Friday, March 30, 2012

akan ku tunggu

rasa ini biasa saja
pada mulanya memandang dia
semakin lama semakin menyesak dada
berbaur rasa dijiwa

aku ingin cinta
tapi bukan dengan dia
kerna aku bukan siapa-siapa
dan dia punya segalanya
kekasih yang mencintainya
sepenuh jiwa dan raga

dan begitu juga dia
punya cinta pada kekasihnya
dibawa cinta itu kemana-mana
tanpa jemu dan bosan yang menerpa

aku dapat rasakannya
hati itu berbunga cinta
muka itu berona ceria
dan hidupnya dihias bahagia

harus bagaimana ya
aku ini siapa yang mahu cinta
siapa yang mahu bercanda
tentang impian bersama
merancang masa depan cinta
mengharungi segala duka

walau cemburu itu kadang menerpa
sehabis daya ku pujuk jiwa
tak layak untuk aku mencemburui dia
tak patut aku menyimpan duka

tapi aku patut mendapat bahagia
tanpa merampas apa yang dimiliki dia
tanpa membuat sesiapa terluka
perlu sabar menunggu masanya

dan senyuman terukir semula
Tuhan itu adil pada semua
aku akan merasainya juga
satu hari yang aku tak tahu bila
akan ku tunggu di tepi jendela
melihat siapa yang datang untuk membuka
pintu hati yang kian menutup segalanya
ahhh...bahagia

Wednesday, March 28, 2012

tentang kerja

Tentang kerja lagi. Aku tak pernah bosan bercerita tentang kerja.

Seperti mana iman kita yang kejap naik kejap turun, macam tu juga motivasi dalam diri kita. Kalau dulu, masa kat sekolah, matriks mahupun di universiti, cikgu dan lecture sentiasa ada untuk beri nasihat dan semangat juga dorongan untuk kita. Tinggal kita nak dengar atau sekadar membiarkan bagai angin lalu.

Sekarang, bila dah masuk ke alam pekerjaan semuanya berbeza. Ya! Tak dinafikan bos ada member nasihat dan dorongan. Tapi mungkin tak sekerap cikgu dan pensyarah. Lagipun, bos kita seorang saja (aku la tu). Berbanding cikgu dan pensyarah yang boleh tahan ramai. Jadinya, banyak benda yang disampaikan mengikut bidang dan pengalaman masing-masing.

Hujung minggu lepas belajar menjadi bidadari. Mudah-mudahan bakal menjadi bidadari dunia dan ketua bidadari syurga. Untuk siapa, aku tak tahu lagi. Hu hu hu....

Nanti aku cerita tentang bidadari dunia.

Sedikit sebanyak motivasi kerja aku naik la juga dengan pengisian bidadari dunia tu. Dr Niki Shuhada kata, kalau kita kerja dengan gaji RM 1,500 kita kena buat kerja macam gaji RM 3,000. Nanti Allah akan beri kita lagi RM 1,500 dengan tidak disangka-sangka. Tapi, kalau kita kerja dengan gaji RM 1,500 tapi buat kerja macam gaji RM 800, Allah akan ambil lagi RM700. Mungkin dengan sesuatu yang kita tak sangka kita kena bayar. Atau ada barang rosak mahupun harta yang hilang.

