Thursday, February 28, 2013

office

Assalamualaikum wbt

Semalam

Bos kata:

"fam, awak kena ready student practical tahun depan. Sebab tahun depan, bulan 6 dah puasa. Nanti boleh la gilir-gilir buka puasa kat rumah"

-erk! ayat bos macam kena buka puasa kat office je kan.

"eh, tahun depan puasa bulan 6?"

"tahun ni bulan 7 dah puasa. tahun depan bulan 6 dah puasa dah."

"saya dah hantar application request student practical ke uitm."

"ramai pon tak apa. kalau tak nanti tiap hari kena buka puasa kat office"

"kalau time tu bujang boleh lah bos...kalau dah tak bujang, letih la..."

"eh? ayat dalam tu"

"he he he...*smile*...mana lah tahu kan"

Memang ayat dalam bos. So, bos kena schedulise balik cuti untuk staff. Dah kena decide cuti kahwin berapa lama. Cuti bersalin berapa bulan. Dan cuti-cuti lain yang berkaitan.

Sebab masa mamat tu kahwin 2 thn lepas office kita tak kuatkuasakan lagi berapa hari cuti kahwin. Lagipun, mamat tu jarang sangat ambil cuti. Sampailah bila dia dah berumah tangga, tak jarang dah macam dulu masa bujang.

Sama lah ngan kami. Masa bujang ni memang jarang sangatlah nak cuti. Maksud aku, cuti saja-saja. Time bujang commitment tak banyak.

Err, kita merancang Allah yang menentukan kan? :)


**********************************

Hari ini

Office kami selalu dapat panggilan yang salah.

"fomema ke?"

"ini fomema shah alam ke?"



"hello! fomema?"

"bukan. salah number. kami audit firm"

 

Bila aku search kat google number telefon fomema shah alam yang beralamat di PKNS tu maka tak hairan orang selalu salah dail ke office kami.
 
03-55121128 
Fomema Shah Alam

Number telefon office kami hampir sama tapi tak serupa. Depan dan hujung sama dah. Tengah-tengah tak sama kedudukan number tu.


Wednesday, February 27, 2013

email

Hari ni, aku dapat email dari seorang klien. Sebelum ni, aku berurusan dengan seorang staff perempuan dia. Tapi, hari ni account manager dia email sendiri kat aku.


**************************

Dear Pankek Pandan,
Pls refer attached documents for your kind perusal and action.
Thank and regards.
Halif - Apple Pie
+6013-284xxxx
 
***************************

Buat aku tersenyum:)

Sebab?

Apple Pie

Macam perli je kan....macam tak tau nama aku....keh keh keh

Wednesday, February 20, 2013

praktikal lagi

Rentetan dari kedatangan yang agak lewat budak praktikal office ni, aku ada cerita dengan abang aku. Lalu, dia mencadangkan agar aku buat attendance sheet untuk 2 orang student ni. Walaupun office kami tak ada punch card. Aku kurang gemar dan tak suka untuk memberitahu bos tentang mereka berdua selagi bos tak tanya.

Kadang aku bermuhasabah. Mungkin betul la aku yang cerewet. Dan suka nak marah tak tentu hala. Adehh!    Pening gak bila fikir benda ni.

Tapi, bila start buat attendance sheet awal bulan 2 hari tu, cepat pulak dia datang. On time okehh! Attendance sheet di pegang oleh shida. Jadinya, waktu masuk dan balik harus menanda di attendance sheet masing-masing.

2 hari sebelum cuti raya cina, yang seorang tu MC 2 hari. Sakit mata katanya. Bila dia bagi  surat MC, aku sedikit musykil. Dengan MC yang agak lusuh dan tulisan tu adalah macam tulisan dia. Oh! Aku bersangka buruk. MC dari hospital klang. Aku tanya, kenapa jauh sangat pergi sampai klang? MC sebelum ni kat klinik shah alam. Katanya, dekat ngan rumah abang dia. Ok, aku bersangka baik. Dia tak cukup bajet nak pergi klinik. Tapi, masalahnya walaupun shah alam tak ada hospital,kan ada klinik kerajaan kat seksyen 7 nun. Dekat dengan rumah sewa dia. Sebab dia pu duduk kat seksyen 7. Aishh! Sedikit syak di hati aku

Minggu ni sorang lagi buat audit kat luar. Aku dah bagitahu siap2 kat sorang ni yang dah MC 3 hari yang dia tak boleh dah MC. Sebab sorang lagi tak ada.

