Tuesday, April 24, 2012

bersama walau bukan berdua

dalam meniti kehidupan seharian, tak dinafikan yang kadang rasa lelah menyelubungi. lalu keluh kesah bermain dengan kata-kata. akhirnya terluah ketidak enakkan dalam bicara.

maaf! aku telah menyinggung mu. aku tak menyedari itu. dan ku kira pada ketika itu aku rasa tenang. mungkin bicara ku ini kedengaran kasar bagi mu. maaf sekali lagi. aku tak bermaksud sedemikian. sungguh!

dan pada kamu yang memujukku.

lama aku memikirkan. perlukah aku marah? atau rasa gembira? kadang aku keliru apa yang ku rasa. kata-katamu bagai halilintar ketika hujan. aku rasa gemuruh dan terkejut tika itu. tapi dalam masa yang sama kedinginan kata-kata mu membuat aku berfikir. mungkin dia yang salah anggap. kerana ini pertama kali aku ditegur sedemikian rupa. untuk sesuatu yang biasa orang lain mengatakan lain sangat dengan apa yang mereka katakan.

bukan aku tak menerima teguran. cuma nya, ku kira dalam pergaulan seharian aku ada berkasar dengan tidak sengaja. maaf ya!

untuk kamu. untuk pertama kali aku berasa aku lah insan paling bertuah. punya kamu yang hadir dalam hidup ku. punya kamu yang menerima salah ku dengan berhikmah. punya kamu yang membuat ku semangat untuk kembali semula pada esok hari. jika tidak, mungkin aku melarikan diri sejauh upaya ku.

cerita lain.

untuk kamu. aku terasa ingin benar mengenalimu. sedikit demi sedikit. dan sedikit cuma aku mengetahui. hik hik. tertawa dalam senyuman. istimewa sungguh kamu! cukup sedikit yang aku tahu. dan cukup aku tahu kebaikan dan kelebihan mu. gusar pula kiranya aku mengetahui ketidak sempurnaanmu. nanti hatiku makin menjauh.

andai aku ditanya, apa yang aku mahu dalam hidup ku. pasti aku akan jawab aku ingin benar sama kamu.

tapi, Dia lebih mengetahui. gembiraku melihat kau bahagia. walau kita bukan sentiasa berdua. tapi, kita selalu bersama.

Sunday, April 22, 2012

today is sunday

To enjoy my working life, the most important is my passionate when Monday is coming. Salary & bonus will turn to number three. The bos and the office is number two.

Yuhuuuu! tomorrow is Monday. Bravoo!

Soon, in my marriage life, the number one will be??
Ahakz!

Thursday, April 19, 2012

nak tanya

aku tahu, yang baca blog aku ni bukan 100% kenal aku atau pernah jumpa aku.
dan aku rasa, tak sampai 40% pon kenal aku.

nak tanya....

aku ni kasar eh?
komunikasi dengan korang kasar eh?


huhu

Wednesday, April 18, 2012

PTPTN yang relevan

Assalamualaikum

sekadar pendapat peribadi.

rasanya untuk memansuhkan pinjaman dan ditukar kepada pembiayaan tak berapa nak wajar. tapi memansuhkan caj perkhidmatan ptptn adalah SANGAT wajar dan harus dilaksanakan.

kerana, caj tersebut sangat lah tak relevan. mungkin patut contohi pinjaman kerajaan negeri seperti selangor misalnya. jumlah bayaran adalah sama dengan jumlah pinjaman. dan ianya akan berkurangan mengikut pencapaian pelajar.

tak semua graduan memperolehi gaji yang banyak dan mewah selepas belajar dan sudah tentu bayaran bulanan PTPTN tersebut mengikut situasi kewangan. ada seorang kenalan saya yang mampu membayar rm100 sebulan. tapi caj perkhidmatan adalah rm40++. rm60 sebulan untuk tempoh berapa lama hingga jumlah pinjaman itu dapat dilunaskan?

selepas 2-3 tahun bekerja, tak dinafikan ada kenaikan gaji dan sebagainya. dalam masa yang sama, keperluan hidup yang mendesak dengan harga barang yang semakin naik dan kos sara hidup yang tak pernah berkurangan akan menjejaskan aliran kewangan masing-masing.