Dan sejak hari isnin tu, aku cuba untuk bekerja seolah gaji aku adalah RM5,000. Aku cuba untuk memuaskan hati client dan juga bos. Tapi, aku hanya insan yang lemah. Kadang aku lelah. Walau sekuat mana usaha ku, namun tak tertanding dengan aturan dan rancangan Dia. Aku akui....
Untuk penubuhan syarikat baru, aku begitu lelah sekali. Time client nak cepat dan urgent, time tu juga la ssm ada problem. Dan time tu juga lah nombor company lambat sangat keluar. Dan aku terkejar-kejar dengan kelam kabut (walau tak berlari) untuk prepare all the documents. Sehabis daya aku memastikan tiada kesalahan yang terlepas pandang untuk semua dokumen tu.
Tapi, tadi masa aku dah sampai rumah ada miscall dari bos. Bos kata, ada satu form yang aku tak tukar dengan nama company yang baru tu. Ya Allah! client tu dah balik rumah. Dia nak guna form tu untuk meeting esok. Tak ada masalah kalau bos email je page yang salah tu kat dia. Yang jadi masalah adalah page tu juga bos kena buat CTC(certified tru copy) dan bos yang sign.
Very sorry to bos. Aku betul-betul terlepas pandang. Walaupun mulanya aku rasa semua dah betul. Dan dari situ, aku tahu kelemahan terbesar aku. Aku tak mampu untuk membuat sesuatu benda dalam keadaan kelam kabut dan serabut. Sebab aku akan rasa semuanya betul dan sempurna. Padahal tidak. Biasanya kalau keadaan serabut dan kelam kabut untuk sesuatu dokumen, bos akan check balik. Tapi, nak dijadikan cerita bos pon kelam kabut juga sebab client dok call bos.
Bukan salah bos atau sesiapa. Aku sendiri perlu jujur dan berterus terang. Nabi pun kata, berkatalah benar walau kebenaran itu pahit. Maafkan aku. Aku tak mampu menjadi seperti yang kau mahukan bos. Sekali lagi, aku cuba berjanji dan berazam untuk meminimakan kesalahan aku. Walau janji itu berulang kali ku sebut, tapi aku masih ingin menyebut.
Allah yang merancang dan Dia adalah sebaik-baik Perancang. Aku hanya mengikut perancangan Dia. Kernaaku hanya seorang hamba. Sungguh! Dia mengetahui segala nya yang baik dan yang buruk. Yang aku ketahui dan aku tidak ketahui. Yang pasti, Dia tentukan apa yang telah terjadi itu adalah yang terbaik untuk aku. Walau sakit manapun ujian itu, walau sukar mana pun pekerjaan itu, walau sulit mana pun kesalahan itu. Dia maha mengetahui.

Friday, March 23, 2012

bidadari dunia & strawbery

weekend kali ni belajar menjadi bidadari...sampai termimpi-mimpi benda ni. nampak sangat excited gila!
bersama sahabat baik. moga-moga ada manfaatnya....




dan pojek malam tadi. setelah sekian lama tak membaking sebab tak cukup masa sangat. tolong kak aku siap kan assignment dia. kalau tak buat assignment, si kecik izzat akan tidur dengan aku sebab dia takkan tidur kalau nampak mak dia tak tidur. baby tidur awal. pukul 8 lebih lelap. dengan aku sekali ikut terlelap.
kalau jawa, panggil "kelon"...melayu panggil mengempeng kot...izzat suka tidur mengempeng. dalam 2-3 pagi dia akan terjaga cari susu. sebab aku bukan mak dia, kak aku dah siapkan susu dia sebelum tidur. minggu ni je dia tidur dengan aku. assignment kak aku dah siap. yeay!
tapi, walaupun assignment english kak aku ada lagi yang aku tak siapkan, aku sempat buat benda ni. i love baking! (tiba-tiba)
ni sebab semalam TERtengok blog kak ita. walaupun rupa kejadian tak sechantek kak ita punya, aku rasa ni la kek paling chantek pernah aku buat. aku tak kreatif dalam mendeko. tapi, sekali lagi kek aku bantat. aku terskip air suam masa buat kek tu. tak perasan. patut keras semacam kek aku ni.

dan sebab lain aku buat juga kek ni malam tadi sebab ada strawberi kat fridge. cuti sekolah hari tu, mereka pergi cameron. mula-mula, hari isnin mak aku pergi dengan kak aku yang ke-6. hari rabu sampai jumaat abang ke-4. hari khamis-jumaat kak aku ke-3 (yang aku dok rumah dia la ni). tapi, diorang semua bukan bersama-sama. jadi puaslah aku makan strawberi.


Monday, March 19, 2012

jumpa bomoh

Assalamualaikum wbt

tentunya pagi ni bukan la monday blues...mudah-mudahan....memulakan pagi dengan semangat gila! lepas 3 hari bercuti, banyak kerja yang berlegar difikiran aku.

pagi tadi datang office dari kampung. kalau balik hujung minggu kat kampung, aku malas nak balik petang ahad. biasa akan balik isnin pagi terus pergi kerja.

yang terharunya, pagi tadi mak belikan nasi lemak...oh! terharu....cadng nak puasa hari ni, tapi tak jadi lah...sebab mak dah sediakan sarapan yang marveles! dengan air milo dan roti teloq...

terima kasih mak!

