Friday, May 31, 2013

Bilakah aku?

Salam Jumaat:)

Minggu ni sunyi sungguh. Terasa sedikit diam.

Kak dan anak-anak dia balik kampung. Aku balik rumah disambut dengan rumah yang gelap gelita. Sunyi sepi. Sampai tanganku tercepit dengan pagar rumah. Berdarah sedikit, berdenyut banyak. Minggu ni aku balik malam. Banyak malam dari kesiangan. Waktu macam ni peak period untuk audit firm. Stress! Sampai kebiasaan jadi luar biasa. Apakah?

Oleh kerana hujung bulan, hari-hari aku masak. Cuma untuk 2 hari yang terawal masak nasi saja. Dok perangat lauk dari kampung. Masak megi. Dan semalam teringin makan udang goreng kunyit. Beli 12 ekor udang berharga RM4.30. Mahal sungguh. Kak aku tak makan udang. So, aku hanya masak udang bila dia tiada di rumah dia.

Office pun sunyi. Semalam keseorangan. Bercelaru. Bos MC 2 hari. Shidah cuti 2 hari. Mamat tu halfday 2 hari. Semalam semua pergi office client. Tinggal aku seorang menjawab panggilan telefon yang tiada henti yang bukannya di tempat aku. Kerja pula bertalu-talu menujah keatas aku. Pening!

Bila duduk rumah sorang-sorang, macam best. Terasa rumah ni aku yang punya! Hehe. Lagi best kalau bangun pagi bukan menyiapkan diri untuk pergi kerja. Tapi menyiapkan diri orang lain pergi kerja. Eh?

Setiap kali cuti sekolah, pasti kak aku balik kampung dengan anak-anak dia. Abang aku balik weekend. Kak aku yang lain hantar anak-anak dia pula kat kampung. Heaven bebeh!

Bilakah aku?
Hantar anak-anak kat kampung. Biar mereka rasa perit digigit semut api. Seronok bermain lopak air. Girang berbasikal berjalan-jalan. Sejuk menggigil diwaktu malam. Sedap menjilat jari masakan embah. Melompat berebut bilik air dengan sepupu yang lain.

Bilakah aku?
Nak siapkan kerja bertimbun ni?
ok, bye!


Wednesday, May 29, 2013

Apakah?

Kesibukan yang agak menyesakkan
Hingga pulang kerumah kepenatan
Lagi parah penat untuk beribadah kepada Tuhan
Apakah?

Tujahan kerja yang tak pernah sudah
Terasa sungguh lelah
Diasak dengan larangan tiada penyudah
Hingga hati rasa berbelah-belah
Kenapakah?

Kau melarang aku
Bagi tau aku sebab
Bagi aku jalan keluar
Bagi aku pencerahan


Thursday, May 23, 2013

MYCOID

Assalamualaikum wbt



FYI, SSM sudah menguatkuasakan penggunaan MYCOID bagi tujuan penubuhan syarikat bermula 16.05.2013 yang lepas. Tetapi untuk kaunter SSM KL, Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Bermakna selepas itu, tiada lagi perkhidmatan pendaftaran syarikat secara manual di 3 kaunter yang tersebut.

Bagi aku, MYCOID lebih praktikal berbanding manual. Kita tak perlu nak prepare all the documents and request sign dari client. Then, kena buat CTC lagi, lepas tu pergi kaunter SSM. Paling kurang, 3 hari ambil masa untuk settle semua dokumen. Carian nama dah sehari. Kalau nama approved, then kita kena prepare documents untuk clients sign. Kalau dapat cepat sign diorang beserta payment, boleh la kita prepare pre-incorporation documents pula. Kena hantar ke SSM before 12 tengah hari kalau nak diorang yang stampingkan M&A. Kalau hantar ke SSM after 12, pergilah menapak kat LHDN Shah Alam untuk matikan stamp.

Dah dapat, Borang 9 SSM, barulah prepare post-incorporation documents pula. Agak mengambil masa. Kos pun agak tinggi. Kos travelling, timing, "penat"ing. Hehe

Bila guna MYCOID, kerja depan komputer je. Tak payah client nak sign banyak-banyak documents. Semua Company Secretary taip.

Tapi, ramai cosec yang masih suka guna cara lama. Puas katanya. Dokumen tu nampak bertanda tangan. MYCOID cuma M&A je yang client kena sign. So, sebagai langkah berjaga dan untuk security as cosec, form 48A iaitu declaration by directors, haruslah manual dan minta clients sign then pergi ke pegawai sumpah.

