Thursday, September 29, 2016

Dunia yang menazak

Masyarakat kita sedang nazak dalam perjalanan mendekatkan diri kepada Tuhan. Kita sudah makin menjauh. Alim Ulama ramai yang sudah dijemput Tuhan. Sedang yang tinggal masih hidup orang jahil yang menampakkan kejahilannya. Yang sedikit pandai hanya mampu berdiam takut dicantas oleh mereka yang jahil.

Malu sudah menghilang. Sanggup mengaibkan manusia lain lalu bertebarlah keaiban itu ditonton, dijaja dan dicerita oleh manusia-manusia lain. Tiada perasaan berdosa atau malu tidak solat jumaat malah selamba sahaja menonjolkan diri di khalayak ramai.

Sifat sabar yang semakin menipis dan hilang lalu merajai amarah dalam hati dan dilunaskan dengan tindakan yang tiada peri kemanusiaan. Sentiasa merasakan "ana khoirun minhu" tanpa memikirkan rasa dan akibat yang diterima oleh mereka atas tindakan amarah dalam hati kita.

Sentiasa sibuk mengejar tanggapan orang. Pantang di cabar atau disua pasti di sahut segalanya dan meminggirkan batas dan keterpedulian yang sepatutnya diambil kira. Mahu hebat dimata manusia lain sedang berasakan anggapan Tuhan bukan penting.

Neraka apakah dunia ini??

Sambutlah tangan ku kawan
Aku takut tenggelam

No comments: