Monday, January 30, 2012

maaf sekali lagi

maaf sekali lagi
ini bukan seperti yang kau ingini
aku tak dapat penuhi janji
kerna sudah berkali-kali
aku masih begini

maaf sekali lagi
mungkin kau marah lagi
mungkin kau sakit hati
mungkin kau rasa nak lari

maaf sekali lagi
aku tidak cukup masa untuk ini
batasan waktu yang menghambat diri
untuk aku perbaiki diri
persembahan terbaik dari diri ini
untuk mu yang ku sanjungi

maaf sekali lagi
izinkan aku tersenyum kembali
dengan kemaafan yang kau beri

Friday, January 27, 2012

aku tak ingin sendiri



sedikit bosan. tapi macam bukan sedikit. berseorangan lagi di office. mamat tu cuti kahwin seminggu. bos plak pergi penang. 3 hari yang bersisa ni macam ape je.



macam tak cukup masa je nak buat semua kerja yang bos dah pesan. aku dah cuba. tapi, memang tak dan. tapi, dan plak nak update entry ....



minggu depan mungkin sedikit meriah. bos dah balik sini. mamat tu dah habis cuti. dan welcoming sorang staff baru. actually tak la baru. dah 5 bulan kerja kat sini. cuma 1hb dua nanti dia officially appointed as our staff. bulan satu ni, dia tak masuk office. balik kampung.



dan dengan gembiranya menerima kehadiran adik bos. iema.....kerja kejap dengan bos sebelum masuk sem baru bulan tiga nanti. confirm meriah! sebab bilangan lelaki lebih sedikit lagi perempuan. 2:3



tinggal beberapa hari nak habiskan tarikh january 2012. macam cepat je kan.



ouwh! sangat sakit berseorangan. bila benda tidak bernyawa menjadi peneman. walau pun mereka boleh menghiburkan. tapi, bukan semuanya tika diperlukan.



Ya Allah! aku tak ingin bersendiri.





pernah baca buku ni. hehe...boleh tahan la...best gak!

Thursday, January 26, 2012

perak 2 minggu

2 minggu berturut di bumi perak. minggu lepas (14-15hb) ada di taiping. mengutip sedikit curahan ilmu dari keluarga pocik. banyak sunnah yang aku tahu dan tak pernah diamalkan, aku amalkan di rumah itu. Allah yang bagi amal.

jauh sudut hati, aku cemburu. kerna aku tidak seperti itu. banyak yang aku tak tahu. dan kadang tak ambil tahu.

sunnah nabi meliputi seharian putaran kehidupan. dari bangun tidur di pagi hari hingga tidur semula dikala malam.

janggal rasanya memasuki rumah yang tiada meja makan, tiada sofa, tiada TV. pekahwinan adalah membina masjid. tiada masjid yang ada TV. tiada masjid yang ada meja makan. kami makan sama-sama di atas satu dulang. nikmat dan sedap! Allah yang bagi sedap. dalam rumah lapang je. tak banyak perabot.

nanti nak rumah macam ni juga la. dah la aku ni rajin sangat mengemas. hik hik

paling best, apam lenggang ummie. tak kan lupa itu! Allah yang bagi sedap kat apam lenggang ummi. sebab bila balik rumah aku cuba buat, tak se "kaw" ummi punya. kurang lenggang nya, kata ummi. hehe

bertemu dan berkenalan dengan keluarga pocik memang best. insyaAllah kenangan itu akan sentiasa diingati.

dan yang paling mengujakan jumpa dan berkenalan dengan 4 orang sahabat. cik ikan laga, mimi, af dan zihah. yang tak boleh blah, rupenye selama ni dok berkomen ngan ikan laga. aku jumpa face to face. sampai sekarang tak caya. hehe

dalam diam, aku mengagumi mereka. setiap mereka ada cerita. baru berkenalan macam-macam dikongsi bersama. alhamdulillah. bertemu dengan mereka yang baik-baik.

dan hujung minggu baru-baru ni (22-24hb) adalah cuti yang agak panjang. bermusafir ke perak sekali lagi. ke kuala kangsar. bertemu sahabat baik ketika di uitm. berjalan sekitar perak.

pekan kuala kangsar sampai la parit buntar. pergh! banyak masa kat dalam kereta. parit buntar adalah bersempadan dengan penang. dan aku baru tau yang penduduk situ kebanyakan adalah orang banjar dan jawa. patut la....sam ngan aku rupanya....

