Wednesday, April 20, 2016

Harapan ayah

Satu hari, dia bercerita dengan aku tentang anak dia. Betapa harapan yang menggunung terhadap anak dia yang seorang itu. Dia berusaha untuk memasukkan anak dia ke jurusan akaun tak kira berapa bayaran yang perlu dia bayar untuk kolej yang membolehkan anak dia ambil jurusan akaun. Sebab masa SPM yang lepas, keputusan anak dia untuk aliran sains tidak lulus. 

Dia cerita pada aku apa plan anak dia untuk 5 tahun akan datang. Dan dia sanggup keluarkan berapa pun belanja asalkan anak dia boleh menyambung pelajaran dengan jayanya. Walaupun dalam masa yang sama dia juga menyatakan kekecewaan dia terhadap keputusan SPM anak dia. Tapi tidak setanding dengan pujian anak dia terhadap perkara lain

Aku nampak mata dia bercahaya bila dia bercerita tentang anak dia. Aku nampak raut wajahnya yang penuh kesungguhan tentang anak dia. Aku nampak betapa tingginya haapan seorang ayah kepada anak dia. 

Tika itu, aku dapat merasakan begitu jugalah keadaan bapak semasa bercerita dengan kawan-kawan dia tentang anak-anak dia. Aku dapat rasakan itu. Dan kerinduan mula menusuk perasaan ku. 

Oh! aku tahu, bapak tak kan cerita dan menyatakan harapan dia terhadap aku di hadapan aku, tapi dia akan bercerita dengan kenalan rapat dia. Dia akan bercerita dengan orang sekeliling dia, bukan dengan aku. 

Duhai anak! Seandainya kau tahu yang ayahmu sanggup berkorban wang ringgit yang banyak untuk kamu, pasti kamu akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Tidak mengapa hai anak! kamu masih punya ayah yang akan melindungi, menyokong dan memberi yang terbaik untuk kamu. Hargailah ayahmu! 

Kalaulah anak itu membaca ini, ketahuilah sayangnya ayahmu kepada kamu sangat menebal cuma ianya tidak diluahkan dengan kata-kata.