Tuesday, December 31, 2013

All I want

All I want is nothing more
To hear you knocking at my door
Cause if I could see you face once more
I could die a happy man I'm sure

When you said your last goodbye
 I died a little bit inside
I lay in tears in bed all night
Alone without you by my side

But if you loved me
Why'd you leave me?
Take my body
Take my body
All I want is
And all I need is
To find somebody
I'll find somebody like you

So you brought out the best of me
A part of me I'd never seen
You took my soul and wiped it clean
Our love was made for movie screens

But if you loved me
Why'd you leave me?
Take my body
Take my body
All I want is
And all I need is
To find somebody
I'll find somebody like you

*All I want - Kodaline-

Thursday, December 26, 2013

Kita sama :)

Hari ini, dah suku abad aku lahir. Berapa banyak nikmat yang aku terima dari Tuhan yang Pemurah. Dan, berapa banyak pula dosa dan khilaf yang terlanjur dalam sedar atau tidak. Moga-moga ampunan untuk aku tak pernah putus. Moga-moga rahmat untuk aku jangan pernah terhenti. 

Bangun pagi, rasa seronok. Nikmat mana lagi aku dustakan. Dapat doa dan harapan dari sahabat-sahabat dan keluarga. Oh! terasa dirahmati sangat.

Dan satu lagi nak bagitahu, office mate aku yang sorang ni dah jadi ayah tahu! Pagi tadi at 4am. Sama la birthday kita baby boy. Moga jadi anak yang soleh ye.

Monday, December 23, 2013

Hadiah dari Korea

Lagi hampir 7 hari nak masuk tahun baru. Tahu apa aku rasa sekarang ini? Kecut perut sedikit. Lagi 2 hari aku bertambah umur. Huhu. Dewasa sangat rasanya. 

Dan tadi. Ada management meeting. Agihan tugas. Oh! Macam kena datang office je hari rabu ni :(

Minggu lepas, aku terlepas peluang untuk beli laptop dari  kawan aku. Laptop second hand yang ku kira murah juga. Bukan rezeki aku sebab kawan aku dah jual kat orang lain. Aku tak ada laptop sejak laptop yang aku ada kena ragut masa aku menaiki motor masa sem 8 dulu. Niat nak beli laptop sebab macam kena buat kerja kat rumah je. Masa duduk rumah kak aku, boleh pinjam laptop dia.

Dan tadi, bos cadang untuk beli laptop untuk staff. Hehe. Selamat duit aku. Alhamdulillah.

Bos baru balik bercuti dari Korea. Dapat sehelai t-shirt, kerongsang pink dan keychain. Kerongsang tu cantik sangat. Terus aku pakai sebab baju dan tudung yang aku pakai macam matching. Terima kasih bos:)

Bos cerita kisah dia di Korea. Antara yang aku ingat:

"Orang Korea tidur sekejap je. Office hour and School hour dia adalah sampai 10 malam. Mereka sangat workaholic"

"Orang Korea sangat menepati masa"

"Orang Korea jalan sangat laju. Sangat jauh beza dengan rakyat Malaysia yang relax je bila berjalan"

"Harga kereta di korea sangat murah. Starting 20K ke atas. Tapi minyak sangat mahal. 1 liter USD5."

"Culture di Korea adalah, staff tak kan balik selagi bos tak balik"

Haih, jenuh la macam ni. Hehe


Thursday, December 12, 2013

Kita sebenarnya

Kadang kita tak sedar
Atau pura-pura tak sedar
Atau langsung tak nak sedar

Yang sebenarnya
Kita ini rupanya
Sangat egois orangnya
Sangat memilih rupanya
Sangat pentingkan diri saja
Sangat ingin memiliki semua

Meletakkan salah orang
Tanpa sedar kita pun apa kurang
Merasa yang dia juga perlu merasa
Apa yang kita pernah rasa

Tidak mahu itu
Dia punya rasa kita tak duli
Mahu yang indah saja
Tidak mahu memikir kekurangan segala

Terlalu mikirin diri sahaja
Dan tak mahu peduli dia dan mereka

Nampak orang berkereta
Kita pun nak juga
Nampak orang ada kediaman sendiri
Kita pun mula mencari
Nampak orang bergaji lebih besar
Kita pun mula rasa yang kita kena keluar
Nampak orang dah berkeluarga
Kita pun mula mencari siapalah sidia




Thursday, December 5, 2013

Sambal nasi lemak

Aku suarakan kerinduanku semalam dengan roomate. Tak sangka dia pun merindui yang sama.
Esok, balik rumah kak puncak alam. Walaupun dia tak ada. Dia kat kampung. Rutin dia bila cuti sekolah. Aku rindu nak tengok tv. Tengok astro. Huhu. Dan aku rindu nak masak. Telur goreng pun dah sedap. Apa lagi telur masam manis. Dah muak dengan makanan kedai. Duit pun dah luak. Nak tak resepi telur masam manis?

#Resepi telur masam manis

-Telur digoreng dadar. Iaitu dipukul dengan garfu sampai berbuah lalu digoreng dengan minyak 3 sudu.
-Angkat telur.
-Kecilkan api.
-Masukkan sos cili.
-Masukkan kicap
-Masukkan telur dadar tadi.

Makan dengan nasi panas adalah sangat heaven ok. Nikmat terbesar. Kawan aku masa kat rumah sewa masa kat uitm ajar. Kalau rajin, hiris bawang merah dan cili dan tumis. Baru masuk sos dan kicap.

Seorang sahabat, tengah mabuk mengandung. Semua makan dia tak lalu. Walaupun sebelum ini dia tidak boleh tidak kalau tak makan nasi. Sekarang, dia tak boleh telan nasi. Semoga berebut-rebutlah malaikat mencatat pahala kau. Amin.

Dan dia teringin nak makan sambal nasi lemak aku. Berbunga-bunga bila dia bagitahu. Aku pun sendiri dah lama tak makan masakan aku. Mengidam juga ni. Hehe *mengada*

Kau orang mesti ingat aku ni masak sedap kan siap ada orang mengandung teringin. Tapi, sedap la juga tau aku masak. Sebab aku masak dengan kasih sayang.*pengsan!*

Selain itu, sambil masak juga kena berzikir. Masa kat rumah kakak, time aku kena jaga anak buah kalau kak aku ada kelas, aku sering doa sambil masak yang anak-anak buah aku dengar cakap aku, dengar cakap ummi dan ayah dia. Alhamdulillah menjadi.

Tapi, kadang tu aku masak waktu petang je kalau pagi tu aku ada kelas aku tak larat nak masak tengah hari. Jadinya aku suruh dia orang makan apa yang ada. Budak kan. Kadang, ngada dia boleh buat aku tipis atau langsung tiada sabar. Mula la time aku tidur ada je bunyi yang buat aku terkejut nak menjerit-jerit. I is sensitif dengan bunyi ketika tidur siang. #tidurmalamtidurmati

Nak tahu, duduk rumah sewa yang baru ni sangat bosan. Pheww! Masing-masing hal sendiri. Nak masak macam tak lalu. Rumah tu bukan rumah yang aku impikan. Azan pun tak dengar. Walhal, masa kat rumah TTDI Jaya, azan kuat sangat kedengaran. Bersahut sahutan lagi. Bukan rumah tu jauh dari masjid atau surau. Tapi bunyi kipas serupa helikopter nak terbang. Choiii

Bulan depan pindah rumah lain. Konfirm!

*****

Bersimpati dengan penduduk kuantan, kemaman, muar dan tempat-tempat yang dilanda banjir. Moga Allah beri tahap iman yang tinggi untuk kalian yang ditimpa musibah lalu bersabar dan bertambah syukur.

Kat Shah alam, cuaca ok. Alhamdulillah. Turun office, pergi kat motor setiap hari adalah malam. Sebab, aku bosan duduk kat rumah tu. Roomate pula tengah exam sekarang. Dia kerap pergi PTAR.



Wednesday, December 4, 2013

Rindu

Tika ini,

Aku rindu air tangan aku
Aku rindu masakan emak
Aku rindu memasak di dapur
Aku rindu masakan ku untuk orang lain
Aku rindu melihat mereka berselera

Dah lama sangat makan luar
Rindu sangat nak memasak


Tapi

Aku lebih rindu dengan bau darah

*Fitrah seorang perempuan yang tiada dapat disangkal*

Wednesday, November 27, 2013

Cerita Satu Hari

Semalam.
Aku mewakili bos untuk kursus induksi sebab bos ada MIA conference. Namun banyak cerita dan kenangan yang aku terima. Mungkin sebab dah lama tak bejumpa dan bergaul dengan ramai orang.

Aku memilih untuk pergi ke Hotel Quality menaiki KTM. Sebab isnin petang hujan di Shah Alam. Aku assume, selasa petang juga akan hujan. Dan aku mengada untuk tak nak membasahkan diri sendiri dengan air hujan.

***
Rupanya menaiki KTM sangat mencabar. Dari KTM, stop kat Bank Negara jalan kaki menuju Hotel Quality. Pergh! Jauh perjalanan. Entah berapa ramai orang aku tanya kat mana letaknya Hotel Quality.

***
Semasa Ice Breaking, setiap peserta memperkenalkan diri dan business mereka. Wow!! ramai rupanya orang melayu yang banyak duit. $$$
Ada 3 orang yang berniaga emas.
Kak Perlis : Akak pantang tengok emas. Geram rasanya.
Me : Tu la. Tengok tangan kak pun dah tahu. Hehe. (Gelang yang KP pakai tu aku rasa kelebaran dia hampir mencecah 1.5 inci. Di kedua-dua tangan)
Kak Perlis : Beli emas ni tak rugi gee. Harga sentiasa naik.
Me : Betul. (Walaupun aku tak pernah memiliki emas). Anak perempuan akak ada berapa?
Kak Perlis : Anak akak 3 orang. Semua perempuan. Untung la diorang,
Me : Untung sangat.

***
Ketika Ice Breaking, masing-masing perlu memegang sesuatu yang boleh digenggam. Sambil bercakap sambil menggenggam benda tu, menyebabkan confident level kita sangat tinggi.

Dan aku sangat konfiden ketika bercakap. Mungkin sebab:
1- Servis yang ditawarkan oleh company aku adalah sangat diperlukan oleh semua businessman.
2- Aku terbayangkan yang firm tu adalah aku punya. Haha

Ramai juga yang mengajukan persoalan dengan aku. Dan aku maklumkan yang aku hanya wakil untuk bos. Bos akan datang untuk sesi malam ni. Aku tak faham kenapa mereka gelak.

***
Makan bersama dengan seorang akak. dari JB. Meniaga barang kecantikan dan kesihatan. Oleh kerana dia juga boleh solat, aku pergi surau dengan dia.

Kak JB : Gee, mana gee beli tudung yang saiz besar ni?
Me : Saya beli kain kat Jakell ka. Saya jahit tepi sendiri. Hantar kedai.
Kak JB : Akak nak beli untuk anak akak. Akak hantar 2 orang anak perempuan akak ke sekolah agama kat JB. Tak tahu nak beli yang macam mana.
Me : Kak beli je bidang 60. Beli 1.5meter. Umur anak kak brapa? Kalau badan dia kecik, beli yang bidang 45 pun dah besar
Kak JB : Dia lagi tinggi dari akak.
Me : Owh.
Kak JB : Kak keluar dulu ye gee. Akak ni smooking. Ni lagi satu perangai buruk kak.
Me : Eh? Ok Ok. Tak boleh stop eh kak?
Kak JB : Dah ketagih gee. Susah nak stop.

Aku hanya mampu berdoa dia diberi hidayah untuk menutup aurat dan berhenti merokok.

***
Aku suka tagline seorang usahawan dari Kuantan yang membuka kedai Bakery. Lazat, berzat dan berkat. Wow!!

***
Ada seorang speaker ni. Lelaki. Macam handsome. Tapi, dia sebut R macam sebut ghen. Au tergelak dalam hati. Sebab aku rasa macam dengar suara aku sendiri.

***
Oleh kerana habis kursus tu adalah pukul 4, bos minta aku jumpa dia di KLCC untuk beri pada dia access card bilik kat hotel dan lain-lain dokumen kursus.

