Thursday, May 31, 2012

soalan gurauan

soalan yang agak merunsingkan

"bila nak kahwen?"

"dah ada pakwe?"

"bila nak ada anak?"

"dah ada anak?"

soalan yang mungkin seakan lawak bagi orang yang menanya. dan mungkin juga ianya sebagai gurauan bagi yang ditanya.

tapi, kadang ianya menyakitkan.
sekian lama menunggu masih tidak dipinang.
sekian lama menanti masih tiada isi.

boleh bertanya, tapi berlapik la. sebab bukan kita yang berkuasa menentukan sesuatu. tapi Allah yang berkuasa menjadikan semuanya menjadi nyata.

kesian pada pasangan yang menanti kelahiran cahayamata, tapi tak berkunjung tiba. sabarlah wahai kamu, belum lagi masanya. jangan berhenti bersabar. teruskan usaha, tambahkan taqwa.

***sepanjang bulan jun ni berderet undangan kahwin dari sahabat-sahabat baik...Barakallahu lakum. InsyaAllah akan cuba memenuhi jemputan. ambil berkat kata orang.

tengah dok runsing siapkan audit, ada orang call tanya dah ada pakwe ke? terus rasa nak balik sebab pening tiba-tiba hilang. soalan tu bukan menyakitkan, tapi seakan lawak bagi aku.

Allah berkuasa, makhluk tak ada kuasa.

6 tahun yang tercalar

pening dan berdenyut
semua tenaga dah disedut

teruskan usaha walau rintangan yang melanda
teruskan kerja walau penat dan bosan datang bersama

cuba selesaikan hari ini
kerna esok belum tentu lagi

yakin Allah yang bagi tenaga
yakin Allah yang bagi seronok bekerja
yakin Allah yang bagi habis semua
yakin Allah yang bagi segalanya

untuk 6 tahun yang perlu diselesaikan
untuk 6 tahun yang sangat menyesakkan
untuk 6 tahun yang buat aku bosan
untuk 6 tahun yang buat aku tercabar fikiran

dan aku baru ditahun yang pertama
masih ada 5 tahun untuk aku selesaikannya
oh! sangat tak sukanya

Tuesday, May 29, 2012

berjalan di JB

weekend yang lepas kami ke JB. berjumpa dengan seorang sahabat baik masa kat matriks sebelum dia bertukar status. insyaAllah, dia akan menjadi suri kepada seorang mamat sabak bernam september nanti.

disamping itu, aku juga mengajak sahabat2 menjenguk kakak ku yang di JB yang aku tak pernah pergi rumahnya sepanjang dia di JB. dan kali terakhir aku ke JB masa mengiringi rombongan pengantin dia pada 2005. lama sungguh! aku tak berkesempatan dan tak berpeluang untuk ke sana.

Alhamdulillah akhirnya diberi juga peluang dan kesempatan itu.

apa yang best di JB? bagi aku sangat best!!! kami bertolak pagi sabtu dan sampai lewat tengah hari kerana sesak di highway masa nak exit ke JB. ada eksiden. dan jammed yang agak panjang.

sampai sana terus pergi rumah kakak kat pulai jaya dan lunch serta solat disitu. Thanks kakak! bersungguh dia masak untuk kami. pastu kami pergi danga bay untuk berjumpa sahabat baik kami. kami meniti selat tebrau yang memisahkan antara malaysia dan singapura. dan kami sebenarnya berada di tepi peta! jakun kejap.

melakar kenangan di danga bay sambil menikmati kerang bakar JB yang sangat berlainan di selangor. biasa kita cicah dengan sambal kicap, tapi yang ni macam ditumis. sedapp!!

dan seperti yang dijanjikan oleh orang JB, makan ikan bakar sampai muntah. memang tak tahan....terima kasih pada sahabat JB. kau memang baik dan terbaik! dulu, kini dan selamanya....

layanan yang superb! untuk makluman, makan kami ditaja oleh sahabat baik dan penginapan ditaja oleh kakak ku. big clap to both of them. weee....

rasa sedih masa berpisah.
sedih sebab lepas ni dapat jumpa dia masa hari bahagia dia. peluang untuk berjimba bersama pasti akan berkurang kerana dia dah punya pasangan. ouh! sedih sangat. dia sahabat baik kami! kegelabahan dan kekibutan dia menghibur kami. dia sabar menerangkan pelajaran yang tak berapa nak faham walaupun masa tu dia tengah study. masa kat KMKN dulu, dia pelajar yang top! dan dia tak pernah berlagak atau sombong. sangat seronok berjumpa dan berkenalan dengan dia.

