Monday, March 21, 2016

Tempat persemadian abah

Semalam, abang ajak aku dan mak ziarah kubur abah. Ini adalah kali pertama aku ziarah kubur abah sejak pemergian dia 09.02.2015 yang lepas. Aku terbayang-bayang kenangan dengan abah. Hakikatnya aku tak pernah lupa. Tapi bila semalam datang ziarah kubur abah, ingatan itu makin menebal.

"Kubur adalah tempat paling aman sekali. Diam dan mendamaikan. Tak ada hiruk pikuk suara yang menyemakkan. Aku pernah duduk sahaja lebih dari setengah jam. Tak ada fikirkan dunia. Yang difikir hanya lah kehidupan selepas kematian"

"Abah tahu siapa yang jenguk dia. Siapa yang mendoakan dia. Sebab tu kalau kita mimpikan abah, maksudnya dia nak doa dari kita. Hanya doa dari anak yang soleh yang akan sampai kepada abah. Tak kisah la anak kandung ke, anak angkat ke, anak tiri ke. Tapi kalau soleh, doa anak tu akan sampai kat abah. Sebab tu kena jadi soleh"

"Beza antara batu nisan untuk lelaki dan perempuan adalah, kalau kuburan tu kubur lelaki, batu nisan dia bulat. Tapi kalau kubur perempuan, batu nisan dia leper."

"Ada satu tulang yang tak akan reput iaitu tulang sulbi. Bentuk macam ekor. Tulang tu nanti yang akan bangkit semula semasa sangka kala ditiupkan."

"Kenapa kita tak boleh buat binaan di atas kuburan sebab binaan itu atau kepok berat dan susah nak dibuang. Tanah kubur kan tanah wakaf, jadi kita tak boleh nak replace dengan kubur lain kalau kita bina binaan atas tu. sampai bila-bila lah itu jadi kuburan bagi satu mayat sahaja."

"kalau macam tu, patut kena jelaskan dalam papan tanda yang bagitahu adab2 menziarahi kubur tu, dibuat ayat mcam ni: Dilarang membina binaan diatas kubur(Contoh: Kepok)."


Antara kata-kata abang aku yang buat aku terngiang-ngiang. Sungguh! mati itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar.

Monday, March 14, 2016

Langkah bendul

Bulan lepas, adik lelaki aku bagitau dia nak bertunang Mei nanti. Aku? Mestilah terkejut. Aku tak pernah bayangkan aku akan di langkah bendul oleh adik lelaki aku. Dia yang terlalu muda untuk bernikah atau aku sudah tua untuk belum bernikah lagi. Dia sudah 25 tahun. Umur yang ideal untuk bernikah. Mungkin kenduri dia akan disatukan sekali dengan kenduri kakak aku. Ini semua masih dalam perancangan. Emak kata, kalau nak sekali dengan aku pun tak apa, 3 pengantin. Oh! tak mengapa. Itu bukan pilihan aku. (Err, aku belum berjumpa jodoh aku sebenarnya.)

Aku pernah tanya kawan aku,

"Apa rasa eh masa adik kau kahwin dulu sebelum kau? Apa rasa di langkah bendul?"

"Alaa.. buat biasa je. Tak ada rasa apa pun. Just happy for her."

"Tak rasa sedih ke? Rasa looser ke?"

"Tak payah sedih-sedih. Setiap orang ada bahagian masing2. Pernikahan bukan tanda aras kebahagiaan seseorang tu. One day, kau akan berjumpa jodoh. Have faith!"

****

Aku bukan sedih. Cuma rasa looser je. Huhu. Adik aku kata, ada hadiah untuk aku, Tapi tunggu lah nanti. Cuma permintaan aku nak gelang emas, dia tak mampu nak tunaikan. Aku gurau je masa dia tanya aku nak hadiah apa. Lalu, aku menyatakan yang aku mahu gelang emas. Mungkin dalam adatkalangan kita, kalau kita melangkah bendul kakak kita, kita kena beri dia hadiah. Tapi bagi aku, ianya adalah satu cara untuk menggembirakan si kakak yang dilangkahi bendul. Huhu. Aku rasa teruja juga nak tahu apa hadiah yang dia nak beri pada aku.

Aku dah jumpa bakal adik ipar aku tu. Cantik dan lemah lembut orangnya. Sopan tutur kata dia. Pandai bawa diri. Menutup aurat dengan sempurna. Pakai sarung kaki dan juga sarung tangan. Itu dah cukup untuk aku kata tidak kepada adik aku. Selebihnya biarlah adik aku yang buat keputusan. Dan emak pun tiada bantahan.

Aku bagitahu dia, nanti aku sponsor satu hantaran untuk dia. Tapi hadiah untuk aku tu, tiada kompromi ya. Wajib bagi!

