Tuesday, July 24, 2012

penghargaan

penghargaan

bukanlah minta untuk dihargai manusia
kerna yang menilai Allah jua

sayu bila membaca kata-kata dia
sungguh! aku dianggap yang berkepentingan

harapan dia ku ngerti sungguh meninggi
dan aku cuba untuk melunaskan harapan itu

dan aku terima itu semua
dikala aku lali dengan rungutan ku sendiri
dikala kebosanan membelenggu diri
dikala aku rasa ingin lari dari sini
dikala aku perasan ditinggalkan
dikala aku lupa meminta ucap terima kasih

dan dikala aku mula letih
letih dengan pengharapan perhargaan manusia
dan aku hanya berharap Tuhan yang akan menilai
dan aku hanya berdoa Tuhan yang akan membalas

dikala itu aku mula mendapat apa yang aku mahu selama ini
dan aku menjangka yang Tuhan mula menilaiku
melalui manusia-manusi sekelilingku

Terima kasih Tuhan
Syukur pada Mu Tuhan
beri aku peluang merasa dihargai oleh Mu

moga-moga syukur ku bertambah
seperti mana bertambahnya nikmat Mu

aku berterima kasih pada dia
kerna memberiku luar jangkaanku
untuk itu, aku berdoa pada Dia
agar dimurahkan rezeki dia
agar ditambahkan iman dia
agar didekatkan dia pada Dia

Terima kasih Ya Allah
aku rasa bertuah!

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan yang dinanti

menghitung hari

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Selamat menyambut bulan penuh kemuliaan kepada kamu, dia dan mereka. Kemaafan ku pohon buat kamu, dia dan mereka atas kepincangan dan keterlanjuran ku selama ini. Maafkan aku ya!

Ramadhan kali ini harapnya adalah yang terkahir aku berseorangan. Walaupun setiap tahun itulah harapanku, aku tak pernah berhenti berharap sehingga ianya dimakbulkan. InsyaAllah...mana tahu, ramadhan tahun depan bukan saja berdua tapi bertiga. woha!

Ramadhan ini marilah sama-sama kita mengkhatamkan al-quran. Kalau boleh, sebulan ni minimia khatam walau sekali. Ada sahabat bagi formula bagaimana nak khatam quran selama sebulan.

Ada 30 juzuk, dan 30 hari dalam bulan ramadhan. Jadinya:

1 hari =  1 juzuk
1 juzuk  =  20 muka surat

1 hari  =  5 waktu solat
1 waktu solat  =  4 muka surat

InsyaAllah, dapatlah khatam. tapi, bagi makhluk-makhluk yang Allah sayang (perempuan) yang tak dapat puasa penuh 30 hari, boleh la membaca quran selain selepas waktu solat. cover siap2 baca lebih dari 1 juzuk sehari untuk memastikan dapat dikhatamkan juga bacaan Al-quran. InsyaAllah...

Sebab bulan ramadhan adalah bulan diturunkan Al quran, marilah kita meraikan alquran yang jarang-jarang kita baca. dan marilah juga kita membaca tafsiran dan memahami isi ayat-ayat Allah.

Ramadhan ini, moga-moga kita semua mendapat pengampunan Nya!
Allahumma balighna fi ramadhan....amin

Untuk amal yang sering diabaikan sepanjang 11 bulan yang lepas, marilah amalkan mulai sekarang dan istiqamah untuk ramadhan dan hari-hari yang seterusnya...

Untuk sedekah yang jarang dihulurkan, marilah bersedekah dengan istiqamahnya mulai sekarang, esok dan masa akan datang.

Untuk semua, jadikan ramadhan sebagai platform untuk lebih dalam membuat amalan, harus istiqamah ya! InsyaAllah...


p/s: Cintaku di Bandar Tasik Selatan. huhu....Setiap sabtu aku perlu ke Bandar Tasik Selatan untuk mendapatkan cinta mungkin. :-)

p/ss: Bazar mana yang best untuk dijelajahi? Shah Alam banyak sangat bazar hingga tak tercapai wang ringgit akal ku!

Monday, July 16, 2012

usang

rumah itu
ku langkahi jua ke sana
walau hati tidak rela
kerana kemanusiaan yang meraja
ku tepis rasa tak suka

tubuh itu
kasihan sungguh melihat dia
ego yang membuat dia merana
kesilapan semalam yang membuat serba tak kena
satu persatu ujian yang menimpa

hati itu
semakin sensitif jadinya
mungkin kerana peningkatan usia
atau mungkin dia sudah menyesalinya
mungkin juga dihujung nyawa
satu persatu membuat dia hiba
membiar mengalir air mata

hati ini
walau pun tak suka
perlu dilaksana juga
kerna aku bukan siapa-siapa
dia yang banyak jasa
dia yang aku kena jaga

Friday, July 13, 2012

kosong...kosong

kau berkecil hati dengan aku?
sebab semalam aku acuh tak acuh dengan kau
sebab semalam aku tak fokus bila bercakap dengan kau
sebab semalam aku tak faham apa yang kau kata
dan sebab semalam aku bagi jawapan entah apa-apa

kau berkceil hati dengan aku?
atau mungkin kau bengang dengan aku

maaf ye!
semalam aku memang tak faham
tak faham apa yang aku kata
dan lagi tak faham apa yang kau kata
dan aku tak fokus

maaf ye!
aku rasa kau dah penat cakap dengan aku
atau mungkin kau dah bosan

kebelakangan ni aku seolah tak fokus
seolah bukan berpijak di bumi nyata
banyak yang berlegar di fikiran
banyak yang aku tinggalkan

tolong jangan bosan dengan aku
tolong jangan penat dengan aku
walaupun aku bukan kesayangan kau
tapi kau adalah kesayangan aku

dan sekarang aku rasa kosong...kosong

ada berapa kosong?