mungkin, kerajaan patut memikirkan semula untuk memansuhkan caj perkhidmatan dan lain-lain caj. jumlah pembayaran perlu sama dengan jumlah pinjaman. mungkin itu yang terbaik.

lagi satu, bagi saya kalau diberi pendidikan percuma, mungkin hampir sama atau sama 100% dengan biasiswa. jadinya, tiadalah "value" untuk pelajar yang cemerlang dengan pelajar lain. pelajar cemerlang mendapat biasiswa (yang mungkin sama dengan pendidikan percuma) atas kecemerlangan mereka dalam SPM dan sebagainya.

dan sudah tentu insiatif biasiswa tersebut menaikkan semangat pelajar untuk membuat yang terbaik dan belajar bersungguh-sungguh. jadinya, bila diberi pendidikan percuma kepada semua mungkin motivasi untuk belajar hingga mendapat kejayaan yang cemerlang akn luntur atau mungkin tiada langsung.

semasa saya belajar dulu, saya mendapat tajaan JPA. Alhamdulillah. saya mungkin beruntung dari rakan-rakan yang meminjam PTPTN iaitu tidak perlu pening untuk memikirkan bayaran balik pinjaman masa belajar dulu. tapi, bagi saya peminjam PTPTN jauh lebih beruntung. bagi saya.

biasiswa yang saya terima adalah amanah pemberi biasiswa iaitu kerajaan. dan kerajaan mendapat duit adalah dari pembayar cukai. amanah yang sangat besar iaitu menggunakan duit tersebut untuk dimanfaatkan semasa pengajian diuniversiti. dan penerima biasiswa JPA khususnya. adalah sangat mustahil menggunakan 100% wang tersebut untuk manfaat pelajaran. adakalanya sebahagian wang yang diterima itu digunakan untuk membeli benda-benda lain yang tiada kaitan langsung dengan pelajaran.

contohnya:

1- membeli baju melebihi keperluan
2-membeli gadjet yang bukan keperluan pengajian. tapi tuntuan nafsu dan kepuasan saja.
3-terlibat dengan pelaburan yang entah apa-apa seperti MLM. kesudahannya, rugi!

dan sebagainya.

sedangkan, buku untuk belajar , pelajar mengambil langkan berjimat cermat kononnya. seperti photostat buku yang dirasakan mahal untuk membeli. adakah tidak sedar yang kita sudah mencuri? mencuri kesusahan idea penulis dalam menghasilkan buku tersebut. dan kita hanya memfotostat dengan kos yang sangat rendah dan ianya menguntungkan kedai fotostat.

secara tak sedar, penerima biasiswa JPA telah berlaku tidak amanah terhadap wang tersebut. dan bagaimana untuk kita meminta halal atas keterlanjuran kita itu? berapa ramai pembayar cukai di Malaysia?

perlu ke kita meminta halal setiap rakyat malaysia yang membayar cukai kerna mensia-siakan wang mereka ke jalan yang tak sepatutnya.

dan dosa itu dibawa sampai ke akhirat. dan kita akan ditanya.

KEMANA WANG YANG KITA BELANJAKAN DARI DUIT BIASISWA YANG KITA TERIMA?

ketika itu, kita mencari setiap orang yang menyalurkan duit itu untuk meminta halal dan memiinta maaf.

moga-moga keterlajuran kita dan kesilapan kita dalam tidak menunaikan amanah tersebut dimaafkan dan dihalalkan oleh penyalur wang tersebut (khusus untuk penerima tajaan JPA)

dan kepada peminjam PTPTN, berusahalah untuk membayar balik. moga2 Allah permudahkan.

sekadar pendapat peribadi. kalau tak puas hati, sila hentam saya seorang.
terima kasih.

Monday, April 16, 2012

dimana

makin jauh dan mengecil
tidak dipedulikan
dibiarkan sepi dan keseorangan
dimana DIA di hatiku?

