Thursday, March 14, 2013

puding roti nani rostam

Assalamualaikum wbt

Blog ni dah jadi macam pasemboq bercampoq adoq. hehe

Kak aku yang aku tumpang rumah dia sekarang pernah request kat aku buat puding roti. Sebab aku tak berapa minat, aku tak buat dengan segeranya. Tapi, satu hari aku rasa teringin pula nak makan. Dari dulu memang berkenan dengn resepi kak nani, tapi tak terbuat je. 

tadaaa!!









resepinya senang dan mudah dari kak nani rostam :


Bahan-bahan :-

Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.

Susu full cream 2 cawan
whipping cream 2 cawan
gula 1 cawan
telur 6 biji
esen vanila 1tsb
butter 4 tsb
kismis-agak2
serbuk kayu manis.1tsb 

Cara-caranya:
Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.
Cara-caranya.
Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan.


Tapi, aku tak letak pun serbuk kayu manis sebab aku mencari tak ada. Aku rasa pernah beli dulu sebab masa tu teringin nak buat kek lobak. Tapi mana entah letak atau memang tak pernah beli. Kak aku kata tak payah letak pun tak apa sebab tak sedap dan dia tak suka. 

Brown sugar pun tak letak sebab aku rasa dah manis sangat. 

Sebenarnya aku lupa yang whipping cream tu dah siap gula. Lepas tu, pi ikot resepi tu sebijik-sebijik letak gula secawan. Jadi, manis ya amat! Dan resepi ni dapat banyak tau. 2 loyang. Lepas ni boleh buat separuh je dari resepi asal. Roti pulak aku dok habiskan yang kat dapur. Sabtu lepas beli roti konon nak buat aiskrim goreng lagi. Sudahnya, tak jadi sebab aiskrim dah diserbu dengan anak-anak buah.

Yang sos krim, aku tambah tepung kastad sebab tepung jagung tinggal sedikit. Dok panaskan sos krim tu tak likat-likat, macam air susu je. Jadinya tambah tepung kastad. Tak la jadi sos krim namanya, jadi sos kastad. Tapi, sedap okeh.

Kak aku bawa pergi sekolah, kawan-kawan dia kata sedap. Ngeh ngeh ngeh. Resepi kak nani memang sedap-sedap belaka. Alhamdulillah, Allah yang bagi sedap.

Mixer kat rumah tu dah rosak. Mixer kakak aku. Hadiah kahwin dia. Dia kahwin tahun 2003. Dia tak pernah sentuh mixer tu. Sampailah aku yang merasmikannya pada tahun 2010 iaitu start aku duduk rumah dia. Tahun 2013 rosak pulak. Huhu....Heavy duty. Tu yang cepat rosak. Macam-macam kek dan kuih muih aku buat dengan jasa mixer tu. Dan macam-macam kek dan kuih muih juga lah yang tak jadi. Kalau yang jadi, berkali-kali aku buat. Kalau tak jadi, hmmm....beli je lah kat kedai kalau nak makan.

Oleh kerana dah rosak, aku jarang sangat buat kuih atau kek. Tak larat nak guna hand whisk. Cumanya puding roti tu aku guna blender. Tapi sebelum tuang kat roti kena buang dulu buih-buih. 


No comments: