Friday, March 29, 2013

kematian

Assalamualaikum wbt

Hari rabu yang lepas ada 2 berita kematian. Adik kawan baik uitm dan mak kawan baik sekolah menengah.

Nanti aku cerita.

Wednesday, March 27, 2013

berani kerana benar kan?

tetapi, kenapa aku masih takut?
jiwa aku gabra

aku tak buat salah besar
cuma tersilap sangka yang aku dah bayar
duit tak luak pun
aku tak ambil walau sesen

tapi tittew masih tatottt....
ah sudah!

Monday, March 25, 2013

kondangan

Assalamualaikum wbt

Hari jumaat yang lepas aku off. Balik kampung sebab jiran sebelah nak kahwin on saturday. Tapi aku pergi rumah dia jumaat petang sebab anak-anak buah ada di kampung. Dan aku kena ambil anak buah yang sorang tu dari sekolah. So, mak tak kelam kabut nak balik awal dari rewang @ sinoman @ gotong royong.

Masa pergi rumah dia aku segan sangat. Segan sebab aku tak pernah lagi jumpa adik beradik dia lepas aku habis darjah 6. 13 tahun yang lepas. Menunduk pandangan habis. Lagi-lagi bila berselisih dengan abang dia. Bukan apa, aku malu sangat sebenarnya. Dulu masa kecil-kecilan dan hingusan, selalu main-main dengan jiran-jiran aku ni. Baling selipar la paling aku ingat. Ada sorang abang dia ni agak cengil. Hehe. Bila main balik selipar kalau dapat kat dia selipar tu, dia akan pukul sekuat hati dia. Aku selalu nangis kalau aku yang terkena. Sakit kot.

Tapi, sekarang tegur macam macam tu je. Tapi, aku masih kenal diorang. Walaupun usia semakin meningkat.

Aku: Eh, ni kak ma'ah kan?
Dia: Ni siapa ye?
Aku: Fauzeah..kenal lagi tak? rumah sebelah
Dia: Fauzeah???
Aku: Dila...ingat?
Dia: Owh...Dila....ingat-ingat....

Ada orang kenal aku dengan nama dila. Memang menggamit memori. Dah lama orang tak panggil aku dengan nama tu.

Dan aku ni memang la tak kenal orang kampung sangat. Orang kampung je kenal aku sebab muka aku sama macam bapak aku. Tak payah bagitahu siapa aku diorang dah tahu aku anak siapa.

Yang paling meruntun jiwa aku, ada seorang makcik ni lepas dia salam pengantin, dia salam dan peluk aku sambil berkata:

"wak doakan kau cepat bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik"

Terkesima kejap! Eh, wak ni macam tahu je aku tak kahwin lagi. Sob sob sob

Aku dapat rasakan yang aku akan enjoy dengan majlis kahwin jiran sebelah aku. Sebab tu aku off jumaat tu. Aku berpeluang menjalin hubungan silaturrahim semula dengan jiran-jiran aku yang lama aku tak jumpa. Sambil-sambil mengingati kenangan lama yang menggamit jiwa.

Dulu masa zaman kanak-kanak aku kawasan kejiranan aku sangat meriah. Sebab kami lebih kurang umur. Jadi, kami membesar bersama dan bermain bersama. Jiran aku yang kahwin tu lah bestfriend aku. Dia tua setahun dari aku. Kalau basikal bocor, dia lah yang aku tumpang. Sebab rumah kami ni kat lorong paling hujung. Dia lah yang terdekat dengan aku.

Masa kenduri tu, ada pasang lagu jawa. Balik rumah, gigih aku cari kat youtube. Sebab lagu tu sangat best dan lucu. Orang jawa je kot yang faham. Ngeh Ngeh Ngeh



Aku tanya mak, apa maksud sinoman sebab aku tak pernah dengar. Mak kata maksudnya rewang. Sebab jawa kat malaysia ni ada dua. Jawa ponorogo ngan ape ntah satu lagi. Kami jowo ponorogo. Hehe

Thursday, March 14, 2013

puding roti nani rostam

Assalamualaikum wbt

Blog ni dah jadi macam pasemboq bercampoq adoq. hehe

Kak aku yang aku tumpang rumah dia sekarang pernah request kat aku buat puding roti. Sebab aku tak berapa minat, aku tak buat dengan segeranya. Tapi, satu hari aku rasa teringin pula nak makan. Dari dulu memang berkenan dengn resepi kak nani, tapi tak terbuat je. 

tadaaa!!









resepinya senang dan mudah dari kak nani rostam :


Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb 

Cara-caranya:
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.
Cara-caranya.
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.