Zaman sekarang, banyak cara nak menipu.

Oleh kerana office aku dah menggunakan MYCOID terlebih dahulu iaitu since tahun lepas, teror la sikit bab ni. Dan office aku jadi kaunter pertanyaan untuk MYCOID oleh kawan2 bos dan kawan2 aku yang sama business ngan kitorang ni. Hehe.

Cuma, letih melayan je la. Tapi, enjoy! Sama-sama share knowledge. Sebab diorang pun banyak bantu aku masa mula-mula bos jadi cosec dulu. Ilmu cosec tak banyak. Kena berguru dengan yang pakar.

Bos dah dapat lesen auditor, so dia kena let go lesen secretary dia. Now, my turn untuk menjadi cosec. Ada rezeki aku, ambil lesen secretary pula. InsyaAllah.

Oh! esok cuti. Yeay!!!

Pagi-pagi esok gerak pergi penang. Kenduri BFF belah lelaki. Sabtu lepas kenduri dia pergi perak, kenduri kawan kitorang gak. Ahad balik kampung, isnin cuti. Kak aku yang kat JB balik kampung. Tak sabar nak jumpa baby baru. Semangat dah beli hadiah untuk baby boy yang sorang ni. Hehe

Selasa, bos ajak makan-makan satu office. Dan ada some discussion dengan kitorang bertiga iaitu staff dia. Office aku ni kecik je. Staff pun 3 orang je. Alhamdulillah. Boleh cover clients lebih 200 company. Lagipun, tak semua client aktif. Ada yang macam kapal selam. Nak dekat year ended baru muncul.

Aku dan shidah tak sabar nak tau apa benda la yang bos nak discuss. Gaji naik kah? Bonus berlipat kah? Ngeh ngeh ngeh. Kalau tak semalam. Dah semangat dah ni. Tiba-tiba cancel. Mamat tu half day. Wife dia sakit perut. Nak pergi klinik. Huhu.

Kesimpulan, MYCOID ni senang je. Cuma pening banyak for first timer dan beginner. Kalau dah lebih 3 company register under MYCOID, percayalah bahawa cosec di Malaysia akan rasa beban kerja berkurangan. Hehe


Monday, May 20, 2013

nasi panas

Semalam kenduri kahwin sepupu. Balik je kenduri petang semalam, penat gila. Malam tadi tidur awal. Tapi mak tidur lagi awal. Masa nak tidur sebelah mak, mak terjaga. Sempat pesan kat mak:

"mak, esok kejutkan awal ye. Nak sahur."

"Nak makan apa esok?"

"Lauk kenduri kan banyak lagi."

"Nasi dah habis. Pergilah masak nasi. Esok tinggal makan je."

"ala...dah ngantuk"

Esok pagi, mak kejut pukul 4.30. Tapi, sangat malas nak bangun. Pukul 5 lebih terjaga lagi. Nak sahur. Mak dah masakkan nasi. So sweet!  Sayang mak:):)

Pagi tadi hujan lebat. Pukul 8 tak ada tanda nak stop, sms bos minta time off. Memang heaven tidur time ni. Dan aku pun tertidur. Terjaga pukul 9, hujan masih rintik. Syok gila kalau sambung tidur. Pergi kerja dengan relapaksa je. Sampai office pukul 11. Time off hari ni 2 jam. Balik lambat hari ni. Dan esok juga.:(

Friday, May 17, 2013

Berita gembira

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Allah Maha Adil. KasehNya 70x lebih dari kaseh seorang ibu. err, kaseh atau kasih?

Our office. Our bos. Our staff.

Hari ini dapat berita gumbira. Alhamdulillah. Wa syukurillah. 'ala kulli hal. 'ala kulli ni'mah. Ada sebab Dia menangguhkan permohonan itu tahun lepas. Dia saja yang tahu.

Bos sms tadi, result interview audit dia lulus. Our audit firm will be materialised soon. Eh, "our" ke? Hehe

Perasaan kami? Gembira weh. Masing-masing dah dok fikir macam-macam.

Makan besar.
(wah! steamboat:))

Isnin ni cuti.
(eh?ada pulak? lagi kena kerja kuat adalah)

Bonus tahun ni double.
(Bestnya!)

Duit raya tahun ni pun double.
(Macam-macam perancangan dah ni)

Wah!wah!wah! Syok la kalau macam tu. Ngeh ngeh ngeh.

