Thursday, May 26, 2016

Selamat memiliki Ramadhan

Dalam hidup ini tak semua yang kita inginkan akan kita miliki. Satu persatu, seorang demi seorang membuktikan mereka itu bukan milik kita. Walau dulu kita pernah mengimpikan untuk memiliki.
Yang jelas, sudah diketahui untuk berhenti berangan. Namun yang masih belum jelas, hati ini masih menanti dan berdoa agar untuk memiliki.

Tak kira apa pun, kita sentiasa berangan untuk memiliki sesuatu itu. Jika tak memiliki sekalipun, sekiranya dilihat dengan nyata sudah cukup buat kita bahagia.

Ramadhan akan menjelma tidak lama lagi. Semoga kita akan memiliki berkah ramadhan itu dengan pengisian amalan-amalan yang akan diterima Allah. Mana tahu, kita boleh berjumpa banyak ramadhan lagi. Dan siapalah kita untuk menolak ketentuan Dia andai ini ramadhan yang terakhir.

Diharapkan ramadhan ini akan tertutup sisi gelap kita dari pandangan manusia. Pandangan akan lebih menunduk didalam masjid ketika berjalan menuju dewan solat yang adakalanya laluan itu sama dengan lelaki. Oh! atau mungkin solat di rumah lebih baik andai itu membuat hati mu lebih tenang dari memfitnah dan difitnah. 

Itu semua terpulang. Jangan pula sibuk di cari juadah berbuka hingga mengabaikan makanan untuk sahur. Dan siang ramadhan penuh dengan semangat untuk sentiasa berbuat dan bercakap perkara baik.

Untuk kamu yang aku berangan dalam diam untuk memiliki
Untuk kamu yang aku tidak pernah tahu siapa
Untuk kamu yang mengenali aku sedang aku tidak
Untuk kamu yang kita saling mengenali
Untuk kamu semua
Selamat menyambut ramadhan. Moga angan kita untuk memiliki itu dimakbulkan Allah.


Tuesday, May 10, 2016

Anak buah

Cuti hujung minggu yang panjang lepas iaitu cuti buruh kan sepatutnya adik aku nak bertunang, tetapi ditunda tarikhnya. Tapi, adik beradik aku kumpul kat rumah emak. Malam tu kami buat tahlil ringkas untuk arwah abah. Kemudian, makan nasi ambeng. Tradisi kenduri bagi orang jawa dengan hidangan nasi ambeng. Mak order 3 talam. 1 talam untuk cucu-cucu, 1 talam untuk anak menantu lelaki dan 1 talam lagi untuk anak menantu perempuan.

Siangnya, aku nak pergi sungai besar sebab nak hantar barang kat kawan aku. Aku ajak anak buah aku ikut sekali. Mulanya aku ajak seorang saja, tapi ramai pula yang nak ikut. 6 orang kesemuanya. 3-12 tahun.

Masa on the way tu, anak buah aku cerita:

"Mak pau tahu tak, hari tu kan, ada ular melintas masa ayah bawa kereta"

"Besar ke ularnya? Langgar tak?"

"Tak la besar sangat. Ayah pun berhentilah bagi ular lalu. Tapi ular tu lambat jalan"

"Langgar je la. Dia bukan boleh patuk pun. Korang kan dalam kereta"

"Ehhhh. Mana boleh makpau"

"Ular tu kan berbahaya. Kita boleh bunuh dia"

"Ye lah. Tapi masa tu, ular tu tak membahayakan kitorang pun. Dia lalu je, Lagipun ular tu ada kehidupan dia sendiri. Ada keluarga"

Aku diam sambil terus bawa kereta.  Huhu. Tak ada idea nak jawab apa sebenarnya

Sampai kat sungai besar, diorang semua sepakat nak makan kat KFC. Aku carikan tempat duduk untuk diorang, dan pesan kat abang-abang jaga adik-adik diorang sambil aku beratur unuk beli makanan. Anak buah aku yang 3 tahun, hyper active orangnya. Kalau kat rumah tu, tak duduk diam dia. Tapi aku biarkan. Sebab aku dah pesan dalam kereta;

"Janji dengan makpau, dengar cakap makpau. Kalau makpau kata jangan, maksudnya jangan."

"baik mak pau"

Sampai kat meja diorang, sos dah bersusun. Tersenyum aku. Anak2 buah sangat berdikari. Aku sendiri kenyang tengok diorang makan dengan gembiranya. Ada juga mata yang memandang aku sambil tersenyum. Aku syak diorang mesti fikir aku ni janda anak 6. Anak rapat-rapat. Hahaha

Baliknya, singgah di pantai sg nibong. Ingatkan boleh tengok pantai. Rupanya air surut. pantai jauh di tengah. Anak-anak buah aku nak juga turun kat selut pasir pantai tu. Nak tangkap ikan belacak katanya. Ape entah nama nya. Yang aku ingat hujungnya ada cak cak.

Dengan tak bawa baju, diornag bermain seolah ada bawa baju spare. Lepastu baju habis berselut. Menangis aku tengok diorang dengan memikirkan kereta aku. Huhu.

Lepas puas main, diorang bersihkan baju dan badan yang berselut. Sambung bermain untuk keringkan baju tapi tak la kering sepenuhnya. Pasrah la aku biarkan diorang masuk kereta dengan baju yang lencun. Huhu lagi.

Balik rumah, kakak-kakak aku impress macam mana aku boleh handle diorang ni semua. Simple je, budak-budak ni lebih behave dengan orang selain mak bapak diorang. Sekadar berlari sana berlari sini boleh tahan lagi. Sebab aku sempat pergi kedai kain beli baju raya. Aku biarkan diorang buat apa. Dan pesan kat abang jaga adik. Cumanya yang tak laratnya, 2x aku que kat KFC sebab diorang kata tak kenyang.