Masalah aku sekarang ni yang sorang ni je. Yang MC dah 3 hari. Yang selalu masuk lambat sampai lah aku buat attendance sheet. Kesalahan lain aku boleh consider. Tapi, masalah disiplin agak peduli bagi aku. Sebab kau baru praktikal. Sepatutnya, disiplin sangat lah cemerlang. Berbeza yang seorang lagi bagi aku disiplin dia cemerlang. Datang awal dan ontime. Tak pernah lagi MC setakat ni. Good!

Hari ni, bos tak masuk lagi. Mamat tu pulak keluar sejak pagi ke office klien dengan sorang lagi student praktikal yang aku kata disiplin cemerlang. Turun lunch dengan shida nampak dia dengan kawan-kawan dia kat kedai makan yang sama. Lunch hour, kami kunci office. Dan student praktikal tak ada pegang kunci.

Lepas makan, masih lagi nampak dia. Shida pergi surau, aku naik atas. Dia tengah tunggu depan pintu office. Masa tu, pukul 1.50ptg. Zuhur masuk dalam 1.30.

"Awak dah solat ke?"

"Saya solat kat office."

"Solat kat office? kat mana?"

"Kat bilik meeting"

"Kenapa tak kat surau? Sebaik tempat solat lelaki adalah di....."

"surau"

"eh, macam mana awak solat kat bilik meeting? kan sempit. lagipun tak pernah nampak pun"

"saya alihkan kerusi. lagipun time kak keluar lunch kan kadang-kadang abang din ada. Bos pon ada"

"awak solat guna sejadah tak?"

"tak"

"office kita bukan buka kasut bila masuk. lantai kotor kot"

"kan saya selalu vacum"

"memangla. tapi kotor."

"kadang saya bawak sejadah kecil"

"lain kali jangan solat kat bilik meeting. Kalau time tu, klien datang macam mana?"

"kan waktu rehat. saya ambil sejadah eh?"

"ambil la. pastu pulang kan balik"

"kalau awak nak solat kat surau, pergi lah. saya bagi kelonggaran masuk lambat sikit"

***diam***

aku dan shida tak pernah lagi nampak dia bersolat di bilik meeting. Cuba bayang ye. Office aku ni, masuk je bilik pertama adalah bilik meeting. Tempat diorang memang kat bilik meeting sebab tak ada tempat lain dah kat office ni. Time klien ada datang, diorang move ke bilik mamat tu. Aku dan shida punya meja kat luar. Jadinya, kami memang nampak pergerakan keluar masuk office kami. Kalau nak keluar office, kami akan melalui bilik meeting.

Aku cuba untuk bersangka baik. Tapi, hampeh...tak ada sangkaan baik semua tu. Aku tertanya, dia ni solat zuhur ke tak?

Bilik meeting kecik weh. Dah la kiblat kat office ni menyenget. Bertambah musykil dalam hati aku.

Aku adalah manusia yang kadang sangkaan buruk menerpa dalam hati.

Bila bersoal jawab dengan dia tadi, agak tergagap dia nak menjawab.

Kalau sangkaan aku salah, ampuni ku Tuhan. Jika betul, ampuni ku Tuhan. Aku termasuk dalam golongan yang zalim.

Oh! Wahai Tuhan, jauhkan sangkaan buruk dalam hati aku. Kurnikan hidayah Mu kepada dia.

Akaun

salam...

Baru ingin menyapa setelah sunyi untuk beberapa seketika. Selepas pemergian ke kedah, muka aku hitam! oh no!!! Sangat sunburn...sob sob sob. Hasil penadahan muka di tasik jitra. 

Penat weh nak putihkan balik. err, maksudku penat nak kembalikan kepada yang asal. Walaupun tak seputih mana, tapi lagi cerah dari bob marley. 

Ok, betul tu! Yang penting hati putih. Kalau hati putih, muka akan jadi cerah dan bersinar. Huk huk huk

Selang seminggu kenduri di kedah, hadir ke kenduri ke rawang. Aku wish "Happy Chinese New Year" dengan jenakanya instead of "Selamat Pengantin Baru". Hehe...gurau je! sebab rasa macam pergi kenduri orang cina. Mungkin sebab mak mertua dia adalah mualaf cina. Dekorasi hiasan majlis perkahwinan dia lebih kepada budaya cina. Dia cantek!

Perasan sibuk sedikit. Siapkan akaun abang aku. oh! pening den. Jumaat lepas, habis waktu kerja pergi ke office abang kat subang jaya. Walaupun letih dan pening, sedikit terubat sebab abang kata:

"Nasib baik, kau ambil kos akaun. Kalau dulu kau masuk maktab, tak adalah siapa nak buat kan akaun aku"

Hehe...nasib baik kau puji tau! ikhlas terus nak buat akaun kau. Dulu, habis spm mak suruh aku isi borang maktab. Bukan mak je, abang yang sulung pon. Masa tu, sangatlah tak minat nak jadi cikgu. Aku buat alasan tak ada duit nak beli nombor pin kat BSN. Abang aku bagi duit. Tapi aku tak beli pon. Huhu...Betapa tak sukanya aku jadi cikgu masa tu.

