulurkan, marilah bersedekah dengan istiqamahnya mulai sekarang, esok dan masa akan datang.

Untuk semua, jadikan ramadhan sebagai platform untuk lebih dalam membuat amalan, harus istiqamah ya! InsyaAllah...


p/s: Cintaku di Bandar Tasik Selatan. huhu....Setiap sabtu aku perlu ke Bandar Tasik Selatan untuk mendapatkan cinta mungkin. :-)

p/ss: Bazar mana yang best untuk dijelajahi? Shah Alam banyak sangat bazar hingga tak tercapai wang ringgit akal ku!

Monday, July 16, 2012

usang

rumah itu
ku langkahi jua ke sana
walau hati tidak rela
kerana kemanusiaan yang meraja
ku tepis rasa tak suka

tubuh itu
kasihan sungguh melihat dia
ego yang membuat dia merana
kesilapan semalam yang membuat serba tak kena
satu persatu ujian yang menimpa

hati itu
semakin sensitif jadinya
mungkin kerana peningkatan usia
atau mungkin dia sudah menyesalinya
mungkin juga dihujung nyawa
satu persatu membuat dia hiba
membiar mengalir air mata

hati ini
walau pun tak suka
perlu dilaksana juga
kerna aku bukan siapa-siapa
dia yang banyak jasa
dia yang aku kena jaga

Friday, July 13, 2012

kosong...kosong

kau berkecil hati dengan aku?
sebab semalam aku acuh tak acuh dengan kau
sebab semalam aku tak fokus bila bercakap dengan kau
sebab semalam aku tak faham apa yang kau kata
dan sebab semalam aku bagi jawapan entah apa-apa

kau berkceil hati dengan aku?
atau mungkin kau bengang dengan aku

maaf ye!
semalam aku memang tak faham
tak faham apa yang aku kata
dan lagi tak faham apa yang kau kata
dan aku tak fokus

maaf ye!
aku rasa kau dah penat cakap dengan aku
atau mungkin kau dah bosan

kebelakangan ni aku seolah tak fokus
seolah bukan berpijak di bumi nyata
banyak yang berlegar di fikiran
banyak yang aku tinggalkan

tolong jangan bosan dengan aku
tolong jangan penat dengan aku
walaupun aku bukan kesayangan kau
tapi kau adalah kesayangan aku

dan sekarang aku rasa kosong...kosong

ada berapa kosong?

Friday, June 29, 2012

lelah

aku akui kadang aku cukup lelah dengan kerja seharian di pejabat. mencuba untuk tidak mengeluh, namun kadang aku tewas. kerna aku kadang cukup bingung untuk menyelesaikan yang mana satu. bukan sekali tapi berkali-kali susunan kerja ku di kacau oleh kerja lain yang tiba-tiba datang dan kena tiba-tiba pergi. sudahnya, susunan yang disusun kembali tidak tersusun.

dulu, aku rasa aku berkebolehan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. masa aku di uitm, aku penah buat part time mengajar tusyen. dalam 3 sem juga aku mengajar di putra height selama 2-3 hari seminggu. tika itu, pelajaranku meningkat berbanding sem yang aku sudah tidah mengajar. walaupun aku bukan kategori dean list. oh! tapi ianya meningkat. tetapi kebolehan itu sudah lenyap ku kira. sekarang ni aku merasakan yang aku begitu cepat lelah untuk menyelesaikan tugas.

pernah sekali beritahu (mengadu sebenarnya) pada bos yang aku terasa cukup penat dengan seorang klien yang selalu sangat nak cepat dengan apa yang dia nak. dia mendesak. maaf! aku tak suka didesak dan dipaksa. dan tika itu ada beberapa job klien lain yang aku perlu segerakan. dan bos tidak mendesak aku untuk mendahului dia. bos minta aku bagitahu pada klien yang job tersebut tak dapat siapkan esok. lusa mungkin. adakah aku ni gila kalau aku beritahu macam tu pada klien? tapi bos aku tak gila mencadangkan sedemikian. cumanya, aku tak sampai hati! aku cuba siapkan, dan terpaksa ketepikan yang lain.

dan sebenarnya, deadline untuk aku dan lain-lain bagi semua audit report yang telah dibahagikan kepada kami adalah minggu lepas. dan bos beri peluang hingga hujung june. dan ianya adalah hari ni! bos tak mendesak. sekali lagi, bos bukan jenis pendesak. cumanya, aku faham dia memang menginginkan semua report tu mestilah diserahkan sebelum julai menjelma. Alhamdulillah! Allah bagi aku dan mereka sempat menyiapkan hari ni. pagi tadi aku datang office macam orang gomen masuk office yang paling awal. hari ni je, aku dapat siapkan dua report company dalam sehari. sebenarnya, edit dan tambah sikit-sikit je. hehe

job list yang aku buat masih panjang. mungkin ramadhan nanti baru boleh tarik nafas lega kerna hanya baki-baki job yang tak berapa nak banyak je tinggal. jadi, kena berusaha untuk siapkan sebelum ramadhan tiba. biarlah malam ku terisi dengan ibadah dan zikrullah. bukan keletihan hingga lenaku panjang meninggalkan malam barakah pergi begitu saja.

