Friday, April 26, 2013

Kenduri dan Lee Min Ho

Assalamualaikum wbt

Banyak yang berlaku sejak kebelakangan ni.

Satu

BFF aku kahwin. Teruja ok! Sebab suami dia pun kawan kami. BFF masa kat KMKN ada 3 orang. Aku, dia dan dia. Dia dah lepas. Dia yang sorang lagi bulan 9 ni. Happy sangat! Alhamdulillah. Yang baru kahwin ni pun KMKN juga, tapi dia sambung uitm kos FTMSK. Tapi suami dia sama dengan aku. Jadi, betapa meriahnya masa kenduri tu sebab jumpa kawan-kawan matriks dan uitm dengan serentak.


Aku sayang sangat dia dan dia. Mereka sentiasa ada untuk aku. Mereka kawan dengan aku dan terima aku apa adanya aku. Syukur Alhamdulillah. Aku bertuah kerna adanya mereka dalam hidup aku.


Dua

Kami baru dapat klien baru. Korean. First dapat tau nama dia, aku terkejut. Nama dia macam Lee Min Ho. Adakah aku bermimpi? Aku tak dapat bayangkan kalau dia datang office aku.


Bila aku dapat email passport dia. Oh tidak! bukan Lee Min Ho. Tapi, Lee Min Woo. Pakcik LMW dah nak separuh abad. Huhu

Aku dah lama tak layan cerita korea. Zaman belajar dulu, jangan kata lah. Layan gak walaupun tak layan habis. Cerita korea ni kena tengok dan hadap PC. Sekali tengok, memang menghadap je la. Bila dah kerja ni, memang tak layan. Masa tak ada. Mungkin juga kerna penambahan umur. Usia remaja dah ditinggalkan. Sekarang, dah dewasa. Erk!

Tadi, masa jumpa pakcik LMW ni, aku tak banyak cakap. Sebab aku malu. Dan sebab aku tak biasa. Aku paham dia kata apa. Tapi lebih selesa mendiamkan diri. Sebab sorang lagi client yang aku jumpa ni, peramah sangat. Aku hanyak banyak mendiamkan diri. Dah la bukan jumpa kat office. Kami jumpa kat restoran kat tesco. Lagi la ai ols malu. Bos ada hal kat luar, jadinya aku yang kena jumpa diorang untuk proses tanda tangan.

Akak ni pun lebih kurang sebaya dengan pakcik LMW. Dah bersembang dengan golongan senior ni, perbualan banyak ke arah cerita dan pengajaran. 

Pakcik LMW kata, kat korea muka hampir sama je. Tak dapat bezakan sangat antara korean atau bukan. Dia kata, andai kitorang tak pakai tudung pun, nampak macam sama macam korean. Dan dia kata aku lagi nampak ke'korea'an aku. 
What? Aku? Muka ai ni muka jawa la pakcik LMW. Mata ai tak sepet macam uols. Keh keh keh

Dia kata, now a days ramai korean buat plastic surgery.

Apa-apa je lah pakcik.

Sebelum balik, Kak Has kata:

"Ada sorang ustaz ni kata, dalam hidup ni perkara paling ikhlas yang manusia buat adalah TIDUR!"

Yazzza....ai ols setuju sangat:)

Thursday, April 11, 2013

golongan yang dilaknat kerana arak

Assalamualaikum wbt

Aku ada satu kemusykilan yang amat berat bagi aku. Melibatkan hukum agama. Melibatkan halal haram. Dan paling dasyat ianya melibatkan dosa besar yakni golongan yang dilaknat oleh Allah kerana arak. Aku ada utarakan soalan ni ke beberapa orang yang aku percaya dengan ilmu agama yang dia ada.

Yang ni aku copy paste dari soalan aku kat hamka.

Salam...

Bro, aku nak tanya satu soalan yang tak ada kaitan dengan entry ni.

Kerja aku adalah membuat akaun, kerja-kerja pengauditan klien kami. Dalam masa yang sama, aku buat secretary. Iaitu jadi assistant bos aku sebagai company secretary. 

Dimana dalam akta syarikat, syarikat sdn bhd yang ditubuhkan wajib lantik company secretary untuk menyimpan register book, minutes book dan lain-lain perkhidmatan.