moga, kau menjadi yang solehah untuk suamimu nanti.

dan sedih juga sebab anak-anak buah aku macam sedih juga bila kami nak balik. bila lagi ntah nak datang jenguk kakak aku kat JB nun jauh tu. insyaAllah, nanti dah punya masa dan ruang aku akan menjejaki JB lagi.

apa yang penting, JB best! melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. memuji kebesaran Dia yang menyatukan hati kami dengan ukhwah yang terbina. mana boleh lupa akan cerita dan gelak tawa kami sepanjang disana. fazilah, hazrina, zainatul dan khadijah....moga2 ukhwah ini akan terus mewangi subur mekar dihati ini. cewah!

Wednesday, May 23, 2012

terbakar

rumah terbakar panggil bomba
bomba datang berlumba-lumba

terbakar kampung nampak asap
terbakar hati siapa yang tahu

"Sungguh, kamu (orang kafir) dan apa yang kamu sembah selain Allah, adalah bahan bakar Jahanam. Kamu (pasti masuk kedalamnya."
(21:98)


beras terbakar



















Monday, May 21, 2012

berdiam atau bertekak

lebih baik berdiam dari dari bertekak
walaupun tak menjerit dan berteriak

mengalah itu lebih baik dari terus bertelagah
kerna saling berbahas itu nabi tegah

mungkin ilmu dia belum sampai kesitu
kerna dia ingin menegakkan apa yang dia tahu

mungkin juga aku yang belum tahu
hingga aku rasa dia salah bila berkata begitu

dan aku hanya diam membisu
bukan aku terima atau setuju
tapi aku tak ingin kehambaran berlaku
dan akhirnya terputus persahabatan itu

moga-moga Allah beri hidayah
siapa betul siapa yang salah
dan siapa yang perlu lebih menelaah

berdiam itu lebih baik
tapi berkatalah benar walau pahit

Friday, May 18, 2012

insuran dan takaful

apa beza insuran konvensional dan takaful?

apa yang aku faham, insuran konvensional ada unsur gharar(ragu-ragu) dan maisar (judi) yang menyebabkan ianya haram. dalam insuran konvensional, caruman kita akan dilaburkan. dilaburkan kemana? tak pasti disitu. namun, kebiasaannya insuran konvensional tiada panel syariah. dan pelaburan yang biasanya membawa untung yang banyak adalah pelaburan untuk arak, perjudian dan sebagainya.

yang dikatakan ada unsur perjudian, adalah kita mencarum untuk sejumlah wang yang sedikit untuk mendapat pulangan yang banyak bila kita ditimpa kecelakaan kelak. contoh insuran motor, tahun pertama mencarum lebih kurang RM300 (bergantung pada hrga motor) dan bila ianya hilang, kita akan dapat pampasan lebih kurang Rm 3,000.

berbeza dengan takaful. takaful berasal dari perkatan arab yang bermaksud 'menolong'. dalam takaful, kita mencarum untuk menolong sesama ahli kumpulan yang mencarum jika ditimpa kecelakaan. jadi,sebahagian duit caruman itu sebagai sumbangan kepada mereka yang ditimpa musibah. dan sebahagian lagi dilaburkan mengikut pelaburan yang dibenarkan dalam islam.

ok, ini apa yang aku faham dan sebahagian yang aku ada hafal sebab tajuk ni ada dalam silibus masa aku belajar kat matriks dulu.

lecturer yang ajar tajuk ni dulu pernah berkerja dengan takaful ikhlas. dia sangat la merekemenkan kami untuk menggunakan takaful instead of insuran konvensional.

dan lecturer ni kelakar. asbab tu aku ingat apa yang dia cakap sampai sekarang.

nak tahu lebih pasal beza dua benda ni, meh baca kat ust zaharuddin.

kalau nak renew roadtax boleh la buat insuran takaful kat bro azhar ni. aku pernah buat, dengan ahlia dia. service yang bagus! pantas cepat dan sedia membantu.

motor aku ni aku beli kat kedai bukan dengan cash. sebab masa tu, aku belajar lagi. duit tak cukup nak beli cash. aku bayar pendahuluan dengan amount lebih kurang 1/3 dari harga motor tu masa tu. dengan harapan, bila bayar deposit banyak, kurang la sikit bayar bulan2. nak minta duit kat mak, malu.