Bila dah jadi audit firm, secretary kena pindah. Tak boleh satu office dengan audit firm. Dengarnya, office lawyer sebelah kitorang ni nak pindah level atas. Mamat tu kata, nanti seceratry kena pindah sebelah. Dengan aku sekali kena pindah sebelah. So, aku seorang la yang kena dok kat sebelah?Sob sob sob. Tak mau lah aku. Biar dokumen je berpindah.

Bos dah tak boleh jadi secretary. Buat masa ni, kawan bos jadi secretary sementara mamat tu register as MIA member. Dan bila aku dah cukup 3 tahun nanti, aku pula apply MIA untuk ambil lesen secretary.
Wah! Banyak rupanya yang bos dah rancang.

Beribu-ribu tahniah...Beribu-ribu tahniah...Beribu-ribu tahniah... Malaysia berjaya!
Erk?

Tahniah bos. Semoga lepas ni kita berempat bekerja dengan lebih bersungguh dan bersemangat demi menghasilkan kualiti kerja yang hebat dan seterusnya mencapai maghfiratullah dan mardatillah dunia wal akhirat.

Semoga nikmat yang diterima ini mendekat kan lagi kita berempat dengan Pencipta kita. InsyaAllah.

penyesalan

Assalamualaikum wbt

Dulu, pernah plan nak sambung belajar. Bila difikir semula, sambung belajar itu perlu. Tapi, bukan lah nak sambung master atau apa. Sambung belajar agama lebih baik. InsyaAllah.

Tak semua yang kita ada indah semua. Tapi semua yang kita ada, adalah yang terbaik untuk kita. Dia sudah tetapkan apa yang harus kita ada dan dimana kita berada sejak dulu lagi.

Hati yang mula jemu dengan apa yang ada didepan mata. Bila hati sudah tiada, apa lagi nak dipertahankan oleh jasad? Menyampah mula menular. Sakit hati mula menjalar. Mereka yang bersalah atau hati sudah mulai kelam? Koreksi diri di suatu ketika yang sunyi. Untuk apa lagi aku disini? Jika hadirku seolah tidak dipeduli? Atau aku kah yang beranggapan sedemikian sedang mereka tidaklah berfikiran sebegitu sekali.

Diri ini bukanlah selembut wanita yang biasa. Hati ini bukan mudah terasa atau menangis. Namun, bilamana hati ini terusik dan mengalirkan air mata itu bermaksud apa yang sudah berlaku itu benar-benar memberi impak yang sangat besar. Sedih yang teramat.

Sikap yang semakin menjengkelkan mungkin. Terasa diri paling bagus. Terasa diri sangat penting. Persetankan semua yang ada. Kau sajalah yang hebat! Kau ada sedang mereka tiada. Kau tahu sedang mereka buntu. Kau sajalah yang diperlukan. Tiada kau, susahlah hidup.

Perasaan gila apakah ini? Kau fikir kau cukup bagus. Kejengkelan yang timbul akan terluah juga nanti. Kau bukan bagus seperti yang kau canangkan. Kau dinilai oleh orang lain. Orang sekelilingmu. Bukan dirimu sendiri. Berhenti untuk terus menikmati dunia khayalan syok sendiri wahai engkau.

Apa kau lupa pada Tuhanmu? Dia yang menentukan keberadaan kau berada sekarang. Kau terlalu leka mengejar dunia hingga kau penat dengan kehidupan akhiratmu. Kau terlalu yakin umur kau panjang hingga kau gagal mengingati yang umurmu tidak kau ketahui selama mana.

Dimana letak imanmu? Kalut menyiapkan keperluan dunia yang tak pernah cukup sedang bekal akhiratmu masih tergantung. Pemberian mu ibarat sampah tiada harga kerna mengharap balasan manusia. Kau merasa apa yang kau buat terlalu hebat dan patut dibalas manusia. Ah! Berhentilah berangan yang sia-sia. Kalau dah nama manusia mana pernah sentiasa menghargai. Diri kau juga begitu. Tak semua pemberian manusia kau hargai. Apa lagi nikmat Tuhan mu. Jauh sekali.

Beringatlah wahai engkau. Jangan sampai di satu ketika kau merasa menyesal tak sudah. Menyesali dan terus menyesali. Tika itu, tiada apa yang lebih berharga melain rahmah Tuhanmu. Itupun kalau kau layak meneguk rahmah Dia sedang diri kau begitu hina.