Aku tak ingat berapa ramai orang yang aku tanya macam mana nak pergi KLCC dari Bank Negara. Yang aku ingat, seorang budak perempuan dengan adik dia. Minah Brunei tau. (MB)

Me : Dik, tumpang tanya. Macam mana nak pergi KLCC?
MB : Kak ikut saya. Saya pun nak pergi KLCC.
Me : Ok, terima kasih. Awak dari mana?
MB : Saya dari Brunei.
Me : Brunei? Bercuti ke kat sini? Apa nama awak?
MB : Saya Nadia. Ini adik saya Najibah.
Me :  Awak nak berjalan ke KLCC? Berdua je ke ke sini?
MB : Dengan keluarga. Diorang semua kat KLCC dah.
Me : Owh. Ok.

Malu sedikit. Aku tanya mana KLCC dekat orang yang bukan orang Malaysia. Bab public transport aku memang tak reti. Huhu

***
Sampai KLCC dah masuk asar. Aku call kawan aku tanya kat mana surau KLCC. Dia instruct aku jalan ke surau KLCC sambil menyebut setiap kedai yang aku lalu. Pergh!! Hafal kot setiap kedai kat situ. Then dia kata, tempat jatuh lagi kan dikenang kan. Hehe. Suami dia kerja di Petronas. Hehe

Lepas solat, aku kena tunggu bos habis dalam pukul 6petang. Aku tanya kat dalam goup whatsapp, tempat mana yang recommended untuk aku pergi.

Ramai yang cadangkan Kinokuniya. Tapi aku tak jumpa mana kedai tu. Ada juga yang suggestkan pergi Aquaria. Aku terasa sangat asing disitu. Bila diingat balik, last sekali aku pergi KLCC adalah pada tahun 2008 @ 2009. Aku mundar mandir tengok kedai-kedai kat situ. Aku nak pergi tempat air terjun. Setelah hampir sejam berjalan-jalan, baru jumpa kat mana air terjun tu. Level 1 rupanya.

Ada yang tanya jumpa tak Aquaria? Keling Paria aku jumpa lah. Haha

***
Bila balik, orang ramai gila. Dan aku berdiri sehingga ke destinasi. Dan petang tu tak hujan. Lain kali, naik motor lagi senang. Haih

***
Balik rumah, cerita dengan housemate tentang mamat-handsome-sebut-r-macam-ghen. Diorang pelik, sebab diorang kata aku tak pelat R. R aku normal. What? Aku macam pelik. Padahal sebutan R aku sama macam Lisa Surihani. Aku baru sedar, yang aku dah pulih dari penyakit R-sama-macam-Ghen. Alhamdulillah. Confident Level aku semakin pulih:)

Friday, November 22, 2013

resah itu dosa

Anda tahu? Yang meresahkan jiwa itu adalah perkara dosa. Dan bersangkut paut dengan dosa itu juga meresahkan.

Entah kenapa aku rasa resah dan tak best buat satu akaun client ni. Aku syak akaun dia ni terlibat dengan benda yang tak berapa nak betul! Bos pon syak benda yang sama! 

Sejak google nama investor dia, aku rasakan something. Macam tak masuk akal je pengakuan dia. 

Gila! Nak kaya bukan begini caranya. Hanya yang tamak duit je sanggup percaya dan sanggup digebangkan. Malah kadang sanggup dimanipulasikan oleh pihak yang ada penyakit wahan.

Sejauh mana kebenaran tentang apa yang dicerita dia, aku tak tahu. Tapi was was la juga kan.

Teringinnya nak pergi melawat negara Brunei.
*tiba-tiba*

Wednesday, November 20, 2013

Cinta untuk Nabila

Nabila. 
Gadis yang agak tegas. Gadis ke? Bukan. Dia sudah dikategorikan sebagai wanita. Tegas ke? Bukan. Lebih kepada emo. Dan juga matang dari segalanya. Terutamanya wajah. Fikiran dia juga matang tahu.

Kebelakangan ini ramai yang bercerita tentang Nabila. Villa Nabila. Macam-macam versi cerita yang ada. Nampaknya, semua cerita tu adalah khabar angin. Atau lebih tepat kepada fitnah. Tahukah anda? Memfitnah itu lebih berbahaya dari membunuh. Kerana fitnah boleh membunuh banyak nyawa. Membunuh banyak jiwa. Sedangkan membunuh itu telah membunuh seorang nyawa sahaja. Kalau membunuh itu menyebabkan banyak nyawa yang terbunuh, sudah tentu ianya menjadi berbunuh-bunuhan.

Sebelum cerita Villa Nabila, ada pula cerita nasi ganja. Belum lagi cerita yang berkaitan dengan 26haribulan. Sentap kejap kawan Nabila sebab dia lahir pada 26 haribulan duabelas. Ini semua gara-gara penyalahgunaan teknologi oleh segelintir manusia yang mempunyai pemikiran macam-best-je-mesej-ni-kena-kongsi-kat-semua-walau-tak-tahu-betul-ke-tak yang bisa mengundang bencana besar tanpa mengetahui sejauh mana kesahihan cerita itu.

Sepatutnya teknologi akan mendekatkan manusia seisi dunia. Kan teknologi itu membawa kepada dunia tanpa batasan. Mudah menghubungkan. Tapi yang terjadi sekarang ini sebaliknya. Terbalik macam balasan yang Allah turunkan pada kaum Nabi Lut yang bernama kaum Sodom yang melakukan sodomi. Iaitu hubungan sejantina. Apa mereka tidak tergiur dengan manusia lain yang mempunyai jantina yang lain yang mempunyai alat jantina yang lain?

Nabila mula sedar. Budaya penyebaran mesej lucah dan tahyul di alam maya semakin berleluasa. Sebab itu Nabila deactive facebook. Betul, facebook ada juga kebaikannya. Tapi berdasarkan pengalaman yang lepas, list kawan-kawan Nabila dalam facebook itu lebih kepada tidak membantu pertambahan iman dan amal dalam diri Nabila.

Ada jenis kawan Nabila yang selalu up status atau gambar macam-dia-seorang-je-yang-dah-kahwin, macam-dia-seorang-je-yang-ada-anak, macam-lawa-je-muka-dia-sampai-penuh-gambar-dengan-gambar-muka-dia-je, macam-semua-nak-cerita-dengan-orang, dan macam-macam lagi.

Semua jenis kawan yang disebut diatas itu langsung tak membina iman dan menambahkan amal. Kadang boleh menyebabkan Nabila iri hati atau sedih. Iri sebab Nabila tak kahwin lagi. Apa lagi ada anak. Tapi, Nabila cepat-cepat tersedar yang rezeki itu masing-masing. Kalau semua orang nak kahwin betul-betul lepas graduate, memang tak ramai lah orang yang akan memeriahkan kenduri semua orang itu. Mungkin juga, rezeki orang yang terkemudian untuk kahwin ni lebih besar. Dapat hadiah lebih misalnya. Iya lah, kahwin masa kawan-kawan dah lebih 2 tahun bekerja. Gaji mereka sudah tentu dah semakin banyak. Lalu, ada lah bajet untuk beri hadiah kahwin yang lebih besar tanpa pelu berkongsi dengan kawan-kawan lain. Malah tidak segan untuk menghulur duit yang lebih banyak. Tak  gitu?

Namun tidak dinafikan. Ada juga sebilangan kawan-kawan Nabila yang begitu bagus dalam menyebarkan dakwah melalui post di facebook. Maklumat-maklumat yang membina iman. Bagus. Tapi malangnya, mereka terlalu sedikit dan post ilmu mereka sering ditindih dengn post entah apa apa.

Sekarang ini, Nabila mempunyai group Whatsapp yang agak-banyak-yang-aktif. Selalu juga handphone Nabila berbunyi. Seronok juga bila bersembang tanpa ada kredit yang ditolak. Tapi handphone Nabila berbunyi Whatsapp apabila di office dan rumah sahaja.

Cuma yang kadang Nabila tak berkenan adalah bila group Whatsapp yang telah meng"add"kan Nabila itu menyebarkan berita yang tak sohih. Kadang tu, 3 group Whatsapp bagi mesej yang sama. Padahal, 3 group tersebut tak ada kaitan satu sama lain. 1 group adalah kawan sekolah menegah Tingkatan 1 - 3, 1 group kawan sekolah menengah tingkatan 4 - 5, 1 group lagi kawan Uitm. Nampak tak betapa cepatnya dan ramainya mamat-mamat dan minah-minah forward kat group Nabila?

Mujur juga ada kawan-kawan Nabila yang rajin sebarkan mesej yang tiada langsung unsur fitnah. Malah ilmu dan tips yang amat berguna. Itu yang sepatutnya terjadi. Kan nikmat yang tidak ternilai adalah nikmat iman dan nikmat islam.

Oh! Nabila suka lagu "Cinta untuk Nabila". Nabila tengah tunggu ada seorang mamat (yang cool, manja, tidak emo, tidak-pandai-masak-tapi-kalau-masak-sedap-gila, solat lima waktunya di tempat azan dilaungkan, meraikan pendapat dan nasihat isteri, lembut tutur katanya, lebih memewahkan Nabila dengan kasih sayang dan kemanjaan dari harta, setiap perkataannya dan perbuatannya mendekat kan Nabila dengan Tuhan, tidak pandai bermadah tapi pandai memujuk, suka menjelajah alam, kacak, budiman, tinggi dari Nabila, bekerja macam kerja Nabila sekarang) bagi lagu Kumpulan Melissa itu pada Nabila.
Indah bukan? Insya Allah.


Friday, November 15, 2013

ini, semalam dan esok

hari ini
Alhamdulillah
aku masih punya hari ini

hari semalam
Alhamdulillah
aku sudah melalui hari semalam

hari esok
Alhamdulillah
aku terima apa yang berlaku hari esok

hari ini
serasa sudah tiada daya
namun tetap digagah juga
kerana tiada pengganti jika tiada
aku demam sebenarnya
nak berehat dirumah rasanya
tapi apakan daya
demam itu tiba bila tiada yang menggantikannya

hari semalam
aku sangat lelah
kerja yang tiada sudah
menyelesaikan kerja yang sentiasa menadah

hari esok
entah ada entah tiada
apa yang akan berlaku jua
semua kehendak Yang Esa
aku hanya berdoa
agar segala amalan diterima
agar ada sinar bahagia
agar ada keampunan juga

Thursday, November 14, 2013

Zhulian

Aku sangat la suspend kalau ada kenalan dan kawan yang tak berapa nak rapat, tiba-tiba call nak jumpa dan belanja makan. Dah banyak kali dah dapat ajakan sebegitu. Rupanya, dia nak promote barang. Tak lain tak bukan mesti berkaitan dengan downline, MLM dan yang lebih kurang macam tu.

Maaf makcik, saya tak minat. Walaupun serba salah kadang-kadang menolak. Kalau makcik jual kuih raya saya sudi beli. Tapi nak promote yang ni saya tak ingin.

Dengan alasan yang aku nak cepat dan rushing. Tapi memang nak kena cepat. Oh ye! Minggu ni aku berseorangan dalam office. Yang lain-lain pergi audit kat office client.

Selain dari aku bagi tau dia:
" Eh makcik, bukan ke MLM, Downline ni haram?"
"Produk Zhulian ni halal. Dapat pengesahan halal jakim lagi."
"Ye tau. Produk Zhulian mungkin halal. Tapi yang sistem downline dan MLM ni?"
"Cuba kau buka web ustaz azhar idrus, dengn ustaz zaharuddin"
"Saya baca kat ustaz zaharudin la yang kata MLM ni haram"

Makcik tu terus tak jadi nak minta kat aku RM68 sebagai yuran pendaftaran. Aku beralasan tak ada duit untuk itu. Dia desak aku bayar RM10. Dan selepas aku argue pasal MLM, tak jadi dia nak minta RM10.

Masa mula-mula mulut dia manis kot. Kata macam-macam:

"eh, awak muda lagi"
"Gebu nya muka awak. Putih"

Dan macam-macam lagi. Muka yang gebu tak ada jerawat kan? Hehe. Maksudnya tak gebu sangat la kan.

Ah! Ape-ape je la.

S


Monday, November 11, 2013

Untuk student

SPM dah bermula sejak minggu lepas. Tapi paper Akaun adalah minggu ini. Aku berdoa dan berharap agar student tusyen aku beroleh A dalam akaun dan ekonomi terutamanya dan 7 lagi subjek yang diambil mereka. 
Selama hampir 11 bulan aku berkongsi ilmu dan cerita dengan mereka, aku harap Allah bagi berkat pada mereka lalu mudah menjawab. Banyak kenangan indah dengan mereka. Mereka anak yang baik dan mendengar kata. Manja. Mudah tersenyum. Rajin. Pandai. 

