Wednesday, February 29, 2012

sangsi

telefon aku banyak kali hilang atau rosak. yang pasti lebih dari sekali. jadinya, selalu sangat hilang nombor telefon kawan2 lama. tapi, insyaALLAH nombor tak berubah.

dan bila ada seorang sahabat baik tiba-tiba contact aku rasa macam nak melompat gembira. rasa rindu tiba-tiba membuak. rindunya aku pada dia! Subhanallah. bertahun-tahun tak jumpa apa lagi bertanya khabar.

tak dapat nak gambarkan kerinduan kepada sahabat lama itu. rindu sangat! dan mula excited nak jumpa. sungguh! sangat excited.

tiba-tiba dia sms lagi offer barang. produk kesihatan la. kuruskan badan la. cantek kan wajah la. barang memasak la. maca-macam la dia offer. dan dia seakan mendesak untuk aku membelinya.

rupanya dia jual barang MLM.

sekarang ni, aku rasa sangsi dengan keikhlasan dia menjalin hubungan semula dengan aku.
huhu

Thursday, February 23, 2012

rotavirus & KPJ


Semalam petang, bos bagitahu dah seminggu En Z(EZ) kat hospital. Anak dia yang kecik sekali suspect dapat rota virus. Actually, aku tak berapa nak tangkap nama virus yang bos bagitahu tu. Aku tanya kat kawan aku yang kerja staff nurse kat DEMC pasal virus yang ada kaitan dengan air tu.

“nama dia ROTA VIRUS. Bukan jajan ROTA tau.”

Keh keh keh...

Bos bagitahu lagi dah lebih seminggu EZ kat KPJ Shah Alam jaga anak dia. Wife dia tak dapat cuti. EZ kerja dalam bidang yang sama dengan kami. Dia kawan baik bos sama-sama belajar dulu. Dan EZ selalu datang office kami kalau dia nak jumpa client area shah alam. Kadang-kadang kalau dia boring dan perlukan focus yang lebih dia akan datang office kami. Office kami kan senyap.

EZ baik macam bos. Dia seorang yang selamba dan boleh masuk dengan semua orang. Masa aku praktikal dengan bos dulu, aku sangat segan dengan dia. Tapi aku selalu tergelak bila dengar dia bersembang dengan bos. Aku gelak sebab dia gelak kelakar.

EZ tak tegur aku sangat masa mula-mula dulu. Aku pon takkan lah nak tegur lebih-lebih. Sekadar saja. Hehe. Aku kan pemalu. Dah lama-lama ok la juga. Dia kata, dia segan nak tegur aku. Bila dia tanya aku naik apa pergi kerja, dia terkejut bila aku kata naik motor. Dia kata aku ni brutal tapi macam ustazah. Apa-apa je lah. Hehe

EZ pernah kemaruk nak makan nasi briyani. Ada satu masa, dia pergi try nasi briyani kat shah alam ni ngan bos. Pastu dia mesti akan bungkus kan untuk aku ngan mamat tu. Hehe....baik kan?

EZ suka layan lagu jiwang. Keh keh... aku tak boleh tahan kalau dia menyanyi. Lirik semua salah. Aku yang dok betulkan lirik dia.

Semalam, aku ajak member aku ni pergi melawat dia. Masa nak keluar office tu, bos tengah engaged. Ingatkan nak tunggu, kot la ada benda dia nak bagitau. Sebab hari ni bos pergi penang. Tapi, lama pulak dia engaged, aku pon terus pergi KPJ. Aku tak pernah masuk, tapi selalunya lalu je. Sebab selalu pergi Maybank Sek 20. KPJ dengan office tak jauh. 5 minit je naik motor.

Masa mula-mula masuk bilik EZ ngan anak dia, perasaan aku berbaur-baur. Tersentuh hati bila tengok baby 6 bulan kena cucuk kat tangan dia. Tapi nak tergelak pon ada sebab tengok EZ pangku anak dia sambil dodoi-dodoi anak dia. EZ seorang yang selamba dan brutal yang aku tengok tiba-tiba dok dodoi baby kecik. Kah kah kah

Sangat comel kot anak dia! Mata bulat, pipi tembam, muka dia pon bulat. Mata dia...oh cantek! Indahnya ciptaan Tuhan. Mata hitam dia besar. Masa kami datang, dia pandang je muka aku. Aku rasa, dalam hati budak tu kata:

“eh, macam sama la kita!”
hehe

Anak dia nama akil. Kadang-kadang akil mengerang. Tapi suara perlahan sangat. Macam nangis, tapi tak nangis. Sakit kot dalam badan dia. Dengan tangan berwayar. Oh! Rasa macam nak minta sakit tu pindah kat aku.

