Monday, December 31, 2012

rindu

aku rindukan seseorang
seseorang yang aku tak kenal. huhu.
rindu dengan komen dia
rindu dengan doa dia

moga-moga dia masih hidup
moga-moga dia sehat selalu
moga-moga iman dia makin bertambah
moga-moga amal dia diterima
moga-moga dia bergembira

rasa hati yang dibiar pergi
kini aku berlari mencari
moga akan dijumpai
untuk kugapai dan ku genggami

sungguh! aku rindu

Saturday, December 29, 2012

kembali senyum

kadang kebodohan melanda diri tanpa sedar.keh keh keh

biarkan kebodohan yang melanda itu pergi. dan sekarang kepandaian perlu dimulakan.

mungkin bodoh dalam mengawal emosi. bodoh melayan perasaan. bodoh menyayangi. bodoh mencintai. bodoh menyukai. ah bodoh!

eh, lupa nak bagitau. waktu hujan lebat tu, motor bocor. pergi kedai, betulkan motor. ganti tayar. tapi, sebelum tu, singgah kedai bakery. nak beli whipping cream dan cream cheese nak buat tiramisu. dengarnya, kakak kat jb balik kg. mesti ramai orang kat kampung. masa dok tengah tengok-tengok whiping cream tu, beg aku terlanggar sos prego dan jatuh berkecai.

keadaan masa tu adalah dihujung bulan.

perghh! memang menguji jiwa raga. mau nya tak meraung malam tu. nangis teresak-esak di depan tv. dan tv pulak bercerita tentang kisah sedih ditinggalkan.

dan sekarang kembali senyum!!

:)

di pagi ulangtahun, aku dapat kiriman hadiah dari sahabat baik. Alhamdulillah! nikmat mana lagi aku nak dustakan. telekung dari indonesia. 2 tahun lepas tak silap, ada dapat telekung dari sahabat baik juga. seronoknya!

dan semalam, dapat buku. hadiah juga. hehe...

ada siapa-siapa lagi nak bagi hadiah? keh keh keh

Wednesday, December 26, 2012

selamat ulang tahun emak

terima kasih mak
untuk selambak darah yang kau korbankan
untuk kesakitan yang kau tanggung selama tempoh itu
untuk mata yang bersengkang sepanjang malam

terima kasih mak
mempertahankan aku bila dimarah
menegur ku bila aku salah
memeluk dan menciumku dengan sungguhnya

terima kasih mak
untuk segalanya
atas apa saja
semoga Allah merahmati mak
semoga Allah mengampuni dosa mak
semoga Allah melindungi mak
semoga Allah sentiasa bersama mak

selamat ulang tahun melahirkanku ku...wahai emak

Monday, December 24, 2012

selamat tinggal

21.12.2012

Aku cuba berfikir secara normal. Walaupun seharian kerja ku bagai tak menentu. Kejap semangat buat kerja, sekejap lagi rasa nak ambil time-off. Dan sampai kepetang, aku terus bergegas balik. Sms terakhir ku, terperangkap dalam kesamaran. Hujan lebat mencurah-curah. Bagai mengerti apa yang ku rasa. Perasaan ku berkecamuk ketika itu. Aku terasa semakin jauh. Kecil hati ku. Sungguh!

Dek kerana hujan yang terlampau lebat yang aku redah, segalanya basah kuyup. Bag yang memang dah banjir dengan air, dan handphone yang tak hidup. Tak tau nak kata apa. Dalam fikiran, bercongak-congak beli S3. Hehe..sempat berangan.

Aku keseorangan malam itu. Tanpa ada insan lain di rumah. Sunyi sepi, begitu juga lah aku. Rancangan untuk esok tidak menjadi. Ku hubungi teman baik ku. Sebab antara yang lain, nombor dia paling aku ingat. Dan kemudian, seorang lagi menghubungi ku. Aku terharu dengan keperihatinan mereka. Terima kasih kawan!

Malam itu, aku cuba kuatkan hati ku. Aku tak mahu menangis lagi. Sungguh! perit nya dalam hati tidak terkira.

22.12.2012

Bangun pagi, aku tak ada mood langsung buat apa-apa. Aku masak udang goreng kunyit. Seriuos sedap! Alhamdulillah. First time masak, dan tak ada resepi. Cumanya aku pernah perhatikan masakan tersebut di kedai. Lagipun memang lapaq gila! semalam tak makan. huhu

Petang tu, baru aku balik kampung. Dengan keadaan entah apa-apa. Semangat yang hilang entah kemana. Puas aku cari, tapi tak jumpa. Sakitnya hati dan perasaan ini Tuhan saja yang tahu.