Thursday, April 12, 2012

mengingati apa yang lupa

aku mohon agar aku dilupakan
tak sanggup untuk mengingatinya
cukup kengerian yang aku terima
cukuplah!

namun, sekarang ini aku sedang berusaha
mengingati apa yang aku ingin lupakan
mungkin juga aku dah lupa
dan mungkin aku sudah tak kisah

sudah namanya perempuan
yang sakit itu yang diingat
dan tak pernah serik
walau diluka berkali-kali

selama mana hati ini dipunya wanita
aku takkan pernah kisah
andai hati ini terluka lagi
oleh orang yang sama
kerna hati ini mudah memaafkan
namun sukar untuk melupakan
maaf itu berkali-kali
sebab itu rela disakiti
lagi dan lagi

Tuesday, April 10, 2012

Monday, April 9, 2012

pendorong kebaikan

hari ni birthday anak buah aku. jadi, kak aku minta aku buat kek untuk dia bawak g pasti. kek aku tak cantek.huhu...tapi, rasanya walla.....sedap! Allah bagi sedap. kek moist dengan choclate ganache beserta cream cheese dan buttercream lebihan kek yang aku buat sebelum ni. dihias dengan coklat chip. tapi, tak cantek la deco yang aku buat. aku tak kreatif.....

malam tadi, sebab aku tak puas hati dengan kek yang tak macam kat kedai tu, aku buat apam polkadot sebagai tambahan untuk anak buah aku. dan malam tadi, ada makan-makan kat lorong taman. tapi untuk orang lelaki je la. buat bakar-bakar. anak-anak buah aku ikut bapak dorang. jadinya, tinggal aku ngan kak aku. sambil-sambil mengapam, kami bercerita.

kak aku kata dia suruh aku tengok video pemaik bola sepak yang meninggal waktu tengah main kat padang bola. sebelum mati, dia terlompat-lompat. betapa sakitnya azab. aku pun kata,

"habis, kematian tu su'ul dzon atau husnul dzon?"

"kau tak baik tau! tak boleh menilai kematian dia. itu antara dia dengan Tuhan. cumanya kita perlu berdoa naudzubillahi min zalik. moga-moga kita tak macam tu. kita tak boleh nilai dia"

"astaghfirullah. bukan itu maksud aku."
(ni sebab dulu addicted baca mastika)

"ada orang jahat, tapi Allah bagi syurga kat dia. macam kisah pelacur bagi minum kat anjing, dapat masuk syurga. itu pelacur. yang tak solat, buat dosa besar"

"kita ni yang tak tahu macam mana. buat baik macam mana pun, tak tahu Allah terima atau tak"
kak aku menambah.

dan hari ni, aku rasa teruja dan gembira! seorang sahabat menyatakan hasrat untuk memakai stokin. Alhamdulillah.... dia kata, dia nak pakai, tapi sandal yang dia ada macam sliper. cam na nak pakai stokin. dan dia mengeluh:

"aish! nak buat baik ni macam-macam alasan kan."

aku menyokong hasrat dia untuk menambahkan kesempurnaan pakaian dia.

"kau dah ok. walau tudung tak labuh mana, tapi baju kau masih lagi longgar dan tudung tu masih menutup"

"tapi, kau perasan tak tudung aku jarang. tudung bawal. tapi takkan nak buang kot tudung ni. aku ingat nak pakai tudung kat dalam. biar tak nampak tengkuk."

"aku dulu pon pernah gak pakai tudung dalam. beli tudung indon tapi buang awning. tapi kejap je. rimas. last2, beli je tudung yang tebal."

dan aku teringat dulu.......

sebelum habis exam spm, kami ada perjumpaan dengan ustazah shamsiah. ustazah ketua warden. antara nasihat yang aku masih ingat tapi tak la sebijik:

"bila kamu semua dah habis sekolah. kekalkan pakaian yang kamu pakai sekarang. walaupun mungkin tudung kamu tak macam tudung waktu sekolah tapi jangan tinggalkan stokin. insyaAllah, nanti kamu akan rasa segan dan malu nak pakai baju yang ketat dan tak senonoh."

aku ingat pesan ustzah, tapi aku tak amal. iman lemah! lepas habis spm, sementara tunggu tawaran, ada la beberapa kali kami buat ala-ala reunion. ada seorang sahabat, aku perhatikan dia tak pernah lalai untuk memakai stokin. dia sentiasa berstokin.

walaupun dia pakai jeans dan tshirt, masih sopan sebab semuanya longgar. dan aku mula mengingati kata-kata ustazah ada benarnya. selagi kita berstokin, kita rasa malu nak pakai yang ketat-ketat.

sejak hari itu, aku mula membiasakan untuk memakai stokin bila keluar. Alhamdulillah, aku berjaya istiqamah walau pada mulanya banyak tak pakai dari pakai.