dan rupanya, kat kg sungai akar rumah kawan aku tu kampung abang ipar aku juga. kakak aku pon balik situ. tapi, kami tak da la plak terserempak kat pekan kuala atau mana-mana.

sebenarnya, aku tak reti kupas limau bali. aku belah dua. kena gelak sakan dengan kawan-kawan aku. mak dia tegur:

"macam ni ghopenye kupas limau bali ye?"

lepas tu, makan laksa lubuk. kawan aku kata sedap dan fofular. bagi aku, sedap gak. masa tu dah la tengah hari. lapaq. nak masuk situ jauh gila. biasa kedai makan kat tepi jalan. ni memang kena masuk dalam. tapi orang boleh tahan ramai. telur kupas sendiri. siap hidang dengan otak udang. tapi macam tak masuk je ngan selera aku otak udang ni.

yang pasti rasanya lain dengan laksa kedah. sebab kuah laksa lubuk ni cair berbanding laksa kedah yang pekat. ayah dia kata, kalau nak makan laksa lubok jangan waktu petang. sebab masin. kuah stock akhir.

selasa balik singgah kg gajah. rumah kawan aku yang sorang lagi. kami pergi bertiga. makan tengah hari, mak dia masak gulai tempoyak. perghh! terangkat. tak menolak bila disuruh tambah. hehe.....

kereta banyak kat jalan, tapi tak jam. tapi bila berhenti kat RnR, nak masuk beratur kot. phew! orang ramai.

lepas hantar member yang sorang tu kat gombak, hantar aku pulak kat puncak alam. sebelum tu, singgah makan kat shah alam. dah sampai rumah, nak cari kunci. beg aku tertinggal kat kedai. pergh! kalut gila. dah la ngantok dan penat. kena patah balik kat shah alam. kunci aku semua dalam beg tu. aku cuma pegang purse ngan handphone je.

sorry sangat kat member yang sorang ni. nasib baik dia sabar layan aku. pukul 12 gak la sampai puncak alam balik. thanks banyak2 kat dila dan wani. untuk pengalaman yang best gila kat perak. Allah yang bagi best!

aku rasa perak ni best la! macam dah jatuh cinta je dengan perak. ada jodoh kot dengan orang perak. kui kui kui




galeri sultan azlan shah. seronok kot masuk sini. dapat kenal sultan dengan lebih dekat. hehe...tiba-tiba rasa macam nak kenal sultan selangor dengan lebih dekat plak. :)



masjid ubudiah. kali kedua aku datang. masa pertama kali rombongan pengantin kakak aku. banyak kenangan kat masjid ni. cantek kan? tapi, masjid ni lagi cantek kalau ramai yang solat berjemaah kat sini.



pagi isnin tu singgah rumah seorang lagi sahabat baik. ni anak buah dia yang pertama. wan junior. hik hik. ghope ikut belah keluarga wa. hehe



ni susu getah. pagi2 kami berjalan di kebun getah. nyaman sangat!



jalan menuju kebahagiaan. ahaks!

Thursday, January 19, 2012

kecil hati eh?

"Hatiku sedang kecik. Sila pujuk aku wahai engkau. Sila lah dan tolonglah!"



secara jujur, aku sedang berkecil hati. sampai hati dia! nak merajuk, tapi dia tak tahu pun yang aku berkecil hati dengan dia. oh! tak tau nak kata apa. aku kena pujuk diri sendiri.



tapi, bilamana aku nak cari gambar kat google sebagai penterjemahan saiz hati aku yang sedang mengecil ini, aku tak jadi nak berkecil hati.



mungkin, aku silap! cepat sangat berkecil hati dengan manusia. tapi hakikatnya, aku berkecil hati dengan Allah. Masyaallah!



ya! kita tak boleh berkecil hati. kita kan hamba!



jadi, sila besarkan hati masing-masing. maafkan semua orang.

meminta dan terus meminta

ku hiaskan wajah ku dengan wudhu'
ku rendahkan diriku dengan tawadhu'
ku didik jiwa agar qana'ah
ku ajar zahirku agar istiqamah
ku biasakan lidah ku dengan zikrullah

walau jiwa ini sering diduga dengan jemu
walau hati ini sering diuji dengan penat
walau zahir ini disakiti dengan lelah

