Wednesday, July 27, 2016

Jawapan yang jarang ditemui

Aku perasan yang kawan-kawan cenderung untuk tanya pada aku tentang sesuatu permasalahan tak kira masalah pekerjaan, perasaan, hubungan, perubatan, rawatan, petua, kereta malah ada juga bertanyakan pendapat. Kadang, berkenaan kurier juga mereka tanya pada aku.

Bukanlah nak kata aku serba tahu, cuma kebetulan apa yang mereka tanya tu aku dah mengalami. Sedikit sebanyak aku boleh menjawab pertanyaan mereka.

Contohnya, soalan yang ditanya, nak makan ubat apa kalau cirit birit. Aku memberitahunya supaya pergi farmasi beli charcoal tablet. InsyaAllah mujarab. Charcoal tablet atau pil arang yang dimana fungsi arang itu adalah menyerap. Dengan izin Allah, arang itu akan menyerap virus atau bakteria yang menyebabkan cirit birit. Sebab itu juga, petua orang lama untuk hilangkan bau peti ais adalah meletakkan arang. Dan arang akan menyerap bau-bauan peti ais. 
Aku tahu pasal ubat itu sebab 2 minggu sebelum soalan ditanya, aku sendiri diserang cirit birit. dan housemate bagi aku charcoal tablet dan menerangkan fungsi-fungsi nya seperti yang aku terangkan kepada kawan aku.

Selain itu, housemate aku tanya, macam mana nak ganti cermin kereta yang pecah? Sebab masa bangla potong rumput rumah kami, ada batu terpelanting kena cemin kereta belakang dia, dan retak seribu. Jawapan aku adalah, cek dulu insuran cover tak cermin kereta. Kalau cover, pergi kedai cermin seksyen 25. Dia adalah panel untuk insuran. Kalau tak cover, pergi kedai cermin dekat dengan proton. Yang situ murah sikit. Sebab, masa kereta aku baru 4 bulan, cermin depan aku crack kena lantunan batu dari lori. Bila aku tanya, insuran aku tak cover. Dan kos untuk mengganti cermin depan adalah 500++. Aku hanya buat dengan doc cermin untuk kurangkan crack tersebut. Sejak itu, bila renew insuran aku akan tambah untuk cover cermin dan tak pernah lagi menggantikan cermin depan yang crack itu. Maklumat pasal kedai tu, aku tanya officemate aku. Sebab dia serba tahu. Housemate aku kata, dalam banyak-banyak kawan yang dia tanya, semuanya jawapan yang tak pasti kecuali aku. Sebab aku pernah alami, so aku tahu. 

Itu antara soalan-soalan yang kerap ditanya selain jenis-jenis kain dan fabric. Aku buat tudung sendiri sebab aku susah nak jumpa kain tudung bidang 60 yang selesa dipakai di pasaran. Jadinya, aku pergi sendiri nagoya atau jakel, cari kain dan potong sendiri. Kemudian pergi kedai jahit untuk jahit tepi. Jadinya, sedikit sebanyak aku tahu jenis kain dan nama dia mengikut kesesuaian penggunaannya. Hasilnya, kain tudung aku lebih banyak dari baju aku. Sampai kan kawan aku minta teman untuk beli kain tudung dibuat shawl sebab dia jarang jumpa shawl yang labuh.

Sekarang ni, aku tengah cari jawapan bagi persoalan aku. Kalau adik lelaki kau langkah bendul kau, apa hadiah yang paling sesuai untuk kau minta? Kain baju, gelang atau rantai atau cincin? hehe

Lagi satu, apa fungsi hati selain untuk menyimpan perasaan? hahaha