Bersyukur pada Tuhan! Sahabat mempengaruhi kehidupan dan tabiat kita. dan bersyukur juga punya sahabat seperti itu.

dan aku pernah berterus terang pada dia yang aku pakai stokin sekarang ni sebab dia yang mendorong. walaupun secara tak sedar. dia terus memelukku.

aku cemburu seketika. selama mana aku memakai stokin, mungkin selama itu dia dan ustazah dapat pahala. pahala yang berterusan. sebab kita mendorong orang lain melakukan kebaikan. dan aku? mungkin dalam sedar aku ada mendorong orang melakukan dosa. dan selama itu aku menanggung dosa. Astaghfirullah!

aku bercita-cita untuk menjadikan office ku ini jauh dari gangguan pandangan yang menggairahkan. jadinya sebagai perempuan yang bekerja di office ni, pastikan tiada pendedahan aurat yang terjadi. InsyaAllah! aku akan cuba untuk mempertahankan itu.

aku bersyukur. nikmat Tuhan mana lagi yang aku hendak dustakan?

Thursday, April 5, 2012

bertukar!

aku dah tak minat
malah kadang jadi pening

Masa bidadari, Datin Zaleha Omar kata, Rasulullah tak suka warna oren.
Kerna warna itu seperti pakaian ahli agama orang kafir.
Dan sekarang aku mula suka warna pink dan ungu.
Pink warna kegemaran Nabi.
Dan kenapa blog tukar warna hijau?

"Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. "
(55:76-78)

Semalam, pertama kali kami semua bersama-sama. keh keh...rasa lucu pun ada.

Tuesday, April 3, 2012

cuti umum 11.04.2012

11.04.2012 adalah hari rabu. dan hari dimana PM mengumumkan bahawa tarikh itu adalah cuti umum bagi semua rakyat Malaysia sempena pertabalah Yang Dipertuan Agung Malaysia.

Yeay! cuti....

tadi, bos bagi tahu staff klien nak datang office nak training ngan mamat tu hari rabu depan. sebab accounting klien tu yang buat mamat tu sebelum ni. dan staff tu adalah kawan aku....:):)

lepas tu, shida bagi tau aku yang tarikh tu cuti umum kot. eh, aku tak tahu pulak. search kat google dan ianya begitu menggembirakan! lepas tu, aku bagi tahu kat bos. bos lagi la tak tahu.

"shida ni, bab cuti alert je."

keh keh...mau nya tak alert...cuti kot bos! pastu bos aku kata,

"dulu, masa saya staff suka betul kalau tau ada cuti ni. sekarang dah jadi bos lain pulak tak macam dulu. baru rasa apa yang bos saya rasa dulu"


keh keh keh...maunya tak happy. tengah dok susun balik jadual tiba-tiba cuti la plak kan.

tapi, kami sebagai staff sangat la happy.....:):)

bulan april yang penuh dengan ceria sebab tiba-tiba bila buat listing kerja-kerja aku rasa macam hari-hari aku patut balik malam. bertompok-tompok file kat kiri meja aku ni. tak boleh letak kiri kanan, nanti susah nak keluar. belum lagi yang tak keluarkan dari almari.

kerja hingga berjaya! yeay!

penat menunggu

cemburu sekali lagi
aku ingin berlari
pergi menjauhkan diri
membawa hati yang terluka lagi

bila terlalu memikirkan
hati sakit berserabut fikiran
baik didiamkan
menerima segala ketentuan
kerna semua yang berlaku dari Tuhan

dah penat menunggu
masih lagi tidak ketemu
dia hanya diam membisu
dan seolah buat tak tahu