Thursday, June 27, 2013

Jerebu di hatiku

Semalam kak aku mesej

"ko tak boleh cuti jaga kakwa?"

Sentap aku! Terus mengalir air mata ku.

****

Kakwa adalah kak aku yang duduk kat JB sekarang. Abang ipar aku orang JB, dapat kerja kat situ. Haruslah dia pun kena duduk JB. Kakak aku yang ke-enam dalam adik beradik. Dan satu-satunya adik beradik yang duduk luar selangor. Jadinya jarang lah balik. Tapi kakwa rajin telefon aku. Aku pun selalu luah perasaan dengan dia. Huhu.

Ahad yang lepas iaitu 16.05.2013 dia telefon aku. Cerita tentang keterujaan dan kesemangatan dia nak buat kuih raya tahun ni. Dia tengah cuti berpantang sekarang. Dia beli dah oven hari yang sama dia telefon aku. Siap minta resepi biskut raya aku yang sedap tahun lepas aku pernah bagi dia sebalang. Ehm ehm. Alhamdulillah. Hehe

Tiba-tiba, pagi isnin dia mesej aku.

"Salam. Aku ada batu karang. Sekarang kat hospital. Tolong bagitau mak minta doa"

Terkejut sangat! MasyaAllah! Kak aku tak larat nak cakap. Dia mesej je. Aku telefon mak. Mak pun terkejut. Sebab pagi ahad tu dia baru telefon mak.

Aku ingat mula-mula tak ada yang membimbangkan. Sebab dia bawa baby dia kat wad tu sekali. Kak aku admit kat Coloumbia Asia. Abang ipar aku kerja situ. Senang sikit.

Sampai hari jumaat tu, dia kata demam tak kebah-kebah. Muntah dan berak sentiasa. Effect dari doctor masukkan scoop kat kidney dia mungkin. Aku bagitahu mak. Malam tu, aku bincang dengan Kakni, aku nak pergi bawak  mak dan bapak jenguk kakwa kat JB. Aku telefon semua adik beradik. Alhamdulillah, adik lelaki aku yang seorang ni baru lepas habis final exam. So dia willing join aku pergi JB. Cadang nak pinjam kereta kak aku je.

Aku telefon mak, mak macam excited. Aku tahu, dari hari isnin bila tahu cerita kakwa admitted mak nak pergi sana. Tapi mak tak bagitahu siapa-siapa. Mungkin tak nak menyusahkan anak-anak. Masa tu, ake redha je. Dah la hujung bulan. Huhu.

Lagi kalut, malam tu bos confirmkan yang aku kena pergi meeting kat putrajaya sebagai wakil auditor. Bos kena jumpa client kat sepang at the same time. Haish! Serba salah jadinya. So, aku cakap ngan mak kita bertolak petang.

Lepas je habis AGM Koperasi pagi tu, aku terus drive pecut nak balik Tanjong Karang ambil mak bapak dengan adik perempuan aku. Adik lelaki aku dari UPNM terus pergi rumah kak ni kat puncak alam. Aku tersalah masuk exit. Sekali tembus kat Teluk Panglima Garang. Adeh! Nak cepat jadi lambat. Dah la jammed kat klang tu.

Aku mesej kak aku yang aku ontheway ambil mak dengan bapak nak pergi JB. Kak aku suruh guna dulu duit yang dia bank-in kat mak minggu lepas buat tambang. Nanti sampai sana dia bagi lain. Tak payah la kakwa. Aku belanja. Ada rezeki InsyaAllah.

Alhamdulillah. Abang ipar aku suruh bawak exora dia. Selesa sikit nak jalan jauh. Ofcourse bukan aku yang drive. Hehe. Tak pernah lagi bawa MPV. Yang lagi terharu, abang ipar aku penuhkan minyak siap-siap, topupkan smart tag dia dan bagi duit lagi kat adik aku. So kiranya, duit aku selamat. Hehe. Alhamdulillah.

Kakni ada sukan sekolah ahad tu. Kak aku yang lain pun sama. Abang aku pergi kedah malam jumaat tu kakak ipar dia kenduri kahwin. Abang aku sorang lagi tengah outstation. Kak aku atas  aku pun sama. Yelah, plan last minit.

