Friday, June 29, 2012

lelah

aku akui kadang aku cukup lelah dengan kerja seharian di pejabat. mencuba untuk tidak mengeluh, namun kadang aku tewas. kerna aku kadang cukup bingung untuk menyelesaikan yang mana satu. bukan sekali tapi berkali-kali susunan kerja ku di kacau oleh kerja lain yang tiba-tiba datang dan kena tiba-tiba pergi. sudahnya, susunan yang disusun kembali tidak tersusun.

dulu, aku rasa aku berkebolehan untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. masa aku di uitm, aku penah buat part time mengajar tusyen. dalam 3 sem juga aku mengajar di putra height selama 2-3 hari seminggu. tika itu, pelajaranku meningkat berbanding sem yang aku sudah tidah mengajar. walaupun aku bukan kategori dean list. oh! tapi ianya meningkat. tetapi kebolehan itu sudah lenyap ku kira. sekarang ni aku merasakan yang aku begitu cepat lelah untuk menyelesaikan tugas.

pernah sekali beritahu (mengadu sebenarnya) pada bos yang aku terasa cukup penat dengan seorang klien yang selalu sangat nak cepat dengan apa yang dia nak. dia mendesak. maaf! aku tak suka didesak dan dipaksa. dan tika itu ada beberapa job klien lain yang aku perlu segerakan. dan bos tidak mendesak aku untuk mendahului dia. bos minta aku bagitahu pada klien yang job tersebut tak dapat siapkan esok. lusa mungkin. adakah aku ni gila kalau aku beritahu macam tu pada klien? tapi bos aku tak gila mencadangkan sedemikian. cumanya, aku tak sampai hati! aku cuba siapkan, dan terpaksa ketepikan yang lain.

dan sebenarnya, deadline untuk aku dan lain-lain bagi semua audit report yang telah dibahagikan kepada kami adalah minggu lepas. dan bos beri peluang hingga hujung june. dan ianya adalah hari ni! bos tak mendesak. sekali lagi, bos bukan jenis pendesak. cumanya, aku faham dia memang menginginkan semua report tu mestilah diserahkan sebelum julai menjelma. Alhamdulillah! Allah bagi aku dan mereka sempat menyiapkan hari ni. pagi tadi aku datang office macam orang gomen masuk office yang paling awal. hari ni je, aku dapat siapkan dua report company dalam sehari. sebenarnya, edit dan tambah sikit-sikit je. hehe

job list yang aku buat masih panjang. mungkin ramadhan nanti baru boleh tarik nafas lega kerna hanya baki-baki job yang tak berapa nak banyak je tinggal. jadi, kena berusaha untuk siapkan sebelum ramadhan tiba. biarlah malam ku terisi dengan ibadah dan zikrullah. bukan keletihan hingga lenaku panjang meninggalkan malam barakah pergi begitu saja.

tadi, teman abah buat dialisis. sambil-sambil tu, bersembang dengan seorang pakcik. dah 8 tahun dia buat dialisis. dia cerita, dia tak bekerja. kalau dah buat dialisis siapa yang ambil bekerja? seminggu saja, 3 kali kena buat. setiap kali adalah 3 jam. dan badan tak berapa nak kuat untuk bekerja kuat. air pula tak boleh minum lebih dari 500ml sehari. aku tanya, jadinya pakcik sekarang dapat pencenla ye?
dia kata, kerja dengan orang cina mana ada pencen. lainlah kalau gomen. nak kerja tak boleh, sakit. alhamdulillah dapat zakat, tampunglah serba sedikit kehidupan.

tahu tak apa yang aku rasa tika itu? aku telah mendustakan nikmat Tuhan ku. aku lelah dengan kerja banyak walhal aku mampu untuk bekerja. dan pakcik tu nak bekerja menampung keluarga tapi tak mampu nak bekerja.

pusat dialisis aku kira untuk golongan emas. rupanya gadis remaja seperti aku malah kanak-kanak juga ada yang buat dialisis. pakcik tu kata kadang penyakit keturunan. oh! mereka terbatas, tapi aku bebas dan aku tak sudah-sudah mengeluh penat.

dari saat itu, aku berjanji pada diri sendiri. akan ku hargai nikmat sihat yang Dia beri. sungguh! sihat itu memang nikmat yang selalu diabaikan.