Ya Rabb...
berilah aku kekuatan melalui cinta dia
agar hati ini sentiasa teguh
teguh dan kuat untuk mencintai Mu

Ya Rahman...
pinjamkan aku sidia
agar zahirku ini tidak lagi lelah
lelah dan lesu dengan ujian mu

Ya Maliq...
payungi aku dengan mawaddah Mu
melalui mawaddah yang Kau beri pada dia
agar hati ini bertahan
dari nafsu yang melulu

wahai Pemilik diri...
yang Kau beri pada ku hari ini hanya pinjaman
aku sudah tahu sejak awal
tapi, kadang2 aku buat-buat tak tahu

Kau beri aku matahari
agar aku hangat dalam damai
tapi aku tidak menjaganya dengan baik
aku panaskan ia dengan memasang aircond

Kau beri aku udara
agar tiap hembusan ku dalam ingatan kepada Mu
tapi, aku rosakkan ia
dengan asap motor ku

Kau berikan aku pepohon hijau
agar mata ini, sihat dengan memandangnya
tapi, aku musnahkan ia
dengan menabur baja dan racun

Ya Rabb!
betapa hati ini masih tidak bersyukur
betapa jiwa ini masih kufur
tetapi, aku masih lagi ingin meminta
Kau berikan aku si dia
agar aku damai dalam kehangatannya
agar aku mengingati Mu dalam helaan nafasnya
agar mata ini nyaman bila memandangnya

Ya Quddus
jiwa ini ingin lagi meminta
andai Kau kurniakan aku sidia
ambillah dia andai itu yang Kau mahu
aku tahu, dia hanya pinjaman dari Mu
untuk seketika waktu

tapi, Ya Quddus...
jangan Kau ambil dia tika dia membenci ku
tika dia tak mahu lagi dengan ku
tika dia ada hawa lain dihatinya

ambillah dia dari ku
tika cintanya mekar mewangi hanya untukku
tika sayangnya masih menebal padaku

Ya Salam
hati ini sangat mencemburui bidadari Mu
jadikanlah aku bidadari untuk adam ku
bukan setakat bidadari
tetapi ketua bidadari

Ya Aziz....
aku tahu sungguh keterlaluan permintaanku
tapi, aku tak sanggup membiarkan bidadari Mu mendampingi dia
kerana ketidak solehahan ku

oleh itu Rabb...
selamatkan diri ini dari tipu duniawi
lindungi diri ini godaan syaitan
jauhkan aku dari menjadi perempuan jalang
yang bersolek untuk dilihat lelaki ajnabi

untuk akhir permintaan ku pada hari ini Ya Razzaq
permintaan aku masih sama, dan mungkin akan bertambah esok hari
walau kadang, ibadah ku sama, dan mungkin menurun dari ke hari
aku masih menanti
aku masih menunggu
Kau berilah ku cinta sejati
bukan cinta palsu yang datang dan pergi
datang tanpa restu
pergi tanpa pamitan
akhirnya, hati ini juga yang kecewa

lupakan aku pada kenangan lama
yang bisa buat aku tak bersyukur

padamkan ingatan ku pada cinta lama
yang bisa buat aku kufur

aku ingin gapai cinta Mu
tanpa penat dan lesu
tanpa lelah dan jemu
permudahkanlah oleh Mu
atas diri ini yang menunggu

misterinya ciptaan Mu
misterinya perancangan Mu
tiada daya untukku

hanya pada Mu
kuserahkan segalanya
Kau pertama dan terakhir
dalam setiap helaan nafas yang menderu

Ya Sami'
entah apa yang aku nak coretkan lagi
jemari ini dah mula letih
panjangkan umurku
serta berkati umurku
agar esok aku bisa menulis
agar esok aku bisa menyebut namaMu
agar esok bisa ku tingkatkan amalku
agar esok bisa ku temu ADAM ku
agar esok bisa ku lupakan dia
yang akan menjadi milik orang lain
agar esok bisa aku bertemu
dengan orang-orang yang dekat dengan Mu
kerna dengannya, aku terdorong untuk mendekati Mu

Ya Basir
aku tahu Kau melihat apa yang aku buat
beruntungnya aku
atas nikmat islam dan iman
atas nikmat Kau kurniakan aku
masyarakat sekeliling yang taat kepada Mu
doronglah hatiku agar turut menyertai mereka