Kemuncak kebahagiaan seseorang itu bukan dengan pernikahan dia. Allah ada cara tersendiri untuk membuat kita rasa bahagia. Emak pernah kata, aku lah paling beruntung. Belajar tak ada berhutang. Habis belajar tak perlu bayar hutang. Apply loan nak beli kereta terus dapat. Boleh bawa emak jalan-jalan. Emak lagi selesa berjalan-jalan dengan aku. Habis belajar terus dapat kerja, tak susah-susah nak minta kerja sana sini. Dapat kerja pula bagus. Bos yang baik.

Kata-kata emak buat aku rasa yang aku ni lupa nak bersyukur rupanya. Kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kerana itu yang terbaik untuk kita.

Aku tak pernah bersendirian, Allah sentiasa hadirkan aku dengan orang sekeliling yang bagus-bagus dan baik-baik. Duduk rumah dengan housemate yang best. Tak berkira. Baik. Rajin memasak. Duduk di office dapat bos yang baik, kawan office yang sentiasa membantu dan tak berkira. Adik-adik trainee yang sentiasa menghiburkan hati. Balik kampung, ada emak yang sangat baik. Yang sangat memahami. Adik beradik yang saling membantu. Lalu, apa lagi yang aku mahu minta melainkan dikekalkan nikmat-nikmat ini.

Bercuti ke Bandung

Cuti tahun baru imlek baru-baru ini aku pergi ke bandung. Bandung ya buk. Libur disana. Bandung sangat awesome! Sopan santun tutur kata penduduk di sana sungguh mempersonakan. Disana aku banyak berjumpa dengan orang jawa sahaja. Kalau benar orang jawa itu, bahasanya sopan santun dan lemah lembut, kenapa sampai kepada aku kasar bunyi nya? Huhuhu

"kau tengok perempuan tu. Lemah lembut je orangnya. Labuh tudungnya"

"Orang tudung labuh, memang cakap lemah lembut kot. Aku je kot yang kau jumpa kasar bila bercakap."

"hmm.. betul la.."

****

"Akak ni baik je orangnya. Cuma kadang-kadang emosi akak sukar dijangka. Pagi akak ok, tapi tak sampai tengah hari tiba-tiba akak emosi"

"weh, aku emosi sebab aku ni tak kompromi pasal kerja. jadi, buat lah kerja betul-betul."

"ye lah. kitorang faham dah. Tapi, nak tanya kat akak takut kena marah"

"aku marah kalau salah. kalau kau tanya, aku tak marah. Jangan risau"

****

Aku sedang belajar jadi perempuan lemah lembut. Bukan lemah lembik. Sebab aku sendiri rimas orang yang lembik ni. Tolong doakan aku.

Aku nak cerita pasal Bandung. Pertama kali, aku berjalan bawa emak. Bukan senang ya nak bawa emak. Aku dah ajak emak pergi Bandung lama dah. Cuma, mak kata  nak tunggu adik bongsu aku habis SPM. Dan aku ada ajak adik lelaki aku ikut sekali. Cuma, lain yang aku ajak, lain yang aku ikut. Adik laki aku, Amirul tak cukup budget, dia nak kahwin awal tahun depan. Budget lari. Tapi, adik lelaki aku seorang lagi, Ali yang boleh ikut. Alhamdulillah, banyak belanja yang mak dapat dari anak-anak yang lain. Aku pun turut merasa. Hehe.

Semua orang tahu, Bandung adalah syurga kain. Memang naik gila bila pergi kedai kain disana. Oh ya, rombongan aku adalah seramai 10 orang. Keluarga aku sendiri ada 5 orang iaitu aku, emak, adik lelaki, adik perempuan dan kakak. Kawan aku dengan emak dia, dan kawan kakak aku dengan emak dan makcik dia. Macam rombongan Cik Kiah pun ada juga ni. Ada 4 emak dalam group kami. Dan mereka semua kawan mengaji emak aku kecuali makcik kawan kakak aku. Kami semua sekampung. Sewa sebuah van dengan supir nya sekali. Aku dapat number pak supir ini dari kawan aku. Nama dia Dicky. Aku contact dengan dia melalui whats app, dan aku ingat dia lebih kurang sebaya dengan aku. Tapi rupanya dia lahir tahun 1970. Macam janggal bila mahu panggil dia Pak Dicky. Banyak kali tersasul panggil dia Dicky sahaja.