pagi tadi, bos suruh aku filing surat mc member aku ni. pastu, bos tanya aku punya mc. ala...sorry bos, saya tak suka pergi klinik atau hospital apatah lagi makan ubat. sangat tak suka. kalau demam ubat saya adalah tidur dan rehat. huhu

ada ke bos kata,

"cam tu, awak pergi jumpa bomoh ke?"

haha...hehe....huhu

Friday, March 16, 2012

hikmah kejadian

baru kejap tadi, bos sms...dia letak cek atas meja sumbangan company atas motor aku yang hilang last week.....terharu!! Alhamdulillah....jazakallah khairan kathira....

aku tak kisah pada amount, yang aku kisah keperihatinan dia....huhu...err, tapi banyak gak la bos bagi....hehe

Sangat berterima kasih dengan mereka yang menyumbang.....huhu.....Semoga Allah memberi kebaikan yang banyak kepada kamu semua.....

dan tau tak, malam tadi aku keluarkan semua barang dalam handbag aku. sebab ingatkan nak cuci sikit. aku jumpa kunci duplicate yang aku dok cari-cari tu kat poket beg aku. rupaya, kunci duplicate tu aku ada bawak je ke mana-mana. Tapi Allah tak bagi izin aku jumpa kunci duplicate tu dan berlakulah rentetan peristiwa motor aku hilang.

Astaghfirullah....Aku bersangka baik...aku berlapang dada insyaAllah...ada hikmah atas semua. aku sedar rupanya ramai yang prihatin kat aku. nasihat dan sumbangan yang sangat-sangat membantu....

Banyak yang DIA nak aku sedar atas perkara ni. Alhamdulillah 'ala kulli hal...last week kami kumpul adik beradik walaupun tak semua. masing-masing menyumbang untuk beli motor baru untuk abah....
Jazakumullah khairan kathira....

demam

Jumaat datang lagi. Alhamdulillah...masih diberi ruang dan peluang bernafas dibumi Tuhan.

Semalam, officemate demam. Selsema.Jadi, dia decide nak amek mc. So, semalam dia halfday. Petang semalam, balik kerja hujan turun dengan lebatnya. Aku redah je sebab tengok gaya hujan macam hujan yang lama. Memang betul, sampai kemalam hujan tak berhenti.

Kak aku tak ada.Balik kampung belah abang ipar aku kat kuala kangsar. Tapi, malam tadi dia sms yang diorang bermalam kat cameron highland. Aku terfikir, apa kaitan cameron dengan perak. Dia kata plan abang ipar aku, saja nak bercuti.

Pagi tadi, bangun pagi rasa demam. Selsema dan demam. Banyak kali fikir, takkan nak cuti lagi. Last week baru je cuti 2 hari. Lepas subuh, tidur kejap ingat nanti dah ok. bangun dekat pukul 8, bertambah tak larat.

Sms bos, minta mc. Tak larat nak pergi kerja. Bangun pun tak larat. Dah lama tak demam. Biasa kena hujan, ok je. Sms officemate aku tu, dia dah ok ke? Aku bagitahu dia aku tak larat nak pergi kerja. Dia pun tak berapa nak ok, tapi dia pergi kerja. Kat office tak ada orang pulak nanti kalau kami berdua tak masuk. Dibuatnya hari ni mamat tu pergi jumpa client ke.

Semalam, dia mc. Hari ni, aku pulak. Pening kepala bos dapat staff sakit berjangkit. Huhu. Sorry bos, betul-betul tak larat ni. Isnin saya masuk office ye.

Nak masak tak tau nak masak apa. Nak beli, tak larat nak keluar. Huhu....

Nak balik kampung..............

Thursday, March 15, 2012

anak celaka

satu malam kami (aku dan keluarga kak dan abang aku) on the way nak balik kampung. abang ipar aku ajak makan sebab masing2 dah lapaq gila. dan aku juga. walaupun siang nya baru lepas pergi walimah seorang sahabat di ampang.

perjalanan yang penuh cabaran. jam gila jalan. semut pon jalan lagi laju dari kami. huhu...sepanjang perjalanan aku menginsafi dengan bencana yang Tuhan beri kepada penduduk sekitar KL dan ampang. banjir lumpur. tapi, aku hanya melihat tinggalan bencana sebab air dah surut. tapi, memang cubaan yang besar kepada mereka. rumah habis dengan lumpur. harap mereka bersabar dan Allah kurnia pahala atas kesabaran mereka.

sampai kat kedai makan, kami pilih meja yang kat luar. fresh air abang ipar aku kata. ikot kan je la...untung makan free kan...hehe

tengah tunggu makanan, tiba-tiba abang aku yang ke4 tu tanya aku.