Thursday, June 28, 2012

lulus!

ada satu berita tak best
hari selasa masa on the way nak balik kampung
sebab ada belajar kereta lagi 2jam
aku kena saman dengan polis trafik
sebab tak bawak roadtax motor
aku dah merayu minta jangan saman
sebab biasanya aku terlepas
kali ni je aku tak boleh lepas
huhu
pakcik yang ajar kereta tu kata
kena saman dalam rm100
tak boleh kurang ke pakcik?
ikut budi bicara pegawai polis
awak punya kes akta 257 (seingat aku pakcik tu kata cam tu)
erk? pe benda tu?
257 sebab gagal menunjukkan cukai jalan
hebat pakcik tau semua tu
dulu pakcik polis trafik
tahun 2004 pencen
patutla...

ada satu berita gembira
saya lulus lesen kereta!
yeay! alhamdulillah
paling cuak mestilah kat bukit
bila lepas bukit, rasa konfiden nak test jalan raya
dan pegawai jpj sempat tidur berdengkur
masa aku bawak kereta tu
penat + boring sebab aku calon yang ke 27

mak buatkan bubur merah
orang jawa akan buat merah sebagai tanda kesyukuran
mungkin orang lain ada buat juga
contoh macam dapat naik pangkat
tercapai sesuatu hajat
menyambut hari lahir
atau menerima berita gembira














yang ni pak cik mat gebu punye...pakcik, maafkan saya copy paste....
tapi, yang pakcik mat gebu buat guna beras pulut, mak biasa buat beras biasa.

biasanya kalau balik rumah
mak buat bubur merah
pasti akan tanya kat mak
ada berita gembira apa mak?

abah kena dialisis hari isnin
esok mak jaga abah
sebab masa emak tengok  abah
abah macam tak bagi mak balik

masa tengok abah hari selasa petang
ada satu kematian
satu rasa menyusup jiwa
hati menggeletar
oh! kematian itu satu pemisahan
selamat tinggal dunia
moga2 aku mengambil iktibar atas kematian itu

masa orang hospital nak bawa keluar mayat
kitorang dah nak balik
tapi mak suruh tunggu dulu
bagi mayat lepas dulu
mak kata orang-orang tua tak bagi kita mendahului mayat
biar kita dibelakang mayat
mungkin sebab nak menghormati mayat

dan rupanya
katil sebelah abah sedara kami
pakcik tu sepupu dengan abang ipar abah
sedara jauh
tapi ada pertalian
oh! kecilnya dunia

Monday, June 25, 2012

lupa pada Tuhan

banyak yang menguji kesabaran
dan juga didada tentang keimanan

ujian itu menghapus dosa
oh! banyak nya dosa
hingga tak sudah-sudah diduga

moga-moga bila ruh ini kembali
kepada Pencipta abadi
kuranglah dosa yang menyeliputi
diterima dengan senang hati
disambut dengan redha yang meninggi

namun kadang hati merasakan
kesusahan itu kerana solat yang diringankan
hingga Tuhan meninggalkan tanpa pertolongan
kerana aku lupa pada Tuhan
dan kadang sengaja meninggalkan Tuhan
walau aku tahu hanya Tuhan yang akan memberi bantuan