Sampai JB dalam pukul 9. Lepas makan-makan balik rumah kak aku. Abang ipar aku bermalam kat hospital. So, kitorang je la kat rumah dengan anak-anak buah aku. Esok pagi-pagi, besan mak aku datang hantar sarapan. Terharu aiolz!

Sampai hospital tengok kak aku lemah je. Sedih aku tengok. Baby tak ada. Adik ipar dia yang tolong jagakan.

Dan semalam, kak aku mesej dia kena transfer ke GH. Demam dia tak kebah-kebah. Doctor tak tau virus apa yang menyerang dia.

Kesian nya dia. Dunia akhirat dia kakak aku. Tapi komitmen kerja yang menuntut aku untuk ke office. Aku bincag dengan kak ni, aku harap kaklela sudi jaga kak wa bergilir dengan aku nanti.

Dulu, masa aku eksiden darjah 6, dia yang jaga aku kat hospital selama 2 minggu lebih. Masa aku form 4, dia la yang belikan calculator untuk aku. Sampai sekarang aku guna calculator saintifik tu. Aku masuk matriks dia la paling banyak hulur duit belanja. Dan dia jugalah yang belikan pendrive pertama aku masa kat matriks. Masa tu pendrive 1GB mahal tau. Cantik pula tu. Sampai sekarang aku simpan walau dah rosak.

Tapi, sekarang bila dia sakit aku lebih pentingkan kerja aku dari dia. Ya Allah, pulihkan kesihatan kakwa. Aku sayang dia. Dunia akhirat.



#
Siapa pun dia. Hatiku tak kearah dia. Maaf, aku tak berminat kearah itu.
Aku belum jumpa Firman aku.
Jerebu di hatiku. sob sob

Tuesday, June 25, 2013

Kawan baik

Terima kasih sudi berkawan dengan aku. Bersabar dengan aku. Pendengar setia aku. Bertukar cerita dan pendapat dengan aku. 

Dari mula aku berjumpa kau kat matriks, aku mula menyukai untuk berkawan dengan kau. Ternyata, kau memang baik! Alhamdulillah. 

Persahabatan kita menjadi semakin akrab asbab kita sama-sama sambung di uitm. Sebilik, serumah dan sekelas. Walaupun bukan sepanjang 8 sem disitu.

Banyak cerita kita kongsi bersama. Banyak perkara kita sama rasa. Banyak kenangan yang kita lakar bersama. Banyak yang bersama walau tak semua. 

Kini, kita punya hidup masing-masing. Bertemu dengan orang baru. Berkawan dengan orang baru. Namun, kenangan kau dan aku tak pernah baru. Sentiasa menjadi memori segar dalam ingatan.

Alhamdulillah. 7 tahun kita berjalin kasih. Terima kasih nana. Sayang kau! Moga ikatan kau dan si dia berakhir dijinjang pelamin. InsyaAllah



Terima kasih pada kak wan juga:)

Friday, June 21, 2013

bantal

fail bertimbun
kertas berterabur
mata merimbun
makin kabur

#ngantuk!

Monday, June 17, 2013

merindukan dia

Hari ni ada tusyen. Setelah sebulan tiada. Berikutan keberadaan aku ditempat lain. So, tadi tusyen berjam-jam. Lunch sama2 dengan student. Aku order barli panas. Entah kenapa sejak kebelakangan ni kerap pula aku minum barli panas. Student aku tanya,

"cikgu, sedap ke air barli tu?"

"nak rasa? meh la"

"err, tak nak la. tapi apa rasa dia?"

"hmm...rasa barli la."

"tapi, macam mana rasanya?"

"macam mana eh? macam rasa laici tapi tak masam. tapi barli ni bagus tau. Boleh sejukkan badan. Sekarang kan musim panas. InsyaAllah"

Aku pun tak tau betul atau tak perumpamaan aku.

Sebenarnya aku lebih teringat pada mak kepada kawan baik aku. Dia meninggal bulan tiga yang lepas. Mak dia suka minum air barli. Mak dia pernah kata kat aku bila aku tanya apa istimewanya barli.