Nak cerita pasal kain. Ada satu kedai kain ni, nama dia D'Fashion. Lebih kurang macam Jakell dah. Tapi, harga dia jauh lebih murah. Contoh satu jenis kain ni, aku beli di Jakell semeter RM30 masa sale, tapi di kedai tu hanya RM10 sahaja. Lace juga murah. Lace yang biasa di tampal di tangan baju, 12meter hanya RM24. huhu. Banyak yang lain, tapi aku dah lupa. Hehe

Kami juga pergi di Pasar Baru, Mall yang lebih kurang macam GM Klang. Tapi, syok nya adalah Dicky bagi kat kami seorang mamat yang ditugaskan untuk membawa ke kedai yang harga nya lebih murah dan mamat tu juga yang bawa kan semua barang2 shopping kami. Ali kata, dia nak tolong bawa, tetapi mamat tu beria kata dia boleh bawa sendiri.

Jujurnya, aku banyak shopping kain di sana. Patut pun selalu dengar cerita kawan2 yang nak kahwin, beli kain di Bandung sebab harga nya jauh lebih murah dari Malaysia walaupun sudah termasuk harga tiket. Tapi, kalau beli dengan kuantiti yang banyak.

Antara tempat-tempat yang best untuk dilawati:

1- Tangkuban Perahu. View dari atas untuk lihat kawah gunung berapi. Sangat besar. Dan aku tak jalan pun mengelilingi kawah tu. Hanya tengok dan tangkap gambar. Fee masuk agak mahal. untuk 10 orang, IDR 2juta. Seorang lebih kurang RM65.Itu harga pelancong asing. Kalau supir boleh tawar bagitau kita bukan dari Malaysia, hanya perlu bayar 200k rupiah sahaja.

2- Kawah putih. Yang ini seronok juga. Memang nampak putih je, Tapi bau belerang dia sangat kuat. Nak tangkap gambr punya pasal. sanggup hidu bau belerang tu.

3- Farm house. Tempat dia ala-ala bukit tinggi. Kedai2 dia pun bermotifkan english style. Boleh pegang dan tengok dengan lebih dekat haiwan2 ternakan. Sesumpah, arnab, kambing, ayam, itik dan sebagainya. Cantik juga tempat ni. Sebab kat kawasan tinggi, Boleh nampak sebahagian kecil Bandung dari atas. Tiket masuk tu boleh tukar dengan air susu atau hot dog.

4- Floating Market. Style pasar dia atas sampan-sampan kecil. Unik tempat ni. Dan ada ikan merah yang sangat comel dan besar-besar. Rasa dan tangkap guna tangan je tengok ikan-ikan tu. Kat sini boleh rasa makanan orang indon lebih kepada kuih muih diorang. Pisang goreng cheese juga ada, tapi pisang goreng cheese kat Malaysia lagi sedap aku rasa. Tiket masuk sini boleh tukar dengan air panas macam milo, nescafe atau air sejuk lepas penat berjalan.

Aku rasa itu je kot. Dalam google banyak gambar. Hehe. Cuma hati-hati dengan duit rupiah. Sebab nilai dia besar, selalu confused. Masa mula-mula datang, aku nak pergi toilet yang berhampiran dengan airport. Dari luar macam buruk je bila tengok, tapi sebab masa tu tak tahan dah nak buang air kecil, aku masuk je, tapi bila masuk dalam. Toilet dia sangat bersih walaupun bukan toilet moden. Bayaran dia dengan kawan aku 5k, tapi aku termasuk kan dalam tabung dia 50k. Mula2 ingat kan nak halal, tapi bila convert, 50k tu lebih kurang RM15. Rasa macam tak berbaloi pula masuk toilet bayar RM15. Patah balik kat kedai tu bagitau yang aku termasukkan 50k. Nasib baik boleh refund.

Beli simkad disana juga murah. Tapi jangan beli dalam air port. On the way ke tangkuban perahu, Dicky singgah di kedai tepi jalan untuk beli simkad dengan internet. hanya 35k sahaja untuk 2gb. lebih kurang dalam RM10. Kalau dalam airport harganya lebih dari 100k.

Kat sana, aku tak boleh nak masuk dengan nasi padang. Makan sekali pun dah muak, ni lagi makan 3x sepanjang 4 hari kat indon. Arghh! tak boleh nak terima dah.

Yang best, makan satu kedai ni masa on the way ke kawah putih.Tak ingat nama dia. Tapi sedap. Dan paling sedap kat sana sudah tentu Jus Alpukat.

Aku belum puas shopping. Berjalan dengan mak-mak ni tak sama dengan berjalan dengan kawan-kawan. Tapi aku sangat bersyukur dapat berjalan-jalan dengan emak. Emak kata, passport ada 5 tahun. Nanti lepas pergi umrah, boleh berjalan lagi. Tapi emak teringin nak pergi Sabah dan Kelantan. Apapun, tunggu habis kenduri nanti.

Dan bulan 10 ni, office trip aku pergi Bandung. Yeahh! Akan aku susun itinerary  sebaiknya.