Tuhan
dosaku minta diampunkan
rahmat Mu aku sangat butuhkan
maghfirah Mu yang akan menghapuskan
segala dosa yang terpalit seluat lautan

aku yang lupa pada Tuhan
hingga aku terasa ditinggalkan
hingga aku rasa tidak dipedulikan
hingga aku terasa terlalu menyesakkan

maafkan aku Tuhan
ampuni ku Tuhan
beri pengampunan Mu Tuhan
aku memohon Tuhan

Thursday, June 21, 2012

tolong ya Allah

tengah hari tadi lepas jadi runner terus pergi hospital
mak tak ada
pergi surau katanya
lama tunggu, last2 pergi surau nak jumpa mak

telefon mak dari tadi tak angkat
tak dengar kot
dan handphone aku tercicir kat hospital
aku bawak toto untuk mak
sambil bawak beg yang agak berat dengan dokumen nak bawak balik ke pejabat
stop kat tepi sebelum naik lif ke wad
rasa-rasa letak handphone kat para
then lupa nak ambil balik
bila aku cek balik dah tak ada
oh! malas nak fikir pasal handphone
kena beli handphone baru
pinjam anak buah punya dulu
sebelum handphone aku beli baru
sebab adik beradik follow up keadaan abah kat aku
sehari kadang2 sampai berkali-kali kakak aku kat JB mesej tanya abah macam mana
padahal aku baru bagitau
aku faham
dia jauh
risau dia lebih tinggi
dan aku yang terdekat
dan yang bujang
senang aku gerak ke hospital

ajak mak makan
tapi mak dah makan
sorang-sorang? kesiannya mak
kan dah kata, tengah hari aku datang
bawak makanan untuk mak
mak tak payah susah-susah beli kat kantin
jauh
mak kata sebab mak nak mandi, tukar baju dan solat
situ wad lelaki
mak tak selesa dan macam tak patut
aku lapar
aku beli makanan lebih untuk aku dengan mak
abang ipar aku datang
aku suruh dia makan juga
sebab mak dah kenyang
aku habiskan juga nasi dan lauk
sebab mahal gila!
aku beli kat seksyen 18 lepas hantar dokumen ke klien
paru + udang sambal RM7
gila mahal!
tak banyak pon aku ambek

mak kata pagi tadi mak beli sarapan
turun tangga dan naik tangga
wad 8 tau
maknanya mak naik tangga sampai tingkat 8
mak kata kaki mak bengkak
kesian mak!
mak kata tak tahu nak guna lif
aku ajar mak tekan butang lif
tapi mak takut tak leh keluar dari lif
masa tu tak ada orang naik tak ada orang turun
jadinya mak guna tangga

dulu masa kat uitm
kalau naik tangga kat menara
masa lif rosak
atau ramai gila orang
dan kelas nak mula
sebab lecturer jenis ontime
kelas kat level 7
sampai level 5 dah menggigil kepala lutut
aku masih muda
tenaga masih kuat

ni mak
yang dah melangkaui separuh abad
kesian sangat kat mak
rasa nak nangis

mak kuat ye!
jaga orang sakit kena kuat luar dan dalam

tapi mak sabar
layan abah
layan semua

oh mak!
perlu tak aku ambil cuti?
dikala kerja di office yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi
oh!

beri sabar yang tinggi pada mak ya Allah
beri kesihatan yang bik kepada abah ya Allah
beri kekuatan yang kuat pada aku ya Allah
tolong Ya Allah

Wednesday, June 20, 2012

admit ward

abah kena admit ward kat HTAR
3pg tadi abah call mak sakit dada
lebih kurang 3.30 mak ngan abang bawa abah gi hospital tanjong karang
nak bawa ke sg buloh
tapi tak ada specialist untuk jantung

tadi minta half day
pagi tadi pergi HTAR ngan kakak
mula2 ingat tak ada yang urgent kat office
dah ondaway baru ingat
ada profil yang bos nak kena hantar pagi ni
dan aku yang sepatutnya prepare benda tu
sebab dari awal aku yang buat
aku yang lebih faham susunannya

dengar cerita pagi tadi sibuk kat pejabat
masing-masing memainkan peranan

start esok apply time off time lunch hour
moga2 abah sehat seperti sediakala
dan mak dikurniakan sabar yang tinggi

