Friday, November 4, 2016

Family Day - Bandung 2016 (Part 1)

Minggu lepas, office aku buat family day di Bandung, Indonesia. Oleh kerana aku pernah pergi awal tahun haritu dengan emak dan lain-lain, bos beri kepercayaan kepada aku untuk kelolakan family day kali ini. Fuhh! berat juga kepercayaan itu. Alhamdulillah, everything going well. Shidah banyak tolong aku di kala aku kesana kesini untuk arrange everything.

Trip kali ini, mak ayah dan mak ayah mertua bos aku ikut sekali. Ditambah lagi dengan keluarga adik dan adik ipar bos yang menjadikan kesemuanya 16 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 baby.

Aku segan sebenarnya dengan keluarga bos. Lebih-lebih lagi mak ayah dan mak ayah mertua dia. Masa di airport, aku menyalami mak bos dan perkenalkan diri.

"makcik, saya fauzeah. Staff bos"

"mokcik kenal doh kamu ni. kenal sangat. tak payoh nak kenalkan"

Jawab mak bos dengan slang kelantan. Aku hanya tersenyum kelat. Baru 2 kali jumpa aku then dah kenal sangat dengan aku?

Semasa tunggu boarding time, ayah mertua bos tegur aku.

"bos cuti, ko pun cuti?" (sambil gelak-gelak)

"ha'a. ikut bos cuti"

"bok kau ok? kerja ok?"

"Alhamdulillah. Ok sangat. Ok kerja dengan bos"

"Bos kau tu ok orangnya. Dia bagus." (sambil senyum-senyum)

Ini first time jumpa mak ayah mertua dia. Tapi mudah ramah. Maybe sebab mak ayah mertua dia jawa macam aku, jadi seronok bersembang sebab kitorang bersembang dalam jawa. Kami semua mudah mesra dengan ahli rombongan yang lain walaupun baru berjumpa dengan keluarga bos. Mertua bos bahasakan diri dia sebagai mak dengan aku. Tapi ayah mertua bos mereka panggil atok mengajuk anak bos panggil atok dia. Tapi aku panggil ayah mertua dia sebagai wak. Hehe

Secara jujurnya aku sedikit gementar dengan trip kali ini. Walaupun aku sudah kenal bos aku lebih 6 tahun, namun aku sentiasa gusar kalau-kalau ada kesilapan sewaktu trip kali ini. Lebih-lebih lagi bercampur dengan keluarga dia yang rata-rata aku baru pertama kali berjumpa mereka.

Sewaktu di Bandung, adik ipar bos (perempuan) menegur aku,

"fauzeah memang selalu bawa orang pergi melancong ke?"

"eh? tak ada lah"

"kot la awak memang buat part time bawa orang selain kerja dengan abang"

"tak kak. saya full time dengan bos. cuma saya pernah datang bandung awal tahun haritu bawa mak dan keluarga lain"

"ohh. patut la. nampak awak tahu tempat-tempat di bandung ni"

No comments: