Thursday, January 31, 2013

Resolution Open Bank Account

Satu hari, ada seorang client minta aku tukarkan resolution buka bank akaun. Dia minta tukar "Opening Current Account" kepada "Opening Islamic Current Account".

Aku terkesima! terkejut beruk! terkejut gila! 

Mana tak nye. Selama 2tahun++ aku buat resolution untuk client guna current account. Oh! Berdosanya aku. Astaghfirullah... Aku sungguh tak perasan. Dan aku membiarkan clients aku terjerumus dalam perbankan konvensional. 

Aku sangat bersyukur pada Tuhan, sekurangnya aku sedar. Dan sangat berterima kasih dengan client yang seorang ni sebab menyedarkan aku. Ada hikmah juga dia ni seorang yang sangat teliti. Sebelum ni aku sedikit rimas dengan ketilitian yang melampau dia tu. Banyak pula tanya pasal itu dan ini. Huhu

Sejak itu, aku menukar semua format resoution untuk open bank account dari Current Account sahaja ke Islamic Current Account. 

Akaun konvensional adalah haram. Sebab ianya bercampur aduk dengan unsur riba. Orang yang terlibat dengan riba seumpama mengisytiharkan perang kepada Allah dan Rasulullah.

Tapi.....

Satu hari, ada seorang client request untuk tukar Islamic Current Account kepada Current Account. Oh! aku tiada kekuatan untuk memberitahu dia tentang itu dan ini. Kenapa wahai pakcik? Kau tak tahu kah? Aku speechless! sambil tangan ku amend semula resoultion itu dengan memotong word Islamic. Client aku tu beragama Islam.

Aku berdoa dalam diam, agar satu hari pakcik ni mengetahui bahawa perbankan islam adalah halal dan terbaik. 

Mudah-mudahan.

Cuba semak balik akaun bank kalian? Islamic atau tidak?



Friday, January 25, 2013

malam ku tanpa bintang

minggu ni agak kucar kacir keadaanku. aku graduate dari uitm dalam bulan 6 2011. maksudnya, dah setahun lebih aku meninggalkan aktiviti berjaga malam akibat assignment yang tak siap lagi atau exam yang makin dekat. begitu juga dengan aktiviti tidur tak lena yang terjaga-jaga sepanjang tidur yang tak seberapa.

serius! aku tak sanggup nak lalui kehidupan yang agak perit. huhu. walaupun kenangan masa zaman belajar best, tapi waktu genting seperti itu tak best tau.

bos aku dijemput untuk menjadi speaker untuk satu program keusahawanan. bulan depan. dan baru dapat tahu minggu lepas. dan baru hari isnin bos minta aku buat slide presentation untuk 4 hari punya modul. memang haru!

betul! sebelum ni dah pernah buat slide presentation untuk tajuk yang sama. tapi, yang tu 1 hari punya modul.  yang ni, aku kena jadikan ianya 4 hari termasuk bengkel. dan bos bagi masa 1 hari jer. pergh! menahan habis. drag sampai hari ni buat modul tu. buat powerpoint tak semudah word tau.

bos suruh tambah soalan. self-created. bukan satu, tapi dua soalan. kalau aku ni guru akaun yang mengajar bertahun-tahun mungkin sesenang membuka kacang dengan dua jari. malangnya, aku bukan. hanya guru tusyen yang ada pengalaman mengajar akaun tak sampai setahun. huhu

tiga malam ku tanpa bintang. menjadi yang terakhir meninggalkan office bukan satu perasaan yang seronok ku kira. semalam walau hari cuti, aku perlu bercuti di office. oh!

dan malam tadi, masih meleret perbincangan untuk slide tersebut. apa yang bos nak, apa yang bos perlu, dan apa yang bos tak setuju.

Alhamdulillah, akhirnya siap juga slide berjumlah 240. pergh!hasil bantuan rakan sepejabat. tolong check typo, casting, scanning. walaupun hakikatnya aku kena email pada penganjur program pukul 10. aku hanya mampu siapkan pada jam 11.00 pagi. Alhamdulillahi 'ala kulli hal.

penat weh!

Thursday, January 17, 2013

Sambal taun taucu


Salam...tiba-tiba blog ni jadi blog resepi pulak kan. hehe...kak umu request resepi sambal taun taucu.

Sambal taun taucu adalah satu daripada masakan orang jawa. Ada dua jenis sambal taun iaitu sambal taun santan dan sambal taun taucu. Kedua - duanya menggunakan bahan yang sama kecuali 1 je bezanya. Sambal      taun taucu guna taucu, sambal taun santan tak guna taucu tapi santan.