Monday, June 18, 2012

subhanallah

sambil tunggu pakcik yang mengajar memandu

awak shafikah ke?
tak. saya fauzeah
siapa yang mengajar awak?
saya tak tahu nama. tapi pakcik tu dah tua
tua macam saya?
tak.
oh, saya ni muda la ye
awak muda sikit dari pakcik tu

lambat la pakcik tu, saya belajar ngan awak boleh?
tak boleh. nanti ganggu jadual pakcik tu dan saya
oh, tak pe la.
janji ni melibatkan perasaan
maksudnya? saya tak paham
menunggu, sakit hati bila dimungkiri, kecewa
oh...ape-ape je lah

awak cikgu ye?
tak
usatazah?
pun tak. saya akauntan
kerja mana?
shah alam
jauhnya amek kat sini
senang balik kampung sekali
anak tinggal dengan siapa?
saya tak kahwin lagi.
tak menjawab soalan, tapi jawapan tu betul
eh? apa-apa je lah

sementara awak tunggu pakcik tu, apa kata awak berzikir
eh?ok...
awak tahu tak, zikir subhanallah tu lebih baik dari dunia dan seisinya
ohhh...
cukuplah sekali awak ucap subhanallah dengan ikhlas, tu yang lebih baik
awak tahu kenapa zikir subhanallah lebih baik?
tak tahu. nape?
sebab bila hari kiamat nanti, bumi dan seisinya akan musnah, tapi kalimah subhanallah takkan musnah. sebab tu kalimah tu lebih baik dari dunia dan seisinya.
oh....ok la, pakcik tu dah sampai. terima kasih

Thursday, June 14, 2012

rumah atau kereta dulu?

kebelakangan ni jarang balik petang.
selalu balik malam. kerja banyak sikit.
semalam, ingat nak siapkan kerja yang agak bertimbun.
bos balik lambat gak.
cerita pasal 1 klien nak beli properties.
lalu, bos menasihati ku layaknya sebagai seorang abang.

nanti, kalau awak nak beli rumah, contact la dia.
kenapa?nanti dapat harga best eh?
tak la harga best, tapi dia tahu mana developer yang ok atau tak.
sebab dia kerja bahagian properties
dia boleh advice mana developer yang ok, dan mana developer yang ada bad record
tak la nanti, ada kes rumah tak siap tapi bayaran dah buat.
oooo.....
lagipun sekarang ni, kerajaan dah buat sesuatu
developer kena siapkan rumah dulu baru pembeli buat bayaran
sebelum ni, lulus je loan, terus buat payment monthly
walaupun rumah tak pacak tiang pon lagi.
kalau macam tu bos, tak ada la modal developer nak rolling
sebab tu developer yang besar-besar je boleh buat projek
diorang dah ada modal sedia ada
kita bayar deposit, dan akan buat payment monthly bila rumah dah siap
insyaAllah, 2015 kita pindah office.

bos rasa, beli rumah dulu ke kereta dulu?
ikut individu. kereta pun satu keperluan juga.
nak beli rumah, kena kumpul deposit dulu.
tapi, mula-mula kerja tak payah beli kereta besar-besar
kereta kecik-kecik je. asal boleh pakai
saya dulu pun, mula-mula beli kereta saga
member2 yang kerja bank bawak wira
masa tu, bawak wira dah kira hebat sangat.
kalau sanggup bawak motor apa salahnya
yang penting ada saving
kereta besar, tapi tak ada saving tak guna juga
dah 5-6 tahun kerja beli lah rumah.
jangan umur dah 40 baru sibuk beli rumah

ooooo....cam tu, kawen dengan orang kaya je lah
huk huk
tu pun kalau ada orang kaya nak la...
hehe

