Friday, September 27, 2013

jumpa

Aku jumpa dia tadi
Hari ini
Dia datang kesini
Bersama kekasih hati

Baru bercerita tentang dia
dan kini dia muncul didepan mata

Alhamdulillah :)

Tuesday, September 24, 2013

pengemis cinta

suka dan duka silih berganti
bayang dirimu menghilang kini

mengapa?
adakah aku bersalah

Menangis hati memanggilmu
teringat segala sumpah janjimu
dahulu akulah suri hidupmu

apakah upaya
diriku wanita
dan yang tinggal kini
kelukaan

tak akan ku jadi pengemis cintamu
akan ku buktikan kepadamu

luka dihati kurawat sendiri
hari berlalu musim berganti
dan kini kau ingin diriku lagi


*ella

Sunday, September 22, 2013

Air mata

Kata-kata adalah satu perkara yang tidak boleh dikembalikan. Sekali ianya terlepas, pasti akan memberi kesan. Tersiat dengan kata nista dan herdikan. Dimanakah kesopanan yang terjaga sebelum ini? Dimana letaknya Tuhanmu tika kau berkata tentang itu?

Hanya tangisan penuh duka dan penyesalan yang ada. Menangis dan terus menangis.

Hati itu terusik sebenarnya. Terasa kesunyian menyapa setelah berlalu keraian itu. Tiada siapa-siapa lagi serasanya. Semuanya bagai tiada kena. Tiada apa lagi yang bisa menyerikan diri ini.

Ditambah lagi dengan asakan pertanyaan. Apakah?

"Cuma bercerita. Bukan meminta"

Lalu mengapa terasa ianya satu permintaan yang besar? Sedang tidak punya apa-apa untuk diberi. Aku juga sedang kekurangan. Walau hati ini pernah terkilan kenapa aku tidak tiada diberi tika aku benar inginkan dan memerlukan? Meminta sesuatu yang mengaibkan. Kecuali kau meminta pada Tuhan. Dia ada segala yang kau mahu.

Lalu dihamburkan segala rasa amarah itu pada yang lain. Iya! bersalah dan sungguh berdosa. Maafkan aku.
Maafkan aku. Maafkan aku.

Aku tidak dapat menahan gelodak cemburu bila lihat kau disitu
Aku tidak dapat menahan gelodak marah bila kata ku tiada reaksi darimu
Aku tidak dapat menahan gelodak sakit hati bila kau meminta yang aku tidak mampu

Aku tidak dapat menahan semua itu.
Tidak dapat.
Tidak dapat tika waktu itu.

Setelah tiada lagi air yang mengalir di sungai pipi, keletihan lalu terlena tanpa sedar. Alangkah! Allah memberi rasa kantuk selepas berhujan air mata untuk hilang segala rasa cemburu, sakit hati dan marah dalam dada.

Sendirinya aku bukan kerana rajuk. Sendirinya aku kerana aku hanya ingin masa untuk aku perbaiki diri. Aku hanya ingin mencari semula semangat yang telah layu. Aku hanya ingin mengubat lara di jiwa.

Carilah aku bila kau perlukan aku lagi. Aku tidak kemana. Masih disini. Kalau tiada pun, tanya pada Tuhan mu. Kerna Dia Maha Mengetahui. Kalau diizinkanNya, pasti kita bertemu. Semula.

Pergiku bukan kerana marah dengan taksubnya. Pergiku untuk mengganti apa yang telah kupinjamkan. Selagi ianya tiada dibayar, selagi itu ungkitan akan muncul. Dan selagi itu hati tenang ku tidak dikembalikan.

Berilah aku masa untuk itu. Aku akan menebus semua dengan segala adanya kudratku. Aku mohon pada Tuhanku, permudahkanlah urusan pencarian aku. Agar aman jiwa-jiwa itu.

Sudah lama tidak berendam air mata. Alhamdulillah. Air mata itu suatu penyelesaian.

Tuesday, September 17, 2013

tiada jiwa

Kadang apa yang kita terlalu tidak mahu itulah yang melekat.