Kebiasaan keluarga aku, mak akan masak sambal taun masa hari raya haji atau aidilfitri. Yang ni, memang menu wajib selain kuah kacang ayam, masak lodeh, rendang dan lain-lain. Dan biasanya mak akan buat sebelanga besar. Sebab sedap gila sambal taun taucu ni, dan menjadi kegemaran seisi keluarga. Mak buat gak sambal taun santan, tapi biasa yang tu mak je kot yang makan. hehe

Kalau pergi beraya rumah sedara-mara, seingat aku hanya sorang makcik aku je yang akan hidang sambal taun taucu ni. Dan sedara-mara yang nak makan sambal taun taucu ni, akan call rumah sebelum nak datang. Dan mak akan get ready lauk tu.

Kenapa dipanggin taun? Maybe sebab dia tahan lama. Makin di perangat makin sedap. tapi dah masuk minggu kedua kalau tak re-stock tak berapa dah. Sebab dah tak pedas.

Sambal ni sangat pedas tau. Pedas gila. Makin makan, makin pedas dan makin nak tambah. Dengan nasi panas dan kicap. Perghh! Mengancam habis. Tapi jangan makan lengkuas dan cili tu. Ambil isi jer.

Berikut adalah resepinya. Aku tak pernah buat. Tapi, selalu tolong mak. Secara tak langsung, tau. Hehe...
Resepi ni untuk 4-5 orang makan.

1- bawang merah kecil dalam 15-20 biji dihiris

2- lengkuas @ laus dalam 250gm dihiris gak...tapi bukan hiris bulat tau...macam hiris timun makan kat laksa...hehe...paham tak kak?

3- cili padi dalam 150-200gm. akak buang tangkai je. tak payah hiris atau tumbuk.

4- taucu dalam 1/2 - 3/4 botol. yang dalam botol kaca. kak tau kan? biasa mak guna cap telefon atau tempayan. cap bilal masin sikit, rasa pun kureng.

5- Isi kerang dan ayam pencen @ ayam kampung. Sebelum tu, rebus dulu ayam tersebut dan dipotong kecil-kecil. Bukan potong 8 atau potong 12. Lagi kecil dari tu.

ok, ini step dia...

1- panaskan minyak dalam kuali. guna kuali yang besar sikit senang nak kacau. minyak banyak sikit dari kebiasaan kita tumis, dan kurang sikit dari kebiasaaan kita menggoreng ikan/ayam.

2- masukkan bawang, lengkuas, cili. tumis sampai naik bau dan bawang mula layu.

3- masukkan taucu.

4- masukkan air asam jawa. dalam setengah cawan untuk asam jawa yang sedikit pekat.

5- pastu masukkan bahan-bahan yang korang suka. biasa mak masukkan isi kerang, ayam pencen @ ayam kampung. nak masukkan kaki ayam pon boleh. kitorang kalau makan kaki ayam berebut-rebut. hehe...tapi, ada gak yang tak suka makan kaki ayam. terpulang...

6- perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto. Tapi, tak letak Ajinomoto pon tak apa. Garam jangan banyak-banyak sebab taucu dah masin. Tapi, gula kena banyak nak bagi balance rasa pedas. Yang tu, kena agak-agak. Sampai rasa puas hati dengan rasa tersebut.

7- Masukkan air. Sambal taun ni, tak kering. Berkuah. Tapi agak-agak la ye. Dia tak lah berkuah macam masak gulai.

Tempoh memasak agak lama dengan api yang sederhana. Sebab tu kena berkuah. Kalau air kering nanti hangit pulak kan.

Ok, aku dah terliur.

Nanti kalau mak masak, aku letak gambar ye.

Kak umu, harap kak umu paham. Akak ada number saya kan. Nanti bila-bila mesej la ye.:)

Meh la datang rumah saya. Nanti saya request mak masakkan sambal taun taucu ni.

Sekian, dari dapur jawa:)



Wednesday, January 16, 2013

lain macam

sejak akhir ini aku rasa lain macam. usia mematangkan perasaan? atau aku yang semakin cengeng?

hmm...entah...

hati terusik barangkali. ada saja yang tak kena di mata dia. aku terasa hati. hati aku terasa. macam nak jauhkan diri buat seketika.

bila aku luahkan rasa aku di sini atau disitu, biasanya aku gagal dan tak mampu meluahkan di depan orang itu. bukan aku suka memendam. tapi, adakalanya aku rasa memendam  lebih baik. bila aku meluah, nanti bukan saja dia yang terluka, dengan aku sekali akan merana. menyesal tak sudah atas kelancangan mulut berbisa. bila tak diberitahu, nanti dia yang tak tahu. harap-harap Allah bagi kesedaran pada dia.