Tujuan aku explain,dengan harapan kau dapat faham dan bayangkan kerja aku.

Baru-baru ni, bos aku dapat klien seorang mamat cina. Bila aku dapat fail secretary dia, barulah aku tahu yang company mamat cina ni buat perniagaan restaurant dan bar. Dimana aku syak yang bar dia ada jual arak.

Katakanlah yang syak aku tu betul dia jual arak, aku berdosa tak?
Aku, kawan2 office dan bos termasuk tak dalam 10 golongan arak yang dilaknat?

Kami dibayar atas perkhidmatan kami.

Thanks bro...


Jawapan-jawapan:

1- Dari Hamka

ni bab hokum hakam, perlu kajian dan hujah mendalam dari ustaz yang hikmah dan ikhlas…
Pendapat aku, kau teruskan kerja dengan cemerlang di sana dengan niat dakwah, disamping yang sama cuba bertanya kepada 10 orang ustaz, ambik masa beberapa tahun pun takpe dengan niat belajar, dari jawapan ustaz2 tadi, akan ada yang pro dan kontra, Tanya lagi sehingga kau sendiri khatam dengan ilmu itu, akhirnya dengan hati kau yang suci, buatlah keputusan dan ijtihad terhadap ilmu kau yang dah khtam berdasarkan pendapat ustaz ustaz yang hikmah dan ikhlas tadi wallahu’lam.

2- Dari Ustaz Adib (JAIS)

Bekerja dan terima gaji daripada syarikat yang saudari kerja hukumnya harus dan halal sebab saudari tidak terlibat secara terus menerima upah daripada syarikat yang haram. Wang daripada syarikat saudari adalah wang yang bercampur-campur antara haram dan halal. So, saudari bekerja di syarikat yang halal. Jadi, tak ada masalah

Nak kongsi dari UZAR. Hujah dia pun mantap.

Tadi, dokumen dia dah di ambil. Budak praktikal tu kata, company tu buat business pub. Sohih! ada arak di jual.

Aku mencari lagi 8 orang ustaz. 

Dan aku mencari "seorang ustaz" untuk aku tanya soalan-soalan lain pula. hehe

Friday, April 5, 2013

tak suke tak suke

Walau tinggi mana pun respect kita pada orang tu, ada sesetengah perkara yang kita memang tak setuju dengan sikap dia.

Betul la...kita tak boleh terlalu suka dekat sesuatu atau seseorang. Nanti kita akan menjadi terlalu membenci atau tidak menyukainya.

Islam memang mengajar kita sentiasa bersederhana. Tetapi, aku je yang selalu melebih dalam sesuatu.

Aku terlalu mempertahankan hak seseorang. Tapi, dia tidak ambil endah. Every single cent kena dikira. Bukan kita punya, means bukan hak kita.

Kenapa dia begitu? Kenapa? dan kenapa?

Off!!

*******************

Dan aku tengah membuak kemarahan dengan kebencian serta kemenyampahan. Huh! Setiap apa yang dia buat buat aku jengkel. Kesalahan yang bagi aku sukar untuk aku terima dia membuat salah sedemikian rupa. Salah yang sepatutnya dia tak perlu buat salah pun.

Apapun dia buat, aku benci!!!!!!

Done!!

smart lock

 Assalamualaikum

Tak tahu lah masih ada yang membaca blog aku ni atau tak ada langsung. Aku decide nak tukar url ni dah lama. antikapelsedunia.blogspot.com tinggal kenangan. Now, is pankekpandan.blogspot.com.

Kebelakangan ni kerja agak bertimbun. Ok, kerja memang tak pernah habis. Dah nak hampir ke bulan 6 ni makin busy la orang-orang yang buat kerja akaun, audit, tax dan secretary.

Semalam,

Aku : Err, caps lock kat mana eh? kat awak eh?
Mamat : Caps lock?
Aku : Ha'a. Caps lock. Saya nak buat akaun ni.
Mamat : Ke smart lock?
Aku : Eh? ye! smart lock. Caps lock nak buat huruf besar.
ini adalah caps lock.


ini pulak smart lock yang aku maksudkan tu.


cakap pun dah tak betul.