"bila kau tengok bulan purnama, apa yang kau fikirkan?"

aku pandang ke langit...bulan sangat cantik malam tu! terang benderang....subhanallah!

"bulan mengambang? ada hantu banyak. pontianak keluar. bulu roma meremang...air laut pasang...isi ketam penuh"

betul2 dah ke laut...hehe

"itu pulak yang kau fikir. ye ke isi ketam penuh?"

"entah...ye la kot...aku pernah dengar orang kata"

"ada sesuatu yang lebih besar dan lebih hebat dari semua tu"

"apa dia?"

"telah datang kepada kami bulan purnama....."

"rasulullah eh?"

" tau pun...digambarkan oleh sahabat bila dibandingkan antara bulan purnama dengan wajah rasulullah, tapi wajah rasulullah lagi bercahaya dan bersinar-sinar dari bulan purnama tu."

"oooooo....."

sejak abang aku balik haji dengan mak, aku dapat rasa percakapannya semua berhikmah dan penuh nasihat. tinggal paham atau tak je....Alhamdulillah...dia selalu kata kepada kami adik beradik:

"Jangan jadi anak yang celaka"

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab: “Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya.
[HR Al-Hakim dan Sanadnya Sahih]

Sunday, March 11, 2012

teruja

mulanya tak teruja
tetapi akhirnya rasa teruja
bukan yang biasa-biasa
tapi teruja gila

siapakah dia
bagaimanakah dia
mengapakah dia

bertalu-talu dan bergema
tapi jawapan tiada
aku harus tanya pada Dia
kerana Dia pemilik segala hati manusia

dulu aku inginkan itu
terlalu ingin dan terlalu mahu
tapi bila dia seperti itu
hampir sama seperti bayanganku
aku jadi keliru
fikrian tak menentu
tepatkah apa yang ku mahu
betulkah itu pilihanku

Oh! bimbingku
bersamamu harapanku
bawaku menuju redha Tuhanku
sungguh! tolong daku
gapai impianku
terima kasih wahai kamu

Friday, March 9, 2012

motor hilang

Minggu ni adalah minggu yang sungguh blues bagi aku. Aku yakin dengan DIA! insyaALLAH….

Petang tu, aku balik kampung lepas habis kerja. Ambil sijil adik aku sebab dia dah on the way balik ke uitm perak. Isnin ni ada temuduga untuk pinjaman kerajaan negeri. Esok paginya, niat baik la kononnye nak hantar anak buah aku pergi sekolah. Entah dibuat apa dengan anak buah aku dengan kunci motor aku, patah la pulak.

Kunci tu memang dah macam tak berapa nak ok. Kan dulu motor tu kena kopak. Aku dah ganti dengan set kunci tu, tapi bukan yang original. Masa tu stock kunci original memang tak ada. Aku dah Tanya beberapa kedai. Sebab motor tu baru keluar. Yang ada yang compatible je.

Aku tak tau macam mana nak balik. Aku kena pergi office sebab ada urusan yang aku wajib settle hari tu juga. Aku guna the only one motor yang ada kat kampong. Pinjam kejap. Nak pergi ambik kunci spare yang ada kat rumah kak aku.

Lepas aku settle urusan office, aku sms bos minta mc. Aku tak tipu, hakikatnya aku memang tak sihat. Kepala aku pening sangat. Cumanya aku tak bagitau la kat bos pasal kunci patah. Aku tak
rasa aku patut cerita sebab benda tu macam remeh.

Balik rumah kak aku, cari kunci spare. Tak jumpa la pulak. Time tak guna, aku Nampak je benda tu ada kat depan mata. Tapi time nak guna, tak ada la pulak. Aku dah putus asa, aku balik je kampong. Sebab mak aku nak guna motor tu ambil anak buah aku sekolah. Motor satu lagi
rosak. Yang ok, motor rxz. Takkan la aku nak bawak motor tu. Dan takkan la aku
nak bagi mak aku guna motor tu.