Malam tu, aku pinjam handphone anak buah. Ya! aku dah agak apa yang bakal ku terima. Ada hikmah handphone ku tidak berfungsi buat seketika. Dia betul-betul meninggalkanku. Malam itu aku menangis semahuku.

Tuhan, Kau yang datangkan kesakitan ku. Dan Kau saja yang mampu menyembuhnya. Aku dah penat berharap dan bertanya pada dia. Apa sebenarnya yang berlaku antara kami? Aku yang terlalu semangat dan teruja. Akhirnya, aku la yang paling kecewa. Keadaan dia aku tak tahu. Yang pasti aku betul-betul rasa kecewa dengan dia. Sakit bertubi-tubi. Pertama kali aku menangis untuk sesuatu yang bodoh. Bodoh sangat-sangat! Aku terlalu bodoh menilai semua itu.

23.12.2012

Hari itu berlalu macam hampeh je rasanya. Aku sangat bosan. Rasa sunyi dalam keramaian. Aku rasa nak lari, tapi tak tahu nak ke mana.

Oh, handphone ku berfungsi semula. Setelah ku jemur di bawah matahari. Alhamdulillah. Selamat duit aku beli handphone baru.:)

24.12.2012

Aku cuti hari ni. Nak redakan kekusutan yang semakin kusut. Dan sepanjang perjalanan ku, aku rasa aku semakin ok. Jiwaku mulai tenang. Alhamdulillah. Dia Tuhanku, mendengar rintihan ku untuk beberapa malam ku yang entah apa-apa.

Yang pergi, tetap akan pergi. Aku tiada hak untuk menghalang. Walaupun aku dah penat dan bosan bertanyakan soalan yang sama. Dan aku terasa seperti layang-layang terputus tali. Dibiarkan tanpa penjelasan.

Aku cuba menghormati keputusan dia. Dia ingin pergi, meninggalkan aku. Dan dia mengotakan janjinya. Keputusannya adalah sebelum ulangtahun ku. Dan aku terima semua dengan redha.

Untuk minggu-minggu yang pernah indah dilakarkan, terima kasih. Untuk sesuatu yang aku lama tinggalkan, kini aku bertatih semula. Untuk sesuatu yang aku tak pernah lakasanakan, kini aku tunaikan walaupun belum lagi istiqamah. Untuk segalanya yang kau berikan, terima kasih banyak-banyak. Walaupun hanya sekejap, aku bersyukur.

Kalaulah ini cara Tuhan mengetuk hatiku, aku bersyukur Ya Allah. Kepahitan untuk beberapa hari ini adalah kemanisan yang aku tak dapat lupakan selamanya.

Siapa pun kau, apa pun kau, dan dimanapun kau  moga Tuhan beri rahmat dan hidayah kepada mu.

Selamat tinggal kasih. Selamat tinggal pujaan.






Wednesday, December 19, 2012

l LOVE U, STUPID!!!!



First time tau pasal melur jelita kat blog che mat gebu. Terus teringin nak baca. Macam best je buku ni. Sebab che mat gebu yang promote. Jarang tau jumpa lelaki baca novel. Kalau dia baca, mesti novel tu best.

Satu hari, shida call aku, dia terjumpa novel ni kat MPH. Minta tolong dia belikan dulu. Sebab kat bookstore shah alam macam tak jumpa dan aku macam tak rajin pergi tengok.

Bila dapat je novel tu, terkejut gila. Mak aihhh! tebal gila! 1000++ pages. Baca sikit-sikit. Ada selingan nama che mat gebu rupenye. hehe...

Serius! sangat best kot! penuh informasi. Bagi aku, pengisian yang tak terlalu berat.

Aku agak, kak melur banyak buat research tentang melayu cham, kemboja...serious! bila aku baca aku dapat rasakan dan bayangkan situasi. paling ingat mestilah abang pedas yakni firman.

Firman yang suka membebel pasal agama, sembunyikan identiti dia. Firman yang sangat ego untuk berterus terang perasaan dia.

Usaha dakwah yang baik ku kira. Nak ajak orang buat baik, kena ceritakan nikmat syurga dulu. Pahala yang akan dapat kalau buat baik. Kemudian baru cerita tentang azab neraka kalau meninggalkan suruhan Allah.

Kalau ada rezeki dan kelapangan, sila lah baca novel ni. Sangat padat dengan pengetahuan yang kau tak dapat kat novel-novel lain. Dan sekarang, teringin nak baca Awak Suka Saya Tak. Hehe

ILUS Best!!



Friday, December 14, 2012

12.12.12 lagi



12.12.12 (Rawang)
Sahabat baikku menikah dengan seorang lelaki yang telah dijodohkan dengan dia. Semoga berbahagia sahabatku. Kami sama matriks, sama uitm, sama rumah. Dan dia adalah salah seorang dari 2 orang sahabat yang merempit dengan ku ke tanjong karang dari shah alam.