tadi, teman abah buat dialisis. sambil-sambil tu, bersembang dengan seorang pakcik. dah 8 tahun dia buat dialisis. dia cerita, dia tak bekerja. kalau dah buat dialisis siapa yang ambil bekerja? seminggu saja, 3 kali kena buat. setiap kali adalah 3 jam. dan badan tak berapa nak kuat untuk bekerja kuat. air pula tak boleh minum lebih dari 500ml sehari. aku tanya, jadinya pakcik sekarang dapat pencenla ye?
dia kata, kerja dengan orang cina mana ada pencen. lainlah kalau gomen. nak kerja tak boleh, sakit. alhamdulillah dapat zakat, tampunglah serba sedikit kehidupan.

tahu tak apa yang aku rasa tika itu? aku telah mendustakan nikmat Tuhan ku. aku lelah dengan kerja banyak walhal aku mampu untuk bekerja. dan pakcik tu nak bekerja menampung keluarga tapi tak mampu nak bekerja.

pusat dialisis aku kira untuk golongan emas. rupanya gadis remaja seperti aku malah kanak-kanak juga ada yang buat dialisis. pakcik tu kata kadang penyakit keturunan. oh! mereka terbatas, tapi aku bebas dan aku tak sudah-sudah mengeluh penat.

dari saat itu, aku berjanji pada diri sendiri. akan ku hargai nikmat sihat yang Dia beri. sungguh! sihat itu memang nikmat yang selalu diabaikan.


Thursday, June 28, 2012

lulus!

ada satu berita tak best
hari selasa masa on the way nak balik kampung
sebab ada belajar kereta lagi 2jam
aku kena saman dengan polis trafik
sebab tak bawak roadtax motor
aku dah merayu minta jangan saman
sebab biasanya aku terlepas
kali ni je aku tak boleh lepas
huhu
pakcik yang ajar kereta tu kata
kena saman dalam rm100
tak boleh kurang ke pakcik?
ikut budi bicara pegawai polis
awak punya kes akta 257 (seingat aku pakcik tu kata cam tu)
erk? pe benda tu?
257 sebab gagal menunjukkan cukai jalan
hebat pakcik tau semua tu
dulu pakcik polis trafik
tahun 2004 pencen
patutla...

ada satu berita gembira
saya lulus lesen kereta!
yeay! alhamdulillah
paling cuak mestilah kat bukit
bila lepas bukit, rasa konfiden nak test jalan raya
dan pegawai jpj sempat tidur berdengkur
masa aku bawak kereta tu
penat + boring sebab aku calon yang ke 27

mak buatkan bubur merah
orang jawa akan buat merah sebagai tanda kesyukuran
mungkin orang lain ada buat juga
contoh macam dapat naik pangkat
tercapai sesuatu hajat
menyambut hari lahir
atau menerima berita gembira














yang ni pak cik mat gebu punye...pakcik, maafkan saya copy paste....
tapi, yang pakcik mat gebu buat guna beras pulut, mak biasa buat beras biasa.

biasanya kalau balik rumah
mak buat bubur merah
pasti akan tanya kat mak
ada berita gembira apa mak?

abah kena dialisis hari isnin
esok mak jaga abah
sebab masa emak tengok  abah
abah macam tak bagi mak balik

masa tengok abah hari selasa petang
ada satu kematian
satu rasa menyusup jiwa
hati menggeletar
oh! kematian itu satu pemisahan
selamat tinggal dunia
moga2 aku mengambil iktibar atas kematian itu

masa orang hospital nak bawa keluar mayat
kitorang dah nak balik
tapi mak suruh tunggu dulu
bagi mayat lepas dulu
mak kata orang-orang tua tak bagi kita mendahului mayat
biar kita dibelakang mayat
mungkin sebab nak menghormati mayat

dan rupanya
katil sebelah abah sedara kami
pakcik tu sepupu dengan abang ipar abah
sedara jauh
tapi ada pertalian
oh! kecilnya dunia

Monday, June 25, 2012

lupa pada Tuhan

banyak yang menguji kesabaran
dan juga didada tentang keimanan

ujian itu menghapus dosa
oh! banyak nya dosa
hingga tak sudah-sudah diduga

moga-moga bila ruh ini kembali
kepada Pencipta abadi
kuranglah dosa yang menyeliputi
diterima dengan senang hati
disambut dengan redha yang meninggi

namun kadang hati merasakan
kesusahan itu kerana solat yang diringankan
hingga Tuhan meninggalkan tanpa pertolongan
kerana aku lupa pada Tuhan
dan kadang sengaja meninggalkan Tuhan
walau aku tahu hanya Tuhan yang akan memberi bantuan

Tuhan
dosaku minta diampunkan
rahmat Mu aku sangat butuhkan
maghfirah Mu yang akan menghapuskan
segala dosa yang terpalit seluat lautan

aku yang lupa pada Tuhan
hingga aku terasa ditinggalkan
hingga aku rasa tidak dipedulikan
hingga aku terasa terlalu menyesakkan

maafkan aku Tuhan
ampuni ku Tuhan
beri pengampunan Mu Tuhan
aku memohon Tuhan

Thursday, June 21, 2012

tolong ya Allah

tengah hari tadi lepas jadi runner terus pergi hospital
mak tak ada
pergi surau katanya
lama tunggu, last2 pergi surau nak jumpa mak