Kami datang sekejap je. Segan pon ye juga. Sebab wife EZ tak ada. EZ kata, wife dia datang malam. Sebab dia ada lagi seorang anak yang tadika. Jadi, wife dia kena uruskan anak dia semua, pastu baru datang hospital.

Patut la, EZ dah lama tak datang office. Biasanya,dalam seminggu mesti dia ada datang office walau sekali. Dan dia selalu datang lagi awal dari aku. Hik hik..kantoi datang lambat!

Semoga akil cepat sembuh. EZ kata, akil dapat dari taska. Sekarang ni ada 2 orang lagi baby kat taska yang macam akil. Harap2 semuanya sehat seperti sedia kala. Dia pun malas nak bising-bising pengurusan taska. Benda dah jadi kan. Tak pe lah, ada hikmah. Allah yang bagi sakit. Allah juga yang bagi sembuh.

Dan sekarang, aku terbayang kecomelan akil. Oh! syafakallah akil.

Wednesday, February 22, 2012

FAM


bukan Footbal Association Malaysia
bukan juga Festival Anak Monyet.
hik hik
macam sedap nick baru aku
setakat ni sorang je yang panggil aku guna nick ni.
takkan lupa itu.
keh keh
-fam-

Tuesday, February 21, 2012

wang ringgit

bukan tak nak bercerita
tapi nak menyusahkan kau dan dia
aku cuba menahan segala
agar yang lain tidak terkena

ketenangan ini direnggut
oleh seseorang yang tak patut
akal buntu fikiran berserabut
dan kau tak sudah-sudah menyebut

bukan salah aku
bukan juga silap aku
yang berkaitan dengan dia berlaku
kesan itu terkena aku

biar hilang wang
jangan fokus aku melayang
tiap waktu terbayang-bayang
asal hati aku tenang

baru kini aku menyedari
tenang itu lebih diingini
bahagi itu lebih diimpi
dari wang ringgit yang dimiliki

Thursday, February 16, 2012

DITIPU

air mata ini jatuh juga
setelah ku cuba untuk menahan
tika ini aku rasa begitu lemah
tak kuat untuk menepis apa dihadapan
tika ini juga aku rasa begitu runsing
untuk menyelesaikan semuanya

aku ditipu
oleh dia yang menipu
tika harapan sudah wujud
dan sekarang ia hilang
tika aku mula rasa bebas
dan sekarang kembali dipenjara

untuk sekian kali
masalah orang lain dpundakku
patutkah aku harus lari?
tak patut kan?
aku perlu membantu
tapi siap yang mahu bantu aku?

aku ingin menangis lagi
lagi dan lagi
biar sungai kecil itu terus mengalir
dipipi yang telah lama kontang

aku ingin menangis lagi
meluah semua dibahu seseorang
tapi bahu siapa harus ku pinjam?

aku ingin menangis lagi
agar terluah semua kekusutan
dan hilang segala kerunsingan

kau penipu!
izinkan aku untuk berkata

KEPALA HOTAK KO!!!!

Wednesday, February 15, 2012

takut

aku tak takut pada hantu
aku cuma takut Tuhan Yang Satu

aku tak kecut pada manusia
aku cuma kecut kalau Tuhan murka

aku tak peduli dengan apa kau kata
aku cuma peduli kalau Tuhan suka

cool down!
jangan takut pada makhluk
takut pada Pencipta makhluk

tak! aku tak takut dia nak buat apa
tak! aku tak kisah dia nak kata apa
tak! aku tak peduli dia nak rasa apa

bukan pentingkan diri cuma
tapi kau lebih mementingkan diri kau saja

aku tak takut pada makhluk!
aku takut pada Pencipta makhluk
ya! aku takut pada Pencipta makhluk

Tuesday, February 14, 2012

semalam dan hari ini

semalam

aku ngan member singgah beli cendol dan laksa yang ada jual kat shah alam ni. sedap sangat cendol dia! Alhamdulillah. Allah yg bg sedap! tengah tunggu abang tu buat kan cendol kitorang, datang sekumpulan minah. dalam 5-6 orang. aku rasa student diorang ni. kalau tak unisel, mesti uitm. mungkin. sorang minah ni order kat abang cendol tu:

"bang, nak laksa. tak nak yang serai semua tu"

err, laksa ada serai ke? kalau ada pun mungkin dah blender sekali dalam kuah dia dengan isi ikan. konfius! mana satu serai yang dia maksudkan?
hehe

hari ini

aku pergi pkns. lepas je habis urusan semua, tengok hujan lebat gila kat luar tu. dah sah2 tak boleh balik. aku tunggu kat bahagian kaunter pertanyaan pkns sambil pegang hp. tiba2 ada sorang minah tegur aku.