jadi tahun pertama, aku tak ada pilihan utk guna takaful bagi insuran motor aku. ingat tak cerita motor aku. tahun pertama motor tu, kena kopak. tak sampai setengah tahun guna motor tu. tak lama, eksiden pulak. adeh, macam-macam la yang berlaku kat motor tu. pernah putus rantai tengah jalan. terpaksa aku tuntun motor tu jauh gila! minyak habis tengah jalan.

then tahun kedua aku bertekad nak guna insuran. sempat gak gaduh ngan orang kedai tu. dia tak bagi aku guna insuran lain. kena guna dia punya gak. aku tak nak, sebab insuran konvensional. cukuplah dengan dosa-dosa yang semakin menggunung hari ke hari.

aku discuss ngan budak perempuan kedai tu elok2. aku tak nak guna insuran dia sebab aku tak nak guna insuran konvensional. kalau dia ada yang takaful aku ok je. budak perempuan tu melayu. aku bagitahu dia yang insuran konvensional haram. last2 budak tu kata boleh. cuma roadtax dia yang buat sebab tak boleh bagi geran kat aku.

bila difikirkan, mungkin sebab tu kecelakaan berlaku pada aku sepanjang tahun pertama aku guna motor aku. Alhamdulillah, setakat ni motor tu tak pernah lagi buat hal. asbab aku jauhkan diri dari muamalah riba. dan aku berusaha untuk habiskan hutang tu tahun ni juga. ada duit lebih aku bayar lebih. aku cuba usaha bersungguh2. tapi, untuk meminta pada orang lain tak kot. sebab aku sangat malu.

Thursday, May 17, 2012

tersasul

dalam office ni, ada 4 orang je. bos, dan 3 permanent staff.
dan 4 orang ni datang dari negeri yang berlainan. bos, orang kelate. mamat tu orang perak, aku anak jati selangor. dan shidah orang kedah.

kadang, bos tersasul speaking kelate ngan aku. hik hik.
loghat perak tu kadang terkeluar gak dari mulut mamat.
slang kedah masih tak boleh hilang dari shidah.
dan aku?
tak pernah lagi tersasul cakap jawa dengan diorang.
sebab automatik jawa aku aktif bila dengan family.

just love the way bos tersasul when talking with me. hak hak

motor hilang lagi

Assalamualaikum wbt

lama tak bersiaran. kesibukan dunia melanda seketika. sebab sekarang peak period. ada beberapa peristiwa yang terlepas untuk dikongsi.

motor hilang

minggu lepas, hari jumaat (11.05.2012) aku ngan shidah pergi lunch kat luar. kat seksyen 18. sebelum tu, singgah maybank cash cek. saje nak merasa siput sedut kat seksyen 18. shidah kata sedap! hujan turun dengan lebat. terperangkap kejap dalam kedai makan tu. ramai mamat yang nampak-macam macho tapi masih terpaku di kerusi tanpa mengendahkan seruan solat jumaat. situasi yang nampak biasa di akhir zaman ini. Oh! kasihan sungguh pada anak isteri mereka. moga2 diberi hidayah kepada mereka bahawa solat jumaat otu WAJIB bagi lelaki.

sebelum tu, masa kat maybank orang ramai gila! hairan sungguh. ingatkan pergi time jumaat, orang tak berapa ramai. rupanya, ramai juga. tambah lagi kaunter yang dibuka tak banyak sebab staff lelaki tak ada. tengah dok tunggu giliran, terdengar perbualan 2 orang mamat yang berhampiran dengan aku.

MasyaALLAH! mereka berdua berkira hendak pergi solat jumaat atau tunggu giliran nombor. nombor jauh lagi. ke nak pergi masjid. mereka keluar..fuhh! lega....mereka memilih untuk masuk dalam golongan yang Allah redha. tapi, tak sampai 5 minit datang lagi. dan masih berbincang dan berkira-kira untuk tunggu atau pergi. masa tu, azan dah berkumandang. dalam hati, aku kata ko pergi je lah solat. bukan bank yang bagi kau duit pun, Allah yang bagi duit. sekali kau nak keluarkan duit tu, bank dah habis duit. padan muka! macam mustahil bank akan kehabisan duit. tapi tak mustahil kalau bank kehabisan duit untuk bagi kat kau berdua.

dan mereka keluar. putus untuk pergi ke masjid. Alhamdulillah. moga2 Allah akan bagi kau duit lebih banyak.

balik office, masa turun dari motor shidah perasan yang motor dia tak ada. kitorang naik motor aku. puaslah dok cari mana pergi motor. masih tak ada. tak sampai 2 bulan motor aku hilang, sekarang shidah pulak.