telefon mak dari tadi tak angkat
tak dengar kot
dan handphone aku tercicir kat hospital
aku bawak toto untuk mak
sambil bawak beg yang agak berat dengan dokumen nak bawak balik ke pejabat
stop kat tepi sebelum naik lif ke wad
rasa-rasa letak handphone kat para
then lupa nak ambil balik
bila aku cek balik dah tak ada
oh! malas nak fikir pasal handphone
kena beli handphone baru
pinjam anak buah punya dulu
sebelum handphone aku beli baru
sebab adik beradik follow up keadaan abah kat aku
sehari kadang2 sampai berkali-kali kakak aku kat JB mesej tanya abah macam mana
padahal aku baru bagitau
aku faham
dia jauh
risau dia lebih tinggi
dan aku yang terdekat
dan yang bujang
senang aku gerak ke hospital

ajak mak makan
tapi mak dah makan
sorang-sorang? kesiannya mak
kan dah kata, tengah hari aku datang
bawak makanan untuk mak
mak tak payah susah-susah beli kat kantin
jauh
mak kata sebab mak nak mandi, tukar baju dan solat
situ wad lelaki
mak tak selesa dan macam tak patut
aku lapar
aku beli makanan lebih untuk aku dengan mak
abang ipar aku datang
aku suruh dia makan juga
sebab mak dah kenyang
aku habiskan juga nasi dan lauk
sebab mahal gila!
aku beli kat seksyen 18 lepas hantar dokumen ke klien
paru + udang sambal RM7
gila mahal!
tak banyak pon aku ambek

mak kata pagi tadi mak beli sarapan
turun tangga dan naik tangga
wad 8 tau
maknanya mak naik tangga sampai tingkat 8
mak kata kaki mak bengkak
kesian mak!
mak kata tak tahu nak guna lif
aku ajar mak tekan butang lif
tapi mak takut tak leh keluar dari lif
masa tu tak ada orang naik tak ada orang turun
jadinya mak guna tangga

dulu masa kat uitm
kalau naik tangga kat menara
masa lif rosak
atau ramai gila orang
dan kelas nak mula
sebab lecturer jenis ontime
kelas kat level 7
sampai level 5 dah menggigil kepala lutut
aku masih muda
tenaga masih kuat

ni mak
yang dah melangkaui separuh abad
kesian sangat kat mak
rasa nak nangis

mak kuat ye!
jaga orang sakit kena kuat luar dan dalam

tapi mak sabar
layan abah
layan semua

oh mak!
perlu tak aku ambil cuti?
dikala kerja di office yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi
oh!

beri sabar yang tinggi pada mak ya Allah
beri kesihatan yang bik kepada abah ya Allah
beri kekuatan yang kuat pada aku ya Allah
tolong Ya Allah

Wednesday, June 20, 2012

admit ward

abah kena admit ward kat HTAR
3pg tadi abah call mak sakit dada
lebih kurang 3.30 mak ngan abang bawa abah gi hospital tanjong karang
nak bawa ke sg buloh
tapi tak ada specialist untuk jantung

tadi minta half day
pagi tadi pergi HTAR ngan kakak
mula2 ingat tak ada yang urgent kat office
dah ondaway baru ingat
ada profil yang bos nak kena hantar pagi ni
dan aku yang sepatutnya prepare benda tu
sebab dari awal aku yang buat
aku yang lebih faham susunannya

dengar cerita pagi tadi sibuk kat pejabat
masing-masing memainkan peranan

start esok apply time off time lunch hour
moga2 abah sehat seperti sediakala
dan mak dikurniakan sabar yang tinggi

Monday, June 18, 2012

subhanallah

sambil tunggu pakcik yang mengajar memandu

awak shafikah ke?
tak. saya fauzeah
siapa yang mengajar awak?
saya tak tahu nama. tapi pakcik tu dah tua
tua macam saya?
tak.
oh, saya ni muda la ye
awak muda sikit dari pakcik tu

lambat la pakcik tu, saya belajar ngan awak boleh?
tak boleh. nanti ganggu jadual pakcik tu dan saya
oh, tak pe la.
janji ni melibatkan perasaan
maksudnya? saya tak paham
menunggu, sakit hati bila dimungkiri, kecewa
oh...ape-ape je lah

awak cikgu ye?
tak
usatazah?
pun tak. saya akauntan
kerja mana?
shah alam
jauhnya amek kat sini
senang balik kampung sekali
anak tinggal dengan siapa?
saya tak kahwin lagi.
tak menjawab soalan, tapi jawapan tu betul
eh? apa-apa je lah

sementara awak tunggu pakcik tu, apa kata awak berzikir
eh?ok...
awak tahu tak, zikir subhanallah tu lebih baik dari dunia dan seisinya
ohhh...
cukuplah sekali awak ucap subhanallah dengan ikhlas, tu yang lebih baik
awak tahu kenapa zikir subhanallah lebih baik?
tak tahu. nape?
sebab bila hari kiamat nanti, bumi dan seisinya akan musnah, tapi kalimah subhanallah takkan musnah. sebab tu kalimah tu lebih baik dari dunia dan seisinya.
oh....ok la, pakcik tu dah sampai. terima kasih

Thursday, June 14, 2012

rumah atau kereta dulu?

kebelakangan ni jarang balik petang.
selalu balik malam. kerja banyak sikit.
semalam, ingat nak siapkan kerja yang agak bertimbun.
bos balik lambat gak.
cerita pasal 1 klien nak beli properties.
lalu, bos menasihati ku layaknya sebagai seorang abang.