"Nanti aku belanja kau makan eh."

"Eh, tak payah susah-susah. Bagi duit je. Hehe"

"Duit je kau fikir kan."

"Ha la...Duit boleh beli benda lain. "


Wednesday, February 13, 2013

Cinta Pantai Merdeka


ku ukir namamu di awan Gunung Jerai


disaksikan laut


daun nyiur melambai


jauh pandangan permai disitu Tanjung Dawai


Terkenang peristiwa cinta kita terurai...
Oh indahnya peristiwa....
Cinta kita di Pantai Merdeka



Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau dimana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

*************************************

Alhamdulillah...akhirnya! Dapat juga feeling lagu Cinta Pantai Merdeka di Pantai Merdeka, Kedah. keh keh keh

Dulu, masa kat Kolej Mara Kuala Nerang, kami dibahagikan beberapa kumpulan untuk melawat tempat-tempat rekreasi menarik di Kedah. Antara dua tempat yang aku ingat adalah Gunung Jerai dan Sungai Sedim. Aku sangat lah teringin nak pergi Gunung Jerai. Sebab nak tengok sendiri gunung tu. Kenal gunung tu melalui lagu tu. Tapi, aku dapat pergi ke Sungai Sedim. 

Akhirnya, setelah lebih 6 tahun aku berpeluang melihat keindahan Gunug Jerai tersebut. Bukan setakat gunung je, Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka pun dapat pergi juga. Alhamdulillah...minta satu, diberi tiga. Berbaloi dengan kesabaran menunggu lebih 6 tahun. 

Tapi, tak berjumpa dengan "cinta" disitu. hehe

Oh! cuti raya cina kali ini aku pergi ke utagha. Penang dan kedah. 1 malam di Penang, 3 malam di Kedah. Sampai demam-demam. Mengimbau kenangan lama  setelah lebih 6 tahun tak pernah lagi menjejakkan kaki di bumi Kedah yang pernah menyirami aku dengan memori indah. Kuala Nerang je tak pergi lagi. Tak dan. InsyaAllah bulan 5 nanti ada kenduri sahabat baik di Penang, cadangnya nak berjalan ke Kuala Nerang.

Aku rasa lebih serasi bila duduk di Kedah. Makcik kawan aku ingatkan aku ni orang Kedah. Loghat kedah tak susah sangat nak ikut. Mungkin sebab aku dan Lisa Surihani punya persamaan menyebabkan bila bertutur loghat kedah, ada bunyi kedahnya. Keh keh keh

Tapi, kadang aku mengambil masa yang lama untuk faham loghat kedah mama dan tok kawan aku. Lambat pikap sikit. Mungkin loghat yang agak pekat. hehe

Lalu pendang, teringat kat Anak Pendang.

Kedah best!

Wednesday, February 6, 2013

cengkodok cendawan

Hari ni MC. Bangun pagi tadi tengok bibir mungil gila. Terjongos semacam. Macam kena gigit dengan semut pon ada gak. Gusi bengkak. Effect eksiden awal tahun lepas.

Duduk rumah pon masih kena kerja. Ada satu job kena siapkan.

Tapi lagi stress hari ni. Sebab buat cengkodok tak jadi. Oh! Stress!! Cengkodok cendawan yang tak ada rupa langsung cengkodok. Baru last week buat, jadi cengkodoknye. Mungkin tak sama dengan orang tu punya cengkodok. Sms tanya resepi tak jawab pon. Huhu...

Yang minggu lepas lembut je cengkodoknye. Abang aku tak kata apa-apa, tapi dia yang habiskan. Dah faham pesen orang laki ni. Susah sangat nak dengar pujian. Tapi kalau makan bertambah sedap la tu. Keh keh keh.

Tadi teringin pulak nak buat. Same je buat macam minggu lepas. Dah buat tak jadi. Stress!!

Bukan rezeki aku. sob sob sob


Tuesday, February 5, 2013

mimpi

Assalamualaikum wbt

Dah masuk bulan kedua 2013. Perasan tak? Cepat sungguh masa berlalu. Hujung minggu yang lepas pergi satu course berbayar. Seronok dan bermanfaat. Rugi pula tak pergi awal-awal dulu. Bersama 3 orang sahabat baik. Hari ahad sampai pukul 2 je. Nak balik rumah kat puncak alam malas la pulak. So, lepak rumah shida.