Dulu pernah create halusinasi di bawah ini. Bila baca balik, MACAM SESUAI JE untuk dia orang. Farhana, Azlin dan Saiful, moga beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

hidup ini bukan selamanya indah
hidup ini bukan selalunya gundah

dunia ini banyak pancaroba
dunia ini banyak penggoda

kalau kau kata hidup ini indah
kau sebenarnya salah!

kalau kau kata hidup ini gelap
kau sepatutnya silap!

dunia kau masih kecil
hidup kau masih belum luas
kelak nanti kau akan rasa terpencil
dek kerana dunia yang ternyata buas

nikmati hidup mu dikala ini
keluar bertemu rakan manjakan diri
jangan kau risau tentang hati
kelak kau akan menyesal diri

kejarlah apa yang kau perlu
tanpa kau risau apa didepanmu
cuma jangan sampai agama jauh darimu
cukup Dia sebagai pendampingmu

adikku...
kalau kau tahu
apa yang kakak dan abangmu tahu
sudah tentu kau hargai setiap waktu
kau membesar sebagai remaja di alaf baru

banyak masalah yang tak perlu nak fikir
banyak halangan yang tak perlu nak usir

tak mengapa jika result exam tetap macam tu
walhal usaha macam dah tak menentu
walhal hati dah buntu
tapi tetap tak dapat apa yang dituju

masih lagi banyak peluang
banyak lagi jalan dan ruang
untuk kau berjaya bukan sekadar adanya wang
tapi hati yang kental dan semangat juang

sekian dulu dari ku
untuk sekian waktu
izinkan aku berlalu
kelak aku akan kembali berteleku
menggapai ruang dan waktu
agar kau tidak seperti aku
agar kau berjaya lebih dari aku
agar kau bergaji besar tak macam aku
nanti boleh belanja aku!
hehe, aku pergi dulu

Wednesday, November 6, 2013

Rumah sewa

Bersyukur dengan keberadaanku sekarang ini. Nikmat mana lagi yang mampu aku dustakan? Tiada. Langsung tiada.

Salam Maal Hijrah untuk semua. Dah masuk 1435H. Cepat betei masa berlalu. Tercungap-cungap dalam pelarian. Setiap orang dapat 24 jam sehari. Tapi kenapa aku rasa masa aku yang tidak cukup berbanding orang lain? Setiap pagi mesti kalut mempersiapkan diri. Kalut untuk pergi kerja. Nak kerja pukul 9 masuk kerja. Walau hakikatnya, jarang aku dapat masuk tepat 9pagi. Hue hue hue

Ok, pagi tadi dalam bilik air baru teringat sesuatu. Kenapa waktu pagi aku selalu tidak cukup. Aku terlebih tidur. Itu sebab utama! Selain dari jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja yang memakan masa hampir setengah jam jika kelajuan kenderaan adalah ditahap maksimum pulasan ditambah lagi dengan traffic light yang berjumlah 5 buah yang kesemuanya adalah hijau tika aku lalu. Selain daripada parking motor yang tersedia untuk aku tanpa perlu aku mengalihkan motor-motor yang lain.

Pernah satu masa, parking memang tak ada. Disebabkan jarak antara motor yang sudah terparkir itu sangat tidak rapat. Dan aku mengangkat sedikit untuk menolak motor agar rapat sedikit dengan motor disebelahnya. Dua tiga motor juga lah aku angkat sebab masing-masing pemilik motor-motor tersebut mengamalkan "kempen keselamatan motor dengan mengunci tayar depan dan belakang". Pernah satu hari, ada seorang pakcik terlopong tengok aku. Mungkin dia terkejut tengok wanita gagah didepan dia? Ngeh ngeh ngeh

Oh! Aku nak beritahu. Aku menyewa kat shah alam dah. Bulan ni sepatutnya aku dah masuk rumah kat TTDI jaya. Apartment Ilham. Tapi bulan december nanti aku pindah masuk kat seksyen 11 pula. Pencarian rumah sewa yang sangat memenatkan. Ilham apartment ok. Cuma bilik yang aku nak kongsi berdua dengan seorang sahabat, kecik sangat. Tambahan pula jarak yang agak jauh ke tempat kerja dan terpaksa mengharungi dua traffic light.

Tahukah anda? Traffic light simpang empat stadium adalah traffic light yang mampu membuat anda berbalas sms atau mendengar dua lagu hingga habis jika anda terlepas lampu hijau beberapa saat.

Yang kat seksyen 11 ni bilik sangat besar dan bayaran sewa yang hampir sama dengan bilik kat ilham apartment namun keluasan bilik adalah 3 kali ganda. Oh! Tak sabar nak masuk rumah seksyen 11. Sebab dekat sangat dengan office. Aku dah kira. Kalau traffic light kat bulatan kayangan tu hijau masa aku sampai, tempoh perjalanan hanyalah 90 saat. Jika bermotosikal la. Sebab traffic light kat kolam renang tu jarang aku patuh sejarang kenderaan yang ada.

Harapanku semuanya berjalan dengan lancar. Aku bukan tidak betah duduk dengan kakak aku. Cuma aku fikir, aku perlu berdikari. Dah 3 tahun duduk dengan dia. 3 tahun juga dia masak untuk aku. Indah ok bila balik kerja penat-penat makanan dah ada. Tinggal makan je. Tanpa perlu bayar sewa. Tengok Astro tanpa perlu bayar.

Yang paling aku tidak betah bila banyak kerja dan perlu balik malam, aku perlu mengharungi gelap malam bersendirian dalam kejauhan. Huhuhu




Monday, November 4, 2013

Jumpa semula

ok, bila dah meluah, baru terjumpa. hue hue hue

Alhamdulillah. Menemukan kembali yang dicari. Tiba-tiba Allah bagi ilham, search by date untuk setiap folder klien. :)

Apapun, yang pertama lah yang paling diingat dan dikenang. Segalanya yang pertama dan pertama kali. Apalagi cinta pertama!

Sebab itu jangan dibuka hati untuk mencinta sekira tiada iring berkah Tuhan bersamanya. Kamu sudah tentu faham bukan apa yang dimaksudkan dengan "berkah Tuhan bersamanya"?
Bukan cinta sms, cinta whatsapp, cinta fb. Tapi cinta yang disertakan bersamanya akad yang menghalalkan. Cinta itu bila ada tindak balas each other. Ya! mungkin pokok juga boleh bergoyang walau tiada angin. Peneroka hutan yang membalak dengan rakus juga bisa membuat pokok bergoyang.

Cinta yang membuat kau semakin dekat dengan Tuhan dan tenang dengan nikmat cinta itu sendiri yang menjadi bukti bahawa "berkah Tuhan bersamanya".

Pendaman rasa itu memang sakit, tapi pendamlah kalau andai ianya terluang bsa mengundang bencana.




mencari

Mencari-cari dimanakah dia. Puas aku fikir. Sehingga takat beku kepala. Berbanding takat didih yang hampir dicapai oleh jiwa. Satu katakunci pun tidak menjejaki dimana letaknya ia. Apakah?

Jumaat lepas, aku dah siapkan letterhead punya format yang bagi aku dah cukup baik dan cantik untuk company yang baru. Hari ni, aku nak buat surat untuk klien nak guna letterhead yang baru tapi aku tak boleh nak imbas kembali dimana aku simpan. Penat dah weh cari kat search. Huaaa!

Yang pertama dan tercantik. Tiada yang kedua dapat menandingi walaupun yang kedua hampir sama. Tahu tak, kepuasan melihat kecantikan bagi yang pertama tiada tara? Tahu tak?

Sebab itu isteri pertama adalah yang terbaik walaupun isteri kedua secantik Siti Nur Haliza!!
*tibatiba*

Thursday, October 31, 2013

tiada

Ada satu rasa dalam dada
Yang sukar untuk dicerita
Sakit yang sesekali ada
Menekan hingga terasa siksa

Aku berharap, disatu saat bila aku sudah tiada
Masih ada sesuatu yang membuatkan ku diingat dia
Atau sesiapa
Lalu difatihahkan aku dengan segera
Dan dengan rahmat Tuhan Yang Esa
Siksa itu dikurangkan atau langsung ditiada
Menerangi sebahagian gelapnya gelita
Atau disuluhi segala

Satu demi satu impian menjadi nyata
Nikmat mana lagi yang aku dusta
Moga amalku jua semakin banyak yang diterima
Seiring dengan pertambahan usia

Oh Tuhan Yang Maha Esa
Ampunkan segala dosa
Terimalah amal baik yang ada
Permudahkan urusan segala
Jauhikanlah aku rasa prasangka
Akhiri helaan nafasku dengan sempurna
MengesakanMu dengan kata dalam hela
Hanya mengesakan Mu saja
Hanya nama Mu saja
Hanya kalimah Mu saja
Hanya itu saja



Thursday, October 17, 2013

My Precious

Berbaloi aku tunggu lebih dari 3 bulan untuk dapatkan itu dengan percumanya
Alhamdulillah

Ralit membaca. Teringat segala kenangan ketika membaca yang pertama dahulu.

Cinta itu memang indah
Jika yang utama adalah Allah

Hargai apa yang kamu ada
Berhenti mencari yang kamu tidak punya

Kejiwangan melanda
Bila hati berbunga cinta

Ada kah lelaki sesempurna itu
Didunia yang aku sendiri keliru

Indah jika ia menjelma nyata
Namun Tuhan mengetahui segala

Tak semua yang dirasakan indah dan bahagia
Adalah yang terbaik untuk kita

***************

Rungutan aku sehari sebelum raya seolah didengarinya. Dan semalam dia memberi jalan penyelesaian bagi aku. Thanks kamu! Kamu seorang yang memahami. Harap itu adalah yang terakhir ye. Jangan bikin gua susah hati lagi tau kamu. Kalau tak, gua wachaa kamu.


Monday, October 14, 2013

last minute

Bila buat kerja last minut, semua jadi tak tentu hala. 

Kau bagi aku hari terakhir untuk aku submit, bila ada problem semuanya kalut. Aku dah serah semua yang perlu kau sediakan dekat seminggu. Hari ni last day, hari ni juga kau baru nak bagi. Aku dah fade up. Betul-betul fade up. Susah sangat ke nak bagi. Bila kau tak bagi, macam mana aku nak selesaikan hal aku. 

Tolong lah faham. Tak semua benda yang kita rancang akan berlaku lancar seperti yang kita jangka. Bila hari terakhir ni, ada je yang tak cukup. Aku tak boleh buat kerja kalau kau tak bagi benda tu. Bila ada problem, yang penat itu aku. Kesana sini, menunggu dengan ramainya orang. Bila dah dapat giliran, ada masalah pula dengan pendaftaran pembayaran tu.

Untuk kesekian kalinya, kasihani aku dengan tidak membiarkan aku terkontang kanting dan terkejar-kejar dihari terakhir pembayaran.




Friday, October 11, 2013

Admin

Bila bekerja bahagian admin. Atau tak pun, kerja-kerja admin aku yang buat. Aku tak rasa teruja atau suspend bila bos nak declare bonus, duit raya mahupun increment. Sebab aku yang menghadap bos dulu tentang itu dan ini. Bila bos bagitahu pada aku, takkan aku nak menunjukkan keterujaan dan keterkejutan dihadapan bos. Jadi, kelamaan teruja itu hilang.

Cuma yang bestnya, aku tahu dulu berbanding 2 orang lagi staff yang lain. Itu je.

Bersyukur itu penting. Agar kita tak rasa keluh kesah dengan benda yang sedikit. Tapi dengan benda banyak pun kita akan keluh kesah. Manusia kan tak pernah berasa puas dengan apa yang ada. Sentiasa nak lebih. Bukan?

Dulu dengan benda yang lagi sedikit pun boleh jer survive kan. Kan Allah yang bagi rezeki. Ketaqwaan kita yang akan membuka pintu rezeki kita.

Apatah lagi dengan benda banyak yang dah dapat ni. Moga2 dengan bertambahnya rezeki semakin bertambahlah amal dan meningkatkan tahap iman kita hendaknya.


korban

Selamat Hari Raya Aidul Adha kepada semua.

Semoga hati dan jiwa raga kita sentiasa bersedia untuk berkorban demi agama kerana Allah Taala.