25hb ni ada test jpj
saya nak minta cuti 24 dan 25
boleh tak bos?
24 saya ada belajar lagi 2 jam
awak tak ada lesen kereta lagi rupanya
tak ada...ni pun L saya nak mati dah
fobia la amek lesen ni
ok, tapi kalau boleh settle kan dulu part awak
ok bos. thanks:)

Wednesday, June 13, 2012

jawa

office sebelah buat jamuan.
ulangtahun office diorang yang ke-7...lama tu...
kalau ada anak, dah masuk darjah satu.
kak liza, seorang dari staff tu dah 6 tahun kerja situ.
memang lama.
office sebelah office lawyer.
staff semua perempuan.
bos je yang lelaki.
masa makan tadi, bos lawyer ngan kawan dia ada sekali.
segan, tapi lama-lama tak segan dah.
bercerita tentang jawa.
"saya orang jawa!"
paling best, lawyer tu kata orang jawa ni rajin, kuat kerja
"tapi saya tak rajin"
dan tanjong karang adalah the best place nak tengok sawah padi.
"tapi rumah saya bukan sawah, tapi sawit"
kat parit dan batas macam-macam ada
kangkung, ubi, jagung
"tapi, parit jawa bukan di tanjong karang"
siapa yang ada sawit, kaya sekarang. sebab harga sawit tinggi
"tapi, sekarang ni hasil sawit dah kurang"
orang jawa, suka makan tempe dan muka licin
kawan bos tanya "awak tak suka makan tempe eh?"
erk?
ada satu perkataan jawa iaitu 'amok' dalam kamus english

rupanya, kawan bos lawyer adalah jiran bos saya.
ingatkan, tak nak bagitahu kat bos yang kitorang makan kat sebelah.
tapi, kawan bos lawyer suruh kirimsalam ngan bos saya.
dan bos lawyer bagi kek untuk bos saya dan mamat.

ha ha ha....
kecil rupanya dunia ni.
kawan bos lawyer orang singapore
dia tanya saya jawa halus atau jawa kasar
saya tak tahu, yang saya tahu saya jawa totok
dan bos lawyer tu orang jawa juga.
:):)
orang jawa memang suka bagi makan
sebab office sebelah ni setiap tahun akan buat jamuan raya.
dah 2kali ikut jamuan raya diorang.
tahun ni insyaAllah dah masuk 3 kali.
oh! hampir 3raya saya disini.
InsyaAllah sampai raya ketiga.

Tuesday, June 12, 2012

biasa-biasa je

ada seorang anak buah aku yang akan ambil upsr tahun ni. satu malam, dia tengah siapkan homework BM setelah 2 minggu bercuti dan berseronok. sambil, aku tengok mentor yang entah apa-apa. tak ada channel lain, yang lain tak menarik minat. tak tau nak buat apa.

tiba-tiba,

"mak fau, apa perkataan yang berlawan dengan 'teruja'?"

"ermm.....'biasa-biasa je' kot!"

kah kah kah!

Friday, June 8, 2012

sakit

pergi JAIS Shah Alam.
sebagai seorang petugas dibahagian kaunter kau tak patut memegang telefon dan menggunakannya ketika bertugas. dan aku terpaksa tunggu kau menyudahkan sms kau dan kau menyengih dengan aku tanya apa yang aku nak. tak ad attitude langsung!!!! dan kau tak fokus apa yang aku nak lalu kau memberi tahu level yang salah pada aku!

dah la level salah, sampai level tu tekan loceng banyak kali tak ada yang keluar. padahal aku nampak ada sorang minah kat dalam tu. apa salah nya kau angkat tangan tanda kau minta aku tunggu sebentar sementara kau menjawab panggilan telefon. aku boleh tunggu. ni kau buat derk je! bikin hati panas.

lepas tu, datang seorang pegawai dari luar memberitahu yang aku salah level. memang panas!!!

istighfar banyak kali.....