Tapi, rugi pulak. Sebab mak datang rumah puncak alam balik dari kenduri kat cheras. Alahai...Lamanya tak jumpa mak. Dan Allah gerakkan hati ku untuk menghubungi 2 orang sahabat baik. Member Uitm dihatiku. kih kih kih. Dan tau tak apa yang diorang bagi tahu pada aku? Diorang nak pergi umrah. Alhamdulillah. Sorang baru berkahwin lepas raya tahun lepas, pergi dengan suami. Yang sorang lagi, masih single pergi dengan mak dan ayah dia. Oh! Teringin juga.....

Malam tadi mimpi aneh. Seolah aku berada di alam roh. Err, mimpi memang berada dalam roh kan. Huhu.... Aku mimpi berjumpa roh kak aku. Dalam mimpi tu kak aku dah meninggal. Hanya aku je yang boleh nampak dia. Dia kata mati tu sangat sakit. Sakit sangat. Aku sempat minta maaf pada dia.

"Aku minta maaf kat kau selama ni ye. Minta halal kat kau. Kau boleh maafkan aku tak walaupun kau dah tak ada?"

Itu antara yang aku ingat. Dan lagi satu:

"Anak mak tinggal 9 orang je"

Dalam mimpi tu 2 orang adik beradik aku termasuk kak aku yang aku kata tadi dah meninggal. Dan aku tak tahu siapa lagi seorang tu. Adakah aku?

Macam tak masuk akal je mimpi tu. Apakah itu? Tuhan je yang tahu. Aku terjaga pukul 4 lebih. Tertidur balik. Erk, bukan TER sebenarnya. Dan bangun lagi pukul 5 lebih. Berkira nak bangun sekarang atau nanti. Tiba-tiba teringat kata-kata ustaz kat tanyalah ustaz pagi semalam(isnin):

"Kalau bangun pagi, jangan berfikir nak bangun atau tak. Sebab nanti pasti akan tidur balik. Kalau dah bangun, terus je bangun."

Terus aku bangun.

Aku ada 5 orang kakak. Mimpi aku malam tadi adalah kak aku atas aku. Sampai sekarang masih teringat-ingat mimpi tu. Dan perasan sesuatu, sejak akhir-akhir ni mata kiri asyik bergerak-gerak. Kata orang nak nangis. Moga-moga umur kak aku tu panjang. Aku akui, aku banyak dosa pada dia. Sejak kecil, aku selalu layan dia macam dia adalah adik aku.

Mungkin sebab jarak kami rapat. Dan aku selalu jeles dengan dia. Dia jarang kena marah dengan mak berbanding aku. Dia yang rajin, sedang aku tak. Dia yang selalu aku rasa dapat lebih berbanding aku yang selalu tak dapat. Dia yang bila aku dan dia ada di rumah, aku rasa mak lebih tertumpu pada dia. Sebab tu kadang aku jadi pasif bila aku balik kampung, dia pun ada.

Sampai kini, aku rasa aku lah mimpi ngeri dia sebab ada adik macam aku. Sebab aku selalu rasa kata-kata dia menyakitkan aku. Apa-apa tentang dia kadang buat aku menyampah. Dah besar sikit sekarang ni rasa kurang. Dan aku pun jarang berjumpa dia. Cuti dia tak sama dengan aku. Kerja dia pun tak sama dengan aku.

Walau apapun, dia kakak aku. Aku sayang dia. Ego aku yang kadang menjadi tembok  antara kami. Bila dia minta tolong pada ku, ketahuilah walaupun perkataan aku agak kasar sebenarnya aku suka bila dia meminta tolong pada aku.

Dan satu keluarga tahu yang aku tak berapa ngam dengan dia. Sampaikan satu hari, aku tengah borak-borak dengan dia, abang aku tegur:

"eh, mesranya dua beradik ni"

Kepada kakak, maafkan aku atas semua kekasaran ku. Aku bukan seorang adik yang baik untuk kau. Kau memang layak mendapat kasih sayang lebih dari mak berbanding aku sebab kau anak mendengar kata berbanding aku. Kau mudah menunjukkan rasa sayang kau pada mak berbanding aku. Kau lebih berlembut dengan mak berbanding aku. Kau lebih lama duduk dengan mak berbanding aku. Sebab kau tak pernah duduk asrama masa sekolah menengah berbanding aku. Sebab kau tak pernah belajar luar selangor berbanding aku.

Hakikatnya, kau memang layak untuk semua itu.

Bila tengok balik gambar lama, aku perasan yang aku gambar terakhir kami bergambar hanya berdua adalah ketika umur aku dalam 4 tahun, dan dia 6 tahun.

oh! aku menangis sekarang.