Monday, October 7, 2013

Cuma

Entah mana dari mula
Entah apa penyebabnya
Segala tentang dia ada yang tak kena
Huh! Syaitan durjana!!!!


***

Cuma
Cuma malam tadi saja
Segala yang ku cuba lupa
Segala tentang dia
Dan cubaan itu sudah berjaya
Namun hanya cuma
Dengan beberapa ayat sahaja
Segala kenangan tergambar di minda
Terlayar di depan mata

Cuma
Betapa dia istimewa
Dihati cuma


***

sedikit tenang telah terhakis
dan menggogoi ku menangis

Friday, September 27, 2013

jumpa

Aku jumpa dia tadi
Hari ini
Dia datang kesini
Bersama kekasih hati

Baru bercerita tentang dia
dan kini dia muncul didepan mata

Alhamdulillah :)

Tuesday, September 24, 2013

pengemis cinta

suka dan duka silih berganti
bayang dirimu menghilang kini

mengapa?
adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
teringat segala sumpah janjimu
dahulu akulah suri hidupmu

apakah upaya
diriku wanita
dan yang tinggal kini
kelukaan

tak akan ku jadi pengemis cintamu
akan ku buktikan kepadamu

luka dihati kurawat sendiri
hari berlalu musim berganti
dan kini kau ingin diriku lagi


*ella

Sunday, September 22, 2013

Air mata

Kata-kata adalah satu perkara yang tidak boleh dikembalikan. Sekali ianya terlepas, pasti akan memberi kesan. Tersiat dengan kata nista dan herdikan. Dimanakah kesopanan yang terjaga sebelum ini? Dimana letaknya Tuhanmu tika kau berkata tentang itu?

Hanya tangisan penuh duka dan penyesalan yang ada. Menangis dan terus menangis.

Hati itu terusik sebenarnya. Terasa kesunyian menyapa setelah berlalu keraian itu. Tiada siapa-siapa lagi serasanya. Semuanya bagai tiada kena. Tiada apa lagi yang bisa menyerikan diri ini.

Ditambah lagi dengan asakan pertanyaan. Apakah?

"Cuma bercerita. Bukan meminta"

Lalu mengapa terasa ianya satu permintaan yang besar? Sedang tidak punya apa-apa untuk diberi. Aku juga sedang kekurangan. Walau hati ini pernah terkilan kenapa aku tidak tiada diberi tika aku benar inginkan dan memerlukan? Meminta sesuatu yang mengaibkan. Kecuali kau meminta pada Tuhan. Dia ada segala yang kau mahu.

Lalu dihamburkan segala rasa amarah itu pada yang lain. Iya! bersalah dan sungguh berdosa. Maafkan aku.
Maafkan aku. Maafkan aku.

Aku tidak dapat menahan gelodak cemburu bila lihat kau disitu
Aku tidak dapat menahan gelodak marah bila kata ku tiada reaksi darimu
Aku tidak dapat menahan gelodak sakit hati bila kau meminta yang aku tidak mampu

Aku tidak dapat menahan semua itu.
Tidak dapat.
Tidak dapat tika waktu itu.

Setelah tiada lagi air yang mengalir di sungai pipi, keletihan lalu terlena tanpa sedar. Alangkah! Allah memberi rasa kantuk selepas berhujan air mata untuk hilang segala rasa cemburu, sakit hati dan marah dalam dada.

Sendirinya aku bukan kerana rajuk. Sendirinya aku kerana aku hanya ingin masa untuk aku perbaiki diri. Aku hanya ingin mencari semula semangat yang telah layu. Aku hanya ingin mengubat lara di jiwa.

Carilah aku bila kau perlukan aku lagi. Aku tidak kemana. Masih disini. Kalau tiada pun, tanya pada Tuhan mu. Kerna Dia Maha Mengetahui. Kalau diizinkanNya, pasti kita bertemu. Semula.

Pergiku bukan kerana marah dengan taksubnya. Pergiku untuk mengganti apa yang telah kupinjamkan. Selagi ianya tiada dibayar, selagi itu ungkitan akan muncul. Dan selagi itu hati tenang ku tidak dikembalikan.

Berilah aku masa untuk itu. Aku akan menebus semua dengan segala adanya kudratku. Aku mohon pada Tuhanku, permudahkanlah urusan pencarian aku. Agar aman jiwa-jiwa itu.

Sudah lama tidak berendam air mata. Alhamdulillah. Air mata itu suatu penyelesaian.

Tuesday, September 17, 2013

tiada jiwa

Kadang apa yang kita terlalu tidak mahu itulah yang melekat.

Hai la. Dulu dia beriya tidak mahu aku. Dan tika itu, aku rasa syukur sangat-sangat. Exited nak sediakan dokumen yang berkaitan pemergian dia.

Bukan aku benci pada dia. Apa lagi untuk tidak menyukai dia. Aku tiada hak untuk membenci sesiapa. Siapalah aku untuk membenci sedang Allah itu Maha Penyayang.

Cumanya, aku tiada jiwa dengan dia. Tiada senang bilamana dia menghubungi aku. Tiada teruja bilamana menyediakan apa mahu dia. Tiada apa yang ingin mengikat dia untuk terus meneraju. Tiada itu semua. Jadi, apa guna untuk terus bersama kan? Jika dengan adanya dia menyebal kan perasaan.

Mungkin kerana karenahnya yang bisa buat aku pening kepala. Permintaannya yang kadang menggegarkan sabar dan tenang dalam jiwa. Sikapnya yang selalu menjengkelkan rasa.

Dan bila hatiku berbunga ceria, tiba-tiba dia bilang tidak jadi untuk menukakanku dengan orang lain. Apakah?? Serasanya mendung yang berlalu datang kembali menggelapkan keliling hidupku. Oh!

Dan baru-baru ini, ada peluang untuk ku memilih siapa yang aku tiada jiwa dengan siapa. Dan aku hanya memilih dia. Benar! Aku memang tiada jiwa terhadap dia. Bila bos memberi peluang aku ambil dengan penuh girang. Cumanya, bos bilang dia sendiri yang akan beritahu pada dia yang aku tiada jiwa. Yang aku ada jiwa pada yang lain, biar aku sendiri yang menyatakan.

Dan hari ini, bos terlupa tentang ketiadaan jiwa aku pada dia. Bos pergi bilang perkara lain. Perkara yang aku dan kami masih mahukan dia sebagai klien. Apakah?? Bos lupakah?? Dah terlepas cakap, nak buat macam mana? Aku harus terima dia seadanya. Dan semula.

*****

Dalam ramai-ramai klien, dia je yang aku tak mahu terus berkhidmat lagi. Bos dah jadi auditor. Jadinya, perlu ada re-structuring dalam group of company. Aku masih tiada lesen secretary. Tunggu tahun depan 3 tahun untuk melayakkan dapat MIA. Nak ambil lesen LS aku tiada sanggup untuk pergi interview mahupun exam. Ambil MAICSA aku tiada bajet kewangan dan masa untuk memenuhi segala keperluan. Lagi pula, otak aku mungkin jammed sedikit untuk mentelaah kembali buku-buku tebal.

Alasan bukan ciri-ciri orang yang berjaya. Ok, Bye!

Monday, September 9, 2013

imej

Kecantikan didalam, akan mencerminkan kecantikan luaran kita. Kalau hati baik, sentiasa berlapang dada, berbaik sangka, sentiasa ingat Allah ada, pasti akan terpancar ketenangan pada wajah.

Imej juga sangat penting dalam menentukan keperibadian kita. Bagaimana kita berpakaian, kita mentatarias wajah dan penampilan semuanya merupakan pandangan pertama orang yang melihat.

Benar! Kita tak boleh menilai luaran semata. Tapi, dari luaran itu kita dapat memahami siapa adanya dia. Bagaimana perwatakan dia. Apa hatibudi dia. Tapi tidak adil untuk menilai semua dan segala dengan pandangan luaran semata. Ingat itu!

Kecantikan bagi definisi kamus kehidupan setiap dari kita sangat berbeza. Jadi kita tidak boleh menyalahkan seseorang jika dia menafikan betapa cantiknya seseorang bila kita begitu menyetujuinya. Citarasa berlainan sebagaimana lainnya rupa paras kita. Walau hampir sama atau hampir iras, tapi tidak sempurna samanya.

Tentang 1

Satu malam, aku pergi ke satu tempat keramaian dengan ajakan sahabat-sahabat yang aku sangat terharu dengan ajakan itu. Tiba-tiba mataku tertancap dengan seorang muslimah. Sangat cantik! Subhanallah! Cantiknya bukan dengan selendang yang dibelit dikepala, tapi cantiknya dia kerana labuhnya tudung yang dipakai. Bukan setakan menutup depan dan belakang, malah sekeliling. MasyaAllah!

Aku tidak peduli dengan tontonan yang dipersembahkan. Aku hanya memerhati dan tidak jemu memandang dia. Gaya dia senyum dan tergelak. Oh! Beruntunglah ibu dan ayah dia punya anak yang sesolehah dia. Bila memandang wajahnya, aku ingat pada Tuhan. Ku kira dia masih gadis belum bersuami. Dan aku rasa dia adalah salah satu "peserta" Ops Piramid. Kain tudung yang dia pakai aku tahu ianya Made in Mesir.

Aku pasti, tentu hatinya juga secantik wajahnya. Wajah yang hanya disapu dengan bedak nipis dan secalit pelembab bibir tanpa maskara, ayeshadow mahupun blusher. Damai diwajahnya menggambarkan hatinya juga tenang dek kerana ingatan dan zikir pada Tuhannya sentiasa membasahi.

Tudung yang dia pakai dilipat kemas di tepi  dan diriaskan lagi dengan jarum peniti dikedua belah. Lipatan tudung yang tidak terlalu muncung malah tidak terlalu bulat. Cukup sempurna dengan wajahnya yang molek.

Cadangnya, aku nak menegur dia diakhir keramaian itu. Mungkin boleh bertukar nombor telefon lalu menjadi sahabat. Tapi, dia beredar sebelum habis keramaian. Dan aku, mengikuti keramaian tersebut hingga akhirnya. Tak sempat nak berjabat tangan menghulur salam pada dia.

Dia pasti akan aku ingati. Dan ku kira dia beza beberapa tahun lebih muda dari aku. Dia memakai jubah ungu gelap dan tudung labuh ungu cair pada malam itu.

Allah! Hebat sungguh ciptaan Mu. Moga sidia berjaya dunia akhirat dan istiqamah.

Tentang 2

Pagi tadi tengah bercermin bersiap pergi kerja, aku tiba-tiba teringat. Kenapa dulu masa jadi guru ganti sebagai "ustazah" anak-anak muridku kerap tersasul panggil aku "cikgu" bukan sebaliknya, "ustazah". Walhal, aku mengajar subjek agama. Dan kerap kali juga aku membetulkan panggilan mereka:

"Cikgu ke ustazah?"

"Eh, ustazah.........."

Sambil mereka tersengih menyedari silap kata-kata mereka. Dan aku agak sebal pada mulanya. Dan kelamaan, aku tidak ambil kisah. Hanya membetulkan mereka tanpa ada rasa sebal. Mungkin dah biasa.

Dan kini aku baru sedar, penampilan ku tika itu seperti cikgu. Bukan seperti ustazah. Oh! Selepas hampir 7 tahun baru aku sedar.

Dalam masa yang sama, aku tersenyum. Patut pun kalau berjumpa dengan saudara mara yang jarang berjumpa dan kenalan baru, soalan yang biasa ditanya adalah "Mengajar di mana?" dan bukannya "Kerja apa sekarang?".

Imej kita menentukan siapa kita. Mudah-mudahan hati yang punya kita bersih dan terang.

Habis.



Friday, September 6, 2013

Hak

Disana sini hak tiada lagi hak. Berapa banyak hak yang sudah diambil dan dirampas. Walau kita diberi peluang untuk sesuatu, fikirkan semula andai kita tiada hak keatas sesuatu itu.

Hak untuk bersuara semua dah sedia maklum. Hak menduduki rumah yang memang dia punya. Hak untuk hidup bebas tanpa diganggu oleh mereka yang tidak dikenali. Hak untuk hidup aman tanpa disentuh oleh mereka yang hanya mampu mempermainkan.

Selagi kita punya kudrat dan upaya, tiada perlu untuk menggunakan kesenangan tanpa bayaran. Fikir mereka yang lebih memerlukan.

Dan hak kita pada Allah? Sudah tertunaikah?