nanti, kalau awak nak beli rumah, contact la dia.
kenapa?nanti dapat harga best eh?
tak la harga best, tapi dia tahu mana developer yang ok atau tak.
sebab dia kerja bahagian properties
dia boleh advice mana developer yang ok, dan mana developer yang ada bad record
tak la nanti, ada kes rumah tak siap tapi bayaran dah buat.
oooo.....
lagipun sekarang ni, kerajaan dah buat sesuatu
developer kena siapkan rumah dulu baru pembeli buat bayaran
sebelum ni, lulus je loan, terus buat payment monthly
walaupun rumah tak pacak tiang pon lagi.
kalau macam tu bos, tak ada la modal developer nak rolling
sebab tu developer yang besar-besar je boleh buat projek
diorang dah ada modal sedia ada
kita bayar deposit, dan akan buat payment monthly bila rumah dah siap
insyaAllah, 2015 kita pindah office.

bos rasa, beli rumah dulu ke kereta dulu?
ikut individu. kereta pun satu keperluan juga.
nak beli rumah, kena kumpul deposit dulu.
tapi, mula-mula kerja tak payah beli kereta besar-besar
kereta kecik-kecik je. asal boleh pakai
saya dulu pun, mula-mula beli kereta saga
member2 yang kerja bank bawak wira
masa tu, bawak wira dah kira hebat sangat.
kalau sanggup bawak motor apa salahnya
yang penting ada saving
kereta besar, tapi tak ada saving tak guna juga
dah 5-6 tahun kerja beli lah rumah.
jangan umur dah 40 baru sibuk beli rumah

ooooo....cam tu, kawen dengan orang kaya je lah
huk huk
tu pun kalau ada orang kaya nak la...
hehe

25hb ni ada test jpj
saya nak minta cuti 24 dan 25
boleh tak bos?
24 saya ada belajar lagi 2 jam
awak tak ada lesen kereta lagi rupanya
tak ada...ni pun L saya nak mati dah
fobia la amek lesen ni
ok, tapi kalau boleh settle kan dulu part awak
ok bos. thanks:)

Wednesday, June 13, 2012

jawa

office sebelah buat jamuan.
ulangtahun office diorang yang ke-7...lama tu...
kalau ada anak, dah masuk darjah satu.
kak liza, seorang dari staff tu dah 6 tahun kerja situ.
memang lama.
office sebelah office lawyer.
staff semua perempuan.
bos je yang lelaki.
masa makan tadi, bos lawyer ngan kawan dia ada sekali.
segan, tapi lama-lama tak segan dah.
bercerita tentang jawa.
"saya orang jawa!"
paling best, lawyer tu kata orang jawa ni rajin, kuat kerja
"tapi saya tak rajin"
dan tanjong karang adalah the best place nak tengok sawah padi.
"tapi rumah saya bukan sawah, tapi sawit"
kat parit dan batas macam-macam ada
kangkung, ubi, jagung
"tapi, parit jawa bukan di tanjong karang"
siapa yang ada sawit, kaya sekarang. sebab harga sawit tinggi
"tapi, sekarang ni hasil sawit dah kurang"
orang jawa, suka makan tempe dan muka licin
kawan bos tanya "awak tak suka makan tempe eh?"
erk?
ada satu perkataan jawa iaitu 'amok' dalam kamus english

rupanya, kawan bos lawyer adalah jiran bos saya.
ingatkan, tak nak bagitahu kat bos yang kitorang makan kat sebelah.
tapi, kawan bos lawyer suruh kirimsalam ngan bos saya.
dan bos lawyer bagi kek untuk bos saya dan mamat.

ha ha ha....
kecil rupanya dunia ni.
kawan bos lawyer orang singapore
dia tanya saya jawa halus atau jawa kasar
saya tak tahu, yang saya tahu saya jawa totok
dan bos lawyer tu orang jawa juga.
:):)
orang jawa memang suka bagi makan
sebab office sebelah ni setiap tahun akan buat jamuan raya.
dah 2kali ikut jamuan raya diorang.
tahun ni insyaAllah dah masuk 3 kali.
oh! hampir 3raya saya disini.
InsyaAllah sampai raya ketiga.

Tuesday, June 12, 2012

biasa-biasa je

ada seorang anak buah aku yang akan ambil upsr tahun ni. satu malam, dia tengah siapkan homework BM setelah 2 minggu bercuti dan berseronok. sambil, aku tengok mentor yang entah apa-apa. tak ada channel lain, yang lain tak menarik minat. tak tau nak buat apa.

tiba-tiba,

"mak fau, apa perkataan yang berlawan dengan 'teruja'?"

"ermm.....'biasa-biasa je' kot!"

kah kah kah!

Friday, June 8, 2012

sakit

pergi JAIS Shah Alam.
sebagai seorang petugas dibahagian kaunter kau tak patut memegang telefon dan menggunakannya ketika bertugas. dan aku terpaksa tunggu kau menyudahkan sms kau dan kau menyengih dengan aku tanya apa yang aku nak. tak ad attitude langsung!!!! dan kau tak fokus apa yang aku nak lalu kau memberi tahu level yang salah pada aku!

dah la level salah, sampai level tu tekan loceng banyak kali tak ada yang keluar. padahal aku nampak ada sorang minah kat dalam tu. apa salah nya kau angkat tangan tanda kau minta aku tunggu sebentar sementara kau menjawab panggilan telefon. aku boleh tunggu. ni kau buat derk je! bikin hati panas.

lepas tu, datang seorang pegawai dari luar memberitahu yang aku salah level. memang panas!!!

istighfar banyak kali.....

masuk office, bertambah panas. aircond rosak! dari hari rabu aku telefon orang yang boleh repair aircond. dia kata hari khamis. tunggu semalam tak sampai. call lagi, dia kata pagi jumaat. pagi tadi masih tak sampai. call lagi tak berangkat. rasa macam ape je. hampeh betul!

bila dapat call, dia kata lepas jumaat. ni bukan lepas jumaat lagi dah. orang yang pergi solat asar kat masjid pun dah balik, masih tak datang. call lagi, tak berangkat! apa lah sebab kau ni. kot ye pon tak boleh datang bagitau lah. kau memang buat aku beranggapan yang kau ni berniaga memang tak bersungguh!

telefon pos malaysia nak trace documents, dari tadi dok sibuk je pegawai khidmat pelanggan.
huarghhhh! nak balik sekarang. tiba-tiba rasa sakit!