dia pergi pusing cari motor dia. kot la dia parking tempat lain. aku bagi kunci motor aku. kalau tak ada gak dia kena pergi report.

dan keputusannya, masih tak ada. dia parking depan kedai tempat dimana ramai orang yang lalu lalang. maybe hari jumaat, tak ramai orang sebab lelaki-macho-beriman-akhir-zaman pergi masjid.

dia dah berusaha untuk menjaga motornya dari dicuri. letak di tempat ramai orang, dan mengunci serta memangga. tapi, Allah yang bagi hilang. ada hikmah. yup! Allah tahu apa yang terbaik untuk hamban Nya.

kami berbincang punca motor dicuri.

punca utama INSURAN KONVENSIONAL.

to be continued. sebelum tu, meh baca kat sini.

Tuesday, May 8, 2012

bundle

Kekasih yang dulu hilang
kini telah kembali pulang

keterikan panas mentari di kala tengah hari. dan mata mula mengecil. tengah hari  itu, aku menongkah suhu kepanasan yang entah berapa darjah celcius.

dan di akhirat nanti, matahari hanya sejengkal dari kepala. menggelegak otak dek kerana panasnya bahang. hinggakan manusia ditenggelami peluh-peluh yang mengalir dari tubuh yang serba bogel.
moga-moga berkah wudhu' yang sempurna akan menyamankan dan mendamaikan tubuh dari merasai panas yang menggelegak.

aku pergi ambil cek kat sorang client tadi lepas lunch hour. lepas ambil, singgah kat kedai bundle sebelah kedai dia. aku nak cari sweater utk aku pakai time naik motor. hari tu, sweater aku hilang dengan helmet dan motor bapak aku sekali. sweater bundle juga yang berkenan kat hati. murah pun murah. asalkan tudung aku tak menggerbang bila bawak motor. disamping mengganggu perjalanan motor orang lain, ianya juga menurunkan kelajuan motor aku.

salah aku gi singgah kedai tu time office hour. bos, nanti saya ganti balik masa tu ye. hari ni saya balik lambat eh. tapi, time tu je lah aku pergi menghala kedai tu. kat seksyen 7. office aku kat seksyen 13. dan aku duduk kat puncak alam. memang kirim salam la nak pergi singgah seksyen 7 balik semata-mata nak pergi kedai bundle tu.

lepas tu, pergi pkns. hantar dokumen. turun motor, baru aku perasan yang cek aku ambil tadi dah tak ada. gelabah kot! kat mana pulak aku tinggal cek tu? habis la aku macam ni. nak jawab apa dengan bos. takkan aku nak bagitahu bos, aku tercicir cek tu. dan takkan aku nak pergi jumpa klien tu minta issue cek baru. sambil berjalan hantar dokumen, aku beristighfar.

"Allah yang bagi hilang, Allah juga yang bagi jumpa. Makhluk tak ada kuasa. Allah yang berkuasa"

lepas tu, aku patah balik ke seksyen 7. mengharungi terik panas sekali lagi. jumpa pakcik bundle. Alhamdulillah. rezki aku untuk tidak di bengangi oleh bos atau klien atas keasyikan memilih baju bundle hingga tertinggal cek. sempat gak la kena bebel dengan pakcik bundle tu.

pengajaran: pergi kedai bundle bukan waktu office lagi ye!

tapi, hari ni memang panas gila kan?kan? (soalan dituju untuk sesiapa yang duduk kat shah alam)

Monday, May 7, 2012

coins

today, he gives me some amount of ringgit for some simple work that i need to be settle. a huge of thanks to Him. startled!
because this month i bought new helmet (ehm, my 3rd KHI), change my new tyre. and several out of pocket expenses.
and because this month i have some allotment for my holiday to JB.
seems like i do not see any of my salary in my wallet.
money is not everything. but, everything is money.