Sampai kampong, mak masak sardine. Lauk pebret! Tension punya pasal aku makan lebih dari biasa. Huhu…tambah pulak masa tu gak aku kena virus orang perempuan. Tuhan je yang tahu sakit macam mana. petang tu mak aku suruh pergi bando buat kunci duplicate.

Kat bando ada satu je kedai kunci. Cina tu kata, kunci yang ada kat dia pendek. Dia tak jamin boleh ke tak. Aku suruh je dia buat. Nasib baik dia boleh dplicate walaupun kunci tu patah.
Alhamdulillah. Allah yang bagi boleh.

Tapi, bila sampai rumah, agak hampa. Tak boleh masuk habis. Kak ipar aku bagi cadangan pinjam motor bapak aku. Aku pun pergi rumah bapak nak pinjam. On the way ke sana, motor yang aku bawak bocor kat tayar depan. Aku bagi je motor tu kat bapak. Aku tak sempat nak
pergi bengkel nak bagi elok sebab dah petang.

Aku rempit balik puncak alam bawak motor bapak aku. Baru beli bulan 10 tahun lepas. Rasa seronok macam bawak motor baru. Tapi tak berapa nak laju la. EX5 paling laju bawak 100 je. Motor lagenda aku tu boleh gak sampai 120. Tapi, aku tak kesah asal ada kenderaan nak pergi
kerja esok.

Esok paginya, tu yang bos aku Tanya aku kena virus apa. Tengah hari tu, aku kena pergi PJ, ambik software UBS untuk client kami. Mamat tu nak pergi install esok pagi. Aku turun kat parking motor, tengok motor bapak aku dah tak ada.

Subhanallah! Aku dah bingung. Lepas satu, satu….huhu. Astaghfirullah. Mohon diampunkan dosa-dosa ku hingga diuji sebegini.

Aku naik atas, cerita dengan member aku. Tak lama bos keluar dari bilik. Dia macam hairan la sebab tadi aku dah bawak beg nak keluar. Aku pun cerita dengan bos. Semua terkejut. Mamat tu
suruh aku pergi report cepat-cepat. Dia tak bagi aku ngan member aku ni parking motor kat situ lagi. Kawasan tu panas katanya.

Betul! Dulu motor aku kena kopak pon aku park kat situ. Masalahnya tak ada pilihan. Pagi tadi aku tengok kat depan kedai dah penuh motor parking situ. Mamat tu kata, letak je motor kat
tepi –tepi bangunan tu. MBSA takkan saman motor. Kalau dah penuh kat depan kedai, amek je kotak untuk kereta.

Bos aku lagi best! Bagi cadangan naikkan motor kat kaki lima bangunan worldwide tu. Pergh! Bos, kalau saya ni lelaki saya tak kisah nak naikkan motor saya tu. Malu la plak bos dengan
berkain bagai nak naikkan motor. Huhu….

Aku pinjam motor member aku pergi report kat IPD Shah alam. Sebelum tu aku maklum pada mak. Aku cuak plak nak bagitau kat bapak. Mak aku terkejut. Paling terkesan bila mak aku cakap macam ni;

“Muhasabah diri balik. Dosa apa yang kau dah buat sampai bertimpa-timpa ujian yang Tuhan bagi. Jangan sakitkan hati orang. Jangan salahkan orang apa yang dah berlaku. Tapi salah kan diri sendiri. Andai ini kifarah atas dosa-dosa, syukur Tuhan balas kat dunia. Semoga selamat
ye nak.”

Elok-elok aku cool, terus aku nangis. Dalam hati aku beristighfar. Pastu sms kawan aku tolong bawakkan tissue. Aku ada kat luar office masa tu, nak masuk malu plak kalau mamat tu Nampak
mata aku dah merah bagai.

Lepas buat report, aku pergi gak kat PJ. Bos dah cakap awal-awal tadi yang UBS tu esok-esok pon tak pe. Dia suruh aku settle semua ni dulu. Tapi, duit tu dah kat aku. Dan aku plan nak cuti esok nya. Ahakz!

Dan aku balik kampong pagi tadi dengan kak aku. Sebab dia nak hantar anak-anak dia kat kampong, esok dia ada kelas sampai petang. Tapi semalam aku balik dari office dengan kawan aku. Aku pergi buat duplicate kunci motor lagi. Cari kunci yang panjang.