Tapi, aku tak letak pun serbuk kayu manis sebab aku mencari tak ada. Aku rasa pernah beli dulu sebab masa tu teringin nak buat kek lobak. Tapi mana entah letak atau memang tak pernah beli. Kak aku kata tak payah letak pun tak apa sebab tak sedap dan dia tak suka. 

Brown sugar pun tak letak sebab aku rasa dah manis sangat. 

Sebenarnya aku lupa yang whipping cream tu dah siap gula. Lepas tu, pi ikot resepi tu sebijik-sebijik letak gula secawan. Jadi, manis ya amat! Dan resepi ni dapat banyak tau. 2 loyang. Lepas ni boleh buat separuh je dari resepi asal. Roti pulak aku dok habiskan yang kat dapur. Sabtu lepas beli roti konon nak buat aiskrim goreng lagi. Sudahnya, tak jadi sebab aiskrim dah diserbu dengan anak-anak buah.

Yang sos krim, aku tambah tepung kastad sebab tepung jagung tinggal sedikit. Dok panaskan sos krim tu tak likat-likat, macam air susu je. Jadinya tambah tepung kastad. Tak la jadi sos krim namanya, jadi sos kastad. Tapi, sedap okeh.

Kak aku bawa pergi sekolah, kawan-kawan dia kata sedap. Ngeh ngeh ngeh. Resepi kak nani memang sedap-sedap belaka. Alhamdulillah, Allah yang bagi sedap.

Mixer kat rumah tu dah rosak. Mixer kakak aku. Hadiah kahwin dia. Dia kahwin tahun 2003. Dia tak pernah sentuh mixer tu. Sampailah aku yang merasmikannya pada tahun 2010 iaitu start aku duduk rumah dia. Tahun 2013 rosak pulak. Huhu....Heavy duty. Tu yang cepat rosak. Macam-macam kek dan kuih muih aku buat dengan jasa mixer tu. Dan macam-macam kek dan kuih muih juga lah yang tak jadi. Kalau yang jadi, berkali-kali aku buat. Kalau tak jadi, hmmm....beli je lah kat kedai kalau nak makan.

Oleh kerana dah rosak, aku jarang sangat buat kuih atau kek. Tak larat nak guna hand whisk. Cumanya puding roti tu aku guna blender. Tapi sebelum tuang kat roti kena buang dulu buih-buih. 


Tuesday, March 12, 2013

orang rumah?

"Kenapa bawak helmet? Selama ni tak pernah nampak pun?"

"orang rumah punya..ngeh ngeh"

"eh, awak dah kahwin ke?"

"eh? tak ada la. belum lagi. kesian kat dia. orang sabah. praktikal kat seksyen 9. jadinya saya lah bawak kan"

"ha? tak paham lah...housemate ke?"

"eh, tak ada lah. orang rumah."

"tak faham...awak dah kahwin ke? belum kan? orang rumah tu maksudnya isteri kan?"

(menyengih)

"hati-hati...laki perempuan tak boleh bersentuh. lagi-lagi kalau naik motor. kecuali kalau ada tembok besi kat tengah-tengah tu. tapi, mustahil la pulak kan ada tembok besi kat motor awak tu."

"ok kak..."

***************

hmm...moga-moga Allah bagi hidayat kat kau.

tak berapa berkenan dengan word "orang rumah" dia tu. kalau "bakal orang rumah" boleh lagi terima. sebab bagi aku word "orang rumah" terlalu istimewa dan tinggi kedudukannya sebab punya ikatan yang halal.

sambung belajar

Ada gusar dihati. Jauh di lubuk hati rasa sedih dan bersalah. Setiap dari kita punya wawasan dan matlamat yang ingin dituju dalam hidup. Matlamat utama sudah tentu ingin menggapai redha Ilahi. Namun manusia adakalanya terlalai dan alpa. Bila ada yang 'mengetuk' baru tersedar kembali. Dan kemudian lupa dan alpa semula, 'diketuk' lagi lalu beringat semula. Itulah kitaran yang sentiasa terjadi dan berlaku. 

Sejauh mana pun matlamat yang kita rancang untuk kehidupan kita, Allah tetap ada untuk menjadi Penentu adakah ianya akan tercapai ataupun tidak. Tidak tercapai nya hasrat kita itu bukan bermaksud tiada keadilan untuk kita, tapi semua yang bakal berlaku adalah rencana dari Nya yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib. Harus diingat bahawa masa hadapan bukanlah milik kita. 

Semakin hari semakin dekat menuju kematian. Semakin hampir saat bertemu dengan Tuhan. Dan semakin banyak juga lah pahala yang kita kumpulkan. Mungkin juga semakin banyak dosa yang membebani setiap urat saraf nadi kita.