Hai la. Dulu dia beriya tidak mahu aku. Dan tika itu, aku rasa syukur sangat-sangat. Exited nak sediakan dokumen yang berkaitan pemergian dia.

Bukan aku benci pada dia. Apa lagi untuk tidak menyukai dia. Aku tiada hak untuk membenci sesiapa. Siapalah aku untuk membenci sedang Allah itu Maha Penyayang.

Cumanya, aku tiada jiwa dengan dia. Tiada senang bilamana dia menghubungi aku. Tiada teruja bilamana menyediakan apa mahu dia. Tiada apa yang ingin mengikat dia untuk terus meneraju. Tiada itu semua. Jadi, apa guna untuk terus bersama kan? Jika dengan adanya dia menyebal kan perasaan.

Mungkin kerana karenahnya yang bisa buat aku pening kepala. Permintaannya yang kadang menggegarkan sabar dan tenang dalam jiwa. Sikapnya yang selalu menjengkelkan rasa.

Dan bila hatiku berbunga ceria, tiba-tiba dia bilang tidak jadi untuk menukakanku dengan orang lain. Apakah?? Serasanya mendung yang berlalu datang kembali menggelapkan keliling hidupku. Oh!

Dan baru-baru ini, ada peluang untuk ku memilih siapa yang aku tiada jiwa dengan siapa. Dan aku hanya memilih dia. Benar! Aku memang tiada jiwa terhadap dia. Bila bos memberi peluang aku ambil dengan penuh girang. Cumanya, bos bilang dia sendiri yang akan beritahu pada dia yang aku tiada jiwa. Yang aku ada jiwa pada yang lain, biar aku sendiri yang menyatakan.

Dan hari ini, bos terlupa tentang ketiadaan jiwa aku pada dia. Bos pergi bilang perkara lain. Perkara yang aku dan kami masih mahukan dia sebagai klien. Apakah?? Bos lupakah?? Dah terlepas cakap, nak buat macam mana? Aku harus terima dia seadanya. Dan semula.

*****

Dalam ramai-ramai klien, dia je yang aku tak mahu terus berkhidmat lagi. Bos dah jadi auditor. Jadinya, perlu ada re-structuring dalam group of company. Aku masih tiada lesen secretary. Tunggu tahun depan 3 tahun untuk melayakkan dapat MIA. Nak ambil lesen LS aku tiada sanggup untuk pergi interview mahupun exam. Ambil MAICSA aku tiada bajet kewangan dan masa untuk memenuhi segala keperluan. Lagi pula, otak aku mungkin jammed sedikit untuk mentelaah kembali buku-buku tebal.

Alasan bukan ciri-ciri orang yang berjaya. Ok, Bye!

Monday, September 9, 2013

imej

Kecantikan didalam, akan mencerminkan kecantikan luaran kita. Kalau hati baik, sentiasa berlapang dada, berbaik sangka, sentiasa ingat Allah ada, pasti akan terpancar ketenangan pada wajah.

Imej juga sangat penting dalam menentukan keperibadian kita. Bagaimana kita berpakaian, kita mentatarias wajah dan penampilan semuanya merupakan pandangan pertama orang yang melihat.

Benar! Kita tak boleh menilai luaran semata. Tapi, dari luaran itu kita dapat memahami siapa adanya dia. Bagaimana perwatakan dia. Apa hatibudi dia. Tapi tidak adil untuk menilai semua dan segala dengan pandangan luaran semata. Ingat itu!

Kecantikan bagi definisi kamus kehidupan setiap dari kita sangat berbeza. Jadi kita tidak boleh menyalahkan seseorang jika dia menafikan betapa cantiknya seseorang bila kita begitu menyetujuinya. Citarasa berlainan sebagaimana lainnya rupa paras kita. Walau hampir sama atau hampir iras, tapi tidak sempurna samanya.