Ya Latiff
lembutkanlah lidahku dengan istighfar
keraskan lidahku dari menyanyi lagu lagha
lembutkan hatiku dengan rasa takut nerakaMu
keraskan hati dengan berkata tidak kepada couple
lembutkan zahirku supaya ringan mengerjakan suruhan Mu
keraskan kaki ku dari melangkah ke tempat maksiat

Ya Rahman
kasih sayang Mu masih menggunung
sedang ibadahku masih begitu
Ampuniku
rahmati diriku
ampuni juga muslimin wa muslimat
mukminin wa mukminat
berilah kebaikan kepada orang yang berbuat baik kepadaku
berilah keampunan kepada orang yang menzalimiku
mereka tidak sengaja
rahmati ibu bapaku
aku sayang mereka!

Ya Rahim
kurniakan generasi yang lahir dari rahim ku ini
generasi bertaqwa
aminn....!


##aku jumpa balik benda ni dalam draft. tak berapa nak ingat kenapa aku letak dalam draft. yang pasti ni tahun lepas punya. kui kui

Tuesday, January 17, 2012

lena dalam jaga

Ketika sedang bahagia
Senyuman terukir sentiasa
Tak sudah-sudah tertawa
Teringatku dengan tiba-tiba
Mati itu bila-bila masa
Lantas rasa itu entah hilang kemana

Ketika aku sedang berduka
Kerna ada sesuatu yang buat aku terasa
Sesuatu yang meruntun jiwa
Teringatku dengan tiba-tiba
Dunia ini hanya sementara
Dan aku tersenyum semula

Tidak salah untuk bahagia
Tetapi harus berpada
Dunia ini adalah penjara
Bagi orang yang beriman dengan Nya
Kerna akhirat disana
Kekal abadi selamanya

Kalau kau tahu panasnya neraka
Nescaya kau akan kurang ketawa
Dan banyak menangis pula

Kalau kau tahu gembiranya ahli syurga
Nescaya kau akan kurang lena
Dan berjaga merebut pahala



Dan aku masih terlena dalam jaga seperti dia

Monday, January 16, 2012

tawa dan bahagia

Ada getaran didadaku
Apakah itu?
Sungguh, aku tak tahu
Dan aku tersipu malu
Bila soalan itu dituju
Antara iya dan setuju
Tidak terlontar oleh kataku
Sedang dadaku berombak laju
Ah, malunya aku!

Bukan ingin menolak sebenarnya
Cuma segan mengatakannya
Minta maaf ya
Kalau syarat itu agak keterlaluan baginya
Kalau tidak setuju tidak mengapa
Aku terima apa adanya
Kalau enggan aku rela
Kalau setuju aku lagi suka
Woha!

Dan aku menahan tawa
Rasa merah di muka
Hatiku bahagia
Allah yang bagi gembira
Allah yang bagi bahagia
Allah yang bagi segalanya



Thursday, January 5, 2012

air mata ibu dan ASB

auntie cleaner cerita ngan aku pagi tadi. dia sedih dengan anak dia. banyak topik yang dia cerita ngan aku. tapi, aku tak berapa nak catch up dengan cerita dia. faham-faham je la macam mana indian woman bercerita. aku kena betul-betul fokus baru boleh faham. tapi, ada satu cerita dia yang buat aku terkesan. dan, auntie tu menangis depan aku.

"saya banyak terasa hati dengan saya punya anak. dia ada bagitahu dekat abang saya punya anak. sepupu dia lah. dia kasi tahu kalau dia sudah dapat itu kerja, dia mahu keluar dari rumah juga. dia tak mahu duduk dengan saya lagi. apa pasal saya pun tak tahu itu dia."

auntie ni pernah cerita anak lelaki dia dah habis study kat MSU.