Monday, September 2, 2013

Bukan

Alahai. Kenapalah lemau semacam. Macam dah bosan je rasanya.

Kadang apa yang aku taip disini bukanlah semua tentang rasa hati. Kadang aku terbaca kat blog mana entah, kata-kata tu macam sedap untuk diingati. Dan rasa dan luahan hati orang lain yang cuba ku selami.

Untuk hari-hari yang berlalu yang telah mematangkan usia dan corak pemikiran, aku beranggapan perasaan yang bertamu biarlah ianya menjadi kenangan. Tak perlu kot untuk menangisi, menyesali dan melayani rasa hati yang hanya sekejap sahaja berubahnya. Enjoy it!

Hidup ini bukanlah untuk melayan perasaan sahaja. Walau sudah ditujah berkali-kali, biarlah ianya berlalu selari dengan aliran masa yang meninggalkan. Positifkan diri dengan apa jua yang berlaku disekeliling. Samada di rumah, pejabat, di kompleks, di masjid hatta di tepi jalan.

Iya! Kita bukanlah sempurna mana kan. Tapi pasti yang berlaku ada hikmah untuk menyempurnakan amal dan iman. Adakala kita perlukan hiburan juga. Bukanlah robot yang tiada rasa hanya menurut kata. Jika tidak setuju dengan dia, diamkan saja. Dan jangan cuba menyangkal dengan ilmu yang secubit. Nanti bertambah sakit.

Raikan orang sekeliling yang berusaha melihat kita ceria dan gembira. Tak perlu melayan perasaan sangat lah ye. Biarkan yang pergi terus pergi. Kutiplah kebaikan dan keindahan dengan perlahan-lahan. Tak perlu mengejar benda yang dah pergi. Ambil jejak sudah.

Kita kena hargai hidup. Hargai orang sekeliling. Hargai diri sendiri. Buat apa mengenang dan mengenang tak henti-henti. Dia tidak sudi, tidak mengapa. Pasti ada seseorang yang Allah aturkan untuk kita. Bahagia kita hanya untuk kita, dengan cara kita dan sesuai dengan keadaan kita. Definisi bahagia itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang bahagia dengan hidup berseorangan. Ada juga bahagia dengan keriuhan ramai.

Tapi, harus diingat walau pun kita bahagia dengan sesuatu, raikan juga bahagia mereka dengan cara mereka. Bahagia itu juga adalah melihat yang disayang bahagia.

Satu lagi, mengenai bebas. Kita bebas tapi terbatas. Jika terlalu bebas, kita rasa lemas. Tiada yang menarik jika terbabas. Nah! itu tandanya bebas tetap ada batas. Buatlah apa mahumu. Asal tiada yang tersakiti. Dan tiada larangan Pencipta diingkari.

Dahulu kala, aku bebas menulis apa mahuku. Tanpa ada sesiapa yang nak mengomen yang menyakiti aku. Mungkin dimata orang lain ianya seperti kata-kata yang biasa. Tapi yang merasai pasti rasa sedikit berbisa.

Tak perlu lah nak memberi kata-kata membidas balik apa yang aku cerita.

Aku memang sentap. So? Aku tak tahu apa masalah kau. Dan aku lagi tahu apa masalah aku dengan kau. Cukup lah! Entah siapa kau ini yang hanya memainkan rasa hati aku. Kau kata nak pergi, jadi pergilah. Tak perlu nak memberi sebarang kesan lagi dalam hidup aku. Pergi lah kau kemana saja kau nak pergi. Tak perlu nak mengganggu kehidupan aku. Aku masih punya mereka yang berhak ke atas aku.

Adakalah rasa meluat menjadi menyampah dan benci yang tiada kesudahan. Huh!

Thursday, August 29, 2013

bukan


bukan aku sedih kerna kau meninggalkanku
tapi aku tak sanggup menanggung rindu


Wednesday, August 21, 2013

ada aku kisah?

phoenix

aku masih lagi bernafas
aku masih tak duli kebas
lihat aku yang tetap bangun kembali
kakimu tak cukup buat aku mati

pasti kau hairan bagaimana selepas bertahun
aku tetap teguh, utuh, tak roboh, tekun, pegun
kau cipta aku untuk kau musnah bila diperlu
kau bina aku dengan tipu mimpi bohong palsumu

mungkin kau tak tau sepenuhnya yang aku ini
sebenarnya phoenix yang takkan pernah akan mati

ku sentiasa kembali
walau dibagi api
walau terhancur diri
tetap ku gagah berdiri

kalau kau fikir aku bodoh kerna mencintai
kau lebih bodoh kerana fikir aku akan pergi
lagi kau pedang aku
lagi kau pijak henyak sepak caci maki aku
lagi kebal rusukku

aku masih bernafas dan aku takkan lemas
dengan cabaran dugaanku hadapi ku takkan tewas
namun aku dibenci, dihina dan dimaki
ku akan gagah berdiri walaupun halangan menanti

ingin ku memberitahu kepada kau yang kucintai
namun kau tak mengerti apa yang terpendam dalam hati
apa orang berkata akan ku tolak ke tepi
kerna engka yang ku nanti dan ku termimpi-impi

mungkin sebenarnya
ku mahu percaya
yang mungkin bila kau lihat ini semua akan kau celik mata

mungkin satu masa
setiap setia
dapat memujuk kubu kerasmu untuk dibuka pintunya

you dead wrong if you think my phoenix gonna die
i'm still standing right here waving you good bye
all these years all the pain and the suffer i take
every breath you take you gonna regret when you're dead!!!!

#puas

Monday, August 19, 2013

kenangan

Kenangan di Beijing aku pergi tahun lepas adalah antara yang best sepanjang 2012. Mana tak nya, percutian percuma sambil dapat berkenalan dengan mereka yang baik dan ceria. Ahad yang lepas sorang akak yang bersama ke Beijing datang beraya kat rumah. Seronok sangat-sangat. Akak tu datang beraya dengan suami dan anak-anak dia. Ok, suami dia aku dah kenal. Join trip Beijing juga disamping kawan bos.

********

Mungkin ada rahmatnya
Kita tak bersama
Andainya diteruskan
Apakah kesudahan
Itulah ucapanmu
Dihujung pertemuan

Kuat mana diikat
Pasti akan terlucut
Andai disambung lagi
Tidak sekuat ldulu
Kerana cuma aku yang menarik
Bukan lagi tanganmu

Tak guna mendustai
Pada diri sendiri
Sedangkan rindu itu
Sering mangganggu
Salah usah dicari
Seharusnya berdua
Kita menghadapi menanganinya

Pada zahir tidak terlihat
Ada garis yang terbentang
Tapi batinku sering berkata
Biar ada batasannya

Walau tidak disini
Cinta kita bersemi
Berkat keyakinanku
Dan doaku pohonkan
Moga diperkenankan
Dipertemukan
Suatu masa nanti

#Zianazain_tiadajodohantarakita
Seterusnya....

Sunday, August 18, 2013

tiada sangka

Alhamdulillah atas nikmat yang kita miliki. Kita akan merasa cukup dengan apa yang ada jika kita bersyukur apa yang dikurnia pada kita. Allah maha adil. Mereka ada apa yang kita tak punya. Tapi kita punya apa yang mereka tiada. Walau secara rambang, itu macam tak cukup. Tapi, dikala kita yakin rejeki itu Allah yang beri, pasti tiada sia-sia keyakinan itu.

dikurnia sesuatu yang tiada ku sangka
serius! tak pernah menyangka
dulu pernah berharap akan ia
tapi malu untuk bersuara atau bertanya
dan, nah!besar juga angkanya

#Alhamdulillah, rezeki terpijak. eh!

******

Dalam keamanan malaysia yang nampak secara luarannya, sedang dihati setiap rakyat yang bergolak dan berkocak tiada yang nampak, malah kadar jenayah yang semakin meningkat tanpa ada peduli yang sewajarnya oleh pemimpin, disamping kesungguhan setiap yang lalai untuk mengumpul harta dunia tanpa peduli siapa yang punya. Itu hanya di  Malaysia.

Tapi, di Mesir sana? keamanan hanya terdapat dalam hati setiap yang impi syahid yang kekal hidup disisi Tuhannya. Darah mengalir merata, tanpa ada belas dan kasihan.

Fahami dulu apa dia. Sila baca apa disini.

#MasyaAllah!

Thursday, August 15, 2013

Cerita raya

Bermula kerja selepas cuti berhari-hari. Alhamdulillah.

Raya yang biasa-biasa bagi aku. Tiada yang baru. Huhu. Adapun, kerongsang baru. Itupun hadiah dari sahabat baik yang pergi ke sabah.

Apapun, Alhamdulillah 'ala kulli hal. Tak beraya ke mana kecuali pergi rumah jiran-jiran dan baraan ke rumah cikgu-cikgu sekolah.

Rumah saudara mara tak pergi pun sebab teman bapak kat rumah. Menyambut tetamu je lah. Seorang pakcik aku yang aku kira jumpa setahun sekali bertanyakan pada aku:

"Anak kau dah berapa?"

"24 orang"

Hehe. Anak buah okey!

Cikgu-cikgu masih ingat aku rupanya. Walaupun lebih 7 tahun aku meninggalkan sekolah. Ada seorang ustaz ni yang hanya ingat nama aku seorang. Hehe. Pelajar "bermasalah" memang diingati oleh cikgu.

"Macam mana la saya boleh lupa awak. Masa SPM, awak seorang je yang dapat B dalam kelas awak. Padahal yang lain semua dapat A. Jenuh saya nak menjawab pada pengetua."

"awak memang pandai matematik pun dari dulu. Patutpun jadi akauntan."

"Saya tak kisah pun pasal gred sejarah awak dulu. Subjek tu sebenarnya senang je. Cuma bosan sedikit. Tapi bila awak seorang je yang failed dalam kelas awak masa percubaan SPM, kena juga panggil awak menghadap. Sebab saya kena menghadap dengan pengetua."

Banyak kenangan yang kami imbau kembali. Kenakalan kami. Ketiduran kami ketika dalam kelas. Time kelas arab memang mengantuk. Dapat pula member yang sebelah meja suka menanya kat ustaz. Macam mana lah ustaz tak lupa kat aku. Haih.

Kejayaan bukan warisan, kegagalan bukan tradisi.

Ramai kawan-kawan yang menjadi cikgu, ustazah dan ada juga pensyarah. Mereka berjaya menjadi pendidik. Aku? cikgu tusyen je la yang mampu.

Moga tahun depan punya peluang sebegini lagi. InsyaAllah




Tuesday, August 6, 2013

selamat hari raya

Alhamdulillah. Masih punya ruang disaat ini untuk bernafas dibulan barakah. Tahun depan belum tentu lagi kan. Ya Allah, sampaikan kami pada ramadhan yang akan datang. Amin.

Ramadhan pergi, syawal pula tiba. Silhan ganti yang telah ditetapkan. Bagaimana dengan ramadhan kalian? Harapnya pemergian ramadhan yang hampir tiba dapat mengistiqamahkan diri dengan aalan sepanjang 29 hari latihan.

Hari ni last bekerja. Tak sabar nak balik kampung rasanya. Macam jauh sangat kan! Hehe

Geram sikit dengan sorang auditor yang dah berjanji nak bagi dokumen jumaat lepas. Tapi sampai ke tangan aku pagi tadi. Hampeh betul. Nak kena menapak kat alam sentral lagi pergi ke SSM. Bukan tak suka, tapi nanti banyak persinggahan. Kat alam sentral tu kan macam-macam ada. 

Baju raya? Dek kerana sibuk ya amat dengan kerja office, baju raya cuma sepasang. Itupun minta jasa baik kat kawan baik tolong jahitkan walaupun aku pos kat dia minggu kedua puasa. Alhamdulillah, ada juga baju raya. Itu je kot. Tak sempat nak bershopping. Huhu

Untuk ramadhan yang hampir hilang, aku minta maaf pada sesiapa yang baca blog aku. Atas segala salah silap dan kekasaran bahasa. Atau mungkin juga apa yang aku tulis telah buat hati hiba, bengkek, terasa, geram dan sakit. Maafkan aku.

Moga syawal ini disambut dengan sederhana dan meriah disamping tidak dilupakan syariat dan sunnah. InsyaAllah.