masuk office, bertambah panas. aircond rosak! dari hari rabu aku telefon orang yang boleh repair aircond. dia kata hari khamis. tunggu semalam tak sampai. call lagi, dia kata pagi jumaat. pagi tadi masih tak sampai. call lagi tak berangkat. rasa macam ape je. hampeh betul!

bila dapat call, dia kata lepas jumaat. ni bukan lepas jumaat lagi dah. orang yang pergi solat asar kat masjid pun dah balik, masih tak datang. call lagi, tak berangkat! apa lah sebab kau ni. kot ye pon tak boleh datang bagitau lah. kau memang buat aku beranggapan yang kau ni berniaga memang tak bersungguh!

telefon pos malaysia nak trace documents, dari tadi dok sibuk je pegawai khidmat pelanggan.
huarghhhh! nak balik sekarang. tiba-tiba rasa sakit!

Thursday, June 7, 2012

cuti dan bercuti

dah masuk bulan 6. Allah...cepatnya masa berlalu. dah nak berakhir first half of 2012. timbunan kerja yang kadang membuat hari jumaat seperti baru semalam, dah esok dah berjumpa jumaat lagi.

working days office aku hanya hari isnin sampai jumaat. dan sabtu cuti. jadinya, tahun ni annual leave bertambah 2 hari dek kerana hari wesak dan ulangtahun keputraan sultan jatuh pada hari sabtu.

polisi company aku, boleh brought forward cuti tahun lepas yang tak habis ke tahun ini. tapi, maksimum 5 hari je. tahun lepas, ada lagi baki cuti 2 hari. annual leave untuk aku adalah 14 hari. maksudnya, tahun ni aku mempunyai cuti untuk dihabiskan adalah 18 hari.

dan tahun ni aku ambil cuti 2 hari je. sehari demam, sehari lagi aku balik kampung lepas motor hilang.
dan annual leave aku ada 17 hari. agak banyak. tapi, aku tak tahu bila kau harus cuti. hopefully lepas raya aku boleh ambil cuti.

nak pergi berjalan sebenarnya. kalau tak pun, nak duduk kampung. nak pergi pasar isnin ngan mak.

sekarang ni, adalah peak period. aku cuba nak minta cuti. tapi, baru nak hantar borang ada job datang. mungkin sekarang ni tak boleh. lepas raya lega sikit kot. sebab ada budak praktikal akan masuk. at least ada someone yang boleh takeover kerja aku.

semalam, cerita pasal cuti dengan En Z. dia baru lepas balik bercuti dari beijing. dia kata, best sangat! dapat tengok budaya orang lain. dapat menyaksikan indah ciptaan Tuhan. dan dia tanya aku, negara mana yang best untuk next destination. mestilah aku jawab Korea! teringin ok nak pergi sana. sebab selalu tengok cerita korea, aku rasa korea ni sangat la cantek!

kena kumpul duit ni. dan kena kumpul cuti. hehe....

Wednesday, June 6, 2012

awak tahu tak?

Tau sesuatu tak? kadang saya terasa sungguh sakit bila sms saya tak awak balas. Kadang saya terasa sakit bila mana awak tidak mengendahkan saya. Saya tahu, saya kadang merimaskan awak. Tapi, awak tahu tak saya nak perhatian dari awak. Saya sanggup buat apa yang awak suruh saya. Saya selalu ingatkan awak. Saya sanggup menipu dan beralasan dengan orang lain asalkan awak tahu saya sentiasa ada untuk awak disaat awak perlukan saya.

Awak tahu tak, berapa ramai yang terluka sebab saya selalu lebihkan awak hampir setiap hal dalam kehidupan saya. Saya tahu tentang itu. Tapi saya tak pedulikan. Awak tau beta excited nya saya bila awak sms saya ajak jumpa. Saya tunggu awak reply sms saya. Dan betapa lebarnya senyuman saya bila bangun pagi check handphone ada sms dari awak.