Tentang 1

Satu malam, aku pergi ke satu tempat keramaian dengan ajakan sahabat-sahabat yang aku sangat terharu dengan ajakan itu. Tiba-tiba mataku tertancap dengan seorang muslimah. Sangat cantik! Subhanallah! Cantiknya bukan dengan selendang yang dibelit dikepala, tapi cantiknya dia kerana labuhnya tudung yang dipakai. Bukan setakan menutup depan dan belakang, malah sekeliling. MasyaAllah!

Aku tidak peduli dengan tontonan yang dipersembahkan. Aku hanya memerhati dan tidak jemu memandang dia. Gaya dia senyum dan tergelak. Oh! Beruntunglah ibu dan ayah dia punya anak yang sesolehah dia. Bila memandang wajahnya, aku ingat pada Tuhan. Ku kira dia masih gadis belum bersuami. Dan aku rasa dia adalah salah satu "peserta" Ops Piramid. Kain tudung yang dia pakai aku tahu ianya Made in Mesir.

Aku pasti, tentu hatinya juga secantik wajahnya. Wajah yang hanya disapu dengan bedak nipis dan secalit pelembab bibir tanpa maskara, ayeshadow mahupun blusher. Damai diwajahnya menggambarkan hatinya juga tenang dek kerana ingatan dan zikir pada Tuhannya sentiasa membasahi.

Tudung yang dia pakai dilipat kemas di tepi  dan diriaskan lagi dengan jarum peniti dikedua belah. Lipatan tudung yang tidak terlalu muncung malah tidak terlalu bulat. Cukup sempurna dengan wajahnya yang molek.

Cadangnya, aku nak menegur dia diakhir keramaian itu. Mungkin boleh bertukar nombor telefon lalu menjadi sahabat. Tapi, dia beredar sebelum habis keramaian. Dan aku, mengikuti keramaian tersebut hingga akhirnya. Tak sempat nak berjabat tangan menghulur salam pada dia.

Dia pasti akan aku ingati. Dan ku kira dia beza beberapa tahun lebih muda dari aku. Dia memakai jubah ungu gelap dan tudung labuh ungu cair pada malam itu.

Allah! Hebat sungguh ciptaan Mu. Moga sidia berjaya dunia akhirat dan istiqamah.

Tentang 2

Pagi tadi tengah bercermin bersiap pergi kerja, aku tiba-tiba teringat. Kenapa dulu masa jadi guru ganti sebagai "ustazah" anak-anak muridku kerap tersasul panggil aku "cikgu" bukan sebaliknya, "ustazah". Walhal, aku mengajar subjek agama. Dan kerap kali juga aku membetulkan panggilan mereka:

"Cikgu ke ustazah?"

"Eh, ustazah.........."

Sambil mereka tersengih menyedari silap kata-kata mereka. Dan aku agak sebal pada mulanya. Dan kelamaan, aku tidak ambil kisah. Hanya membetulkan mereka tanpa ada rasa sebal. Mungkin dah biasa.

Dan kini aku baru sedar, penampilan ku tika itu seperti cikgu. Bukan seperti ustazah. Oh! Selepas hampir 7 tahun baru aku sedar.

Dalam masa yang sama, aku tersenyum. Patut pun kalau berjumpa dengan saudara mara yang jarang berjumpa dan kenalan baru, soalan yang biasa ditanya adalah "Mengajar di mana?" dan bukannya "Kerja apa sekarang?".

Imej kita menentukan siapa kita. Mudah-mudahan hati yang punya kita bersih dan terang.

Habis.



Friday, September 6, 2013

Hak

Disana sini hak tiada lagi hak. Berapa banyak hak yang sudah diambil dan dirampas. Walau kita diberi peluang untuk sesuatu, fikirkan semula andai kita tiada hak keatas sesuatu itu.

Hak untuk bersuara semua dah sedia maklum. Hak menduduki rumah yang memang dia punya. Hak untuk hidup bebas tanpa diganggu oleh mereka yang tidak dikenali. Hak untuk hidup aman tanpa disentuh oleh mereka yang hanya mampu mempermainkan.