Ramadhan kali ini, banyak kenangan dunia. Antaranya:
1- Ramadhan kedua abah masuk HDU. Alhamdulillah, dah sembuh walaupun tika itu doctor kata, harapan sangat tipis.
2- Hari yang sama ada meeting office kat Intekma Resort. First meeting selepas penubuhan our own firm dimana meeting tu diconduct oleh aku yang aku kena datang lambat. Haih
3- Berbuka puasa kat office. Kalau buka kat rumah pun kebanyakannya lagi 5 minit azan baru sampai rumah. (Paling sadis)

p/s: kepada firman, tiada apa maaf pun yang perlu dipinta. segalanya telah berlalu. 

Selamat Hari Raya Uolllzz!!!

Monday, July 29, 2013

lelah

makin ke hujung
makin laju berdegup jantung

makin bertindan tanggungan
makin tak menang tangan


~Rabbi yasir wa la tu'assir

Friday, July 26, 2013

hangat

Masih terasa hangat usapan dari tangan kekar yang semakin lemah itu. Di satu malam. Hanya berdua dalam ruang yang sempit. Namun, ada selesa di situ. Sambil menyusuri perjalanan pulang.

Mulut ini seolah bisu. Tiada reti untuk bertanya apa-apa atau bersembang isu semasa. Oh! itu adalah peluang yang maha ku siakan.

namun dalam hati, meruntun sayu. Aku rindu dia. Aku rindu segala kenangan aku dengan dia. Aku rindu dalam setiap apa adanya dia. Aku rindu dengan bicara dan pekikan dia. Aku rindu semuanya.

Dia semakin tua. Makin hilang daya dan upaya. Dan aku selalu mementingkan dunia dan kerjaya. Apakah?

Tika bersendirian, banyak yang ku rencanakan. Namun bila mana saat itu ada, semuanya bertaburan diangkasa. Tiada daya mengutip dan hanya membiarkan hilang dipandangan.

Aku masih diberi peluang untuk kedua kalinya. Tapi, masih lagi ku siakan begitu saja. Oh!

#teringat abah!

Wednesday, July 24, 2013

hubungan

Buat sesuatu kalau dengan adanya cinta
Pasti tidak pernah mengeluh malah bahagia

Namun jika sebaliknya
Sentiasa penat dan lelah itu dirasa

Lakukanlah ia dengan rasa cinta membunggar
Agar segar jiwa yang semakin kering terbiar


#jika punya masalah dengan manusia, semak balik hubungan dengan Tuhan ya!


Mulut

Kerana keceluparan mulut itu, ramai yang terasa. Dosa itu banyak dari mulut dan mata. Dari kerana mulut hati mereka terluka. Dek kerana mulut juga ada yang tersimpul bahagia.

Jaga mulut masing-masing. Moga dapat amal.

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan 8

#pagi

apa lagi yang kau mahu
penat mencari aku?

aku ini bukan siapa-siapa untuk dicari
tak perlu nak mencari

masih tidak kau tahu
rasa hati aku?

aku sudah keluarkan kau dalam hatiku
cukup hati aku diperasankan oleh kamu

setiap kata kau mengguris hati ku
hati aku kembali disakiti seperti dulu

kau cerita tentang bahagianya kamu
punya dia dan anak yang baru

kau ingat aku hadap dengan cerita kau?

dan aku terpaksa berpura....

#petang

perasaan yang dibiarkan
sambil berharap agar dimakbulkan
dan hari ini ianya menjadi kenyataan
terima kasih Tuhan

Aku berjumpa dengan dia di PKNS tadi!!!!

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 6

Abah masuk HDU (High Dependency Unit). Khamis pagi abah kata sesak nafas. Petang baru pergi hospital setelah dia sendiri tak tahan. Tengah malam naik ambulan pegi hospital klang. Agak kepenatan malam tu sampai tak sedar langsung yang kakni kejut bagitau pasal abah dan misscall mak.

Lepas sahur, terus pergi hospital. Adik beradik semua balik. Hari jumaat tu ada management meeting company. Terus ada berbuka puasa bersama di Intekma. Serba salah jadinya. Dalam pukul 11, abah dah stabil cuma tak sedar lagi. Aku pergi ke Intekma dengan sedikit gusar yang hilang.

Petang tu, mereka berbuka puasa bersama di surau hospital klang. Bestnya! Rezeki aku dapat buka puasa tanpa mereka tetapi dengan rakan-rakan office bersama keluarga.

Hari sabtu, abah masih belum sedar. Mereka semua bercadang buka puasa dirumah kakni dan bacakan yassin beramai-ramai untuk kesembuhan abah. Pukul 3 lebih baru decide. Kakni dan aku dah pening nak masak apa. Aku buat popia ketam dan sambal kicap untuk kakni buat mee sup, daging goreng kunyit dan kangkung tumis belacan.

Kakli bawak air siap-siap. Yang lain bawa kuih-muih dari bazar ramadhan. Mungkin sebab keletihan, tak berapa nak selera makan. Sibuk menjaga sikecik sambil yang lain menikmati hidangan buka puasa. Tapi sangat seronok. Lepas beryassin, abangnan buat kebab dan oblong. Dia memang tangkas didapur. Sebab dia pergi workshop petang tu, tu yang macam keletihan gila masak untuk ramai orang berdua dengan kakni.

Dengan 11 orang adik beradik, dimana 6 orang dan berkahwin dan anak buah seramai 23 orang yang berumur 2 bulan ke 16 tahun. Mana tak meriah dan riuhnya rumah teres  2 tingkat kakni. Sedang kalau kat rumah emak pun penuh. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Pagi ahad abah dah sedar dan dipindahkan ke ICU. Asbab doa kami dibulan ramadhan. Moga kesihatan abah pulih semula.


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Satu

Ramadhan satu

Malam tadi sejuk ya amat. Tapi malas nak bangun perlahankan kipas. Akibatnya bangun pagi rasa malas ya amat. Syaitan dah kena ikat. Tak ada alasan dah syaitan menguasai diri. Nafsu yang membelenggu. Mungkin ini angin Muthirah.

Pukul 8 mlm tadi, kawan sekolah sabak dulu selamat melahirkan baby perempuan secara normal. Alhamdulillah. Kami dalam group what's app mencadangkan agar diberi nama Nur Laila Ramadhan. Hehe

Office hour office bertukar dari 8.30pg - 5ptg. Tapi pagi tadi keluar office tak dapat sesuaikan diri lagi dengan timing tersebut. Ouh! Alasan!

Petang ni balik kampung. Berbuka bersama mak dan lain-lain. Mesti istimewa lauk petang ni. Oh!!!

Selamat menyambut ramadhan. Moga ramadhan kali ini membawa kita berjumpa dengan Lailatul Qadar. InsyaAllah.


Thursday, July 4, 2013

Kecewa

kebangsatan yang bisa melepuh segalanya
keceluparan yang bisa membunuh semuanya

Hoi!

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan yang ditunggu

Ramadhan yang ditunggu

Ramadhan yang lepas juga masih mengharap perkara yang sama.

Berharap ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Agar ramadhan kali ini mendapat maghfirah yang lebih dari yang lain. Agar mendapat nikmat dan rahmat yang lebih lagi.

Dan masih lagi berharap mudah-mudahan ramadhan kali ini adalah yang terakhir aku berseorangan. Tiada salah untuk mengharap dan meminta. Jangan berhenti berharap khennn.

Lagi beberapa hari menjelang Ramadhan. Sedih tiba-tiba. Syahdu rasanya.

Berapa ramai yang antara kita tidak sempat berjumpa ramadhan kali ni? Mereka dah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu ku persembahkan untuk memberitahu betapa syukurnya aku pada Mu.

Ok lah. Semoga ramadhan kali ini memberi impak positif dalam iman dan taqwa kepada kita.

Allahumma balighna fi ramadhan.

#
Ramadhan kali ini aku masih menabur cinta di Bandar Tasik Selatan. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah


Thursday, June 27, 2013

Jerebu di hatiku

Semalam kak aku mesej

"ko tak boleh cuti jaga kakwa?"

Sentap aku! Terus mengalir air mata ku.

****

Kakwa adalah kak aku yang duduk kat JB sekarang. Abang ipar aku orang JB, dapat kerja kat situ. Haruslah dia pun kena duduk JB. Kakak aku yang ke-enam dalam adik beradik. Dan satu-satunya adik beradik yang duduk luar selangor. Jadinya jarang lah balik. Tapi kakwa rajin telefon aku. Aku pun selalu luah perasaan dengan dia. Huhu.

Ahad yang lepas iaitu 16.05.2013 dia telefon aku. Cerita tentang keterujaan dan kesemangatan dia nak buat kuih raya tahun ni. Dia tengah cuti berpantang sekarang. Dia beli dah oven hari yang sama dia telefon aku. Siap minta resepi biskut raya aku yang sedap tahun lepas aku pernah bagi dia sebalang. Ehm ehm. Alhamdulillah. Hehe

Tiba-tiba, pagi isnin dia mesej aku.

"Salam. Aku ada batu karang. Sekarang kat hospital. Tolong bagitau mak minta doa"

Terkejut sangat! MasyaAllah! Kak aku tak larat nak cakap. Dia mesej je. Aku telefon mak. Mak pun terkejut. Sebab pagi ahad tu dia baru telefon mak.

Aku ingat mula-mula tak ada yang membimbangkan. Sebab dia bawa baby dia kat wad tu sekali. Kak aku admit kat Coloumbia Asia. Abang ipar aku kerja situ. Senang sikit.

Sampai hari jumaat tu, dia kata demam tak kebah-kebah. Muntah dan berak sentiasa. Effect dari doctor masukkan scoop kat kidney dia mungkin. Aku bagitahu mak. Malam tu, aku bincang dengan Kakni, aku nak pergi bawak  mak dan bapak jenguk kakwa kat JB. Aku telefon semua adik beradik. Alhamdulillah, adik lelaki aku yang seorang ni baru lepas habis final exam. So dia willing join aku pergi JB. Cadang nak pinjam kereta kak aku je.

Aku telefon mak, mak macam excited. Aku tahu, dari hari isnin bila tahu cerita kakwa admitted mak nak pergi sana. Tapi mak tak bagitahu siapa-siapa. Mungkin tak nak menyusahkan anak-anak. Masa tu, ake redha je. Dah la hujung bulan. Huhu.

Lagi kalut, malam tu bos confirmkan yang aku kena pergi meeting kat putrajaya sebagai wakil auditor. Bos kena jumpa client kat sepang at the same time. Haish! Serba salah jadinya. So, aku cakap ngan mak kita bertolak petang.

Lepas je habis AGM Koperasi pagi tu, aku terus drive pecut nak balik Tanjong Karang ambil mak bapak dengan adik perempuan aku. Adik lelaki aku dari UPNM terus pergi rumah kak ni kat puncak alam. Aku tersalah masuk exit. Sekali tembus kat Teluk Panglima Garang. Adeh! Nak cepat jadi lambat. Dah la jammed kat klang tu.

Aku mesej kak aku yang aku ontheway ambil mak dengan bapak nak pergi JB. Kak aku suruh guna dulu duit yang dia bank-in kat mak minggu lepas buat tambang. Nanti sampai sana dia bagi lain. Tak payah la kakwa. Aku belanja. Ada rezeki InsyaAllah.

Alhamdulillah. Abang ipar aku suruh bawak exora dia. Selesa sikit nak jalan jauh. Ofcourse bukan aku yang drive. Hehe. Tak pernah lagi bawa MPV. Yang lagi terharu, abang ipar aku penuhkan minyak siap-siap, topupkan smart tag dia dan bagi duit lagi kat adik aku. So kiranya, duit aku selamat. Hehe. Alhamdulillah.

Kakni ada sukan sekolah ahad tu. Kak aku yang lain pun sama. Abang aku pergi kedah malam jumaat tu kakak ipar dia kenduri kahwin. Abang aku sorang lagi tengah outstation. Kak aku atas  aku pun sama. Yelah, plan last minit.

Sampai JB dalam pukul 9. Lepas makan-makan balik rumah kak aku. Abang ipar aku bermalam kat hospital. So, kitorang je la kat rumah dengan anak-anak buah aku. Esok pagi-pagi, besan mak aku datang hantar sarapan. Terharu aiolz!

Sampai hospital tengok kak aku lemah je. Sedih aku tengok. Baby tak ada. Adik ipar dia yang tolong jagakan.

Dan semalam, kak aku mesej dia kena transfer ke GH. Demam dia tak kebah-kebah. Doctor tak tau virus apa yang menyerang dia.