"Barli ni boleh sejukkan badan. Sekarang kan musim panas"

Rindu bertamu dihati. Entah apa perasaan kawan aku sekarang ni. Tentunya dia lebih sedih. Berganda-ganda. Sebab itu emak dia. Sedang hatiku sekarang merindukan arwah makcik. Makcik sangat baik dengan aku. Masa dia balik dari haji tahun 2005, macam-macam makcik bagi kat aku. Tudung 2, stokin, tasbih, beg dan jam. Aku sayang sangat jam tu. Aku guna jam tu sampai rosak. Kalau tak silap, sampai ke matriks aku guna. Seronok sangat! Dia layan aku dengan baik.

Pernah aku dan sorang lagi kawan aku ikut family kawan aku pergi ke teluk batik. Makcik belikan kami seplastik besar jajan untuk kitorang bawa balik.

Makcik juga sangat baik dalam melayan. Aku terasa disayangi dia. Masa kawan-kawan sekolah buat baraan    beraya lepas habis sekolah, makcik suruh aku yang agih-agihkan duit raya. Lepas diagihkan, ada lagi baki yang agak banyak juga. Makcik suruh aku ambil semua. Apa tak best? Hehe

Kalau aku datang rumah dia, macam-macam dia hidang kat aku. Sampai aku naik malu dan segan. Tapi,makcik pandai memainkan peranan. Rindunya kat dia!

Pernah satu raya, dia belikan aku baju kurung. Warna purple bunga biru. Aku simpan lagi baju tu walaupun dah tak muat. Huhu

Sejak aku kerja, aku jarang ke rumah kawan aku. Tak macam dulu. Dengan kawan aku pun jarang jumpa. Selalu bertanya khabar melalui telefon je dengan kawan aku. Itupun boleh dikira berapa kali. Masa abang dia kahwin tahun 2012, aku datang dengan mak aku. Tapi keesokan hari selepas majlis. Sebab mak  tak sempat nak datang. Ada kenduri lain. Jauh pulak tu.

Masa tu, aku nampak perubahan pada makcik. Dan aku bertanya kepada kawan aku. Sakitkah mak dia? Rupanya betul, makcik mengalami strok sebelah badan.Tangan kirinya tak boleh gerak.Kena strok beberapa minggu sebelum majlis kahwin abang dia.

Raya tahun 2012, macam biasa aku datang rumah dia pagi-pagi raya hantar punjungan. Sempat bersalaman dengan makcik dan minta maaf atas salah silap. Aku bawa anak buah aku 2 orang masa tu. Makcik bagi duit raya setiap seorang.

Dalam bulan raya juga,tapi dah penghujung, kawan uitm nak beraya kat rumah aku. Kami singgah kat bukit melawati. Terserempak dengan kawan aku dengan makcik dan kakak dia. Sempat bersalaman dengan makcik.

Dan itu kali terakhir aku berjumpa dengan makcik.

Masa hari kejadian, sorang kawan sekolah kami telefon aku. Dia sekampung dengan kawan aku. Dia kata makcik dah meninggal. Terkejut aku. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Sungguh kah?

Dia kata meninggal pukul 6. Aku telefon mak. Mak kata, kalau meninggal pukul 6 biasanya kebumi esok pagi. Pagi-pagi esok aku balik kampung. Sms bos, aku cuti. Aku explain pada dia aku nak tengok makcik buat kali terakhir. Mak kawan baik aku yang paling aku sayang.

Aku dengan mak pergi rumah dia. Tapi pelik. Kenapa tak ada orang. Betulkah makcik meninggal? Terjumpa kakak dia kat tepi jalan. Rupanya, makcik meninggal pukul 4 petang semalam. Dah kebumi dalam pukul 6.

Oh! tak ada rezeki aku tengok makcik buat kali terakhir.

Apapun, aku harap makcik tenang disana. Sungguh! aku sayang makcik sangat-sangat. Dia layan aku macam aku anak dia. Mana mungkin aku lupa semua kenangan aku dengan makcik walau tak sebanyak mana. Setiap kali aku datang rumah dia, setiap kali tu aku akan rasa seronok.

Moga-moga, ruh makcik bersama-sama orang yang solehh. Segala amalan dia diterima Allah. Dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa dia.

Dikala ini, aku ingin mencium baju purple bunga biru yang pernah dia hadiahkan kepada aku. Tapi, sayang baju tu ada kat kampung.