Tadi aku cuba, Alhamdulillah, kunci tu boleh guna. Masa on the way balik kampong tadi, singgah kedai motor yang bapak aku beli tu, bagi report polis. Dia kata dalam masa 6 bulan baru
boleh dapat claim insuran tu. perghh! Memang lama.

Terima kasih banyak-banyak kat member office aku ni. 2 hari aku cuti minggu ni, banyak susahkan dia. take over kerja-kerja aku. Hantar aku balik rumah. Layan je aku. Huhu…thanks eh! Banyak susahkan ko!

Terima kasih juga pada seseorang. Bos maklum pada dia yang motor aku hilang. Pagi tadi dia call aku, dia ucap takziah. Dia kata anggap ini sebagai mehna. Dia minta nombor akaun. Oh! Terharu nya. Aku tak kisah pada amaun itu, yang aku kisah keperihatinan dia. terima kasih ye!

Aku maklum kan juga pada bapak. Tapi bapak tak la marah. Bapak kata, nak marah pun tak guna. Benda dah hilang kan.

*dapat la merasa helmet baru. Ahakz!

Thursday, March 8, 2012

wanita istimewa

apa istimewa jadi wanita?sangat istimewa.

disebalik aurat yang perlu dijaga lebih dari lelaki ada hikmah yang Allah selitkan. setiap inci tubuh wanita itu ada tarikan. dan tarikan itu hanya untuk ditunjukkan kepada lelaki yang sepatutnya. dan bukan semua lelaki yang ditemui di jalanan atau mana-mana. itulah tanda berharganya wanita itu.

wanita juga penuh dengan perasaan yang halus yang kadar sukar dimengerti. tangisannya kadang membawa maksud duka dan lara. tapi adakalanya bererti kegembiraan yang ingin diluahkan.

wanita juga penuh dengan kekuatan. bahunya bisa mendamaikan bayi yang melentok. di bahunya juga bisa memikul segala bebanan dunia.

istimewanya wanita yang punya rasa kasih dan sayang lebih dari lelaki. dan doa orang yang penyayang dimakbulkan Tuhan.

wanita juga mudah untuk memaafkan, tapi mungkin juga bukan mudah untuk melupakan. hati wanita yang terluka itu mungkin boleh dirawat. tapi, kesannya tetap ada.

ada ABC (Allah bagi cuti). tapi disebalik cuti itu ada sedikit kesakitan yang perlu dilalui. mungkin ini juga adalah latihan yang diberi Tuhan agar wanita itu terbiasa untuk menghadapi kesakitan ketika melahirkan.

hari ini bukan hari wanita sedunia untuk aku bercerita tentang wanita. tapi, hari ini aku terasa aku adalah wanita sempurna.
hehe
**semalam MC, first time. malu nak bagitahu bos. tapi bila bos dah tanya aku kena virus apa, aku harap bos tahu virus ni virus orang perempuan.

Sunday, March 4, 2012

hindustan lagi

Zaman kanak-kanak aku dulu tengah famous cerita hindustan. Macam2 khan muncul. Shah rukh khan, salman khan, saif ali khan, aamir khan. Tak lupa kapoor. Karisma kapoor, karina kapoor, raj kapoor. Macam-macam la. Paling touching cerita kuch kuch hota hai. Masa tu dil to pagal hai pon tengah famous. Tapi, sampai sekarang aku tak pernah lagi tengok dil to pagal hai sampai habis. Lagu-lagu dia je yang aku rasa best.

Sebab masa tu tak ada cerita korea. Jadi, hindustan memang menjadi kegemaran dan kegilaan. Paling aku minat? Aamir khan! Cerita maan boleh buat menitis air mata kot. Hari sabtu
pukul 2 mesti tercongok kat tv3. Tak boleh aleh. Masa tu aku tak pasti astro dah ada ke belum. Panggung sabtu memang dinanti-nantikan.