Kesian nya dia. Dunia akhirat dia kakak aku. Tapi komitmen kerja yang menuntut aku untuk ke office. Aku bincag dengan kak ni, aku harap kaklela sudi jaga kak wa bergilir dengan aku nanti.

Dulu, masa aku eksiden darjah 6, dia yang jaga aku kat hospital selama 2 minggu lebih. Masa aku form 4, dia la yang belikan calculator untuk aku. Sampai sekarang aku guna calculator saintifik tu. Aku masuk matriks dia la paling banyak hulur duit belanja. Dan dia jugalah yang belikan pendrive pertama aku masa kat matriks. Masa tu pendrive 1GB mahal tau. Cantik pula tu. Sampai sekarang aku simpan walau dah rosak.

Tapi, sekarang bila dia sakit aku lebih pentingkan kerja aku dari dia. Ya Allah, pulihkan kesihatan kakwa. Aku sayang dia. Dunia akhirat.



#
Siapa pun dia. Hatiku tak kearah dia. Maaf, aku tak berminat kearah itu.
Aku belum jumpa Firman aku.
Jerebu di hatiku. sob sob

Tuesday, June 25, 2013

Kawan baik

Terima kasih sudi berkawan dengan aku. Bersabar dengan aku. Pendengar setia aku. Bertukar cerita dan pendapat dengan aku. 

Dari mula aku berjumpa kau kat matriks, aku mula menyukai untuk berkawan dengan kau. Ternyata, kau memang baik! Alhamdulillah. 

Persahabatan kita menjadi semakin akrab asbab kita sama-sama sambung di uitm. Sebilik, serumah dan sekelas. Walaupun bukan sepanjang 8 sem disitu.

Banyak cerita kita kongsi bersama. Banyak perkara kita sama rasa. Banyak kenangan yang kita lakar bersama. Banyak yang bersama walau tak semua. 

Kini, kita punya hidup masing-masing. Bertemu dengan orang baru. Berkawan dengan orang baru. Namun, kenangan kau dan aku tak pernah baru. Sentiasa menjadi memori segar dalam ingatan.

Alhamdulillah. 7 tahun kita berjalin kasih. Terima kasih nana. Sayang kau! Moga ikatan kau dan si dia berakhir dijinjang pelamin. InsyaAllah



Terima kasih pada kak wan juga:)

Friday, June 21, 2013

bantal

fail bertimbun
kertas berterabur
mata merimbun
makin kabur

#ngantuk!

Monday, June 17, 2013

merindukan dia

Hari ni ada tusyen. Setelah sebulan tiada. Berikutan keberadaan aku ditempat lain. So, tadi tusyen berjam-jam. Lunch sama2 dengan student. Aku order barli panas. Entah kenapa sejak kebelakangan ni kerap pula aku minum barli panas. Student aku tanya,

"cikgu, sedap ke air barli tu?"

"nak rasa? meh la"

"err, tak nak la. tapi apa rasa dia?"

"hmm...rasa barli la."

"tapi, macam mana rasanya?"

"macam mana eh? macam rasa laici tapi tak masam. tapi barli ni bagus tau. Boleh sejukkan badan. Sekarang kan musim panas. InsyaAllah"

Aku pun tak tau betul atau tak perumpamaan aku.

Sebenarnya aku lebih teringat pada mak kepada kawan baik aku. Dia meninggal bulan tiga yang lepas. Mak dia suka minum air barli. Mak dia pernah kata kat aku bila aku tanya apa istimewanya barli.

"Barli ni boleh sejukkan badan. Sekarang kan musim panas"

Rindu bertamu dihati. Entah apa perasaan kawan aku sekarang ni. Tentunya dia lebih sedih. Berganda-ganda. Sebab itu emak dia. Sedang hatiku sekarang merindukan arwah makcik. Makcik sangat baik dengan aku. Masa dia balik dari haji tahun 2005, macam-macam makcik bagi kat aku. Tudung 2, stokin, tasbih, beg dan jam. Aku sayang sangat jam tu. Aku guna jam tu sampai rosak. Kalau tak silap, sampai ke matriks aku guna. Seronok sangat! Dia layan aku dengan baik.

Pernah aku dan sorang lagi kawan aku ikut family kawan aku pergi ke teluk batik. Makcik belikan kami seplastik besar jajan untuk kitorang bawa balik.

Makcik juga sangat baik dalam melayan. Aku terasa disayangi dia. Masa kawan-kawan sekolah buat baraan    beraya lepas habis sekolah, makcik suruh aku yang agih-agihkan duit raya. Lepas diagihkan, ada lagi baki yang agak banyak juga. Makcik suruh aku ambil semua. Apa tak best? Hehe

Kalau aku datang rumah dia, macam-macam dia hidang kat aku. Sampai aku naik malu dan segan. Tapi,makcik pandai memainkan peranan. Rindunya kat dia!

Pernah satu raya, dia belikan aku baju kurung. Warna purple bunga biru. Aku simpan lagi baju tu walaupun dah tak muat. Huhu

Sejak aku kerja, aku jarang ke rumah kawan aku. Tak macam dulu. Dengan kawan aku pun jarang jumpa. Selalu bertanya khabar melalui telefon je dengan kawan aku. Itupun boleh dikira berapa kali. Masa abang dia kahwin tahun 2012, aku datang dengan mak aku. Tapi keesokan hari selepas majlis. Sebab mak  tak sempat nak datang. Ada kenduri lain. Jauh pulak tu.

Masa tu, aku nampak perubahan pada makcik. Dan aku bertanya kepada kawan aku. Sakitkah mak dia? Rupanya betul, makcik mengalami strok sebelah badan.Tangan kirinya tak boleh gerak.Kena strok beberapa minggu sebelum majlis kahwin abang dia.

Raya tahun 2012, macam biasa aku datang rumah dia pagi-pagi raya hantar punjungan. Sempat bersalaman dengan makcik dan minta maaf atas salah silap. Aku bawa anak buah aku 2 orang masa tu. Makcik bagi duit raya setiap seorang.

Dalam bulan raya juga,tapi dah penghujung, kawan uitm nak beraya kat rumah aku. Kami singgah kat bukit melawati. Terserempak dengan kawan aku dengan makcik dan kakak dia. Sempat bersalaman dengan makcik.

Dan itu kali terakhir aku berjumpa dengan makcik.

Masa hari kejadian, sorang kawan sekolah kami telefon aku. Dia sekampung dengan kawan aku. Dia kata makcik dah meninggal. Terkejut aku. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sungguh kah?

Dia kata meninggal pukul 6. Aku telefon mak. Mak kata, kalau meninggal pukul 6 biasanya kebumi esok pagi. Pagi-pagi esok aku balik kampung. Sms bos, aku cuti. Aku explain pada dia aku nak tengok makcik buat kali terakhir. Mak kawan baik aku yang paling aku sayang.

Aku dengan mak pergi rumah dia. Tapi pelik. Kenapa tak ada orang. Betulkah makcik meninggal? Terjumpa kakak dia kat tepi jalan. Rupanya, makcik meninggal pukul 4 petang semalam. Dah kebumi dalam pukul 6.

Oh! tak ada rezeki aku tengok makcik buat kali terakhir.

Apapun, aku harap makcik tenang disana. Sungguh! aku sayang makcik sangat-sangat. Dia layan aku macam aku anak dia. Mana mungkin aku lupa semua kenangan aku dengan makcik walau tak sebanyak mana. Setiap kali aku datang rumah dia, setiap kali tu aku akan rasa seronok.

Moga-moga, ruh makcik bersama-sama orang yang solehh. Segala amalan dia diterima Allah. Dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa dia.

Dikala ini, aku ingin mencium baju purple bunga biru yang pernah dia hadiahkan kepada aku. Tapi, sayang baju tu ada kat kampung.

Monday, June 10, 2013

Please

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

Monday, June 3, 2013

air mata

Iman manusia tak pernah sama. Ada naik, ada turun. Ada lemah, ada kuat. Dan adakalanya tiada langsung. Jadinya,, jangan dipandang rendah oleh dia sipendosa semalam. Manakan tahu, malam tadi taubat nasuha dia diterima Tuhan. Sedang diri kita yang tak pernah lagi taubat. Seronok dengan apa didepan mata.

Mata yang tak menangis sukar sekali menepis bahangnya neraka. Sedang nabi kata, mata yang dibasahi air taubat penyesalan akan mampu memadamkan api neraka. Mungkin kerana mata itu sudah lama tidak menangis dengan rasa takut azab disambar api dunia. Hinggakan gugur segala kecantikan mata itu.

Jika manusia itu bersyukur dengan Tuhan, maka akan bertambah lah nikmat untuk dia. Bukan mengutuk apa yang kita ada tika yang lain memuji keberadaan kita untuk memiliki itu. Kufur namanya. Rasa rimas dengan apa yang ada sedang yang lain mengatakan kebertuahan diri memiliki itu yang jarang dimiliki orang lain. Bertambah angkuh bila ingin memiliki sesuatu yang lain dari apa yang dimiliki. Sudahlah tidak bersyukur malah kufur pula. Mungkin kerana itu Dia lenyapkan "kebertuahan" itu dengan sekelip mata. Tika dia lupa apa yang dia pernah ucapkan dulu. Kepadanan muka menujah diri dia. Langsung tak ada. Tiada kecantikan malahan cacat. Yang tinggal hanya serpihan yang menjadi hiasan paling mengerikan. Akan adakah lagi seperti dulu? Jika tidakpun secantik seperti yang dipuji mereka, cukuplah dengan biasa-biasa yang dimiliki mereka.

Segala keceluparan mulut bisa itu ditunjal satu persatu ke dahi dia. Bukan setakat dahi, muka dan badan juga terkena. Sebab itu ada mulut hanya satu. Jika dua seperti telinga entah apa kata kotor yang diludahkan. Dan entah apa pula balasan Tuhan menimpa pada dia. Nah! sekarang rasa kan apa yang kau terlalu benci untuk menengok atau memiliki. Hidup ini umpama roda kawan! Kau akan merasa apa yang orang lain rasa atas perbuatan kau.

Berjanji pada diri, bahawa terima dengn syukurnya apa yang dilimpah pada oleh Tuhanku. Jangan diperkotak kan apa yang terjadi. Semua yang berlaku pasti ada sebab mengapa, kenapa, siapa, apa dan berapa. Tuhan mu Maha Mengetahui sedang kamu tidak.

Dosa yang lalu biarlah tersimpan kemas. Jangan sesekali buka pekung busuk didada yang bakal menimbulkan kenyampahan yang melampau dikalangan sekeliling mu. Minta pada Pemiliki hati agar, manusia-manusia yang telah mengetahuinya menyimpan dengan selamat. Tanpa ada niat untuk menceritakan semula. Dan juga tanpa sengaja teringat peristiwa memalukan itu. 

Jangan takut ianya terbongkar pada masa akan datang. Kalau benar yakin taubat kita adalah nasuha dan rahsia pastinya kita merasa jijik untuk mendekati dosa yang telah kita lempar jauh. Ditambah dengan penyesalah yang tak pernah sudah. Apa lagi mahu mengulangi semula dosa jijik itu.

Janji Tuhanmu benar. Kau jaga aib orang, Allah akan jaga aib kau. Persetankan rasa seronok dan puas untuk menceritakan buruk orang. Memang seronok didengar dan dibualkan. Tapi fikir apa perasaan siburuk itu bila yang lain mengetahuinya. Cuba untuk memakai kasut yang dipakai dia. Baru kau rasa ketidakselesaan bila berbuat demikian.

Untuk kesekian kalinya, biarlah yang berlaku itu sebagai pengajaran pada masa akan datang. Behenti mengeluh dan mengingatinya. Tiada pendosa yang tiada masa depan dan tiada orang tanpa masa yang silam.

Untuk itu, cintai kekurangan dan terima kelebihan dia.

Friday, May 31, 2013

Bilakah aku?

Salam Jumaat:)

Minggu ni sunyi sungguh. Terasa sedikit diam.

Kak dan anak-anak dia balik kampung. Aku balik rumah disambut dengan rumah yang gelap gelita. Sunyi sepi. Sampai tanganku tercepit dengan pagar rumah. Berdarah sedikit, berdenyut banyak. Minggu ni aku balik malam. Banyak malam dari kesiangan. Waktu macam ni peak period untuk audit firm. Stress! Sampai kebiasaan jadi luar biasa. Apakah?