Apa yang sudah berlaku biarlah ianya berlalu. Ambil iktibar atas perkara yang lepas. Cukup untuk mengenanginya agar menjadi memori dalam kanvas kehidupan. Bukan untuk disesali tidak sudah-sudah. Masa adalah satu proses merawat.

Setinggi mana pun sayangnya kita pada dia, tetap tidak akan menjamin berapa lama kita akan kekal bersama dia. Satu hari, kita perlu meninggalkan dia atau dia akan meninggalkan. Kita perlu tinggalkan dia untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Kita perlu mengorbankan perasaan kita untuk terus memiliki dia. Sakit rasa pengorbanan itu hanya Tuhan yang mampu menyembuhnya. Sakit manapun tetap tidak akan menandingi sakitnya pengorbanan Nabi Ibrahim. 

Kadang terlalu ego dalam mengakui kesalahan itu. Mungkin sejarah lampau kita dididik dengan kekerasan berbanding kelembutan. Hingga kita rasa kekerasan yang akan mengubah diri kita pada lebih baik. Namun hakikatnya tak semua orang boleh terima kekerasan tersebut.

Yang sudah berlalu biarkanlah ia. Sekarang adalah masa kita membetulkan cara didikan mereka yang terdahulu. Bahawa kelembutan dan kesabaran juga yang terbaik. Namun tetap ada batasnya dan kena pada caranya.

Apapun yang berlaku, takdir kita tak sama dengan mereka. Tapi, matlamat hidup kita sama seperti dengan yang lain. Cuma cara menuju matlamat itu tak semestinya perlu sama. Ada orang dengan kemiskinan dan kekurangan membuat dia semakin dekat dengan Tuhan. Malah, ada juga dengan kemewahan yang dimiliki menyebabkan dia menjadi hamba yang paling disayang Tuhan.

Dalam menuju Tuhan, bukan seindah bayangan mata. Hati yang benar-benar punya iman yang kukuh berjaya mengharungi semuanya.


**********

Tiba-tiba keinginan untuk sambung belajar menerpa. Dan tiba-tiba rasa sedih untuk meninggalkan apa yang aku punya sekarang. (Walaupun, application tak hantar pun lagi dan entah dapat atau tak. Namun, emo terlebih...sob sob sob)

Nak sambung belajar bukan untuk mendapat kan title master semata, tapi teringin dan rindu sangat nak menuntut ilmu secara formal. Mendengar pandangan dari lecturer directly. Lecturer atau cikgu banyak cerita tau! Pengalaman mereka punya banyak hikmah.

One of the main reason aku mengajar tusyen adalah sebab aku nak bercerita dengan students. Dan aku boleh tahu cerita mereka. Student aku ada 3 orang je pun. Tapi, mereka sangat bagus! Sebab mereka ada usaha untuk mencari ilmu tambahan untuk akaun dan ekonomi. Dengan alasan mereka tak faham apa yang diajar oleh cikgu disekolah. Cikgu akaun mengajar akaun membaca je...dan mereka tak faham.

Cerita yang sama dengan students last year. Tapi, aku selalu mengingatkan jangan cari kesalahan orang lain. Cari kesalahan sendiri. Sangat tak bagus untuk membiarkan mereka terus menerus menyalahkan cikgu. Keberkatan itu penting.

Aku mula mengajar mereka awal tahun hari tu. Dan mereka baru dapat result untuk first test iaitu soalan dari tajuk form 4. Sekarang aku memang mengajar topik form 4 dulu sebab bagi aku mereka perlu kukuh dengan asas perakaunan terlebih dahulu.

Nak tau tak berapa markah mereka? 52, 62 dan 80!!! Alhamdulillah. yang 52 dan 62 tu perempuan.  yang 80 pulak lelaki. Mereka agak sedih sebab markah tu sikit. Bila aku tanya:

"tahun lepas berapa paling banyak dapat markah akaun?"

"selalu failed cikgu. Kalau lulus pun cukup makan je"

"ok la tu! perubahan markah yang sangat ketara."

"tapi cikgu, saiful highest mark among student akaun."

"serious?"

"saiful memang pandai cikgu"

"mungkin dia memang pandai. tapi cikgu yakin dia pasti rajin. tak apa, syukur dengan markah kamu sekarang. ada lagi 8 bulan lagi sebelum spm."

Alhamdulillah. Students aku memang rajin. Yang perempuan dua orang tu memang rajin, cuma mungkin kadang lambat sikit nak menangkap. Berbanding dengan yang lelaki seorang tu cepat faham. Betullah lelaki ada 9 akal. Hehe...