Awak tahu tak, saya sanggup ketepikan geram saya bila awak tak reply sms saya. Kadang saya bengang. Teramat bengang. Beriya saya sms awak lambat sangat nak reply. Kadang saya terasa sakit sangat bila nak menunggu awak sms saya. Sibuk sangat ke awak?

Awak tahu tak, saya sanggup buat alasan kat orang lain yang saya ada hal bila awak ajak saya keluar. Dan awak sedar tak saya cuba untuk kata tidak kat awak setiap kali awak kata nak ajak jumpa. Bukan kawan-kawan yang lain je yang saya bagi alasan. Dengan bos pon pernah wak. Sampaikan saya tak kisah kalau bos marah saya sebab masuk kerja lambat. Saya simpan kecuakan saya dengan bos semata-mata saya tak nak hampakan awak. Bukan senang nak keluar ngan awak.

Tapi awak, kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa awak seolah tak beria dengan saya? Maksud saya, kenapa senang-senang awak cancel kan nak jumpa saya? Tanpa awak bagi kata putus. Boleh tak kalau kata tak, kalau ianya benar-benar “tak”. Saya tunggu awak reply sms saya. Awak langsung tak reply. Kata “maaf” apatah lagi. Awak tau, saya dah cancelkan semua aktiviti saya pada hari tu, sebab saya nak pergi dengan awak.

Awak tahu, bila saya jumpa kawan baru saya rasa awak lah kawan yang terbaik dalam hidup saya. Dan saya akan menceritakan dengan mereka yang saya punya seorang sahabat yang begitu baik. Awak terlalu baik. Dan saya takkan lupa itu.

Dan awak tahu tak, saya rasa sangat sakit bila awak tinggalkan saya tanpa kata-kata dari awak. Awak kata awak nak tunggu saya, tapi bila saya tiba awak dah pergi. Sedihnya hati saya. Tak tahu nak kata apa.

Tapi, boleh saya Tanya sesuatu? Kenapa sejak akhir-akhir ni mudah sangat saya terluka dengan sikap awak? Hati saya yang semakin cengeng? Atau hati saya dah tak tahan dengan kesakitan yang awak beri pada saya.

Saya ke yang salah bila saya tak cuba memahami kesibukan awak? Saya ke yang salah bila saya terus menerus menunggu awak? Saya ke yang salah bila saya menidakkan hati saya untuk menghamburkan kegeraman saya pada awak.

Saya rasa saya yang salah. Sebab saya membiarkan hati saya disakiti. Sampai ke hari ini saya tunggu awak sms saya menyatakan maaf. Tetapi, hampa. Susah sangat ke nak menyatakan maaf? Saya menangis sepanjang perjalanan tempoh hari sebab awak membuat saya tertunggu-tunggu. Hingga ke hari ini, awak masih lagi tak sms saya. Walau hanya perkataan maaf.

Awak, saya tak minta kemaafan semata dari awak. Tapi cukuplah andai awak cuba faham betapa saya sakit. Untuk setiap kesakitan yang awak beri selama ini yang saya cuba pendamkan mungkin akan hilang dengan kata maaf dari awak. Sekurangnya saya tahu yang awak masih memerlukan saya.


19.12.2011

Tuesday, June 5, 2012

rawan

dia akan pergi dariku
selamanya dia bukan milikku
aku tiada hak untuk memiliki dia selalu
kerna semua yang ada milik Tuhanku

untuk cinta yang akan dibawa pergi
pergilah kau bersama mimpi-mimpi
anganan imaginasi yang bukan realiti
pergi bersama kepingan serpihan hati

biar cerita cinta itu tertanam di kuburan
tiada siapa yang tahu apa yang berlegar difikiran
mereka hanya melihat sekadar luaran
sedang hati berselubung sedih dan rawan

hati ini terluka lagi
Tuhan ku, ampunkan dosaku ini

hati ini meronta lagi
Tuhan ku, kuatkan imanku ini