"insyaAllah banyakkan cerita tentang kebesaran Allah, hafal hadith2 kelebihan 'amal, puasa-puasa sunat / zikir / doa / solat sunat dengan istiqamah. kurangkan masa makan/minum. kurangkan masa tidur/rehat. kurangkan cakap sia2. dan kurangkan masa diluar rumah."

ya! lebih suka terperuk dibilik. tak ke mana-mana. aku akan cuba. terima kasih. terasa diri ini disayangi. sob sob sob

mungkin juga hati cepat terusik bila minat membaca novel datang semula. terbaru, aku baca "awak suka saya tak" dan "suami ku ustaz". dah lama rupanya aku tinggalkan arena pembacaan novel. dan dah lama tak bercerpen dan bercerjang. satu hari nanti. insyaAllah.

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)."
~Annisa':31

have faith! Allah Maha Mendengar




Friday, January 11, 2013

rambut

Assalamualaikum wbt

Kebanyakan perempuan aku rasa sangat malas nak basahkan rambut waktu pagi. Lagi-lagi kalau hari bekerja. Letih nak tunggu rambut kering. Dan lagi-lagi kalau rambut panjang mengurai. Apatah lagi kalau rambut panjang menggerbang.

Rambut ada macam-macam jenis. Halus lembut. Lurus kejung. Ikal mayang. Kerinting halus. Tebal menggerbang. Apapun, syukur. Syukur ada rambut. Boleh la bersyampu. Dan boleh bertukar-tukar syampu. Boleh bandingkan syampu mana wangi dan sedap baunya.

Orang rambut kerinting tengok orang yang rambut lurus kata: Wow! cantiknya rambut dia. Guna jari pon boleh. 

Orang rambut lurus tengok orang rambut kerinting: Wah! Cantiknya rambut dia. Tak payah susah-susah buat curl.

Apa-apa lah...Sekarang teknologi canggih. Pergi saloon ada duit cakap je nak rambut macam mana. 

Tapi kalau dah kerinting menggerbang, kalau pergi saloon buat rebonding jangan menyesal. Beberapa bulan lepas tu, rambut jadi kejung.

Kenapa cerita rambut? Sebab rambut adalah mahkota perempuan. Jaga lah ia sebaiknya.

Tolong jaga rambutmu dari direntap hingga tercabut tengkorak sebab masa kat dunia biarkan ianya dilihat oleh lelaki ajnabi.

Sunnah untuk kita mandi pagi jumaat. Mandi sunat. Iaitu dengan meratakan air ke seluruh badan kita sambil berniat mandi sunat. Termasuk rambut ye.

Insya Allah digugurkan dosa meskipun dari liang rambut.


*Jangan tanya kenapa masih ingat kat kau. Setiap hariku ada kenanganmu. sob sob sob


Monday, January 7, 2013

budak praktikal?

dikala ini

aku rasa nak terkam je budak dua orang ni. yang sorang ni, ikut selamba dia je nak buat macam mana. kertas bukan main tebal tapi guna stapler yang kecik. bila ditanya, kata tak jumpa stapler besar.
"la...nape tak tanya?"

yang sorang lagi ni pulak, lipat file ikut dan dia je. gelembung semacam. cuba la tengok file yang tersedia lipat yang ada kat almari. kan elok je dilipat. yang awak punye?hmmm....tengok pon rasa sakit hati. nak bagitahu, dah balik pulak.

bila disuruh sapu office, sebab nampak ada sampah, dia sapu je la. meja dia tak nak lap. padahal meja dia memang nampak la sangat cebisan kertas dan habuk. siap cap tangan banyak gila. lepas klien balik baru la perasan yang meja kaca tu sangat comot. alahai! takkan nak bagi tahu satu-satu. padahal bila tanya ada kerja ke tak, cepat jawab tak ada.
"kalau tak ada kerja, bagitau yang awak tak ada kerja"

aku bukan cerewet atau nak bandingbeza kan korang berdua dengan kami. dah sebulan lebih praktikal kat sini. faham-faham la sendiri.

tak ada kerja, buat la apa yang patut. dok main internet je. akak-akak ni pon berinternet gak dik! tapi, kerja buat juga lah. jangan sampai kena suruh.

dikala ini (masa tengah bengang + tak puas hati dengan budak praktikal)

junior aku masa sekolah dan uitm dulu wassap aku.