Thursday, June 7, 2012

cuti dan bercuti

dah masuk bulan 6. Allah...cepatnya masa berlalu. dah nak berakhir first half of 2012. timbunan kerja yang kadang membuat hari jumaat seperti baru semalam, dah esok dah berjumpa jumaat lagi.

working days office aku hanya hari isnin sampai jumaat. dan sabtu cuti. jadinya, tahun ni annual leave bertambah 2 hari dek kerana hari wesak dan ulangtahun keputraan sultan jatuh pada hari sabtu.

polisi company aku, boleh brought forward cuti tahun lepas yang tak habis ke tahun ini. tapi, maksimum 5 hari je. tahun lepas, ada lagi baki cuti 2 hari. annual leave untuk aku adalah 14 hari. maksudnya, tahun ni aku mempunyai cuti untuk dihabiskan adalah 18 hari.

dan tahun ni aku ambil cuti 2 hari je. sehari demam, sehari lagi aku balik kampung lepas motor hilang.
dan annual leave aku ada 17 hari. agak banyak. tapi, aku tak tahu bila kau harus cuti. hopefully lepas raya aku boleh ambil cuti.

nak pergi berjalan sebenarnya. kalau tak pun, nak duduk kampung. nak pergi pasar isnin ngan mak.

sekarang ni, adalah peak period. aku cuba nak minta cuti. tapi, baru nak hantar borang ada job datang. mungkin sekarang ni tak boleh. lepas raya lega sikit kot. sebab ada budak praktikal akan masuk. at least ada someone yang boleh takeover kerja aku.

semalam, cerita pasal cuti dengan En Z. dia baru lepas balik bercuti dari beijing. dia kata, best sangat! dapat tengok budaya orang lain. dapat menyaksikan indah ciptaan Tuhan. dan dia tanya aku, negara mana yang best untuk next destination. mestilah aku jawab Korea! teringin ok nak pergi sana. sebab selalu tengok cerita korea, aku rasa korea ni sangat la cantek!

kena kumpul duit ni. dan kena kumpul cuti. hehe....

Wednesday, June 6, 2012

awak tahu tak?

Tau sesuatu tak? kadang saya terasa sungguh sakit bila sms saya tak awak balas. Kadang saya terasa sakit bila mana awak tidak mengendahkan saya. Saya tahu, saya kadang merimaskan awak. Tapi, awak tahu tak saya nak perhatian dari awak. Saya sanggup buat apa yang awak suruh saya. Saya selalu ingatkan awak. Saya sanggup menipu dan beralasan dengan orang lain asalkan awak tahu saya sentiasa ada untuk awak disaat awak perlukan saya.

Awak tahu tak, berapa ramai yang terluka sebab saya selalu lebihkan awak hampir setiap hal dalam kehidupan saya. Saya tahu tentang itu. Tapi saya tak pedulikan. Awak tau beta excited nya saya bila awak sms saya ajak jumpa. Saya tunggu awak reply sms saya. Dan betapa lebarnya senyuman saya bila bangun pagi check handphone ada sms dari awak.

Awak tahu tak, saya sanggup ketepikan geram saya bila awak tak reply sms saya. Kadang saya bengang. Teramat bengang. Beriya saya sms awak lambat sangat nak reply. Kadang saya terasa sakit sangat bila nak menunggu awak sms saya. Sibuk sangat ke awak?

Awak tahu tak, saya sanggup buat alasan kat orang lain yang saya ada hal bila awak ajak saya keluar. Dan awak sedar tak saya cuba untuk kata tidak kat awak setiap kali awak kata nak ajak jumpa. Bukan kawan-kawan yang lain je yang saya bagi alasan. Dengan bos pon pernah wak. Sampaikan saya tak kisah kalau bos marah saya sebab masuk kerja lambat. Saya simpan kecuakan saya dengan bos semata-mata saya tak nak hampakan awak. Bukan senang nak keluar ngan awak.

Tapi awak, kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak seolah tak beria dengan saya? Maksud saya, kenapa senang-senang awak cancel kan nak jumpa saya? Tanpa awak bagi kata putus. Boleh tak kalau kata tak, kalau ianya benar-benar “tak”. Saya tunggu awak reply sms saya. Awak langsung tak reply. Kata “maaf” apatah lagi. Awak tau, saya dah cancelkan semua aktiviti saya pada hari tu, sebab saya nak pergi dengan awak.

Awak tahu, bila saya jumpa kawan baru saya rasa awak lah kawan yang terbaik dalam hidup saya. Dan saya akan menceritakan dengan mereka yang saya punya seorang sahabat yang begitu baik. Awak terlalu baik. Dan saya takkan lupa itu.