Monday, June 10, 2013

Please

Please forgive me, I know not what I do
Please forgive me, I can't stop loving you
Don't deny me, this pain I'm going through
Please forgive me, if I need you like I do
Please believe me, every word I say is true
Please forgive me, I can't stop loving you

Monday, June 3, 2013

air mata

Iman manusia tak pernah sama. Ada naik, ada turun. Ada lemah, ada kuat. Dan adakalanya tiada langsung. Jadinya,, jangan dipandang rendah oleh dia sipendosa semalam. Manakan tahu, malam tadi taubat nasuha dia diterima Tuhan. Sedang diri kita yang tak pernah lagi taubat. Seronok dengan apa didepan mata.

Mata yang tak menangis sukar sekali menepis bahangnya neraka. Sedang nabi kata, mata yang dibasahi air taubat penyesalan akan mampu memadamkan api neraka. Mungkin kerana mata itu sudah lama tidak menangis dengan rasa takut azab disambar api dunia. Hinggakan gugur segala kecantikan mata itu.

Jika manusia itu bersyukur dengan Tuhan, maka akan bertambah lah nikmat untuk dia. Bukan mengutuk apa yang kita ada tika yang lain memuji keberadaan kita untuk memiliki itu. Kufur namanya. Rasa rimas dengan apa yang ada sedang yang lain mengatakan kebertuahan diri memiliki itu yang jarang dimiliki orang lain. Bertambah angkuh bila ingin memiliki sesuatu yang lain dari apa yang dimiliki. Sudahlah tidak bersyukur malah kufur pula. Mungkin kerana itu Dia lenyapkan "kebertuahan" itu dengan sekelip mata. Tika dia lupa apa yang dia pernah ucapkan dulu. Kepadanan muka menujah diri dia. Langsung tak ada. Tiada kecantikan malahan cacat. Yang tinggal hanya serpihan yang menjadi hiasan paling mengerikan. Akan adakah lagi seperti dulu? Jika tidakpun secantik seperti yang dipuji mereka, cukuplah dengan biasa-biasa yang dimiliki mereka.

Segala keceluparan mulut bisa itu ditunjal satu persatu ke dahi dia. Bukan setakat dahi, muka dan badan juga terkena. Sebab itu ada mulut hanya satu. Jika dua seperti telinga entah apa kata kotor yang diludahkan. Dan entah apa pula balasan Tuhan menimpa pada dia. Nah! sekarang rasa kan apa yang kau terlalu benci untuk menengok atau memiliki. Hidup ini umpama roda kawan! Kau akan merasa apa yang orang lain rasa atas perbuatan kau.

Berjanji pada diri, bahawa terima dengn syukurnya apa yang dilimpah pada oleh Tuhanku. Jangan diperkotak kan apa yang terjadi. Semua yang berlaku pasti ada sebab mengapa, kenapa, siapa, apa dan berapa. Tuhan mu Maha Mengetahui sedang kamu tidak.

Dosa yang lalu biarlah tersimpan kemas. Jangan sesekali buka pekung busuk didada yang bakal menimbulkan kenyampahan yang melampau dikalangan sekeliling mu. Minta pada Pemiliki hati agar, manusia-manusia yang telah mengetahuinya menyimpan dengan selamat. Tanpa ada niat untuk menceritakan semula. Dan juga tanpa sengaja teringat peristiwa memalukan itu. 

Jangan takut ianya terbongkar pada masa akan datang. Kalau benar yakin taubat kita adalah nasuha dan rahsia pastinya kita merasa jijik untuk mendekati dosa yang telah kita lempar jauh. Ditambah dengan penyesalah yang tak pernah sudah. Apa lagi mahu mengulangi semula dosa jijik itu.

Janji Tuhanmu benar. Kau jaga aib orang, Allah akan jaga aib kau. Persetankan rasa seronok dan puas untuk menceritakan buruk orang. Memang seronok didengar dan dibualkan. Tapi fikir apa perasaan siburuk itu bila yang lain mengetahuinya. Cuba untuk memakai kasut yang dipakai dia. Baru kau rasa ketidakselesaan bila berbuat demikian.

Untuk kesekian kalinya, biarlah yang berlaku itu sebagai pengajaran pada masa akan datang. Behenti mengeluh dan mengingatinya. Tiada pendosa yang tiada masa depan dan tiada orang tanpa masa yang silam.

Untuk itu, cintai kekurangan dan terima kelebihan dia.