akak tu kerja kat office auditor kami yang kat pkns tu. agak selalu berurusan dengan dia walau tak kerap. tapi tak pernah bersembang mesra. sebab aku tengok dia macam tak mesra ngan aku. dan aku perasan dipersalahkan untuk satu konflik yang aku tak tau siapa salah. dan aku juga dapat rasa yang dia macam pandang slack kalau jumpa aku. itu semua apa yang aku rasa.

hakikatnya, dia bukan sebegitu. dia sangat mesra kot! kami berbual agak panjang sementara aku tunggu hujan berhenti. dan sementara dia tunggu suami dia datang jemput. dia dah berkahwin dan punya anak 2. dan umur sudah melangkau 30an. tapi gaya dan muka aku rasa dia ni anak dara dalam beza umur ngan aku 3-4 tahun.

aku rasa tanggapan dan rasa aku selama ni kat dia sangat lah salah! maafkan aku kak, aku dah tersalah anggap terhadap kamu. mungkin aku yang tak memulakan untuk berbual mesra dengan kamu hingga macam2 aku yang fikir tentang kamu.

buruk sangka bukan lah sesuatu yang baik!

dan sekarang ni, aku teringat seorang akak ssm yang dah pindah ke ssm cwangan negeri lain. aku teringin nak berkenalan dan berbual mesra dengan dia. agar tanggapan buruk ku terhadap dia juga turut berubah. ya! sangat teringin. moga2 ada jodoh yang menemukan aku dengan dia.

tanggapan ku mengatakan yang dia sangat kerek! sebab aku pernah perasan dilayan kerek oleh dia. dan aku banyak kali sudah bersabar untuk menahan rasa tika kata-kata dia begitu menusuk kalbu tika aku berurusan dengan dia.

hingga minggu terakhir dia di ssm shah alam, ingin sekali aku memohon maaf pada dia atas tanggapan buruk ku terhadap dia. tapi, aku sungguh malu!

oh, sekali lagi, tanggapan buruk bukanlah sesuatu yang benar hakikatnya!
jadi, jauhkan diri dari berburuk sangka ya!

Thursday, February 9, 2012

mengeluh

mengeluh!

seolah tak redha dengan Tuhan. tapi, kadang bukan tak redha cuma nya ingin meluah rasa lelah. agar dia dan mereka tahu apa yang dirasa hatiku tatkala itu. namun, bukan untuk menunjukkan yang aku tak suka dan tak gemar. tidak! sesekali tidak! aku cuma ingin memberitahu. jikalau benar aku tak suka, aku akan cuba bercerita dengan mereka selain dia.

kadang aku juga rimas dengar keluhan orang. tak habis-habis mengeluh. take it as positive way. maka akan hilang semua yang kau rasa serba tak kena. ya! aku rimas kalau berkali-kalai. tapi, kalau sekali mungkin aku simpati.

lagi! dan lagi.

dan terkadang keluhan yang terkeluar dimulut itu bukan sengaja. keluhan dari hati terlontar jua dalam bicara. dan lebih parah, bila keluhan itu didengari oleh dia.

you, bukan i mengeluh bila you suruh i melakukan itu berulang kali. cumanya i nak bagi tahu yang kenapa berlaku lagi. dan lagi. sungguh! i tak mengeluh dengan you. i dengan senang hati sudi melakukan apa yang you minta tolong.

tapi tadi you buat sendiri benda tu. padahal memang i yang selalu buat tu. kalau ada pun sebelum ni, you akan pas kat i. tapi tadi, memang betul2 buat i risau kalau2 you terasa hati.
sorry eh....

Wednesday, February 8, 2012

ditinggalkan

ada yang tak suka aku kembali
dan aku akan terus berlari

ada yang tak suka aku disini
dan aku akan berlalu pergi

bukan senang nak menyenangkan semua
dan bukan mudah untuk memuaskan semua

sebab itu kadang aku suka bersendiri
walau kadang terasa bosan menguasai
bukan suka ditinggal pergi
tapi ingin mencipta rasa dirindui

sebab itu kadang aku suka kembali
tika yang lain jauh pergi
agar kasih itu aku sorang yang merasai
dan hati itu bertaut lagi

beruntung isteri para da'i
ditinggal bersama pahala menanti
ditinggal untuk dicemburui bidadari

dan aku tak kan bisa untuk kisah ditinggalkan
insyaALLAH