Monday, July 29, 2013

lelah

makin ke hujung
makin laju berdegup jantung

makin bertindan tanggungan
makin tak menang tangan


~Rabbi yasir wa la tu'assir

Friday, July 26, 2013

hangat

Masih terasa hangat usapan dari tangan kekar yang semakin lemah itu. Di satu malam. Hanya berdua dalam ruang yang sempit. Namun, ada selesa di situ. Sambil menyusuri perjalanan pulang.

Mulut ini seolah bisu. Tiada reti untuk bertanya apa-apa atau bersembang isu semasa. Oh! itu adalah peluang yang maha ku siakan.

namun dalam hati, meruntun sayu. Aku rindu dia. Aku rindu segala kenangan aku dengan dia. Aku rindu dalam setiap apa adanya dia. Aku rindu dengan bicara dan pekikan dia. Aku rindu semuanya.

Dia semakin tua. Makin hilang daya dan upaya. Dan aku selalu mementingkan dunia dan kerjaya. Apakah?

Tika bersendirian, banyak yang ku rencanakan. Namun bila mana saat itu ada, semuanya bertaburan diangkasa. Tiada daya mengutip dan hanya membiarkan hilang dipandangan.

Aku masih diberi peluang untuk kedua kalinya. Tapi, masih lagi ku siakan begitu saja. Oh!

#teringat abah!

Wednesday, July 24, 2013

hubungan

Buat sesuatu kalau dengan adanya cinta
Pasti tidak pernah mengeluh malah bahagia

Namun jika sebaliknya
Sentiasa penat dan lelah itu dirasa

Lakukanlah ia dengan rasa cinta membunggar
Agar segar jiwa yang semakin kering terbiar


#jika punya masalah dengan manusia, semak balik hubungan dengan Tuhan ya!


Mulut

Kerana keceluparan mulut itu, ramai yang terasa. Dosa itu banyak dari mulut dan mata. Dari kerana mulut hati mereka terluka. Dek kerana mulut juga ada yang tersimpul bahagia.

Jaga mulut masing-masing. Moga dapat amal.

Wednesday, July 17, 2013

Ramadhan 8

#pagi

apa lagi yang kau mahu
penat mencari aku?

aku ini bukan siapa-siapa untuk dicari
tak perlu nak mencari

masih tidak kau tahu
rasa hati aku?

aku sudah keluarkan kau dalam hatiku
cukup hati aku diperasankan oleh kamu

setiap kata kau mengguris hati ku
hati aku kembali disakiti seperti dulu

kau cerita tentang bahagianya kamu
punya dia dan anak yang baru

kau ingat aku hadap dengan cerita kau?

dan aku terpaksa berpura....

#petang

perasaan yang dibiarkan
sambil berharap agar dimakbulkan
dan hari ini ianya menjadi kenyataan
terima kasih Tuhan

Aku berjumpa dengan dia di PKNS tadi!!!!

Monday, July 15, 2013

Ramadhan 6

Abah masuk HDU (High Dependency Unit). Khamis pagi abah kata sesak nafas. Petang baru pergi hospital setelah dia sendiri tak tahan. Tengah malam naik ambulan pegi hospital klang. Agak kepenatan malam tu sampai tak sedar langsung yang kakni kejut bagitau pasal abah dan misscall mak.

Lepas sahur, terus pergi hospital. Adik beradik semua balik. Hari jumaat tu ada management meeting company. Terus ada berbuka puasa bersama di Intekma. Serba salah jadinya. Dalam pukul 11, abah dah stabil cuma tak sedar lagi. Aku pergi ke Intekma dengan sedikit gusar yang hilang.

Petang tu, mereka berbuka puasa bersama di surau hospital klang. Bestnya! Rezeki aku dapat buka puasa tanpa mereka tetapi dengan rakan-rakan office bersama keluarga.

Hari sabtu, abah masih belum sedar. Mereka semua bercadang buka puasa dirumah kakni dan bacakan yassin beramai-ramai untuk kesembuhan abah. Pukul 3 lebih baru decide. Kakni dan aku dah pening nak masak apa. Aku buat popia ketam dan sambal kicap untuk kakni buat mee sup, daging goreng kunyit dan kangkung tumis belacan.

Kakli bawak air siap-siap. Yang lain bawa kuih-muih dari bazar ramadhan. Mungkin sebab keletihan, tak berapa nak selera makan. Sibuk menjaga sikecik sambil yang lain menikmati hidangan buka puasa. Tapi sangat seronok. Lepas beryassin, abangnan buat kebab dan oblong. Dia memang tangkas didapur. Sebab dia pergi workshop petang tu, tu yang macam keletihan gila masak untuk ramai orang berdua dengan kakni.

Dengan 11 orang adik beradik, dimana 6 orang dan berkahwin dan anak buah seramai 23 orang yang berumur 2 bulan ke 16 tahun. Mana tak meriah dan riuhnya rumah teres  2 tingkat kakni. Sedang kalau kat rumah emak pun penuh. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Pagi ahad abah dah sedar dan dipindahkan ke ICU. Asbab doa kami dibulan ramadhan. Moga kesihatan abah pulih semula.


Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan Satu

Ramadhan satu

Malam tadi sejuk ya amat. Tapi malas nak bangun perlahankan kipas. Akibatnya bangun pagi rasa malas ya amat. Syaitan dah kena ikat. Tak ada alasan dah syaitan menguasai diri. Nafsu yang membelenggu. Mungkin ini angin Muthirah.

Pukul 8 mlm tadi, kawan sekolah sabak dulu selamat melahirkan baby perempuan secara normal. Alhamdulillah. Kami dalam group what's app mencadangkan agar diberi nama Nur Laila Ramadhan. Hehe

Office hour office bertukar dari 8.30pg - 5ptg. Tapi pagi tadi keluar office tak dapat sesuaikan diri lagi dengan timing tersebut. Ouh! Alasan!

Petang ni balik kampung. Berbuka bersama mak dan lain-lain. Mesti istimewa lauk petang ni. Oh!!!

Selamat menyambut ramadhan. Moga ramadhan kali ini membawa kita berjumpa dengan Lailatul Qadar. InsyaAllah.


Thursday, July 4, 2013

Kecewa

kebangsatan yang bisa melepuh segalanya
keceluparan yang bisa membunuh semuanya

Hoi!

Wednesday, July 3, 2013

Ramadhan yang ditunggu

Ramadhan yang ditunggu

Ramadhan yang lepas juga masih mengharap perkara yang sama.

Berharap ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas. Agar ramadhan kali ini mendapat maghfirah yang lebih dari yang lain. Agar mendapat nikmat dan rahmat yang lebih lagi.

Dan masih lagi berharap mudah-mudahan ramadhan kali ini adalah yang terakhir aku berseorangan. Tiada salah untuk mengharap dan meminta. Jangan berhenti berharap khennn.

Lagi beberapa hari menjelang Ramadhan. Sedih tiba-tiba. Syahdu rasanya.

Berapa ramai yang antara kita tidak sempat berjumpa ramadhan kali ni? Mereka dah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.

Alhamdulillah. Tiada apa yang mampu ku persembahkan untuk memberitahu betapa syukurnya aku pada Mu.

Ok lah. Semoga ramadhan kali ini memberi impak positif dalam iman dan taqwa kepada kita.

Allahumma balighna fi ramadhan.

#
Ramadhan kali ini aku masih menabur cinta di Bandar Tasik Selatan. Moga ada manfaatnya. InsyaAllah