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Assalamualaikum

Selamat Hari Guru buat guru-guru:

Tabika Kemas STJ
Sek Keb Sri Tiram
SRA Tiram Jaya
SMK Tiram jaya
SAMT Bt 38, Sabak Bernam
SAM Seri Desa
Kolej Mara Kuala Nerang
Uitm Shah Alam

Apa jua gelaran. Cikgu, Teacher, Ustazah, Ustaz, Puan, Madam, Sir, Prof, PM.

Semoga kalian sentiasa dilindungi dan dilimpahi rahmah berkat dari Nya.

Terima kasih atas segalanya. Semoga kalian berbahagia dunia wal akhirat.


********
err, cikgu tusyen pun cikgu juga kan? hehe. Selamat hari guru untuk ittew.

Wednesday, May 15, 2013

Minggat

Dah dekat 3 tahun aku kerja dengan dia. Selama 3 tahun juga banyak benda aku belajar dari dia. Mendengar cerita pengalaman pengajaran dari dia. Diberi tunjuk ajar oleh dia dengan hemahnya.

Untuk tahun yang ketiga ini, aku semakin matang dalam memahami kehendak dan turut dia. Apa yang dia suka. Apa yang dia senang. Apa yang dia tidak mahu. Apa yang dia tak gemar. Walaupun bukan semua. Tapi dari riak tingkah dia tahu apa yang dia rasa tika itu. 

Bermaksud, banyak benda yang aku pegang dalam office ni. Admin, HR, runner, despatch. Hampir semua yang selain dari kerja kendalian aku buat walaupun bukan semua. 

Jarang nampak dia bersuara keras dengan aku. Walaupun tak pernah meninggi. Apa lagi yang buat aku kecik hati.

Tapi, kebelakangan ni aku rasa lain. Semakin banyak perkara yang aku buat kecil hati. Salah budak praktikal, tapi terpalit pada aku. Bukan sedikit palitan itu. Banyak!! Apakah ini??

Ku kira arahan ku sudah cukup jelas pada mereka. Buat ini, seperti ini, dengan cara ini, dengan orang ini.
Tapi, mereka buat ikut suka mereka. Memberi impak yang besar hingga menimbulkan kemarahan. Menimbulkan kacau bilau, persengketaan dan malu segan.

Yang aku tak faham, kenapa nak marah aku seorang? benar! arahan dari kau, aku sampaikan pada dia. Arahan aku jelas. Dia yang tidak mendengar arahan dengan baik. Seharusnya, dia juga perlu kena marah. Bukan aku yang seorang.

Tensionnn!!!

Sorang hilang kan audit report. Yang seorang lagi, salah bagi cheque. Lalu menimbulkan tanda tanya yang besar pada client. 

Nak minggat la macam ni.
=(


~sumber google

Monday, May 13, 2013

I Love Allah

sabtu malam ahad.

Berjumpa BFF yang 2 orang tu. Tak pernah lagi jumpa since majlis kahwin dia. Kami pergi berlima. Kenapa berlima bukan berenam?Sebab mereka berdua bawa pasangan hidup masing-masing. Keh keh keh. Rindu bertamu dihati! Syukur sangat dengan hubungan yang terjalin ni. Kami makan di Muara, Port Klang. Diorang ambil aku kat rumah kak aku kat rantau panjang.

Masa kat sana, kami pecah. Aku dan ina pergi cari meja, yang lain pilih lauk. Dah dapat meja, no. C56. Aku telefon etop.

"weh, nombor meja kita C56"

"ha??apa dia? tak dengar"

"C56!!!"

"apa dia?"

"C untuk cipan. No 56"

"owh. haha"

Cakap cipan baru dengar. Haha..orang ramai gila. Biasalah. Hujung minggu. Rata-rata keliling meja kitorang orang makan siap ada kek. Sambut hari ibu mungkin. Sebab family group.

Masa nak bayar, masing-masing hulur duit dan tak nak ambil belen. Rezki aku and etop, belen tu kitorang yang ambil.

Ina baru balik dari honeymoon kat Bali. Dia belikan kitorang beg I Love Bali. Dan juga FM (fridge magnet), keychain dan buku comel. Sangat suka! Alhamdulillah.

Anak buah aku, Imran 7 tahun nampak beg tu.

"Im, cantek tak?"

"Cantek. Tapi, kenapa I Love Bali. Kan sepatutnya I Love Allah."