"Tuhan pon tahu kan. saya punya anak nak keluar dari rumah. tak nak duduk sama saya. tengok. dia sampai sekarang pon tak dapat itu kerja. duduk rumah saja. Tuhan pon tahu, kalau itu mak dah terasa hati, Dia pon tak bagi anak saya dapat kerja."

masa tu, aku nampak mata dia berkaca. dan dia ada cerita yang anak dia ikut cakap girlfriend dari ikut cakap dia. dia cuma nak yang terbaik untuk anak dia. sampaikan anak dia sanggup lawan cakap dia, berkasar dengan dia. dan sekarang, semua plan anak dia yang ikut cakap girlfriend dia tarak guna. last2, anak dia menganggur, tak dapat itu kerja lagi.

padahal, kawan-kawan dan sepupu dia yang sama baya dengan dia punya anak dah dapat kerja, beli kereta, beli rumah.

dia cuma kecik hati dengan anak dia sebab lebihkan girlfriend dia dari dia sendiri. sampai sekarang, anak dia masih marah kat dia sebab dia cuba nasihat anak dia supaya jangan ikut cakap orang sangat.

banyak benda sedang berlegar difikiran aku. agama lain-lain, tapi dia juga percaya Tuhan itu Maha Adil. dan aku percaya Tuhan aku juga Maha Adil, Maha Penyayang.

dan tadi, aku pergi pejabat post kat tesco. nak courier. perghhh! ramai gila orang. lagi 70 nombor baru dapat giliran aku. aku sempat pergi shopping barang office kat tesco. pastu pergi balik office kejap, hantar barang. pastu datang balik. nombor aku tak sampai-sampai lagi.

ada lagi lebih kurang 20 nombor baru sampai giliran aku. masa tu baru masuk waktu zuhur rasanya. aku berkira-kira, nak gi solat dulu atau tunggu-tunggu. astaghfirullah. aku membuat pilihan dunia dan akhirat. dan aku pilih untuk pergi solat dulu. masa tu, aku tak kisah kalau nombor aku terlepas. maksudnya, aku kena pergi pejabat pos besar.

dan aku cuba bertawakal kepada Dia. ada rezki aku, ada la aku dapat nombor giliran aku. dan aku teringat:

"jika kau kejar dunia, dunia akan meninggalkanmu. dan jika kau kejar akhirat, dunia akan tunduk dengan mu"

maaf, kalau ada yang mengganggap aku perasan baik. tapi, aku nak bagi tahu. lepas je solat, aku pergi kat pejabat pos, nombor aku terus kena panggil tanpa aku perlu tunggu sesaat. Masyaallah! hebatnya perhitungan Dia.

Dia yang merancang semuanya. dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

andai kata nombor aku terlepas pon, aku pasrah. kan ada alternatif lain. insyaALLAH aku pasrah.

tau tak, kenapa ramai sangat orang kat pejabat pos? sebab ASB dah boleh keluar. hehe...

Tuesday, January 3, 2012

surau itu aku selalu pergi walau tak hari-hari.

surau itu aku selalu pergi walaupun tak hari-hari.

satu hari, aku rasa aku dalam kesempitan. mental dan fizikal ku rasa begitu sesak. masalah yang datang bertubi-tubi dan bercampur aduk menjadi rojak. tapi rasanya jauh sekali dari enaknya haruman rojak.

orang lain, ku rasa tak menyedarinya. sungguh! aku malu ingin berkongsi dengan dia ataupun mereka. rasa ada secalit tahi ayam didahiku membuat aku berasa sungguh segan dan tak enak.

waktu menggamit dengan masalah yang berlegar difikiran. namun, aku menyedari bahawa tawakal ku agak kurang untuk ku sandarkan pada DIA.

Hinggalah satu hari, mataku tertancap sesuatu. di surau itu. surau yang aku selalu pergi walaupun tak hari-hari.

aku cuba memejamkan mata, merehatkan minda. walau ketika itu aku nampak apa dihadapanku. aku cuba memaksa hati ku membacanya. disamping ingatan ku yang makin tumpul aku asah untuk mengingati setiap bait2.


bertanya pada hati, mengapa dilupakan kepada Pencipta. Dia tempat aku menyandarkan segalanya. pendek kata, tawakal! seakan aku baru cuba mengingati ejaan "tawakal". syukur! aku masih boleh mengeja dan menyerapnya di setiap pembuluh darah. agar cecair itu mengalir dengan tawakal pada DIA.

tahu apa yang aku rasa tika ini? ada seseorang yang sudi meringankan keserabutan akal dan kotak fikiran ku. Alhamdulillah! DIA tolong aku melalui seseorang.

dan rojak serabut itu, menjadi sesuatu yang sangat enak! moga-moga "rojak-rojak" yang akan datang juga akan turut enak. insyaAllah.