"kak, tak tahan la praktikal sini.
lagi sebulan je ni.
tak tahan cara staff treat budak praktikal.
jahat staff sini, naik geram dah. biased
diorang pandang budak laki je.
budak perempuan pandang sebelah mata.
kitorang bagai nak gila bekerja"

apa yang aku rasa?

entah la...senang-senang, kau je lah praktikal sini dik. biar budak laki dua orang ni praktikal kat tempat kau sekarang. pening akak ni!

ada masa, rasa cam nak cekik-cekik je diorang berdua ni.

takkan lah tiap kali nak tegur. kau dah besar dik. yang sorang ni lagi tua dari aku. tapi, dok panggil kak kat kami yang lagi muda dari kau. ikut la....penat dah rasa rimas dok berakak-akak ni.

dan tiap-tiap kali nak tunjukkan macam mana nak buat. padahal sebelum ni kan pernah buat.

bila suruh buat satu task, lebih 5 kali kau hantar kat akak. dan lebih 5 kali gak akak suruh betulkan. tengok dokumen tu betul-betul. jangan main taram je buatnya. bila tanya dah baca ke dokumen ni? dah tengok betul-betul? dengan konfiden kau jawab, "dah. dah baca dah."

haihh! rasa macam tak sabar je tunggu korang berdua habis praktikal kat tempat kitorang.

yang lagi buat aku ni rasa tak puas hati ialah kau yang seorang ni. jaranglah nak masuk sharo and on time! mentang-mentang la office ni tak ada punch card. kau budak praktikal lagi tau. dan kau kena ingat, bos yang suruh akak ni supervise kitorang. disiplin penting dik! tak sampai sebulan kau dah tunjukkan ketidakdisiplinan kau itu. haihh!

bila kak kata kau lambat, kau kata "berapa minit je. tak la lambat sampai setengah jam macam hari itu"

haihh! kau buat akak tak tau nak kata apa. dah la mc tak bagi tahu, bagi tahu kat kawan sama praktikal kau ni saja mana boleh,. dan dia yang sampaikan kat aku. kau kena bagitau sendiri kat aku yang kau ni mc. dan lagi sepatutnya kau bagi tahu kat bos.

rasa angin je la ngan kau berdua ni. sakit kepala akak. dok pi betulkan korang punya kerja.
haihh!

Friday, January 4, 2013

hai hai 2013, bye bye 2012


sudah 4 hari bertemu tahun yang baru. mengucapkan selamat tinggal pada 2012. banyak kenangan terpahat sepanjang 2012. kenangan tak pernah mati. sentiasa hidup untuk diingati oleh mereka yang mahu mengingati. kenangan pahit jangan terus dibuang, manakala yang manis jangan terus disimpan. keduanya ada kebaikan untuk diinsafi.

azam tahun baru. generally, ingin menjadi lebih baik dari tahun lepas. specifically, ingin tunaikan apa yang tidak tertunai pada tahun 2012. ada 3. antaranya, nak belajar menjahit baju. sampai sekarang tak belajar. pernah beli buku 'cara mudah jahit baju kurung'. tengok gambar memang mudah. try buat, hampeh. tak ada mesin jahit kat rumah. ok, alasan!

"dalam sunnah ada kejayaan". jadinya, mahu untuk menambahkan amalan sunnah dalam kehidupan seharian. mudah tapi selalu diambil mudah. antaranya:

keluar rumah kaki kanan sambil berdoa.

bismillahi tawakkaltu 'alallah. (dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah.

naik kenderaan kaki kanan dan berdoa.

subhanallazi sakhkhorolona haza wa ma kunna lahu mukrinin, wa inna ila rabbina lamunkalibun. (maha suci Allah yang memudahkan kenderaan ini untuk kami sedangkan kami tidak ada kekuatan untuk mengendalikannya dan sesungguhnya  kami pasti akan kembali kepada Tuhan kami).

naik motor kaki kanan dulu, biasa. tapi naik kereta kaki kanan dulu, macam tak biasa.
jadi apa kata, biasakan yang betul, betulkan yang biasa. bijen m. ada tunjukkan kat sini.

masuk tandas kaki kiri, keluar tandas kaki kanan dan membaca doa. 

masa final exam sem berapa entah, aku dan kawan aku dapat tempat duduk berdekatan dengan toilet perpustakaan menara uitm (PTAR 1).

dek kerana bosan yang teramat menelaah buku, kami buat survey dalam tempoh tertentu bandingkan bilangan lelaki dan perempuan yang masuk tandas. 