Dan dulu, hindustan tak se seksi yang sekarang. Bagi aku masih selamat untuk ditonton oleh kanak-kanak. Berbeza sangat dengan sekarang. Aku pun dah jarang sangat tengok. Sebab kalau tengok mesti la time tu anak-anak buah pon tengok sekali. Kecuali kalau ada tayang cerita-cerita Hindustan yang lama-lama. Kurang sikit censored.
Lagipun sekarang bagi aku Hindustan banyak pamerkan cerita cinta entah apa-apa berbanding nilai murni. Cerita tamil masih lagi mempertahankan nilai murni dan pengajaran dalam
penyampaian cerita mereka. Ok, dah ke laut. Tiba-tiba tamil.
Semalam petang, kakak aku ada sekolah ganti. Jadi, macam biasa aku jaga anak-anak buah aku. Dah lama tak tengok panggung sabtu. Cerita best kot! Touching aku. Tare Zammen Par. Lakonan
Aamir khan. Tapi, dia muncul di pertengahan cerita. Watak Ishaan lebih banyak.
Kisah tentang seorang budak berumur 8 tahun yang menghidap dyslexia. Dia normal macam kanak-kanak lain, Cuma lambat dalam menulis dan membaca. Huruf yang dia tulis terbalik. Masih boleh dirawat tapi perlukan perhatian dan bimbingan serta kesabaran yang sangat
tinggi dari ibu bapa, keluarga dan guru.
Ishaan punya kelebihan melukis. Lukisan dia sangat cantek. Aamir khan kata, lukisan menggambar kan perasaan kita. Kita patut biarkan kanak-kanak melukis apa yang mereka bayangkan. Dan bukan memaksa mereka melukis apa yang ada meja di hadapan kelas. Biarkan mereka dengan imaginasi mereka.

Kanak-kanak memang istimewa. Kadang-kadang kita tak selami hati dan perasaan mereka. Kita hanya marah dan menyalahkan mereka atas sesuatu perkara. Tapi, pernah kah kita cuba
untuk menyelami hati mereka?

Cerita tu sangat meruntun hati wanita aku. Oh! Air mataku menitis lagi. Bila ishaan dihantar
kesekolah asrama. Dia menangis merindukan ibu, abang dan ayah dia. Dia tak dapat nak adapted dengan keadaan dan suasana baru itu.

Paling sedih time lagu meri maa. Maksudnya my mom. Dek kerana dulu selalu tengok cerita Hindustan, ada word Hindustan yang aku agak paham. Hik hik.
Ok, cerita tu sangatsedih. Kita tak seharusnya memarahi anak kecil a patah lagi mengherdik mereka. Mereka seharusnya ditegur dengan penuh hikmah dan berlemah lembut. Sebab kita kadang gagal menunjukkan contoh yang baik.

Singkap kembali bagaimana nabi melayan kanak-kanak. Nabi sangat sukakan kanak-kanak. Pernah nabi tak bangun dari sujud kerana Hassan hussin sedang bermain di belakag baginda. Betapa sabarnya nabi.

Kadang kita memang tak sabar sungguh dengan kanak-kanak. Mereka seolah ada masa mencabar kesabaran kita dengn rengekan dan songeh yang banyak. Tak larat nak layan keinginan dan kehendak mereka. Dan kita mendera mereka dengan sungutan dan bebelan yang tak sudah-sudah.

Mengajar anak-anak kecil ada caranya. Agar kelak mereka dewasa tak kan menyalahkan kita kerana tersalah atau terkurang ajar dengan mereka.

Ok, siapa yang teringin nak tengok cerita tare zameen par, sila lah layari mana2 website yang
ada bagi link cerita tu. Kalau tak pon, tengok je kat youtube.

Aku rasa aamir khan masih ensem walaupun dah tua. Ahakz!

Thursday, March 1, 2012

solat culas

kadang kan kita rasa ada orang yang bila bercakap dia tak mesra.

macam aku telefon insolvency cawangan kuantan n ganu. ada sebahagian mereka yang agak tak mesra.tapi kadang kita tak boleh nak judge seseorang kot. tapi aku rasa insolvency kelantan ok sangat.

memang bila bercakap tak bertemu muka. tapi dari suara kita boleh tahu yang dia tengah senyum atau masam.

sebab manusia ni penuh dengan sifat buruk sangka dan hasad dengki.

dan ada juga semalam dia mesra dengan kita. tapi hari ni tak.mungkin dia ada masalah.

dan beberapa hari kebelakangan ni aku rasa aku ni buat kerja entah apa2. dengan solat yang culas, ya Allah! aku takut dengan azab Mu.
tapi malas ku masih mengatasi segalanya.
Ya Allah, kurniakan aku hati yang iltizam dalam mengerjakan suruhan Mu.
jauhkan aku dari sifat malas dan berputus asa.
hanya pada Mu ku memohon.