Oleh kerana hujung bulan, hari-hari aku masak. Cuma untuk 2 hari yang terawal masak nasi saja. Dok perangat lauk dari kampung. Masak megi. Dan semalam teringin makan udang goreng kunyit. Beli 12 ekor udang berharga RM4.30. Mahal sungguh. Kak aku tak makan udang. So, aku hanya masak udang bila dia tiada di rumah dia.

Office pun sunyi. Semalam keseorangan. Bercelaru. Bos MC 2 hari. Shidah cuti 2 hari. Mamat tu halfday 2 hari. Semalam semua pergi office client. Tinggal aku seorang menjawab panggilan telefon yang tiada henti yang bukannya di tempat aku. Kerja pula bertalu-talu menujah keatas aku. Pening!

Bila duduk rumah sorang-sorang, macam best. Terasa rumah ni aku yang punya! Hehe. Lagi best kalau bangun pagi bukan menyiapkan diri untuk pergi kerja. Tapi menyiapkan diri orang lain pergi kerja. Eh?

Setiap kali cuti sekolah, pasti kak aku balik kampung dengan anak-anak dia. Abang aku balik weekend. Kak aku yang lain hantar anak-anak dia pula kat kampung. Heaven bebeh!

Bilakah aku?
Hantar anak-anak kat kampung. Biar mereka rasa perit digigit semut api. Seronok bermain lopak air. Girang berbasikal berjalan-jalan. Sejuk menggigil diwaktu malam. Sedap menjilat jari masakan embah. Melompat berebut bilik air dengan sepupu yang lain.

Bilakah aku?
Nak siapkan kerja bertimbun ni?
ok, bye!


Wednesday, May 29, 2013

Apakah?

Kesibukan yang agak menyesakkan
Hingga pulang kerumah kepenatan
Lagi parah penat untuk beribadah kepada Tuhan
Apakah?

Tujahan kerja yang tak pernah sudah
Terasa sungguh lelah
Diasak dengan larangan tiada penyudah
Hingga hati rasa berbelah-belah
Kenapakah?

Kau melarang aku
Bagi tau aku sebab
Bagi aku jalan keluar
Bagi aku pencerahan


Thursday, May 23, 2013

MYCOID

Assalamualaikum wbt



FYI, SSM sudah menguatkuasakan penggunaan MYCOID bagi tujuan penubuhan syarikat bermula 16.05.2013 yang lepas. Tetapi untuk kaunter SSM KL, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Bermakna selepas itu, tiada lagi perkhidmatan pendaftaran syarikat secara manual di 3 kaunter yang tersebut.

Bagi aku, MYCOID lebih praktikal berbanding manual. Kita tak perlu nak prepare all the documents and request sign dari client. Then, kena buat CTC lagi, lepas tu pergi kaunter SSM. Paling kurang, 3 hari ambil masa untuk settle semua dokumen. Carian nama dah sehari. Kalau nama approved, then kita kena prepare documents untuk clients sign. Kalau dapat cepat sign diorang beserta payment, boleh la kita prepare pre-incorporation documents pula. Kena hantar ke SSM before 12 tengah hari kalau nak diorang yang stampingkan M&A. Kalau hantar ke SSM after 12, pergilah menapak kat LHDN Shah Alam untuk matikan stamp.

Dah dapat, Borang 9 SSM, barulah prepare post-incorporation documents pula. Agak mengambil masa. Kos pun agak tinggi. Kos travelling, timing, "penat"ing. Hehe

Bila guna MYCOID, kerja depan komputer je. Tak payah client nak sign banyak-banyak documents. Semua Company Secretary taip.

Tapi, ramai cosec yang masih suka guna cara lama. Puas katanya. Dokumen tu nampak bertanda tangan. MYCOID cuma M&A je yang client kena sign. So, sebagai langkah berjaga dan untuk security as cosec, form 48A iaitu declaration by directors, haruslah manual dan minta clients sign then pergi ke pegawai sumpah.

Zaman sekarang, banyak cara nak menipu.

Oleh kerana office aku dah menggunakan MYCOID terlebih dahulu iaitu since tahun lepas, teror la sikit bab ni. Dan office aku jadi kaunter pertanyaan untuk MYCOID oleh kawan2 bos dan kawan2 aku yang sama business ngan kitorang ni. Hehe.

Cuma, letih melayan je la. Tapi, enjoy! Sama-sama share knowledge. Sebab diorang pun banyak bantu aku masa mula-mula bos jadi cosec dulu. Ilmu cosec tak banyak. Kena berguru dengan yang pakar.

Bos dah dapat lesen auditor, so dia kena let go lesen secretary dia. Now, my turn untuk menjadi cosec. Ada rezeki aku, ambil lesen secretary pula. InsyaAllah.

Oh! esok cuti. Yeay!!!

Pagi-pagi esok gerak pergi penang. Kenduri BFF belah lelaki. Sabtu lepas kenduri dia pergi perak, kenduri kawan kitorang gak. Ahad balik kampung, isnin cuti. Kak aku yang kat JB balik kampung. Tak sabar nak jumpa baby baru. Semangat dah beli hadiah untuk baby boy yang sorang ni. Hehe

Selasa, bos ajak makan-makan satu office. Dan ada some discussion dengan kitorang bertiga iaitu staff dia. Office aku ni kecik je. Staff pun 3 orang je. Alhamdulillah. Boleh cover clients lebih 200 company. Lagipun, tak semua client aktif. Ada yang macam kapal selam. Nak dekat year ended baru muncul.

Aku dan shidah tak sabar nak tau apa benda la yang bos nak discuss. Gaji naik kah? Bonus berlipat kah? Ngeh ngeh ngeh. Kalau tak semalam. Dah semangat dah ni. Tiba-tiba cancel. Mamat tu half day. Wife dia sakit perut. Nak pergi klinik. Huhu.

Kesimpulan, MYCOID ni senang je. Cuma pening banyak for first timer dan beginner. Kalau dah lebih 3 company register under MYCOID, percayalah bahawa cosec di Malaysia akan rasa beban kerja berkurangan. Hehe


Monday, May 20, 2013

nasi panas

Semalam kenduri kahwin sepupu. Balik je kenduri petang semalam, penat gila. Malam tadi tidur awal. Tapi mak tidur lagi awal. Masa nak tidur sebelah mak, mak terjaga. Sempat pesan kat mak:

"mak, esok kejutkan awal ye. Nak sahur."

"Nak makan apa esok?"

"Lauk kenduri kan banyak lagi."

"Nasi dah habis. Pergilah masak nasi. Esok tinggal makan je."

"ala...dah ngantuk"

Esok pagi, mak kejut pukul 4.30. Tapi, sangat malas nak bangun. Pukul 5 lebih terjaga lagi. Nak sahur. Mak dah masakkan nasi. So sweet!  Sayang mak:):)

Pagi tadi hujan lebat. Pukul 8 tak ada tanda nak stop, sms bos minta time off. Memang heaven tidur time ni. Dan aku pun tertidur. Terjaga pukul 9, hujan masih rintik. Syok gila kalau sambung tidur. Pergi kerja dengan relapaksa je. Sampai office pukul 11. Time off hari ni 2 jam. Balik lambat hari ni. Dan esok juga.:(

Friday, May 17, 2013

Berita gembira

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Allah Maha Adil. KasehNya 70x lebih dari kaseh seorang ibu. err, kaseh atau kasih?

Our office. Our bos. Our staff.

Hari ini dapat berita gumbira. Alhamdulillah. Wa syukurillah. 'ala kulli hal. 'ala kulli ni'mah. Ada sebab Dia menangguhkan permohonan itu tahun lepas. Dia saja yang tahu.

Bos sms tadi, result interview audit dia lulus. Our audit firm will be materialised soon. Eh, "our" ke? Hehe

Perasaan kami? Gembira weh. Masing-masing dah dok fikir macam-macam.

Makan besar.
(wah! steamboat:))

Isnin ni cuti.
(eh?ada pulak? lagi kena kerja kuat adalah)

Bonus tahun ni double.
(Bestnya!)

Duit raya tahun ni pun double.
(Macam-macam perancangan dah ni)

Wah!wah!wah! Syok la kalau macam tu. Ngeh ngeh ngeh.

Bila dah jadi audit firm, secretary kena pindah. Tak boleh satu office dengan audit firm. Dengarnya, office lawyer sebelah kitorang ni nak pindah level atas. Mamat tu kata, nanti seceratry kena pindah sebelah. Dengan aku sekali kena pindah sebelah. So, aku seorang la yang kena dok kat sebelah?Sob sob sob. Tak mau lah aku. Biar dokumen je berpindah.

Bos dah tak boleh jadi secretary. Buat masa ni, kawan bos jadi secretary sementara mamat tu register as MIA member. Dan bila aku dah cukup 3 tahun nanti, aku pula apply MIA untuk ambil lesen secretary.
Wah! Banyak rupanya yang bos dah rancang.

Beribu-ribu tahniah...Beribu-ribu tahniah...Beribu-ribu tahniah... Malaysia berjaya!
Erk?

Tahniah bos. Semoga lepas ni kita berempat bekerja dengan lebih bersungguh dan bersemangat demi menghasilkan kualiti kerja yang hebat dan seterusnya mencapai maghfiratullah dan mardatillah dunia wal akhirat.

Semoga nikmat yang diterima ini mendekat kan lagi kita berempat dengan Pencipta kita. InsyaAllah.

penyesalan

Assalamualaikum wbt

Dulu, pernah plan nak sambung belajar. Bila difikir semula, sambung belajar itu perlu. Tapi, bukan lah nak sambung master atau apa. Sambung belajar agama lebih baik. InsyaAllah.

Tak semua yang kita ada indah semua. Tapi semua yang kita ada, adalah yang terbaik untuk kita. Dia sudah tetapkan apa yang harus kita ada dan dimana kita berada sejak dulu lagi.

Hati yang mula jemu dengan apa yang ada didepan mata. Bila hati sudah tiada, apa lagi nak dipertahankan oleh jasad? Menyampah mula menular. Sakit hati mula menjalar. Mereka yang bersalah atau hati sudah mulai kelam? Koreksi diri di suatu ketika yang sunyi. Untuk apa lagi aku disini? Jika hadirku seolah tidak dipeduli? Atau aku kah yang beranggapan sedemikian sedang mereka tidaklah berfikiran sebegitu sekali.

Diri ini bukanlah selembut wanita yang biasa. Hati ini bukan mudah terasa atau menangis. Namun, bilamana hati ini terusik dan mengalirkan air mata itu bermaksud apa yang sudah berlaku itu benar-benar memberi impak yang sangat besar. Sedih yang teramat.

Sikap yang semakin menjengkelkan mungkin. Terasa diri paling bagus. Terasa diri sangat penting. Persetankan semua yang ada. Kau sajalah yang hebat! Kau ada sedang mereka tiada. Kau tahu sedang mereka buntu. Kau sajalah yang diperlukan. Tiada kau, susahlah hidup.

Perasaan gila apakah ini? Kau fikir kau cukup bagus. Kejengkelan yang timbul akan terluah juga nanti. Kau bukan bagus seperti yang kau canangkan. Kau dinilai oleh orang lain. Orang sekelilingmu. Bukan dirimu sendiri. Berhenti untuk terus menikmati dunia khayalan syok sendiri wahai engkau.

Apa kau lupa pada Tuhanmu? Dia yang menentukan keberadaan kau berada sekarang. Kau terlalu leka mengejar dunia hingga kau penat dengan kehidupan akhiratmu. Kau terlalu yakin umur kau panjang hingga kau gagal mengingati yang umurmu tidak kau ketahui selama mana.

Dimana letak imanmu? Kalut menyiapkan keperluan dunia yang tak pernah cukup sedang bekal akhiratmu masih tergantung. Pemberian mu ibarat sampah tiada harga kerna mengharap balasan manusia. Kau merasa apa yang kau buat terlalu hebat dan patut dibalas manusia. Ah! Berhentilah berangan yang sia-sia. Kalau dah nama manusia mana pernah sentiasa menghargai. Diri kau juga begitu. Tak semua pemberian manusia kau hargai. Apa lagi nikmat Tuhan mu. Jauh sekali.

Beringatlah wahai engkau. Jangan sampai di satu ketika kau merasa menyesal tak sudah. Menyesali dan terus menyesali. Tika itu, tiada apa yang lebih berharga melain rahmah Tuhanmu. Itupun kalau kau layak meneguk rahmah Dia sedang diri kau begitu hina.