tetapi, aku tak survey berapa ramai laki, berapa ramai perempuan. hasil survey aku, nisbah orang yang masuk tandas kaki kiri keluar tandas kaki kanan adalah sangat sedikit berbanding sebaliknya.

dalam golongan yang sedikit tu, tak tahu lah berapa ramai yang kebetulan melangkah masuk memang kaki kiri dulu. dan aku tak nampak mulut mereka terkumat kamit membaca doa. ok, aku sangka baik. diorang baca dalam hati.

hasil survey kawan aku pulak, perempuan lagi kerap ke tandas. munasabah! sebab dalam PTAR 1 tu, memang ramai student perempuan berbanding lelaki. dan sangat munasabah! dalam fakulti akaun dan fakulti-fakulti lain lagi ramai student perempuan kecuali fakulti engineering.

sebelum tidur, ambil wudhu' baca al mulk dan doa sebelum tidur.dan sebelum tu, buat solat witir. 

"kalau kita tahu, dalam selimut ada ular, nak ke kita tidur? " jawapan aku, nak je tidur, cari katil lain atau tak payah berselimut.

ok, aku gurau! mestilah tak mahu. jadinya, nabi kata dalam kubur ada ular. baca lah al-mulk sebelum tidur supaya kubur kita terang dan tak ada ular.

kalau dah mengantuk atau tak larat sangat macam mana? minta tolong partner, roomate, soulmate bacakan dan kita dengar je. tapi, tak sama kan? orang yang makan dan tengok orang makan.

baca doa sebelum makan dan selepas makan

err, kita cuba ye. walaupun time tu teramat la lapar dan haus. baca bismillah pon kadang tak habis terus bedal.

dan walaupun baca dalam hati tanpa menadah tangan macam kita selalu buat masa tadika dulu-dulu.

masuk rumah kaki kanan, dan beri salam. 

walaupun kat rumah tak ada orang. have faith! berlarilah syaitan yang menyendeng kita nak masuk rumah untuk memporak peranda kan ahli-ahli rumah.

sentiasa dalam keadaan berwudhu'

orang beriman akan resah bila wudhu' terbatal. awal tahun lepas, ada seorang pocik sarankan aku cuba untuk amalkan selama 40 hari. Insya Allah nanti terbiasa.

sebenarnya banyak lagi. rujuklah ustaz atau kitab hadis tentang sunnah. oh, baru teringat satu benda. Nabi sangat suka bila dapat hadiah minyak wangi. dan nabi suka memakai wangian.

tetapi, wanita harus ingat. bila berwangian dan melalui sekumpulan lelaki dan mereka menghidu wangian dari tubuh wanita itu, dia berdosa seperti berzina dengan sekumpulan lelaki itu.

"tapi, kalau pakai untuk bau sendiri boleh kan?" kau punya hidung, mereka juga punya hidung. 

semalam pergi avon, budak avon tu dok promote je perfume yang tengah sale. aku memang suka beli perfume, yang baunya macam manis-manis. ada sorang tu pernah kata kat aku, bau "geram". keh keh keh

tapi, hidung masing-masing kan. 

ada yang kata bodyshop strawbery "sedap baunya", ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "memang wangi! tapi, mahal. mampu beli time sale je"

ada yang kata hugo boss "wangi dan lembut". ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "sangat wangi! pon mahal gak. beli yang sebotol kecik RM10 je pon ok kan."

ada yang kata far away avon "wangi". ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". 
tapi, aku kata "biasa je! nyesal beli. nasib baik masa tu tengah murah gila-gila"

ada yang kata sugar city rush avon "sedap baunya", ada yang kata "boleh la..". tapi, ada juga yang kata "tak sedap". aku kata "yang ni baru wangi! nak compare dengan far away tu. tapi, mahal sket"

ada satu perfume hugo boss polo no. 3 tak silap. aku pernah bau, perghhh!!! wangi sangat-sangat! tapi harganya buat aku fikir banyak kali sampai tak terfikir nak beli. tak sanggup nak spend RM150++ untuk sebotol perfume yang bertahan sebulan dua. 

********

ok, dah melalut ke perfume pulak kan. berwangian tu fitrah. dan fitrah manusia tak suka pada yang busyuk, kehpam, masyem, tengik, dan sebagainya. tapi, use wisely and follow the syara'. 

selamat mewangikan jasad, minda dan rohani. :)

semoga, hari yang mendatang mematangkan fikiran, menambahkan amal, dan meneguhkan taqwa.

salam....