Dan awak tahu tak, saya rasa sangat sakit bila awak tinggalkan saya tanpa kata-kata dari awak. Awak kata awak nak tunggu saya, tapi bila saya tiba awak dah pergi. Sedihnya hati saya. Tak tahu nak kata apa.

Tapi, boleh saya Tanya sesuatu? Kenapa sejak akhir-akhir ni mudah sangat saya terluka dengan sikap awak? Hati saya yang semakin cengeng? Atau hati saya dah tak tahan dengan kesakitan yang awak beri pada saya.

Saya ke yang salah bila saya tak cuba memahami kesibukan awak? Saya ke yang salah bila saya terus menerus menunggu awak? Saya ke yang salah bila saya menidakkan hati saya untuk menghamburkan kegeraman saya pada awak.

Saya rasa saya yang salah. Sebab saya membiarkan hati saya disakiti. Sampai ke hari ini saya tunggu awak sms saya menyatakan maaf. Tetapi, hampa. Susah sangat ke nak menyatakan maaf? Saya menangis sepanjang perjalanan tempoh hari sebab awak membuat saya tertunggu-tunggu. Hingga ke hari ini, awak masih lagi tak sms saya. Walau hanya perkataan maaf.

Awak, saya tak minta kemaafan semata dari awak. Tapi cukuplah andai awak cuba faham betapa saya sakit. Untuk setiap kesakitan yang awak beri selama ini yang saya cuba pendamkan mungkin akan hilang dengan kata maaf dari awak. Sekurangnya saya tahu yang awak masih memerlukan saya.


19.12.2011

Tuesday, June 5, 2012

rawan

dia akan pergi dariku
selamanya dia bukan milikku
aku tiada hak untuk memiliki dia selalu
kerna semua yang ada milik Tuhanku

untuk cinta yang akan dibawa pergi
pergilah kau bersama mimpi-mimpi
anganan imaginasi yang bukan realiti
pergi bersama kepingan serpihan hati

biar cerita cinta itu tertanam di kuburan
tiada siapa yang tahu apa yang berlegar difikiran
mereka hanya melihat sekadar luaran
sedang hati berselubung sedih dan rawan

hati ini terluka lagi
Tuhan ku, ampunkan dosaku ini

hati ini meronta lagi
Tuhan ku, kuatkan imanku ini


 


Thursday, May 31, 2012

soalan gurauan

soalan yang agak merunsingkan

"bila nak kahwen?"

"dah ada pakwe?"

"bila nak ada anak?"

"dah ada anak?"

soalan yang mungkin seakan lawak bagi orang yang menanya. dan mungkin juga ianya sebagai gurauan bagi yang ditanya.

tapi, kadang ianya menyakitkan.
sekian lama menunggu masih tidak dipinang.
sekian lama menanti masih tiada isi.

boleh bertanya, tapi berlapik la. sebab bukan kita yang berkuasa menentukan sesuatu. tapi Allah yang berkuasa menjadikan semuanya menjadi nyata.

kesian pada pasangan yang menanti kelahiran cahayamata, tapi tak berkunjung tiba. sabarlah wahai kamu, belum lagi masanya. jangan berhenti bersabar. teruskan usaha, tambahkan taqwa.

***sepanjang bulan jun ni berderet undangan kahwin dari sahabat-sahabat baik...Barakallahu lakum. InsyaAllah akan cuba memenuhi jemputan. ambil berkat kata orang.

tengah dok runsing siapkan audit, ada orang call tanya dah ada pakwe ke? terus rasa nak balik sebab pening tiba-tiba hilang. soalan tu bukan menyakitkan, tapi seakan lawak bagi aku.

Allah berkuasa, makhluk tak ada kuasa.

6 tahun yang tercalar

pening dan berdenyut
semua tenaga dah disedut

teruskan usaha walau rintangan yang melanda
teruskan kerja walau penat dan bosan datang bersama

cuba selesaikan hari ini
kerna esok belum tentu lagi

yakin Allah yang bagi tenaga
yakin Allah yang bagi seronok bekerja
yakin Allah yang bagi habis semua
yakin Allah yang bagi segalanya

untuk 6 tahun yang perlu diselesaikan
untuk 6 tahun yang sangat menyesakkan
untuk 6 tahun yang buat aku bosan
untuk 6 tahun yang buat aku tercabar fikiran

dan aku baru ditahun yang pertama
masih ada 5 tahun untuk aku selesaikannya
oh! sangat tak sukanya

Tuesday, May 29, 2012

berjalan di JB

weekend yang lepas kami ke JB. berjumpa dengan seorang sahabat baik masa kat matriks sebelum dia bertukar status. insyaAllah, dia akan menjadi suri kepada seorang mamat sabak bernam september nanti.

disamping itu, aku juga mengajak sahabat2 menjenguk kakak ku yang di JB yang aku tak pernah pergi rumahnya sepanjang dia di JB. dan kali terakhir aku ke JB masa mengiringi rombongan pengantin dia pada 2005. lama sungguh! aku tak berkesempatan dan tak berpeluang untuk ke sana.

