Friday, February 28, 2014

rindu

Aku dah rindu. Tak betah lagi nak duduk sini. Sangat tak betah dah. Dua minggu aku kat bumi kenyalang. Kalau pergi bercuti pun dah bosan. Apatah lagi datang sini kerana kerja. Lagi membosankan. Malam tadi dah termimpi-mimpi shah alam dan tanjong karang.

Aku rindu mak
Aku rindu BMM
Aku rindu Office
Aku rindu meja kerja aku
Aku rindu bos
Aku rindu dengan kerja secretary dan akaun
Aku rindu nak pergi SSM
Aku rindu nak masak dan makan
Aku rindu Shah Alam
Aku rindu rumah emak

Bos tak pernah meninggi suara dengan aku. Marah tu ada dan pernah. Tapi meninggi suara tak pernah. Apa lagi memaki, berkesat dan menghalau aku balik. Macam mana aku tak terasa hati. Macam mana aku tak sentap. Macam mana aku tak hilang mood lalu mengeruh wajah aku sendiri. Dia kata kerja di audit firm kena maki dah biasa. Fuck, sial dan seumpama tu dah biasa. Tapi aku tak biasa!! Bos aku tak pernah layan sedemikian rupa. Dia tak pernah meninggi suara dengan aku. Jadi, kau mahu aku terima suasana menjengkelkan itu dengan masa seminggu aku baru bersama dengan kau?

Bos aku layan aku bukan hanya aku seorang staff. Tapi dia layan aku selayaknya manusia di layan. Aku tak pernah rasa dia menyisihkan aku. Aku sentiasa rasa yang aku dan dia bersama-sama membangun firm kami. Bersama-sama dengan 2 orang lagi rakan sekerja. Aku juga ada senior. Dia marah itu normal. Tapi dia tak pernah memaki aku. Dia tegur salah aku dah biasa. Tapi cara dia tegur tak pernah buat aku kecil hati.

Aku dah tak nak buat kerja audit. Aku nak buat kerja akaun dan secretary je. Kalau buat audit pun aku tak nak team dengan dia. Aku tak nak! Aku tak nak dah!

Nak marah, nak tegur, sila! Tapi memaki dan menghalau balik tu tak perlu. Kau kata, kau punya staff ok je selepas kena marah. Selapas kena maki. Kau yakin ke yang mereka tiada rasa apa?

Maaf, mungkin kita rasi sebagai kawan. Tapi untuk bekerja bersama aku tak mahu.

Esok, flight 4 petang. Yuhuuuuuu!


Saturday, February 22, 2014

tiada

tiada kata mahu dibicara
hanya menunggu penuh redha
sabar dan tabah sentiasa

jika ada, ada lah untuk dia
jika tiada, tidak mengapa

makin ingin melupa
makin terbayang dimata
makin ingin meninggalkan dia
makin dia dekat rasanya


#dah mula rindu pada emak

Friday, February 21, 2014

if

if you love me
why you leave me
take may body
take my body


Thursday, February 20, 2014

Sarawak

Dah lama menghilang. Tak berapa nak kerap dah buka blog. Tiba-tiba terkejut dengan komen. Ok, abaikan.

Aku kat sarawak sekarang. Untuk dua minggu. Ahad pagi lepas sampai sini sampai 1hb March nanti. Flight 7.30 am. Pukul 4.30 dah terpacak kat KLIA. Macam tak percaya je seawal itu. Bos yang hantar kami.

Disarawak segalanya lain. Aku disini bekerja di bawah orang. Berbeza di office orang bekerja dibawah aku. Tekanan dari orang atas. Segalanya mahu cepat. Aku jadi kelam kabut. Stress tahu. Aku nampak macam seolah pantulan diri aku dalam diri manager aku.

Makanan disini juga pelik. Tapi ok la, sedap juga sebahagiannya disini.

Kat Sarawak, tak banyak orang bawa motor. Jalan pun tak sejammed jalan di KL atau shah alam. Redup je disini.

Aku kena buat kerja audit disini. Tapi, serius! Audit bukan cara hidup aku. Aku lagi selesa dengan kerja aku sebelum ni. Akaun dan secretary.

Tak sabar nak balik Shah Alam!!!

Tuesday, February 4, 2014

Baru

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Nikmat mana lagi yang mahu aku dustakan.
Semalam dapat dah kereta. Hehe. BMM. Bring Me Money! keh keh keh
Moga dengan bertambahnya nikmat ini, akan bertambah lah amalan. Insya Allah.
Mak aku dah pesan awal-awal, motor sila bawa balik kampung.
Semalam masa nak balik rumah kakak rasa macam lambat nya motor ni berjalan.
Excited terlebih. hehe