yeah! now i see my wallet 'kembong' with coins again.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

indah pertemuan

pertemuan yang indah
di satu tempat yang berkah
senyuman mesra terukir
debaran mula memakir

lama sudah tidak ketemu
dengan si dia yang kurindu
ku kira dia sudah melupakanku
tetapi salah tanggapanku

dia yang ku lihat masih begitu
tetap sama seperti dulu
tapi hatinya tidak ku tahu
masih adakah rindu untukku

tapi sayang ianya lewat
mungkin indah tapi kelat
waktu itu dihujung sangat
bimbang ianya kan terlambat

dan pandangan itu mula bersatu



Thursday, May 3, 2012

sesuatu yang tak disangka

Telah ku cuba segala dayaku untuk membuat dia gembira. tapi, hampa. kerna dia tak merasai daya yang tercurah. kerna Tuhan tak mengizinkan. Tuhan yang bagi dia lupa.
Mungkin ikhlas ku kurang. mungkin juga banggaku akan mencanak. sebab itu Tuhan tak beri izin. supaya syirik riak itu tak menapak dalam hati kelam ku.
namun, aku puas. terima kasih Tuhan. walaupun dia tak diberi izin untuk merasainya. sekurangnya, Kau beri izin untuk ku melaksanakannya.

lain....

tepat 5.30 masih di depan pc. berkemas untuk bergegas. hujan redah diredahi hanya untuk pergi ke situ. berbasahan dan hampir lencun. terlepas! menanti yang seterusnya tiba. biasanya lama. tak sempat merungut, dah tiba. Pujian hanya untuk Mu. terasa sudah lewat. mujur juga kenderaan bergerak lebih laju dari yang seperti biasa. ehm, ada kemajuan!
mengharungi sesak dengan manusia di kota raya. masing-masing ingin segera pulang ke rumah. kepenatan barangkali sepanjang hari menghadap kerja. atau mungkin tidak sabar untuk menatap wajah-wajah kesayangan.

berulang alik ke tempat yang sama. ada yang tertinggal bila sampai di sana. tiket train tak beli lagi. macam mana nak masuk? penat rupanya berlari-lari. walaupun tak laju. mulanya aku tak sanggup. lelah rasanya. dia seorang saja yang pergi. cuma kali kedua kami bersama. Tuhan bagi kami sempat lolos masuk.

sampai disana, terkedu! sunyi yang sepatutnya meriah. tiada orang yang sepatutnya berpusu-pusu. usai solat, terus bergegas menuju ke dalam. bertambah bingung. kenapa tiada orang?

ujian apakah ini? petunjuk apakah ini? aku bersangka baik. Dia mengetahui segalanya. mungkin ini yang dinamakan SPECIAL REQUEST. (siapa yang dah beli dan baca buku kereta mayat tentu faham maksud ini)

tapi, bahagia ada terselit disebalik  kehampaan itu. Tuhan menemukan aku dengan seorang kakak senior waktu di sekolah sabak bernam dulu. kak cadbury. sangat teringin nak jumpa dia. last sekali jumpa dia masa tahun 2002. ketika aku masih di form 2 dan dia form 5. kami sebilik. rasanya tahun 2003 ada jumpa juga, masa kak cadbury ambil result spm. lepas tu? tak pernah jumpa. dan dijumpakan sekali di alam maya FB. masa tengah aktif FB. tika itu dia masih study di UMS. dan latest yang aku tahu, dia dah kahwin dan punya anak seorang.

oh! rindunya aku pada dia. kak cadbury yang sangat sangat baik! bertuahnya aku diketemukan dengan dia. setahun berkongsi bilik dengan dia. seorang yang sangat lembut. kami (aku dan beberapa kak form 4 yang lain) selalu ketawa bila dia buat-buat marah. dia tak pernah marah atau mengamuk. tapi, dalam hatinya memendam rasa aku tak tahu. yang aku tahu, dia sangat baik!

pertemuan lewat senja itu sungguh ajaib! Tuhan perkenan harapan ku untuk bersua dengan dia secara berdepan. dua kali aku memeluknya. dia masih kecil seperti dulu. bentuk spect yang masih sama. dan raut muka itu masih sama. tapi ada satu yang lain. wajahnya makin berseri. sangat ceria. dan rasa seronok memandangnya. seri seorang ibu.

Tuhan, gembirakan kak cadbury. tolong beri dia kegembiraan dunia dan akhiratnya. aku menyayangi dia kerana Mu.

kenapa kak cadbury? sebab masa dulu. locker dia tak pernah tak ada coklat cadbury. sentiasa ada.hik hik

dan berjumpa lagi seorang sahabat. aku di dalam dia diluar. aku keluar, dia masuk. sempat salam tanpa muah-muah dan berlaga pipi. risau juga muka kami tersepit di pintu tren. rindu juga pada dia. dia semakin cantek! makin berseri. dia kata, aku nampak bahagia. tak berubah sama macam dulu. eh, ye ke? bahagia mungkin...............:)



nampak tak waktu untuk hari isnin hingga khamis? dan kami sampai disitu hampir pukul 8. hampaa......