Selagi kita punya kudrat dan upaya, tiada perlu untuk menggunakan kesenangan tanpa bayaran. Fikir mereka yang lebih memerlukan.

Dan hak kita pada Allah? Sudah tertunaikah?

Monday, September 2, 2013

Bukan

Alahai. Kenapalah lemau semacam. Macam dah bosan je rasanya.

Kadang apa yang aku taip disini bukanlah semua tentang rasa hati. Kadang aku terbaca kat blog mana entah, kata-kata tu macam sedap untuk diingati. Dan rasa dan luahan hati orang lain yang cuba ku selami.

Untuk hari-hari yang berlalu yang telah mematangkan usia dan corak pemikiran, aku beranggapan perasaan yang bertamu biarlah ianya menjadi kenangan. Tak perlu kot untuk menangisi, menyesali dan melayani rasa hati yang hanya sekejap sahaja berubahnya. Enjoy it!

Hidup ini bukanlah untuk melayan perasaan sahaja. Walau sudah ditujah berkali-kali, biarlah ianya berlalu selari dengan aliran masa yang meninggalkan. Positifkan diri dengan apa jua yang berlaku disekeliling. Samada di rumah, pejabat, di kompleks, di masjid hatta di tepi jalan.

Iya! Kita bukanlah sempurna mana kan. Tapi pasti yang berlaku ada hikmah untuk menyempurnakan amal dan iman. Adakala kita perlukan hiburan juga. Bukanlah robot yang tiada rasa hanya menurut kata. Jika tidak setuju dengan dia, diamkan saja. Dan jangan cuba menyangkal dengan ilmu yang secubit. Nanti bertambah sakit.

Raikan orang sekeliling yang berusaha melihat kita ceria dan gembira. Tak perlu melayan perasaan sangat lah ye. Biarkan yang pergi terus pergi. Kutiplah kebaikan dan keindahan dengan perlahan-lahan. Tak perlu mengejar benda yang dah pergi. Ambil jejak sudah.

Kita kena hargai hidup. Hargai orang sekeliling. Hargai diri sendiri. Buat apa mengenang dan mengenang tak henti-henti. Dia tidak sudi, tidak mengapa. Pasti ada seseorang yang Allah aturkan untuk kita. Bahagia kita hanya untuk kita, dengan cara kita dan sesuai dengan keadaan kita. Definisi bahagia itu berbeza bagi setiap orang. Ada yang bahagia dengan hidup berseorangan. Ada juga bahagia dengan keriuhan ramai.

Tapi, harus diingat walau pun kita bahagia dengan sesuatu, raikan juga bahagia mereka dengan cara mereka. Bahagia itu juga adalah melihat yang disayang bahagia.

Satu lagi, mengenai bebas. Kita bebas tapi terbatas. Jika terlalu bebas, kita rasa lemas. Tiada yang menarik jika terbabas. Nah! itu tandanya bebas tetap ada batas. Buatlah apa mahumu. Asal tiada yang tersakiti. Dan tiada larangan Pencipta diingkari.

Dahulu kala, aku bebas menulis apa mahuku. Tanpa ada sesiapa yang nak mengomen yang menyakiti aku. Mungkin dimata orang lain ianya seperti kata-kata yang biasa. Tapi yang merasai pasti rasa sedikit berbisa.

Tak perlu lah nak memberi kata-kata membidas balik apa yang aku cerita.

Aku memang sentap. So? Aku tak tahu apa masalah kau. Dan aku lagi tahu apa masalah aku dengan kau. Cukup lah! Entah siapa kau ini yang hanya memainkan rasa hati aku. Kau kata nak pergi, jadi pergilah. Tak perlu nak memberi sebarang kesan lagi dalam hidup aku. Pergi lah kau kemana saja kau nak pergi. Tak perlu nak mengganggu kehidupan aku. Aku masih punya mereka yang berhak ke atas aku.

Adakalah rasa meluat menjadi menyampah dan benci yang tiada kesudahan. Huh!