"Erk? Kalau kita I Love Allah, tak boleh tulis kat beg. Kena dalam hati. Nanti beg ni masuk toilet. Kena pijak. Dosa"

"oooo"

Actually, aku pun tak pernah terfikir. Yang sepatutnya I Love Allah. oh!


Friday, May 10, 2013

kelabu

Ku dah cuba hidup tanpa dirimu
Terbukti duniaku haru biru
Mudah hilang punca dan arah tuju
Fikiran meracau tak menentu
Emosi terganggu
Hari ku kelabu

*******

Semenjak kau datang
Di hatiku sayang
Semua resahku hilang
Diriku bukanlah
Seorang yang mudah
Menyatakan cinta semudah kata

*******

Thursday, May 9, 2013

kasar

ada hati yang terluka mungkin
dek kerana kekasaran lisan

benar, kelembutan lebih baik
tetapi perubahan kalau tiada
itu bukan yang terbaik

untuk har-hari yang tinggal
berhenti buat aku menyampah
ganti dengan senang dan ceria


Wednesday, May 8, 2013

I Love U, Stupid! (lagi)

Aku cuba melupakan. Cuba sedaya upaya yang aku mampu. Namun, saat aku mulai melupakan dia, tiba-tiba dia muncul kembali. Dia cuba mencari aku mungkin. Sebab aku dah tukar sebahagian yang dia tahu mengenai aku. Ada sedikit jejak yang aku tinggal untuk mereka yang lain mahu mencari aku.

Apakah ini? Jiwa aku yang kau cuba permainkan. Atau hanya untuk menguji? Menipu kalau aku kata aku melupakan 100%. Dusta kalau aku sudah tiada rasa apa. 

Aku yang bernama perempuan. Sekeras mana pun luaranku, dalamnya tetap punya sekeping hati yang selembut salju. Nampak ada dan terbentuk. Namun bila disentuh waima dengan sentuhan lembut tetap meninggalkan kesan. Apa lagi dengan sentuhan kasar atau sedikit keras. 

Aku tak tahu apa sebenarnya rasa kau. Apa sebenarnya mahu kau. Apa sebenarnya keadaan kau. Aku telah berterus terang tentang rasa aku. Aku tepiskan rasa malu. Kerana aku tak mampu terus tersiksa menyimpan rasa hingga aku rasa akan tekanan yang luar biasa. Dan kau meninggakan aku tika aku membongkar rasa hati. Walaupun bukan semua. Kau masih berteka-teki tentang diri kau. Siapa kau. Dari mana kau. 

Dengan iman ku yang masih ada walaupun kandungannya selalu berubah, aku pacakkan yakin ku pada Dia. Temukan aku dengan kau kalau masih ada sesuatu antara kita. Dalam jaga atau lena. Dalam bayang atau sedar. Dalam leka atau sedia. Kala malam berlalu dan mataku enggan menutup, aku sampaikan pada kau melalui Dia. Kerana hanya Dia yang boleh membuat apa saja. Hanya Dia yang berkuasa atas sesuatu. Rasa dalam hati ku masih bersisa untuk kau. Sampai satu masa, Dia mengizinkannya masih punya rasa antara kita. Aku akan tetap menunggu engkau.

Dan sekali lagi, dikala ini. Aku menangis semahuku. Kalaupun air mata ku tidak membanjiri. Ianya cukup membasahi kontangnya hati ku. Dan hatiku menjadi lembut semula. Aku cuba melupakan apa saja yang mengingatkan tentang kau. Tetapi, malam tadi aku rindu. Aku menafikan rasa ku selama ini. Hampir 4 bulan aku berlagak biasa. Namun malam tadi aku tewas.

Kenapa kau masih datang kepada ku kalau kau tak meninginkan aku? Kau masih mencari aku rupanya. Aku tak kira kalau kau mengatakan aku yang perasan. Perasaan aku yang terawangan. Kau memunculkan diri hanya untuk apa? Menyiat kembali luka yang telah kau tinggalkan begitu saja?

Hanya kepada Pemilik hati aku nyatakan rasa hati. Perasaan ini biarlah berbaloi untuk terus bersarang. Kerna aku juga impi bahagia. Sentiasa bermimpi untuk bersama dengan dia. Walaupun aku tidak tahu siapa, bila, bagaimana, berapa dan apa. 

Kecamuknya perasaan ku tanpa terkawal. Nangisku semahunya di tepi batasan. Rindu itu bertamu lagi. Menggamit segala kenangan yang tersisa. Pada Tuhan seluruh alam aku berserah. Jika dia untuk ku, maka permudahkanlah.