Alhamdulillah akhirnya diberi juga peluang dan kesempatan itu.

apa yang best di JB? bagi aku sangat best!!! kami bertolak pagi sabtu dan sampai lewat tengah hari kerana sesak di highway masa nak exit ke JB. ada eksiden. dan jammed yang agak panjang.

sampai sana terus pergi rumah kakak kat pulai jaya dan lunch serta solat disitu. Thanks kakak! bersungguh dia masak untuk kami. pastu kami pergi danga bay untuk berjumpa sahabat baik kami. kami meniti selat tebrau yang memisahkan antara malaysia dan singapura. dan kami sebenarnya berada di tepi peta! jakun kejap.

melakar kenangan di danga bay sambil menikmati kerang bakar JB yang sangat berlainan di selangor. biasa kita cicah dengan sambal kicap, tapi yang ni macam ditumis. sedapp!!

dan seperti yang dijanjikan oleh orang JB, makan ikan bakar sampai muntah. memang tak tahan....terima kasih pada sahabat JB. kau memang baik dan terbaik! dulu, kini dan selamanya....

layanan yang superb! untuk makluman, makan kami ditaja oleh sahabat baik dan penginapan ditaja oleh kakak ku. big clap to both of them. weee....

rasa sedih masa berpisah.
sedih sebab lepas ni dapat jumpa dia masa hari bahagia dia. peluang untuk berjimba bersama pasti akan berkurang kerana dia dah punya pasangan. ouh! sedih sangat. dia sahabat baik kami! kegelabahan dan kekibutan dia menghibur kami. dia sabar menerangkan pelajaran yang tak berapa nak faham walaupun masa tu dia tengah study. masa kat KMKN dulu, dia pelajar yang top! dan dia tak pernah berlagak atau sombong. sangat seronok berjumpa dan berkenalan dengan dia.

moga, kau menjadi yang solehah untuk suamimu nanti.

dan sedih juga sebab anak-anak buah aku macam sedih juga bila kami nak balik. bila lagi ntah nak datang jenguk kakak aku kat JB nun jauh tu. insyaAllah, nanti dah punya masa dan ruang aku akan menjejaki JB lagi.

apa yang penting, JB best! melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. memuji kebesaran Dia yang menyatukan hati kami dengan ukhwah yang terbina. mana boleh lupa akan cerita dan gelak tawa kami sepanjang disana. fazilah, hazrina, zainatul dan khadijah....moga2 ukhwah ini akan terus mewangi subur mekar dihati ini. cewah!

Wednesday, May 23, 2012

terbakar

rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba

terbakar kampung nampak asap
terbakar hati siapa yang tahu

"Sungguh, kamu (orang kafir) dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah bahan bakar Jahanam. Kamu (pasti masuk kedalamnya."
(21:98)


beras terbakar



















Monday, May 21, 2012

berdiam atau bertekak

lebih baik berdiam dari dari bertekak
walaupun tak menjerit dan berteriak

mengalah itu lebih baik dari terus bertelagah
kerna saling berbahas itu nabi tegah

mungkin ilmu dia belum sampai kesitu
kerna dia ingin menegakkan apa yang dia tahu

mungkin juga aku yang belum tahu
hingga aku rasa dia salah bila berkata begitu

dan aku hanya diam membisu
bukan aku terima atau setuju
tapi aku tak ingin kehambaran berlaku
dan akhirnya terputus persahabatan itu

moga-moga Allah beri hidayah
siapa betul siapa yang salah
dan siapa yang perlu lebih menelaah

berdiam itu lebih baik
tapi berkatalah benar walau pahit

Friday, May 18, 2012

insuran dan takaful

apa beza insuran konvensional dan takaful?

apa yang aku faham, insuran konvensional ada unsur gharar(ragu-ragu) dan maisar (judi) yang menyebabkan ianya haram. dalam insuran konvensional, caruman kita akan dilaburkan. dilaburkan kemana? tak pasti disitu. namun, kebiasaannya insuran konvensional tiada panel syariah. dan pelaburan yang biasanya membawa untung yang banyak adalah pelaburan untuk arak, perjudian dan sebagainya.

yang dikatakan ada unsur perjudian, adalah kita mencarum untuk sejumlah wang yang sedikit untuk mendapat pulangan yang banyak bila kita ditimpa kecelakaan kelak. contoh insuran motor, tahun pertama mencarum lebih kurang RM300 (bergantung pada hrga motor) dan bila ianya hilang, kita akan dapat pampasan lebih kurang Rm 3,000.

berbeza dengan takaful. takaful berasal dari perkatan arab yang bermaksud 'menolong'. dalam takaful, kita mencarum untuk menolong sesama ahli kumpulan yang mencarum jika ditimpa kecelakaan. jadi,sebahagian duit caruman itu sebagai sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah. dan sebahagian lagi dilaburkan mengikut pelaburan yang dibenarkan dalam islam.

ok, ini apa yang aku faham dan sebahagian yang aku ada hafal sebab tajuk ni ada dalam silibus masa aku belajar kat matriks dulu.

lecturer yang ajar tajuk ni dulu pernah berkerja dengan takaful ikhlas. dia sangat la merekemenkan kami untuk menggunakan takaful instead of insuran konvensional.

dan lecturer ni kelakar. asbab tu aku ingat apa yang dia cakap sampai sekarang.

nak tahu lebih pasal beza dua benda ni, meh baca kat ust zaharuddin.

kalau nak renew roadtax boleh la buat insuran takaful kat bro azhar ni. aku pernah buat, dengan ahlia dia. service yang bagus! pantas cepat dan sedia membantu.

motor aku ni aku beli kat kedai bukan dengan cash. sebab masa tu, aku belajar lagi. duit tak cukup nak beli cash. aku bayar pendahuluan dengan amount lebih kurang 1/3 dari harga motor tu masa tu. dengan harapan, bila bayar deposit banyak, kurang la sikit bayar bulan2. nak minta duit kat mak, malu.

