Wednesday, January 29, 2014

hujung

January makin ke penghujung. Oh! Cepatnya masa berlalu kan. Tahun 2013 yang semakin jauh meninggalkan. Namun kenangan masih sentiasa ada untuk diingati.

Company dapat job baru. Di sarawak. Ok, teruja juga mula-mula. Dapat pergi sarawak dengan percuma. Hoyehh! Tapi, bila tengok schedule, clash pula dengan rancangan bercuti ke sabah. Dah beli tiket. Next week discuss lagi tentang schedule. Hopefully dapat la.

Itu je nak bagitahu. Ok, bye!

Nampak sangat bosan--


Wednesday, January 15, 2014

Teruja

Assalamualaikum

Banyak perkara yang terjadi dan berlaku setiap hari. Moga-moga semua amal diterima Allah.

Entah kenapa, ada sesuatu yang mengganggu ku dalam mimpi. Mimpi ku tidak terganggu. Yang terganggu itu aku, bila tersedar. Moga-moga ianya petunjuk yang benar.

" But if you love me, why you leave me. Take my body, take my body"

Seorang kawan baik berkahwin minggu lalu. Kawan baik masa sekolah rendah. Dia sangat baik. Aku sayang sangat dengan dia. Bila dapat kad kahwin dari dia aku teruja. Bila aku masuk bilik pengantin, aku sangat teruja jumpa dia dalam persalinan yang indah sekali. Tapi ada 2 orang yang teruja jumpa aku tika itu. Ngeh ngeh ngeh. Akak photographer yang juga photographer kawan baik seorang lagi. Dia masih kenal aku walaupun setelah lebih 3 bulan majlis kahwin kawan baik tu. Masa tu dia tengah sarat mengandung. Sekarang, kawan baik aku pula tengah mengandung. Dan seorang lagi akak yang aku selalu menyapa dengan senyuman dari kata-kata ketika berselisih. Dia bekerja dibangunan yang sama aku bekerja. Rupanya, dia sepupu kepada kawan aku. Oh! Alhamdulillah.

Usia semakin bertambah. Moga lebih bertabah.
:)

Friday, January 3, 2014

Tadi

Tadi dia panggil aku
Minta pendapat aku
Tanya apa rasa aku

Aku?
Terharu dan seronok

Terima kasih kamu
Aku terharu


Wednesday, January 1, 2014

Kenangan 2013

Alhamdulillah. Tak sangka aku berjumpa dengan 01.01.2014. Sepanjang 2013 yang banyak kenangan. Ada azam yang tertunai. Ada juga yang tergendala lagi. Kita hanya insan. Allah takdir, kita tadbir. Setiap yang berlaku punya hikmah. Kita saja yang selalu memandang dengan negatif dan kecewa.

Kena selalu ingat, Allah Maha Pemurah. Takkan ada yang berlaku atas seseorang manusia itu melainkan ada hikmah dan rahmat Allah. Berpositiflah dalam menerima setiap sesuatu. InsyaAllah, hati akan bertambah iman.

Kenangan yang paling diingati sepanjang 2013. Apa lagi kalau bukan tentang pencarian rumah sewa.

Rumah 1 - TTDI Jaya. Rumah apartment tingkat 11. Duduk sebulan. Rumah yang macam dekat dengan office. Tapi ada traffic light yang mak aiii lama gila nak nunggu. Jadi perjalanan memakan masa 10 -15 minit. Persekitaran ok walaupun ramai foreigner. Penghuni rumah lah yang paling baik. Mereka bagus dan budiman. Rupanya yang 2 orang tu junior uitm. Aku pernah sekelas dengan dia. Tapi aku tak ingat. Namun dia masih ingat aku. Bilik tu terlalu kecil untuk duduk berdua. Dan mencari rumah lain.

Rumah 2 - Seksyen 11. Rumah semi-D. Rumah yang dekat sangat dengan office. Aku kira kalau traffic light bulatan kayangan tu hijau, 90 saat je diperlukan untuk sampai ke office. Penempatan rumah yang lama. Aku kira kawasan ni antara perumahan awal masa shah alam dibuka. Rumah lama, segalanya dalam rumah tu lama. Banyak barang lama. Paling lama yang duduk rumah tu 12 tahun. Lama tak? Bilik besar. Sangat besar. Harga satu bilik sangat-sangat berbaloi. Cuma aku tak puas hati kenapa dia collect fix sorang RM40 untuk utiliti. Banyak leaking sana sini. Tak panggil plumber untuk betul. Dan rumah sangat kotor. Ada dua orang bela kucing dalam rumah. Aku bukan pencinta kucing tapi aku suka main dengan kucing. Dan sebulan duduk situ aku dan nadira dah demam-demam. Aku tak lalu nak masak kat situ. Aku takkan tidur rumah kalau nadira tak tidur rumah. Aku balik rumah kak ni. Penghuni yang MYOB sangat. Aku buka pintu, diorang tutup pintu. Dan begitulah seterusnya. Tak bertegur sapa. Aku bosan dengan rumah macam ni.

Rumah 3 - Seksyen 13. Rumah apartment. Bilik kongsi 3 orang. Tapi rumah tip top. Penghuni yang baik dan pengemas. Rajin. Semua ada. Aku ok je tidur rumah walaupun nadira tak tidur rumah. Cumanya, mula-mula masuk ada yang bercerita sesuatu kurang enak tentang roomate aku. Aku dengarkan je. Dan bila ada kesempatan sembang dengan roomate, dia sebenarnya aku tengok macam tak ada masalah. Ok je kawan dengan dia. Tapi dia pindah dah. Sempat sembang dengan dia 2-3 kali. Dan masa dia angkat barang, aku tak balik rumah lagi. Dia mesej minta maaf kalau ada salah silap. Aku sangat terharu. Harap persahabatan berpanjangan. Aku rasa dia tak la seteruk yang dicerita. Dia sangat ok. Tapi housemat yang lain-lain pun ok. Tak ada masalah dengan aku. Ada seorang tu orang kampung. Orang tanjong karang. Hehe. Geng jawa. Tapi walaupun rumah ni sama seksyen dengan office, ianya mengambil masa 10 minit juga. Sebab keluar dari pintu pagar apartment, tak boleh ke kiri. One way ke kanan. Jadinya macam memusing.

Rumah 1 dan Rumah 2 aku hanya duduk sebulan dengan nadira. Aku harap rumah 3 baik-baik sahaja. Aku tak sabar nak memasak. Sebab aku dah jemu makan kedai. Duit aku pun makin mengecil makan luar je hari-hari.

Nak tahu, rumah kat shah alam ni mahal gilerrr. Ada rezeki aku teringin mendiami rumah kat tadisma seksyen 13. Kawasan situ macam kena pada jiwa aku. Kot la Allah mudahkan rezeki aku dapat rumah kat situ. Jadi orang shah alam la aku. Shah alam bandar anggerik. Ok sangat kat sini. Tak jauh sangat nak balik kampung pun. Sejam je kalau naik motor.

Buat masa ini, aku masih mahu bekerja disini. Cari ilmu dan pengalaman di office ni. Ada rezeki sambung belajar. Moga-moga hari-hari yang akan menjelma baik-baik saja. InsyaAllah