Dia sangat manis. Dia tak sedar yang dia banyak menyedarkan aku dalam diam. Semoga Allah sentiasa melimpahkan hidayat dan rahmat buat kamu, suami dan keluargamu.

Gambar ni candid by adik dia sebenarnya. Masa ni aku begitu teruja melihat dia berpakaian nikah. Lebih banyak kepada tak percaya. Sebab awal tahun hari tu, dia ada kata dia nak menikah umur 26-27. Tapi, aturan Allah siapa yang tahu kan. Dia bertemu jodoh lebih awal dari yang dia rancang.

Malam itu, dua hati disatukan dengan satu akad. Khutbah nikah by tok kadi yang menghiburkan. Err, maksud aku tak serius macam aku pernah dengar sebelum ni. Dan soalan-soalan cepumas tok kadi yang bagi aku, kalau aku yang akan dinikahkan malam itu mahu nye terkucil. hehe

Lepas nikah, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmah. Bersama sahabat-sahabat baik yang lain. Banyak yang terlakar di malam itu. Terima kasih sahabat-sahabat sekalian. Dengan kalian, aku belajar banyak benda.

Semua yang berlaku ada sebab dan punya hikmah. Have faith!


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 yang buat aku gila

eh, baru perasan hari ni 12.12.12

tadi tanya bos,

fam: bos, hari ni tak ada company yang kita nak register kan? kite dah dapat tarik 10.10.10, 11.11.11.
bos: tu laaa...tak ada pulak yang nak incorporate company hari ni.
fam: tahun depan dah tak ada plak tarikh 13.13.13.(dalam hati)

saat ini aku rasa kepala aku sangat pening. nak menangis pun ada. kerja tak pernah tak banyak. dan ada satu makhluk yang buat aku rasa macam nak nangis...

tolong! kalau kau baca blog aku, tolong aku. jangan buat aku bertambah sakit, pening dan pedih. jangan sampai satu tahap aku berdendam dengan kau!

aku memang jahat! sebab kau yang mulakan.
kenapa nak berahsia sangat siapa kau! semua sms kau dan what'sapp dari kau sangat menyenakkan perut aku.

sampai nanti!!!!!!


kejam!!

apa perasaan bila ada nombor asing dok sms dan what'sapp kita tapi tak bagi tahu siapa dia. 
rasa macam nak.............................................


 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, December 6, 2012

blog baru

lama sungguh tiada yang baru. kamu pengen ya? maaf, atas kebisuan yang melanda. hari-hari ku penuh dengan aktiviti yang kadang menyempitkan dada. dengan sogokan luahan kerja yang bertimbun. dan juga hal-hal lain yang bagiku perlu ku pandang tidak enteng.

ada sesuatu yang aku ingin cerita.

isnin lepas, dua orang praktikal student memulakan hari-hari mereka di office kami. harapnya ia sesuatu kenangan yang bukan mengerikan sepanjang 6 bulan mereka disini. office ini seronok! tanpa ledakan kemarahan sesiapa atau kata sinis dari sesiapa disini. percayalah! insyaAllah.

6 bulan ini pasti aku juga akan seronok. hehe. ada yang aku boleh minta tolong untuk mengemaskini file. lagi-lagi tahun 2013 akan menjelma tidak lama lagi. banyak yang kena update. semuanya kesibukan.

ada yang aku boleh minta tolong untuk ke sana ke mari menghantar file dan dokumen. ke sana ke mari untuk menyerahsimpan dokumen di SSM. pasti aku akan merindui kakak-kakak SSM yang baik hati.

bos bercuti bermula semalam. untuk setahun sibuk dengan kerja pejabat yang melelahkan. hampir seminggu ini dia mahu bercanda sepuasnya bersama keluarga. dan aku sudah puas bercanda bersama keluarga dan teman. dengan setiap minggu ada jemputan. dan cuti tahunan ku tinggal hanya 3 hari dari 18 hari yang tersedia. banyak yang berlaku tahun ni.

diantara kami ada yang punya cuti berbaki 11 hari. hanya 5 hari saja yang boleh bawa ke tahun hadapan. aku cemburu! hehe

sebenarnya, ada lagi 1 blog. hehe.. sila lah ke sini ye. blog khusus untuk kata-kata ku yang terbiar tapi belum lagi liar. luahan kata yang bisu lebih baik. satu kepuasan!

untuk kesekian kalinya, jemputlah ke blog baru. ada disini mungkin tiada disana. ada disana mungkin tiada disini. ada disini mungkin ada juga disana. tiada disini mungkin juga tiada disana. ianya ada dihati.

http://katacontengan.blogspot.com/