jadi tahun pertama, aku tak ada pilihan utk guna takaful bagi insuran motor aku. ingat tak cerita motor aku. tahun pertama motor tu, kena kopak. tak sampai setengah tahun guna motor tu. tak lama, eksiden pulak. adeh, macam-macam la yang berlaku kat motor tu. pernah putus rantai tengah jalan. terpaksa aku tuntun motor tu jauh gila! minyak habis tengah jalan.

then tahun kedua aku bertekad nak guna insuran. sempat gak gaduh ngan orang kedai tu. dia tak bagi aku guna insuran lain. kena guna dia punya gak. aku tak nak, sebab insuran konvensional. cukuplah dengan dosa-dosa yang semakin menggunung hari ke hari.

aku discuss ngan budak perempuan kedai tu elok2. aku tak nak guna insuran dia sebab aku tak nak guna insuran konvensional. kalau dia ada yang takaful aku ok je. budak perempuan tu melayu. aku bagitahu dia yang insuran konvensional haram. last2 budak tu kata boleh. cuma roadtax dia yang buat sebab tak boleh bagi geran kat aku.

bila difikirkan, mungkin sebab tu kecelakaan berlaku pada aku sepanjang tahun pertama aku guna motor aku. Alhamdulillah, setakat ni motor tu tak pernah lagi buat hal. asbab aku jauhkan diri dari muamalah riba. dan aku berusaha untuk habiskan hutang tu tahun ni juga. ada duit lebih aku bayar lebih. aku cuba usaha bersungguh2. tapi, untuk meminta pada orang lain tak kot. sebab aku sangat malu.

Thursday, May 17, 2012

tersasul

dalam office ni, ada 4 orang je. bos, dan 3 permanent staff.
dan 4 orang ni datang dari negeri yang berlainan. bos, orang kelate. mamat tu orang perak, aku anak jati selangor. dan shidah orang kedah.

kadang, bos tersasul speaking kelate ngan aku. hik hik.
loghat perak tu kadang terkeluar gak dari mulut mamat.
slang kedah masih tak boleh hilang dari shidah.
dan aku?
tak pernah lagi tersasul cakap jawa dengan diorang.
sebab automatik jawa aku aktif bila dengan family.

just love the way bos tersasul when talking with me. hak hak

motor hilang lagi

Assalamualaikum wbt

lama tak bersiaran. kesibukan dunia melanda seketika. sebab sekarang peak period. ada beberapa peristiwa yang terlepas untuk dikongsi.

motor hilang

minggu lepas, hari jumaat (11.05.2012) aku ngan shidah pergi lunch kat luar. kat seksyen 18. sebelum tu, singgah maybank cash cek. saje nak merasa siput sedut kat seksyen 18. shidah kata sedap! hujan turun dengan lebat. terperangkap kejap dalam kedai makan tu. ramai mamat yang nampak-macam macho tapi masih terpaku di kerusi tanpa mengendahkan seruan solat jumaat. situasi yang nampak biasa di akhir zaman ini. Oh! kasihan sungguh pada anak isteri mereka. moga2 diberi hidayah kepada mereka bahawa solat jumaat otu WAJIB bagi lelaki.

sebelum tu, masa kat maybank orang ramai gila! hairan sungguh. ingatkan pergi time jumaat, orang tak berapa ramai. rupanya, ramai juga. tambah lagi kaunter yang dibuka tak banyak sebab staff lelaki tak ada. tengah dok tunggu giliran, terdengar perbualan 2 orang mamat yang berhampiran dengan aku.

MasyaALLAH! mereka berdua berkira hendak pergi solat jumaat atau tunggu giliran nombor. nombor jauh lagi. ke nak pergi masjid. mereka keluar..fuhh! lega....mereka memilih untuk masuk dalam golongan yang Allah redha. tapi, tak sampai 5 minit datang lagi. dan masih berbincang dan berkira-kira untuk tunggu atau pergi. masa tu, azan dah berkumandang. dalam hati, aku kata ko pergi je lah solat. bukan bank yang bagi kau duit pun, Allah yang bagi duit. sekali kau nak keluarkan duit tu, bank dah habis duit. padan muka! macam mustahil bank akan kehabisan duit. tapi tak mustahil kalau bank kehabisan duit untuk bagi kat kau berdua.

dan mereka keluar. putus untuk pergi ke masjid. Alhamdulillah. moga2 Allah akan bagi kau duit lebih banyak.

balik office, masa turun dari motor shidah perasan yang motor dia tak ada. kitorang naik motor aku. puaslah dok cari mana pergi motor. masih tak ada. tak sampai 2 bulan motor aku hilang, sekarang shidah pulak.

dia pergi pusing cari motor dia. kot la dia parking tempat lain. aku bagi kunci motor aku. kalau tak ada gak dia kena pergi report.

dan keputusannya, masih tak ada. dia parking depan kedai tempat dimana ramai orang yang lalu lalang. maybe hari jumaat, tak ramai orang sebab lelaki-macho-beriman-akhir-zaman pergi masjid.

dia dah berusaha untuk menjaga motornya dari dicuri. letak di tempat ramai orang, dan mengunci serta memangga. tapi, Allah yang bagi hilang. ada hikmah. yup! Allah tahu apa yang terbaik untuk hamban Nya.

kami berbincang punca motor dicuri.

punca utama INSURAN KONVENSIONAL.

to be continued. sebelum tu, meh baca kat sini.