Deritanya aku mungkin tidak setanding kekasih Mu dalam menyebarkan dakwah. Tapi, dalam hidupku ini lah deritaku yang paling hebat dalam lapangan kasih. Derita kerna kehilangan kau yang tiba-tiba pergi tanpa sempat aku bertanya. Moga derita ku ini tidak lama.

Duhai, jangan buat konklusi yang melulu. Jika setuju diam. Jika tidak pun diam. Aku hanya ingin meluah rasa dalam hati aku. Aku tak harap simpati sesiapa. Kalaupun ada yang ingin memberitahuku sesuatu, silakan. Kisah buku itu tak sama dengan aku. Tetapi kesinambungan buku sebelum itu punya kenangan aku dengan dia. 

Kenangan itu datang bertubi asbab munculnya buku ini. Aku minat tulisan dia. Dalam mencari cinta Tuhan, cinta-cinta manusia sering menghiasi. Jalan mencari cinta Tuhan lebih indah dan mudah dengan adanya cinta manusia menemani. Aku tidak menolak rasa itu. Cumanya, biarlah ia selari dengan jalan menuju Dia.


aku pinjamnya disini

Tuesday, May 7, 2013

Kehilangan Firman

Assalamualaikum wbt

Macammna dengan PRU kawasan uolz?
Iolz, Dato' Noh masih lagi menguasai. Dia dekat dengan rakyat Tanjong Karang. Sentiasa. Rajin datang kenduri, rajin datang untuk majlis perasmian. So, no wonder dia masih lagi menguasai TK. Btw, dia memang asal TK.

PRU13 adalah PRU yang pertama aku berdaftar sebagai pemilih. Memang semangat nak pangkah undi. Dan semua adik beradik aku masih lagi mengundi di TK. Cuma sorang kakak aku kt JB tak balik sebab baru lepas bersalin.

Oh, aku baru dapat anak buah baru. Nephew. Yang ke-23. Kak aku bersalin normal, namun awal beberapa minggu. Alhamdulillah. Everythings ok. Nama dia aku tak ingat sangat. Yang aku ingat ada Muhammad je.

BN kampung aku bagi duit pada anak STJ yang balik mengundi. RM100 tau. Huhu. Ramai gak yang claim kat pondok BN. Aku malu. Lagi malu sebab yang bagi tu cikgu yang mengajar aku akaun masa sekolah dulu. Tapi sempat ucap terima kasih banyak-banyak kat cikgu asbab dia mengajar bersungguh-sungguh subjek akaun, aku jadi akauntan sekarang. Walaupun akauntan cabuk.

Hari isnin kan Selangor cuti. Tapi, aku kena datang office. Ada klien kalut nak dokumen. Sabo je la. Tapi, datang kejap je pon. Settle prepare dokumen, aku cabut. Office panas weh, aircond tak ada. Pasang kipas, kertas bereterabur.

Lama tak jumpa kawan baik kat kampung. Banyak benda yang berlaku pada dia yang aku tak tau. Aku harap dia bersabar dan tenang dengan setiap dugaan yang menimpa dia.

Bila hati semakin kelam, maka banyak lah timbul penyakit hati. Keluh kesah, bengang, marah, jealous, tak puas hati, tak keruan, sakit hati, rasa kehilangan. Macam-macam lagi.

Satu hari, ada seorang sahabat telefon aku. Kami dah lama tak berhubung. Sebenarnya dia staff klien aku. Selalu berhubung dengan dia. Selepas dia resign, kami berhubung kejap. Seronok kawan dengan dia. Aku rasakan kejujuran dan keikhlasan dia bila berkawan dengan aku.

Dah agak lama, dia telefon aku balik. Dengan nada suara yang ceria, aku dapat mengagak yang dia akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Ya! sangkaan aku betul. Bulan 9 ni InsyaAllah.

Cumanya, dihujung perbualan dia menasihati aku;
"Gee, jaga iman, jaga ibadah, jaga solat ye."

Oh! Tersentak. Iman aku kelam kabut sejak akhir-akhir itu. Terima kasih sahabat! Dia sahabatku dunia akhirat. InsyaAllah.

Aku suka dengar lagu ni. Kehilangan Firman. hew hew hew. Kadang sangat terkesan dengan kehilangan firman. Err, maksud aku terkesan dengan lagu kehilangan by firman.